Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore TUGASAN 1 LUCY LAU YING YING BMMB 1104

TUGASAN 1 LUCY LAU YING YING BMMB 1104

Published by 1447-24-lucy, 2022-04-06 03:06:36

Description: TUGASAN 1 LUCY LAU YING YING BMMB 1104

Search

Read the Text Version

TUGASAN 1 : Penghasilan produk BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU



Takrif Kesusasteraan Melayu Konsep Kesusasteraan Melayu Jenis, bentuk dan ciri Prosa tradisional Prosa moden Puisi tradisional Puisi moden

Takrif Kesusasteraan Melayu Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit. Sastera pula membawa maksud huruf atau buku indah. \"Sas\" bermaksud mengajar atau memberi tunjukan manakala tra bermaksud alat mengajar \"Su\" dikatakan membawa maksud indah, baik dan lebih berfaedah. Ke-susastera-an bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

Prosa Tradisio nal Kolektif dan milik bersama dan tidak ada sesiapa yang berhak untuk mengaku milik persendirian Jenis Prosa Tradisional Naratif Naratif Lisan Naratif Tulisan Mitos Sastera Sejarah Legenda Sastera Hikayat Cerita Rakyat Sastera Panji Dongeng Sastera Kepahlawanan /Epik Sastera Agama Bukan Naratif Sastera undang-undang Sastera Kitab Sastera Ketatanegaraan Kepustakaan Ilmu Tradisional

Bentuk Prosa Tradisional Bentuk karangan Contoh: mitos, legenda, cerita rakyat Karya berbentuk naratif Mengandungi elemen-elemen seperti watak dan perwatakan, latar, tema dan gaya bahasa Plot yang menceritakan sesuatu peristiwa

Ciri-ciri Prosa Tradisional Lisan Kata-kata ataupun pertuturan melalui penceritaan atau percakapan Oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang Tulisan Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Karya-karya kesusasteraan ditulis menggunakan tulisan Jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak golongan istana. Estetik Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh seseorang penulis

Prosa Moden Merupakan karya sastera Bahasa Melayu yang bebas dalam ciptaan, menggambarkan pengalaman, pemikiran, situasi, persoalan isu atau kehidupan sebenar dalam bentuk tulisan karya bagi menyampaikan mesej yang tersirat Jenis Fiksi Bukan Fiksi cerpen Artikel novel rencana dongeng pendapat roman(kehidupan) biografi resensi(ulasan karya) laporan esai(pandangan) jurnalisme iklan

Bentuk Prosa Moden Mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar dan watak Kisah rekaan yang ringkas seperti cerpen manakala terdapat kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa seperti novel Bentuk penyampaian teksnya dan dari segi cerita yang berpusatkan pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas

Ciri-ciri Prosa Moden Bebas Pengarang tidak dibataskan dengan struktur, tema, perbendaraan kata, penggunaan ayat, jalan cerita dan sebagainya semasa menghasilkan karya Berasaskan kreativiti dan pandangan pengarang sendiri Mesej Tersirat Dalam prosa moden seperti novel, drama atau cerpen, kitab oleh lihat bagaimana seorang pengarang itu menghasilkan, mengisahkan atau menyampaikan sesuatu pemikiran, mesej, pengalaman dengan kreatifnya Keterbukaan Karya sastera moden telah diselit dengan isu-isu atau persoalan sensitif seperti unsur politik, sejarah Melayu dan sebagainya Mempunyai sikap keterbukaan untuk berfikir tentang apa yang dibaca atau dihasratkan dalam karya sastera

Puisi Tradisional Menurut Kamus Dewan (1993), puisi bermaksud karangan yang berbentuk sajak seperti syair, pantun dan sebagainya. Jenis Puisi Tradisional Pantun, Syair, Seloka, Nazam, Gurindam Bentuk Puisi Tradisional Harun (1989) menyatakan bahawa puisi mempunyai bentuk yang berkerat-kerat dan berurutan. Setiap kerat sama ada sebagai sebuah kalimat yang lengkap atau sebahagian daripadanya.

Ciri Puisi Tradisional Penggunaan bahasa yang fleksibel dan bersifat sejagat dalam puisi Penggunaan bahasa yang mudah Mengandungi nilai-nilai keindahan Pemilihan bahasa puisi juga mestilah padat (Pradopo, 1995). Hal ini kerana pemilihan kata hendaklah mencakupi pengertian tentang penggunaan kata untuk menyampaikan sesuatu makna

Puisi Moden Puisi moden berfungsi sebagai didaktik untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada khalayak. Jenis Puisi Moden Sajak Sajak bebas Sajak terikat Sajak separuh terikat: sajak romantis/sajak eksistensialisme/ sajak realisme/sajak patriotism/ sajak melankolik/sajak protes

Rangkap Bentuk Puisi Moden Baris Selain 'rangkap', istilah-istilah lainyang digunakan untuk membicarakansajak ialah 'bait' dan 'stanza' Sebuah sajak mempunyai satu rangkap (minimum) dan juga boleh mencapai seberapa bantak rangkap Bentuk sajak daripada baris-baris dalam sesuatu rangkap Baris-baris itu memperlihatkan bentuk sebenar sajak Jumlah baris dalam rangkap-rangkap boleh berbeza dalamsesebuah sajak Ciri Puisi Moden Hasil krestif yang berangkap moden Tidak terikat kepada jumlah suku kata Pengalaman hidup yang ditempuhi atau dilihat olehpenyajak dalam kehidupan sehariannya Nilai positif yang dapat diraihdaripada sajak

Hiburan Pendidikan Fungsi Sastera Melayu Dakwah Kritikan sosial

Hiburan Karya sastera berupaya menjadi bahan hiburan yang bermutu. Hal ini kerana keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun supaya membelai emosi pembaca atau pendengar. Contohnya, cerita penglipur lara sebagai karya yang diminati dan dihargai oleh masyarakat. Pantun adalah karya sastera yang berupaya membawa keindahan yang menghiburkan. Pantun disajikan dalam pelbagai variasi seperti lirik lagu popular, lirik dikir barat di Kelantan bagi meningkatkan fungsi menghiburkan.

Pendidikan Karya sastera berfungsi memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada kita. Karya Sastera ini memberi kesedaran, mengubah pemikiran dan membantu menyerap nilai murni kita. Misalnya, cerita Sang Kancil dengan Harimau adalah cerita rakyat dalam prosa tradisional. Cerita ini amat menghiburkan dan berupaya memberi nilai, unsur moral dan pengajaran kepada pembaca. Karya sastera dijadikan panduan untuk meningkatkan pengetahuan tentang cabaran dan dugaan serta mematangkan fikiran kita.

Dakwah Karya kesusasteraan Melayu menjadi medium atau saranan dakwah melalui bahasa. Bahasa kesusasteraan dalam dakwah telah menyembunyikan mesej yang ingin disampaikan kepada khalayak pembaca melalui aneka bentuk dan ragam estetika, metafora, simbol, tema dan objek dalam kehidupan. Kewujudannya juga dijelmakan sebagai medium yang lebih neutral untuk meneroka medan makna di sebalik ruang dan waktu yang tidak terbatas.

Kritikan Sosial Sastera merupakan rakaman kehidupan, meneroka kehidupan kita dari pelbagai dimensi dan sudut. Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dalam realiti kehidupan kita. Kritikan sosial adalah salah satu tindakan dalam membanding, mengamati dan menilai sesuatu perkembangan secara cermat tentang kesan baik atau buruk yang perlu ada dalam masyarakat (Herman, 1987). Kritikan sosial berfungsi sebagai penyampai mesej, teguran dan pengajaran kepada kita. Sebagai contoh, kritikan sosial dalam cerita Pak Kaduk yang mengkritikkan sosial masyarakat secara tersurat dan tersirat telah memberikan nilai moral kepada kita.

Akal Budi Akal merujuk kepada kemampuan berfikir yang melengkapkan manusia dengan pengetahuan atau berfikir terhadap segala idea dan perilaku yang diperlukan dalam perhubungan dengan persekitaran. Budi pula bermaksud keikhlasan yang lahir daripada hati akibat rasa luluh dan rasa simpati yang terkandung di dalam hati. Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Akal budi dimaksudkan bijak dalam menyampaikan pemikiran dan idea.

Pantun Seloka Syair Gurindam Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional

Pantun Budi : Permata Sastera Melayu Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Tenang-tenang air dilaut Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa nak junjung.

Maksud Rangkap 1 Orang yang menerima budi tetap tidak akan mampu mambayarnya sekalipun dengan harta yang paling tinggi nilainya iaitu emas. Rangkap 2 Seseorang yang berbuat jasa akan ditenang oleh orang lain kerana apabila seseorang itu meninggal dunia maka yang tinggal hanyalah nama yang baik untuk dijadikan kenangan. Rangkap 3 Orang yang telah menerima budi tentunya akan rasa terhutang budi. Penghargaan terhadap orang yang begitu tinggi sehiggga meletakkan penghargaan itu di tempat yang sangat mulia dan dibawa ke mana-mana.

PEMIKIRAN Ketinggian nilai budi Mengenang budi sehingga mati Menghargai budi

Ketinggian nilai budi 1.Budi tidak boleh dibandingkan dengan sebarang nilai harta dunia termasuk emas. 2.Budi itu mempunyai nilainya yang tersendiri. 3.Sesuai dengan ayat “hutang emas boleh dibayar”, maka orang yang menerima budi tetap tidak akan mampu membayarnya sekalipun dengan harta yang paling tinggi nilainya iaitu emas. 4.Orang berbudi akan dikenang segala jasanya mesikpun sudah pun jauh di batas bumi. Mengenang budi sehingga mati 1.Mengenang budi seseorang bukan setakat ketika seseorang hidup di dunia sahaja. 2.Budi seseorang itu akan tetap dikenang walaupun dia telah mati tetap akan disebut orang. 3.Sesuai dengan isi pantun tersebut iaitu “hancur badan dikandung tanah” yang memberi maksud sudah meninggal dunia. Menghargai budi 1.Penghargaan terhadap orang yang berbudi begitu tinggi sehingga meletakkan penghargaan itu di tempat yang sangat mulia dan dibawa ke mana sahaja. 2.Hal ini merujuk kepada maksud perkataan “rasa nak junjung” dalam rangkap ketiga pantun di atas. 3.Budi meskipun sedikit begitu berharga dan diletakkan begitu tinggi dan mulia di sisi masyarakat untuk memberi peringatan kepada anggota masyarakatr bahawa budi dan jasa seseorang perlu diingat dan dikenang.

Gambaran masyarakat dalam pantun Masyarakat yang sentiasa mengenang budi Masyarakat yang baik akan selalu mengenang budi walau budi itu kecil nilainya. Perkara tersebut termaktub dalam ketiga-tiga maksud pantun budi di atas. Malah mereka yang mengetahui erti budi akan menjunjung dan mengingati budi orang lain. Masyarakat yang tinggal di tepi pantai Terdapat gambaran bahawa pencipta pantun ini tinggal dalam persekitaran tepi pantai dan lautan. Ini dapat digambarkan melalui pemilihan kata yang berkaitan dengan latar tempat berkenaan seperti “belayar”, “pulau Pandan”, ”tanjung”, “kolek” dan gambaran suasana “air tenang” .

Syair Pohon Buluh Menara tinggi banyak bertingkat Di sana tiada bilik bersekat Tiada bertangga naik melekat Mata-mata menjaga segenap pangkat Yang ada sedia panji-panji bendera Hingga sampai ke kemuncak menara Banyak ada ia bersaudara Yang ada pula bersama gara Selalu dipandang dilihat adanya Tinggi rendah dijerat pangkatnya Besar kecil ikat binanya Terlalu kuat pula asasnya Ikatnya licin di luar di dalam Gelapnya di dalam seperti malam Air tak tiris seperti kolam Ikat tingkatnya tak nampak alam Tema: Kepentingan hidup bersatu padu dalam kalangan masyarakat. Buktinya, pohon buluh tumbuh dalam rumpunnya yang melambangkan keutuhan hidup bersatu padu dalam kalangan masyarakat.

Maksud Rangkap 1 Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Masyarakat hendaklah saling menghormati antara satu sama lain. Rangkap 2 Kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu tampuk pimpinan yang hidup aman, sentosa dan sejahtera supaya melahirkan bangsa yang berjaya. Rangkap 3 Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan atau status untuk memperkukuh perpaduan dan mewujudkan kehidupan yang harmoni. Rangkap 4 Masyarakat bersatu padu dan menjamin kehidupan secara muafakat. Masyarakat juga bertanggungjawab menjaga imej dan keamanan negara daripada ancaman pihak luar

Manifestasi Akal Budi - Syair Pohon Buluh Rangkap 1 Pohon buluh digambarkan sebagai sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tangga. Setiap pangkat yang merujuk kepada ruas buluh dikawal oleh mata-mata yang merujuk kepada miang buluh. Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat, saling menghormati antara satu sama lain. Rangkap 2 Daun-daun buluh yang kebanyakannya sama saiz diibaratkan sebagai kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncak pokok. Hal ini telah menggambarkan kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu tampuk pimpinan yang hidup aman, sentosa dan sejahtera.

Rangkap 3 Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam satu rumpun tanpa mengira kekuatan atau saiz yang menggambarkan kesatuan yang kuat. Misalnya, masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan atau status supaya dapat hidup dengan harmoni. Rangkap 4 \"Ikatnya licin di luar di dalam\" menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh yang licin. Bahagian dalam batangnya gelap iaitu umpama malam, boleh menakung air tanpa tumpah. Contohnya, keadaan masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara muafakat. Anggota masyarakat menjamin hubungan yang kukuh supaya mewujudkan masyarakat sebagai satu unit yang kuat.

Seloka Pak Pandir - Harun Mat Piah Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan.

Tema: Sindiran terhadap sikap sesetengah manusia yang mudah mempercayai orang lain. Maksud Seloka Pak Pandir Berkenaan seorang lelaki yang bernama Pak Pandir yang lurus bendul dan dia mempunyai seorang isteri yang perlu menahan sifatnya yang lurus bendul. Pak Pandir dikatakan mewakili sikap sebahagian masyarakat melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat yang negatif. Sifat negatif tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran di dalam seloka.

Manifestasikan Akal Budi - Seloka Pak Pandir Sikap mengutamakan orang lain Misalnya, baris “Anak dipijak dagang dijinjing” telah menunjukkan Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malah menyakitinya sebagaimana dalam perkataan \"anak dipijak\" manakala pihak yang tidak berkaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagimana perkataan \"dagang dijinjing\". Tidak sedar kelemahan diri sendiri Tamsilnya, baris “tak sedar bertelanjang”. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menuntup bahagian badannya yang terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar, maka dia telah membiarkan dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan dirinya. Dengan ini, beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.

Hartanya telah habis kerana tergadai Contohnya, baris “hartanya habis tergadai” menunjukkan Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan beliau seorang yang boros berbelanja, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Terlalu mendengar kata pihak lain Sebagai contoh, dalam baris “Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan” telah menggambarkan seseorang akan cepat terpengaruh dengan orang lain. Gambaran Masyarakat 1.Masyarakat yang tidak sedar diri Mereka menganggap segala tindakan mereka itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat pihak lain. 2.Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya Kadang-kadang mereka tamak dan ingin cepat kaya. Masyarakat melayu tradisional suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya.

Gurindam Dua Belas (Fasal Ketiga) Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi.

Manifestasi Akal Budi - Gurindam Dua Belas (Fasal Ketiga) Rangkap 1 Mata harus dipelihara dengan sebaik-baiknya supaya kita tidak melihat sesuatu yang dilarang oleh Tuhan. Dengan ini, kita tidak akan terpengaruh dengan kelekaan dan kemewahan dunia yang sementara ini manakala dapat mengawal nafsu atau kehendak kita untuk memiliki sesuatu yang di luar kemampuan. Rangkap 2 Bermaksud telinga iaitu alat pendengaran hendaklah dilindungi daripada mendengar perkara-perkara negatif seperti hasutan, fitnah, kelucahan dan makian. Apabila pendengaran terpelihara, kita tidak mengikut seruan yang membawa kepada kejahatan. Rangkap 3 Setiap bahasa pertuturan perlu dituturkan dengan teliti semasa berkomunikasi kerana mempunyai banyak faedah. Tamsilnya, pertuturan dengan bicara yang halus, sopan dan teratur boleh mengelakkan pertengkaran dan menyinggung perasaan orang di sekeliling.

Rangkap 4 Tangan, iaitu anggota yang paling signifikan fungsinya dalam kehidupan seharian harus dijaga daripada melakukan perbuatan yang terlarang tanpa mengira perbuatan tersebut kecil, besar, ringan atau berat kesalahannya. Rangkap 5 Nafsu makan harus dikawal untuk membendung tingkah laku yang buruk. Jika nafsu makan tidak dijaga, maka akan timbul amalan menurut hawa nafsu yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Rangkap 6 Hati harus diberi perhatian kerana hati berkait rapat dengan jiwa dan perasaan. Jika jiwa lemah maka semangat juga akan menjadi rapuh sedangakan kehidupan perlu dijalani dengan penuh semangat. Rangkap 7 Penggunaan kaki untuk melangkah harus dijaga. Perkara ini dapat mengelak kaki melangkah ke tempat yang mendatangkan kecelakaan dan kerugian seperti tempat maksiat.

Gambaran Masyarakat Masyarakat yang insaf Anggota masyarakat harus sedar dan insaf sama ada sesuatu perbuatan itu baik atau buruk supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Masyarakat yang sederhana Ahli masyarakat harus bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan supaya mengelakkan perkara yang boleh mengarah kepada kerugian.

Rujukan Ab Jabar, N., & Mohamed Ghazali, M. F. (2021). Komunikas i bahasa sindiran dalam seloka Pak Pandir dan Pak Kaduk. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(1), 363–378. https://doi.org/10.17576/jkmjc- 2021-3701-21 Atoh, N., Ramli, S., Arifin, Z., & Idris, Z. (2020). Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Sibawayh Arabic Language and Education, 1(1).http://ojs.upsi.edu.my/index.php /SIBAWAYH/article/view/3762 Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Cho Min Sung, & Mat. (2020). Fungsi pantun Melayu tradisional dilihat dari perspektif budaya dan alam pemikiran masyarakat Melayu, 16 (1), 1 –28. https://doi.org/10.25077/puitika.16.1.1--28.2020 Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu tradisional: Satu perbicaraan genre dan fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Herman. J. Waluyo. 1987. Teori dan apresiasi puisi. Gramedia Pustaka Utama. Nik Yusri Musa, Ilham che Daud @ Zakaria, Nazri Muslim & Jamsari Alias. (2017). Sejarah perkembangan seni khat dan pengaruhnya terhadap tulisan Jawi di Nusantara. Jurnal pengajian umum Asia Tenggara: Journal of general studies, 18, 30–42. https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03 Norazimah Zakaria. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun. ResearchGate.https://www.researchgate.net/publication/32486609 5_Akal_Budi_dan_Cerminan_Jati_Diri_Melayu_dalam_Pantun Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Yusof, S. S., & Jamian, M. N. (2020). Penaakulan moral dalam pantun Pak Nazel 101 perkara. Jurnal Melayu sedunia, 3(1), 297–317. https://samudera. um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/27642


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook