Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BM FLIPBOOK PULAU PANGKOR

BM FLIPBOOK PULAU PANGKOR

Published by Smart Komuniti, 2023-02-08 07:44:50

Description: BM FLIPBOOK PULAU PANGKOR

Search

Read the Text Version

PELANCONGAN MANJUNG PANDUAN JELAJAH selamat datang PULAU PANGKOR EDISI KELUARAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PPUULLAAUU PPAANNGGKKOORR | 02

SEJARAH PULAU PANGKOR Suatu ketika dahulu, Pulau Pangkor menjadi tempat pelarian dan persembunyian bagi pelaut yang melalui Selat Melaka. Selain itu, ia turut menjadi tempat persinggahan dan percutian raja- raja. Keistimewaan utama Pulau Pangkor pada waktu itu ialah pantainya yang cukup menarik dan cantik. “ Alam Ciptaan Allah Yang Maha Hebat”. Raja–raja, lanun, pengembara, pedagang dan askar-askar sering berkunjung bagi menikmati kedamaian dan keistimewaan Pulau Pangkor. Terdapat teori asal bagi nama Pulau Pangkor. Suatu ketika dahulu, pedagang-pedagang dari negara luar, terutamanya Negara China sering melabuhkan layar untuk beristirahat di samping menikmati keindahan alam di Pulau Pangkor. Justeru, pada suatu ketika berlaku bencana alam di mana ribut petir melanda di keseluruhan lautan, lalu patahlah tiang layar pedagang China ini. Oleh itu, mereka tidak dapat meneruskan pelayaran sehinggalah diarahkan mencari pengganti kepada tiang yang patah itu di dalam hutan. Semasa pencarian, mereka bertemu sejenis pokok di dalam hutan yang sangat berkualiti dan dapat dijadikan sebagai tiang layar. Pokok itu bernama “Peng Ko”. Maka lahirlah perkataan Pangkor yang kekal hingga ke hari ini dengan gelaran “Pulau Pangkor”. Peristiwa ini diceritakan oleh penduduk tempatan yang disampaikan oleh penduduk dahulu kala. PETA Pulau Pangkor 2025-2028 | 03

JETI PULAU PANGKOR Feri ke Pulau Pangkor menyediakan perkhidmatan yang selesa, cepat dan selamat. Perjalanan feri dari jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor mengambil masa 30 minit dan dari Jeti Marina ke Jeti Lumut 15 minit perjalanan. Ia merupakan pengalaman permulaan untuk anda melihat pemandangan laut dalam destinasi ke Pulau Pangkor. Harga Tiket: Waktu Operasi: | 04 RM10 Dewasa (sehala) 6.45am - 7.15pm RM5.50 Kanak-kanak (sehala)

HENTIAN TEKSI Pulau Pangkor Tiba sahaja di Jeti Pulau Pangkor, terdapat perkhidmatan sewaan teksi van, motorsikal dan kereta yang disediakan oleh penduduk tempatan. Teksi van berwarna pink ini sedia memberi perkhidmatan untuk anda ke hotel atau chalet di Pulau Pangkor. Anda juga boleh bersiar mengelilingi Pulau dan melawat tempat menarik. Teksi van ini boleh memuatkan sehingga 8 - 10 orang muatan. Anggaran perkhidmatan motor sewa dan kereta sewa adalah RM30 - RM80 sehari. | 05

Pantai Teluk Dalam merupakan kawasan perkampungan nelayan pulau pertama yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Daya tarikan utama di sini adalah tradisi komuniti nelayan berbilang kaum yang hidup bermasyarakat di pesisiran pantai. Casuarina Pangkor pula merupakan pusat peranginan yang menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini. Selain itu, pelancong juga boleh merasai suasana kehidupan sebenar masyarakat nelayan dan melakukan aktiviti riadah seperti merentas hutan, ‘snorkeling', ‘scuba diving', berbasikal dan memancing. Di Pulau Pangkor terdapat juga sebuah pulau yang menjadi daya tarikan pelancong iaitu Pulau Giam yang terkenal dengan aktivti 'snorkeling'. Pulau Giam terletak kira- kira 5 km dari Pekan Pangkor dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Para pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi serta lautan biru yang jernih persis permata disamping melakukan aktiviti 'snorkeling' dimana mereka dapat berenang bersama ikan-ikan dan melihat sendiri pemandangan batu karang di dasar laut dan juga kepelbagaian hidupan akuatik dan juga spesis ikan yang menarik dan unik. | 06

Bertempatkan di Pulau Pangkor, Pantai Pasir Bogak terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor. Untuk ke pantai ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor. Panjang pantai ini lebih kurang 1.3 km dan terkenal dengan aktiviti berkelah, bermandi-manda, sukan air, berbasikal dan memancing. Terletak di Pulau Pangkor 1 km dari Pasir Bogak, Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di Pulau Pangkor. ia mempunyai pemandangan laut yang cantik. Teluk Nipah juga mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 5 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam. Ia terkenal dengan pantai yang landai, pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah. Terdapat juga sebuah tokong cina yang menjadi tumpuan umum di kawasan ini. | 07

BUAIAN KAYU NIBONG PASIR BOGAK Sebanyak lima buaian yang dibina oleh Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung telah siap sepenuhnya. Buaian yang dibuat daripada batang nibong manakala bangku buaian daripada kayu cengal terletak di Pantai Pasir Bogak. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana buaian yang berketinggian 10 hingga 12 kaki persegi dijamin selamat diguna. Tulisan Jawi dijadikan tulisan papan tanda buaian tersebut, adalah untuk menggalakkan pelancong mendekati tulisan Jawi sebagai satu skrip penulisan indah, mudah dan perlu dikuasai semua sebagai legasi budaya dan warisan masyarakat negara ini. | 08

PHOTO BY HARSHA1403 TELUK SEGADAS .PANTAI DARA @ SECRET BEACH. Pantai Teluk Segadas terletak di sebelah selatan pulau di Pulau Pangkor. Pantai Teluk Segadas dihubungkan dengan seluruh Pulau Pangkor melalui laluan hutan kecil yang bermula di Teluk Gedong. | 09

PANTAI DARA , PANGKOR Tiada jalan utama untuk ke teluk ini, kebanyakan pengunjung akan mendaki dan meredah hutan untuk ke tempat ini. selain dari meredah hutan selama 15-25 minit atau dengan menaiki bot. AIRNYA TENANG DAN TIDAK TERLALU DALAM, SANGAT BAIK UNTUK BERENANG DAN BERMAIN TELUK SEGADAS 4.191291800571105, 100.57346816047739 terokai | 10

AKTIVITI SUKAN AIR Terdapat pelbagai aktiviti air yang menarik dan mencabar boleh dilakukan bersama orang tersayang di Pulau Pangkor. Antara aktiviti tersebut adalah snorkeling, menaiki banana bot, berkayak, poparazzi, outrigger, big mable, matrix, high roller dan pelbagai lagi aktiviti air yang mesti dicuba oleh semua pelancong yang datang ke Pulau Pangkor. | 11

ISLAND | 12 HOPPING & SNORKELING Cara terbaik untuk menerokai Pulau Pangkor ialah dengan menaiki bot sambil menikmati angin laut. Ingin melakukan aktiviti sukan air? Hanya pergi ke SF WATERSPORTS untuk mencuba pelbagai aktiviti mereka! SF WATERSPORTS 012-504 2760

Teluk Ketapang terletak di antara dua Teluk ketapang juga terdapat sebuah buah pantai iaitu Teluk Nipah dan Pasir jeti yang sering menjadi tumpuan para Bogak, di Pusat Konservasi dan pemancing kerana kawasannya yang Penerangan Penyu Teluk Ketapang, strategik untuk mencandat sotong di Pulau Pangkor, Teluk Ketapang, iaitu penghujung jeti tersebut. Teluk ketapang kira-kira 6KM dari Jeti Pangkor dan 3KM juga merupakan kawasan persinggahan dari Pasir Bogak. Pantai Teluk Ketapang penyu bertelur pada musim-musim merupakan satu projek pemuliharaan tertentu. Selain itu pantai ini juga penyu oleh komuniti setempat di Pulau dikenali sebagai Teluk Penyu oleh Pangkor. Data pada 2019 telah masyarakat sekitar. menunjukkkan peningkatan jumlah penyu yang mendarat. Aktiviti yang terdapat di Kampung . Antara Spesis penyu yang bertelur di Penyu ini ialah pelepasan anak penyu, Pantai Teluk Ketapang ini adalah Penyu Agar atau dikenali sebagai Green Turtle. lawatan sarang penyu bertelur serta Lebih 1000 anak penyu dilepaskan ke laut pada 2017 dan awal 2020. Projek ini sedikit perkongsian mengenai telah menyelamatkan lebih 5,000 anak penyu. Terdapat satu menara untuk para pendidikan dan pengetahuan tentang pengunjung melihat permandangan secara menyeluruh di kawasan ini. penyu akan disampaikan kepada para pengunjung HUBUNGI : 05-689 8961 EMEL : [email protected] | 13

Air Terjun Teluk Nipah Photo credit Asrah Homestay Pangkor | 14

SUNGAI TELUK NIPAH Air Terjun Sungai Nipah. elain mempunyai pantai Perjalanan menuju ke Air S yang bersih dan cantik di Terjun ini kurang dari 10 minit Teluk Nipah, lokasi ini juga dari Pantai Teluk Nipah. mempunyai tempat untuk Walaupon kawasan ini sangat diterokai khususnya buat terpencil dan kecil, ia sangat memadai dengan adanya pencinta alam semulajadi. keindahan alam flora dan Air sungai yang bersih fauna. merupakan tarikan kepada Kebersihan sungai ini haruslah warga tempatan dan dijaga bersama dan pelancong untuk bermandi- pengujung perlu membawa manda. pulang sampah. 4.230780683355618, 100.551964867115 | 15

ATV Adventure ATV Adventure Pangkor satu-satunya tempat pelancongan yang menawarkan Pangkor pakej buat para pengunjung untuk menikmati pemandangan indah di Kenderaan jenis all-terrain vehicle (ATV) sekitar Pulau Pangkor dengan menaiki sering dikaitkan dengan laluan hutan kenderaan ATV tersebut. tapi kini ia mula berkembang ke Perjalanannya memakan masa antara kawasan yang lebih santai seperti satu ke dua jam dengan melalui trek di pantai Pulau Pangkor. dalam hutan, kawasan kampung dan tepi pantai. Photo credit ATV Adventure Pangkor | 16

Harga Pakej: Orang ramai yang ingin menyertai pakej RM150 Dewasa (seorang) permulaan ATV ini tidak perlu khuatir kerana RM180 Dewasa (2 orang) ATV Adventure Pangkor menyediakan pakar Waktu Operasi: terlatih untuk menjaga keselamatan. 8.00am - 5.00pm (setiap hari) Anda yang berminat untuk mendapatkan 011-2746 0251 maklumat mengenai pakej yang ditawarkan boleh melayari Instagram ATV Adventure 4.242466454680491, Pangkor. 100.54616796329839 Photo credit | 17 Hasifhamsyari

GALERi PANGKOR Galeri Pangkor merupakan salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Kedudukannya terletak di tengah- tengah bandar Pulau Pangkor yang memudahkan pelancong untuk berkunjung. Galeri ini memaparkan gambar-gambar pemandangan sekitar Pulau Pangkor, masyarakat sosial dan budaya Pangkor. Datang dan kunjungi Galeri Pangkor untuk mengetahui lebih lanjut tentang keindahan Pulau Pangkor. | 18

TOURIST INFORMATION CENTER PANGKOR Terletak berhampiran dengan Jeti Pangkor dan bersebelahan Laris Duty Free. Pelancong akan mendapat pelbagai maklumat dan lokasi tempat menarik yang terdapat di Pulau Pangkor apabila datang ke Tourist Information Center dibawah pengurusan Majlis Perbandaran Manjung. | 19

Sejarah Pada tahun 1670, Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Pada tahun 1690, rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan kota ini. Selepas tahun 1779 Kota Belanda tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan rempah di Maluku, Indonesia. Belanda juga berhadapan dengan perang Napoleon di Eropah. Pada 1824 Belanda dan Inggeris secara rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Usaha Pemuliharaan Pada 1973, kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium dan telah diwartakan sebagai monument lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam seksyen No.247, Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970. Kmeudian pada 1997, kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan pelancongan negeri Perak. Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini. Pelbagai gerai makanan pakaian dan cenderamata juga terdapat di sini. Beberapa bahagian kota ini telah dibaiki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan Melayu. | 20

BATU BERSURAT PULAU PANGKOR Terdapat batu bersurat belanda (Tiger Rock) yang terletak berhampiran pantai Kampung Teluk Gedung. Apa yang terpahat pada batu tersebut adalah gambaran harimau yang sedang membaham seorang budak. Dua bulatan berbentuk daun dan juga perkataan- perkataan Belanda serta Inggeris yang berbunyi “If Carlo 1743”. Tahun yang dicatatkan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk yang diketuai oleh Panglima Kulup sekitar 1690-an. Terdapat pelbagai kisah disebalik batu tersebut, Antara kisah yang menarik, Orang Bugis dan orang Melayu telah menculik dan membunuh anak pembesar Belanda untuk membalas dendam di atas kekejaman Belanda melayan penduduk tempatan. Apabila askar Belanda mencari budak tersebut, penduduk tempatan membuat cerita dengan menyatakan mereka nampak harimau telah melarikan budak tersebut. Namun penduduk Pulau Pangkor yang lain percaya bahawa bukan harimau yang telah melarikan budak tersebut tetapi pembesar Melayu yang tidak puas hati dan ingin membebaskan Pangkor dari Belanda. Oleh sebab itulah askar Belanda ini melukis gambar harimau yang melambangkan ‘orang Melayu’. Batu ini juga dikenali sebagai ‘Tiger Rock’ kerana adanya gambar harimau tersebut. Dahulunya batu ini bersaiz lebih kecil daripada sekarang dan batu ini seolah-olah hidup kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil. Panjang batu ini kini adalah 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan tingginya pula adalah 4.3 meter. Tetapi dokumen arkib Belanda yang ditemui baru-baru ini menyebut bahawa \"tiada garrison harus diletakkan di Pangkor, dan tiang batu harus didirikan dengan lambang Syarikat Hindia Belanda (VOC) dan Wilayah Bersatu Belanda\". Apabila diteliti dengan teliti, imej 'harimau' sebenarnya adalah singa yang sedang memegang anak panah. - Lambang Wilayah Bersatu Belanda. | 21

PULAU PANGKOR MANJUNG PERAK MASJID AL-BADR SERIBU SELAWAT, PULAU PANGKOR Pulau Pangkor merupakan salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Justeru, pembinaan Masjid ini merupakan cetusan idea daripada hasil perbincangan antara bekas Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd.Kadir merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor bersama Datuk Abdul Latiff Mirasa serta pakar-pakar dan pegawai dari Yayasan Restu yang berhasrat membina sebuah masjid ikonik untuk masyarakat Muslim tempatan di Teluk Gedong, Pulau Pangkor. Selain itu, idea ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menarik minat pengunjung dalam dan luar negara bagi melihat sendiri keunikan masjid yang berkonsepkan 1,000 selawat sebagai hiasan dalamannya. Masjid ini mula dibina pada 7 Mac 2014 di bawah pengawasan Pejabat Daerah Manjung. Manakala kaligrafi yang terdapat pada masjid ini telah mendapat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti Negeri Perak. Peruntukannya pula disalurkan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak dan Pejabat Menteri Besar Perak. | 22

Masjid Seribu Doa pulau pangkor Rentetan daripada pembinaan Masjid Al-Badr yang berkonsepkan 1000 selawat, tercetusnya pula idea untuk membangunkan sebuah lagi masjid yang menjadikan Doa sebagai konsep utamanya. Masjid ini dibina semula dan dikekalkan dengan nama Masjid Al-Khairiah yang telah selesai dibina pada 24 Oktober 2019. Idea ini juga terhasil daripada Mantan Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dengan kerjasama rekabentuk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan seni dalaman oleh Yayasan Restu. Kedudukan masjid yang dikelilingi oleh majoriti masyarakat cina membuatkan idea rekabentuk dan hiasan dalamannya menjurus kepada motif oriental. Keunikan masjid ini diserlahkan lagi dengan pelbagai jenis seni khat dan himpunan doa-doa yang dipetik daripada Al-Quran dan Hadis. Manakala Asma-ul- Husna dipamerkan di tiang-tiang masjid ditulis dalam bentuk kaligrafi china. Kesemua hasil seni khat di masjid ini merupakan sentuhan tangan oleh penulis khat di Yayasan Restu yang juga merupakan anak melayu tempatan. Dekorasi keseluruhan masjid ini mengaplikasikan pelbagai pola motif tumbuhan dan geometri yang terdapat di negeri Perak. Kebanyakkan reka bentuk di masjid ini berunsurkan ketimuran dari negara China dan juga identiti perak. Motif-motif ini diambil daripada Masjid Niu Jie, bunga-bungaan di China seperti Chinese Peony, Apple Blossom dan Plum Blossom. | 23

Kuil Fu Lin Kong terletak di pantai timur Kuil Foo Lin Kong berusia lebih dari seratus Pulau Pangkor. Ia adalah kuil Tao terbesar tahun dan dihiasi dengan batu dan batu di pulau ini. Terdapat sebilangan besar. Selain lengkungan yang indah untuk penduduk Tionghoa di Pangkor yang menyambut pengunjung dan tembok kuil menganut ajaran Tao. Kuil ini adalah pusat yang megah, terdapat Tembok Besar China pemujaan Taoisme di pulau itu, agama yang kecil di taman di belakang dewan kuil yang mengikuti ajaran Lao Tze, seorang yang besar. Di dalam kuil itu juga terdapat ahli falsafah Cina yang hebat. Fu Lin Kong patung-patung Buddha. Taman yang indah juga merupakan salah satu tarikan di sekitar kuil sebahagiannya dibina di atas pelancongan paling popular di pulau ini. bukit. Kuil Tao ini dibina di kaki bukit Pangkor di kampung Sungai Pinang Besar, sebuah Penduduk juga datang ke sini untuk perkampungan orang Cina (Kampung bersenam melalui bukit dan berjalan di Cina). Ia juga menarik orang yang mencari sepanjang Tembok Besar China. Di bumbung gambar dengan pemandangan yang indah kuil anda melihat 12 tanda zodiak Cina. dengan latar belakang Pangkor yang Terdapat dua belas tanda zodiak Cina yang menakjubkan. diukir di atas bumbung dan terdapat banyak ikan dan kura-kura di kolam sekitarnya, yang semakin meningkatkan daya tarikan kuil. Pengunjung yang tidak keberatan berjalan kaki juga dapat mendaki bukit di belakang bahagian utama kuil untuk mengagumi pemandangan indah bumbung Kampung yang berwarna-warni, lautan luas, kapal nelayan dan langit Pangkor yang begitu biru. Lokasi : Kampung Sungai Pinang Besar, perkampungan orang Cina (Kampung Cina) | 24

KUIL SRI PATHIRAKALIAMMAN satu-satunya KUIL HINDU, PULAU PANGKOR SATU SATUNYA KUIL INDIA YANG teroka MENGHADAP LAUT DI MALAYSIA | 25

PATUNG EMAS SUCI KALI KEINDAHAN PANGKOR KUIL SRI PATHIRAKALIAMMAN IALAH SATU-SATUNYA KUIL HINDU DI PULAU PANGKOR DAN SATU- SATUNYA KUIL INDIA YANG MENGHADAP LAUT DI MALAYSIA. DIBINA SEMULA SEPENUHNYA PADA TAHUN 2019, IA PALING SESUAI DIKUNJUNGI SEMASA BULAN MASSI APABILA PENGANUT DATANG UNTUK MERAIKAN ULANG TAHUN KALI. MELAWAT KUIL PANGKOR KALI AMMAN SEMASA HARI LAHIR KALI DI BULAN MASSI DI SINILAH KAUM HINDU DI MALAYSIA BERKUMPUL DARI SELURUH NEGARA UNTUK MERAIKAN ULANG TAHUN KALI: IA JATUH PADA BULAN 'MASSI' APABILA BINTANG MAGHA BERSINAR TINGGI DI LANGIT MALAM. SELAMA DUA HARI, DEWI KALI BERADA PADA TAHAP YANG PALING BERKUASA - MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MEMINTANYA MEMENUHI KEINGINAN SETIAP ORANG SRI PATHIRAKALIAMMAN TEMPLE, SUNGAI PINANG KECIL teroka | 26

PEMBUATAN BOT TRADISIONAL Terdapat sebuah tempat di Kampung Sungai Pinang Kecil, kira-kira 3 km dari pekan Pangkor yang masih menawarkan pembuatan bot secara tradisional. Anda pasti kagum melihat langkah pembuatan bot dengan lebih dekat lagi. Tambahan pula, ianya sangat mengagumkan apabila melihat pekerja di sini menonjolkan kemahiran mereka dengan sangat teliti. | 27

ENGGANGkelingking Enggang pied oriental @ Burung Enggang Kelingking merupakan spesis terkecil dalam keluarga enggang. Enggang ini sering keluar dari tempat mereka ke Sunset view Challet setiap 6 petang untuk mendapatkan makanan. Sunset View Chalet terokai | 28

EGNAGNG Satu lagi spesies burung enggang yang selalu dilihat di Pulau Pangkor ialah Great Hornbill,antara yang paling berat dalam keluarga burung enggang. ketingggiannya lebih daripada 130 sentimeter, mempunyai rentang sayap 150 sentimeter dan apabila ia terbang bunyinya seperti enjin lokomotif wap yang dimulakan. explore | 29

bot nelayan ikan bilis Ikan bilis mata biru Pulau Pangkor merupakan hasil laut paling popular kerana qualitinya. Bot nelayan akan keluar dua kali sehari untuk membuat penagkapan. Penangkapan bermula seawal terokai | 30

Hasil tangkapan ikan bilis akan terus di rebus di atas bot. apabila bot kembali ke darat, ikan bilis akan di keringkan dan di asingkan Proses pengeringan akan mengambil masa selama beberapa jam dibawah matahari terik terokai | 31

Ikan bilis kemudiannya akan BILIS diasingkan mengikut saiz dan warna. semakin terang warna semakin baik qualitinya. selain itu, kepekatan warna mata ikan juga dititikberatkan. lagi pekat birunya lagi baik qualitinya. Ikan bilis mata biru ini sedikit pun tidak rasa masin dan tidak liat serta cukup rangup lantas menampakkan bahawa ianya tidak sama seperti ikan bilis biasa lain yang ada di pasaran. terokai | 32

Produk berasaskan ikan dan sotong pelbagai rasa seperti asli, pedas manis, bergula serta tanpa gula. Hasil Laut Pak Su merupakan satu-satunya pengusaha muslim bumiputra yang mengusahakan industri pemprosesan sate ikan, ikan bilis, ikan masin, sotong dan hasil laut yang lain. Sate Ikan Paksu juga merupakan pengilang utama bumiputra yang menggunakan teknologi Solar Thermal dan antara usahawan bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang mengusahakan industri pemprosesan hasil laut sebagai produk makanan. Mereka yang berminat boleh melayari Facebook Sate ikan Paksu. Sate Ikan Paksu 013-513 1523 Hasil Laut Paksu Pulau Pangkor 4.2343650618562405, 100.57369311534144 | 33

Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin Pulau Pangkor sebuah pulau yang terkenal dengan pembuatan hasil laut yang pelbagai terdiri daripada ikan, udang, sotong, tiram dan ikan bilis mata biru. Selain sate ikan, Hai Seng Hin menghasilkan snek makanan laut lain seperti Sate Sotong Rangup, Ikan Barbeku, Sotong, Keropok Ikan Rangup & Udang. Kilang ini dibuka untuk lawatan orang ramai, Ia adalah tempat pelancongan yang popular, kerana kebanyakan van pelancong akan berhenti di sini. Kita boleh lihat bagaimana sate ikan dibuat. Mereka juga menjual barangan bebas cukai dan cenderahati. Rasai Pengalaman menarik ini! Waktu Operasi: 8.30am - 6.00pm Proses Sate Ikan +6 05-685 1111 4.243174168220246, 34 100.57183998077336 |

Makanan Popular di Pangkor LAKSA MI Pangkor Ini adalah laksa yang terkenal dikalangan orang Perak terutama di kawasan Pantai Remis, Pulau Pangkor dan Manjung. Laksa mi Pangkor berbeza dengan laksa yang lain kerana ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu sup, sambal, sayur dan mi. Secara asasnya, dalam semangkok laksa, ada mi, kuah sup ikan kembung segar, dihiasi dengan sambal udang dan sayurnya adalah kacang hijau serta sedikit lobak masin. | 35

Makanan Viral 1. di Pangkor Pak Tongko SEBAHAGIAN KEDAI MAKAN YANG TERKENAL DI PULAU PANGKOR. Roti gebu yang dihidangkan bersama kuah kari. 2.Teh Tarik Buih Teh tarik buih boleh didapati di Sg. Pinang Kecil. Daddy's Cafe 3. Laksa D' Kelapa 4. Terkenal dengan masakan Diperbuat daripada ikan segar barat dan Asian. resepi asli oleh penduduk tempatan. Pulut Kelapa Driftwood cafe 6. 7. Enak dimakan bersama ikan Coconut shake D' Ilham Ikan Bakar masin atau boleh dimakan begitu sahaja. 5. Masakan Thailand dan masakan tempatan. Paradise Coconut House Pelbagai jenis dessert boleh | 36 didapati disini. 8.

PUSAT BELI BELAH BEBAS CUKAI Wandy Oj Pekan Pangkor Pulau Pangkor (Pulau Pangkor) secara rasminya bermula sebagai pulau bebas cukai pada 1 Januari 2020. Barangan bebas cukai termasuk coklat, minyak wangi dan pakaian batik dll. Kecuali alkohol. Minuman alkohol atau Arak tidak termasuk dalam senarai produk bebas cukai di Pulau Pangkor. terokai | 37

LARIS DUTY FREE Pangkor Bebas Cukai Laris dibuka secara rasmi pada Julai 2020, kita boleh melihat kedai ini di Pusat Informasi Pelancongan Pangkor (Pusat Maklumat Pelancong Pangkor). 3A, Taman Pangkor Mutiara, LARIS DUTY FREE PANGKOR SUN DUTY FREE Sun Duty Free ialah kedai bebas cukai yang terletak di Pekan Pangkor, Keok Family Chocolate terletak kira-kira 400 meter dari Jeti Feri Pangkor. Kedai bebas cukai ini merupakan kedai khusus untuk menjual pelbagai jenis coklat. 3A, Taman Pangkor Mutiara, Pekan Pangkor SUN DUTY FREE | 38

No 7, Jalan Pangkor, 1, Tingkat Bawah, Jalan Lot 34 jalan pasir Bogak Taman Mutiara 1 Pangkor Sentosa 1, Taman Pulau Pangkor SP DUTY FREE Pangkor Sentosa CK DUTY FREE PANGKOR COCO VALLEY DUTY FREE PANGKOR PASIR BOGAK terokai | 39

Teow Soon Huat Duty Free beli belah Lot 4438, Teluk Nipah, terokai Pulau Pangkor | 40

| 41

Menghadap ke Selat Melaka, hotel santai ini berjarak 8 minit berjalan kaki dari Pantai Pasir Bogak dan 6 km dari feri di Jeti Pulau Pangkor. Bilik-bilik yang ringkas tetapi mempunyai hiasan yang sangat eksklusif. Menyediakan kemudahan seperti Wi-Fi, Televisyen serta peti sejuk mini, dan alat pembuat teh dan kopi. Semua bilik menawarkan balkoni, beberapa bilik yang dinaik taraf mempunyai pemandangan selat. Kemudahan terdiri daripada restoran yang lapang, dan kolam renang luaran yang disediakan tempat berjemur. Sarapan dan tempat letak kenderaan juga disediakan. | 42

Terletak di pantai yang indah, Pangkor Village Beach Resort adalah syurga bagi pencinta sukan air. Yang patut dicadangkan adalah bilik dengan pemandangan laut Kemudahan terdiri daripada kolam renang berhampiran pantai yang disediakan tempat berjemur. Alamat : Pasir Bogak, 32300 Pangkor Island, Perak Nombor Telefon: 05-685 3787 | 43

Terletak di Pantai Teluk Dalam, hotel santai ini berjarak 22 minit berjalan kaki dari Pantai Pasir Bogak, dan 9 km dari Kota Belanda, yang bermula pada tahun 1670. dan 7 km dari pelabuhan Jeti Pulau Pangkor. Bilik-bilik yang sederhana dan eksklusif menawarkan Wi-Fi percuma, televisyen layar datar, dan kemudahan membuat teh dan kopi. Terdapat kafe santai yang menawarkan pemandangan laut, serta keselamatan 24 jam. Tempat letak kenderaan juga disediakan. Alamat : Jalan Rpa Pangkor 3, Taman Desa Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak Nombor Telefon: 05-685 5100 | 44

Berjarak 4 minit berjalan kaki dari Pantai Pasir Bogak, hotel santai ini yang menghadap ke gerai makanan berjarak 2 km dari Jeti Feri Pangkor dan 4 km dari Kota Belanda, kubu kuat yang berasal dari tahun 1670. Bilik-bilik sederhana dengan televisyen skrin rata, peti sejuk mini, dan kemudahan membuat teh dan kopii, ada yang mempunyai pemandangan pantai dan / atau balkoni. Pangsapuri kasual 1 hingga 2 bilik tidur dilengkapi dapur dan ruang tamu / ruang makan yang berasingan. Sarapan disajikan di restoran yang lapang. Kemudahan lain termasuk kolam renang luaran, sauna dan gimnasium, serta ruang permainan, kawasan permainan anak-anak dan sebuah kedai serbaneka. Berjarak 2 minit berjalan kaki dari | 45 Pantai Pasir Bogak, resort pulau sederhana ini, dapat diakses dari daratan dengan feri, berjarak 4 km dari Kuil Fu Lin Kong dan Kota Belanda. Bilik-bilik santai dilengkapi dengan televisyen dan balkoni. Banglo desa mempunyai peti sejuk mini dan ruang tamu yang berasingan. Kemudahan lain termasuk kolam renang luaran, kolam renang kanak- kanak dan tempat berjemur.

TERIMA KASIH Menjaga Kebersihan dan Keceriaan Pantai Pulau Pangkor JANGAN M E N G A MBIL APA - A P A KECUALI GAMBAR JANGAN MENINGGALKAN APA-APA KECUALI JEJAK KAKI JANGAN MENYIMPAN APA-APA KECUALI KENANGAN INDAH JANGAN TINGGALKAN SAMPAH ANDA! | 46


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook