Jadual 8 : Senarai Latihan dan Kursus yang Telah Dilaksanakan sepanjang Tahun 2015 Bengkel Rekaan Fesyen Bengkel Teknologi Reka Bentuk Pembungkusan Laporan Tahunan 2015 48 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
2. INFRASTRUKTUR PERINDUSTRIAN Fokus utama komponen Infrastruktur Perindustrian adalah kerja-kerja penyelenggaraan dan kebersihan di taman-taman IKS KEDA di seluruh Wilayah KEDA. Taman IKS KEDA di 6 daerah diwujudkan untuk menjadi kawasan perindustrian yang bersepadu dan sebagai pusat penempatan semula syarikat- syarikat atau usahawan yang sebelum ini beroperasi di serata pelusuk kawasan luar bandar. Komponen ini juga turut menyediakan asas yang optima kepada usahawan bagi menaik taraf amalan industri yang berdaya maju dan seterusnya memenuhi kehendak persijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) atau GMP (Good Manufacturing Practice). Di bawah komponen Infrastruktur Perindustrian, semua kawasan di bawah penyelenggaraan telah diselenggara dengan esien dan berkesan, sekaligus telah memberi impak positif dan manfaat kepada hampir 200 orang pengusaha yang menyewa premis di taman-taman IKS KEDA. Selain itu, tindakan penambahbaikan dan menaik taraf premis-premis di taman IKS KEDA ke status GMP juga telah memberi pertumbuhan positif kepada bilangan permohonan sewaan kedai, bengkel mahupun bangunan di taman IKS KEDA. Walau bagaimanapun, isu ekonomi global umumnya dan cabaran perkembangan ekonomi negara khasnya telah memberi kesan ke atas peningkatan kos penyelenggaraan. Pecahan Kawasan Penyelenggaraan Laporan Tahunan 2015 49 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Bangunan IKS KEDA Sungai Bongkok Taman IKS KEDA Wang Tok Rendong, Langkawi 3. PEMBANGUNAN USAHAWAN Di bawah komponen Pembangunan Usahawan, 2 aktiviti telah dijalankan dengan peruntukan diterima sebanyak RM400,000.00 iaitu bantuan mesin dan bantuan papan tanda. Bantuan mesin diberi kepada usahawan-usahawan yang terlibat dalam Program Mentor / Mentee yang merupakan program yang memberi fokus kepada pembangunan usahawan di golongan sasar. Fokus utama menjurus ke arah pengwujudan peluang-peluang pekerjaan dan penambahan pendapatan kepada para usahawan yang dikenal pasti sebagai mentor iaitu sebuah perusahaan luar bandar yang berdaya saing dan berkemampuan untuk memperkembangkan perusahaan atau perniagaan ke peringkat lebih tinggi, akan tetapi mempunyai kekangan sama ada dari segi kewangan, peralatan, tenaga kerja mahupun lokasi operasi. Manakala mentee dilantik dan dikenal pasti di kalangan usahawan-usahawan kecil yang sentiasa konsisten dan komited serta menunjukkan kesungguhan dalam mencari peluang pekerjaan demi menjana pendapatan. Laporan Tahunan 2015 50 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Seramai 66 orang usahawan di seluruh Negeri Kedah telah mendapat manfaat dari perlaksanaan program ini di mana 6 orang usahawan IKS dari bidang jahitan, kuih tradisional, kerepek, jahitan, makanan segera (ayam goreng) dan rojak buah telah dilantik sebagai mentor dan selebihnya iaitu 60 orang usahawan terpilih untuk menjadi mentee. Bantuan yang diberi antaranya termasuk peralatan perniagaan, mesin, bantuan tenaga pengajar dan papan tanda perniagaan sebagai usahawan bimbingan KEDA. Bantuan Kiosk Rojak Buah Utara Bantuan Kiosk Ayam Goreng D'Sara RUMUSAN Bagi tahun 2015, Bahagian Industri Desa dan Usahawan (BIDU) KEDA telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai agen kepada pembangunan usahawan luar bandar dan sekaligus merealisasikan objektif utama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk membawa keseimbangan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Negeri Kedah. Laporan Tahunan 2015 51 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROGRAM MELENGKAPKAN KELENGKAPAN / KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS PROJEK KEDA RESORT BENDANG MAN, SIK; PUSAT LATIHAN PERTANIAN CHARUK TUALANG, SIK; KEMSITE- KEMSITE KEDA DAN HOMESTAY-HOMESTAY DESA KEDA LATAR BELAKANG PROGRAM Pada tahun 2015, KEDA telah diperuntukkan sebanyak RM1,300,000.00 untuk membangun dan menaik taraf kemudahan asas projek-projek KEDA. Daripada peruntukan tersebut, prestasi perbelanjaan program ini telah mencapai 100% bagi tahun 2015. Projek-projek yang terlibat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelancong-pelancong dalam negeri mahupun dari seluruh negara. OBJEKTIF PROGRAM Membantu negara memajukan dan menggalakkan industri pelancongan negara terutama pelancongan desa. Memperkenalkan Pusat Pelancongan Desa yang berkonsep Pelancongan Pertanian (Agrotourism) dan Inap Desa (Homestay). Menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan dan tanah yang sedia ada bagi menarik pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri untuk datang ke kawasan luar bandar. Memperkenalkan dan menyediakan ilmu pengetahuan dalam bentuk latihan secara praktikal kepada orang ramai dalam bidang pertanian seperti tanaman kopi, herba dan lada hitam serta ternakan kelulut. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di luar bandar. SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM Program ini merangkumi skop kerja seperti berikut : kerja-kerja pembinaan; kerja-kerja menaik taraf; kerja-kerja pembersihan kawasan dan landskap; dan kerja-kerja membekal bahan dan peralatan. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. Laporan Tahunan 2015 52 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Carta 1 : Prestasi Perbelanjaan mengikut Lokasi Projek PENCAPAIAN OUTCOME Peningkatan bilangan pengunjung seramai 16,292 orang dan melebihi sasaran sebanyak 8,000 orang. Peningkatan bilangan usahawan seramai 30 orang. Peningkatan kepuasan pengunjung yang berkunjung ke Projek Agrotourism KEDA. Penduduk sekitar berpeluang mendapat pekerjaan di projek-projek agrotourism KEDA terutamanya di KEDA Resort Bendang Man, Sik dan Pusat Latihan Pertanian Charuk Tualang, Sik. Jadual 9 : Prestasi Pelaksanaan Program Melengkapkan Kelengkapan / Keperluan Kemudahan Asas Projek KEDA Resort Bendang Man, Sik; Pusat Latihan Pertanian Charuk Tualang, Sik; Kemsite-kemsite KEDA dan Homestay – homestay Desa KEDA pada Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 53 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
KEDA RESORT BENDANG MAN, SIK Chalet VIP Pandangan dalam Bilik Dewan Tertutup Dewan Terbuka PUSAT LATIHAN PERTANIAN CHARUK TUALANG, SIK Chalet Asrama Kemudahan Kolam Renang Laporan Tahunan 2015 54 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
KEMSITE PANTAI MOLEK, SIK Asrama Lelaki dan Perempuan Pemandangan dari Jalan Besar KEMSITE WANG TOK RENDONG, LANGKAWI Chalet Penginapan Aktiviti Riadah KEMSITE KEMANGI, BALING Chalet Dewan Serbaguna RUMUSAN Secara keseluruhannya, program ini telah mewujudkan peluang pekerjaan, membantu menambah pendapatan penduduk luar bandar serta memastikan taraf hidup yang lebih baik. Ia juga membangunkan kawasan terpencil luar bandar menjadi lebih maju, menarik dan menguntungkan secara amnya. Laporan Tahunan 2015 55 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROJEK PENINGKATAN PENDAPATAN PETANI KEDAH LATAR BELAKANG PROJEK Projek Peningkatan Pendapatan Petani Kedah telah dilaksanakan oleh KEDA sejak RMK-9 bagi tujuan membantu petani dan penternak luar bandar menambah pendapatan mereka sekeluarga. Pada tahun 2015, sebanyak RM2,500,000.00 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek ini di dalam Wilayah KEDA. Peserta-peserta projek ini memperolehi bantuan input pertanian, ternakan dan akuakultur bernilai antara RM5,000.00 hingga RM10,000.00. Antara projek-projek yang telah dilaksanakan adalah projek tanaman pisang, jagung, sayuran dan golden melon serta ternakan rusa, kelulut, lembu, kambing dan ikan. OBJEKTIF PROJEK Meningkatkan pendapatan petani-petani, belia-belia dan usahawan-usahawan di kawasan luar bandar. Menggalakkan dan memajukan projek pertanian dan ternakan serta akuakultur ke arah lebih moden dan komersial. Menggalakkan petani-petani dan penternak-penternak berkecimpung dengan aktiviti pertanian dan ternakan dalam skala yang lebih besar dan berdaya saing untuk meningkatkan produk keluaran mereka. Membantu petani-petani dan penternak-penternak untuk memulakan projek pertanian dan ternakan serta akuakultur bagi menambah pendapatan keluarga. Melahirkan usahawantani yang maju dan berjaya dalam pengeluaran bahan-bahan mentah secara moden dan komersial untuk negara terutama dalam bidang pertanian dan ternakan. Menggunakan tanah pertanian yang kosong dan sedia ada secara selingan untuk aktiviti pertanian dan ternakan. Memajukan industri asas tani di kawasan luar bandar. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK Projek Peningkatan Pendapatan Petani Kedah merangkumi skop seperti berikut : penyediaan / pembersihan kawasan projek pertanian / ternakan; pembekalan benih, baja, input dan peralatan / mesin; kerja-kerja infrastruktur pertanian / ternakan; dan pengurusan latihan dan kursus. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan projek ini sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. Laporan Tahunan 2015 56 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Zon Kota Setar / Pendang / Pokok Sena Graf 11: Prestasi Perbelanjaan mengikut Zon bagi Tahun 2015 PENCAPAIAN OUTCOME Pembangunan tanah pertanian dengan aktiviti pertanian / ternakan / akuakultur. Peningkatan pendapatan penduduk / peserta projek melebihi pendapatan minimum RM500.00. Penerima manfaat seramai 149 orang. Jadual 10 : Bilangan Sub Projek dan Penerima Faedah mengikut Zon bagi Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 57 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Ternakan Rusa Ternakan Ikan Tanaman Golden Melon Tanaman Sayuran Kursus Ternakan Kelulut Pembinaan Jalan Pertanian RUMUSAN Secara kesimpulan, Projek Peningkatan Pendapatan Petani Kedah ini dapat membantu negara dalam pengeluaran bahan-bahan makanan negara serta membantu kerajaan dalam krisis bahan makanan dan kenaikan harga bahan-bahan makanan. Selain itu, kesan daripada perlaksanaan projek ini, petani-petani dapat meningkatkan tahap kemahiran dan inovasi dalam bidang pertanian sehingga dapat melahirkan usahawantani luar bandar yang berjaya. Laporan Tahunan 2015 58 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROJEK PEMULIHAN SAWAH DAN TANAH TERBIAR DI KAWASAN TERPENCIL LATAR BELAKANG PROJEK Sebanyak RM1,000,000.00 telah diperuntukkan pada tahun 2015 untuk memulihkan sawah-sawah terbiar di kawasan terpencil dalam Wilayah KEDA. Kerja-kerja pemulihan sawah dan tanah terbiar melibatkan kerja pembersihan dan penyediaan kawasan, kerja pembinaan kemudahan infrastruktur seperti sistem saliran, jalan ladang, pagar kawasan dan lain-lain yang berkaitan, pemberian bantuan input seperti benih, baja, racun dan peralatan serta penyediaan latihan / kursus. Jenis tanaman yang ditanam adalah seperti padi, nanas dan pisang. Sawah dan tanah terbiar ini terdapat di seluruh Negeri Kedah dan bersaiz kecil antara 2 hingga 5 ekar. Sawah dan tanah yang telah dipulih kebanyakannya ditanam dengan padi dan sebahagian tanah-tanah ini disatukan di bawah satu pengurusan atau mini estet. OBJEKTIF PROJEK Memulihkan kawasan yang terbiar untuk diusahakan dengan tanaman padi, getah dan kelapa sawit serta lain-lain tanaman yang bersesuaian. Membina sistem saliran yang baik dan sempurna. Kerja-kerja pemulihan tanah dibuat mengikut peringkat agar tanah menjadi lebih subur dan dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan sempurna seperti jalan pertanian, titi, pagar dan lain-lain yang berkaitan. Mengurangkan jumlah keluasan tanah dan sawah terbiar di Negeri Kedah. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi secara membina dan produktif. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK Skop dan komponen projek adalah seperti berikut : membersih kawasan / membajak; membina jalan / titi / pagar; membina saliran; membekal benih, baja, racun dan peralatan; menanam / penjagaan; dan memungut hasil. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. Laporan Tahunan 2015 59 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENCAPAIAN OUTCOME Sebanyak 236 ekar kawasan sawah dan tanah terbiar telah berjaya dipulihkan yang mana telah melebihi sasaran sebanyak 200 ekar yang telah ditetapkan bagi tahun 2015. Pendapatan petani dan hasil padi telah meningkat dan bertambah. Bilangan penerima manfaat adalah seramai 102 orang berbanding sasaran sebanyak 100 orang pada tahun 2015. Membantu negara dalam pengeluaran beras untuk makanan dan mengurangkan import. Jadual 11 : Prestasi Pelaksanaan Projek Pemulihan Sawah dan Tanah Terbiar di Kawasan Terpencil bagi Tahun 2015 Jadual 12 : Bilangan Peserta dan Keluasan Sawah dan Tanah Terbiar yang telah dibangunkan di bawah RMK-10 Laporan Tahunan 2015 60 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Aktiviti Membajak Aktiviti Menanam Aktiviti Membina Saliran Aktiviti Memungut Hasil RUMUSAN Projek Pemulihan Sawah dan Tanah Terbiar di Kawasan Terpencil ini telah menambah dan meningkatkan pendapatan petani-petani serta membantu industri ternakan negara melalui hasil penjualan jerami padi yang dijadikan sumber makanan ternakan dan baja organik. Secara kesimpulannya, projek ini banyak memberi faedah kepada petani-petani di luar bandar dari segi peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian moden dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar serta menyeimbangkan ekonomi luar bandar. Laporan Tahunan 2015 61 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROJEK MENAIK TARAF KEMUDAHAN DI DESA-DESA KEDA LATAR BELAKANG PROJEK Projek ini bermatlamat untuk menaik taraf kehidupan dan infrastruktur kemudahan awam penduduk desa- desa KEDA. Antara aktiviti yang dilaksanakan di bawah projek ini adalah menaik taraf kemudahan awam / infrastruktur, landskap dan sistem pembentungan / sistem pembuangan sisa pepejal serta bantuan membaik pulih / membina baru rumah dalam kawasan desa-desa KEDA. OBJEKTIF PROJEK Mewujudkan perkampungan yang bersih, indah dan menarik. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Mewujudkan kehidupan yang sihat, selesa dan ceria. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK Skop dan komponen projek adalah seperti berikut : menaik taraf kemudahan awam (dewan, surau, pusat ilmu, tadika, jalan, longkang dan sebagainya); menaik taraf landskap; menaik taraf sistem sanitasi; dan membina baru / membaik pulih rumah. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan projek ini sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. PERBELANJAAN Graf 12 : Perincian Agihan Peruntukan dan Perbelanjaan mengikut Komponen Projek Laporan Tahunan 2015 62 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENCAPAIAN OUTCOME Peningkatan mutu kehidupan penduduk desa-desa KEDA di 12 buah daerah; dan Seramai 15,250 orang penduduk desa-desa KEDA dapat mengecapi kemudahan yang lebih selesa. Rajah 13 : Pecahan Projek Menaik Taraf Kemudahan di Desa-Desa KEDA mengikut Komponen bagi Tahun 2015 Carta 2 : Pembahagian Projek mengikut Daerah Laporan Tahunan 2015 63 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Menaik Taraf Dewan Orang Ramai Penurapan Semula Jalan Menaik Taraf Sistem Perparitan Menaik Taraf Sistem Sanitasi Bina Baru Rumah RUMUSAN Secara kesimpulannya, di bawah Projek Menaik Taraf Kemudahan di Desa-Desa KEDA, sebanyak 61 sub projek telah dilaksanakan dan memberi manfaat kepada 15,250 orang penduduk desa-desa KEDA. Laporan Tahunan 2015 64 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROGRAM AMENITI SOSIAL DI WILAYAH KEDA LATAR BELAKANG PROGRAM Dalam Wilayah KEDA, masih terdapat komuniti yang tidak dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan ameniti sosial seperti surau, masjid, dewan dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga ameniti sosial di kampung-kampung yang telah rosak dan perlu dibaiki dari semasa ke semasa. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan penyediaan ameniti sosial yang lebih baik, sempurna dan selesa kepada penduduk luar bandar dalam Wilayah KEDA. OBJEKTIF PROGRAM Objektif program ini adalah : mewujudkan perkampungan yang bersih, indah dan menarik. menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. mewujudkan kehidupan yang sihat, selesa dan ceria. SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM Komponen program meliputi: membina / menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam di kampung-kampung dalam Wilayah KEDA seperti dewan, surau, pusat ilmu dan sebagainya bagi melengkapkannya dengan sempurna dan menjadikannya lebih selesa digunakan; dan membina kemudahan tambahan yang baru dan sesuai digunakan meliputi daerah dan kampung dalam Wilayah KEDA. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan program ini sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. Graf 14 : Perincian Agihan Peruntukan dan Perbelanjaan mengikut Komponen Program Laporan Tahunan 2015 65 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENCAPAIAN OUTCOME Pembangunan ameniti sosial di 46 buah kampung dalam Wilayah KEDA yang meliputi 10 daerah melalui pelaksanaan 46 sub projek. Seramai 14,020 orang penduduk luar bandar di dalam Wilayah KEDA dapat mengecapi kemudahan ameniti sosial yang lebih selesa. Graf 15 : Pecahan Projek mengikut Komponen Program Carta 3 : Pembahagian Projek mengikut Daerah Laporan Tahunan 2015 66 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Membina baru padang permainan dan pagar Menaik taraf surau / dewan orang ramai RUMUSAN Secara kesimpulannya, di bawah Program Ameniti Sosial di Wilayah KEDA, sebanyak 46 sub projek telah dilaksanakan dan memberi manfaat kepada 14,020 orang penduduk luar bandar di Wilayah KEDA. Laporan Tahunan 2015 67 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA DI WILAYAH KEDA LATAR BELAKANG PROJEK Dalam Wilayah KEDA, masih terdapat keperluan jalan-jalan kampung untuk menghubungkan kampung- kampung berdekatan dengan jalan utama. Projek ini diperlukan berikutan dengan penambahan kawasan penempatan penduduk dari semasa ke semasa. Selain itu, terdapat banyak permohonan pembinaan dan pembaikan jalan-jalan lama yang rosak dan perlu dibaiki diterima dari semasa ke semasa daripada penduduk kampung bagi memudahkan penggunaan penduduk. OBJEKTIF PROJEK Meningkatkan tahap aksesibiliti penduduk luar bandar dalam Wilayah KEDA. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar dengan penyediaan jalan perhubungan desa yang lebih baik kepada penduduk luar bandar dalam Wilayah KEDA. Mewujudkan kehidupan yang sihat, selesa dan ceria. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK Skop projek meliputi : pembinaan jalan-jalan baru di kawasan yang menjadi jalan utama ke tahap yang lebih sempurna atau jalan premix; penurapan jalan; dan pembaikan / menaik taraf jalan tanah merah dan jalan crusher run kepada jalan premix. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan projek ini sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. Graf 16 : Perincian Agihan Peruntukan dan Perbelanjaan mengikut Komponen Projek Laporan Tahunan 2015 68 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENCAPAIAN OUTCOME Pembangunan jalan perhubungan desa termasuk 9 projek pembinaan jalan baru dan 19 projek menaik taraf jalan sedia ada di 28 lokasi yang terletak di 8 daerah dalam Wilayah KEDA. Sejauh 14.4 kilometer jalan perhubungan desa telah berjaya disiapkan bagi membolehkan seramai 7,000 orang penduduk luar bandar di Wilayah KEDA mengecapi kemudahan jalan yang lebih selesa. Carta 4 : Pecahan Projek mengikut Skop Carta 5 : Pembahagian Projek mengikut Daerah Laporan Tahunan 2015 69 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Menaik Taraf Jalan Tanah Merah Kerja Menurap Semula Jalan Menaik Taraf Jalan Crusher Run RUMUSAN Kesimpulannya, di bawah Projek Jalan Perhubungan Desa di Wilayah KEDA, sebanyak 28 sub projek telah dilaksanakan dan memberi manfaat kepada 7,000 orang penduduk luar bandar di Wilayah KEDA. Laporan Tahunan 2015 70 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROJEK PREMIUM TANAH DAN KERJA-KERJA TANAH DI PADANG TERAP, BALING, BANDAR BAHARU, KUBANG PASU, SIK DAN KUALA MUDA LATAR BELAKANG PROJEK Projek ini melibatkan aktiviti yang bertujuan untuk membayar tuntutan premium tanah dan kerja-kerja sukat bagi tapak projek untuk memperolehi surat hak milik berasingan. Kos-kos ini melibatkan permohonan tanah kerajaan / pengambilan balik tanah yang dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah/ Pengarah Tanah dan Galian. Hal ini kerana, selepas permohonan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) maka pihak Pentadbir Tanah Daerah (PTD) akan membuat tuntutan premium tanah, permohonan surat hak milik sementara, surat hak milik tetap, hasil tanah dan peta geran. Tuntutan bayaran ini perlu dijelaskan kepada PTD seperti yang dituntut sebelum hak milik sementara dikeluarkan. Tuntutan bayaran yang dituntut oleh PTD selepas diluluskan oleh kerajaan adalah mengikut kadar yang ditetapkan berpandukan kepada Peraturan Tanah Kedah 1966. OBJEKTIF PROJEK Membolehkan pihak KEDA mendapatkan surat hak milik dengan cepat supaya proses pengurusan aset tak alih dapat dilakukan dengan sistematik. Memastikan bayaran yang dituntut oleh PTD dan Jurukur berlesen yang dilantik bagi penyediaan surat hak milik dapat dibayar seperti yang dituntut. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK Skop projek ini adalah untuk membayar perkara-perkara seperti berikut : premium tanah / harga tanah; surat hak milik tetap (Geran); permohonan hak milik; peta geran; surat hak milik sementara (QT); harga sukat; dan hasil tanah; penyediaan pelan QT. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan projek ini sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. PENCAPAIAN OUTCOME Permohonan hak milik bagi tanah seluas 478 ekar di 22 lokasi telah berjaya diangkat untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Daripada jumlah tersebut, KEDA telah mendapat hak milik berasingan bagi tanah seluas 80 ekar bersamaan 203 lot. RUMUSAN Projek ini berjaya merealisasikan matlamat KEDA bagi memperolehi hak milik dengan cepat untuk membolehkan pentadbiran aset tak alih diuruskan dengan lebih sistematik. Laporan Tahunan 2015 71 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROGRAM MOBILISASI DAN PERKHIDMATAN SOSIAL LATAR BELAKANG PROGRAM Program Mobilisasi dan Perkhidmatan Sosial merupakan salah satu program modal insan yang dilaksanakan oleh KEDA bagi melahirkan modal insan luar bandar yang gemilang, seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek termasuklah aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kemiskinan penduduk dalam Wilayah KEDA bukan sekadar kurang pendapatan bahkan meliputi pelbagai aspek kehidupan bermula dari aspek kerohanian dalam diri sehinggalah pada taraf pemikiran dan pengurusan hidup harian. Sejak dari awal pembangunan desa-desa KEDA, aktiviti-aktiviti pembangunan sosial asas telah dijalankan. Atas keperluan dan kehendak semasa, aktiviti-aktiviti ini telah dikemas kini dan dibuat penambahbaikan dari tahun ke tahun. Ini adalah selaras dengan hasrat untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan progresif menjelang tahun 2020. Sebelum RMKe-10, Program Mobilisasi dan Perkhidmatan Sosial adalah salah satu projek di bawah Program Pembangunan Sosial dan Institusi di mana skopnya hanya meliputi Kelas Fardhu Ain, Kelas Al-Quran, Ceramah Agama, Tilawah Al-Quran dan gotong royong sahaja. Namun, mulai RMKe-10, kesemua projek ini telah digabungkan di bawah Program Mobilisasi dan Perkhidmatan Sosial. OBJEKTIF PROGRAM Mewujudkan institusi masyarakat dan memberi latihan kemahiran kepada pemimpin-pemimpin masyarakat agar mereka boleh membangunkan diri, keluarga dan masyarakat setempat. Meningkatkan pengetahuan asas agama untuk semua golongan masyarakat melalui kursus dan kelas- kelas agama supaya kepincangan yang kerap berlaku dalam masyarakat luar bandar seperti masalah gejala sosial dapat dihindarkan. Membantu generasi kedua di desa-desa KEDA dalam peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Keperluan ini menjadi kritikal apabila keluarga yang terdapat di desa-desa KEDA tergolong daripada keluarga miskin yang serba kekurangan. Membentuk modal insan yang gemilang, seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek yang meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melahirkan dan membentuk generasi muda yang agresif, bermotivasi tinggi, berketrampilan dan berkerjaya. SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM Komponen program ini meliputi aktiviti : keagamaan dan kerohanian; sosial dan pendampingan; pemantapan pendidikan / kepimpinan pelajar serta peluang kerjaya; dan pembangunan keluarga sejahtera. Laporan Tahunan 2015 72 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan program ini sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. Dalam tahun 2015 sebanyak RM2,000,000.00 telah diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Mobilisasi dan Perkhidmatan Sosial yang melibatkan 4 komponen utama dengan pecahan peruntukan seperti berikut : Graf 17 : Pecahan Peruntukan Program Mobilisasi dan Perkhidmatan Sosial mengikut Komponen bagi Tahun 2015 PENCAPAIAN OUTCOME Sebanyak 910 aktiviti telah dilaksanakan di bawah program ini yang memberi manfaat kepada 94,993 orang penduduk setempat. Laporan Tahunan 2015 73 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Carta 6 : Pecahan Bilangan Aktiviti yang Dilaksanakan mengikut Komponen Graf 18 : Bilangan Penerima Manfaat mengikut Komponen Laporan Tahunan 2015 74 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
1. AKTIVITI KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN Sebanyak RM648,800.00 telah diperuntukkan dan dibelanjakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bertujuan memantapkan kumpulan sasar dengan ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, melahirkan generasi ulul albab, mendedahkan masyarakat kepada kesenian dan kebudayaan islam serta mengukuhkan institusi masjid dan surau di seluruh desa KEDA. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut : Kursus Pemantapan Fardhu Ain Kursus Pengurusan Jenazah 2. AKTIVITI SOSIAL DAN PENDAMPINGAN Sebanyak RM402,250.00 telah diperuntukkan dan dibelanjakan untuk pelaksanaan aktiviti di bawah skop ini bagi memupuk nilai-nilai murni, meningkatkan semangat patriotisme dan pengupayaan masyarakat, serta menjadi platform untuk bertemu dengan masyarakat. Laporan Tahunan 2015 75 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut : Kem Pemantapan Jati Diri Belia Aktiviti Gotong Royong Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Laporan Tahunan 2015 76 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
3. AKTIVITI PEMBANGUNAN KELUARGA SEJAHTERA Sebanyak RM573,550.00 telah diperuntukkan dan dibelanjakan untuk pelaksanaan aktiviti di bawah skop ini bagi mengeratkan hubungan dalam institusi keluarga, memberi peluang mempelajari kemahiran keibubapaan dan penjanaan ekonomi keluarga serta memberi kesedaran kepentingan kesihatan dan gaya hidup sihat dalam keluarga. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut : 4. AKTIVITI PEMANTAPAN PENDIDIKAN / KEPIMPINAN PELAJAR SERTA PELUANG KERJAYA Sebanyak RM375,400.00 telah diperuntukkan dan dibelanjakan untuk pelaksanaan aktiviti di bawah skop ini bagi mendedahkan pelajar mengenai teknik pembelajaran dan motivasi kecemerlangan akademik, peluang kerjaya selepas alam persekolahan, memperkasa jati diri pelajar dan belia, serta mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut : RUMUSAN Secara keseluruhan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Program Mobilisasi dan Perkhidmatan Sosial pada tahun 2015 lebih menekankan keseluruhan aspek sama ada aspek keagamaan, pembangunan sosial, pendidikan dan kesepakatan masyarakat. Laporan Tahunan 2015 77 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROGRAM BANTUAN DAN BIMBINGAN PERNIAGAAN KECIL LATAR BELAKANG PROGRAM Kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan miskin di dalam Wilayah KEDA mempunyai potensi untuk meningkatkan kegiatan ekonomi berasaskan sumber-sumber yang sedia ada. Sokongan dan bantuan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti produk atau kemahiran harus diberikan kepada mereka. Bantuan asas seperti peralatan serta bimbingan di dalam pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan dan pemasaran perlu diberikan kepada mereka agar dapat menjadi peniaga yang berdisiplin serta berinovasi. Peniaga yang memohon bantuan ini terdiri daripada penduduk yang menetap di desa-desa KEDA, telah menjalankan perniagaan secara berterusan tetapi masih kekurangan peralatan bagi mengembangkan perniagaan. OBJEKTIF PROGRAM Meningkatkan keyakinan diri kumpulan sasar demi memajukan diri dan sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupan supaya lebih sempurna untuk keluarga. Meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan agar dapat bersaing dengan produk-produk yang sedia ada di pasaran. Menambah ilmu pengetahuan tentang pengurusan perniagaan yang teratur serta pengurusan kewangan yang lebih teratur dan esien. SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM Komponen program meliputi : Bimbingan / Latihan Kemahiran Projek Bengkel Motivasi Bengkel Mengenalpasti Potensi / Kebolehan Diri Latihan Kemahiran Projek / Pengurusan Akaun Bimbingan Keusahawanan ii. Input / Bantuan Peralatan Projek PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan program ini sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. Dalam tahun 2015, sebanyak RM1,000,000.00 telah diluluskan di bawah Program Bantuan dan Bimbingan Perniagaan Kecil bagi membantu peniaga-peniaga kecil dalam mengembangkan perniagaan. Keseluruhan peruntukan yang diterima telah dibelanjakan. Laporan Tahunan 2015 78 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENCAPAIAN OUTCOME Seramai 289 orang peserta telah mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Antara penerima bantuan di bawah Program Bantuan dan Bimbingan Perniagaan Kecil RUMUSAN Secara keseluruhannya, Program Bantuan dan Bimbingan Perniagaan Kecil ini dapat membantu secara langsung peniaga-peniaga kecil di desa-desa KEDA dan penduduk luar bandar yang memerlukan bantuan peralatan untuk mengembangkan perniagaan mereka serta dapat membantu para peniaga menjana pendapatan tambahan. Laporan Tahunan 2015 79 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROGRAM TRANSFORMASI PENGURUSAN PEMBANGUNAN EKONOMI DAN MODAL INSAN LATAR BELAKANG PROGRAM Aktiviti di bawah Program Transformasi Pengurusan Pembangunan Ekonomi dan Modal Insan lebih memfokuskan kepada pertubuhan dan institusi yang terdapat di luar bandar iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pasukan Perancang Pelaksana Projek (4P) dan koperasi luar bandar. OBJEKTIF PROGRAM Untuk menggerak dan mengaktifkan institusi yang terdapat di luar bandar terutamanya di desa-desa KEDA dan kampung sekitar. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan dengan ciri-ciri kepimpinan yang unggul. Meningkatkan komitmen dan kesanggupan dalam membantu kerajaan dalam membangunkan masyarakat luar bandar. Membantu institusi atau koperasi luar bandar dalam menjana pendapatan sendiri tanpa bantuan atau sokongan kewangan dari kerajaan. Meningkatkan kemahiran JKKK dan penduduk luar bandar dalam penggunaan teknologi bagi urusan harian dan memberi peluang untuk mempelajari kemahiran-kemahiran sedia ada kepada penduduk luar bandar. SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM Program ini lebih menjurus kepada pembangunan JKKK, 4P dan koperasi luar bandar. Komponen aktiviti bagi program ini adalah kursus motivasi dan bantuan kepada institusi / koperasi dalam menjana pendapatan. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan projek ini sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. PENCAPAIAN OUTCOME Sepanjang tahun 2015, terdapat 7 aktiviti utama yang melibatkan peserta dari semua peringkat telah dijalankan. Laporan Tahunan 2015 80 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Jadual 13 : Prestasi Pelaksanaan Program Transformasi Pengurusan Pembangunan Ekonomi dan Modal Insan bagi Tahun 2015 Kursus Kepimpinan Mandiri Bengkel Penggerak GDW 3.0 KEDA RUMUSAN Program yang dijalankan telah membuka ruang dan peluang kepada pihak kepimpinan luar bandar dalam mendapatkan maklumat terkini berdasarkan perancangan pihak kerajaan dalam membentuk sebuah negara maju. Penglibatan JKKK dan 4P secara aktif dalam program yang dijalankan dapat memperkukuhkan hubungan kemasyarakatan di samping menjadikan sesebuah institusi lebih menjuruskan ke arah matlamat yang ingin dicapai. Laporan Tahunan 2015 81 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROGRAM KEMUDAHAN PERNIAGAAN 1MALAYSIA LATAR BELAKANG PROGRAM Program Kemudahan Perniagaan 1Malaysia (PKP1M) merupakan projek pembangunan prasarana perniagaan bagi membantu usahawan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih teratur. Sub projek yang dilaksanakan di bawah program ini adalah penyediaan infrastruktur asas perniagaan di kawasan-kawasan strategik yang akan membuka ruang dan potensi perniagaan yang lebih baik kepada usahawan. OBJEKTIF PROGRAM Membantu menyediakan prasarana dan infrastruktur di lokasi strategik untuk disewa kepada peniaga dan usahawan setempat. Menaik taraf peniaga dan usahawan tempatan dengan prasarana perniagaan yang lebih lengkap dan teratur ke arah pembentukan usahawan yang lebih dinamik dan berdaya maju. Membantu menyelesaikan masalah peniaga tepi jalan supaya perniagaan dapat dipindahkan ke kawasan yang lebih berpusat dan selamat. Membangunkan tanah milik KEDA yang terletak di lokasi strategik dan berpotensi untuk dimajukan dengan prasarana perniagaan dalam membantu kumpulan sasar. SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM Program ini merangkumi skop kerja seperti berikut: Kerja-kerja pembinaan Kerja-kerja menaiktaraf bagunan perniagaan Pembelian peralatan dan fasiliti perniagaan PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan projek ini sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. PENCAPAIAN OUTCOME Program ini telah memberikan penyelesaian kepada peniaga yang tidak mempunyai premis tetap supaya dapat berniaga dengan lebih teratur dan berpusat. Sebanyak 2 projek telah dilaksanakan di 2 lokasi di bawah program ini bagi tahun 2015, iaitu di Daerah Kulim dan Sik. a. Projek di Daerah Kulim – (Peruntukan: RM2,600,000.00) Menjalankan kerja-kerja tanah dan penyediaan tapak perniagaan; Membina dan menyiapkan 7 lot gerai terbuka; Membina 1 unit tandas dan 1 unit surau; Pembelian peralatan dan fasiliti perniagaan seperti khemah, kerusi, meja, peralatan audio dan kiosk niaga; Seramai 80 orang usahawan dan peniaga dapat menjalankan perniagaan dalam bentuk karnival dan ekspo usahawan yang diadakan di Kulim pada setiap Sabtu dan Ahad; dan Seramai 16 orang peniaga untuk gerai terbuka dapat menjalankan perniagaan gerai makan dan minuman di Kulim. Laporan Tahunan 2015 82 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Lot Gerai Terbuka 7 Unit di Mukim Keladi, Kulim Kemudahan Surau dan Tandas di Dataran Niaga KEDA Mukim Keladi, Kulim Aktiviti Perniagaan dan Jualan yang diadakan di Dataran Niaga KEDA Mukim Keladi, Kulim b. Projek di Daerah Sik – (Peruntukan: RM1,000,000.00) Membina dan menyiapkan 9 unit gerai terbuka dan dataran kejat untuk perniagaan; Menaik taraf bangunan perniagaan untuk dijadikan Pusat Pengedaran dan Peruncitan; dan Sebanyak 9 orang peniaga tepi jalan di Sungai Namek, Sik dapat dipindahkan dan menjalankan perniagaan di gerai yang disediakan. Laporan Tahunan 2015 83 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Bangunan yang dinaik taraf untuk dijadikan Pusat Pengedaran dan Peruncitan di Sungai Namek, Sik Lot Gerai Terbuka 9 Unit dan Dataran Kejat di Sungai Namek, Sik RUMUSAN Secara keseluruhannya, projek ini amat memberi manfaat kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam mengembangkan perniagaan. Di samping itu, dengan adanya premis yang lebih teratur dan boleh dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, isu peniaga yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dapat diselesaikan. Laporan Tahunan 2015 84 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
LAPORAN WANG PENGURUSAN PROJEK KKLW Sepanjang tahun 2015, KEDA telah melaksanakan 39 projek / aktiviti di bawah 6 kategori utama iaitu Prasarana Luar Bandar, Ekonomi, Sistem Penyampaian, Pembangunan Belia Luar Bandar, Modal Insan dan Usahawan dengan peruntukan yang diterima daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berjumlah RM62,536,400.00. Daripada jumlah peruntukan yang diterima, sebanyak RM54,037,445.42 (86.41%) telah dibelanjakan dan tanggungan semasa adalah berjumlah RM2,544,083.03 (4.07%). Prestasi perbelanjaan adalah 90.48%. Projek / Aktiviti yang dilaksanakan adalah untuk kepentingan dan manfaat kumpulan sasar di luar bandar. Graf 19: Prestasi Perbelanjaan Wang Pengurusan Projek KKLW mengikut Kategori sehingga 31 Disember 2015 Laporan Tahunan 2015 86 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Program Bantuan Rumah (Bina Baru) Projek Jalan Pertanian Kursus Kepimpinan JKKK Kursus Kepimpinan Pelajar Laporan Tahunan 2015 87 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
LAPORAN PENILAIAN OUTCOME PROJEK PEMBANGUNAN KEDA Penilaian outcome bagi projek pembangunan dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Bilangan 3 Tahun 2005 bagi tujuan memastikan program / projek yang dilaksanakan memberi kesan dan impak kepada rakyat. Pada tahun 2015, penilaian outcome telah dilaksanakan ke atas 2 program / projek dan dibentangkan kepada Panel Jawatankuasa Penilaian Outcome (JKPO) Peringkat KKLW dan Peringkat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM). 1. Projek Pemulihan Sawah dan Tanah Terbiar di Kawasan Terpencil Laporan Tahunan 2015 90 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
2. Program Mobilisasi dan Perkhidmatan Sosial Laporan Tahunan 2015 91 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Laporan Tahunan 2015 92 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
STRUKTUR ANAK SYARIKAT KEDA DAN SUBSIDIARI Laporan Tahunan 2015 94 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
AKTIVITI UTAMA ANAK SYARIKAT KEDA DAN SUBSIDIARI SUBSIDIARI Khidmat Pengurusan Laporan Tahunan 2015 95 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015 KEDA AGROBIZ SDN BHD (911467- A) AIR MINERAL SEMULA JADI KOPI DAN HERBA Laporan Tahunan 2015 96 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
KEDA RESORT AND HOLIDAYS SDN BHD (911465-X) RESORT, CHALET DAN TAPAK PERKHEMAHAN SEWAAN DEWAN Laporan Tahunan 2015 97 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139