BUKU PANDUAN PENGGUNA ESastera@Facebook Irwan Abu Bakar eSastera Enterprise Kuala Lumpur 1
eSastera Enterprise (No. 001470857K) 96 Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. Emel: [email protected] Laman web: http://www.eSasteraEnterprise.com Buku Panduan Pengguna ESastera@Facebook Cetakan Pertama, 2015 © Irwan Abu Bakar, 2015 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa bentuk jua dan dengan apa cara jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Esastera Enterprise. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data PengkatalogandalamPenerbitan Irwan Abu Bakar, 1951 BUKU PANDUAN PENGGUNA ESastera@Facebook / Irwan Abu Bakar, ISBN: 9789675043666 1. WritingTechniqueHandbooks, manuals, etc. 2. AuthorshipTechniqueHandbooks, manuals, etc. 3. Creative writingTechniqueHandbooks, manuals, etc. I . Judul. 808.3 Reka bentuk kulit dan susun atur: eSastera Enterprise Dicetak oleh: eSastera Enterprise Kemas kini: 24.11.2015 @ 8:15 AM 2
ISI KANDUNGAN Isi Kandungan 3 Perutusan Penerbit 5 Kata Pengantar Penulis 6 1. Pengenalan 7 1.1. Facebook 1.2. E-Sastera@Facebook 1.3. Post dan Komen di halaman Grup2. Grup 8 3. Citra 9 3.1. Imej Kepala (Masthead) 3.2. Imej Identiti4. Post Tercemat 11 5. Menjadi Ahli Manamana Grup Dalam ESastera@Facebook 12 6. Log Masuk Ke ESastera@Facebook 13 6.1. Log Masuk Ke Akaun Fb 6.2. Pergi Ke URL eSasteraFb.com Atau eSastraFb.com 7. Masukan Karya Ke ESastera@Facebook 14 7.1. Jenis Karya 7.2. Ciriciri Post Berbentuk Karya 7.3. Had Jumlah Karya Sehari 8. Kuasa Admin dan Ahli 15 8.1. Kuasa Admin Terhadap Karya Yang Telah Tersiar 8.2. Kuasa Ahli Terhadap Karya Yang Telah Tersiar 9. Dua Post Penting di ESastera@Facebook 16 9.1. Post “PengkaryaKeKarya” di Grup “ESastera@Facebook Induk” 9.2. Post “Autoprofil” di Grup “ESastera Autofprofil” 9.3. Cara Mengedit Post “PengkaryaKeKarya” 9.4. Panduan mendapatkan URL sesebuah post 10. Persatuan Aktivis ESastera, Malaysia (ESASTERA) 18 11. Penutup 19 Apendiks: Mengkomposisi Karya Berbentuk TeksPadaImej 20 A.1. KRITERIA SAJAK BERGAMBAR (TEKSPADAIMEJ) A.2. TEKSPADAIMEJ: GUNA APLIKASI MS PAINT A.3. TEKSPADAIMEJ: GUNA ACDSee Photo Manager edisi 12 A.4. CARA MEMBUAT KARYA DALAM BENTUK TEKSPADAIMEJ DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER A.5. MENGKOMPOSISI KARYA TEKSPADAIMEJ UNTUK PENGKARYA YANG MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT 3
A.6. SAJAK TEKSPADAIMEJ UNTUK SAJAK YANG PANJANG 4
Perutusan Penerbit Pembangunan e-majalah e-Sastera di laman media sosial popular Facebook telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 12.2.2015. E-majalah ini dinamai E-Sastera@Facebook.Ia dibina dengan menggunakan kemudahan grup (group) yang sedia ada dalam sistem Facebook. Buku ini disediakan untuk membantu khalayak menggunakan e-majalah E-Sastera@Facebookitu. Semoga bermanfaat. Wan Nur-Ilyani binti Wan Abu Bakar Pengurus, eSastera Enterprise Kuala Lumpur, 26hb Julai 2015 5
Kata Pengantar Penulis Pengembangan portal karya awam eSastera ke Facebook (Fb) bukanlah sesuaatu yang dikehendaki eSastera. eSastera telah membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan portal sendiri yang agak kompleks dan maju di eSastera2u.com. eSastera kurang menggemari pembangunan e-majalahnya di Fb kerana kandungan majalah itu tidak dapat dikawal atas sebab penginput dapat mengedit mahupun memadam inputnya. Ada ramai juga pelanggan Fb yang gemar berbuat sedemikian. Hal ini menyebabkan kandungan majalah menjadi tidak stabil dan kredibiliti majalah terjejas. eSastera membangunkan e-majalah di Fb demi memenuhi tuntutan pengguna pada masa ini. IRWAN ABU BAKAR Penulis merangkap Admin E-Sastera@Facebook Kuala Lumpur, 27hb Julai 2015 6
1.0. PENGENALAN1.1. FacebookFacebook (ringkasnya Fb) ialah sebuah laman sosial di internet yang sangat popular padahari ini. Laman ini diakses melalui url facebook.com. Seseorang pelayar internet dapatmenggunakan Fb secara percuma dengan membuka akaun (mendaftarkan diri atau signup)di laman facebook.com.Sesebuah akaun di Fb dapat digunakan untuk membangunkan dua jenis “subakaun”, iaitupages(halaman) dan groups(grup).Halamandan grup di Fb mempunyai ciri masing-masing-masing yang tersendiri.1.2. E-Sastera@FacebookE-Sastera@Facebook (ditulis secara ringkas di alam buku ini sebagai eS@fb) ialah sebuahe-majalah sastera yang dibangunkan di Fb dengan menggunakan kemudahan group (grup)yang dibina (create)di bawah akaun E-Sastera Malaysia.1.3. Post dan Komen di halaman GrupKomponen utama setiap grup ialah “post”, iaitu input yang dimasukkan oleh Admin danpara ahli melalui “kotak post” yang disediakan oleh sistem fb. Kotak post berada padabahagian atas di halaman pendaratan (landing page) bagi sesuatu grup. Kotak ini dapatdiakses (dimasukkan input) oleh setiap pelayar yang telah menjadi ahli grup yangberkenaan.Di bawah setiap post, ada tersedia kotak komen tempat pelayar menyiarkan komenmasing-masing terhadap post yang berkenaan. 7
2.0. GRUP2.1. Grup-grup Yang Membentuk E-Sastera@FacebookPada 27.08.2015 @ 11.55PM,e-majalah E-Sastera@Facebook terbina daripada 32 buahgrup yang dibina di bawah akaun E-Sastera Malaysia, dengan group “E-Sastera@FacebookInduk” digunakan sebagai pusat kawalan. Grup-grup lain terdiri daripada 26 grup genrekarya sastera dan empat grup bukan sastera. Di samping itu, sebuah grup dikhaskan untukmelaporkan perkembangan di portal eSastera2u.com. Setiap grup itu adalah grup awam(public group). 32 grup itu (serta alamat link pautannya) adalah seperti yang berikut:GRUP INDUK (PUSAT KAWALAN): ESastera@Facebook Induk http://goo.gl/eQWGql GRUPGRUP KARYA (SASTERA): ESastera Autoprofil http://goo.gl/CT9fdJ ESastera Cerpen http://goo.gl/hbLRh0 ESastera Deklamasi http://goo.gl/V7MfH0 ESastera Drama http://goo.gl/dUigix ESastera Esei https://goo.gl/oMijY7 ESastera Forum http://goo.gl/iHl01A ESastera Grafik http://goo.gl/DVeCaK ESastera Haiku & Tanka http://goo.gl/Xqsltn ESastera Kertas Kerja https://goo.gl/wy2ll5 ESastera Kritikan http://goo.gl/JI0ujl ESastera Lagu Puisi http://goo.gl/HSiENo ESastera Lawak http://goo.gl/HsY6Cx ESastera Madah http://goo.gl/yDyZsg 8
ESastera Makluman & Laporan http://goo.gl/UziR5A ESastera Novel http://goo.gl/HIWciv ESastera Poligenre http://goo.gl/BhYPRd ESastera Puisi Tradisional http://goo.gl/pJBv9R ESastera Puntone http://goo.gl/C2wcgS ESastera Sajak http://goo.gl/UilSe9 ESastera Sajak Jenaka (Sajen) http://goo.gl/34EfPC ESastera Soneta & Vilanel http://goo.gl/M7DlY1 ESastera TekaTeki http://goo.gl/EIC3JR ESastera Tokoh https://goo.gl/qgt1oC ESastera Travelog http://goo.gl/b63aV3 ESastera Universiti https://goo.gl/mhZRFh ESastera Vlog http://goo.gl/gvd7MS GRUP DEDIKASI BUAT PORTAL ESASTERA: ESastera 2ufb https://goo.gl/dXKfYz GRUPGRUP NONSASTERA: ESastera Fotografi https://goo.gl/0rtRmN ESastera Gerakan http://goo.gl/2aaFz3 ESastera Kedai http://goo.gl/CmBgyV ESastera Masak Dan Makan http://goo.gl/ZiUh7U 9
3.0. CITRA3.1. Imej Kepala (Masthead)Setiap grup dalam E-Sastera@Facebook dikenalpastikan melalui masthead yang sama,Rajah 3.1.Rajah 3.1. Imej Kepala bagi semua grup yang membentuk [email protected]. Imej IdentitiSetiap grup dalam E-Sastera@Facebook dikenalpastikan melalui masthead yang sama. Disamping itu, setiap grup mempunyai imej identiti masing-masing yang tersendiri. Rajah 3.2menunjukkan imej identiti bagi grup “E-Sastera Deklamasi”.Rajah 3.2. Imej identiti bagi grup “E-Sastera Deklamasi”. 10
4.0. POST TERCEMAT Setiap grup mempunyai “pinned post” (post tercemat), iaitu post yang kekal berada di kedudukan paling (atas di halaman pendaratan grup itu) pada sepanjang masa. Post ini disediakan dan dikemaskinikan oleh Admin dari semasa ke semasa. Post ini mengandungi maklumat penting tentang grup yang berkenaan. Ahli digalakkan membaca kandungan post ini. 11
5.0 MENJADI AHLI MANAMANA GRUP DALAM ESASTERA@FACEBOOK Sesiapa yang mahu menyertai emajalah eS@fb perlu mempunyai akaun di Facebook.com. Sesiapa yang berminat membaca dan menulis di emajalah eS@fb perlu menjadi ahli (member) manamana grup yang diminatinya. Walau apapun, pentadbir menggalakkan semua pengguna menjadi ahli grup “ESastera@Facebook Induk” supaya dapat mengikuti perkembangan keseluruhan emajalah ini. Di samping itu, semua ahli digalakkan untuk menyertai grup “ESastera Autoprofil” untuk menyiarkan profil masingmasing dan membaca profil ahliahli lain. Ada dua cara seseorang menjadi ahli manamana grup di eS@Fb: 1. Diundang oleh Pentadbir (Admin) grup. 2. Memohon menjadi ahli dan diluluskan oleh Admin grup itu atau oleh manamana ahli lain dalam grup itu. Permohonan dibuat dengan cara: (a) masuk ke grup itu dan menklik ikon “+ Join Group” yang tersedia; (b) tunggu notifikasi permohonan diluluskan oleh Admin/ahli; dan (c) masuk ke grup, dengan kotak masukan post kini telah beroperasi untuk menerima input anda. 12
6.0 LOG MASUK KE ESASTERA@FACEBOOK Anda tahu yang anda sedang berada di grup ESastera@Facebook kerana masthead (imej judul) bagi emajalah ini akan dipaparkan di bahagian atas halaman Facebook yang berkenaan. Untuk log masuk ke manamana grup dalam eS@fb yang telah disertai, anda boleh menggunakan salah satu daripada dua cara yang berikut: 6.1. Log Masuk Ke Akaun Fb Log masuk ke akaun Fb anda. Kemudian masuk ke grup yang dikehendaki melalui fungsi carian atau caracara lain. 6.2. Pergi Ke URL eSasteraFb.com Atau eSastraFb.com Pergi ke url eSasteraFb.com atau eSastraFb.com. Di situ, log masuk ke akaun Fb anda. Anda akan terus dibawa terus ke grup “ESastera@Facebook Induk”. 13
7.0. MASUKAN KARYA KE ESASTERA@FACEBOOK 7.1. Jenis Karya Ada dua jenis karya yang dapat dimasukkan oleh ahli, iaitu a. Post (masukan utama oleh manamana ahli) b. Komen (masukan ahli sebagai ulasan kepada post yang telah dimasukkan terlebih dahulu oleh dirinya sendiri atau oleh ahli lain). Post ditaip dan dihantar di kotakmasukanpost bagi grup yang berkenaan. Komen dimasukkan di kotak komen di bawah setiap karya yang hendak dikomen. Ahli digalakkan untuk memberi komen terhadap karya ahli lain demi memeriahkan suasana pengkaryaan. 7.2. Ciriciri Post Berbentuk Karya Pengurusan eS@fb menetapkan bahawa setiap post berbentuk karya hendaklah mengandungi unsur siber, sekurangkurangnnya teks yang diiringi imej yang relevan. Namun pengkarya digalakkan untuk menyiarkan karya berbentuk tekspadaimej. Panduan mengkomposisi karya yang sedemikian ada diberikan dalam grup “ESastera Universiti”. Juga ada diberikan dalam bahagian Apendiks buku ini. Ciriciri siber lain yang dapat dimasukkan ke dalam karya anda , termasuklah: 1. Karya diiringi video. 2. Karya diiringi audio. 3. Karya dengan hyperlink. 4. Karya dalam bentuk tekspadaimej. 5. Karya berbentuk persembahan video. 7.3. Had Jumlah Karya Sehari JANGAN siarkan lebih daripada sebuah karya dalam sesuatu genre pada satu hari. 14
8.0 KUASA ADMIN DAN AHLI Setiap grup diurus oleh seorang atau beberapa Admin. Admin ini merupakan pembina grup dan ahliahli lain yang kemudiannya dilantik oleh manamana Admin. Setiap orang Admin mempunyai kuasa yang sama terhadap ahli dan karya di grup yang diuruskannya. Dua bidang kuasa penting Admin adalah terhadap kedudukan keahlian seseorang ahli dan terhadap karya yang telah disiarkan. Di sini disenaraikan kuasa Admin dan ahli terhadap karya yang telah disiarkan. 8.1. Kuasa Admin Terhadap Karya Yang Telah Tersiar Admin boleh memadam manamana karya yang telah disiarkan. 8.2. Kuasa Ahli Terhadap Karya Yang Telah Tersiar Ahli boleh mengedit dan memadam manamana karyanya sendiri. 15
9.0 DUA POST PENTING DI ESASTERA@FACEBOOK Semua ahli diminta memberi perhatian kepada dua post penting berkaitan eS@fb, iatu post PengkaryaKeKarya di grup “ESastera@Facebook Induk” dan post Autoprofil di grup “ESastera Autoprofil”. 9.1. Post “PengkaryaKeKarya” di Grup “ESastera@Facebook Induk” a. Pengurusan eS@fb mengehendaki setiap ahli yang menyiarkan karya di emajalah ini supaya menyenaraikan judul dan link semua karya masingmasing dalam sebuah post yang dinamai post PengkaryaKeKarya di grup “ESastera@Facebook Induk”. Hal ini adalah untuk memudahkan ahli berkenaan dan ahliahli lain mengakses karyakarya itu kemudiannya. Post PengkaryaKeKarya ini perlu dikemaskinikan oleh ahli yang berkenaan setiap kali ia menyiarkan sebuah karya baru di manamana grup dalam eS@fb. b. Format post PengkaryaKeKarya ini telah disediakan oleh Admin dalam sistem eS@fb. Ahli hanya perlu “salin dan tampal” sahaja borang itu sebagai postnya di grup “ESastera@Facebook Induk”. Kemudiannya, ahli perlu edit borang itu setelah menyiarkan apaapa karya di manamana grup. i. Borang itu boleh didapati di sini http://goo.gl/CXUAOW ii. Cara mengedit borang itu ada diberikan dalam Subseksyen 9.3 di bawah c. Admin akan menyenaraikan nama ahli serta link ke post PengkaryaKeKarya ahli itu di post senarai kandungan eS@fb. Senarai ini disiarkan sebagai sebuah post di grup “ESastera@Facebook Induk” di URL ini http://goo.gl/jE45qF 9.2. Post “Autoprofil” di Grup “ESastera Autofprofil” a. Format post Autoprofil juga telah disediakan oleh Admin di dalam sistem eS@fb. Ahli perlu “salin dan tampal” serta mengeditnya. b. Admin akan menyenaraikan semua judul post (nama ahli) dan linknya di dalam post senarai kandungan bagi grup “ESastera Autoprofil” untuk memudahkan akses. 16
9.3. Cara Mengedit Post “PengkaryaKeKarya” a. Pergi ke post berkenaan dan tekan ikon untuk mengedit. (Ikon ini berbentuk huruf v yang terpapar di sebelah atas kanan halaman). b. Taipkan judul karya itu di seksyen yang berkenaan pada borang itu. c. Taipkan URL bagi karya itu di sebelah judulnya. (URL karya diperoleh dengan mengikut panduan yang diberi dalam Subseksyen 9.4. 9.4. Panduan mendapatkan URL sesebuah post Setiap karya (post di grup) yang dibuat mempunyai URL (alamat link) yang unik untuknya.URL karya diperoleh dengan mengikut langkahlangkah yang berikut: (i) klik kiri pada “waktu masuk karya” yang dipaparkan di sebelah atas kiri karya (di sebelah bawah nama pengkarya), Rajah 9.1; Rajah 9.1. Tempat klik untuk mendapatkan URL karya (ii) sdr akan dibawa ke situs tempat karya itu dipaparkan di halaman yang unik untuknya; (iii) salin URL unik karya itu yang dipaparkan di bar alamat karya itu (di baris atas halaman yang berkenaan). Perhatian: Jika mahu, bentuk ringkas bagi URL ini dapat diperoleh dengan menukarnya di situs goo.gl. 17
10.0. PERSATUAN AKTIVIS ESASTERA, MALAYSIA (ESASTERA) Anda rajin berkarya di ESastera@Facebook. Perkukuhkan jaringan ukhwah dengan ahliahli lain dengan menyertai gerakan offline yang dinamai Persatuan Aktivis ESastera, Malaysia (ESASTERA). Butiran tentang ESASTERA ada diberikan di portal AktivisEsastera.com. Borang permohonan untuk menjadi ahli juga ada disertakan di portal itu. 18
11.0. PENUTUP ESastera@Facebook ialah sebuah majalah sastera yang serius. Jika sdr menggunakannya dengan baik, sdr dapat menjadi seorang penulis yang dikenali di Nusantara hanya dengan berkarya di sini. Ahli diminta TIDAK memadam mahupun mengedit karya (post) yang telah disiarkan lebih daripada satu jam. Jika penambahbaikan mahu dilakukan kepadanya, siarkan semula karya itu sebagai post baru. Hal ini dapat membantu menjamin kestabilan dan kebolehpercayaan kandungan emajalah ini. Walau apapun: a. Ahli dibenarkan mengedit post “ESastera Autoprofil” masingmasing demi mengemaskinikan profilnya. b. Ahli dikehendaki mengedit post “PengkaryaKeKarya” masingmasing untuk mengemaskinikan senarai karyanya yang disiarkannya di ESastera@Facebook. Anda juga diminta supaya TIDAK mengedit atau memadamkan manamana komen yang telah anda buat. 19
APENDIKS. MENGKOMPOSISI KARYA BERBENTUK TEKSPADAIMEJ A.1. KRITERIA SAJAK BERGAMBAR (TEKSPADAIMEJ) (Oleh: Muhd Iqbal Asyran) Antara unsur yang perlu ada bagi sajak bergambar: 1. Sajak 2. Gambar 3. Efek 4. Tajuk sajak (huruf besar) 5. Nama pena 6. Tarikh 9. Lokasi (optional) 10. Watermark (jika perlu) 11. Jangan letakkan teks sajak anda bersama sajak bergambar anda. Setelah anda gabungkan 11 unsur tersebut, maka lengkaplah sajak bergambar anda. Saya ingin memberi sedikit penegasan berkenaan gambar yang dipilih bagi mewakili suara sajak anda: pilihlah gambar yang dapat memberi impak walaupun pembaca belum lagi mula membaca sajak anda. Gambar yang dipilih itu umpama magnet bagi menarik pembaca untuk membaca sajak anda. Contoh yang terbaik yang saya jumpa adalah sajak terbaru dari Najmuddin Yusoff yang saya sertakan di sini. Namun kesilapan pada sajak bergambar ini, tidak diletak nama penulisnya dan tajuknya pula dicetak dengan huruf kecil. Namun impak gambarnya sangat mantap, memanggilmanggil saya untuk meneliti setiap bait kata sajaknya. Unsur terakhir yang wajib iaitu nombor 11: apabila anda postkan sajak anda, janganlah postkan juga teks sajak anda kerana akan mencacatkan keseluruhan konsep sajak bergambar. Postkan sajak bergambar anda begitu saja. Teks yang boleh diletak, adalah sedikit penerangan, 20
makluman tertentu, atau deskripsi yang anda rasa pembaca perlu tahu. Itu saja. Biarkan pembaca menikmati sajak bergambar anda tanpa gangguan. Jika anda meletakkan teks sajak di samping sajak bergambar, pembaca selalunya tidak akan meneliti sajak bergambar tersebut. Tambahan pula, jika sajak bergambar anda kabur, tulisannya kurang jelas atau kecil. Jika alasan anda ialah khuatir pembaca tak dapat membaca kerana paparan kurang jelas, maka sudah menjadi tanggungjawab dan tugas anda untuk memastikan sajak bergambar anda adalah jelas untuk dibaca. Saya amat berharap supaya, selepas ini, kita semua akan memfokus kepada sajak bergambar bagi menggantikan konsep lapuk “sajak bersama gambar pengiring”. 21
A.2. TEKSPADAIMEJ: GUNA APLIKASI MS PAINT 1. Buka imej sdr dengan menggunakan aplikasi MS Paint. 2. Selaraskan saiz image mengikut kesesuaian saiz untuk menempatkan teks. 3. Klik ikon “A” untuk buat kotak teks pada imej. 4. Klik kotak teks pada imej dan selaraskan saiz yang dikehendaki. 5. Tampal teks puisi ke dalam kota imej (dan selaraskan saiz kotak teks, jika perlu). 6. Save. 7. Muat naik ke facebook. Sajak “Masalah Di Syurga” yang dipaparkan di sini dihasilkan melalui aplikasi MS Paint. 22
A.3. TEKSPADAIMEJ: GUNA ACDSee Photo Manager edisi 12 (Oleh: Tabir Alam) (1) Untuk imej seperti paparan, sila pilih gambar yang sesuai untuk digandingkan dengan kandungan haiku. (2) Crop gambar dengan memberi ruang yang secukupnya untuk meletakkan teks, kemudian resize atau crop (yang mana sesuai) gambar ke ukuran 300 pixel lebar x 400 pixel tinggi. (3) Guna font Gill MT Ext Condensed dengan teks ukuran 28 warna putih. (4) Pilih Drop Shadow Setting jika latar belakang agak cerah; kalau cukup gelap untuk teks warna putih, tidak perlu Drop Shadow Setting. (5) Pilih Text Alignment yang sesuai untuk meletak perkataan bagi digunakan pada imej. (6) Klik Border sekali sahaja untuk Straight White Border; guna saiz 15 untuk paparan biasa. (7) Klik Border sekali lagi untuk Edge Effects dan pilih Drop Shadow bagi menampakkan gambar itu timbul. (8) Simpan (Save) item yang dihasilkan. 23
A.4. CARA MEMBUAT KARYA DALAM BENTUK TEKSPADAIMEJ DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER (Sila rujuk di portal ini: http://goo.gl/4yat0N) Salah satu cara untuk menempatkan teks pada gambar dengan menggunakan MS Publisher adalah seperti yang berikut: 1. Buka Microsoft Publisher. 2. Buka dokumen kosong baru. 3. Simpan fail (dan lakukan hal ini selalu). 4. Masukkan gambar. 5. Masukkan sebuah kotak teks ke dalam gambar. 6. Taipkan teks anda. 7. Satukan gambar dengan kotak teks. 8. Simpan gambar yang telah disatukan. 24
A.5. MENGKOMPOSISI KARYA TEKSPADAIMEJ UNTUK PENGKARYA YANG MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT (Oleh: Muhd Iqbal Asyran) Tutorial ini khas untuk mereka yang selalu menggunakan fon dalam menghasilkan karya. Tutorial ini lebih berat kepada pengguna android. Bukan saya antiApple, tetapi fon saya adalah android. Oleh itu saya tidak tahu keberkesanannya pada pengguna iPhone, tetapi mereka digalakkan mencuba. Untuk menghasilkan karya menggunkan fon, anda perlukan tiga aplikasi yang berikut: 1. Pengedit teks 2. Pengedit foto 3. Pencari foto Anda boleh saja menggunakan khidmat google untuk mencari imej yang sesuai tetapi selalunya gambar yang dipaparkan mempunyai watermark. PENGEDIT TEKS Terdapat pelbagai aplikasi untuk text editor atau note editor jika anda cari di dalam google play store. Namun setelah mencuba pelbagai aplikasi, saya memilih Evernote. Kelebihan evernote, nota yang anda simpan tak akan hilang walaupun anda format fon anda; Kedua, anda boleh sync dengan desktop jika anda memasangnya di pc anda. Maknanya, apa saja yg anda taip di henfon, akan wujud juga di pc anda. Saya percaya Evernote boleh didapati untuk pengguna iPhone juga. Anda boleh cuba cari di apps store. Jika anda penggunakan samsung, s4, s5,s6 , note 1,2,3, dan 4. Anda tidak perlu Evernote. Aplikasi S note atau S memo yang dibekalkan oleh Samsung sudah cukup untuk terus ke langkah 2, photo editor. PENGEDIT FOTO Apps ni adalah yang paling penting dan menghasilkan sajak bergambar. Saya juga telah mencuba pelbagai apps untuk photo editor. Yang paling saya suka ialah PiXLR. Boleh cari di google play store. Kelebihan PiXLR: ia mempunyai pelbagai efek, tools, filter dan, paling penting, teks dengan font yang menarik. 25
Kekurangan PiXLR ialah had teks sebanyak 350 huruf sahaja. Hal ini sangat tidak membantu jika sajak anda panjang. Tetapi jangan risau, ada cara lain. PENCARI FOTO Semasa mulamula saya membuat sajak bergambar ini, mencari foto adalah perkara yang rumit. Terutama apabila menggunakan google. Sama ada gambar tersebut ada watermark atau resolusinya tidak tinggi. Setelah beberapa lama, saya terfikir, mengapa tidak mencari wallpaper? Selalunya, wallpaper tiada watermark dan resolusinya tinggi. Tetapi saya masih menggunakan google sebagai pencari. Kemudian saya tersedar, betapa bodohnya saya, bukankah saya ada google play store? Saya boleh saja muat turun mana mana aplikasi yang menawarkan koleksi wallpaper yang saya mahu. Dan setelah berpuluh kali memuat turun dan mencuba, saya menggunkan aplikasi WALLPAPER CASA sehingga sekarang. Kelebihan WALLPAPER CASA ialah sifatnya yang menawarkan banyak kategori untuk wallpaper. Bermacammacam. Dan beriburibu gambar sedia dipilih. Apabila anda jumpa sahaja gambar yang anda mahu, klik butang download dan gambara iatu akan terus disimpan di fon anda. Kelemahannya, ada sedikit bug buat seksyen pencarian. CARACARA Sekarang, anda sudah mempunyai ketigatiga aplikasi yang diperlukan untuk membuat sajak bergambar. Caranya : 1. Tulis sajak anda di Evernote. 2. Salin teks anda 3. Buka wallpaper casa dan cari gambar yang anda mahu. Jika sajak anda sajak cinta, anda boleh cari “love”. Jika anda mahu gambar laut, anda cari sahaja “sea”. Jika anda perhatikan gambar untuk sajak saya yang bertajuk “Dewi”, saya cari “love” dan scroll sampai jumpa gambar ini. Untuk sajak “Selamat Pagi Cinta”, saya cari “hug”. Begitulah. Gunakan imaginasi anda. 4. Buka PiXLR, anda akan dibawa ke homepage. Di situ sudah ada, secara automatik, gambar yang anda muat turun tadi. Jika anda tidak mahu gambar itu, boleh pilih gambar lain dengan menekan photo untuk merayau gambar lain. Sesudah anda pilih gambar yang anda muat turun tadi, anda akan dibawa ke halaman page editing. Di sini anda boleh edit gambar anda sama ada hendak crop, hendak rotate, hendak letak efek atau filter, hendak kaburkan, hendak tukar kecerahan semuanya boleh. Jika tidak mahu, anda terus sahaja ke bahagian text dan pilih kategori font yang anda suka serta tekan paste (setelah anda salin dari evernote di langkah 1). 26
Selepas paste, anda boleh selarast kedudukan, besar kecil, dan warna. Setelah puas hati, bolehlah tekan apply dan save. Walla! Sajak bergambar sudah siap dan anda boleh postkan di fb. TAMBAHAN: Jika sajak anda panjang, melebihi 350 huruf anda boleh guna 2 cara: Pertama, dari evernote, anda screenshot, tetapi pastikan sajak anda keseluruhannya berada dalam screnshot tersebut. Kemudian anda boleh edit menggunkan PiXLR, seperti crop, tambah efek dan filter. Dan siap! Kedua, jika sajak anda terlalu panjang sehingga tidak dapat anda screenshot pada evernote, anda pasangkan kingsoft microsoft office. Salin teks sajak anda, buka words (dari kingsoft microsoft office), tampalkan sajak anda, dan screenshot. Buka PiXLR dan lakukan pengeditan. Dan siap untuk dipost ke fb. 27
A.6. SAJAK TEKSPADAIMEJ UNTUK SAJAK YANG PANJANG (Oleh: Muhd Iqbal Asyran) Di sini saya akan nyatakan langkahangkah yang saya ambil untuk menghasilkan sajak bergambar untuk sajak yang panjang. Aplikasi yang sama saya gunakan seperti yang diberitahu untuk sajak lebih pendek (Bab Appendiks A.5) tetapi dengan penambahan satu lagi aplikasi. Aplikasi tambahan itu ialah: 1. Evernote 2. PiXLR 3. Kingsoft Microsoft Office word. Langkahlangkah (sila rujuk gambar untuk pemahaman yang lebih): 1. Tulis sajak menggunakan Evernote. Disebabkan sajak anda panjang, anda tidak akan dapat buat screenshot kerana hanya sebahagian sahaja yang akan termuat seperti Gambar 1. 2. Oleh itu, abaikan screenshot, sebaliknya salin teks sajak anda. Buka applikasi Kingsoft Microsoft Office dan pilih word. Kemudian pilih tanda + untuk new document. 3. Tampalkan sajak anda dan lakukan sedikit pengeditan untuk paragraf supaya sajak anda akan termuat dalam skrin fon anda. Kemudian screenshot seperti Gambar 2. 4. Buka PiXLR, pilih screenshot tadi, seperti Gambar 3, dan lakukan cropping seperti Gambar 4. 5. Setelah crop, anda bolehlah letak efek dan filter bagi menaikkan mood sajak anda seperti gambar akhir sajak “Mungkin”. 28
29
30
31
32
Search
Read the Text Version
- 1 - 32
Pages: