Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Flipbook Masjid Sultan Alang Iskandar Shah

Flipbook Masjid Sultan Alang Iskandar Shah

Published by Smart Komuniti, 2022-04-04 02:48:49

Description: Flipbook Masjid Sultan Alang Iskandar Shah

Search

Read the Text Version

PELANCONGAN MANJUNG PANDUAN JELAJAH MUBARAK selamat datang MASJID SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH EDISI KELUARAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

KG DATO SERI KAMARUDDIN MANJUNG PERAK MASJID SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH KG DATO SERI KAMARUDDIN 32040 SERI MANJUNG PERAK DARUL RIDZUAN

Masjid Sultan Alang Iskandar Shah SEJARAH NAMA MASJID - SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH (SULTAN PERAK KE 30 - 1918-1938) Raja Alang Iskandar adalah putera Almarhum Sult an Idris Murshidul 'adzam Shah, Sultan Perak yang ke-30. Baginda dilantik menjadi Sultan Perak menggantikan kekanda Baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil dan bergelar Sultan Iskandar Shah serta bersemayam di Istana Kenangan, kemudian berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Baginda diputerakan di Kuala Keboi, Kampar, Perak pada tahun 1876. Baginda mula bersekolah di Central School, Taping, kemudian melanjutkan pelajaran Baginda ke Belliol College, Oxford, England. Dalam tahun 1902 Baginda berangkat balik ke Negeri Perak bersama ayahanda Baginda Sultan Idris yang melawat England. Tiga tahun kemudian Baginda berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan di Bandar Taiping. Tahun 1906 Baginda berkhidmat dalam pasukan Polis dan tidak berapa kemudian telah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Polis di Kuala Lumpur. Kegemaran Baginda ialah bermain bolasepak, hoki, kriket dan merupakan seorang ahli pasukan polo Negeri Selangor dan pasukan polo Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sehingga menjadi Sultan Perak pun Baginda masih merupakan permain polo yang handal dan menubuhkan satu pasukan polo Negeri Perak di Kuala Kangsar. Dalam tahun 1916, ketika berkhidmat dalam Pasukan Polis di Kuala Lumpur, Baginda telah dipanggil balik ke Perak kerana telah dilantik menjadi Raja Bendahara Perak. Apabila Sultan Abdul Jalil mangkat dalam tahun 1918, Raja Bendahara Alang Iskandar ditabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-30. Enam tahun kemudian Baginda berangkat ke England kerana menyaksikan pertunjukan Wembly, sekaligus mengadap Baginda King George V.

Masjid Sultan Alang Iskandar Shah SEJARAH NAMA MASJID - SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH (SULTAN PERAK KE 30 - 1918-1938) Baginda menyokong kuat penubuhan Askar melayu di-raja, dan desakan Baginda, kuasa pentadbiran yang dipegang oleh Residen General bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dirombak dan dibahagi-bahagi semula kepada Sultan-Sultan, Residen-Residen dan Majlis-Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri dalam Persekutuan itu. Dengan rayuan Baginda kepada Kerajaan Inggeris, Jajahan Dining dan Pulau Pangkor yang diberi kepada Kompeni Inggeris dalam tahun 1826 diserahkan balik kepada Kerajaan Neger Perak dalam tahun 1935. Baginda turut melantik seorang alim Islam di Teluk Intan (Teluk Anson), bernama Sheikh Muhammad Saleh (Asal dari Minangkabau) menjadi Shaikul-Islam bagi Negeri Perak. Baginda sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran Agama Islam kepada rakyat Baginda di bandar-bandar dan di kampung-kampung. Baginda berangkat merasmikan Maktab Latihan Sultan Idris di Tanjung Malim pada tahun 1922. Baginda juga telah mendirikan sebuah istana yang besar dan indah di Bukit Chandan dan dinamakan Istana Iskandariah, sempena nama Baginda sendiri. Setelah memerintah selama 20 tahun lamanya dengan jaya, maka dalam bulan Oktober 1938, Sultan Iskandar Shah pun mangkat dan dimakamkan di Permakaman di-Raja Bukit Chandan, bergelar \"Marhum Kadasallah\".

SEJARAH KG. DATO SERI KAMARUDDIN

SEJARAH KG. DATO SERI KAMARUDDIN Masjid Kampung Dato Seri Kamaruddin, Manjung, Perak yang dinamakan Masjid Sultan Alang Iskandar Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di Seri Manjung. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 11 Ogos 1999 bersamaan 28 Rabiulawal 1420 Hijrah. Baginda telah mengikuti tradisi yang diamalkan oleh pemimpin besar, Nabi Muhammad s.a.w. dengan membina sebuah masjid yang tidak ada tolok bandingnya di merata dunia. Masjid ini terletak di Kampung Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak. Dibina atas tapak masjid lama yang telah diruntuhkan kerana keadaannya yang padat dan usang. Masjid lama dibina pada tahun 1972 di tengah-tengah kawasan kampong yang asalnya lalah penduduk yang diberi penempatan semula oleh kerajaan kerana kampong asal mereka laitu Kg. Batu Gajah di Teluk Murah telah diambil kerajaan bagi pembinaan Pangkalan TLDM pada tahun 1974. Masjid tersebut merupakan satu-satunya masjid yang ada di kawasan Bandar Baru Seri Manjung yang ketika itu baru hendak dibangunkan. Seramai 320 buah keluarga telah terlibat dalam penempatan semula ini dan mereka-mereka in semua terdiri dari kalangan para petani, nelayan dan peniaga. Kawasan penempatan baru ini diberi nama Kg. Dato Seri Kamaruddin, mengambil sempena nara menteri bear ketika itu Dato' Seri Haji Kamaruddin bin Mohd Isa. Beliau dilahirkan di Kampung Batu 16, Batu Kurau, Perak pada pada tahun 1930 dan diangkat menjadi Menteri Besar Perak pada 18 Mac 1970 sehingga 4 September 1974 . Pada asalnya, beliau adalah seorang guru di Kampung Perak dan kemudian di Batu Kurau. Beliau juga aktif dalam persatuan belia dan kesatuan sekerja dan mula giat dalam politik sejak pada tahun 1953. Disebabkan oleh pembangunan yang begitu pesat di sekitar Bandar Baru Seri Manjung dan penempatan penduduk di sekitar taman-taman perumahan berdekatan Kg. Dato Seri Kamaruddin, maka masjid yang asal tidak dapat untuk menampung kepadatan Jemaah yang ramai terutama ketika Solat Jumaat. Maka, permohonan untuk mendirikan masjid baru di atas tapak masjid asal telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Raja Muda ketika itu telah menitahkan bahawa masjid baru yang hendak dibina hendaklah boleh memuatkan kira- kira 1500 jemaah, sejajar dengan ramalan perkembangan penduduk di Daerah Manjung iaitu kira-kira 198,576 orang menjelang Julai 2000.

SEJARAH KG. DATO SERI KAMARUDDIN Reka bentuk dan seni binanya adalah tradisional. Bangunan masjid ini akan menjadi tanda mercu di pusat bandar ketika itu. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 2 tahun. Pada asalnya projek ini dibina atas cadangan ketua kampung melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) pada awal tahun 1995. Tahun 1997, Jurubina Arkitek sebuah firma tempatan diberi kepercayaan dan tugas membuat penyelidikan yang menyeluruh mengenai jenis-jenis dan rekabentuk masjid sebelum keputusan mengenai rekabentuk sekarang dibuat. Jurubina berjaya menghasilkan satu reka bentuk yang unik, tidak menyentuh mana-mana pihak dan boleh diterima oleh masyarakat Melayu. Struktur masjid ini kombinasi seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli. Pembinaan masjid yang bernilai RM 2 juta di atas tapak masjid asal yang telah dirobohkan bermula pada 2 Ogos 1997 dengan tempoh siap selama 18 bulan. Masjid in mempunyai kubah berwarna biru. Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan lama.Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat Al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu. Dewan Sembahyang utama seluas 1000 kaki persegi ditutupi oleh satu kubah besar yang didokong oleh lapan ting berbentuk empat persegi. Kubah itu mempunyai garis pusat 90 kaki dan 78 kaki tinggi. Dewan Sembahyang Utama dibentuk dalam dua peringkat. Semua lantai disaluti permaidani. Keseluruhan rang sembahyang seluas 23,299 kaki persegi Mimbar masjid dibuat dengan kayu cengal. Cermin dinding dihiasi dengan gril yang tinggi diperbuat daripada kayu berukir setinggi 3 kaki.

TERIMA KASIH \"Secepat apapun langkah kakimu di dunia, akan sia-sia bila masih berat melangkah ke Masjid.\"


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook