Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Tutoruial M11

Tutoruial M11

Published by 1447-24-lucy, 2021-11-23 14:48:56

Description: Tutoruial M11

Search

Read the Text Version

Sejarah Perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu: Sistem ejaan rumi kongres Disediakan oleh: Lucy Lau Ying Ying BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SISTEM EJAAN KONGRES (1957) Sistem Ejaan Kongres (1957) dicapai setelah pembentangan dua kertas kerja yang dibentangkan oleh Angkatan Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya Ketiga di Singapura pada 16 hingga 21 September 1956. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua memutuskan menerima ejaan Rumi sebagai ejaan rasmi bahasa Melayu setelah diadakan satu kajian yang panjang semenjak keputusan Kongres Pertama pada tahun 1952 dulu. Usaha menyeragamkan ejaan telah dibincangkan di dalam Kongres Ketiga berdasarkan dua kertas kerja yang kami utarakan lebih awal tadi: Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) sebelum dikatakan lebih lanjut mengenai sistem ejaan Kongres.

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu Satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Pelancaran penggunaan sistem Ejaan Baharu ini adalah hasil daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia yang sejak dahulu lagi citacita menyediakan satu sistem ejaan yang sama dengan menggunakan bahasa yang sama dan memberi faedah kepada kedua-dua negara. Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan penggunaannya. Ejaan baru ini akan bertugas sebagai alat yang akan mengawal perkembangan serta pertumbuhan bahasa Malaysia selanjutnya di masa depan. Dengan adanya sistem ejaan baharu ini, tidak akan timbul lagi masalah sistem ejaan yang harus diikuti dan digunakan terutama di sekolah-sekolah dan media massa.

SISTEM EJAAN ASAS 50 Ejaan yang digunakan penulis-penulis ASAS 50 Sistem ini tidak banyak berbeza dengan sistem Fajar Asia yang telah diperkenalkan pada tahun 1943 dulu. Cadangan ASAS 50 Oleh kerana boleh mendatangkan kesukaran bagi menerapkan vokal kembar (diftong) ai dan au seperti dalam perkataan gulai yang boleh mengandungi diftong [gu-lai] dan merupakan kata bentukan [gu-la-i], maka dicadangkan supaya diftong ai digantikan dengan ay, au digantikan dengan aw dan oi digantikan dengan oy. Contoh: [sekoi] [amboi] sekoy amboy

SISTEM Sistem ini dikemukakan sebagai cadangan oleh PBMUM di Kongres EJAAN Persuratan dan Bahasa Melayu Ke-III dalam tahun 1956. PBMUM Antara cadangan-cadangan PBMUM : Menolak penggunaan huruf-huruf kembar atau rangkap konsonan Digantikan dengan fonem lain, seperti: ch digantikan dengan c ny digantikan dengan n Ejaan Malaya hendaklah segera disatukan dengan ejaan Indonesia Memisahkan penggunaan 'pun', baik yang berertikan 'juga' atau sebaliknya. Tidak ada perbezaan antara fonem 'ain' dan fonem 'hamzah'.

EJAAN KONGRES (1956) Hasil daripada perbincangan kertas cadangan ASAS 50 dan PBMUM, maka beberapa keputusan telah dibuat dan sistem 37 yang dipersetujui disebut Ejaan Kongres. Dalam tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan risalah bahasanya dengan judul 'Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu'. Sistem baru ini adalah merupakan sistem sepenuhnya yang diterima dalam Kongres 1956 itu. Antara keputusan yang diambil Menerapkan tiga diftong : daripada Kongres tersebut ialah: aw, ay dan oy sebagai Rangkap konsonan: menggantikan diftong au, ai dan oi. ch digambarkan dengan c ng digambarkan dengan n ny digambarkan dengan n sh digambarkan dengan s

TERIMA KASIH


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook