Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Hibah Mutlak

Hibah Mutlak

Published by Ahmad Termizi Abdullah, 2022-12-09 12:05:17

Description: Hibah Mutlak

Search

Read the Text Version

Hibah Mutlak Oleh: Ahmad Termizi Abdullah [email protected]

Definisi Hibah O Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang terhadap hartanya kepada seorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Perbezaan Akad Maksud ‘Ariyah (Pinjam) Ke atas manfaat sahaja. Wasiat Wakaf Selepas pewasiat meninggal. Sedekah Penyerahan harta pada jalan Allah. Hadiah Kepada yang memerlukan bantuan. Memuliakan seseorang sebagai penghargaan.

Konsep Hibah •Qiyas kepada •Qiyas kepada jual beli. tabarru’. •Balasan kasih •Qabd & sayang. tasarruf bukan kemestian •Perlu qabd & semasa akad. tasarruf. Syafie & Hambali Maliki & Hanafi

Contoh Isu: Hibah Keuntungan Yang Belum Diperolehi Dalam Jual Beli Saham O Sah mengikut Mazhab Maliki O Tidak sah mengikut Mazhab Syafie

Rukun-rukun Hibah Pemberi Penerima Hibah Hibah Akad / Barang Yang Sighah (ijab Dihibahkan kabul)

Syarat Pemberi Hibah O Pemilik mutlak O Berfikiran waras / sempurna akal O Cukup umur (dewasa), 18 tahun masihi O Tidak dihalang (bukan mahjur ‘alaihi) O Ahli tabarru’ (berkemampuan untuk menguruskan harta) O Dilakukan secara sukarela

Syarat Penerima Hibah O Jika penerima tidak berkelayakan, perlu dibuat perlantikan pemegang amanah (wali harta)

Syarat Harta Hibah O Harta halal. O Mempunyai nilai di sisi syara’. O Milikan penuh pemberi hibah. O Boleh diserahmilikan. O Benar-benar wujud semasa akad. O Harta wujud secara berasingan & boleh dipisahkan.

Syarat Akad Hibah O Lafaz ijab oleh pemberi hibah. O Lafaz kabul oleh penerima hibah. O Boleh secara jelas atau secara tidak langsung. O Ada persamaan di antara ijab dan kabul. O Tidak bersyarat tertentu.

Keperluan al-Qabd (penerimaan harta hibah) dalam Hibah Syafie & Maliki & Hanafi Hambali •Qabd syarat •Qabd syarat luzum (wajib) sempurna & syarat sah hibah, tetapi hibah. bukan syarat sah hibah.

Syarat Sah Qabd O Mendapat izin pemberi hibah / pemilik harta. Penerimaan tanpa izin boleh ditarik balik. O Harta yang dihibahkan tidak bercampur atau berkait dengan harta lain. Perlunya takhliah (pengosongan) harta hibah. O Perlunya perlantikan wali mal (penjaga harta) untuk qabd (menerima harta hibah) bagi pihak golongan yang tertahan (mahjur ‘alaihi).

Kematian salah seorang yang berakad sebelum qabd O Syafie: Hibah tidak terbatal secara otomatik. Waris menggantikan pihak-pihak sama ada hendak meneruskan dengan qabd atau membatalkannya. O Hambali & Hanafi: Akad terbatal secara otomatik. O Maliki: Tidak membatalkan akad, bahkan hibah sah.

Tarik Balik Hibah Sebelum Qabd O Hanafi & Syafie: Harus tarik balik sebelum qabd. O Maliki: Tidak harus tarik balik walaupun belum berlaku qabd. O Hambali: Harus tarik balik bagi barang yang disukat atau ditimbang sahaja.

Tarik Balik Hibah Selepas Qabd O Syafie, Hambali: Tidak harus tarik balik. O Hanafi: Boleh tarik balik kecuali berlaku pertambahan yang tidak boleh dipisahkan pada barang hibah, berlaku kematian, adanya balasan, penerima sudah melakukan tasarruf, berlaku perceraian bagi hibah antara suami isteri, dan harta hibah rosak.

Tarik Balik Hibah Bapa Kepada Anak O Maliki, Syafie, Hambali: Harus tarik balik. O Hanafi: Tidak harus tarik balik.

Siapa lagi diharuskan tarik balik hibah? O Maliki: Hanya bapa dan ibu kepada kanak- kanak yang masih ada bapa sahaja. O Syafie & Hambali: Bapa dan usulnya iaitu datuk dan nenek harus tarik balik hibah kepada cucu.

Syarat Penarikan Balik Hibah Kepada Anak Yang Diharuskan O Harta hibah masih milik anak. O Anak masih berkuasa ke atas harta hibah. Anak tidak muflis, harta hibah tidak digadai. O Hibah yang diberikan bukan menjadi sebab orang menyukai anak yang menerima hibah. O Tidak berlaku pertambahan yang tidak boleh diasingkan.

Hibah Semasa Pertunangan O Pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan (jika ada), atau menggantikan nilainya, dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook