Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PENERANGAN KARYA KOMPOSISI

PENERANGAN KARYA KOMPOSISI

Published by rowenarolandrr97, 2019-10-06 16:19:40

Description: "MILO OH MILO"

Search

Read the Text Version

“ Milo Oh Milo ” Oleh, ROWENA ROLAND



PENERANGAN KARYA KOMPOSISI

Gambar di atas merupakan karya komposisi yang telah saya hasilkan menggunakan perisian photoshop. Saya telah menggabungkan 7 gambar foto yang berbeza untuk menjadikan sebuah karya komposisi ini. Selain itu, saya juga telah memasukkan teks dalam karya tersebut untuk menyampaikan mesej kepada audiens. Sumber idea untuk menghasilkan karya komposisi ini adalah hasil rujukan daripada contoh-contoh manipulasi imej dari internet dan rujukan-rujukan lain. Selain itu, pensyarah kami iaitu Encik Razali Bin Rahim juga turut membantu memberikan idea-idea yang sangat bernas kepada saya untuk hasilkan karya komposisi ini. Tajuk manipulasi imej ini adalah “Milo Oh Milo”. Saya memilih tajuk ini dan air paket 3 in 1 milo sebagai subjek utama yang ditonjolkan dan ditekankan kerana air milo merupakan kegemaran semua orang. Air milo bukan sahaja kegemaran golongan kanak-kanak namun juga orang yang berumur. Selain itu, saya juga menggunakan air milo jenis paket 3 in 1 kerana air jenis berpaket sangat popular masa kini. Di mana ianya mudah, cepat serta murah untuk didapati. Secara tidak langsung dan tanpa disedari masyarakat kita telah hanyut dengan ketagihan air jenis berpaket iaitu air milo 3 in 1. Melalui teks dalam karya komposisi tersebut, saya cuba untuk menyampaikan mesej kepada audiens bahawa mereka mungkin tergolong dalam golongan yang ketagih dengan air milo. Font teks perkataan “kini menguasai” yang berwarna merah juga merupakan amaran kepada audiens tentang keburukan ketagihan kepada air milo ini. Dalam karya komposisi itu, saya telah menunjukkan seolah-olah 6 orang individu tersebut telah terjatuh dari dalam paket minuman 3 in 1 itu. Ekspresi wajah mereka yang kelihatan takut dan hairan adalah bertujuan untuk memberi mesej kepada audiens bahawa mereka berwajah sedemikian setelah mengetahui kandungan air milo yang boleh memudaratkan jika kerap diminum. Melalui karya manipulasi imej ini, diharapkan kesedaran masyarakat kita mengenai kepentingan kesihatan diri mereka dapat ditingkatkan dan direnung-renungkan.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook