HIDUP SIHAT BY Balqis, Naimah, Fatin
DUA 6022 PENYIARAN DAN KOMUNIKASI ISLAM PELAJAR: 1.NUR ANIS BALQIS BINTI MUHAMAD KAMAL BALU (14DEM18F1008) 2.SHAHIRATUN NAIMAH BINTI AHMAD LOTFI (14DEM18F1010) 3.FATIN AQILAH BINTI ZANILABDIN (14DEM18F1018) PENSYARAH: PUAN MUNIRAH BINTI MUSTAFFA
atpkimedtbnjasi,uakfaAeykdkmgne.haSirldalayikueetuniHmibamlitmakatgiakkirteaigekdaniengllmkanurtkpayobddtspmeaeaineeaidnnnnkbScerriatggkiaaaimminhpkawnprtaakaiaaiemagtnkatdannkdafihgayanakbynaagsakneaiedyiautntmrtnzuidaaankdgadtrametautatmaalewuenlahbrakranakihleadamtnategrhbeatanlak.npeeabnAkyasmrsnategeeraiesatrthtkeejnnkadhibeinnakangdaanairaedmirunipatmlsuikpagynea-tpenjaae.nangsesnyreykinisnyhgaadyseiiagisanneebankthhdnfgnumaagoaaigtgtntdnrataidajdueiuntanallaepdgenanrkibahTri.Ikaiiahelma
PENGENALAN.. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gayahidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjagakeseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akanmengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruanglingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapatditerjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat.
ARTIKEL 1 BY BALQIS SUMBER: BERITA HARIAN 15 MEI 2007
Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis,darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan.
Gaya hidup sedentari adalah corak kehidupan yang dilalui tanpa atau kurang melakukan aktiviti fizikal.Kehidupan sebegini boleh memudaratkan kesihatan individu. Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan telah terbukti bahawa tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal dikaitkan dengan risiko mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti atau kegemukan.
ARTIKEL 2 BY NAIMAH SUMBER :FAZRINA AYU, UTUSAN MALAYSIA
Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yangseimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
ARTIKEL 3 BY FATIN SUMBER: ROSLAN MOHAMAD, METRO
Aktiviti senaman seperti berlari, bersukan dan berekreasi diakui pakar perubatan ia mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan makasemakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pasti daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.
KESIMPULAN Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
Search
Read the Text Version
- 1 - 14
Pages: