Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore IAB PELAKSANAAN EKSA

IAB PELAKSANAAN EKSA

Published by jessyganie, 2023-02-17 01:57:38

Description: IAB PELAKSANAAN EKSA

Search

Read the Text Version

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Diterbitkan oleh: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK Nilai, Negeri Sembilan Tel:06-7979200 http://iab.moe.edu.my e-mel:[email protected] Urusan Penerbitan: Jabatan Penerbitan & Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 Bandar Enstek ©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2022 Cetakan Pertama 2022 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, sama ada secara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu. ISBN Data Pengkatalogan Pengurus Penerbitan Emy Harlina binti Ibrahim Zuriah binti Mad Ali Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Pencetak Giga Wise Network Sdn. Bhd. No. 74 Jalan Kapar 27/89, Megah Industrial Park, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor 4 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT PRAKATA 7 9 BAB 1 TUJUAN GARIS PANDUAN 9 BAB 2 PENGENALAN 16 1.1 Latar Belakang 1.2 Elemen-Elemen EKSA 1.2.1 Sisih 1.2.2 Susun 1.2.3 Sapu 1.2.4 Seragam 1.2.5 Sentiasa Amal 1.3 Imej Korporat 1.4 Amalan Hijau (Go Green) 1.4.1 Reduce, Reuse & Recycle (3R) 1.4.2 Penjimatan Sumber 1.4.3 Kreativiti dan Inovasi 1.5 Persekitaran Kondusif 1.6 Keselamatan BAB 3 PERSIJILAN EKSA 3.1 Fasa 1: Pelaksanaan EKSA 1.1.1 Pembentukan Jawatankuasa 1.1.2 Pembahagian Zon Kerja 1.1.3 Latihan 1.1.4 Pelancaran 3.2 Fasa 2: Pengauditan EKSA BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 5

BAB 4 EKSA IAB CAWANGAN SABAH 20 4.1 Polisi 26 4.2 Visi 27 4.3 Misi 28 4.4 Objektif 29 4.5 Logo Dan Maksud 4.5.1 Lingkaran Bulat Berserta Daun 46 4.5.2 Gunung 47 4.5.3 EKSA 48 4.5.4 Warna Hijau 49 4.6 Slogan 4.7 Penubuhan Jawatankuasa 4.7.1 Carta Jawatankuasa Pemandu EK IAB Cawangan Sabah 4.7.2 Carta Jawatankuasa Latihan EKSA IAB Cawangan Sabah 4.7.3 Carta Organisasi Jawatankuasa EKSA 4.8 Peranan Jawatankuasa Induk EKSA 4.9 Pewujudan Jawatankuasa Zon 4.10 Pelan Lantai IAB Cawangan Sabah 4.11 Sudut EKSA 4.12 Keperluan Fail EKSA BAB 5 AUDIT DALAM 5.1 Pembentukan Pasukan Audit 5.2 Latihan Audit EKSA 5.3 Audit Prestasi EKSA 5.4 Umum Penemuan Audit BAB 6 FAEDAH-FAEDAH EKSA BAB 7 FAKTOR KEJAYAAN EKSA BAB 8 KOMPONEN TINDAKAN 8.1 Komponen Generik 8.1.1 Komponen A 8.1.2 Komponen B 8.1.3 Komponen C 8.1.4 Komponen D 8.1.5 Komponen E (Bangunan dan Kawasan Sendiri) 8.2 Komponen Khusus 8.2.1 Bilik Kuliah 8.2.2 Dewan Tertutup 8.2.3 Dewan Terbuka PENGHARGAAN PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN 6 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

PRAKATA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH Salam Sejahtera, Pelaksanaan konsep yang terkandung di dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan elemen-elemennya bukanlah perkara baharu di persekitaran tempat kerja. EKSA merupakan penjenamaan semula daripada amalan 5S yang diperkenalkan oleh pihak MAMPU. Amalan EKSA dilihat dapat mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif ke arah meningkatkan produktiviti kerja serta mencapai misi dan visi organisasi. Garis panduan ini merupakan rujukan bagi warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH) melaksanakan EKSA dengan mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang boleh membawa ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun. Amalan EKSA ini diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan persekitaran kerja yang lebih kondusif di samping menggalakkan warga IABCSBH menjadi lebih inovatif seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Inisiatif menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan EKSA ini secara langsung menyokong usaha memperkukuhkan imej institusi latihan kepimpinan pemimpin pendidikan yang berprestasi tinggi di bawah KPM. Pelaksanaan elemen-elemen amalan EKSA seperti imej korporat, kreativiti dan inovasi, amalan hijau dan penjimatan adalah seiring dengan perubahan dan kehendak semasa dalam usaha mentransformasikan pentadbiran kerajaan ke arah persekitaran kerja lebih sistematik, selesa dan selamat. EKSA juga menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja dengan menambah nilai imej korporat, menyemarakkan lagi budaya kerja berpasukan, minda kreatif dan inovatif serta menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif. Buku ini diterbitkan sebagai garis panduan bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun di IABCSBH khususnya. Panduan Pelaksanaan EKSA ini secara langsung menyokong usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi melalui penerapan elemen amalan EKSA. Komitmen dan penglibatan warga kerjanya dalam melaksanakan EKSA akan memberi impak positif terhadap persekitaran kerja dan kualiti penyampaian perkhidmatan di IABCSBH. Sekian, terima kasih. En. Lew Yeok Leng BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 7

8 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

BAB 1 TUJUAN GARIS PANDUAN Garis panduan ini disediakan adalah bertujuan bagi memberi panduan kepada warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Konsep EKSA dan elemen-elemen EKSA dinyatakan untuk tindakan semua warga IABCSBH. Penjenamaan semula nama 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif dan ke arah kepelbagaian agensi. Selain itu, kaedah pengauditan yang diguna pakai dinyatakan dalam usaha mendapat sijil EKSA. Semoga panduan ini, warga IABCSBH dapat melaksanakan EKSA dengan jelas seterusnya mewujudkan persekitaran kerja bersih, kemas dan kondusif. BAB 2 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Gambar 1: Buku Panduan Amalan 5S Sektor Awam Sumber: Buku Panduan MAMPU (2010) Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan Amalan 5S yang berasal dari Jepun kepada Sektor Awam pada tahun 2010 melalui Panduan Amalan 5S Sektor Awam seperti Gambar 1 di atas. Pada tahun 2014, MAMPU telah membuat penjenamaan semula dengan dinamakan EKSA menerusi Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2014 sebagai punca kuasa pelaksanaan. EKSA diamalkan di sektor kerajaan bertujuan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan mengekalkan imej korporat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. Secara langsung, kos operasi dapat dijimatkan. Justeru, penjenamaan 5S telah dimasukkan sebagai salah satu daripada elemen-elemen yang terdapat di dalam EKSA. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 9

1.2 Elemen-Elemen EKSA Elemen EKSA Maksud Seiri/ Sisih/ Sort Menyisih barang-barang yang tidak perlu, mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik. Seiton/Susun/ Kekemasan: Menyusun secara kemas sistematik, barang yang diperlukan supaya mudah Set in Order diambil dan dikembalikan di tempat asal sepelas digunakan. Seiso/Sapu/Shine Pembersihan: Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja. Seiketsu/ Seragam/ Keseragaman: Mewujudkan piawaian amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan Standardise piawaian tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa. Shitsuke/ Sentiasa Disiplin: Melatih pekerja untuk mengambil 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan Amal/Sustain budaya kerja organisasi dalam merealisasikan EKSA (5S) Sumber: Garis Panduan Pelaksanaan EKSA JKR Ulu Terangganu (2015) 1.2.1 Sisih Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja. Aktiviti sisih melibatkan: a. Item yang mudah dibuang dan tiada nilai, perlu dibuang segera. b. Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan datang maka dihapuskan/ dijual mengikut prosedur. c. Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi, maka kaedah/kos yang paling rendah perlu ditentukan. 1.2.2 Susun Merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti ini melibatkan: a. Item disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu-Keluar Dulu) bagi item yang mempunyai tarikh luput. Jika item tidak mempunyai tarikh luput ATAU item-item yang mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu) akan digunakan. b. Item dilabelkan dengan nama dan nombor indeks. c. Item disimpan mengikut kategori. d. Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa kurang dari 30 saat. e. Semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan bahan rujukan semasa adalah di atas meja. Selepas digunakan, ia perlu disimpan kembali ke tempat asal. 1.2.3 Sapu Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. Aktiviti ini melibatkan: a. Menetapkan pemilik (ownership) bagi ruang/perkakas dan mesin. b. Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. c. Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan. 10 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

1.2.4 Seragam Tindakan yang diambil adalah menyelaraskan kesamaan susun atur perabut, dokumen, pelabelan dan seumpamanya dari segi warna, Manual Prosedur Kerja, indeks dan sebagainya yang difikirkan sesuai. Aktiviti ini melibatkan: a. Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa. b. Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format 1.2.5 Sentiasa Amal Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan EKSA. Aktiviti ini melibatkan: a. Audit dalaman dilakukan secara berkala. b. Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan. c. Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga IABCSBH 1.3 Imej Korporat Imej Korporat merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan terhadap persekitaran, tindakan dan pencapaian sesebuah organisasi. Nilai, etika dan norma kerja yang seragam dalam kalangan warga kerja amat diperlukan untuk mewujudkan budaya korporat yang positif. Selain ciri- ciri ini, EKSA juga turut menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran di setiap jabatan/agensi sektor awam. Gambar 2: Imej Korporat 1.4 Amalan Hijau (Go Green) Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di pejabat dengan melaksanakan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Aktiviti Amalan Hijau diharap dapat diterapkan kepada keseluruhan warga jabatan/agensi ke arah penggunaan sumber secara optimum. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 11

1.4.1 Reduce, Reuse & Recycle (3R) Program 3R (Reduce, Reuse, Recycle) atau ‘Mengurangi, Mengguna Semula & Mengitar Semula’, ini mula dipekenalkan di Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menerusi idea daripada Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) dan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Bahan- bahan buangan akan digunakan semula untuk tujuan inovasi dan kitar semula. Antara sisa yang boleh dikitar semula dan kos semasa adalah seperti Jadual 1: Jadual 1: Harga Pasaran Jenis Barangan Kitar Semula RM/kg 0.70 Jenis Barangan 3.60 1.20 Plastik 0.70 0.35 Aluminium Kotak Minuman/Tetra Pack Logam Kertas A4, Kertas Warna, Surat Khabar, Kadbod/Kotak Tujuan utama pelaksanaan program adalah seperti berikut: a. Mengurangkan penghasilan sisa di punca iaitu di pejabat. b. Menggunakan semula sisa yang berguna seperti kertas kadbod, kertas terpakai dan sebagainya. c. Menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan anggota penjawat awam dan pelbagai pihak di dalam program 3R. d. Melahirkan penjawat awam sebagai ‘role model’ dan perintis di dalam pelaksanaan program 3R sebelum diperluaskan ke agensi lain. Gambar 3: Hasil Bahan Kitar Semula 1.4.2 Penjimatan Sumber Penjimatan sumber melibatkan tenaga (elektrik, air, bahan, masa dan manusia) dan penggunaan ruang secara optimum tanpa mengenepikan unsur keselamatan, kreativiti, inovasi dan imej korporat. Menerusi amalan baik pelabelan dan indeks dapat menimatkan masa pencarian dokumen dalam tempoh 30 saat. Tambahan lagi, aktiviti penjimatan sumber ini telah melahirkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga IABCSBH. 12 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Gambar 4: Label Penjimatan 1.4.3 Kreativiti dan Inovasi Dalam usaha untuk mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja, EKSA menggalakkan warga jabatan/ agensi membudayakan elemen kreativiti dan inovasi semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Persekitaran sektor awam yang sering kali berubah mengikut peredaran masa menuntut pewujudan budaya organisasi yang dinamik berasaskan kreativiti dan inovasi. Warga jabatan/agensi digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Kreativiti dan Inovasi yang dilaksanakan dalam kalangan warga IAB Cawangan Sabah bagi menyempurnakan tugasan masing-masing adalah satu keperluan kerana pelbagai cabaran yang dihadapi yang berpunca daripada kekurangan sumber. Gambar 5: Hasil Kreativiti Kreativiti ini terhasil apabila wujud sesuatu isu dan halangan dalam melaksanakan tugasan sebagaimana yang ditetapkan. Justeru, proses bagi mencapai matlamat dalam menyempurnakan tugasan itu memerlukan warga IABCSBH agar berfikiran lebih kreatif dan inovatif. Warga IABCSBH melaksanakan tugasan dengan teknik baharu melalui kreativiti dan inovasi yang difikirkan bersama-sama secara berkumpulan. Kreativiti yang diadaptasi antaranya ialah menggunakan bahan terbuang, aplikasi QR code dan penggunaan aplikasi Google. Inovasi pula digunakan dalam menyelesaikan isu ketiadaan bangunan pejabat IABCSBH dengan menggunakan konsep kabin pasang siap dalam pembinaan bangunan yang kondusif dan selamat. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 13

Gambar 6: Bangunan Konsep Kabin dan penggunaan QR Code 1.5 Persekitaran Kondusif Persekitaran kondusif adalah penting dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. Amalan EKSA menggalakkan jabatan/agensi sektor awam memberikan penekanan pada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU), kemudahan yang sesuai harus disediakan. Gambar 7: Program mengecat Ruang Parkir OKU 14 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

1.6 Keselamatan Keselamatan dalam amalan EKSA dikaitkan dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh badan- badan yang berkaitan seperti Arkib, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam memastikan semuanya dalam keadaan baik dan terjaga. Keselamatan dokumen adalah berkaitan memastikan dokumen dalam keadaan baik fizikal dan selamat kerahsiaan kandungannya. Keselamatan peralatan pula berkaitan keadaan peralatan tersebut harus berfungsi dan selamat untuk digunakan. Begitu juga bangunan dan persekitaran tempat kerja, ia berkait rapat dengan keselamatan staf dan pekerja serta pelanggan. Mematuhi arahan keselamatan yang disarankan oleh JBPM seperti melaksanakan latihan pengongsian bangunan, pelan keselamatan, tanda arah keluar bangunan semasa kecemasan, peralatan pemadam api dan sebagainya adalah satu keperluan. Begitu juga keselamatan kunci, bukan sahaja ia melibatkan keselamatan bangunan tetapi keselamatan peralatan dan dokumen juga bergantung kepada bagaimana kunci-kunci pejabat dan laci diuruskan. BAB 1 Gambar 8: Kotak Kunci dan Pelan Laluan Kecemasan TUJUAN GARIS PANDUAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 15

BAB 3 PERSIJILAN EKSA Bagi mencapai persijilan EKSA oleh MAMPU, IABCSBH merancang pelaksanaannya menerusi dua (2) fasa iaitu Fasa 1 ialah Pelaksanaan EKSA dan Fasa 2 ialah Pengauditan EKSA seperti rajah 3.1; FASA PENGAUDITAN Langkah 4 Pelancaran Langkah 3 Latihan Langkah 2 Pembahagian Zon Kerja FASA Langkah 1 PELAKSANAAN Pembentukan Jawatankuasa Rajah 3.1 : Langkah-langkah Fasa Pelaksanaan EKSA 1.1 Fasa 1: Pelaksanaan EKSA Fasa pelaksanaan EKSA melibatkan empat langkah seperti Rajah 3.1. Setiap peringkat yang dilalui perlu dilaporkan secara berkala kepada pihak pengurusan atas melalui mekanisme yang ditetapkan. Pemantauan secara berterusan perlu dilakukan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan pada semua peringkat, manakala kajian semula hendaklah dilakukan bagi menentukan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil. EKSA dapat dilaksanakan secara tersusun melalui pewujudan tadbir urus dan tindakan pengurusan yang mantap merangkumi langkah-langkah pelaksanaan seperti yang berikut: 1.1.1 Pembentukan Jawatankuasa Pembentukan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Pelaksana adalah bagi memastikan setiap sudut dalam rangkuman aktiviti ke arah persijilan EKSA dapat dilaksanakan dengan baik di bawah tanggungjawab indidvidu yang dilantik. Melalui perlantikan ahli jawatankuasa inilah, pelan perbatuan yang mengandungi perancangan dan tindakan dibina agar aktiviti ke arah persijilan EKSA ini dapat disusuli dalam tempoh yang wajar. 16 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Pengerusi • Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA. • Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA. • Menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan. • Menentukan belanjawan dan sumber-sumber kewangan. • Melantik penyelaras, ketua jawatankuasa kecil dan fasilitator. • Menetapkan sistem pengiktirafan/penghargaan. • Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan. • Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik. Fasilitator • Memberikan latihan dan panduan kepada ketua JK dan ahli. • Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan. • Menentukan pembahagian zon. • Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan pelaksanan. • Menyelaras dan memantau aktiviti. Penyelaras • Menjadual mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA. • Menyelaras program EKSA. • Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA. • Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit. • Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam organisasi. Jawatankuasa Promosi • Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA. • Mengenal pasti aktiviti promosi bagi memupuk kesedaran pelaksanaan EKSA • Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan. • Melaporkan status pelaksanaan aktiviti promosi EKSA. Jawatankuasa Latihan • Menyediakan pelan aktiviti latihan bagi memupuk budaya EKSA warga jabatan. • Menganal pasti jenis latihan yang diperlukan bagi mengukuhkan aktiviti EKSA. • Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA. Jawatankuasa Audit • Menyediakan kriteria audit dalam EKSA. • Menentukan kekerapan aktiviti audit dalam EKSA. • Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalam EKSA. • Menyemak kriteria audit dalam EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Jawatankuasa Zon • Menetapkan individu bertanggungjawab yang sesuai di semua ruang gunasama. • Mematuhi setiap standard yang ditetapkan untuk semua ruang guna sama setiap zon. • Merancang aktiviti zon. • Memberikan laporan status pelaksanaan EKSA kepada penyelaras. • Membantu memberikan panduan tunjuk ajar kepada ahli-ahli. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 17

1.1.2 Pembahagian Zon Kerja Melantik individu bertanggungjawab bagi ruang guna sama memudahkan pelaksanaan dan pengawasan EKSA. Pembahagian zon kerja hendaklah dirujuk melalui pelan lokasi. Terdapat 2 zon yang terlibat di dalam pelaksanaan EKSA IABCSBH iaitu Zon Kinabalu dan Zon Danum. Jadual 2 : Lokasi Setiap Zon BIL ZON LOKASI 1. Zon Kinabalu Blok Kinabalu Blok Manukan Jalan Raya Hadapan Blok Pegawai Keselamatan Tandas Lelaki Dan Wanita 2. Zon Danum Blok Danum Blok Sepilok Blok Sipadan Jalan Raya Belakang Blok Pegawai Keselamatan Tandas Lelaki Dan Wanita 1.1.3 Latihan Latihan diberikan bukan sahaja berbentuk teori melalui taklimat tetapi secara praktikal melalui perbengkelan dan bimbingan melalui pemantauan serta lawatan oleh fasilitator, jawatankuasa latihan, penyelaras dan pihat pengurusan atasan. Tujuan latihan EKSA adalah untuk mendalami pengetahuan berkaitan EKSA di samping membudayakan EKSA dalam kalangan warga jabatan/agensi. Gambar 9: Sesi Latihan dan Taklimat oleh Fasilitator EKSA MAMPU 1.1.4 Pelancaran Pelancaran dan perasmian EKSA boleh diadakan sebagai tanda mula program di samping menyampaikan hasrat dan sokongan pengurusan bagi melaksanakan EKSA dalam jabatan/agensi. Pihak pengurusan perlu terlibat secara langsung dan memberi komitmen serta sokongan padu kepada pelaksanaan EKSA melalui penetapan sasaran yang ingin dicapai, dasar dan objektif EKSA di samping menentukan matlamat setiap langkah pelaksanaan. Antara perkara yang perlu diberikan penekanan semasa pelancaran EKSA adalah seperti berikut: a. Polisi, Visi, Misi dan Objektif EKSA. b. Logo dan Slogan EKSA c. Pelan tindakan pelaksanaan EKSA. d. Buku panduan pelaksanaan EKSA. 18 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

1.2 Fasa 2: Pengauditan EKSA Selaras dengan penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam, beberapa kriteria penilaian baharu telah dibangunkan. EKSA memperkenalkan model penilaian baharu yang mengandungi kriteria generik dan kriteria khusus yang mengambil kira kepelbagaian premis jabatan/agensi kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan yang dipraktikkan sebelum ini iaitu one size fits all digantikan dengan model baharu seperti pada Rajah 3.2. Rajah 3.2: Model Audit EKSA MAMPU Penilaian Model A adalah berdasarkan kriteria generik manakala penilaian Model B merupakan gabungan antara kriteria generik dan khusus. Kriteria penilaian yang diguna pakai adalah mengikut kesesuaian jabatan/agensi di mana terdapat 6 komponen kriteria penilaian seperti pada Rajah 3.3. Kriteria- kriteria yang disusun adalah bersesuaian dengan keperluan yang terdapat di pelbagai jabatan/agensi. Ini bagi memastikan pengauditan dilaksanakan secara menyeluruh dan memenuhi aspek kepelbagaian dan perbezaan antara sesuatu jabatan/agensi. Panduan lengkap bagi setiap komponen penilaian dan contoh amalan baik adalah seperti pada Lampiran 1. Rajah 3.3: Komponen-komponen Penilaian Audit dalam atau penilaian kendiri dilaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) kali dengan jumlah markah keseluruhan audit ialah 80 peratus (80%) dan ke atas untuk melayakkan jabatan menghantar permohonan audit oleh MAMPU untuk tujuan memperolehi persijilan EKSA. Bagi memperbaharui sijil EKSA yang tamat tempoh setiap dua (2) tahun pula, jabatan berkenaan dikehendaki melaksanakan audit dalam dan menghantar laporannya kepada pihak MAMPU setiap tahun. Selain itu, audit dalam, pemantauan dan penyeliaan juga dilaksanakan. Setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu membuat laporan. Pengiktirafan selepas audit dalam juga digalakkan. Ini bertujuan memupuk budaya amalan EKSA sedikit demi sedikit dalam kalangan warga kerja. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 19

BAB 4 EKSA IAB CAWANGAN SABAH Pelaksanaan EKSA IAB Cawangan Sabah dicapai melalui polisi, visi, misi dan objektif yang dirangka untuk merealisasi pembudayaan EKSA. 4.1 Polisi IAB Cawangan Sabah mengamalkan kerja secara berpasukan dan menerima pakai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sebagai pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, sihat, bersih, kemas dan selamat. 4.2 Visi Mewujudkan ekosistem yang kondusif di persekitaran kerja warga IABCSBH. 4.3 Misi Mengukuhkan sistem budaya kerja yang selamat, bersih, berdisiplin, kemas dan selesa dengan melaksanakan amalan ekosistem yang kondusif dalam kalangan warga IABCSBH. 4.4 Objektif EKSA dilaksanakan di IABCSBH untuk; a) Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti iaitu selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa; b) Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga IABCSBH; c) Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh IABCSBH; d) Mewujudkan budaya kerja yang ceria, efektif dan inovatif.; dan e) Meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan warga IAB Cawangan Sabah terhadap kepentingan penjimatan tenaga serta amalan hijau ‘Go Green’. 4.5 Logo Dan Maksud 4.5.1 Lingkaran Bulat Berserta Daun Melambangkan ciri-ciri mesra kepada alam sekitar dalam menjayakan program EKSA. Budaya kerja positif, realistik dan saintifik yang menjadi amalan setiap warga kerja Institut Aminudin Baki Cawangan Sabah. 20 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

4.5.2 Gunung Melambangkan kekuatan, keberanian, semangat yang ada pada setiap warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.5.3 EKSA Selain merupakan singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam ianya juga adalah singkatan kepada Efisien Kreatif Sentiasa Amal yang merupakan amalan kerja warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah. 4.5.4 Warna Hijau Melambangkan mesra kepada alam sekitar dan sikap berjimat cermat warga kerja IABCSBH. 4.6 Slogan “Persekitaran Kondusif, Perkhidmatan Berkualiti“ 4.7 Penubuhan Jawatankuasa 4.7.1 Carta Jawatankuasa Pemandu EKSA IAB Cawangan Sabah Penaung Penasihat Fasilitator Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Zon Kinabalu Zon Danum Latihan Audit Promosi BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 21

4.7.2 Carta Jawatankuasa Latihan EKSA IAB Cawangan Sabah Ketua Jawatankuasa Latihan Penolong Ketua Jawatankuasa Latihan Ahli Jawatankuasa Latihan Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa 1 2 3 4 5 4.7.3 Carta Organisasi Jawatankuasa EKSA Zon EKSA IAB SABAH Zon Kinabalu Zon Danum Ketua Zon Ketua Zon Penolong Penolong Penolong Penolong Ketua Zon 1 Ketua Zon 2 Ketua Zon 1 Ketua Zon 2 Jawatankuasa Jawatankuasa Latihan Latihan Audit Audit Promosi Promosi 22 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

4.8 Peranan Jawatankuasa Induk EKSA Pengerusi ● Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan amalan EKSA. ● Membentuk pelan tindakan pelaksanaan amalan EKSA. Fasilitator ● Menetapkan dasar, peraturan serta buku panduan. ● Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan. Penyelaras ● Melantik penyelaras, ketua jawatankuasa kecil dan fasilitator. ● Menetapkan sistem pengiktirafan/ penghargaan. Jawatankuasa ● Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan jawatankuasa kecil Promosi (Latihan, Promosi, Audit Dalam). Jawatankuasa Audit ● Memberikan latihan dan panduan kepada ketua jawatankuasa dan ahli. ● Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan. Jawatankuasa ● Menentukan pembahagian zon. Latihan ● Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan Setiausaha kumpulan pelaksana. ● Menyelaras dan memantau aktiviti. Jawatankuasa Zon ● Menjadualkan mesyuarat jawatankuasa pelaksana EKSA. ● Menyelaraskan program amalan EKSA. Ahli-Ahli ● Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan amalan EKSA. Kumpulan ● Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit. ● Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan amalan EKSA dalam organisasi. ● Memantau kemajuan pelaksanaan amalan EKSA melalui contoh amalan terbaik. ● Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA. ● Mengenal pasti aktiviti /kempen promosi bagi memupuk kesedaran penyertaan bagi menjayakan pelaksanaan amalan EKSA. ● Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan. ● Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dalam kalangan warga IABCSBH. ● Merancang, menulis, menyelaras aktiviti penerbitan bahan promosi EKSA seperti banner, risalah dan sebagainya. ● Menyediakan kriteria audit dalaman EKSA ● Menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman EKSA ● Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalaman EKSA ● Menyemak kriteria audit dalaman EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan ● Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk amalan EKSA kepada semua warga kerja dalam organisas ● Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi mengukuhkan aktiviti amalan EKSA ● Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya ● Memberikan latihan dan panduan kepada ketua dan ahli kumpulan ● Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan ● Menyimpan rekod utama dan minit berkait dengan pelaksanaan amalan EKSA ● Membantu penyelaras bagi pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit ● Mewujudkan PIC bagi bilik dan ruang gunasama ● Memastikan setiap bilik dan ruang gunasama mematuhi setiap perkara yang ditetapkan untuk amalan baik EKSA (KEWPA 7), Etika, Maklumat PIC, Pelan suis bagi yang berkenaan, label- label yang sesuai, kemas, selamat, peralatan di dalamnya berfungsi, hiasan berimej korporat dan jadual pemantauan kebersihan ● Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli kumpulan ● Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan aktiviti EKSA ● Merancang aktiviti kumpulan ● Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan amalan EKSA kepada fasilitator ● Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar ● Memberikan komitmen secara berterusan ● Menyertai aktiviti EKSA secara aktif ● Bekerjasama dalam kumpulan ● Menghadiri mesyuarat dan menyumbangkan idea bagi menjayakan pelaksanaan amalan EKSA BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 23

4.9 Pewujudan Jawatankuasa Zon Jawatankuasa Zon EKSA terbahagi kepada dua iaitu Zon Kinabalu dan Zon Danum. Zon ini diwujudkan berdasarkan keadaan IAB Cawangan Sabah. Person In Charge (PIC) dilantik bagi membantu kawal selia bilik-bilik dan sudut yang terdapat di zon ini. Pelantikan PIC di zon masing-masing untuk memudahkan pengawasan bilik dan ruang gunasama tersebut. 4.10 Pelan Lantai IAB Cawangan Sabah Gambarajah 1 : Pelan Lantai IAB Cawangan Sabah 4.11 Sudut EKSA Disediakan di tempat yang strategik iaitu di galeri IABCSBH bersebelahan dengan pintu masuk utama. Sudut EKSA diselia oleh Jawatankuasa Promosi. Terdapat dua item yang terdapat dalam sudut EKSA iaitu maklumat kekal dan maklumat berubah seperti Jadual 3. Jadual 3 : Item Maklumat Sudut EKSA Maklumat Kekal Maklumat Berubah PIC Gambar sebelum, selepas dan aktiviti EKSA Polisi, Visi, Misi dan Objektif EKSA Data-data/ Makluman semasa Pelan Lantai IABC Sabah Pencapaian (Audit Dalaman) Logo dan Slogan EKSA Carta Perbatuan Penghargaan Carta Organisasi J/K EKSA Tarikh Kemas kini 24 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Gambar 10 : Sudut Induk EKSA IAB Cawangan Sabah 1.12 Keperluan Fail EKSA Dokumentasi pelaksanaan EKSA yang berkaitan dengan IABCSBH perlu disediakan di peringkat induk dan setiap jawatankuasa. Isi kandungan Fail EKSA adalah seperti berikut: a) Buku panduan EKSA b) Polisi, visi, misi dan objektif EKSA c) Logo dan slogan EKSA d) Carta Jawatankuasa; ● Induk ● Latihan ● Promosi ● Audit ● Zon e) Pelan Lantai f) Carta Perbatuan Jawatankuasa ● Induk ● Latihan ● Promosi ● Audit ● Zon g) Surat Lantikan Jawatankuasa h) Memo dan Minit (mesyuarat/perbincangan) i) Surat Menyurat j) Laporan Ringkas (termasuk gambar) k) Aktiviti sebelum dan selepas pelaksanaan EKSA l) Aktiviti Go Green m) Analisis Penjimatan n) Kreativiti dan Inovasi o) Pengiktirafan/Penghargaan p) Audit dan Pemantauan BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 25

BAB 5 AUDIT DALAM Audit Dalam EKSA perlu dilaksanakan oleh IABCSBH secara penilaian kendiri. Audit Dalam ini perlu dijadualkan secara berkala untuk memastikan IABCSBH membuat penambahbaikan secara berterusan dalam memastikan EKSA sentiasa diamalkan dengan jayanya dalam kalangan warga. Audit Dalam dilaksanakan oleh juruaudit yang dilantik oleh IABCSBH sendiri dengan mendapat latihan daripada fasilitator EKSA lantikan MAMPU. Langkah yang terlibat adalah seperti yang berikut: PENGIKTIRAFAN Langkah 3 Langkah 4 Audit Umum Prestasi Penemuan EKSA Audit Langkah 2 Latihan Audit EKSA FASA Langkah 1 PENGAUDITAN Pembentukan Pasukan Audit Rajah 3.4: Pelaksanaan Audit 5.2 Pembentukan Pasukan Audit Jawatankuasa Pelaksana EKSA perlu mengenal pasti, melatih dan melantik juruaudit untuk melaksanakan aktiviti Audit Dalam EKSA IABCSBH. Jawatankuasa Pelaksana ini juga perlu menyediakan kriteria Audit Dalam EKSA dan menentukan kekerapan aktiviti Audit Dalam EKSA. 5.3 Latihan Audit EKSA Pasukan Audit Dalam EKSA hendaklah diberi latihan untuk memastikan urusan audit dalam EKSA dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. 5.4 Audit Prestasi EKSA Pasukan Audit Dalam akan melaksanakan audit sebagaimana yang telah dijadualkan oleh Jawatankuasa Pelaksana EKSA. 5.5 Umum Penemuan Audit Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalam EKSA hendaklah melaporkan penemuan audit dalam kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA. Penemuan turut dimaklumkan kepada ketua dan semua warga jabatan/ agensi. 26 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

BAB 6 FAEDAH-FAEDAH EKSA Pelaksanaan EKSA di IABCSBH memberi faedah yang banyak dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah cemerlang. Faedah-faedah yang diperoleh melalui EKSA adalah seperti berikut: Mewujudkan Meningkatkan Mengenal Pasti, Persekitaran Tempat Kecekapan Dan Mengurang Dan Keberkesanan Menghapuskan Kerja Berkualiti (Bersih, Pengurusan Pembaziran Organisasi Kemas Dan Rapi) Meningkatkan Imej Menjana Idea Meningkatkan Jabatan/agensi Kreatif Semangat Kerja Sektor Awam Dalam Kalangan Berpasukan Warga Jabatan / Agensi Meningkatkan Meningkatkan Mutu Mewujudkan Disiplin Penyampaian Piawaian Perkhidmatan Warga Jabatan / Kerja Yang Jelas Agensi Rajah 6.1 : Faedah Pelaksanaan EKSA BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 27

BAB 7 FAKTOR KEJAYAAN EKSA Bagi menjamin EKSA dapat dilaksanakan dengan jayanya, faktor-faktor berikut perlu diambil perhatian semasa pelaksanaannya. Faktor ini juga berkait rapat dengan keberkesanan peranan jawatankuasa yang telah dilantik. Rajah 7.1 : Faktor kejayaan pelaksanaan EKSA 28 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

BAB 8 KOMPONEN TINDAKAN Komponen-komponen tindakan ialah komponen berdasarkan kriteria audit EKSAMampu yang diselaraskan dengan persekitaran IABCSBH. Komponen- komponen ini terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu Komponen Generik dan Komponen Khusus. Komponen Generik pula terbahagi kepada lima (5). Manakala komponen Khusus terbahagi kepada satu (1). 8.1 Komponen Generik 8.1.1 Komponen A a. Keperluan Utama Pelaksanaan ● Dasar EKSA ● Jawatankuasa Pelaksana ● Penglibatan Pengurusan Atasan ● Penilaian Kendiri ● Pengiktirafan ● Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi ● Tindakan Penjimatan/Amalan Hijau Jadual 8.1: Peranan Jawatankuasa Pelaksana Dalam Kriteria Audit SUB TANGGUNGJAWAB AKTIVITI KOMPONEN A1 JK Pelaksana Menyediakan Garis panduan selaras dengan Polisi EKSA IABCSBH. A2 JK Pelaksana (melalui) Menyebarkan Garis panduan EKSA dan memastikan semua penyelaras) kakitangan memahaminya. A3 JK Pelaksana (melalui Memastikan Amalan EKSA dipatuhi dan diimplimentasi oleh semua JK Audit) kakitangan. A4 Setiausaha Memastikan Dokumentasi dalam Fail EKSA disusun dengan teratur dan sentiasa dikemaskini. A5 JK Pelaksana Mewujudkan keseragaman pelaksanaan EKSA seperti manual / garis panduan yang dibangunkan oleh IABCSBH. A6 Ketua JK Promosi Menyedia dan memaparkan SUDUT EKSA di tempat yang strategik (secara fizikal atau maya) dan mengandungi beberapa perkara yang wajib dipaparkan. A7 Pengerusi/ Penyelaras Membentuk dan melantik sekurang- kurangnya 3 Jawatankuasa EKSA seperti yang berikut: i. JK Latihan ii. JK Promosi iii. JK Audit A8 JK Pemandu JK Merancang dan melaksana program/aktiviti EKSA secara berkala Latihan, Promosi, Audit seperti: dan Zon i. Menyedia dan kemaskini Carta Gantt ii. Menyebar Maklumat Latihan, Promosi dan Audit iii. Melaksana Program EKSA A9 JK Pemandu Penglibatan Pengurusan Atasan sebagai penaung/ Penasihat EKSA. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 29

SUB TANGGUNGJAWAB AKTIVITI KOMPONEN JK Pelaksana Penglibatan Pengurusan Atasan dalam aktiviti EKSA seperti program A10 kesedaran dan lawatan. A11 A12 Penyelaras Membentang dan melaporkan perlaksanaan aktiviti EKSA dalam Mesyuarat Pengurusan. A13 A14 JK Audit Melaksanakan Audit dalaman / pematuhan sama ada oleh JK Audit A15 dalaman atau agensi luar secara berterusan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. A16 A17 JK Audit Menyebarkan hasil/laporan Audit dalaman untuk makluman dan tindakan susulan. A18 A19 JK Audit Mengemukakan laporan penilaian kendiri kepada MAMPU selepas A20 setahun menerima persijilan (hanya untuk persijilan semula). JK Promosi (Pelaksana) Cadangan Program Pengiktirafan di peringkat Induk antaranya dengan bantuan JK seperti berikut: Audit (Pelaksana) I. Anugerah Ruang PIC Terbaik II. Anugerah Ruang Kerja Terbaik III. Anugerah Laci Alat tulis Terbaik IV. Anugerah Bilik Kerja Staf Terbaik V. Anugerah Tandas Terbaik JK Pelaksana Menerima pengiktirafan dan ditanda aras sama ada di peringkat jabatan, daerah, negeri, kebangsan dan antarabangsa. JK Promosi Menyebar dan memaklumkan mengenai program pengiktirafan kepada semua kakitangan i. Hebahan secara media cetak - Buletin ii. Hebahan secara media elektronik - groupwatsap, e-mel JK Pelaksana Melaksanakan inovasi yang boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja anggota. JK Zon Pelaksana Melaksanakan program kreativiti dan inovasi Contoh: Kreativiti mengguna bahan terpakai. JK Zon Pelaksana Cadangan program penjimatan tenaga secara menyeluruh seperti contoh berikut :- i. Notis / Arahan penjimatan tenaga ii. Penggunaan lampu/peralatan elektrik save energy iii. Penetapan suhu optimum iv. Penjimatan kertas v. Penjimatan Air vi. Kempen Hijau dan kitar semula Menyediakan analisis penjimatan 8.1.2 Komponen B a. Ruang tempat kerja/ pejabat i. Lantai ● Pastikan lantai selamat dan tidak licin, tiada kekotoran atau sampah. ● Program pemantauan bagi memastikan jadual pembersihan dipatuhi ● Inisiatif/Tindakan proaktif pembaikan sekiranya berlaku kerosakan direncanakan dengan segera, jika ada. 30 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Gambar 11 : Permukaan Lantai yang Bersih ii. Dinding/ Siling ● Dinding dan siling bersih daripada kekotoran dan dalam keadaan baik. ● Menyediakan hiasan yang bersesuaian dan selaras dengan imej korporat. Gambar 12: Dinding dan Siling yang bersih iii. Lampu/ Soket ● Memastikan semua lampu bersih, berfungsi dan dalam keadaan baik. ● Memastikan soket elektrik berfungsi dan dalam keadaan baik. Gambar 13 : Soket Elektrik yang Berfungsi 31 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

b. Keperluan Umum i. Susun Atur Peralatan Pejabat ● Semua perabut dan peralatan pejabat tersusun kemas dan berkeadaan baik serta selamat digunakan. ● Digalakkan susunan dalam keadaan seragam (mobile pedestal), melahirkan suasana kondusif dan berimej korporat. ● Teknik susunan peralatan boleh memendekkan masa proses sesuatu kerja. Contoh kabinet diletak berhampiran ruang kerja staf. ● Memastikan peralatan kerja di ruang kerja/ kubikel dalam keadaan teratur dan kemas seperti komputer, Tray Keluar/ Masuk (sekiranya ada), fail, perhiasan tidak keterlaluan dan kedudukan laci. c. Keadaan Peralatan ● Alat tulis disusun dengan kemas di dalam laci/bekas atas meja. ● Peralatan pejabat sentiasa berkeadaan baik, bersih dan sentiasa boleh digunakan dengan selamat. ● Memastikan tanda/label bersesuaian bagi barang yang disimpan dalam ruang tertentu/laci. Tatacara penggunaan peralatan dipamerkan dengan jelas dan ringkas. ● Arahan/Notis bagi memastikan peralatan disusun kemas dan dipamerkan di tempat bersesuaian. ● Cap hendaklah dilekatkan bilangan (jika lebih dari satu) dan indeks cap disediakan selaras dengan bilangan berhampiran dengan cap. Gambar 14: Cap yang Dilekat dengan Nombor serta Senarai Indeks d. Pelabelan dan Papan Tanda/ Tanda Arah ● Tanda peringatan yang sesuai diletakkan pada peralatan yang berisiko seperti AWAS pada plug yang terdedah dan SILA PADAM LAMPU SELEPAS DIGUNAKAN pada plug lampu yang terbabit ● Tanda nama, gambar dan jawatan pegawai yang diletakkan pada setiap kubikel/ bilik staf perlu seragam. ● Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai. 32 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

e. Perhiasan ● Mudah dan jimat untuk diselenggara. ● Mengekalkan imej korporat. ● Kurangkan penggunaan pokok hiasan. ● Hiasan hendaklah sentiasa berkeadaan baik dan tidak berdebu. ● Susunan hiasan hendaklah sentiasa kemas, tersusun dan menyenangkan pergerakan. f. Keperluan Umum ● Menyediakan dan memaparkan pelan lantai di bilik/ruang guna sama yang mudah dilihat. ● Menyediakan dan memaparkan pelan lampu di bilik/ruang guna sama yang mudah dilihat (sekiranya melebihi dua suis). ● Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) di dalam semua bilik/ruang. ● Melantik Pegawai Bertanggungjawab atau Person-in-Charge (PiC) bagi setiap ruang/bilik guna sama berserta nombor telefon untuk dihubungi. ● Menyediakan dan memaparkan etika/ tata cara penggunaan bilik guna sama dengan jelas. ● Merencanakan inisiatif/ tindakan proaktif pembaikan sekiranya berlaku kerosakan dengan segera (jika ada) Gambar 15: Pelan Lantai dan Borang KEW PA 7 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 33

g. Ruang Kerja i. Meja Kerja Warga/ Kubikel Kerja Bilik Pegawai RUANG KERJA PERIBADI KAKITANGAN Bilik Pensyarah/ Staf Kubikel Pensyarah/ staf label suis ditampal berhampiran suis Dibenarkan perhiasan individu atas meja (maksimum 2 item) Label setiap rak pada kabinet kayu yang mudah Jaket dan tali leher yang tidak dipakai digantung dengan dilihat (BAHAN RUJUKAN, FAIL) kemas pada Stool hanger Dibenarkan satu sudut untuk koleksi peribadi yang Satu kerusi kakitangan dan maksimum 2 kerusi tetamu sesuai untuk suasana tempat kerja (maksimum 5 item) Satu kerusi bagi setiap kakitangan dan maksimum 2 Fail yang disusun atas meja sisi – maksimum 15 fail kerusi bagi tetamu disusun mengikut nombor Bilik yang mempunyai sudut rehat Satu bakul sampah bagi seorang kakitangan dan – dilabel dengan RUANG REHAT diletakkan secara seragam /atau RUANG TETAMU serta sentiasa memastikan sofa berada dalam keadaan kemas dan bersih Satu bakul sampah bagi seorang kakitangan dan Dibenarkan Papan Carta – maksimum 1 dan maklumat diletakkan di luar bilik serta secara seragam ditampal dengan kemas di dinding kubikel Dibenarkan Papan Carta – maksimum 1 bagi Dibenarkan perhiasan individu atas almari kayu / besi seorang kakitangan dan maklumat ditampal dengan (maksimum 3 item) kemas di dinding bilik Dibenarkan cermin muka - digantung di dinding bilik Dibenarkan cermin muka - digantung di dinding kubikal / diletakkan di atas meja kerja Tanda nama kakitangan dan Jam pergerakan kakitangan ditampal di daun pintu bilik atau pada kubikal atau di papan maklumat blok masing-masing Bunting Ingatan Amalan EKSA ditampal dalam bilik pejabat atau kubikal dan seragam seluruh IAB Cawangan Sabah Label di pintu kabinet bagi kabinet kayu yang bertutup dan kabinet besi Tray surat berlabel (In, Out, KIV) jika ada Set komputer – kabel CPU, monitor dan pencetak diikat Telefon diletak di atas meja kerja dan mudah dicapai serta label nombor telefon tersebut ditampal padanya Dibenarkan Satu bekas alat tulis / Cap Parkir ikut kesesuaian (berbincang dengan PiC – Seragam dan kesesuaian) Kasut / selipar berparkir (maksimum 2 pasang) Dibenarkan meletak cermin alas meja dan hanya meletak kalendar kerja tahunan sahaja di bawahnya Jaket dan tali leher yang tidak dipakai digantung dengan kemas pada Stool hanger (Maksimum 3 tali leher sahaja yang dibenarkan dan selebihnya disusun di ruang peribadi yang tertutup) 34 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Gambar 16: Ruang Kubikel staf Gambar 17: Tanda Nama Kakitangan dan Contoh Pergerakan Kakitangan Di Kubikel ii. Stor Peralatan Pejabat ● Memastikan stor memenuhi kriteria yang berikut: ● Bersih; ● Tidak berdebu; ● Susunan kemas dan teratur ● Menyediakan sistem rekod inventori yang jelas dan teratur bagi memudahkan capaian barangan dengan cepat dan pantas. ● Menyediakan label pada setiap ruang letak barang/ bahan. ● Menyediakan etika penggunaan dan peraturan pengambilan barangan dari stor untuk dipatuhi warga kerja. ● Menyediakan kad inventori stok dengan maklumat yang sentiasa dikemas kini. ● Memastikan tiada bahan/peralatan yang tidak diperlukan turut disimpan di dalam stor. ● Menyediakan penanda aras minimum barang dalam stor. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 35

Gambar 18 Susun rak di stor iii. Bilik Fail ● Memastikan bilik fail memenuhi kriteria yang bersih, tidak berdebu, tersusun dan kemas ● Pelan Susun Atur / Pelan Lantai Bilik fail perlu disediakan dan dipamerkan di ruang yang strategik. ● Ruang / Bilik Fail berada dalam keadaan bersih, tidak berdebu tersusun dan kemas. ● Kabinet fail perlu dilabelkan dengan jenis dokumen dan meletakkan indeks. ● Satu sistem kawalan dan pergerakan fail perlu diwujudkan bagi tujuan pengesanan fail yang sedang digunakan atau fail aktif / tidak aktif /fail yang perlu ditutup. ● Kakitangan dilarang makan, minum dan merokok di dalam bilik fail. ● Tangga, troli dan kerusi hendaklah dalam bilik fail diletakkan di tempat yang selamat. ● Etika dan peraturan penggunaan bilik fail dipaparkan dengan jelas dan mudah difahami. ● Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik fail (Nama pegawai dan nombor untuk dihubungi). iv. Susun atur fail: ● Senarai Indeks dan nombor fail disediakan ● Setiap fail dan dokumen lengkap berlabel dengan jelas dan mudah dilihat. ● Fail disusun dengan teratur, sistematik, mudah diperoleh / disimpan dengan teknik susunan yang berkesan bagi memudahkan carian /capaian dalam tempoh 30 saat (Contoh: 30 saat untuk setiap fail). ● Fail di dalam kabinet perlu disusun secara menegak dengan tetulangnya menghala ke atas dan nomborrujukan menghala ke hadapan dan disusun dengan kemas dan teratur mengikut turutan nombor siri fail. ● Fail perlu disusun semula ke tempat asal selepas digunakan sebelum tamat waktu bekerja ● Fail-fail terperingkat yang digunakan perlu disimpan di dalam kabinet besi berpalang. Indeks bagi fail-fail terperingkat tidak perlu dilekatkan di luar ● kabinet. 36 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Gambar 19 : Penyimpanan Fail Putih ● Cara menyimpan fail putih: a. Label dan bernombor di tepi fail. b. Disusun berdiri dalam magazine / file holder mengikut nombor indeks fail. c. Indeks ditampa.l d. Warna label fail adalah seragam. e. Label bilangan file Holder sekiranya lebih daripada satu atau disusun mengikut abjad bagi yang berkaitan sahaja. ● Format pelabelan fail:- a. Tetulang fail mengandungi: - No fail (mengikut siri). - Logo IAB. - Tajuk fail. - Nama Jabatan dan nama IAB Cawangan Sabah, KPM - (fail sendiri di tempat pensyarah). - No Rujukan Fail (sekiranya berkaitan). - WARNA diseragamkan (Putih) kecuali fail kewangan Unit Kewangan. ● Muka depan fail mengandungi: a. Logo Jata Negara dan IAB. b. Nama Jabatan dan nama IAB Cawangan Sabah, KPM. (fail sendiri di tempat pensyarah). c. Tajuk fail. d. No Rujukan Fail (Sekiranya berkaitan). v. Sudut/ Bilik Cetak/ Dokumentasi ● Semua aspek asas bagi sudut/ bilik guna sama dilengkapkan (PIC, Etika dan tatacara penggunaan peralatan dan label). ● Memastikan sudut/bilik cetak/ dokumentasi bersih, tidak berdebu, tersusun, kemas dan selamat. ● Memastikan peralatan, kabinet dan rak berada dalam keadaan teratur, baik dan kemas. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 37

Gambar 20 : Mesin Pencetak dan Kitar Semula h. Bilik Pelayan (Server) ● Ruang kerja terperingkat ini merangkumi Bilik Server dan Kawasan Kerja Larangan. ● Bilik ini perlu sentiasa kemas, tersusun, bersih, tidak berdebu dan selesa. ● Sistem pengurusan ruang kerja terperingkat perlu diamalkan dengan memenuhi ciri-ciri keselamatan pengguna (tatacara yang ditetapkan dalam peraturan keselamatan). ● Pegawai yang bertanggungjawab perlu dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik. Nama pegawai dan nombor untuk dihubungi hendaklah dipamerkan pada pintu masuk bilik berkenaan. 8.1.3 Komponen C a. Tempat Umum i. Lobi Utama/ Ruang Hadapan ● Memastikan persekitaran lobi utama/ruang hadapan sentiasa bersih, kemas, ceria dan selaras dengan imej korporat. ● Mempamerkan maklumat korporat berkaitan agensi yang terkini seperti contoh yang berikut: - Visi; - Misi; - Maklumat Pengurusan Atasan; - Motto dan - Piagam Pelanggan ● Menyediakan perkara seperti yang berikut di lobi utama: - Buku kedatangan pelawat - Direktori pegawai - Sudut informasi untuk pelanggan - Perhiasan yang bersesuaian dengan imej korporat 38 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

ii. Kaunter Utama ● Persekitaran kaunter hendaklah sentiasa bersih dan disusun supaya kelihatan kemas. ● Kaunter utama mempunyai Sistem Maklum Balas Pelanggan, Direktori Pelanggan, Borang / Brosur berkaitan dan Bahan Bacaan untuk pelanggan. ● Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai. ● Peralatan pejabat dan kemudahan yang disediakan perlu sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat. ● Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini (Contoh: Carta Organisasi, Piagam Pelanggan, pemberitahuan atau arahan yang perlu disampaikan kepada pelanggan). ● Sekiranya perkhidmatan kaunter melibatkan borang-borang yang berkaitan, ianya perlulah disusun dengan teratur dan dilabelkan. ● Sofa atau kerusi perlu disediakan di ruang menunggu untuk pelanggan. ● Perkhidmatan yang diberi mempamerkan Konsep Mesra Pelanggan ● Menyediakan buku daftar pelawat di setiap kaunter dan memastikan pelawat mendaftar sebelum berurusan iii. Ruang Menunggu ● Menyedia dan memastikan sofa dan bahan bacaan dalam keadaan baik, bersih, teratur dan ceria selaras dengan imej korporat. ● Memastikan semua peralatan dan hiasan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. ● Menyediakan tong sampah yang sesuai dan mencukupi. Gambar 20 : Ruang Menunggu iv. Laluan Koridor ● Memastikan susunan peralatan atau hiasan sepanjang laluan kemas, bersih dan teratur. ● Memastikan tiada halangan di semua laluan dan pintu kecemasan. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 39

Gambar 21 : Laluan Koridor v. Bilik Mesyuarat ● Memastikan semua peralatan seperti kerusi, meja, mikrofon, skrin komputer, projektor berada dalam keadaan baik. ● Memastikan persekitaran bilik mesyuarat bersih, kemas dan selamat. ● Etika, Pegawai Bertanggungjawab, Pelan Lantai Bilik dan suis dipaparkan dengan jelas. vi. Pusat Sumber ● Tunjuk arah ke pusat sumber. ● Memastikan ruang Pusat Sumber bersih, kemas dan teratur. ● Menyediakan sistem susunan/capaian/ label bahan bacaan yang memudahkan pelanggan. ● Menyediakan sistem rekod kawalan untuk memudahkan pemantauan bahan bacaan. ● Etika, Pegawai Bertanggungjawab, pelan lantai bilik dan suis, KEW PA7, dipaparkan dengan jelas. vii. Pantri ● Memastikan peralatan berada dalam keadaan baik, kemas dan mudah diambil. ● Memastikan pantri bersih, tidak berdebu dan dalam keadaan terurus. viii. Tandas ● Memastikan persekitaran tandas bersih dan kering. ● Memastikan bau tandas menyenangkan. ● Memastikan peralatan tandas berfungsi dengan baik. ● Memastikan pengudaraan tandas baik. ● Memaparkan pemakluman seperti jadual tugas, etika dan peraturan penggunaan tandas ● Menyediakan peralatan tambahan seperti berikut: a. Cecair pencuci tangan b. Tisu c. Bakul sampah/Tong sanitari d. Cermin muka e. Bahan pewangi 40 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

8.1.4 Komponen D a. Keselamatan Persekitaran i. Pelan Tindakan Kecemasan ● Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan yang mengandungi: - Arahan Keselamatan. - Latihan pengungsian bangunan, iaitu Latihan Kebakaran (fire-drill). - Tanda Amaran. - Pelan laluan kecemasan dan tempat berkumpul (Assembly Point). - Tanda arah laluan kecemasan. ● Menyediakan lampu kecemasan yang mudah dilihat, berfungsi dengan baik dan tiada halangan. Gambar 21 : Pelan dan Lokasi Keselamatan BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 41

ii. Pendawaian ● Memastikan pendawaian elektrik/ telefon/ kabel komputer/mesin/peralatan dalam keadaan kemas, teratur, selamat dan mesra pengguna. ● Memastikan plag dilabelkan mengikut kesesuaian peralatan eletrik yang digunakan. iii. Peralatan Pencegahan Kebakaran ● Memastikan alat pemadam api menepati kriteria yang berikut: - Penyelengaraan secara berkala. - Mempunyai tata cara Penggunaan. - Berkeadaan bersih - Diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai ● Memastikan gelung hos pemadam api disediakan dan boleh digunakan. Gambar 22 : Alat Pemadam Api dan Tatacara Penggunaan iv. Laluan Kecemasan ● Memastikan pintu rintangan api sentiasa ditutup. ● Memaparkan tanda arah KELUAR dengan jelas. ● Memastikan tiada halangan di laluan/tangga/pintu kecemasan. 42 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

v. Kunci ● Memastikan anak kunci dilabelkan/ditandai dan memenuhi tatacara keselamatan. ● Memastikan anak kunci disimpan di dalam ruang penyimpanan yang selamat. ● Memastikan senarai anak kunci disimpan dengan selamat oleh pegawai bertanggungjawab. ● Menyediakan buku log peminjaman kunci dan dikemas kini. 8.1.5 Komponen E1 (Bangunan dan Kawasan Sendiri) a. Kawasan Persekitaran Pejabat ● Menyediakan tempat meletak kenderaan yang sesuai untuk pekerja, pelawat dan OKU. ● Menyediakan tanda/garisan yang jelas di antara lot-lot tempat letak kenderaan yang disediakan. ● Menyediakan tunjuk arah laluan pelawat yang jelas. ● Memastikan kawasan persekitaran dalam keadaan baik dan bersih. ● Memastikan lampu jalan berfungsi dan dalam keadaan baik. ● Memastikan jalan tidak berlubang dan dalam keadaan baik. ● Menyediakan sistem kawalan laluan yang berkesan. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 43

● Memastikan tanaman/ pokok dijaga rapi dan tiada pokok rosak / mati di sekitar kawasan. ● Memastikan kawasan berumput bersih dan rumput tidak dibiarkan panjang. ● Menyediakan tong/ bakul sampah yang bersesuaian dan mencukupi. ● Memastikan kawasan/ tong pengumpulan sampah bersih, tidak berbau dan diuruskan dengan baik. ● Memastikan pondok pengawal dalam keadaan baik dan bersih. 8.2 KOMPONEN KHUSUS 8.2.1 Bilik Kuliah ● Memastikan persekitaran bilik bersih, kemas dan selamat. ● Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. ● Memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keadaan baik dan terkini. ● Slot in nama kursus dipamerkan dengan tepat dan jelas 44 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

8.2.2 Dewan Tertutup ● Tanda arah ke dewan dipapar dengan jelas. ● Dipaparkan nama dewan, PIC, Etika, KEW PA7, pelan lantai dewan dan label suis. ● Memastikan persekitaran bilik bersih, kemas dan selamat. ● Peralatan dapat berfungsi dan dalam keadaan baik. ● Log pembersihan disediakan. ● Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. ● Memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keadaan baik dan terkini. ● Perhiasan berimej korporat ● Tanda arah KELUAR kecemasan berfungsi 8.2.3 Dewan Terbuka ● Tanda arah ke dewan terbuka. ● Memastikan persekitaran bilik bersih, kemas dan selamat. ● Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. ● Memastikan susunan peralatan kemas. ● Disediakan tempat menyusun peralatan makan/ minum dan tong sampah untuk pengguna. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 45

PENGHARGAAN 46 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

PENUTUP Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan agar ia dapat membantu warga IABCSBH, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan latihan yang berkualiti melalui amalan EKSA dan mengamalkannya secara berterusan sehingga menjadi suatu budaya yang cemerlang. BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 47

RUJUKAN 48 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

LAMPIRAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 49

50 BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook