Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Symbiosis Lebaran

Symbiosis Lebaran

Published by nurfadzlinyusof, 2021-05-12 05:18:04

Description: Symbiosis Edisi Khas Raya 2021

Search

Read the Text Version

SYMBIOSIS LEBARAN

Satu syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun di pinta di hari Mulia

UCAPAN RAYA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KPRJ

Assalamualaikum WBT Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya kita dapat menyempurnakan ibadah puasa di samping ibadah terawih dan lain-lain amal kebajikan pada bulan Ramadan yang lalu. Semoga segala amal kita diterima oleh Allah SWT Kini Aidilfitri menjelang tiba. Tahun ini merupakan tahun kedua kita menyambut Aidilfitri dalam suasana yang di luar kebiasaan. Pasti ramai juga yang sedih tidak dapat beraya bersama keluarga di kampung halaman apabila dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, percayalah arahan ini dibuat untuk kebaikan kita bersama kerana COVID-19 menyerang tidak kira usia, bangsa malah kedudukan. Untuk itu saya menyeru agar kita semua sentiasa mengamalkan amalan kawalan kendiri. Jangan lupa memakai penutup muka, sentiasa sanitize dan elakkan berkumpul ramai-ramai. Dalam pada kita bergembira menyambut Syawal, marilah kita bersama sama menggunakan masa yang ada untuk melakukan refleksi terhadap diri kita sendiri. It is time to gather our strengths, identify our weaknesses and see problems as our opportunities. It is also time to learn new things as much as possible, to hope and to work for the best. Situasi semasa sebenarnya menuntut kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran kita tidak dapat berfikir dengan baik dan tanpa kesabaran maka tiadalah kejayaan. Let’s put our trust and faith in Allah SWT. Semoga kita semua terlindung daripada wabak ini, Amin Ya Rabbal Alamin. Di kesempatan ini juga saya memohon kemaafan andai ada tersilap kata, tersalah bahasa. Semoga ukhuwah sesama kita kekal erat. We’ll stay stronger together by staying apart. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H ‫ﺗﻘﺒﻞ ﷲ ﻣﻨﺎ و ﻣﻨﻜﻢ‬ Raya Tetap Raya, Kita Jaga Kita

UCAPAN RAYA H.O.D

Norliza Binti Suleiman S- alam Aidil Fitri pada ahli Keluarga KPRJ tersayang. Mohon Maaf Zahir dan Batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum dan semoga barakah Allah SWT memenuhi hidup kita dengan kebahagiaan dan membuka semua pintu rezeki. Azman Bin Abd Majid Salam Ramadhan dan Salam Syawal. Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan hati yang ikhlas saya memohon kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. ‘On Bin Jabbar @ Ja’afar Takbir sudah bergema, Syawal sudah tiba. Selamat Hari Raya, ampun maaf dipinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Zainal Abidin Bin Zakaria Salam dihulur tanda ingatan, moga ukhwah sentiasa berkekalan, Selamat Hari Raya Aidilfitri saya titipkan, buat keluarga dan juga kenalan. SALAM AIDILFITRI Khairudin Bin Hasan Assalamulaikum. Saya dan Div. Pembangunan Hartanah ingin mengucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga Allah memberi kita kekuatan didalam menewaskan wabak Covid-19 ini. Abd Razat Bin Md Abas Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga KPRJ Ikhlas daripada saya & keluarga Nursoraya Binti Abd Rahman Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan yang terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Kemenangan bagi setiap umat Islam hasil dari ‘peperangan’ menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf dipinta jika ada salah tutur kata dan perbuatan. 0-0 ya! Stay safe dan observe the SOP!

Sharipah Binti Jamaludin Tangan dihulur maaf dipinta, erat hubungan sesama kita, semoga gembira di hari yang mulia ,salah dan silap harap dimaafkan, yang termakan minum mohon dihalalkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin....❤❤ Mohd Zafaruddin Bin Razali Alunan takbir terasa nyaman. Tanda kesyukuran atas kemenangan. Teringat kepada kampung halaman. Sempana PKP beraya di perantauan Arry Nazroun Bin Ahmad Buat meriam pasang pelita, Asap keluar bunyi tiada, Ucapan raya maaf dipinta. Harap tiada yang mengguris jiwa. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada semua warga KPRJ Mejar Amin Bin Sharip Tangan dihulur maaf dipohon, Tanda ikhlas mensucikan diri, Salah dan silap harap diampun, Semoga berbahagia di Aidilfitri. Azlawati Binti Mohamad Jami Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.. Stay safe.. Stay at home.. kita jaga kita.. Syed Mohamed Bin Moideen Walaupun Raya PKP, raikanlah kemenangan dengan penuh kesyukuran. SELAMAT HARI RAYA. Mat Sahwira Bin Tamat Jari disusun, maaf dipinta, terbit dari, lubuk hati yang dalam, atas segala kekhilafan lalu, antara sedar dan lalai, dalam kemeriahan kita menyambut syawal, jangan dilupa, kita masih belum menang, Selamat Hari Raya AidilFitri 1442 hijrah maaf zahir dan batin, ikhlas dari mat Sahwira Tamat. Mohd Radzib bin Mohd Ariff Salam Aidilfitri, dengan luhur ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah diampuni. Maaf Zahir dan Batin. Mustapha Bin Hussein Ramadhan berlalu pergi, Syawal menjelma di Aidilfitri, Kupohon maaf kekhilafan diri, Dihari raya yang diberkati.

Muhammad Razi Bin Hashim Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal kini dinanti, Luhur hati mohon keampunan, Semoga kesalahan dapat dimaafi... Mohd Masni Bin Wakiman Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin kepada semua warga KPRJ daripada pejabat CEO Raja Fouzeel Akmal Bin Raja Haji Zainal Salam lebaran diucapkan kepada warga KPRJ dan anak syarikat. Maaf zahir dan batin. Hamidon Bin Sarmo Eid Mubarak, Saya mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua Warga Kerja KPRJ atas segala kekhilafan. Hussein Bin Md Nor Saya Hussein bin Md Noor daripada Jabatan Kos dan Kontrak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

TIPS HARI RAYA

5 Tips Mudah & Penting Agar Kuih Raya Tahan Lama & Tidak Mudah Lemau. Simple! 1. GUNAKAN BALANG KUIH YANG KEDAP UDARA Terdapat pelbagai jenis balang kuih di luar sana, tetapi gunakan balang kuih yang kedap udara agar kuih tidak mudah masuk angin. Cara yang mudah untuk memastikan balang kuih memang kedap udara ialah dengan memilih balang yang mempunyai getah di bahagian penutup. 2. PASTIKAN BALANG KERING SEPENUHNYA SEBELUM DIGUNAKAN Balang kuih yang lembap boleh menyebabkan kuih mudah rosak. Ini kerana kelembapan boleh merangsang pembiakan kuman. Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan bekas kuih mempunyai bau yang kurang menyenangkan. 3. JEMUR TEPUNG DAN GULA TERLEBIH DAHULU Sebelum menghasilkan kuih, jemurkan tepung dan gula terlebih dahulu supaya kuih menjadi rangup dan lebih ringan. Ini kerana menjemur boleh mengurangkan kelembapan tepung atau gula. 4. SEJUKKAN KUIH SEBELUM DIMASUKKAN KE DALAM BALANG Setelah membakar kuih, biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang. Jika tidak, kuih yang panas akan menghasilkan wap dan membuatkan balang kuih menjadi lembap. Ini akan menyebabkan kuih menjadi lembik. 5. ASINGKAN KUIH BERBEZA DALAM BALANG KUIH YANG LAIN Pastikan kuih raya yang berlainan tidak disimpan dalam bekas yang sama kerana ia akan menyebabkan kuih menjadi lemau dengan cepat. Ini kerana setiap kuih mempunyai adunan yang berbeza. Selain itu, rasa kuih juga boleh tercemar jika dicampur dengan kuih yang lain.

NAK CANTIK BERSERI DI PAGI RAYA??? 1. SAPUKAN AIS PADA GARIS & KEDUTAN HALUS Cara ini secara ajaibnya berfungsi untuk menutup pori- pori. Ia juga membantu mengurangkan keradangan dan bengkak, sama ada akibat jerawat, pendedahan cahaya matahari, ataupun kurang tidur. 2. TIDUR YANG CUKUP Tidur yang cukup sangat penting untuk regenerasi kulit dan keseimbangan hormon. 3. SAPUKAN YOGURT ASLI Sapukan yogurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah tampak gebu dan halus mulus. 4. MASKER DARIPADA BAHAN BAHAN SEMULAJADI Campurkan satu sudu kecil kunytit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya parut jerawat hilang dan muka bersih berseri. 5. AIR MAWAR SEBAGAI TONER Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi vitamin A, C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri.

S.O.P RAYA MENJELANG PKP 3.0

RESEPI

KUIH RAYA LEJEN TART NENAS GULUNG Bahan-Bahan Utama 3 1/4 cawan gandum 2 sb tepung jagung 2 sb tepung kastard 2 sb coffeemate / susu tepung 1 cawan butter 1 biji kuning telur Sedikit esen vanila Sedikit pewarna kuning Cara Menyediakan 1. Satukan bahan-bahan seperti butter, susu pekat, kuning telur, esen vanila, pewarna kuning. 2. Kemudian, masukkn 1 cawan tepung gandum, 2sb tepung custard,diikuti 2sb tepung jagung, 2 sb coffeemate dan ulang sehingga habis bahan-bahan 3. Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut. 4. Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart. 5. Tabur tepung atas dulang atau talam semasa menerap tart. 6. Sapu sedikit butter atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven. 7. Sapu kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning sedikit untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart. 8. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dalam 5 minit. 9. Masukkan tart dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah dalam 25 minit ( atau ikut oven masing-masing). 10. Kalau nampak permukaan tart dah warna keemasan tart nenas dah boleh diangkat. MAKMUR KACANG Bahan-Bahan Bahan untuk doh: 500g tepung gandum 2/3 cawan gula icing 1 tin kecil minyak sapi Paper cup Bahan untuk inti: 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak 3/4 cawan gula icing 1 sudu besar mentega kacang, optional Bahan untuk salut: Sedikit gula icing Cara Penyediaan: 1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli. 2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang. 3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur. 4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas. 5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

KUIH RAYA LEJEN SEMPERIT DAHLIA Bahan-Bahan Biskut Semperit: 1 Cawan Susu Pekat Manis 250 gram Mentega (Suhu Bilik) 3 Cawan Tepung Jagung ¼ Cawan Tepung Kastard Hiasan: Coklat Chip Cara-Cara 1. Pukul susu dan mentega sehingga sebati sahaja. Tak perlu pukul sehingga kembang. 2. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Pukul lagi sehingga semuanya rata dan sebati hingga menjadi doh. 3. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan yang disukai dan terap. 4. Jika ingin biskut yang bewarna, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan tambahkan sedikit pewarna makanan yang disukai dan uli sehingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam acuan dan terap seperti biasa. 5. Hiaskan biskut dengan coklat chip. 6. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar biskut pada suhu 160°C selama 20-25 minit atau sehingga kekuningan. Siap! SUJI KRISTAL Bahan-bahannya:- Bahan A (diayak bersama) 250gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh baking soda Bahan B 125gm gula aising 1/8 sudu teh garam 100gm badam kisar (panggang terlebih dahulu) 1/2 sudu teh esen vanilla 200gm minyak sapi Pewarna: Pewarna pink, hijau dan kuning Hiasan: Gula kaster Cara-caranya:- 1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh 2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya. 3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap doh. 4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. 5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit. 6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor. Cara- cara penyediaan 1. Satukan semua bahan A dan bahan B kecuali minyak sapi. Gaul rata. 2. Kemudian masukkan minyak sapi dan uli sebati. Minyak sapi ni Nadz tak cairkan pun seperti dalam resepi asal. 3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan. 4. Cubit sedikit setiap bahagian doh yang bewarna, satukan dan bulut-bulatkan. Buat hingga habis dan susun di dalam loyang pembakar. Nadz buat bebola-bebola menjadi sebesar duit syiling 10 sen sebab biskut ni mengembang. 5. Bakar pada suhu 150-160C selama 15-20 minit. 6. Setelah sejuk, golek-golekkan bebola-bebola di dalam gula kastor. Masukkan ke dalam cawan kertas sekiranya suka .

SUDUT ISLAMIK

10 AMALAN SUNAT DI PAGI HARI RAYA AIDILFITRI Tatkala di bulan puasa umat islam berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah tarawih di aidilfitri pula umat islam berlumba-lumba untuk mengerja solat sunat hari raya. Namun terdapat beberapa cara untuk menzahirkan rasa bersyukur dengan melaksanakan perkara-perkara sunat yang disarankan dalam islam dan yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri di pagi 1 Syawal. 1. Mandi sunat Hari Raya Aidilfitri Kita disunatkan untuk mandi sunat Hari Raya Aidilfitri pada pagi Syawal sebelum keluar ke masjid dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri. 2. Makan sebelum solat Aidilfitri Tujuan disunatkan makan sedikit sebelum bersolat Aidilfitri adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam tidak dibenarkan berpuasa pada 1 Syawal. Sebaiknya, hendaklah makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum keluar rumah untuk menunaikan solat. 3. Berjalan kaki ke masjid dan menggunakan jalan yang berlainan untuk pergi dan balik (Tujuan Baginda adalah supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman serta memohon maaf.)

10 AMALAN SUNAT DI PAGI HARI RAYA AIDILFITRI 4. Menunaikan solat sunat Aidilfitri Perkara yang dilakukan oleh umat Islam pada pagi Syawal adalah menunaikan solat sunat Aidilfitri. Ibn Abbas r.a berkata: Rasulullah S.A.W. telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya. (HR al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989). 5. Memakai pakaian yang terbaik dan indah Kita digalakkan untuk memakai pakaian yang terbaik dan indah pada hari raya Aidilfitri, namun dengan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak membazir. Bagi kaum lelaki, disunatkan untuk memakai bau-bauan yang wangi. 6. Memperbanyakkan takbir Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah dilihat dengan jelas. Takbir ini kemudiannya hendaklah diteruskan lagi pada pagi Syawal. Firmah Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”

10 AMALAN SUNAT DI PAGI HARI RAYA AIDILFITRI 7. Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Lafaz ucapan hari raya bagi umat Islam di Malaysia yang kebiasaannya diucapkan adalah ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin’. Lafaz ini juga sudah memadai. Bagaimanapun, apa yang menjadi amalan para salafussoleh dan menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W. adalah mengucapkan “taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” 8. Bergembira pada Aidilfitri Islam adalah agama yang begitu praktikal dan munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menghidupkan suasana gembira dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. 9. Berziarah dan merapatkan ukhwah sesama Islam Merupakan amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Berziarah sesama saudara mara, rakan taulan dan jiran tetangga merupakan satu amalan yang amat digalakkan dilakukan pada bulan Syawal. Ia diharapkan dapat mengukuhkan kembali silaturahim yang mungkin pernah terputus sebelum ini atau merapatkan jurang sesama insan yang mungkin agak renggang sebelum ini disebabkan kesibukan kerja. 10. Mengerjakan puasa sunat enam dalam bulan Syawal Puasa sunat enam boleh dilakukan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal, bermula dari Syawal kedua, sama ada secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Namun, cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama.

INFO KESIHATAN

APA ITU MICROSLEEP? & APA MANFAAT POWER NAP?

APA ITU VAKSIN? & JENIS JENIS VAKSIN COVID-19 Vaksin adalah satu produk yang dihasilkan dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus. Vaksin membantu sistem imun dengan melatih antibodi ini untuk mengenalpasti virus-virus tertentu supaya sistem imun cukup bersedia apabila tiba masa virus sebenar menyerang badan anda. Vaksin diberikan untuk membantu merangsang sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus.

BTS COV-EID RAYA Behind The Scene COV-EID RAYA





Jom tonton video penuh Facebook : https://www.facebook.com/KPRJOfficial/videos/564716987847009 Instagram : https://www.instagram.com/tv/COp0wPppWzQ/ Bubur selasih ubi keladi, lemak manis santan kelapa, Terima kasih jasa & budi, Selalu tersemat tiada lupa

EDITORIAL TEAM

SALAM LEBARAN DARIPADA CORPORATE COMMUNICATIONS @ EDITORIAL TEAM Dari kiri; Mirza, Soraya, Syida, Ainul, Fadzlin Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa. Mohon Ampun Zahir Dan Batin – Selamat Hari Raya AidilFitri

INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun di pinta di hari mulia. Cahaya Ramadhan berlalu pergi Menyambut tibanya Aidilfitri, Ampun dan maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook