Bengkel TMK Isi Kandungan Bil. Tajuk 1. Membina Gmail! 2. Google Apps 3. Online Flip Book 4. QR Code 5. Interaksi Paparan Laptop dengan Telefon 6. Mengimbas menggunakan Telefon Team Projek Lampu Menyala
Bengkel TMK 1.0 Membina Gmail • Buka pelayar internet (Internet Explorer / Chrome / Mozilla Firefox dsb) • Taipkan www.google.com pada ruangan alamat URL. • Tekan enter. • Pilih Gmail • Pilih create account. • Ruangan seperti ini akan dipaparkan. • Lengkapkan semua keperluan yang diminta. • Tak perlu letak nombor telefon (pilihan). • Letakkan tarikh lahir yang bukan umur kanak-kanak di bawah umur. • Tahniah! Satu google mail telah dapat di bina. Team Projek Lampu Menyala
Bengkel TMK 1.0 Membina Gmail • Apa yang terbaik dengan Google Mail? • Kita akan dapat satu tempat simpanan bahan sebanyak 15G! Team Projek Lampu Menyala
Bengkel TMK 2.0 Google Apps • Buka akaun Gmail yang telah dicipta. • Klik pada Google Apps untuk penggunaan. • Pilih Drive. Team Projek Lampu Menyala
Bengkel TMK 2.0 Google Apps • Inilah tempat simpanan 15G online yang dapat menyimpan semua fail yang dimahukan. • Ada banyak perkara yang boleh digunakan untuk TMK dalam PdPc di sini. • Sebagai contoh, membina website, simpan maklumat murid Pemulihan, membina kuiz untuk murid, mengumpul soal selidik dan sebagainya, dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Drive. • Apabila membina fail di dalam Drive, fail akan disimpan secara automatik. Team Projek Lampu Menyala
Bengkel TMK 3.0 Online FlipBook • Online Flip Book adalah satu kaedah di mana, bahan paparan kita, berbentuk seolah-seolah buku yang dibuka sehelai demi sehelai. • Ada banyak perisian PERCUMA online flipbook yang terdapat di dalam internet. • Antara yang boleh digunakan adalah: PUB HTML 5: http://pubhtml5.com/ Any Flip: http://anyflip.com/ • Ada pilihan untuk terus membina flipbook online. Hanya perlu upload kan fail berbentuk PDF. • Atau, boleh muat turun perisian dan SUBSCRIBE dengan menggunakan akaun Google Mail yang telah dibina tadi. • Simpan alamat URL bahan anda yang telah terbina flipbook online. • Boleh juga simpan URL di dalam Gmail: Cipta Folder dan letak nama sebagai Flip Book Online Klik New > Google Docs Copy dan Paste alamat URL yang telah membentuk flipbook online. Letakkan sedikit keterangan sebagai maklumat. Tadaaa! Senang untuk cari flipbook online yang telah dibina. SELAMAT MENCUBA! Team Projek Lampu Menyala
Bengkel TMK 4.0 QR Code • QR Code adalah satu bar imbasan yang dapat dibentuk supaya, pemindahan maklumat yang ingin disampaikan, tidak perlu sambungan secara terus kepada penerima maklumat. • Alatan yang utama adalah handphone dan laptop / komputer. Membina Kod QR • Ada banyak Perisian QR Code PERCUMA yang terdapat di internet. • Antaranya adalah: QR Code Generator: https://www.qr-code-generator.com/ • Masukkan alamat URL flip book online yang telah dibina. • Klik pada butang hijau Create QR Code. • Kod QR akan terbentuk di sebelah kiri. • Muat turun gambar kod. Letakkan nama yang berkaitan. • Tadaaaa!!! Siap satu bar untuk diimbas. • Ada beberapa kategori di dalam Perisian QR Code Generator. • Untuk peringkat kategori yang berbeza-beza, hanya perlu, Sign Up For Free. Gunakan akaun Gmail yang telah dicipta. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. • Anda juga boleh masukkan logo dan ubahsuai kod QR yang ingin dicipta mengikut kesesuaian anda. Hanya perlu Sign Up For Free. Team Projek Lampu Menyala
Bengkel TMK 4.0 QR Code Mengimbas Kod QR • Buka Play Store • Taip QR Code pada ruangan search. • Ada banyak pilihan Pengimbas Kod QR yang ada. • Pilih satu, install dan sedia untuk digunakan. Team Projek Lampu Menyala
Bengkel TMK 5.0 Interaksi Paparan Laptop dengan Telefon • Ada dua alatan utama yang digunakan. Laptop Telefon 5.1 Di Laptop • Buka pelayar internet. • Taip URL Google: www.google.com • Taip Team Viewer pada google. • Pilih https://www.teamviewer.com/ • Klik pada butang hijau: Download for free for personal use • Ikuti langkah-langkah yang diminta satu persatu. 5.2 Di handphone • Klik pada Play Store. • Pada ruangan carian, taip Team Viewer. • Logo seperti berikut: • Install ke dalam handphone dengan ikuti langkah-langkah yang diperlukan. 5.3 Penggunaan: • Apabila buka di handphone, paparan akan minta Partner ID. • Taipkan Partner ID yang terdapat di dalam laptop. • Klik pada butang biru: Remote Control • Tadaaaaa!! Anda boleh interaksi dari handphone untuk penggunaan di laptop. • Untuk pancaran LCD, sambungkan sahaja LCD ke laptop, maka paparan besar akan diperolehi. • Penggunaan yang menyeronokkan untuk PdPc! Team Projek Lampu Menyala
Bengkel TMK 6.0 Mengimbas menggunakan Telefon Di handphone • Klik pada Play Store. • Pada ruangan carian, taip Cam Scanner. • Logo seperti berikut: • Install ke dalam handphone dengan ikuti langkah-langkah yang diperlukan. • Tadaaaaa!!! Anda boleh mengimbas (scan) bahan menggunakan telefon. • Kemudian, anda boleh edit untuk Copy dan sebagainya. • Hanya menggunakan handphone. Smartphone for smart people! Team Projek Lampu Menyala
Search
Read the Text Version
- 1 - 10
Pages: