#dudukrumah #pkp3 RINGKASAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA Disusun oleh : Mohamad Akmal Mohamad Pengasas Akademi Celik Pusaka Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 1
Harga : RM 7* CIMB ISLAMIC (CP MARKETING) 8603 4916 56 *Sekiranya tulisan ini tidak memberi sebarang manfaat, anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran seperti di dalam akaun yang tertera. Ianya PERCUMA Fb : Mohamad Akmal Mohamad (010-2270015) [email protected] Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 2
Edisi pertama, April 2020, PKP, #dudukrumah RINGKASAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA Mohamad Akmal Bin Mohamad © Mohamad Akmal Mohamad Setiap kandungan yang ditulis oleh penulis dibenarkan untuk disebarkan kepada semua lapisan masyarakat sama ada berbentuk ebook atau cetakan. Sekiranya penulisan ini tidak membawa sebarang manfaat kepada pembaca maka penulisan ini hanyalah percuma dan sekiranya penulisan ini membawa bermanfaat kepada pembaca maka harga buku ini hanyalah RM 7 sahaja. CP MARKETING 8603 49 1656 ( CIMB Islamik ) Muka taip teks : Century Gothic Saiz taip Teks : 9 – 11 Diterbitkan Oleh : FB : Mohamad Akmal Mohamad Diuruskan Oleh : Mohamad Akmal Mohamad [email protected] 010-2270015 Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 3
MUKADIMAH Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam, salam dan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabiian, serta umat Islam yang sentiasa mendaulatkan agama Isalam. E-book Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka ini bukanlah ditulis sebagai rujukan ilmiah tetapi hanya penulisan ringkas untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan ilmu pewarisan . Sekianya ada di kalangan pembaca yang ingin penjelasan lebih mendapat berkaitan sesuatu hal yang ditulis di dalam e-book ini eloknya sekiranya pembaca merujuk kepada asatizah yang mahir tentang ilmu pewarisan dan kitab-kitab yang lebih praktikal ilmiahnya. Penulis berharap segala kesalahan dapat dimaklumkan di email [email protected] atau di talian / wasap 010-2270015. Segala kekurangan adalah daripada saya sendiri dan apa yang baik hanyalah daripada Allah Yang Maha Kuasa. Allahua’lam Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 4
RINGKASAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA Makna Ilmu Faraid Bahasa : Ditetapkan, diwajibkan, ditakdirkan, diberikan Istilah : Ilmu untuk mengetahui pembahagian harta pusaka si mati bermula hak ke atas si mati diikuti pemberian kepada waris-waris yang layak berdasarkan formula Matematik yang telah ditentukan. Hukum Mempelajari Ilmu Faraid Wajib : Pelaksanaan ke atas harta yang ditinggalkan si mati Fardhu Kifayah : Sekiranya ada di satu-satu kawasan yang mengetahui tentang ilmu Faraid maka gugurlah kewajipan ke atas tiap-tiap diri individu mempelajari ilmu ini. Kepentingan Ilmu Faraid 1. Mendahulukan hak-hak ke atas si mati 2. Mengenal waris berhak 3. Mengetahui bahagian waris yang berhak 4. Mengira waris-waris berhak mengikut formula yang ditetapkan Sejarah Penurunan Ilmu Faraid 1. Peringkat pertama : Pembahagian Jahiliyyah iaitu sumpah, pertolongan, anak angkat 2. Peringkat kedua : Pembahagian secara persaudaraan di antara Muhajirin dan Ansar 3. Peringkat ketiga : Wasiat kepada waris seperti wasiat kepada ibu, bapa, anak-anak, kaum kerabat 4. Peringkat keempat : Faraid Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 5
Hikmah Ilmu Faraid 1. Melahirkan hamba Allah yang taat kepada perintahNya 2. Menyedarkan manusia mereka adalah sebagai peminjam harta 3. Menjauhi manusia dari sikap lalai menguruskan harta dan sentiasa menyuburkan harta melalui berzakat, sedekah, infaq, wakaf, hibah, wasiat. 4. Mengeratkan hubungan silaturrahim 5. Membawa manusia ke kesedaran kerana harta yang diterimanya mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul 6. Mengembangkan harta dan merancakkan ekonomi ke atas umat Islam secara halal dan berstrategi 7. Membela orang yang lemah, wanita, dan anak kecil 8. Medan dakwah kepada orang yang belum Islam ( kafir ) 9. Menjaga nasab keturunan yang mulia 10. Mengetahui keutamaan hak ke atas harta yang ditinggalkan Sumber Hukum Ilmu Faraid 1. Al-Quran 2. Hadith 3. Ijmak Rukun Faraid 1. Harta yang ditinggalkan si mati ( ) الموروث 2. Pemilik harta / si mati ( ) المورث 3. Waris / penerima harta ( ) الوارث Maksud Harta Pusaka 1. Apa-apa sahaja yang ditinggalkan oleh si mati semasa hayatnya dan berkekalan milik si mati sehingga kematiannya 2. Sesuatu yang ada harga walaupun kecil nilainya Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 6
3. Milik sempurna si mati 4. Harta yang halal dari sudut syarak Hak-Hak Ke Atas Harta Pusaka Sebelum Diagihkan Kepada Waris 1. Kos urusan jenazah si mati 2. Hutang-piutang si mati 3. Wasiat si mati ( tidak melebihi 1/3 harta pusaka ) Sebab Pewarisan 1. Pernikahan ( ) النكاح 2. Pertalian darah / keturunan ( ) النساب 3. Wala’ ( ) الولاء 4. Agama Islam / Baitulmal Syarat-Syarat Pewarisan 1. Pemilik harta meninggal dunia ( hakiki / hukmi / taqdiri ) 2. Waris / penerima harta pusaka masih hidup 3. Kedudukan yang jelas di antara pemilik harta ( si mati ) dan waris ( penerima harta pusaka ) 4. Tiada perkara yang menegah untuk mendapatkan harta pusaka Halangan Mendapat Pewarisan 1. Halangan dengan kejadian ( ) الحجب الوصفى: Pembunuhan, berlainan agama, murtad, hamba 2. Halangan dengan waris ( ) الحجب الشخصى: terbahagi kepada dua bahagian a) Halangan separa ( ) النقصان b) Halangan penuh ( ) الحرمان Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 7
Kategori Waris-Waris 1. Waris mengikut jantina : Lelaki dan perempuan 2. Waris mengikut sebab pewarisan : a) Pernikahan yang terdiri dari suami dan isteri b) Nasab yang terdiri dari waris ke atas ( ) الأصولseperti ibu, bapa, datuk ,nenek, waris ke bawah ( ) الفروعseperti anak, cucu, cicit, waris sisian ( ) الحواشىseperti waris saudara mara ( ) الإخوةdan waris pakcik ( ) الأعمام c) Penghambaan ( ) الولاء d) Agama Islam seperti baitulmal 3. Waris mengikut kumpulan : Waris utama, waris gantian, dan waris sisian 4. Waris mengikut kiraan formula matematik Faraid : Waris fardhu, waris asobah, waris zawil arham, waris radd ( tidak memakai waris radd di Malaysia ) Waris-Waris Yang Layak Mendapat Harta Pusaka 1. Isteri 2. Suami 3. Ibu 4. Bapa 5. Anak perempuan 6. Anak lelaki 7. Cucu perempuan 8. Cucu lelaki 9. Datuk sebelah bapa 10. Nenek sebelah ibu (NSI) 11. Nenek sebelah bapa (NSB) 12. Saudara perempuan seibu sebapa (SPIB) 13. Saudara lelaki seibu sebapa (SLIB) 14. Saudara perempuan sebapa (SPB) 15. Saudara lelaki sebapa (SPB) Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 8
16. Saudara perempuan seibu 17. Saudara lelaki seibu 18. Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa (ASLIB) 19. Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki sebapa (ASLB) 20. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (BSIB) 21. Bapa saudara sebelah bapa sebapa (BSB) 22. Sepupu lelaki daripada bapa saudara lelaki seibu sebapa (SLBSIB) 23. Sepupu lelaki daripada bapa saudara lelaki sebapa (SLBSB) 24. Baitulmal Pecahan Waris 1. Secara tersurat : 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3, 1/6 2. Secara tersirat : 1/3 dari baki Jenis Asobah 1. Asobah sababiah ( ) العصبة السببية 2. Asobah nasabiah ( ; ) العصبية النسبيةTerbahagi kepada tiga a) Asobah binnafsi ( ) العصبة بالنفس b) Asobah bil ghairi ( ) العصبة بالغير c) Asobah maal ghairi ( ) العصبة مع الغير Takharuj ( ) التخارج- Keluar Dari Mendapat Bahagian Bermaksud waris-waris yang mendapat bahagian faraid yang telah ditetapkan tidak mengambil bahagiannya atau pembahagian diberikan secara muafakat, atau sama-rata, atau melepaskan bahagian dengan tebus bayar, atau melepaskan bahagian tanpa tebus bayar Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 9
Syarat-Syarat Takharuj : 1. Waris-waris yang melepaskan hak bukan budak kecil yang belum baligh ( mesti mukallaf ). ( Di Malaysia, penjaga harta / walimal / pemegang amanah berperanan besar untuk mewakili waris ini yang belum berkupayaan terhadap harta seperti tanah, rumah, kereta, kad golf, telefon pintar, dsb ) 2. Berkemampuan menguruskan harta dengan baik 3. Waris-waris yang melepaskan hak faham dan maklum dengan jelas berapa bahagian yang mereka perolehi 4. Melepaskan bahagian tanpa paksaan / sukarela 5. Semua syarat ini hendaklah dilaksanakan selepas kematian pemilik harta RINGKASAN PEMBAHAGIAN SETIAP WARIS ( 1 ) ISTERI Pengenalan 1. Isteri si mati mendapat harta pusaka si mati disebabkan hubungan pernikahan 2. Isteri dalam kedudukan waris utama yang wajib mendapat bahagian harta pusaka si mati tanpa ada halangan ( halangan penuh – hirman ) dengan waris lain Waris Fardhu 1. Isteri mendapat 1/4 bahagian dari harta si mati disebabkan si mati tidak ada anak sama ada anak daripada isteri baharu, atau lama ( meninggal / bercerai ), atau isteri kedua, isteri ketiga, dan isteri keempat. 2. Isteri mendapat 1/8 bahagian dari harta si mati disebabkan si mati ada anak sama ada anak daripada isteri baharu, atau Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 10
lama (meninggal / bercerai ), atau isteri kedua, isteri ketiga, dan isteri keempat Maklumat Tambahan 1. Sekiranya si mati mempunyai lebih dari seorang isteri yang masih sah, mereka masing-masing mendapat sama banyak. Contoh 1/4 yang mereka terima perlu dibahagikan kepada 3 isteri secara sama rata iaitu masing-masing menerima 1/12 isteri pertama, 1/12 isteri kedua, dan 1/12 isteri ketiga ( 1/12 + 1/12 + 1/12 = 3/12 (dikecilkan jadi 1/4) ). 2. Isteri yang telah diceraikan talak bain tidak mendapat harta pusaka si mati. Hanya talak raji’ sahaja mendapat harta pusaka 3. Anak si mati bukan dikira anak isteri yang wujud sebelum berkahwin dengan si mati atau anak hasil selain daripada benih si mati. Contoh seorang lelaki berkahwin dengan janda beranak satu, kemudian lelaki ini meninggal sebelum mendapat seorang zuriat pun maka si mati ini dianggap tidak ada anak 4. Apabila isteri pertama tidak ada anak manakala isteri kedua ada anak hasil bersama si mati maka bahagian isteri masing- masing adalah 1/16 ( 1/8 dibahagi 2 orang isteri ) disebabkan anak ini adalah anak si mati. ( 2 ) SUAMI Pengenalan 1. Suami si mati mendapat harta pusaka si mati disebabkan hubungan pernikahan 2. Suami dalam kedudukan waris utama yang wajib mendapat bahagian harta pusaka si mati tanpa ada halangan ( halangan penuh – hirman ) dengan waris lain. Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 11
Waris Fardhu 1. Suami mendapat 1/2 bahagian dari harta si mati disebabkan si mati tidak ada anak sama ada anak daripada suami baharu atau suami lama ( bercerai / meninggal ) 2. Suami mendapat 1/4 bahagian dari harta si mati disebabkan si mati ada anak sama ada anak dari suami baharu atau suami lama ( bercerai/ meninggal ) Maklumat Tambahan 1. Suami tidak mendapat harta pusaka si mati apabila isteri dicerai secara bain 2. Anak suami tidak dikira sebagai anak si mati ( isteri ) apabila suami ini mempunyai anak hasil daripada isteri yang lain ( poligami / isteri lama ) ( 3 ) IBU Pengenalan 1. Ibu si mati mendapat harta pusaka si mati disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. Ibu dalam kedudukan waris utama yang wajib mendapat bahagian harta pusaka si mati tanpa ada halangan ( halangan penuh – hirman ) dengan waris lain. Waris Fardhu 1. Ibu mendapat 1/3 bahagian apabila si mati tidak ada anak 2. Ibu mendapat 1/3 bahagian apabila si mati tidak ada saudara ( adik-beradik si mati ) melebihi seorang sama ada hubungan seibu sebapa atau sebapa atau seibu Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 12
3. Ibu mendapat 1/6 bahagian apabila si mati ada anak lelaki atau anak perempuan atau ada cucu lelaki daripada anak lelaki atau cucu perempuan daripada anak perempuan 4. Ibu mendapat 1/3 dari baki apabila berlaku dalam dua keadaan : a) Si mati ( suami ) meninggalkan ibu, bapa, isteri ( si mati tidak ada saudara atau hanya ada seorang saudara seibu sebapa/ sebapa/ seibu ) b) Si mati ( isteri ) meninggalkan ibu, bapa, suami ( si mati tidak ada saudara atau hanya seorang saudara seibu sebapa/ sebapa/ seibu ) Maklumat Tambahan 1. Walaupun saudara ( seibu sebapa/ sebapa/ seibu ) si mati tidak mendapat bahagian, mereka perlu diketahui dan dibilang untuk mendapatkan bahagian ibu si mati. 2. Apabila ibu mendapat 1/3 dari baki maka kes ini dinamakan sebagai Umariyatain atau Umariyatan atau Gharrawiyatain 3. Ibu tetap mendapat bahagian walau si mati ( anak ) ini daripada anak zina, anak lian dan begitu juga sebaliknya ( jika ibu yang meninggal, anak ini mendapat harta pusaka ibunya ) ( 4 ) BAPA Pengenalan 1. Bapa si mati mendapat harta pusaka si mati disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. Bapa dalam kedudukan waris utama yang wajib mendapat bahagian harta pusaka si mati tanpa ada halangan ( halangan penuh – hirman ) dengan waris lain. Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 13
Waris Fardhu 1. Bapa mendapat 1/6 bahagian apabila si mati mempunyai anak sama ada anak lelaki atau anak perempuan atau keturunan si mati ( cucu lelaki / cucu perempuan daripada anak lelaki ) 2. Bapa mendapat 1/6 beserta asobah apabila si mati ada anak perempuan sahaja atau cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) atau anak perempuan bersama cucu perempuan ( daripada anak lelaki ). Waris Asobah 1. Bapa mendapat asobah binnafsi 2. Bapa mendapat 1/6 beserta asobah apabila si mati ada anak perempuan sahaja atau ada cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) sahaja atau anak perempuan bersama cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) 3. Bapa mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Maklumat Tambahan 1. Sekiranya si mati ada anak perempuan sahaja maka bapa layak mendapat bahagian fardhu dan bahagian asobah secara bersama 2. Bapa waris yang unik kerana boleh mendapat bahagian fardhu dan asobah secara serentak 3. Bapa menghijab saudara-saudara ( seibu sebapa / sebapa / seibu ) si mati dari mendapat harta pusaka 4. Bapa merupakan waris ketiga dalam carta waris asobah binnafsi setelah anak lelaki dan cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 14
( 5 ) ANAK PEREMPUAN Pengenalan 1. Anak perempuan si mati mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. Anak perempuan dalam kedudukan waris utama yang wajib mendapat bahagian harta pusaka si mati tanpa ada halangan ( halangan penuh – hirman ) dengan waris lain. Waris Fardhu 1. Anak perempuan mendapat 1/2 bahagian apabila si mati hanya ada seorang anak perempuan sahaja 2. Anak perempuan mendapat 2/3 bahagian apabila si mati ada anak perempuan melebihi seorang Waris Asobah 1. Anak perempuan mendapat asobah bil ghairi 2. Anak perempuan mendapat asobah apabila ada bersamanya anak lelaki si mati 3. Nisbah anak perempuan mendapat secara asobah adalah satu bahagian untuk dirinya dan dua bahagian untuk anak lelaki. Maklumat Tambahan 1. Apabila anak perempuan mendapat 2/3 bahagian mereka masing-masing akan membahagikan secara sama rata di antara mereka 2. Anak perempuan adalah merujuk kepada anak-anak si mati dan bukan merujuk anak pasangan si mati 3. Anak perempuan tidak menghalang daripada cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) mendapat harta pusaka Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 15
4. Dua orang anak perempuan atau lebih menghalang daripada cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) mendapat harta pusaka si mati sekiranya cucu ini tidak ada bersamanya dengan cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) 5. Anak perempuan tidak menghalang daripada saudara seibu sebapa atau sebapa si mati mendapat harta pusaka 6. Anak perempuan menghijab saudara-saudara seibu ( lelaki atau perempuan ) si mati dari mendapat harta pusaka 7. Apabila ada dua orang anak perempuan ( atau lebih ) bersamanya anak lelaki ( atau lebih ) pembahagian nisbah ( untuk asobah bill ghairi ) adalah seperti berikut ; 1/4 anak perempuan pertama, 1/4 anak perempuan kedua dan 2/4 anak anak lelaki. Kesalahan kiraan apabila 1/3 untuk semua anak- anak perempuan dan 2/3 anak lelaki. ( 6 ) ANAK LELAKI Pengenalan 1. Anak lelaki si mati mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. Anak lelaki dalam kedudukan waris utama yang wajib mendapat bahagian harta pusaka si mati tanpa ada halangan ( halangan penuh – hirman ) dengan waris lain. Waris Asobah 1. Anak lelaki mendapat asobah binnafsi 2. Anak lelaki ( atau anak-anak lelaki ) mendapat asobah apabila si mati tidak ada anak perempuan 3. Anak lelaki mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 16
Maklumat Tambahan 1. Anak lelaki akan membahagikan secara sama rata di antara mereka apabila lebih dari seorang 2. Anak lelaki menghijab cucu ( lelaki / perempuan ) dari mendapat harta pusaka 3. Anak lelaki menghijab semua waris kecuali ibu, bapa, pasangan ( suami / isteri ), anak perempuan, nenek dan datuk ( sebelah bapa ) 4. Anak lelaki mendapat dua bahagian disebabkan menjadi taksib ( penyebab asobah ) kepada anak perempuan si mati ( 7 ) CUCU PEREMPUAN Pengenalan 1. Cucu perempuan yang dimaksudkan di dalam ilmu pewarisan adalah dari keturunan anak lelaki si mati 2. Cucu perempuan si mati mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 3. Cucu perempuan merupakan waris gantian daripada anak lelaki si mati Waris Fardhu 1. Cucu perempuan mendapat 1/2 bahagian apabila si mati hanya ada seorang cucu perempuan sahaja 2. Cucu perempuan mendapat 2/3 bahagian apabila si mati ada cucu perempuan melebihi seorang 3. Cucu perempuan mendapat 1/6 bahagian apabila si mati ada seorang anak perempuan bagi menyempurnakan 2/3 bahagian ( 1/2 seorang anak perempuan + 1/6 cucu perempuan = 2/3 ) Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 17
Waris Asobah 1. Cucu perempuan adalah waris asobah bil ghairi 2. Cucu perempuan mendapat asobah apabila ada bersamanya cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) si mati 3. Nisbah cucu perempuan mendapat secara asobah adalah satu bahagian untuknya dan dua bahagian untuk cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) Waris Yang Terhijab 1. Cucu perempuan tidak mendapat bahagian apabila si mati mempunyai anak lelaki 2. Cucu perempuan tidak mendapat bahagian apabila si mati mempunyai anak perempuan melebihi seorang 3. Cucu perempuan tidak mendapat asobah bil ghairi apabila tidak ada bersamanya cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) Maklumat Tambahan 1. Cucu perempuan akan membahagikan secara sama rata di antara mereka apabila mendapat bahagian 2/3 2. Cucu perempuan tidak terhalang dari mendapat harta pusaka dengan dua orang anak perempuan sekiranya ada bersamanya cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) 3. Cucu perempuan boleh menjadi asobah sekiranya ada cicit lelaki daripada cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 18
( 8 ) CUCU LELAKI Pengenalan 1. Cucu lelaki yang dimaksudkan di dalam ilmu pewarisan adalah dari keturunan anak lelaki si mati 2. Cucu lelaki si mati mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 3. Cucu lelaki merupakan waris gantian daripada anak lelaki si mati Waris Asobah 1. Cucu lelaki mendapat bahagian asobah binnafsi 2. Cucu lelaki mendapat asobah apabila si mati tidak ada anak lelaki ( yang masih hidup ketika si mati meninggal ) 3. Cucu lelaki mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab Cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak lelaki ( yang masih hidup ) Maklumat Tambahan 1. Cucu lelaki mendapat dua bahagian disebabkan menjadi taksib ( penyebab asobah ) kepada cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) 2. Walaupun cucu lelaki mendapat bahagian melalui asobah namun sesetengah kes tidak ada baki harta pusaka yang boleh diberikan kepadanya Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 19
( 9 ) DATUK SEBELAH BAPA Pengenalan 1. Datuk mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. Datuk yang dimaksudkan dalam pewarisan adalah dari sebelah bapa si mati 3. Datuk adalah waris gantian daripada bapa si mati 4. Datuk tidak menghijab saudara-saudara ( seibu sebapa / sebapa / seibu ) si mati seperti mana bapa si mati menghijab saudara-saudara ini Waris Fardhu Datuk mendapat 1/6 sekiranya si mati ada anak lelaki atau anak perempuan atau cucu ( daripada anak lelaki ) dan keturunan Waris Asobah 1. Datuk mendapat asobah binnafsi 2. Datuk mendapat 1/6 beserta asobah apabila si mati ada anak perempuan sahaja atau ada cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) sahaja atau anak perempuan bersama cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) 3. Datuk mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab Datuk tidak mendapat bahagian sekiranya si mati ada bapa ( yang masih hidup ) Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 20
Maklumat Tambahan 1. Datuk mendapat bahagian 1/6 dan asobah sekali serentak seperti mana kaedah yang digunakan oleh bapa si mati apabila si mati ada anak perempuan sahaja atau cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) 2. Apabila datuk bersama saudara ( seibu sebapa / sebapa / seibu ) si mati maka wujud bab pengiraan khas yang mana boleh menjadi 1/3 keseluruhan bahagian, atau 1/3 dari baki, atau 1/6 keseluruhan bahagian, atau muqosamah ( sama-rata ). Bab ini dibicarakan dalam bab Datuk Bersama Saudara 3. Kesilapan besar yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah tidak mengambil kira bahagian datuk terlebih dahulu apabila bapa si mati telah meninggal daripada si mati ( 10 ) NENEK SEBELAH IBU (NSI) Pengenalan 1. NSI mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. NSI adalah waris gantian dari ibu si mati Waris Fardhu NSI mendapat 1/6 bahagian sama ada si mati mempunyai anak atau tidak mempunyai anak atau cucu. Anak dan cucu tidak dikira dalam kiraan nenek Waris Yang Terhijab NSI tidak mendapat bahagian apabila si mati ada ibu yang masih hidup Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 21
Maklumat Tambahan 1. Bahagian 1/6 NSI akan dikongsi dengan nenek sebelah bapa apabila nenek sebelah bapa layak mendapat harta pusaka iaitu 1/12 setiap orang ( 1/6 bahagi 2 orang nenek = 1/12 ) 2. Bahagian nenek tidak dikira berdasarkan ada wujudnya anak si mati atau tidak wujudnya anak si mati ( 11 ) NENEK SEBELAH BAPA (NSB) Pengenalan 1. NSB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. NSB adalah waris gantian dari ibu si mati dan bapa si mati ( mesti ibu dan bapa si mati telah meninggal ) Waris Fardhu NSB mendapat 1/6 bahagian sama ada si mati mempunyai anak atau tidak mempunyai anak atau cucu. Anak dan cucu tidak dikira dalam kiraan nenek Waris Yang Terhijab 1. NSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa yang masih hidup 2. NSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada ibu yang masih hidup Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 22
Maklumat Tambahan 1. Bahagian 1/6 NSB akan dikongsi dengan nenek sebelah ibu apabila nenek sebelah ibu layak mendapat harta pusaka iaitu 1/12 setiap orang ( 1/6 bahagi 2 orang nenek = 1/12 ) 2. Bahagian nenek tidak dikira berdasarkan ada wujudnya anak si mati atau tidak wujudnya anak si mati ( 12 ) SAUDARA PEREMPUAN SEIBU SEBAPA (SPIB) Pengenalan 1. SPIB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. SPIB dalam istilah harian disebut adik-beradik kandung si mati 3. SPIB adalah waris sisian si mati Waris Fardhu 1. SPIB mendapat 1/2 bahagian apabila si mati hanya ada seorang SPIB ( dalam keadaan si mati tidak ada bapa, anak ( lelaki/ perempuan atau cucu lelaki/ perempuan daripada anak lelaki ) 2. SPIB mendapat 2/3 bahagian apabila si mati ada SPIB melebihi seorang ( dalam keadaan si mati tidak ada bapa, anak lelaki / perempuan atau cucu lelaki/ perempuan daripada anak lelaki ) Waris Asobah 1. SPIB mendapat asobah bil ghairi (ABG) atau asobah maal ghairi (AMG) 2. SPIB mendapat ABG apabila ada bersamanya saudara lelaki seibu sebapa ( SLIB ) 3. Nisbah SPIB mendapat secara ABG adalah satu bahagian untuknya dan dua bahagian untuk SLIB Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 23
4. SPIB mendapat AMG apabila si mati mempunyai anak perempuan bersamanya cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) Waris Yang Terhijab 1. SPIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak lelaki atau cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) 2. SPIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa yang masih hidup. Maklumat Tambahan 1. Apabila SPIB mendapat 2/3 bahagian, mereka akan membahagikan secara sama rata di antara mereka 2. Ramai tersalah anggap bahawa saudara si mati terus dikira dalam pembahagian faraid apabila tidak wujud anak lelaki si mati sedangkan kaedah perlu melihat dahulu cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) si mati 3. Datuk ( sebelah bapa ) tidak menghalang SPIB dari mendapat bahagian harta pusaka kerana wujud kiraan khas di dalam bab Datuk Besama Saudara 4. Sesetengah kes SPIB yang mendapat secara asobah, mereka kadang-kala tidak langsung memperolehi harta pusaka kerana tidak wujud baki harta pusaka ( 13 ) SAUDARA LELAKI SEIBU SEBAPA (SLIB) Pengenalan 1. SLIB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. SLIB dalam istilah lain disebut adik beradik kandung si mati 3. SLIB adalah waris sisian si mati Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 24
Waris Asobah 1. SLIB mendapat asobah binnafsi 2. SLIB mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab 1. SLIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak lelaki atau cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) 2. SLIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa yang masih hidup Maklumat Tambahan 1. SLIB akan membahagikan secara sama rata antara mereka apabila mereka lebih dari seorang 2. SLIB mendapat dua bahagian disebabkan menjadi taksib ( penyebab asobah ) kepada saudara perempuan seibu sebapa 3. Sesetengah kes SLIB yang mendapat secara asobah, mereka kadang-kala tiada langsung memperolehi harta pusaka kerana tidak wujud baki harta pusaka 4. Datuk ( sebelah bapa ) tidak menghalang SLIB dari mendapat bahagian harta pusaka kerana wujud kiraan khas di dalam bab Datuk Besama Saudara 5. Ramai tersalah anggap saudara si mati terus dikira dalam pembahagian faraid apabila tidak wujud anak lelaki si mati sedangkan kaedah perlu melihat dahulu cucu ( daripada anak lelaki ) si mati Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 25
( 14 ) SAUDARA PEREMPUAN SEBAPA (SPB) Pengenalan 1. SPB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. SPB dalam istilah lain disebut adik-beradik sebapa 3. SPB adalah waris sisian si mati Waris Fardhu 1. SPB mendapat 1/2 bahagian apabila si mati hanya ada seorang SPB ( dalam keadaan si mati tidak ada bapa, anak atau cucu daripada anak lelaki atau saudara perempuan dan lelaki seibu sebapa ) 2. SPB mendapat 2/3 bahagian apabila si mati ada SPB melebihi seorang ( dalam keadaan si mati tidak ada bapa, anak atau cucu daripada anak lelaki atau saudara perempuan dan lelaki seibu sebapa ) 3. SPB mendapat 1/6 bahagian apabila si mati ada seorang saudara perempuan seibu sebapa (SPIB) bagi menyempurnakan 2/3 bahagian ( 1/2 seorang SPIB + 1/6 SPB = 2/3 ) ( dalam keadaan si mati tidak ada bapa, anak atau cucu daripada anak lelaki atau saudara lelaki seibu sebapa ) Waris Asobah 1. SPB mendapat asobah bil ghairi (ABG) atau asobah maal ghairi (AMG) 2. SPB mendapat ABG apabila ada bersamanya saudara lelaki sebapa (SLB) 3. Nisbah SPB mendapat secara ABG adalah satu bahagian untuknya dan dua bahagian untuk SLB Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 26
4. SPB mendapat AMG apabila si mati mempunyai anak perempuan sahaja atau bersamanya cucu perempuan ( daripada anak lelaki ) Waris Yang Terhijab 1. SPB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak lelaki atau cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) 2. SPB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa 3. SPB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara lelaki seibu sebapa 4. SPB tidak mendapat bahagian 1/6 apabila si mati ada saudara perempuan seibu sebapa yang melebihi seorang ( dalam keadaan si mati tidak ada anak lelaki / perempuan ) Maklumat Tambahan 1. Apabila SPB mendapat 2/3 bahagian, mereka akan membahagikan secara sama rata di antara mereka 2. Ramai tersalah anggap saudara si mati terus dikira dalam pembahagian faraid apabila tidak ada anak lelaki si mati sedangkan kaedah perlu melihat dahulu cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) si mati 3. Datuk ( sebelah bapa ) tidak menghalang SPB dari mendapat bahagian harta pusaka kerana wujud kiraan khas di dalam bab Datuk Besama Saudara 4. Sesetengah kes SPB yang mendapat secara asobah, mereka kadang-kala tiada langsung memperolehi harta pusaka kerana tidak wujud baki harta. Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 27
( 15 ) SAUDARA LELAKI SEBAPA ( SLB ) Pengenalan 1. SLB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. SLB dalam istilah lain disebut adik beradik sebapa si mati 3. SLB adalah waris sisian si mati Waris Asobah 1. SLB mendapat asobah binnafsi 2. SLB mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab 1. SLB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak lelaki atau cucu lelaki ( daripada anak lelaki ) 2. SLB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa 3. SLB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara lelaki seibu sebapa 4. SLB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara perempuan seibu sebapa yang mendapat bahagian secara asobah Maklumat Tambahan 1. Saudara perempuan seibu sebapa (SPIB) tidak menghalang SLB dari mendapat harta pusaka sekiranya SPIB mendapat bahagian secara fardhu. 2. SLB akan membahagikan secara sama rata di antara mereka apabila mereka lebih dari seorang Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 28
3. SLB mendapat dua bahagian disebabkan menjadi taksib ( penyebab asobah ) kepada saudara perempuan sebapa 4. Sesetengah kes SLB yang mendapat secara asobah, mereka kadang-kala tiada langsung memperolehi harta pusaka kerana tidak wujud baki harta pusaka 5. Datuk ( sebelah bapa ) tidak menghalang SLB dari mendapat bahagian harta pusaka kerana wujud kiraan khas di dalam bab Datuk Besama Saudara 6. Ramai tersalah anggap saudara si mati terus dikira dalam pembahagian faraid apabila si mati tiada anak ( yang masih hidup ) sedangkan kaedah perlu melihat dahulu cucu si mati ( 16 & 17 ) SAUDARA PEREMPUAN DAN LELAKI SEIBU (SPLI) Pengenalan 1. Saudara perempuan seibu dan saudara lelaki seibu si mati tidak dibezakan jantina dalam menerima harta pusaka 2. SPLI mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 3. SPLI dalam istilah lain disebut adik beradik seibu 4. SPLI adalah waris sisian si mati Waris Fardhu 1. SPLI mendapat 1/6 sekiranya berseorangan 2. SPLI mendapat 1/3 sekiranya melebihi seorang Waris Yang Terhijab 1. SPLI tidak mendapat bahagian sekiranya si mati ada anak ( lelaki atau perempuan ) atau cucu ( lelaki atau perempuan daripada anak lelaki ) Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 29
2. SPLI tidak mendapat bahagian sekiranya si mati ada bapa atau datuk Maklumat Tambahan 1. Perbezaan ketara di antara saudara seibu sebapa / sebapa dengan SPLI adalah apabila si mati ada anak perempuan, SPLI tidak mendapat bahagian terus ( terhijab ) sedangkan apabila si mati ada anak ( perempuan ), saudara seibu sebapa / sebapa masih boleh mendapat bahagian harta pusaka. Perbezaan ketara kedua SPLI hanya mendapat bahagian melalui waris fardhu sedangkan saudara seibu sebapa / sebapa boleh mendapat secara fardhu atau asobah 2. SPLI tidak dihalangi oleh saudara perempuan seibu sebapa, saudara lelaki seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, dan saudara lelaki sebapa sama ada mereka ini mendapat secara fardhu atau asobah 3. Sekiranya SPLI mendapat 1/3 bahagian, mereka akan memberikan bahagian secara sama rata di antara mereka tanpa membezakan jantina 4. Sekiranya saudara seibu sebapa, saudara sebapa, dan SPLI mendapat hak harta pusaka, maka SPLI perlu didahulukan berbanding saudara seibu sebapa da sebapa 5. Sesetengah kes SPLI bersama saudara-saudara ( seibu sebapa / sebapa ), mereka tidak menggunakan formula kebiasaan tetapi mempunyai kiraan khas yang dipanggil Umariah, Mustarikah, Musyarikah, Himariah, Hajariah, Yammieyah 6. Datuk ( sebelah bapa ) menghalang SPLI dari mendapat harta pusaka tidak seperti saudara seibu sebapa dan sebapa di mana datuk tidak menghalang mereka Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 30
( 18 ) ANAK SAUDARA LELAKI DARIPADA SAUDARA LELAKI SEIBU SEBAPA (ASLIB) Pengenalan 1. ASLIB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. ASLIB adalah waris sisian dengan si mati Waris Asobah 1. ASLIB mendapat asobah binnafsi 2. ASLIB mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab 1. ASLIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa, anak lelaki, cucu lelaki ( daripada anak lelaki ), dan datuk ( sebelah bapa ) 2. ASLIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa ( yang masih hidup ) 3. ASLIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa yang menjadi asobah Maklumat Tambahan 1. Sekiranya ASLIB mempunyai lebih dari seorang, mereka akan membahagikan sama-rata di antara mereka 2. ASLIB tidak ada bahagian penerimaan secara nisbah iaitu dua bahagian lelaki dan satu bahagian perempuan Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 31
3. Hanya anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa yang menerima harta pusaka 4. Ramai keliru anak saudara lelaki daripada saudara perempuan seibu sebapa menerima harta pusaka sedangakan mereka tidak dapat 5. Ramai keliru anak saudara perempuan daripada saudara lelaki seibu sebapa atau anak saudara perempuan daripada saudara perempuan seibu sebapa mendapat harta pusaka sedangkan mereka tidak dapat ( 19 ) ANAK SAUDARA LELAKI DARIPADA SAUDARA LELAKI SEBAPA (ASLB) Pengenalan 1. ASLB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. ASLB adalah waris sisian dengan si mati Waris Asobah 1. ASLB mendapat asobah binnafsi 2. ASLB mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab 1. ASLB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa, anak lelaki, cucu lelaki ( daripada anak lelaki ), dan datuk ( sebelah bapa ) 2. ASLB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa ( yang masih hidup ) Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 32
3. ASLB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa yang menjadi asobah 4. ASLB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa Maklumat Tambahan 1. Sekiranya ASLB mempunyai lebih dari seorang, mereka akan membahagikan sama-rata di antara mereka 2. ASLB tidak ada bahagian penerimaan secara nisbah iaitu dua bahagian lelaki dan satu bahagian perempuan 3. Hanya anak saudara lelaki daripada saudara lelaki sebapa yang menerima harta pusaka 4. Ramai keliru anak saudara lelaki daripada saudara perempuan sebapa menerima harta pusaka sedangakan mereka tidak dapat 5. Ramai keliru anak saudara perempuan daripada saudara lelaki sebapa atau anak saudara perempuan daripada saudara perempuan sebapa mendapat harta pusaka sedangkan mereka tidak dapat ( 20 ) BAPA SAUDARA SEBELAH BAPA SEIBU SEBAPA (BSIB) Pengenalan 1. BSIB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. BSIB adalah waris sisian dengan si mati Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 33
Waris Asobah 1. BSIB mendapat asobah binnafsi 2. BSIB mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab 1. BSIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak lelaki, cucu lelaki, bapa, datuk ( sebelah bapa ) 2. BSIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa 3. BSIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa yang menjadi asobah 4. BSIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa, anak sudara lelaki daripada saudara lelaki sebapa Maklumat Tambahan 1. Sekiranya BSIB mempunyai lebih dari seorang, mereka akan membahagikan sama-rata di antara mereka 2. Ramai keliru makcik ( ibu sudara sebelah bapa/ ibu ) mendapat bahagian harta pusaka sedangkan hanya pakcik ( bapa saudara sebelah bapa ) sahaja menerima harta pusaka Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 34
( 21 ) BAPA SAUDARA SEBELAH BAPA SEBAPA (BSB) Pengenalan 1. BSB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. BSB adalah waris sisian dengan si mati Waris Asobah 1. BSB mendapat asobah binnafsi 2. BSB mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab 1. BSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak lelaki, cucu lelaki, bapa, datuk ( sebelah bapa ) 2. BSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa 3. BSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa yang menjadi asobah 4. BSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa, anak sudara lelaki daripada saudara lelaki sebapa 5. BSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa Maklumat Tambahan 1. Sekiranya BSB mempunyai lebih dari seorang, mereka akan membahagikan sama-rata di antara mereka Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 35
2. Ramai terkeliru makcik ( ibu saudara sebelah bapa/ ibu ) mendapat bahagian harta pusaka sedangkan hanya pakcik ( bapa saudara sebelah bapa ) sahaja menerima harta pusaka ( 22 ) SEPUPU LELAKI DARIPADA BAPA SAUDARA SEBELAH BAPA SEIBU SEBAPA (SLBSIB) Pengenalan 1. SLBSIB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. SLBSIB adalah waris sisian dengan si mati Waris Asobah 1. SLBSIB mendapat asobah binnafsi 2. SLBSIB mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab 1. SLBSIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak lelaki, cucu lelaki, bapa, datuk ( sebelah bapa ) 2. SLBSIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa 3. SLBSIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa yang menjadi asobah 4. SLBSIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa, anak sudara lelaki daripada saudara lelaki sebapa Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 36
5. SLBSIB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, bapa saudara sebelah bapa sebapa Maklumat Tambahan 1. Sekiranya SLBSIB mempunyai lebih dari seorang, mereka akan membahagikan sama-rata di antara mereka 2. Ramai terkeliru anak perempuan dari bapa saudara mendapat harta pusaka sedangkan mereka tiada bahagian dalam harta pusaka ( 23 ) SEPUPU LELAKI DARIPADA BAPA SAUDARA SEBELAH BAPA SEBAPA (SLBSB) Pengenalan 1. SLBSB mendapat bahagian disebabkan hubungan darah atau kaum kerabat 2. SLBSB adalah waris sisian dengan si mati Waris Asobah 1. SLBSB mendapat asobah binnafsi 2. SLBSB mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila bersendirian atau mendapat baki harta apabila ada bersamanya waris fardhu Waris Yang Terhijab 1. SLBSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak lelaki, cucu lelaki, bapa, datuk ( sebelah bapa ) 2. SLBSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 37
3. SLBSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa yang menjadi asobah 4. SLBSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa, anak sudara lelaki daripada saudara lelaki sebapa 5. SLBSB tidak mendapat bahagian apabila si mati ada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, bapa saudara sebelah bapa sebapa, saudara lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa Maklumat Tambahan 1. Sekiranya SLBSB mempunyai lebih dari seorang, mereka akan membahagikan sama-rata di antara mereka 2. Ramai terkeliru anak perempuan dari bapa saudara mendapat harta pusaka sedangkan mereka tiada bahagian dalam harta pusaka ( 24 ) BAITULMAL Pengenalan 1. Baitulmal adalah institusi yang diuruskan oleh pemerintah untuk kepentingan orang Islam 2. Di Malaysia, baitulmal terletak di bawah jabatan agama Islam negeri masing-masing Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 38
Waris Asobah 1. Baitulmal mendapat secara asobah 2. Baitulmal mendapat secara keseluruhan harta pusaka apabila tiada waris-waris lain atau mendapat baki harta apabila ada dengannya waris fardhu lain Baitulmal Yang Terdinding Baitulmal tidak menerima harta pusaka sekiranya semua waris wujud kecuali waris anak perempuan, cucu perempuan, ibu, nenek, saudara perempuan seibu sebapa/ sebapa ( ketika tidak menjadi asobah ), dan saudara perempuan/ lelaki seibu Maklumat Tambahan 1. Pemberian kepada baitulmal didahulukan berbanding pemberian secara Radd 2. Selagi ada waris yang layak menerima harta pusaka maka baitulmal tidak akan menerima harta pusaka 3. Baitulmal adalah penerima terakhir sekiranya waris-waris yang mendapat harta pusaka tidak wujud atau ada lagi berbaki harta pusaka setelah diberikan kepada waris individu Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 39
CARTA RINGKASAN BAHAGIAN FARAID No Waris Bahagian-Bahagian 1 Isteri 1/4 1/8 2 Suami 1/2 1/4 3 Ibu 1/3 1/6 1/3 dari baki 1/6 4 Bapa 1/2 Asobah 1/6 + asobah binnafsi 5 Anak Asobah binnafsi binnafsi Asobah maal ghairi perempuan 1/2 2/3 (1:2) 6 Anak lelaki Asobah binnafsi Taksib (2:1) 7 Cucu 1/6 perempuan Asobah 1/2 2/3 1/6 maal 8 Cucu lelaki Asobah binnafsi ghairi 9 Datuk (1:2) 10 Nenek sebelah 1/2 Taksib (2:1) ibu Asobah Nenek sebelah binnafsi Asobah 1/6 + asobah binnafsi 11 binnafsi bapa Saudara 1/6 12 perempuan seibu sebapa 1/6 Saudara lelaki 13 Asobah Asobah seibu sebapa maal 2/3 maal ghairi Saudara ghairi 14 perempuan (1:2) sebapa Taksib (2:1) Saudara lelaki Asobah 15 sebapa maal 2/3 1/6 ghairi (1:2) Asobah maal ghairi Taksib (2:1) Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 40
Saudara 16 perempuan 1/6 1/3 1/6 1/3 seibu Asoboah binnafsi Asobah binnafsi Saudara lelaki Asobah binnafsi 17 Asobah binnafsi Asobah binnafsi seibu Asobah binnafsi Anak saudara Asobah 18 lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa Anak saudara lelaki daripada 19 saudara lelaki sebapa Bapa saudara 20 sebelah bapa seibu sebapa Bapa saudara 21 sebelah bapa sebapa Sepupu lelaki kepada bapa 22 saudara sebelah bapa seibu sebapa Sepupu lelaki kepada bapa 23 saudara sebelah bapa sebapa 24 Baitulmal Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 41
RINGKASAN WARIS YANG MENGHIJAB ( HIJAB HIRMAN ) No Waris Waris Yang Menghijab 1 Isteri 2 Suami 3 Ibu Anak Tiada lelaki 4 Bapa 2 anak perempuan 5 Anak Anak lelaki perempuan 6 Anak lelaki Cucu 7 perempuan 8 Cucu lelaki 9 Datuk Bapa Ibu Nenek 10 Ibu Bapa sebelah ibu Anak Ayah Cucu lelaki Nenek lelaki 11 sebelah bapa Anak 2 saudara saudara lelaki seibu Saudara lelaki, perempuan sebapa, saudara 12 perempuan ayah, perempuan seibu seibu sebapa cucu seibu sebapa yang Saudara lelaki lelaki sebapa menjadi asobah 13 seibu sebapa Saudara 14 perempuan sebapa Saudara lelaki saudara lelaki seibu sebapa, 15 saudara perempuan seibu sebapa sebapa yang menjadi asobah Saudara 16 perempuan seibu Anak Cucu Ayah, datuk 17 Saudara lelaki seibu Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 42
Anak saudara Saudara lelaki seibu sebapa, lelaki saudara lelaki sebapa, saudara 18 daripada perempuan seibu sebapa / sebapa saudara lelaki seibu sebapa yang menjadi asobah Anak saudara lelaki Anak saudara lelaki 19 daripada daripada saudara saudara lelaki lelaki seibu sebapa sebapa Bapa saudara Anak saudara lelaki 20 sebelah bapa daripada saudara lelaki seibu sebapa seibu sebapa dan sebapa Saudara Anak saudara lelaki Bapa saudara Anak lelaki seibu daripada saudara 21 sebelah bapa lelaki, sebapa, lelaki seibu sebapa cucu saudara dan sebapa, bapa sebapa lelaki, lelaki bapa, sebapa, saudara sebelah Sepupu lelaki datuk saudara bapa seibu sebapa Anak saudara lelaki perempuan daripada saudara kepada bapa seibu lelaki seibu sebapa 22 saudara sebapa / dan sebapa, bapa sebelah bapa sebapa saudara sebelah seibu sebapa yang bapa seibu sebapa menjadi dan sebapa asobah Anak saudara lelaki daripada saudara Sepupu lelaki lelaki seibu sebapa kepada bapa dan sebapa, bapa 23 saudara sebelah bapa saudara sebelah sebapa bapa seibu sebapa dan sebapa, sepupu lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa Semua waris kecuali waris yang mendapat 24 Baitulmal bahagian secara asobah ( binnafsi / bil ghairi / maal ghairi ) Ringkasan Pembahagian Harta Pusaka I 43
Search
Read the Text Version
- 1 - 43
Pages: