RASIONAL & OBJEKTIF Daerah Gombak KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pejabat Pendidikan Daerah Gombak PROGRAM TARIKH 30 September 2020 MASA 8.30 pg hingga 1.30 tgh TEMPAT Dewan Al-Malik Faisal, InternatIonal Islamic Univercity Collage Dirasmikan oleh: (Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid, PPDG)
PENGENALAN Penularan COVID 19 yang melanda dunia termasuk Malaysia kini sedang giat di atasi serta dikawal oleh pihak berwajib khususnya Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa agar jumlah kes-kes terbaru dapat dikurangkan dan orang ramai bebas dari dijangkiti COVID 19. Perkara ini juga turut dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan warga sekolah khususnya guru dan murid tidak dijangkiti dengan COVID 19 setelah sekolah dibuka dengan memperkenalkan beberapa garis panduan pematuhan Standard Operational Prosedure (SOP). SOP ini perlu dipatuhi di peringkat sekolah agar tiada kes-kes penularan berlaku membabitkan murid sekolah atau warga guru. Kegusaran pihak ibu bapa dan murid tentang penularan ini atau pandemik COVID 19 ini telah mengakibatkan ramai ibu bapa memilih untuk tidak membenarkan anak-anak mereka ke sekolah kerana khuatir anak-anak mereka akan dijangkiti COVID 19. Namun berdasarkan makluman diterima hasil soal selidik ketidakhadiran murid ke sekolah adalah berlaku disebabkan berlakunya salah fahaman dalam kalangan masyarakat khususnya pihak ibu bapa berkaitan penularan atau jangkitan COVID 19. Terdapat banyak maklumat tidak benar dan kurang sahih ditularkan oleh netizen melalui media sosial tentang perkara ini sehingga tercetusnya salah faham atau stigma negatif terhadap COVID 19. Sehubungan dengan itu, bagi menangani permasalahan ini, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Gombak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Gombak mengambil inisiatif untuk mengadakan program menangani stigma COVID dalam kalangan murid melibatkan GBSKM bagi membantu menyebarluaskan maklumat yang sahih tentang bahaya dan penularan COVID 19 ini.
RASIONAL DAN OBJEKTIF RASIONAL Penyebaran maklumat yang benar dan tepat tentang bahaya atau penularan COVID 19 penting supaya ibu bapa tidak dihantui perasaan takut atau timbulnya kebimbangan melampau dalam diri ibu bapa tentang ancaman COVID 19 terhadap anak-anak mereka sehinggakan ramai ibu bapa mengambil jalan mudah untuk tidak membenarkan atau tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Ibu bapa perlu waras dan bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak mereka dapat hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi galakkan yang positif kepada anak-anak mereka dan memberikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak jika mahu melihat anak-anak cemerlang dengan semangat tidak mudah berputus asa walaupun berhadapan dengan ujian mahupun cabaran dalam mengejar kejayaan. OBJEKTIF Diharapkan dengan terlaksananya program ini dapat: 1. Memastikan ibu bapa dan murid mendapat maklumat yang tepat tentang kefahaman bahaya dan kaedah penularan COVID 19. 2. Membantu mengatasi masalah tidak hadiran murid ke sekolah dalam daerah Gombak. 3. Mewujudkan perasaan yakin bahawa kawasan sekolah selamat dan bebas daripada ancaman COVID 19 berdasarkan pematuhan SOP yang telah ditetapkan dan diamalkan. 4. Menjadikan GBKSM lebih peka dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini COVID 19.
JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Tn. Hj. Sajoli bin Masdor Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak Pejabat Pendidikan Daerah Gombak Timb. Pengerusi : Dr. Abdul Aziz bin Ismail Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Gombak Naib Pengerusi I : En. Sulaiman Bukhari bin Hj. Amir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Gombak Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Gombak Naib Pengerusi II : Ahmad Tizamuden bin Shafie Yang Dipertua MGKK (Menengah) Daerah Gombak (SMK Bukit Indah) Naib Pengerusi III : Mahezan B. Baharom Shah Yang Dipertua MGKK (Rendah) Daerah Gombak (SK Bandar Tasik Puteri) Setiausaha : Farah Marlina binti Haris Setiausaha MGKK (Menengah) Daerah Gombak (SMK Lembah Keramah) Mohd Rodze b Ardzemi Setiausaha MGKK (Rendah) Daerah Gombak (SK Merbau Sempak)
JAWATANKUASA Bendahari : Wan Laily Azma binti Wan Ahmad Bendahari MGKK (Menengah) Daerah Gombak (SMK Taman Melawati) Zamani bin Othman Bendahari MGKK (Rendah) Daerah Gombak (SK Taman Gombak Setia) AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : En. Sulaiman Bukhari bin Hj. Amir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Gombak Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Gombak Pengurus Lantai : Johanazar bin Mohammad Yang Dipertua MGKK (Menengah) Daerah Gombak (SMK Gombak Setia) Pendaftaran : Norlin Aziera bt Mohd Zaini (SAM Rawang) Raihana bt mohamad Kamal (SMK Seri Garing) Parameswary a/p Periasamy (SJKT Batu Caves) Norasikin binti Mohd Nor (SK Taman Melawati 2) Jamuan : Noor Azwiena bt Mohd Noor (SMK Taman Desa)
JAWATANKUASA Wan Laily Azma bt Wan Ahma (SMK Taman Melawati) Norhazlina binti Abd Hamid (SK Kuang) Noraini binti Mohd Zain (SK Taman Keramat 1) Siaraya : Reduan bin Ab Wahab (SMK Ideal Height) Zamani bin Othman (SK Gombak Setia) Pengacara Majlis : Syarizatul Naquiah bt Ramli (SMK Bandar Baru Sg. Buloh) Mohd Salmi bin Osman (SK Sungai Pusu) Bacaan Doa : Mohd Zaki Al-Jihadi bin Mat Yunus (SMK Selayang Baharu) Mohd Rodzi bin Md Saud (SK Sungai Pelong) Persiapan Tempat / : Ahmad Sufean bin Mohamed Peralatan (SMK Hillcrest) : Abdul Rashid bin Ibrahim (SMK Tun Perak) Siva Krishna Ranggasamy (SK Taman Desa 2)
JAWATANKUASA Najib Asri bin Nordin (SK Sungai Tua Baharu) Lew Shin Thong (SJKC Kundang) Cenderahati Sijil : Muhamad Lutfi bin Zainal Abidin (SMK Bukit Gading) Sambutan & Protokol : Ahmad Tizamuden bin Shafie Yang Dipertua MGKK (Menengah) Daerah Gombak (SMK Bukit Indah) Mahezan bin Baharom Shah Yang Dipertua MGKK (Rendah) Daerah Gombak (SK Bandar Tasik Puteri) See Hong Eng SMK Bukit Rahman Putra Suriani binti Mahmad SMK Bukit Rahman Putra Buku Program : Mohd Salmi bin Mohd Sabri (SK Bukit Rawang Jaya) Mohd Rodze bin Ardzemi (SK Merbau Sempak) Fotografi & : Syukriah bt Yahaya Dokumentasi (SMK Selayang Baru)
JAWATANKUASA Adnan bin Daud (SMK SMK Tasik Puteri) Ahmad Saiful bin Mokhtar@Ali (SK Taman Setia) Azrizal bin Azemi (SK Sg Buloh)
ATURCARA PROGRAM MENANGANI STIGMA COVID 19 DALAM KALANGAN MURID ANJURAN MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH GOMBAK TAHUN 2020 TARIKH : 30 September 2020 (Rabu) MASA : 8.30 pagi – 1.30 tengah hari TEMPAT : Dewan Al-Malik Faisal, International Islamic Collage (IIC), Taman Batu Muda, Kuala Lumpur Masa Aktiviti 7.30 pagi - Pendaftaran / Sarapan 8.15 pagi - Ucapan alu-aluan pengacara majlis • Bacaan Doa 8.30 pagi - Slot 1 : Taklimat Program DTP Oleh : Dr. Abdul Aziz bin Ismail, Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak 9.30 pagi - REHAT 9.40 pagi - Slot 2 : Pengenalan COVID 19 Oleh : Dr Tasnim binti Khalid Pegawai Perubatan, PKD Gombak 11.10 pagi - Taklimat Overview of International Islamic Collage 11.40 pagi - Slot 3 : Menangani Stigma COVID 19 dalam Kalangan Murid dan Perasmian Penutup Oleh : Dr. Abdul Aziz bin Ismail, Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak 12.40 petang - Penyampain Sijil dan Makan Tengah Hari 1.30 tgh - Bersurai .
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian hadir khasnya Tuan Perasmi: DR. ABDUL AZIZ BIN ISMAIL Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidkan Daerah Gombak SHAMSUL KAHAR BIN HARON Chief Executive Officer IIC DR TASNIM BINTI KHALID Pegawai Perubatan, PKD Gombak PK HEM Sekolah Rendah Daerah Gombak AJK MGKK Daerah Gombak Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Gombak Tahniah dan terima kasih diucapkan kerana hadir untuk menjayakan Program Menangani Stigma COVID 19 dalam Kalangan Murid ini dengan jayanya.
CATATAN
Design by: MRA&SalmiSabri
Search
Read the Text Version
- 1 - 12
Pages: