Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Perpaduan di Malaysia MPU21032

Perpaduan di Malaysia MPU21032

Published by khairizmiramzi123, 2022-06-04 19:15:56

Description: GROUP 6 E-MAJALAH MPU 21032

Search

Read the Text Version

Perpaduan di MAY 2022 Malaysia THE UNITY NEWS MAGAZINE KERJASAMA

TAJUK TUGASAN: PERPADUAN DI MALAYSIA MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SESI II 2021/2022 JABATAN PENGAJIAN AM PUAN KHAIRUL BARIAH BINTI NOR DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO.PENDAFTARAN GROUP 6 MUHAMMAD QAID HAKIM BIN MOHD AZAHARI 13DEP21F1039 MUHAMMAD KHAIRIZMI RAMZI 13DEP21F1019 SITI NURIFFAH BINTI TAHAR EMZAN 13DEP21F1001 1

ISI KANDUNGAN: OBJEKTIF ............................................................................... HASIL PEMBELAJARAN ................................................... PENGENALAN ...................................................................... KONSEP PERPADUAN ...................................................... KEPENTINGAN PERPADUAN ......................................... LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN ........ KESAN-KESAN SEKIRANYA TIADA PERPADUAN ..... . CADANGAN DAN PENDAPAT ...................................... RUMUSAN ............................................................................... RUJUKAN ................................................................................ 2

OBJEKTIF Objektif tajuk ini ialah menjelaskan kepentingan perpaduan kaum di Malaysia. Seterusnya Menyatakan kebaikan mengukuhkan perpaduan yang ada di Malaysia. hal ini dapat menerangkan langkah- langkah memupuk perpaduan. justeru itu dapat menerangkan kesan- kesan sekiranya masyarakat tidak bersatu padu 3

Hasil Pembelajaran 1 Dapat menerangkan 2 Dapat menjelaskan tentang kepentingn kebaikan perpaduan di perpaduan di Malaysia Malaysia 3 Dapat menerangkan 4 Dapat mengenalpasti langkah-langkah kesan jika masyarakat memupuk perpaduan tidak bersatu padu di Malaysia 2 4

PENGENALAN 5 Perpaduan ditakfirkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. .Selain itu, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara. Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum dan dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban

KONSEP PERPADUAN Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara. 6

Kepentingan Perpaduan Mengukuhkan ekonomi negara Rakyat di negara ini dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera. Ini dapat memberikan kesan politik negara yang tidak akan huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing. Secara langsung ini dapat mewujudkan hubungan antara negara lain menjadi mantap dan ini juga dapat meperolehi pelbagai peluang kerjasama lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial mahupun politik. Menjamin masyarakat yang hidup bersatu padu Masyarakat negara ini akan menjadi masyarakat yang paling harmoni dan bersatu-padu di dunia sekiranya prinsip perpaduan diterapkan dan menghayatinya dalam pergaulan seharian, baik secara fizikal atau secara maya di media sosial. 7

Dapat meningkatkan imej negara Mampu meningkatkan imej negara di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang berterusan membina negara yang disegani di peringkat dunia. Memajukan sektor pelancongan Akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini membolehkan rakyat mendapat gaji bagi menyara hidup dan menaiktarafkan mereka. 8

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN Menyambut hari perayaan 9 bersama-sama melalui rumah terbuka Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan sepanjang tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Dengan pengajuran rumah terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut boleh memepelajari dan menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan. Memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dala m komuniti Aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia. Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan boleh dilakukan pada setiap hari tanpa mengira waktu dan lapisan umur masyarakat.

Menerbitkan drama atau filem yang mempunyai elemen perpaduan kaum dengan lebih banyak Supaya dapat memberi tahu kepada org ramai kepentingan dan kebaikan memupuk perpaduan pada setiap kaum.Hal ini juga dapat menarik minat anak muda untuk lebih mengenali tentang perpaduan yang berada di Malaysia ini. Media massa merupakan rangkaian perhubungan Media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan mesej dan informasi positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya, stesen penyiaran tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur perpaduan dan mempunyai pelakon yang berbilang pelbagai bangsa. 10

KESAN KESAN SEKIRANYA TIADA PERPADUAN 11

PERISTIWA 13 MEI 12

Negara menjadi kacau bilau dan huru- hara Keamanan negara terancam. Masyarakat akan berpecah belah. Kadar jenayah di dalam negara akan meningkat hal ini berikutan kerana perbalahan, pergaduhan antara kaum akan terjadi. Masyarakat akan saling benci membenci dan tiada kasih sayang, tanggungjawab dan kerjasama di dalam satu komuniti. Tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan dan berleluasa. Pembangunan ekonomi tidak stabil Pelabur – pelabur asing tidak ingin melabur di negara ini kerana keamanan negara terancam dan menyebabkan pelaburan Malaysia merosot secara mendadak. Tambahan pula peluang pekerjaan akan menjadi terhad yang menyebabkan sumber pendapatan negara begitu sikit. 13

Sistem pendidikan terjejas Pelajar – pelajar sekolah akan berasa takut untuk menghadiri ke sekolah kerana berlaku perbalahan isu perkauman di luar. Ini menyebabkan sekolah akan ditutup. Di sekolah pula akan berlaku sentimen perkauman di mana setiap kaum tidak menerapkan diri dengan perpaduan dan justeru menyebabkan keharmonian di sekolah terjejas. ''ILMU ITU PELITA HIDUP'' 14

CADANGAN Pada pendapat saya DAN PENDAPAT pihak kerajaan perlulah 15 menganjurkan lebih banyak kempen dan aktiviti berkaitan perpaduan supaya lebih ramai rakyat sedar akan kepentingan dan kebaikan perpaduan.Hal ini dapat melahirkan ikatan perpaduan yang lebih erat di Malaysia. Seterusnya pihak ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mereka tentang perpaduan supaya dapat diterapkan sikap perpaduan dari sejak kecil.Hal ini dapat melahirkan lebih ramai kanak-kanak berjiwa perpaduan di usia muda.

RUMUSAN Daripada tugasan ini, kita dapat memahami tentang keamanan negara dan kedamaian Malaysia yang diwujudkan dengan pelbagai peranan yang dimainkan oleh semua rakyat. Iktibar yang diperolehi ialah kita mestilah saling hormat menghormati antara satu sama lain Selain itu, kita hendaklah memajukan negara dengan menjalin hubungan yang baik dengan semua kaum di Malaysia. Disamping itu, jika ada perselisihan hendaklah 16 diselesaikan melalui perundingan.

RUJUKAN http://karanganspmska.blogs pot.com/2016/03/langkah- langkah-memupuk- perpaduan.html https://web.facebook.com/Gr oupEA202Kumpulan7/photos /a.121209720059500/13384376 2129429/? type=3&_rdc=1&_rdr https://etikaperpaduandimal aysia.blogspot.com/?m=1 http://jganraj.blogspot.com/ 17

Harum mewangi bunga di para, Disusun tinggi di alas bata, Perpaduan rakyat agenda negara, Pembangunan dikongsi rakyat jelata.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook