PELANCONGAN MANJUNG PANDUAN JELAJAH Selamat Datang MASJID AL-ISMAILIAH KG. SUNGAI TIRAM LEKIR EDISI KELUARAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
MASJID AL-ISMAILIAH KG SUNGAI TIRAM, LEKIR KAMPUNG SUNGAI TIRAM, LEKIR PERAK DARUL RIDZUAN
SEJARAH MASJID AL-ISMAILIAH KG SUNGAI TIRAM, LEKIR Sejarah pembinaan masjid / peristiwa penting semasa pembinaan masjid Sebelum pembinaan masjid pertama di Kampung Sungai Tiram, di mana ketua kampung dan penduduk kampung sungai tiram telah berkumpul di tapak masjid pertama kampung sungai tiram bagi membincangkan pembinaan secara gotong- royong dan dihadiri seramai 12 jemaah masjid bersama 6 orang peneroka lorong. Bermula di sinilah pembinaan asal masjid kampung sungai tiram telah di jalankan secara gotong-royong yang diketuai ketua penduduk iaitu Pak Itam tukang dan jemaah yang hadir pada tahun 1910. Tanah tapak masjid ini telah digazet pada tahun 1912, terbinalah masjid pertama kampung sungai tiram. Pembinaan keduanya di jalankan pada tahun 1952 dan diberi nama masjid Al Ismailiah ini diambil sempena nama pengerusi masjid yang pertama iaitu Ismail bin Lebai Ali. Pemilihan pengerusi adalah persetujuan bersama penduduk. Pada tahun 2014 pihak masjid telah menerima kelulusan untuk kerja-kerja meroboh dan membina masjid baru yang di mana kerja-kerja itu dipantau sepenuhnya oleh pihak pembangunan luar bandar daerah manjung dan siap sepenuhnya pada 15 julai 2016 bersamaan tarikh pengistiharan masjid oleh Sahibul Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan dan terciptalah sejarah kampung sungai tiram masjid Nusantara termoden di negeri Perak.
Sejak pengistiharaan masjid Al- Ismailiah dan telah digunakan sepenuhnya. Ramai jemaah luar datang ke masjid Al-Ismailiah dan menamakan masjid putih yang mana pembinaannya seiras masjid di Aceh Indonesia , pembinaannya secara tradisional (Nusantara). AKAN TETAPI 2 tahun selepas itu masjid Al-Ismailiah Kampung Sungai TIram telah menAMBAH elemen khubah. Hal ini kerana, elemen khubah telah menarik perhatian dan minat ahli jawatankuasa masjid kerana corak dan tema khubah tersebut akan memberi kelainan berbanding masjid yang lain. Selain itu, kebanyakkannya idea dan hasil datangnya dari bekas MB Perak iaitu YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir. Kapasiti masjid adalah sebanyak 600 jemaah termasuk luar dan dalam. KUNCI KEJAYAAN BAGAIMANA MASJID INI DAPAT MEMBERI IMPAK YANG BAIK KEPADA PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI TIRAM ADALAH KERANA SEJAK DARI ZAMAN 60an, setiap wakil telah dibahagikan kepada 6 bahagian untuk menjalankan tugas masing-masing dan mereka telah memberikan input yang sangat baik.
SEJARAH KG SUNGAI TIRAM, LEKIR Kampung Sungai Tiram adalah sebuah kampung yang terletak di Lekir, Perak. Terwujudnya nama Kampung Sungai Tiram ini adalah kerana terdapatnya banyak siput tiram di kawasan pantai yang terletak di kampung itu. Sehingga kini siput tiram masih menjadi tumpuan utama bagi penduduk setempat dan orang luar. Sungai Tiram juga merupakan sungai baru yang dibuat setelah sungai lama ditutup. Selain itu, terdapat seramai 1398 penduduk yang menetap di kampung Sungai Tiram dan sebanyak 403 buah rumah yang telah dibina di perkampungan itu.
TERIMA KASIH \"Jarak kita dengan masjid tidak diukur dengan kaki, tetapi dengan hati.\"
Search
Read the Text Version
- 1 - 6
Pages: