KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN SSK3023-PENTADBIRAN RANGKAIAN TUGASAN [3 JAM] TOPIK 1:PENGENALAN KEPADA TUGAS PENTADBIR RANGKAIAN NAMA & No Pendaftaran: 100 - Nabila Hemayati Binti Aman Afaidi (J01SSK20F010) - Maghfirah Binti Husakki (J01SSK20F011) - Muhammad Adham Bin Md Adif (J01SSK20F015) - Nurzaifira Aneesa Binti Zawawi (J01SSK20F002) - Mohamad Nazrul Fadhli Bin Kamarul Zaman (J01SSK20F007)
PENGENALAN Rangkaian komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubungan. Nod boleh terdiri dari computer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagi media komunikasi. Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian Kawasan setempat (LAN) da rangkaian Kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah internet. Rangkaian juga banyak digunakan untuk urusan perniagaan, pengiklanan, Pendidikan, pengeluaran, penghantaran, perancangan, perakauanan dan urusan pentadbiran. Melalui rangkaian juga wujud teknologi baru dan peluang pekerjaan yang baharu. 1
ISI KANDUNGAN Bil Tajuk Muka Surat 1 Pengenalan/Defini Pentadbiran Rangkaian 3 Definisi jenis tugas di dalam Pentadbiran Rangkaian: 3 2 a. Definisi Juruteknik Rangkaian 3-4 b. Definisi Pembantu Pentadbir Rangkaian 4 Definisi Tugas-tugas Juruteknik Rangkaian: 5 c. Menerangkan masalah perkakasan dan perisian 5 3 rangkaian 6 d. Menerangkan masalah pendawaian rangkaian Definisi Tugas- tugas Pembantu Pentadbir Rangkaian: 6 a. Menerangkan kelebihan pengurusan Network Monitoring 6-7 4 b. Menerangkan kaedah pengurusan Device Configuration 7-8 c. Menerangkan kepentingan pengurusan Buku Log 8 d. Menyediakan Senarai Semak Tugas 9 5 Kesimpulan 10 6 Rujukan 10 2
Pengenalan/Definisi Pentadbiran Rangkaian: Berdasarkan maklumat yang saya ambil di halaman Kolej Komuniti Bandar Darul Aman. Definisi pentadbiran rangkaian ialah proses mentadbir dan mengurus perkakasan rangkaian dalam sesebuah institusi. Oleh itu, perisian yang digunakan dalam pelaksanaan pentadbiran rangkaian dikenali sebagai network managemant software. Pentadbir rangkaian ialah seorang pengawai yang ditugaskan oleh organisasi untuk menjaga, memantau dan memastikan kelancaran operasi dan infrasturuktur rangkaian. bidang tugas mungkin akan berubah mengikut keperluan dan perjawatan di organisasi. Namun begitu, jawatan ini disadang oleh pengawai yang lebih senior. Definisi jenis tugas di dalam Pentadbiran Rangkaian: a. Definisi Juruteknik Rangkaian Mengikut halaman Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, ini adalah menerangkan tugas juruteknik rangkaian adalah seperti berikut : 1. Menguruskan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KMP/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal berikut : a. Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. b. Membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dan lain-lain bagi rangkaian SchoolNet, Egnet, Broadband, Internet Accesss, Pusat Akses dan sebagainya. c. Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP-Address, Gateway, Modem dan sebagainya. Meja Bantuan Aras 1 (Menerima aduan dan mengenalpasti awal kerosakan). 2. Laporkan sebarang masalah kerosakan rangkaian LAN atau WAN di Makmal Komputer atau Pusat Akses Sekolah kepada pihak PKG berhampiran sebagai Meja 3
Bantuan Aras 1. Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. 3. Membantu menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah. 5. Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosuder keselamatan dan berkesan selaras dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU. 6. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam penyediaan peralatan ICT untuk aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SDM, Sistem Buku Teks dan sebagainya. b. Definisi Pembantu Pentadbir Rangkaian Mengikut halaman Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, tugas pembantu pentadbir rangkaian membantu dan menjalankan proses pentadbiran rangkaian dengan menguruskan network monitoring seperti memasang serta melaksanakan network monitoring. Menguruskan device configuration dan menaik taraf perkakasan rangkaian seperti : - 1. Servers (cloud dan fizikal) 2. Routers 3. Switches 4. Access Point Menguruskan sistem operasi dan server. Mengukuhkan elemen keselamatan dan melaksanakan pengujian. Menyediakan dan menyemak senarai semak dan log. 4
Definisi Tugas-tugas Juruteknik Rangkaian: c. Menerangkan masalah perkakasan dan perisian rangkaian Menurut Nur Shahzana Binti Bahrin,dalam Halaman Kolej Komuniti Jasin masalah berkaitan perkakasan yang bermaksud kecuaian yang disebabkan oleh diri sendiri.Sebagai contoh,apabila komputer di masuki air atau terlepas dari tangan dan semua kecuaian. Terdapat beberapa masalah perkakasan yang berlaku di komputer kita antaranya: Kepanasan(Excessive Heat) Bau(Odor) Bunyi Bising(Noise) Penunjuk Lampu(Light Indicator) Kerosakan Yang Tidak Kelihatan(Invisible Damage) Bagi masalah berkaitan perisian rangkaian jika perkakasan yang anda sambungkan ke komputer berfungsi dengan baik,ia bermaksud perisian yang mengawalnya gagal berfungsi seperti yang diharapkan.Perisian adalah sesuatu yang tidak boleh dipegang. Jika perkakasan yang anda sambungkan ke komputer dengan sebaik baiknya , maksudnya alat pemacu perisian (alat pemacu) yang anda pasang ke dalam komputer berfungsi dengan betul , kalau perkakasan yang tidak rosak gagal berfungsi dengan betul kemungkinan besar anda perlu mengemaskini pemandu peranti itu atau anda telah memasang drive device dengan cara yang salah atau ada percanggahan (konflik) antara driver peringkat tersebut . Terdapat beberapa masalah Perisian Komputer yang berlaku di komputer kita ialah i . Registry ii . Auto restart errors iii . Bluescreen error iv . Error messages - invalid boot disk v . Inaccessible boot drive 5
d. Menerangkan masalah pendawaian rangkaian Menurut Zulhana Zulkiflie slide yang dipaparkan bagi pendawaian rangkaian pula ia bertujuan melaksanakan pengujian bagi mengenalpasti kegagalan rangkaian dan melaksanakan proses baikpulih.Ia juga memperkenalkan tenyang keperluan piawaian dalam pendawaian rangkaian dan peralatan serta kaitan dengan aspek lain untuk membangunkan rangkaian .Diantara masalah ii pendawaian rangkaian ialah: 1.Gangguan Rangkaian (terdapat dua) i.gangguan elektromagnetik(EMI)-dipasang berhampiran peralatan elektrik ii.Crosstalk-Data isyaray antara dua media berasingan menganggu antara satu sama lain. 2.Penyambung atau pendawaian tidak elok menyebabkan kegagalan rangkaian. Definisi Tugas- tugas Pembantu Pentadbir Rangkaian: a) Menerangkan kelebihan pengurusan Network Monitoring Seperti yang kita tahu, juruteknik rangkaian juga mempunyai pembantu dan ia memainkan peranan yang penting.Contohnya seperti mengetahui tentang kelebihan pengurusan Network Monitoring.Menurut penulis pada laman web Motadata,antara kelebihan pengurusan Network Monitoring ialah membolehkan kecekapan kos.Dengan menggunakan protokol asli,kita menggunakan apa yang sudah ada dalam persekitaran IT kita.Perkara ini amatlah penting untuk memilih penyelesaian yang meminimumkan kos dan memaksimumkan nilai dengan menggunakan alat sedia ada di persekitaran kita. Seterusnya,kita dapat membuat pengurusan rangkaian pemantauan mudah.Dengan menggunakan protokol asli,kita boleh menjimatkan masa dan usaha yang diperlukan untuk melakukan tugas berulang.Selain itu kebanyakan alat asli seperti PowerShell dan SNMP boleh merangkumi pelbagai peranti lengkap pada infrastruktur IT kota untuk tujuan pemantauan. 6
Antara kelebihan pengurusan Network Monitoring yang terakhir kita dapat memelihara keselamatan secara utuh.Protokol asli menggunakan keupayaan dalam untuk membina prestasi rangkaian.Sebaliknya, menggunakan ejen proprietari pihak ketiga boleh membawa sendiri pelbagai kebimbangan keselamatan.Pelabuhan terbuka boleh menyebabkan risiko keselamatan yang ketara. Ini meninggalkan prasarana kita terdedah kepada data yang mengalir dari pelabuhan terbuka.Oleh itu, manfaat besar menggunakan protokol asli untuk pemantauan prestasi rangkaian adalah bahawa kita bermain dengan standard keselamatan diri kita sendiri.Kita boleh yakin bahawa tiada apa-apa yang bersembunyi di sekitar yang boleh memecahkan peraturan firewall kita dan langkah keselamatan yang lain. b) Menerangkan kaedah pengurusan Device Configuration Pengurusan konfigurasi rangkaian adalah disiplin dalam IT yang melibatkan sandaran konfigurasi rangkaian, automasi rangkaian, perubahan konfigurasi,pemulihan nahas dan pengauditan. Walaupun Pengurusan Konfigurasi Rangkaian (NCM) secara beransur-ansur akan memberi kesan maksimum pada keseluruhan ketersediaan rangkaian,ia biasanya memerlukan banyak perancangan dan tidak dapat diukur. Menggunakan sistem pengurusan kerosakan & pengurusan kesalahan, seperti NMS,memberikan maklumat segera kepada pentadbir IT mengenai prestasi dan ketersediaan rangkaian. Dengan demikian,pengguna juga dapat mengukur dampak positif, manajemen konfigurasi jaringan telah dibuat setelah digunakan.Pengurusan Konfigurasi Rangkaian sangatlah penting kerana ia meningkatkan keupayaan untuk membuat skala infrastruktur IT tanpa mengaitkan kakitangan pentadbiran IT untuk menguruskan peranti atau sistem tersebut. 7
Ini menjadikannya layak untuk melaksanakan pengurusan konfigurasi. Faedah utama Device Configuration adalah konsistensi perisian dan sistem. Dengan pengurusan konfigurasi rangkaian,kita mungkin tidak lagi menganggap atau berharap konfigurasi rangkaian adalah terkini, kerana jika Device Configuration berada pada konfigurasi, kita jelas dalam keadaan yang betul.Terdapat beberapa manfaat utama Device Configuration iaitu risiko yang lebih rendah,dapat mengurangkan kos,meningkatkan pengalaman pelanggan dengan cepat dan pemulihan perkhidmatan lebih cepat. c) Menerangkan kepentingan pengurusan Buku Log Buku log ialah suatu teknik catatan kerja, sama ada secara rasmi atau peribadi.Sebagai contoh, pengawal keselamatan di pintu masuk utama sesebuah kompleksperlu mencatat kemasukan pelawat yang diberi kebenaran masuk berdasarkanbutiran asas mereka. Buku log juga boleh mempunyai format tertentu sebagai rekod kerja atau rekodkemajuan sesuatu program. Buku log juga boleh memastikan semua data / fail / maklumat penting sentiasa dipantau dan dikemaskini bagi memastikan data mudah diakses dan boleh didapatkan sebagai rujukan dan membantu proses kerja berjalan dengan lancar. Buku log boleh digunakan juga untuk menyediakan peralatan ICT yang sesuai dan juga membaiki kerosakan berdasarkan pelan penyelenggaraan berkala. Untuk memastikan sentiasa terkini. dikemaskini laman web dengan maklumat. Untuk mengendalikan penyelenggaraan komputer dan perkhidmatan berkaitan ICT . Mengendalikan pemasangan perkakasan dan perisian. 8
d) Menyediakan Senarai Semak Tugas Berdasarkan slideshare Fatin Liyana, senarai semak adalah satu jenis alat bantu pekerjaan bermaklumat yang digunakan untuk mengurangkan kegagalan dalam melaksanakan tugas. Ia juga membantu untuk memastikan konsistensi dan kesempurnaan dalam menjalankan tugas. Sebagai satu contoh yg asas adalah “Senarai semak perkara perlu dibuat.” Membuat jadual dan meletakkan tugas-tugas yang perlu dilakukan mengikut masa, hari atau faktor-faktor lain merupakan senarai semak yang baik. Contoh: Fungsi senarai semak ialah membantu pengguna untuk menjalankan tugas penyelenggaraan alat dengan lebih sistematik. Selain itu, dengan menggunakan senarai item dan tugas-tugas yang perlu dilakukan bagi mengurangkan kegagalan pada alat. 9
KESIMPULAN Kesimpulannya, pentadbiran rangkaian perlulah bertanggungjawab terhadap tugas - tugas yang perlu dilaksanakan agar tidak berlaku kerosakan pada alat dan rangkaian. Pentadbir rangakaian perlu waspada dan sentiasa melaksanakan tugas secara sistematik. Akhir sekali, perlu ada pentadbir rangkaian untuk mengurus syarikat - syarikat besar supaya keselamatan data dan rangkaian dapat dijamin. RUJUKAN https://nshahzananibahrin.blogspot.com/2019/08/sistem-komputer-dan-rangkaian- ssk-3033.html https://drive.google.com/drive/folders/14uN8bFrCQEGTvFCGe9n6JibOcbQhpIgB?us p=sharing https://drive.google.com/file/d/1dX_GtJP5ENTltaYpHtCbFS8PYoUsPuEA/view https://www.motadata.com/ms/blog/advantages-monitoring-network-using-native- protocols/ https://www.motadata.com/ms/blog/what-is-network-configuration-management/ https://sp.kptm.edu.my/v2/index.php/my/carta-organisasi/ahli-pengurusan- tertinggi/teknologi-maklumat https://www.slideshare.net/FatinLiyana4/senarai-semak-43852855 https://www.slideshare.net/zulhanazulkifle/sks3124-bab-12-46126014 10
Search
Read the Text Version
- 1 - 11
Pages: