INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : NAZIRAH HUSNA BINTI RAMLI No. K/P : 040518-02-0900 Angka Giliran : 2022242310047 Program : PPISMP Ambilan : JUN (2022) Unit : Y2 Nama : PN. ROS ANITA KARTINI BINTI Pensyarah Tarikh Hantar MOHAMED : 13 FEBRUARI 2023
SOALAN TUGASAN “Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea.
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim, Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus BMMB1104 Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Pn. Ros Anita Kartini Binti Mohamed kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Pn. Ros Anita Kartini Binti Mohamed telah banyak membantu sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan juga rakan-rakan saya yang telah banyak mencetuskan idea kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Tidak lupa juga, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi nasihat dan membantu saya dengan memberikan pandangan dan sokongan mereka sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menolong saya dalam menyiapkan tugasan ini sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih.
1.0 PENGENALAN Menurut Harun Mat Piah, (2006) Sastera ialah suatu bidang yang berkaitan seni kreatif yang menggunakan bahasa sebagai medium pengantar utama. Selain itu, perkataaan kesusasteraan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau kitab suci. Tambahan pula, sastera ini bermula dari tradisi lisan dan kemudiannya berkembang mengikut peredaran semasa. Oleh itu, bidang kesusasteraan ini tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana pada masa ini masyarakat masih menggunakannya dalam kehidupan harian untuk melambangkan keunikan dan keindahan bahasa itu sendiri. Menurut Abu Bakar Hamid, (1997) menyatakan sastera ialah satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan intelek dan kepuasan estetik. Oleh itu, kini telah banyak hasil karya sastera yang telah dihasilkan untuk para sarjana mengutarakan perasaan mereka. 2.0 DEFINISI DAN KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi Melayu tradisional ialah satu karya kesusasteraan yang memenuhi ciri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa media (Wan Akmal Wan Serama, 2005). Hal ini kerana, bahasanya yang disusun secara indah dengan penggunaan kata yang terpilih dan berirama. Selain itu, puisi juga merupakan genre sastera yang paling awal bagi semua bangsa di dunia. Contohnya, masyarakat Eropah yang menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang berjudul lliad. Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre yang terdapat dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa dan sebagainya Puisi-puisi ini masih lagi digunakan dalam kehidupan seperti dalam aspek gurauan, hiburan, adat istiadat dan alat perundangan. Contohnya, pada hari ini masyarakat menggunakan pantun untuk menyampaikan hajat mereka seperti menggunakannya untuk meyampaikan ucapan selamat kepada seseorang.
2.1 JENIS - JENIS PUISI MELAYU TRADISIONAL 2.1.1 PANTUN Menurut Za’abaa, (1978) orang Melayu sudah pandai berbalas-balas pantun semenjak mereka tidak tahu cara menulis surat lagi. Perkara ini menunjukkan pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua. Bentuk pantun adalah berdasarkan bilangan baris dalam rangkap seperti empat atau dua kerat. Rima akhir bagi pantun tersebut adalah sejajar sepert ‘a’,’a’ untuk pantun dua kerat manakala bagi pantun empat kerat pula rima akhir berbentuk ‘a’, ‘b’, ‘a’, ‘b’. 2.1.2 GURINDAM Perkataan gurindam ini berasal daripada bahasa Tamil “iradam”, “kirandam” yang bermaksud puisi secara terbuka. Selain itu, terdapat dua jenis bentuk gurindam iaitu terikat dan tidak terikat. Bentuk terikat ini terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan manakala bentuk tidak terikat mengandungi jumlah baris, perkataan dan suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. 2.1.3 SYAIR Syair ialah puisi berlagu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi, kemudiannya dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Selain itu, syair mengandungi empat baris serangkap dengan rima akhirnya ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’. Kempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun rangkap berkenaan tidak dapat berdiri sendiri. Tambahan pula, di setiap baris terdapat suatu hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan untuk idea yang lengkap. 2.1.4 SELOKA Menurut Harun Mat Piah, (1989), istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh. Selain itu, seloka merupakan puisi yang paling tua di dalam kesusasteraan Melayu. Ciri-ciri seloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas dan terbahagi kepada unit pembayang dan unit maksud. Seloka juga mengandungi unsur jenaka, gurau senda dan sindiran.yang berguna untuk pengajaran kepada pedengar atau pembaca.
3.0 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL 3.1 HIBURAN Fungsi hiburan dalam sastera Melayu ialah melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Unsur hiburan dapat dihasilkan apabila kata-kata yang diungkapkan itu dapat membelai emosi pembaca kerana terdapatnya unsur kelucuan. Dengan mengaplikasikan fungsi hiburan ini dapat menjadikan karya tersebut diminati. Contohnya, cerita Pak Kaduk yang sukakan aktiviti berlaga ayam merupakan salah satu cerita jenaka yang membawa unsur hiburan di dalamnya. Disebabkan kesilapannya membuat pilihan menyebabkannya kalah dan maruahnya terjejas kerana keadaanya yang bertelanjang bulat. Di akhir kisah Pak Kaduk ini mengajar kita untuk mentaati raja walaupun raja tidak melaksanakan amanahnya. 3.2 PENDIDIKAN Peranan sastera Melayu ialah untuk membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana, karya sastera berfungsi untuk memberi pengajaran dan nasihat kepada kita. Perkara ini bertepatan dengan konsep membina ‘modal insan’ kerana karya sastera ini membantu menyerap nilai murni dalam diri. Misalnya, cerita rakyat iaitu cerita Sang Kancil dengan Harimau yang banyak memberi nilai dan pengajaran kepada pembaca. Nilai yang terdapat di dalam kisah tersebut ialah nilai kebijaksanaan seperti Sang Kancil yang bijak menyelesaikan masalah sewaktu ditangkap oleh Sang Harimau. 3.3 DAKWAH Dakwah di dalam karya sastera berfungsi untuk mendorong manusia untuk melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran. Penulisan karya sastera tersebut mengandungi mesej untuk menyedarkan masyarakat dan matlamatnya kearah dakwah. Contohnya seperti sajak ‘Adalah Aku’ yang ditulis oleh Abham T.R. Sajak ini membicarakan tentang akidah seorang Islam iaitu berkenaan tentang hubungan hamba dengan Allah SWT. Pengajarannya ialah manusia sebagai hambanya perlulah patuh kepada Allah SWT sebagai Pencipta. Pendekatan yang digunakan ialah melalui dialog dengan diri bagi melahirkan keinsafan tentang kekuasaan Allah SWT.
3.4 KRITIKAN SOSIAL Sastera adalah rakaman kehidupan yang menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai sudut pandang berbeza. Kritikan sosial ini bertujuan sebagai penyampai mesej, teguran dan pengajaran kepaada kita. Contohnya, cerita jenaka watak Pak Pandir yang tidak dapat berfikir dengan rasional sebelum melakukan sesuatu perkara. Perkara yang diberikan kritikan sosial ialah melibatkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat berkaitan keruntuhan akhlak, atau masalah kekeluargaan. Tambahan pula, kisah Bawang Merah Bawang Putih yang masih popular sehingga sekarang juga menerapkan unsur kritikan kepada masyarakat iaitu mengisahkan tentang penganiayaan anak yatim dalam institusi keluarga. 4.0 PUISI MELAYU TRADISIONAL PILIHAN Md. Ali Bachik (Penyelenggara) Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003 Dewan Bahasa dan Pustaka
5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI WAHANA KESANTUNAN BAHASA DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA 5.1 PEMIKIRAN Seloka ini mengajarkan kita untuk menggunakan minda supaya dapat membuat pertimbangan yang wajar sebelum membuat sesuatu keputusan. Perkara ini bagi mengelakkan diri daripada menghadapi kekesalan di atas keputusan yang melulu. Berdasarkan seloka ini, kebaikan budi Mak Si Randang terhadap seseorang yang tidak dikenalinya dilayan dengan begitu baik tanpa memikirkan latar belakang memberi kesan buruk terhadap dirinya. Hal ini kerana, kebaikan budinya terhadap Si dagang membuatkan dirinya dan keluarganya rugi. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan. 5.2 PERTUTURAN Aspek pertuturan boleh dilihat melalui sifat kesantunan dan budi pekerti. Hal ini kerana, sifat ini dapat mengelakkan berlakunya konflik yang mengancam keharmonian. Kecantikan abadi seseorang itu terletak pada keelokkan adab dan ketinggiaan ilmunya. Emak Si Randang merupaakan seorang yang berbudi pekerti kerana dia mempunyai sikap ingin memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan walaupun tidak mampu. SElain itu, dia juga tidaak meminta balasan daripada Si Dagang di atas perbuatan baiknya. 5.3 PERLAKUAN Seloka ini walaupun bersifat menyindir tetapi jelas menggambarkan citra masyarakat yang sangat mengutamakan tetamu. Namun bagi budaya di negara Korea, mereka akan memberitahu secara berterus terang bahawa mereka sedang sibuk dan menyuruh tetamu tersebut untuk pulang. Oleh itu, pengajarannya ialah sebagai tetamu kita hendaklah meminta izin dan memilih waktu-waktu yang sesuai sekiranya ingin menziarahi orang. Tambahan pula, kita hendaklah menghormati tetamiu yang hadir ke rumah kita dengan memberi layanan yang terbaik. 5.4 GAYA HIDUP Gaya hidup ialah cara seseorang individu itu menjalani kehidupan mengikut kemampuan mereka tersendiri. Emak Si Randang yang mengalami kehidupan yang sederhana hendaklah hidup berasaskan kemampuannya. Tambahan pula, dia mempunyai tanggungjawab terhadap kebajikan anak-anaknya. Manakala, Si Dagang yang hidup dalam kesusahan pula hendaklah mencari inisiatif untuk menyara hidupnya. Hal ini kerana, perbuatan Si Dagang yang tidak mengenang budi itu telah menyebabkan Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras.
6.0 RUMUSAN Kesimpulannya, Kesusasteraan Melayu telah lama wujud dalam kalangan bangsa Melayu. Kewujudan kesusasteraan Melayu menunjukkan keindahan yang terdapat dalam gaya bahasa. Perkara ini terbukti dengan penghasilan puisi-puisi Melayu tradisional yang sehingga hari ini masih lagi menjadi bacaan kepada semua peringkat umur. Tambahan pula, terdapat banyak pengajaran dan mesej yang boleh diambil untuk diaplikasikan di kehidupan seharian. Oleh itu, kesusasteraan Melayu hendaklah dikembangkan kerana ia memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar kerana mengandungi nilai estetika. (1255 patah perkataan)
BIBLIOGRAFI Abdul Halim Ali dan Khalid Ismail. “ASAS PEMBINAAN TEORI SASTERA OLEH SARJANA SASTERA DI MALAYSIA | RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU.” Rumpunjurnal.com, 15 Sept. 2019, rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/96. Abdul, Zurakintan, and Che Salleh. “Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh 121.” International Journal of the Malay World and Civilisation, vol. 3, no. 2, 2015, pp. 121– 129, journalarticle.ukm.my/8944/1/Pemikiran_melayu_tentang_ilmu_....pdf. Deng, Mako. “Fungsi Sastera.” Www.academia.edu, www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera. Dr. Azman bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin Shamsudin bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani bin Hassan dan Dr. Hasnah binti Awang. Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan, 2022. Hasri, Md. “KESUSASTERAAN MELAYU.” Www.academia.edu, 2012, www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU. “JSASS VOL. 5 BIL. 1 (2018).” Journal.kuis.edu.my, journal.kuis.edu.my/jsass/issues/jsass-vol- 5-bil-1. Accessed 13 Feb. 2023. MA, Siti Sulistyani Pamuji, M. Pd dan Inung Setyami, S. S. KETERAMPILAN BERBAHASA. Google Books, GUEPEDIA, 2021, books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=WrNMEAAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA3&dq =keterampilan+berbahasa&ots=GIxJl7DKBr&sig=KkljDgAkvkY49QtBuJFQUlzpDuw& redir_esc=y#v=onepage&q=keterampilan%20berbahasa&f=false. Accessed 13 Feb. 2023.
Nordiana Binti Ab Jabar. “KEUNGGULAN IKON MEMBAWA TELADAN DALAM SELOKA MELAYU | RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU.” Rumpunjurnal.com, 15 Sept. 2019, rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/32/7. Accessed 30 Mar. 2022. Online, Sistem Guru. “DEFINISI PUISI MELAYU TRADISIONAL.” Www.sistemguruonline.my, 21 Dec. 2015, www.sistemguruonline.my/2015/12/definisi- puisi-melayu-tradisiona.html#. Accessed 13 Feb. 2023. Rengasamy, Ahmad Ramadhan Subra Bin. “Bahasa Melayu SPM: Seloka Emak Si Randang.” Bahasa Melayu SPM, 2012, subrato403.blogspot.com/2012/07/kepada-anak-anak-4- sains-2-sila-baca.html.
Search
Read the Text Version
- 1 - 11
Pages: