VII. Kontras Kontras terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen lain. Ada dua jenis kontras iaitu kontras tona dan kontras warna. Kontras tona merujuk pada perbedaan tona dari yang paling terang ke yang paling gelap, dengan kata lain, perbedaan tona dari putih ke abu-abu ke hitam. Kontras warna merujuk pada bagaimana warna berinteraksi satu sama lain. Tona biasanya dikategorikan sebagai tona tinggi, normal, atau rendah. Gambar atau foto dengan tona tinggi utamanya terdiri dari hitam dan putih dengan sedikit atau tanpa tona abu-abu. Gambar tona normal memiliki elemen putih, beberapa hitam dan banyak tona tengah abu-abu. Gambar tona rendah ialah gambar yang hampir tidak ada bagian yang sangat terang atau gelap, semua tona hampir mirip satu sama lain. Gambar tona tinggi sifatnya kasar sedangkan gambar dengan kontras rendah sifatnya lembut. VIII. Harmoni Harmoni bermaksud elemen-elemen di dalam suatu gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, dan mempunyai kaitan. Harmoni boleh menyebabkan beberapa elemen nampak seperti satu entiti. Contohnya bunga-bunga seperti gambar di bawah membentuk satu kumpulan bunga. Harmoni dari segi bentuk 50
IX. Dominan Dominan adalah titik fokus utama dalam sesuatu gambar. Dominan dan Keseimbangan boleh mewujudkan kesatuan dalam sesuatu gambar. X. Kesatuan (unity) Kesatuan wujud apabila beberapa elemen bercantum menjadi seperti satu entiti. Kesatuan tema jenis objek dan warna XI. Pengulangan Pengulangan terbentuk apabila terdapat beberapa elemen-elemen yang sama/hampir sama dalam suatu gambar. 51
TOPIK 7 POST PROCESSING 52
POST PROCESSING Pada asasnya, istilah pemprosesan pos dalam fotografi merujuk kepada proses tambahan yang dilakukan selepas foto / imej keluar dari kamera. Sekarang, era digital gunakan komputer iaitu perisian untuk penyuntingan foto (perisian pengeditan imej / foto), seperti Adobe Photoshop, Photoscape, dan banyak lagi. Biasanya imej akan diedit / diperbaiki supaya foto menjadi sesuai dengan apa yang dikehendaki atau idea yang berada di kepala jurugambar. Penambahbaikan boleh hanya dalam perkara kecil, seperti peningkatan kontras supaya foto kelihatan lebih jelas, atau kecerahan jika foto dianggap terlalu gelap. Editting juga boleh dilakukan secara besar-besaran dalam semua aspek, walaupun objek itu diperbaiki supaya ia lebih baik daripada yang asal. Contohnya dengan menggunakan Camera 360, aplikasi di Android. Aplikasi ini boleh mengubah wajah hitam dan berjerawat kepada putih licin tanpa cacat. Jadi, proses menukar imej ini adalah satu bentuk pemprosesan pos dalam fotografi. PERISIAN MANIPULASI IMEJ Imej dari kamera digital biasanya akan diproses lanjut (menggunakan komputer) untuk meningkatkan kualitinya. Lazimnya dilakukan oleh program perisian khas seperti : Adobe Corel Print Shop Photo Photoshop Painter Pro Impact 53
Selain dari itu, terdapat juga perisian penyuntingan imej berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah The Gimp yang boleh dimuatturun melalui alamat; http://www.gimp.org Pada masa ini Adobe Photoshop adalah antara perisian penyunting imej yang sangat bertenaga dan banyak digunakan oleh perekabentuk seluruh dunia. Photoshop adalah nama standard dalam rekabentuk grafik yang digunakan untuk menghasilkan imej-imej yang menarik dalam pembinaan laman web, percetakan, pengiklanan dan banyak lagi. Diakui di seluruh dunia sebagai standard industri. APA PERBEZAAN FOTO FORMAT RAW DAN JPEG ? A. Foto format JPEG File JPEG (Join Photographic Experts Group) adalah salah satu standar foto yang sangat popular. Saat anda menekan shutter, sensor merakam gambar, pada format JPEG file tersebut diolah terlebih dahulu oleh prosesor kamera sebelum disimpan ke dalam memory card. Semakin canggih (dan mahal) kamera yang digunakan, biasanya prosesornya juga lebih canggih. File JPEG (Join Photographic Experts Group) adalah salah satu standar foto yang sangat popular. Saat anda menekan shutter, sensor merakam gambar, pada format JPEG file tersebut diolah terlebih dahulu oleh prosesor kamera sebelum disimpan ke dalam memory card. 54
Semakin canggih (dan mahal) kamera yang digunakan, biasanya prosesornya juga lebih canggih. Namun kekurangan format JPEG ialah “lossy compression” kurang ideal jikalau sesuatu imej tersebut akan disunting beberapa kali. Kualiti imej akan merosot setiap kali dimampat, dieksport dan disunting. Analogi: seperti gambar yang diphotostat banyak kali – gambar yang terakhir akan merosot kualitinya. Sebab itu kebanyakkan photographer mengambil gambar dalam format RAW. B. Foto format RAW RAW bermaksud mentah/ belum diolah. Format RAW tidak boleh dibuka di windows komputer anda kalau tidak menginstall perisian yang menyokong format RAW. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk membuka fail RAW ialah seperti Picasa, atau Adobe Photoshop. Analogi: Format RAW seperti filem negative (Kamera SLR) perlu diproses dahulu sebelum boleh digunakan Ketika menekan shutter pada kamera, maka sensor merakam gambar imej terus dihantar ke memory card tanpa diproses di prosesor kamera. Saiz fail RAW jauh lebih besar berbanding JPEG. Namun jika anda bergiat dalam bidang photographer, merakam gambar dalam format RAW adalah paling tepat, karana hasilnya boleh disunting tanpa mengurangkan kualitinya. Catatan: - Fai RAW untuk kamera NIKON ialah .NEF - Fail RAW untuk kamera CANON ialah .CR2 55
TOPIK 8 MENCETAK DAN PERSEMBAHAN 56
MENCETAK DAN PERSEMBAHAN 1. Pengenalan Percetakan digital adalah proses mengubah nilai pixel yang membuat gambar pada layar hingga ke sebuah hard-copy cetak dengan menggunakan sebuah printer digital, dakwat (ink) dan kertas. Percetakan digital merupakan suatu peningkatan produk proses fotografi digital. Ia seharusnya dilakukan setelah menyiapkan proses suntingan dengan menggunakan perisian memproses fotografi digital dan sebelum menjalankan pameran. 2. Mencetak hasil kerja Gambar berikut menunjukkan proses percetakan foto digital: Setelah kualiti gambar ditingkatkan, gambar tersebut bolehlah dicetak. Gambar digital ini biasanya boleh dicetak dengan menggunakan pencetak di rumah atau di kedai percetakan yang kualitinya lebih berprofesional. Jika ingin cetak sendiri, pastikan menggunakan kertas yang sesuai. Contohnya kertas glossy, photo paper canvas, 57
inkjet, matte, laster photo dan sebagainya. Berikut merupakan contoh kertas (photo paper) yang boleh digunakan. i. Kertas Glossy Permukaannya yang cukup halus serta dapat menghasilkan refeksi lebih banyak jika diarahkan pada cahaya. ii. Kertas Kanvas Kertas ini memiliki tekstur yang agak mirip dengan canvas lukisan, agak kasar, ada garis-garis dan hasil yang dicetak sangat menarik. 58
iii. Kertas Inkjet Kertas inkjet memiliki bentuk dan tekstur biasa. Ia mampu memberikan warna dan hasil gambar yang jelas serta tajam. Namun kertas inkjet kurang sesuai untuk foto konvensional (agak nipis) melainkan lebih sesuai untuk membuat sketsa, grafik bar, kalender, poster dan lain-lain. iv. Kertas Matte Kertas ini memiliki permukaan yang lebih bertekstur serta lebih refleksi cahaya. Kertas ini tidak akan meninggalkan kesan selepas dipegang. Kertas ini juga sesuai digunakan untuk mencetak foto-foto yang tidak akan dipasangkan pada bingkai cermin atau tidak dimasukan dalam album. v. Laser photo paper Laser photo paper menjadi kertas foto untuk jangka panjang dan biasanya digunakan untuk keperluan dokumentasi. 59
3. Persembahan hasil tugasan untuk pameran Hasil foto yang telah dicetak harus dibingkaikan sebelum dipamerkan. Proses ini dijalankan selain untuk kekemasan dan menyerlahkan lagi karya, ia juga membantu memanjangkan hayat karya tersebut. Gambar berikut menunjukkan cara membingkaikan gambar. 60
3.1 Cara mempamerkan hasil fotografi Gambar berikut merupakan contoh pameran fotografi. 61
4. Kemahiran penggunaan pengetahuan fotografi dalam keusahawanan fotografi dan pengimejan digital Dengan kemahiran dalam bidang fotografi ia memberi peluang untuk anda menceburi bidang keushawanan seperti: Jurugambar (acara, perkahwinan dan lain-lain) Pengiklanan Fesyen Muzium Galeri Pameran Filem, televisyen, pengeluaran video, atau fotografi editorial 62
TOPIK 9 FOTOGRAFI DALAM STUDIO 63
FOTOGRAFI DALAM STUDIO 1. Pengenalan Kepada Asas Pencahayaan Dalam Studio Cahaya adalah keperluan dalam fotografi. Terdpaat banyak cara untuk menerangi subjek ketika sesi pengambaran dalam studio. Antaranya; i. Mainlight Disebut sebagai cahaya utama dan terpenting dalam pencahayaan fotografi. Fungsinya memberikan pencahayaan kepada objek sehingga memberikan kesan bentuk dan demensi kepadanya. Bahagian pemberian pencahayaan yang paling terang. ii. Filight Cahaya pengisi yang digunakan untuk membantu menerangi bahagian yang gelap atau berbayang. Biasanya diletakkan bertentangan dengan mainlight. Intensiti cahayanya lebih kecil. 64
iii. Rimlight Cahaya yang datang dari belakang/ penyamping. Fungsinya memberikan tambahan dimensi atau kedalaman pada objek. iv. Backlight Cahaya yang datang dari arah tegak lurus belakang. Fungsinya memberikan kesan rimlight disekeliling objek. v. Hairlight 65
Cahaya yang datang dari arah atas objek/sedikit kebelakang dari bahagian muka. Fungsinya memberikan kesan yang lebih menyerlah dan kedalaman bahagian rambut. vi. Floorlight Cahaya yang datang dari arah bawah. Fungsinya memberikan kesan yang lebih menyerlah keseluruhan objek dan lebih dramatik. vii. Backgroundlight 66
Menerangi latar belakang dan membantu menghilangkan bayangan yang tidak diingini. Memisahkan objek dengan latar belakang. Terdapat juga beberapa jenis pencahayaan dan kesan-kesannya. Antaranya: i. Rembrant Kedudukan lampu agak tinggi dari objek (di sebelah kiri atau sebelah kanan objek. Terdapat kesan bayangan segitiga yang terdapat pada bahagian wajah, mata di salah satu sisi wajah. Biasanya digunakan untuk menampilkan sebuah potret yang menonjolkan nilai artistik. ii. Loop 67
Kedudukan lampu diarahkan ke objek. Terdapat kesan bayangan di salah satu sisi kanan atau kiri lubang hidung. iii. Split Kedudukan lampu tepat di sebelah kiri atau kanan objek. Terdapat kesan artistik. Bayangan pada wajah setengah gelap dan setengah terang. Lebih terserlah pada objek yang mempunyai wajah cerah dan struktur hidung yang baik. iv. Butterfly Lighting 68
Kedudukan lampu di atas objek. Pencahayaan jenis ini sering dipakai di Hollywood. Kesan yang ditimbulkan adalah bayangan yang mengikut garis bawah hidung dan jika diamati seperti bentuk rama-rama. v. Horror Lighting Kedudukan lampu di bahagian bawah objek. Kesan yang ditimbulkan adalah agak mengerikan. vi. Low Key Lighting 69
Pencayahaan sangat minima. Hanya ditekankan pada bagian-bagian tertentu objek foto. Foto ini sangat sesuai untuk menampilkan kesan sedih, misteri, dan sebagainya. Setting lampu biasanya sangat minima. 2. Peralatan Studio Rajah 9.1 Studio Fotografi Peralatan Asas Studio Fotografi C-Stand 70
Penggunaan C-stand untuk memegang sesuatu (reflector atau lampu) membolehkan imej dirakam dengan pencahayaan yang sama dan tidak berubah-ubah berbanding jika manusia yang memegangnya. Light Cutter (Flag) Sejenis alat yang legap dan diletakkan pada bahagian hadapan lampu untuk mengurangkan keamatan cahaya. Terdapat banyak light cutter, antaranya adalah net or scrim, grid spot, barn doors, soft box, cookie, dan silk. Net atau Scrim 71
Diperbuat daripada material seperti net dan digunakan untuk mengurangkan keamatan cahaya tanpa menjejaskan kualiti cahaya tersebut. Juga boleh terdapat dalam material besi atau fabrik. Grid Spot Mengarahkan cahaya kepada spot tertentu. Barns Doors 72
Mengubah bentuk pencahayaan. Digunakan bersama dengan sumber cahaya langsung yang lain. Soft Box Memanipulasikan cahaya agar terserak lembut tetapi terarah. Lebih besar saiz sesuatu soft box, lebih lembut cahaya yang terserak. Floor Light 73
Digunakan apabila anda perlu menerangi seluruh badan, termasuk kaki / kasut. Lantai biasanya boleh menjadi gelap jika floor light tidak digunakan. Wireless Flash Trigger Peranti yang menyampaikan isyarat dari kamera DSLR anda ke unit flash Backdrop With Stand 74
Adalah keperluan untuk menggantung dan menggunakan latar belakang gambar untuk hasil maksimum dalam fotografi studio. Reflector Digunakan untuk memantulkan cahaya sebagai cahaya pengisi (fill-in) yang berfungsi untuk menerangi kawasan yang gelap. Terdapat beberapa jenis/warna reflector, iaitu; i. Emas : Menghasilkan warna hangat ii. Putih : Kesan warna neutral iii. Biru : Menjadikan warn dingin iv. Silver : Menghasilkan warna neutral tetapi lebih terang dari warna putih Selain reflector, snoots dan payung juga turut berfungsi untuk memanipulasi cahaya agar imej dapat dirakam dengan pencahayan yang betul. 75
Lampu Sebagai sumber pencahayaan di dalam studio. Lampu Tungsten atau Fotoflood mudah diatur dan hasil yang terakam adalah sama dengan apa yang dilihat ketika gambar diambil. Kekurangan bagi continuous light pula adalah silau, panas dan berkecepatan lambat. 76
3. Contoh fotografi dalam studio Potrait Fesyen / Talent Shoot 77
Product Shoot 78
RUJUKAN 79
https://en.wikipedia.org/wiki/Aperture https://ms.wikipedia.org/wiki/Fotografi https://www.keeindonesia.com/blogs/keelesson/mengenal-aperture-dalam-fotografi http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/teknologi-fotografi.html https://kelasfotografi.wordpress.com/2013/08/26/shutter-speed-dan-penerapannya- dalam-fotografi/ https://www.belangtarung.com/2017/05/teknik-fotografi-untuk-beginner-faham.html https://photographylife.com/what-is-aperture-in-photography https://www.kamerashot.com/memahami-iso-fotografi/ http://belfot.com/tips-foto-panning/ https://www.academia.edu/19492436/BASIC_PHOTOGRAPHY_Belajar_Dasar_Foto grafi_Kamera http://bertmulhisandso.cd.st/belajar-fotografi-dslr-pdf-a131305126 https://tipsfotografi.net/tips-memotret-foto-panning.html 80
81
Search