NURNAZATHUL IDAYU BINTI SAFFI'AI LUGGNAS KUCUC DVF 50145 FASHION PROJEK 09DFP19F1002
01 Definisi Cucuk Sanggul 27 02 Senjata Melayu 03 Perhiasan dan Senjata 05 Bukti 1 06 Bukti 2 09 Asal Usul 10 Cucuk Sanggul 12 Syair Dang Sirat 13 Jenis Cucuk Sanggul 14 Konsep CURSE ENDEARING 15 Inspiration Board 16 Colour Forecasting 17 Look 26 Mood Board 27 StoryBoard 28 Trend Board 29 Company Board 30 Fabric Board 32 Analytical drawing 7 0 33 Development Design 58 Final Design
CUCUK Malaysia Art & Culture SANGGUL Traditional Contemporary Cucuk sanggul antara salah satu perhiasan diri bagi wanita Melayu , India dan Cina peranakan untuk mendandan rambut mereka yang panjang mengurai dan lebat. Bagi suku kaum Orang Asli, buluh atau kayu dijadiakan sebagai cucuk sanggul selepas ia diukir dengan teliti dan menarik sekali. Peranan utama cucuk sanggul yang sebenar ialah untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. | 01
Persenjataan masyarakat Melayu terdahulu yang wujud Malaysia Art & Culture dalam pelbagai variasi ini dikesan melalui tinggalan- tinggalan sejarah yang amat penting. Senjata tersebut kini masih wujud dan disimpan dengan rapi oleh pihak muzium yang terdapat di dalam negara. Selain itu, terdapat juga senjata-senjata berkenaan yang masih disimpan oleh individu-individu tertentu sebagai koleksi peribadi. Warisan senjata untuk mempertahankan diri yang dimiliki oleh masyarakat Melayu ini jelas mempamerkan kemampuan pemikiran dan kemahiran mereka dalam menghasilkan senjata. Kewujudan senjata ini bukan sahaja membuktikan bahawa masyarakat Melayu bukan hanya mempunyai kebijaksaan dalam mencipta senjata berkenaan tetapi juga turut diselitkan dengan seni ukir yang amat menarik dan teliti. SENJATA MELAYU Selain berfungsi untuk mempertahankan diri, senjata-senjata masyarakat Melayu juga mempunyai nilai sebagai alat perhiasan. Senjata-senjata berkenaan banyak digunakan sebagai perhiasan terutama untuk majlis-majlis penting seperti pertabalan raja dan perkahwinan. Keris misalnya seringkali dijadikan perhiasan yang melengkapi busana perkahwinan bagi pengantin lelaki. Namun begitu, penggunaan senjata tidak saja terhad kepada kaum lelaki sahaja. Suatu ketika dahulu kaum wanita juga mempunyai senjata sendiri untuk menjaga maruah dan keselamatan diri mereka terutama ketika berada di luar rumah. Jenis-jenis senjata yang biasa digunakan oleh kaum wanita seperti cucuk sanggul, badik, lawi ayam, kerambit | 02
ATAJNES & NASAIHREP IAGABES Malaysia Art & Culture Cucuk sanggul adalah antara senjata mempertahankan diri yang amat signifikan dalam perhiasan diri wanita Melayu. Cucuk sanggul diselitkan di sebalik rambut untuk memperkemaskan ikatan rambut. Cucuk sanggul ini lazimnya diperbuat logam, kayu dan buluh. Mohd Kassim Haji Ali dan Ramli Jaafar (2009: 46), wanita dari berbagai kaum di Malaysia telah lama memakai cucuk sanggul sebagai perhiasan diri dan sebagai senjata untuk mempertahankan diri dari serangan kaum lelaki atau orang yang berniat jahat. Zakaria Abdullah (2007: 281) menyatakan bahawa cucuk sanggul adalah senjata yang ditakuti musuh kerana hikmatnya yang boleh menembusi kulit yang kebal. Keadaan ini menjadikan cucuk sanggul antara senjata mempertahankan diri yang seringkali dikaitkan dengan kaum wanita. | 03
Cucuk sanggul adalah sejenis senjata yang amat ringkas buatannya iaitu terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah kepalanya yang diperbuat dalam pelbagai bentuk dan dihiasi dengan ukiran serta batu permata. Bahagian kedua pula adalah batangnya yang bersifat meruncing ke hujung yang mempunyai fungsi tersendiri. Fungsi asasnya adalah bagi memudahkan cucuk sanggul diselitkan ke dalam rambut untuk merapikan ikatan rambut kaum wanita. Sebagai lambang kecantikan, cucuk sanggul akan menyerlahkan seri wajah seseorang wanita yang memakainya. Ismail Mat Amin (2009:76) menyatakan bahawa cucuk sanggul dianggap sebagai hiasan serbaguna kerana selain menghiasi sanggul ia juga berfungsi sebagai sikat berdasarkan bentuk pangkalnya. Cucuk sanggul yang diselitkan ini agak sukar untuk dikesan sebagai senjata kerana biasanya ia dihiasi dengan kuntuman bunga bagi melengkapkan pemakaian cucuk sanggul wanita. Selain wujud dalam bentuk fizikal, senjata untuk mempertahankan diri dalam kalangan masyarakat Melayu terdahulu juga hadir dalam medium seni sastera masyarakatnya. Penggunaan pelbagai jenis senjata ini digambarkan oleh tukang cerita dalam cerita-cerita Melayu tradisional. Senjata-senjata berkenaan digambarkan dengan teliti tentang penggunaannya oleh masyarakat Melayu terdahulu hingga dapat diberikan gambaran sebenar oleh pembaca cerita berkenaan. Unsur-unsur senjata ini hadir dalam teks-teks kesusasteraan Melayu tradisional sama ada melalui hikayat, legenda atau mitos. Kehadiran penggunaan senjata di dalam teks-teks kesusasteraan ini memperlihatkan betapa masyarakat Melayu terdahulu mempunyai hubungan yang akrab dengan persenjataan. Oleh itu, makalah ini akan menjurus kepada penggunaan cucuk sanggul sebagai alat perhiasan dan senjata yang terdapat dalam kisah Puteri Saadong. | 04
BUKTI 1 CUCUK SANGGUL SEBAGAI SENJATA Kisah Puteri Saadong secara umumnya adalah legenda yang terdapat di negeri Kelantan dan wujud dalam pelbagai versi. Kepelbagaian versi kisah Puteri Saadong ini menjadikan peristiwa yang ingin ditekankan di dalam makalah ini juga bersifat pelbagai. Namun, penekanan hanya akan diberikan terhadap peristiwa penggunaan cucuk sanggul sebagai senjata. Penggunaan cucuk sanggul di dalam kisah ini adalah amat terhad tetapi masih boleh diangkat sebagai salah satu aspek penting di dalam penghasilan makalah ini. Penggunaan cucuk sanggul sebagai perhiasan dan dan senjata rahsia dikesan di dalam salah satu versi. Manakala versi cerita yang lain pula menceritakan bahawa cucuk sanggul berkenaan tidak digunakan sebagai senjata tetapi hanya dijadikan sebagai alat untuk memegang simpulan sanggul untuk menyimpan air mawar. Air mawar tersebut mempunyai hikmat yang digunakan untuk menyembuhkan kembali Puteri Saadong daripada tikaman suaminya, Raja Abdullah. Dalam versi ini, cucuk sanggul mempunyai fungsi sebagai alat untuk menyembunyikan penawar rahsia yang dimiliki oleh Puteri Saadong. Penggunaan cucuk sanggul mengikut versi yang pertama dapat dilihat melalui petikan yang berikut: Berdasarkan petikan sebelah, jelas dinyatakan Setelah sampai di istana, Puteri Saadong dapati suaminya sudahpun bahawa peristiwa beristeri baru. Pertemuan itu mencetuskan perbalahan antara beliau perbalahan antara Puteri Saadong dengan suaminya dengan suaminya. Puteri Saadong merasakan suaminya, Raja Raja Abdullah berlaku Abdullah telah memungkiri janji mereka sebelum beliau berangkat setelah kembalinya Puteri Saadong daripada Siam. ke Siam. Suaminya dianggap tidak setia pada janji yang dibuat. Kesan daripada perbalahan Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah berkahwin lagi setelah tersebut menyebabkan Raja tahun demi tahun menunggu sehingga beranggapan Puteri Saadong Abdullah telah ditikam oleh tidak mungkin akan pulang lagi. Lebih-lebih lagi setelah diambil oleh Puteri Saadong dengan cucuk sanggulnya. Peristiwa raja Siam. Raja Siam sangat berkuasa pada masa itu dan untuk ini memperlihatkan bahawa menyerang dan menyelamatkan isterinya tidak mungkin dapat cucuk sanggul telah dilakukannya. Pertemuan yang berlaku itu pada mulanya melibatkan digunakan oleh Puteri perbalahan mulut. Namun perbalahan itu semakin panas sehingga Saadong untuk menikam Raja Abdullah sehingga Raja Abdullah memukul Puteri Saadong dan ini dikatakan mangkat. menyebabkan Puteri Saadong telah mencabut cucuk sanggulnya dan menikam Raja Abdullah sehingga mangkat (Mohamad Nazri Ahmad, 2008: 147). | 05
BUKTI 2 CUCUK SANGGUL SEBAGAI PENYIMPAN PENAWAR Selain versi tersebut, terdapat juga versi lain tentang penggunaan cucuk sanggul oleh Puteri Saadong. Merujuk kepada versi kedua ini pula, penggunaan sanggul tidak diketengahkan dengan jelas tetapi masih menceritakan tentang sanggul Puteri Saadong yang befungsi untuk menyimpan air mawar. Keadaan ini dikisahkan apabila berlakunya peristiwa Puteri Saadong telah dipancung oleh Raja Abdullah setelah berlakunya perbalahan antara mereka. Puteri Saadong telah mewasiatkan kepada dayangnya supaya membuka sanggulnya dan mengambil jembul (bekas) yang berisi air mawar untuk merawat lukanya. Kata-kata Puteri Saadong yang merujuk kepada perkara ini adalah seperti berikut yang dipetik daripada Hikayat Puteri Saadong: Jika aku mati berdarah, kamu ambillah satu jembul ke dalam sanggulku ini; maka dalam jembul itu berisi air mawar pemberian Encik Siti. Maka Encik Siti dapat daripada Tuan Puteri Minang Berembung (Siti Hawa Haji Salleh, 2006 :44) Oleh itu, apabila Puteri Saadong telah ditikam oleh Raja Abdullah, dayangya telah menurut wasiat Puteri Saadong sehingga akhirnya Puteri Saadong kembali pulih. Peristiwa ini amat berlainan dengan peristiwa yang terdapat dalam versi pertama seperti yang telah dikemukakan. Namun, elemen penggunaan cucuk sanggul masih lagi terdapat di dalam versi yang kedua ini. Keadaan ini membuktikan bahawa cucuk adalah antara bahagian penting yang masih dikaitkan dengan diri seorang wanita bukan sahaja sebagai perhiasan dan senjata tetapi juga digunakan sebagai alat untuk menyimpan penawar untuk kegunaan dirinya sendiri. | 06
Kedua-dua versi kisah Puteri Selain itu, berdasarkan kajian berkaitan Saadong diatas memperlihatkan dengan undang-undang sosiologi kelainan dari aspek penggunaan masyarakat Melayu terdahulu, seseorang cucuk sanggul. Namun, pengkaji wanita adalah tidak manis sekiranya yakin bahawa cucuk sanggul membawa senjata seperti keris, parang, masih lagi mempunyai kekuatan lembing dan sebagainya. Hal ini kerana dalam kisah perkelahian antara senjata-senjata berkenaan seringkali Puteri Saadong dengan Raja dikaitkan dengan golongan lelaki sahaja. Abdullah. Hal ini sedemikian Oleh yang yang sedemikian, situasi ini kerana cucuk sanggul juga dapat memperlihatkan bahawa cucuk mempunyai ciri-ciri dan fungsi sanggul adalah alat yang paling sesuai yang menyerupai keris. Bentuk sebagai senjata yang digunakan oleh cucuk sanggul yang meruncing di Puteri Saadong. Perkara ini dikukuhkan hujungnya memperlihatkan lagi dengan mengambil pandangan bahawa cucuk sanggul adalah daripada Yusman Ayob dan Mohamed sejenis alat perhiasan yang boleh Roselan (1995: 6) yang menyatakan digunakan sama seperti keris. bahawa sudah menjadi resam tidak Perkara ini dijelaskan oleh Faridah manis bagi wanita untuk membawa dan Sarudin et. al. (2015) yang menyatakan bahawa sebagai alat mempamerkan alat berbahaya. Sudah untuk mempertahankan diri, diterima umum bahawa wanita sifatnya kebanyakan wanita gemar lembut, dan membawa senjata adalah menggunakan barang perhiasan sesuatu yang bertentangan dengan sifat diri seperti cucuk sanggul sebagai itu. Kenyataan yang dikemukakan oleh senjata kerana rupa bentuk cucuk kedua-dua sarjana ini amat jelas tentang sanggul yang panjang, tajam, sifat masyarakat Melayu yang tidak bersaiz kecil dan membenarkan golongan wanita mudah disembunyikan. Oleh itu, membawa senjata. Pandangan ini ternyata bahawa sifat fizikal cucuk mengukuhkan lagi dapatan kajian sanggul yang menyerupai keris bahawa keris bukanlah senjata yang atau senjata tajam boleh digunakan oleh Puteri Saadong untuk digunakan untuk kaum wanita menikam Raja Abdullah. Sebaliknya, mempertahankan diri dan unsur cucuk sanggul yang memainkan menikam lawannya fungsi sebagai senjata berkenaan. Hal ini kerana penggunaan cucuk sanggul tidak dilarang dalam kalangan masyarakat | 07 Melayu.
Ternyata bahawa cucuk sanggul adalah senjata yang boleh dianggap sebagai alat mempertahankan diri yang digunakan oleh Puteri Saadong. Pengukuhan pandangan mengenai cucuk sanggul sebagai senjata telah dibuktikan berdasarkan penjelasan yang diberikan dalam perbincangan diatas. Cucuk sanggul yang mempunyai bentuk dan reka corak yang menarik dengan pelbagai jenis hiasan seperti bunga harus dilihat bukan sahaja dari fungsinya untuk perhiasan. Cucuk sanggul juga adalah senjata rahsia yang digunakan oleh kaum wanita Melayu terdahulu untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang ancaman. Cucuk sanggul juga bersifat akrab dengan wanita kerana nilainya yang berbeza-beza mengikut taraf dan status diri seseorang wanita Melayu terdahulu. Namun, penggunaan cucuk sanggul dalam kalangan wanita moden adalah kurang popular kerana terdapat pelbagai hiasan lain yang telah wujud. Antaranya adalah seperti ikat rambut, scarf, tudung dan sebagainya. Oleh itu, melalui makalah ini mencadangkan agar cucuk sanggul sebagai salah satu warisan penting dalam dunia perhiasan dan persenjataan Melayu yang perlu dipertahankan. | 08
ASAL USUL CUCUK SANGGUL Thailand, Indonesia juga ramai peranakan yang berkongsi cara hidup sama memakai cucuk sanggul Perdagang kaya cina singgah di perairan kita Peranankan ini bukan sahaja di negeri selat (melaka, singapore & pulau pinang ) Wujud dalam perbagai culture Tersebar luas di pelusuk nusantara Perhiasan kepala tradisi wanita melayu Asasnya berbentuk melitang di atas kepala & dihias dengan cucuk sangul berhias Memakai cucuk sanggul berhias - Melaka 3 batang - Penang 7 batang Senjata bagi kaum wanita | 09
CUCUK SANGGUL Bentuk asal ‘U’ (pacak) DIPERBUAT DARIPADA Faktor budaya setempat, menjadi kegunaan Buluh Emas tarian Hari hari tertentu yang diraikan - kenduri, Tembaga Perak adat istiadat Suasa Bukan hanya bersangkul tetapi juga disisipkan perhiasan - bungan bunga hidup Corak motif cucuk sanggul Orang melayu terutama orang johor akan Bunga pacak Bunga senayan dihiasi bunga wangi Bunga sudah belom FUNGSI Bunga putih pendek Mengukuhkan simpulan yang di pintal Bunga paku putih panjang Sanggul merupakan teknik mengemaskan Kepang perampilan diri Pecah lima/ enam Kukuhkan rambut yang dipintal (orang asli -duri Jurai landak @ buluh yang diraut) Lebih kepada astektik tujuan kecantikan (evolusi, Pakaian bersanding - Sibai, juntaan melor, gelang kaki era kemodenan) tembaga dan kasut baldu (perempuan) Cucuk sanggul berhias dihias dengan batu - Jubah ala parsi (lelaki) batu permata beranika warna Full set - Sibai(anak selendang/ Tempat perletakan sanggul lintang alas dada) -Gandik (mahkota tutup dahi) Kiri untuk anak dara -Juntai (bunga melor) Kanan untuk yang dah berkhawin | 10
Golongan yang memakai cucuk sanggul Penggunaan perhiasan peribadi dikatakan dapat mengukur pangkat, status dan kedudukan seseorang Orang biasa dikatakan hanya menyemat atau memakai cucuk sanggul yang diperbuat daripada kayu atau buluh Istana raja akan memakai cucuk sanggul yang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga dengan motif bunga dan pelbagai motif Sebab tu taman taman melayu, landskap melayu selalu ada bunga bunga yang wangi Bunga tanjung, bunga kesidang, melur, kenanga, tanjung Bukan sahaja disebabkan cantik dan wangi tetapi juga digunakan dalam perubatan tradisional Kegunaan bunga bunga yang wangi akan digunakan untuk menghias sanggul atau disorok dalam sanggul Orang melayu tidak memakai bunga orkit @ angerik (nama melayu) kerana tumbuhnya meliar dan akan diangap si pekaijuga liar Orang dahulu walaupun hanya memakai sanggul bunga bunga tersebut mempunyai maksud tersirat | 11
Di dalam Syair Dang Sirat ada mengatakan seorang dayang yang bertugas sebagai biduan istana bernama Dang Sirat telah menggunakan ilmu sihir iaitu ilmu pengasih untuk memikat Sultan Johor dengan menggunakan cucuk sanggul. Zaman dahulu juga, mak andam memakaikan cucuk sanggul yang telah dijampi ilmu pengasih di kepala pengantinperempuan untuk mereka kelihatan berseri-seri pada hari tersebut. SYAIR DANG SIRAT | 12
JENIS CUCUK SANGGUL CUCUK SANGGUL GOYANG CUCUK SANGGUL CUCUK SANGGUL CUCUK SANGGUL PAKU/ KECIK WAU BULAN SUDU CUCUK SANGGUL KEPANG CUCUK CUCUK JURAI SANGGUL PECAH | 13
CONCEPT The concept of contemporary traditional that I chose is to bring and absorb traditional elements in clothing. This is due to a lack of exposure to traditional clothing and jewellery among today's youth. Although it is well known that cucuk sanggul was a type of women's jewellery in ancient times, not everyone is aware of the storey behind the cucuk sanggul. || 1148
INSPIRATION BOARD | 15
COLOUR FORECASTING | 16
LOOK | 17
| 18
| 19
| 20
| 21
| 22
| 23
| 24
| 25
MOOD BOARD | 26
STORY BOARD | 27
TREND BOARD | 28
COMPANY BOARD | 29
FABRIC BOARD | 30
| 31
ANALYTICAL DRAWING | 32
D E VDEELSOIPGMNE N T | 33
| 34
| 35
| 36
| 37
| 38
| 39
| 40
| 41
| 42
| 43
| 44
| 45
| 46
| 47
| 48
Search