Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 5.2 Hibah Bersyarat

5.2 Hibah Bersyarat

Published by Ahmad Termizi Abdullah, 2023-01-13 07:47:16

Description: 5.2 Hibah Bersyarat

Search

Read the Text Version

Hibah Bersyarat Ahmad Termizi Abdullah [email protected]

Kategori Hibah Bersyarat Hibah Bersyarat Bersyarat Bersyarat Balasan Umur ‘Umra Ruqba

Hibah Bersyarat Balasan

Hibah ‘Umra  Pemberian yang diberikan secara sementara berdasarkan tempoh umur, berlangsung selama tempoh hidup penerima hibah, atau selama tempoh hidup pemberi hibah.  Selepas kematian berlaku, harta hibah dipulangkan kembali kepada pemberi hibah atau waris pemberi hibah.  Hakikatnya, peminjaman manfaat untuk jangka masa tertentu.



Hibah Ruqba  Pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah.  Contoh: “Aku berikan kamu rumah ini. Maka, sekiranya kamu mati sebelumku, ia kembali kepadaku, namun jika aku mati sebelum kamu, maka ia kekal menjadi milikmu.”



Hukum Hibah Ruqba

Undang-undang di Malaysia  Jadual 9 Senarai Kedua “Senarai Negeri” Perlembagaan Persekutuan  Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah negeri-negeri (selalunya berkaitan pengesahan lafaz hibah, tarik balik hibah, dsb.)  Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (hibah takaful)  Lacuna: hibah amanah, hibah hartanah dalam gadaian.

Amalan Hibah Ruqba  Hibah hak manfaat takaful berdasarkan Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.  Akaun bersama di institusi kewangan bagi syarat pengeluaran berdasarkan izin salah seorang pemegangn akaun sahaja berdasarkan klausa kelangsungan (survivorship).  Hibah amanah yang diamalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi produk seperti ASB, dan ASN berdasarkan dokumentasi hibah amanah, perlantikan pemegang amanah gantian & surat kuasa wakil.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013  Jadual 10 APKI 2013 membenarkan: 1. Melantik penama sebagai wasi. [s 2 p 4(ii)] 2. Melantik benefisiari di bawah hibah bersyarat. [s 2 p 4(i)] 3. Menyerah hak manfaat kepada pemegang serah hak di bawah penyerahan hak mutlak. [s 7 p 1]

Klausa ‘survivorship’ Dalam Akaun Bersama  Latifah bte Mat Zin lwn Rosmawati bte Sharibun & 1 Lagi [2006] 4 MLH 705 – Klausa kemandirian membolehkan bank membayar wang dalam akaun bersama kepada orang yang masih hidup.  Jariah binti Yahya & 3 Lagi lwn Nor Hasiah binti Harun (2010) 31 JH81 – wang simpanan merupakan harta hibah. Pemilikan penuh dan kesempurnaan harta hibah telah berlaku kerana fakta menunjukkan bahawa responden boleh menguruskan, dan mengeluarkan wang semasa hayat, dan selepas kematian si mati.

Hibah Amanah ASN/B Hibah Amanah Akad Hibah (harta hibah kembali Surat Ikatan Amanah antara kepada pemberi sekiranya penerima Penerima Hibah, Pemberi Hibah, dan meninggal terlebih dahulu) Syarikat Harta milik Penerima Hibah Harta dijaga oleh Pemegang Amanah Utama (Pemberi Hibah) Surat Kuasa Wakil Antara Pemegang Amanah Utama kepada Pemegang Amanah Gantian

Isu Pemilikan Rumah Bersama https://youtu.be/A7-2HkaHkaM

Undang-undang di Singapura  Fatwa: “Sekiranya terdapat aqad perjanjian lain bagi pembelian rumah tersebut (joint-tenant), sama ada aqad hibah ruqba ataupun nuzriah, yang menyatakan dengan jelas bahawa rumah tersebut diberikan sepenuhnya kepada pemilik bersama yang masih hidup, sekiranya berlaku kematian kepada pemilik bersama yang satu lagi, maka rumah tersebut menjadi milik penuh pemilik bersama yang masih hidup.”  Penamaan benefisiari dalam CPF.

Dokumentasi Hibah Ruqba

Dokumentasi Secara Tersirat  1. Dokumen Pengisytiharan Hibah dibuat secara mutlak, cuma tiada disusuli dengan dokumen pindahmilik. Perintah pengesahan hibah akan dipohon oleh penerima hibah selepas pemberi hibah meninggal dunia.  2. Surat Akuan Sumpah oleh Penerima Hibah mengakui bahawa hibah yang diterima adalah hibah bersyarat ruqba. Ini menjadi bukti bahawa harta hibah dikembalikan kepada pemberi hibah jika penerima hibah meninggal lebih awal sebelum pemberi hibah.

Dokumentasi Secara Jelas  Pemberi hibah dan penerima hibah membuat akad ijab kabul secara telus dalam Surat Pengisytiharan Hibah yang dinyatakan secara jelas bahawa hibah yang berlaku adalah hibah bersyarat ruqba.

Keputusan Hakim Syarie  Rafizah Binti Ab Karim lwn Kamar Bin Ab Karim & 4 Defendan Yang Lain. Penerima hibah memohon perintah pengesahan hibah selepas kematian pemberi hibah. Diputuskan bahawa hibah ruqba adalah sah.  Salmah Binti Osman lwn CIMB Islamic Trustee. Pemberi hibah memohon supaya harta hibah dikembalikan kepadanya selepas penerima meninggal. Diputuskan bahawa syarat ruqba adalah terbatal. Walau bagaimanapun pemberi hibah menerima kembali harta hibah sebagai penerima wasiat pada kadar 1/3 bahagian.

Keputusan Hakim Syarie  Mohd Akbar Bin Shafawi lwn. Fara Soraya Binti Tarmizi dan Khafil Rusyaidi Bin Kamarul Rasydan. Diputuskan bahawa hibah ruqba manfaat takaful disahkan oleh Mahkamah berpandukan kepada mesyuarat ke-34 Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM).


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook