Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore POLISI BILIK SERVER BTM MPT

POLISI BILIK SERVER BTM MPT

Published by Hani Khoraini, 2023-02-02 01:15:32

Description: POLISI BILIK SERVER BTM MPT

Search

Read the Text Version

POLISI BILIK SERVER MAJLIS PERBANDARAN TAIPING TUJUAN Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur akses ke Bilik Server, Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Taiping (MPT). SKOP Bilik Server, Bahagian Teknologi Maklumat MPT merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) MPT yang memerlukan akses berterusan atau kerap yang tinggi untuk menggunakan Bilik Server. Kakitangan hendaklah mengisi Borang Keluar/Masuk Bilik Server Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) MPT bagi mendapatkan akses ke Bilik Server dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Pentadbir Bilik Server iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, MPT. PENYATA DASAR Terdapat dua (2) akses ke Bilik Server yang dibenarkan iaitu ; kad akses dan pelawat. Kad akses terhad kepada kakitangan BTM, MPT sahaja yang memerlukan akses berterusan untuk menjalan tugas rasmi mereka. Akses pelawat pula terhad kepada kakitangan IT bukan dari BTM, MPT; vendor dan kontraktor; atau kakitangan perkhidmatan yang dibenarkan. Prosedur yang ditetapkan adalah seperti berikut:- a) Kad Akses Kakitangan yang mempunyai kebenaran ke Bilik Server adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan Bilik Server apabila memasuki atau keluar dari Bilik Server. Pintu Bilik Server perlulah ditutup dan dikunci dengan sempurna setiap kali masuk atau keluar daripada Bilik Server.

b) Akses Kemasukan Pelawat Pelawat didefinisikan sebagai kakitangan IT bukan dari BTM, MPT; vendor dan kontraktor atau kakitangan perkhidmatan yang dibenarkan memasuki Bilik server dengan pengawasan kakitangan BTM yang mempunyai kebenaran akses ke Bilik Server. Pelawat diwajibkan mengisi Buku Daftar Rekod Keluar / Masuk Bilik Server Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) MPT bagi maklumat berikut:-   Nama;   Nombor Kad Pengenalan;   Jabatan / Syarikat;   Tandatangan Pelawat;   Nama Pegawai Pengiring;   Tarikh;   Masa Masuk / Masa Keluar;   Tandatangan Pegawai Pengiring;  Tujuan / Catatan PERATURAN BILIK SERVER  Dilarang mematikan server atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang  tanpa kebenaran supaya operasi tidak terganggu.  Dilarang membuka atau mengalihkan perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelarasan ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh  salah pengendalian.  Dilarang memasuki bilik server tanpa kebenaran  Setiap individu atau pihak pembekal yang ingin menggunakan bilik server hendaklah mencatakan maklumat diri di dalam buku log penggunaan bilik  server.  Dilarang mematikan penghawa dingin di bilik server supaya tahap  kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku.  Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam bilik server tanpa kebenaran.  Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian kepada pegawai ICT dengan segera. PENYATAAN DASAR Setiap individu yang memerlukan akses ke Bilik Server wajib mematuhi segala polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan Bilik Server sepenuhnya. BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

MAJLIS PERBANDARAN TAIPING


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook