45 Fasal 23 5. Pemegang Amanah bertanggungjawab mengurus wang dan harta yang diamanahkan semata-mata untuk kegunaan parti dan mesti mengembalikan semula wang dan harta tersebut kepada parti setelah berhenti atau diberhentikan menjadi Pemegang Amanah. 6. Tahun Kewangan Parti ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember tahun yang sama. 7. Bendahari Agung baik diperingkat pusat mahupun Bendahari diperingkat negeri hanya dibenarkan menyimpan wang tunai runcit tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM50,000.00) pada satu-satu masa. Wang sedemikian mestilah disimpan di tempat yang selamat di dalam Pejabat Berdaftar untuk kegunaan perbelanjaan runcit parti. 8. Perbelanjaan yang melebihi Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM50,000.00) tetapi tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu (RM500,000.00) pada satu-satu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Majlis Presiden. Ini adalah turut terpakai bagi kedua-dua peringkat samada pusat mahupun negeri.
46 Fasal 23 9. Perbelanjaan yang melebihi Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu (RM500,000.00) pada satu-satu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Majlis Eksekutif Pusat. Ini adalah turut terpakai bagi kedua-dua peringkat samada pusat mahupun negeri. 10. Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri hendaklah menghantarkan ke Setiausaha Agung, Penyata Kira-Kira bagi sesuatu tahun kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira Kira. Diperingkat Cawangan, adalah terpakai hal yang sama dan dilaporkan kepada Majlis Pimpinan Negeri. 11. Majlis Eksekutif Pusat berhak dan berkuasa ke atas semua harta benda dan wang (termasuk wang simpanan dalam mana-mana institusi kewangan) bagi Majlis Pimpinan Negeri yang telah dibubarkan. 12. Majlis Eksekutif Pusat berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan kewangan parti bagi semua peringkat. 13. Setiap Sayap adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan kewangannya masing- masing yang sama.
Format Pengendalian Mesyuarat Parti
Kandungan 12 3 Contoh pengendalian Jenis Mesyuarat Kekerapan mesyuarat di setiap peringkat
Contoh pengendalian mesyuarat setiap peringkat MPN . SPP. MPC
Contoh Pengendalian Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri 1. Bacaan Doa 2. Ucapan Ketua Negeri 3. Pembentangan Minit mesyuarat MPN yang lepas. 4. Hal hal berbangkit minit mesyuarat 5. Arahan daripada Majlis Eksekutif Pusat 6. Laporan daripada Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri 7. Laporan daripada Biro Majis Pimpinan Negeri 8. Pembentangan laporan kewangan 9. Hal Hal Lain
Contoh Pengendalian Mesyuarat Sekretariat Parlimen Pejuang 1. Bacaan Doa 2. Ucapan Penyelaras Parlimen 3. Pembentangan Minit mesyuarat SPP yang lepas. 4. Hal hal berbangkit minit mesyuarat 5. Arahan daripada Majlis Pimpinan Negeri 6. Laporan daripada Setiausaha 7. Laporan daripada Jawatankuasa Sekretariat Parlimen PEJUANG 8. Pembentangan laporan kewangan 9. Hal Hal Lain
Contoh Pengendalian Mesyuarat Majlis Pimpinan Cawangan 1. Bacaan Doa 2. Ucapan Ketua Cawangan 3. Pembentangan Minit mesyuarat MPC yang lepas. 4. Hal hal berbangkit minit mesyuarat 5. Arahan daripada Sekretariat Parlimen PEJUANG 6. Laporan daripada Setiausaha Majlis Pimpinan Cawangan 7. Laporan daripada Jawatankuasa Majis Pimpinan Cawangan 8. Pembentangan laporan kewangan 9. Hal Hal Lain
02 Jenis Mesyuarat
Jenis Mesyuarat
03 Kekerapan
Kekerapan
Search