Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya KOTA KINABALU, SABAH
Penyelenggara Carole Anne Justin Grafik Carole Anne Justin Editorial Dr Norafidah Noralidin Carole Anne Justin Dr Widayati Harun Dr Chai Chin Pheng Dr Shukiman Sukardi Abd Halib bin Mohd Ali
Cetakan Pertama 2022 © Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-book ini dalam apa juga bentuk dan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotostat, mekanik, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Jawatankuasa Penerbitan dan Dokumentasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. E-ISBN Barcode Diterbitkan oleh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu Tel: 088-210646 Fax: 088-217124 Laman web rasmi: http://www.ipgkgaya.edu.my
PRAKATA TUPUS MANTAD GAYA Dr JULIANA OSONG merupakan e-book yang dihasilkan sebagai tanda penghargaan, terima kasih dan kenangan buat Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi iaitu Dr. Juliana Osong yang bersara wajib pada 18 Mei 2022. Pelbagai coretan rasa dan nukilan hati Pengarah, Ketua- ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit dihimpunkan dalam e-book ini.
D’Gaya Ku Demi Ilmu dan Dharma
Isi Kandungan Muka surat 1 Tajuk 2 3 JUSDTrJUGLerItAuNruAde Jock 4 LAMDBr ANIoArNafidPaEhRSNAoRraAliAdiNn 5 YOUGReoLrgEeGTAhComY aWs ILL LEAVE ON… 6 HAJPuPliYanRaEJTohIRarEiMENT TO A FRIEND 7 TUPSUonSnMy TAeNhTEAnDg CDhAoHngAI 8 BILDArSRAaMymPAieIAM. ABaSkAaNr YA… 9 SPESChIaAriLfaLhYMDaEzDniICS.AMTEoDkhTtaOr DR JULIANA 10 BUAMTohSdAHFaAuBziAMToYhAdNRGosTliE&RSDArYZAaNkiGah…NDoRorJdUinLIANA OSONG 11 SAHKAhBadAijTah @ Aswati Adenan 12 KELFMaisAaRl SINay,uHatAi RI INI DAN ESOK 13 TITKIPhAuNsaiKniEMNoAhNdGPAanNglBaUn AT DR JULIANA OSONG 14 CITDRrASPapEiRhSi ADRuAlaAmNit B&UDArTWSiEdOayRaAtiNHGarTunEMAN 15 PENNCoEorNwaAiWnieAYLakub 16 SUDJuAliHn ETrIuBsA@MEAruSAsiNYA BERTENANG 17 DENFuGdAzlRaKSAurNayLaAAHhBmIaNdTFAisNolG HATIKU 18 “SAALbAdMul MHAalNimIST” ahir NUGKeILlbAeNrt DUaNvTidUK SAHABAT 19 - 25 SOPDOr SNhAuNkiDmUanRSBuAkaKrAdiL NGUNDUH KENANGAN MENGUSIK JIWA
Just Juliana J oyfully candid, U nwaveringspirit. L ove for testing, challenging one’s id. I nspiring honour and merit, A massing reflection on practice. N urturing astute apprentice, A advocatingeducational justice. O bligingand observant, S service with a smile. O objective and opulent, N oteworthyand versatile. G enuinely giving, always serving. Thank you, Dr Juliana! Gertrude 28th May 2022 1
LAMBAIAN PERSARAAN DR.JULIANA OSONG Tiada kata dapat dilafazkan Tiada madah mampu diucapkan Hanya doa mengiring rakan Bersara wajib jadi pilihan Ilmu ditabur sepanjang perkhidmatan Kegemilangan insan menjadi sasaran Melahirkan negarawan juga cendikiawan Berjiwa guru anak didik diharapkan Sangat teliti setiap tindakan Berpaksikan fakta juga kebenaran Tetap yakin walau ada bantahan Berani kerana benar itu pegangan Jiwa halus tanpa ditunjukkan Dalam diam sentiasa hulur bantuan Tanpa mengira sahabat dan taulan Atas nama pendidikan dan kemanusiaan Dr. Juliana Osong sahabatku budiman Persaraan ini bukan satu hentian Hanya persimpangan peralihan kehidupan Didoakan sentiasa dilimpahi kebahagiaan Dr. Norafidah Noralidin IPG Kampus Gaya 2
YOUR LEGACY WILL LIVE ON… Research, Innovation, Journals, Publications, Meeting impossible deadlines, I know how hard you work Never one not to speak your mind You have always said what you thought One of the many admirable traits of you Under the stern exterior however lies a soft heart I will remember the meals, the chats about work and everything in between You will be missed Alas, a milestone has come and it is, Time to bid adieu, professionally of course Be well my friend, As you embark on the next phase of your life, Just know that Your legacy in Gaya will live on …. George Thomas Jabatan Pendidikan Holistik 3
Specially dedicated to Dr Juliana Osong: HAPPY RETIREMENT TO A FRIEND TIME flies so fast It is TIME to retire Now you will have all the TIME in your life TIME to be with your beloved family TIME to travel the world TIME to do things you couldn’t do before TIME to be closer to God Hope you will never forget the TIME you were in Gaya TIME with your friends and students All will be cherished and remembered Happy Retirement my dear friend.. Thank you for being a good friend. All the best and enjoy your retirement… JULIANA JOHARI @ JULIE 4
BILA SAMPAI MASANYA Andai Kita Terpisah Jua Bukan Bermaksud Perpisahan Kekal Andai Kita Bertemu Sua Kenangan Lalu Menjadi Bekal Jasa Mu Dikenang Sudahlah Pasti Menjadi Ingatan Di Masa Sunyi Itulah Lumrah Kehidupan Abadi Perkara Yang Baik Sentiasa Diingati Kelip-Kelip Lampu Suluh Itulah Tanda Sampai Ke Hulu Takdir Kehidupan Itulah Penyuluh Menjadi Pedoman Di Masa Lalu Hasil Nukilan -Raymie- KJ PJK 6
Specially dedicated to Dr Juliana, Arriving at this crossroads Only then do we know the greatness of the meaning of kindness The meaning of the eternal bond of friendship The warmth of warmth that sparkles in sweet talk And the faithful value of all that exists Blending the image as graceful as a gem Engraved in a happy soul. Weaving hope with commitment and blessings Draws a meaningful example to follow Remembering the sweet moments that are getting quieter Losing friendly conversation Losing some funny jokes Distance and space will definitely be felt more. Steps and directions are more and more different. Thus…the friendship remains strong Engraved in a strong memory Emerges from a powerful bond of sisterhood Longing for nostalgia is anchored here For you, my friend……., Your departure is not isolated, Your kindness in the heart sows. SM / 18042022 7
Buat sahabat yang tersayang….. Dr Juliana Osong Tak terbayang olehku Waktu ini kan terjadi padaku Tak terduga dalam benakku Waktu kejam kan melanda jiwaku Perpisahan ini kan menitiskan air mata Dalam kesedihan diselimuti kegembiraan Perpisahan ini kan mengukir kenangan Dalam suka maupun duka Bertahun lamanya kita bersama Mengejar impian dan cita-cita Perpisahan ini kan merindukan sesama Perpisahan ini kan menyedarkan akan erti kebersamaan Berpisah akhir pertemuan Berpisah akhir kesenangan Berpisah akhir kenangan Berpisah tiada erti yang menyenangkan Peluk eratlah semua orang disisimu Peluk eratlah semua sahabat-sahabat tercintamu Hingga kau titiskan air mata kerinduan Hingga kau diam membisu 8
SAHABAT Sahabat… Kau hadir dalam hidupku Di kala mula ku menapak IPG Baik susah atau senang Kau pasti mendengar Baik susah atau senang Kau pasti ada di sisi Baik susah atau senang Kau tenang bersahaja Yang pasti… Semua ceritamu akan berbumbu kisah Bagaikan Pelangi… Menasihati… Membimbing… Dan memberi inspirasi Berakhir khidmatmu di IPG… Bagiku Tiada kata noktah atas nama… PERSAHABATAN… Nukilan: 9 Khadijah @ Aswati Binti Adenan
KELMARIN, HARI INI DAN ESOK Kelmarin…. Aku Baru Mengenalmu Aku Baru Berbicara Denganmu Gurau Sendamu Masih Segar Dalam Ingatanku Tutur Kata Dan Bicaramu Amat Lembut Hingga Menusuk Di Hati Raut Wajah Dan Senyumanmu Terukir Ikhlas Menyambut Diri Ini Seolah-Olah Aku Bukan Orang Asing Untuk Semua Ini Berdirilah Aku Di Sini Kerana Kelmarin Dia Yang Aku Kenali Harini…… Aku Baru Bekerja Denganmu Aku Baru Bersamamu Untuk Tempuhi Segala Liku Semangat Juang Dan Ketabahanmu Menjadi Sumber Inspirasi Dalam Hadapi Dunia Kerjayaku Begitulah Akhirnya Bila Aku Makin Mengenali Dirimu Yang Penuh Disiplin Dan Teliti Dalam Menempuhi Dunia Kerjayamu Esok…. Hari Yang Akan Kunjung Tiba Aku Baru Sedar Yang Engkau Akan Meninggalkan Segalanya Aku Sedar Dan Aku Tahu Segala Ini Akan Pasti Terjadi Kegembiraan Jelas Terpancar Pada Raut Wajahmu Selepas Ini, Tiada lagi Nasihat Dan Pelajaran Untuk Diriku Yang Ada Hanyalah Ilmu Yang Ditinggalkan Olehmu Rehatlah, Nikmatilah Hidupmu Dengan Cara Bahagiamu Cukuplah Kenangan Diriku Bersamamu Untuk Kelmarin Hari ini Dan Esok. Nukilan: KULDP 10
TITIPAN KENANGAN BUAT DR.JULIANA OSONG Signal Hill KK tumpuan semua Bagai berada di atas kayangan Buah fikiranmu dikongsi bincang bersama Kolaborasi kerja jadi kenangan Raya bertema memang diidam Warna yang indah pilihan sendiri Memori bersama di Gaya tiada terpadam Kekal bertakhta di sanubari Malam raya pasang pelita Indahnya suasana bagai di syurga Salah dan khilaf maaf dipinta Semoga persahabatan kekal selama Datangnya malam penuh makna Cahaya senja berlalu pergi Selamat bersara dan terima kasih Dr. Juliana Ada kesempatan berjumpa lagi KhusainiMohdPanglan Jabatan Pembangunan ProfesionalismedanKonsultasi IPG Kampus Gaya 11
CITRA PERSARAAN BUAT SEORANG TEMAN Di IPG Gaya kita bersua, Sentiasa berbakti demi kerjaya; Persaraanmu telah pun tiba, Kutitip doa agar kau sentiasa berjaya. Menggamit rindu datang ke mari, Waktu bersama duka gembira, Kenangan lalu memahat memori, Taburan budi kilauan kejora. Pergi ke sungai membawa baldi, Duduk bersila di atas titi, Terima kasih jasa dan budi, Moga Tuhan selalu merahmati. Tersemat cerita dalam satu kisah, Membentuk rakyat bertamadun, Tibalah masa kita berpisah, Salah dan silap mohon diampun. Harum semerbak bunga Melati, Merimbun celagi di tepi perigi, Pantun dikarang sepenuh hati, Semoga kelak berjumpa lagi. Cerana kesumba indah pedada, Cantik tersemat dambaan puteri, Kenangan manis tersemat di dada, Setiap baktimu disanjung diingati. Lembut bertiup silir daksina, Bermain layang sambal tertawa, Terima kasih Puan Juliana, Jasamu dikenang di dalam jiwa. SELAMAT BERSARA DR. JULIANA OSONG NUKILAN: DR. SAPIHI HJ. DULAMIT & DR. WIDAYATI HARUN 12
PENCEN AWAL Y-NIE Pencen awal betulkah itu pilihan kita? pencen awal kita tak menyesalkah? pencen awal cukupkah nanti imbuhannya? pencen awal lepas tu kita mahu buat apa? Ini jawabnya pencen awal tetap pakai baju cantik bah tetap pandu kereta mewah bah tetap kekal gelaran kita bah yang seronok ‘tatap’ kekal ber'gaya' Pencen awal tiada lagi kitab ISO tiada fail perlu sedia tiada jenaka rebut kerusi tiada mesyuarat tapi berehat hanya rindu bentang laporan tidak perlu format menulis terus menari pena menangis Pencen awal boleh terbang sini sana boleh lawat tempat yang kita suka boleh lawat kebun dan ladang boleh masak bila-bila masa boleh lawat anak cucu bila-bila masa Pencen awal kita serupa ya 10 tahun lagi giliran saya moga tenang menikmatinya moga gembira sepuas-puasnya terus sihat walau di mana berada kenang kami lupakan jangan Selamat Bersara Dr. J.O 13
SUDAH TIBA MASANYA BERTENANG SUDAH JAUH BERJALAN SUDAH LETIH FIKIRAN PAHIT, MANIS, ASAM, GARAM WARNA-WARNI KEHIDUPAN SUDAH TIBA MASANYA BERTENANG AWAL SUBUH SUDAH BANGKIT SUDAH MALAM BARU PULANG KADANG SANGKUT DI JALAN HINGGA KAKI LENGUH MENEKAN NAMUN SUDAH MASA BERTENANG KADANG TUTUR KATA BERPINTAL KADANG BAHASA TERKASAR ITU LUMRAH INSAN BIASA HANYA MAAF MAMPU KAMI PINTA DARI UNIT KOKUM TETAP DALAM INGATAN Selamat Bersara Dr.Juliana Osong PUISI NUKILAN UNIT KOKUM 14
Hasil nukilan: Fudzla Suraya Bt Dato’ Haji Ahmad Fisol) Dengarkanlah Bintang Hatiku Banyak cerita yang kita kongsi bersama Suka duka menjadi kenangan Hingga kenal hati dan budi Segala teguranmu akan diingati Segala ajaranmu akan diteladani Ilmu diberi harap dihalalkan Segala jasamu juga pasti disanjungi Salam kemaafan kuhulurkan Semoga kemesraan terus berpanjangan Apabila bersara dilupa jangan Selamat bersara Dr Juliana Osong Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta 15
“Salam Manis” (Abd Halim Tahir) Salam Manis Hadirmu, membuka lembaran jalan keilmuan Hadirmu, aku kenal erti penyelidikan Salam Manis Maafkan kesalahanku Maafkan segala kekurangan dan kealpaanku Titipkanlah doa kebaikan untuk diriku dan rakan-rakan sini Salam Manis Terima kasih atas segala kebaikanmu Terima kasih atas segala keprihatinanmu Terima kasih atas segala kasih tunjuk ajarmu Terima kasih atas segala-galanya Salam Manis Terimalah salam hormat dan kemaafan dariku Ilmu yang dicurahkan sentiasa diteladani Doaku tetap mengiringi setiap langkahmu Semoga Tuhan memberkati dirimu Terima kasih atas semua jasa-jasamu 16
NUKILAN UNTUK SAHABAT Buat sahabatku yang akan melipat kalendar tugas di atas meja kerjanya... Tahniah.. Sebagai rakan senaungan tempat bertugas. Terima kasih atas segala sumbangan pendapat...selidikan...dan tulisan atas nama amanah dan integriti Sebagai sahabat.. Terima kasih kerana sudi menjadi tamu saya di kala sibuk dan sulit. Tq my friend.. Kerana menerima saya seadanya sebagai kawan.. Walau kawanmu ini hanya pedagang sabar. Sebagai tetamu 8 tahun di laluanmu setiap pagi.. Terima kasih kerana sudi berkongsi meja sarapan dan menghidupi keyakinan saya.. Yang masih ada insan yang tidak mengukur orang lain dengan kekurangannya tetapi menerimanya kerana dia adalah manusia bermaruah. Sahabatku... Tiada hadiah dan puji pujian yang berharga dapat saya tabur dan hamparkan untuk last clock outmu nanti.. Apa yang pasti doa saya sentiasa bersamamu dan keluarga semoga sentiasa dalam lindungan Tuhan yang Maha Esa... ������... Sahabatmu.... Gelbert.. ������ 17
SOPO NANDUR BAKAL NGUNDUH (Menanam Kebaikan, Menuai Kebaikan) Indah kata ini... \"Menegur jangan sampai menghina, Menasihat jangan sampai menyakiti, Mendidik jangan sampai memaki, Meminta jangan sampai memaksa, Memberi jangan sampai mengungkit\" Kata penuh kasih. Laksana benih yang disemai, Kau rawat.. Kau jaga.. Kau baja.. Tanpa perit keringat mengalir, Pasti membuah hasil tercambah, Memberi nikmat kepada semua, Kekal tumbuh ke akhir hayat. Teguran nasihat ikhlasmu, Ku pahat di sanubari, Demi bekal melewati hari-hari yg belum pasti, Percayalah, Pelangi indah menanti... Terima kasih... Hamparan permadani Terlipat murni, Dicorak seribu erti, Pekerti dikenang abadi.. Kaulah benih berhati suci ... Matur Nuwun. 18 Shukiman Sukardi
19
20
21
22
23
24
25
26
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu Sabah Tel: 088-210646 / 088-210797 Fax: 088-217124 Laman Web Rasmi: http://ipgkg.moe.edu.my
Search
Read the Text Version
- 1 - 33
Pages: