TUGASAN 3 : Penghasilan produk BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA
Komunikasi Komunikasi merupakan suatu proses penyampaian maklumat atau pesanan dari satu pihak kepada pihak yang lain supaya terjadi keadaan yang mempengaruhi tingkah laku seseorang. Komunikasi adalah proses berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-duanya (Abdul Mua’ti, 2002 ). Proses komunikasi biasanya melibatkan individu dan interaksi mereka dengan unsurunsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising dan maklum balas diguna pakai.
Halangan Komunikasi Maklum Balas Komunikasi Sehala Gangguan Saraf Penerima Penyampaian Menerusi Saluran Kedua Halangan Gangguan Emosi Halangan Gangguan Luaran
Halangan Maklum Balas Tindak balas atau reaksi yang relevan yang dihantar oleh penerima kepada pengirim mesej. Dalam proses komunikasi, maklum balas berlaku secara pasif dan agresif. Maklum balas boleh dalam bentuk lisan ataupun simbol bukan lisan. Maklum balas penting dalam menentukan keberkesanan mesej dan kelangsungan proses komunikasi.
Maklum Balas 1.Maklum balas negatif adalah yang membantu mengekalkan keseimbangan dalam sistem, mengatasi dan mengatur akibat tindakan tertentu. 2.Maklum balas positif adalah di mana sistem tumbuh atau berkembang menuju keadaan keseimbangan baru. Kepentingan Maklum Balas Membantu menyelesaikan sesuatu permasalahan Mewujudkan peluang atau ruang komunikasi Mengelak kekeliruan dalam sesuatu perkara Sekiranya penerima tidak memberi maklum balas terhadap mesej yang disampaikan, masalah tidak akan diselesaikan. Dengan ini, penerima mungkin kurang memahami dengan maklumat yang disampaikan oleh penghantar. Halangan komunikasi terjadi kerana penerima menghadapi masalah dalam menerima mesej.
Halangan Komunikasi Sehala Proses komunikasi yang tidak memerlukan maklum balas dari penerima kepada penghantar Melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan kepada pendengar Merupakan ucapan tentang sesuatu kepada khalayak yang ramai seperti ceramah Maklumat yang disampaikan mungkin tidak difahami oleh penerima Maklumat akan disalahtafsirkan oleh penerima dan menyinggung perasaan mereka Penghantar tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh penerima
Gangguan Saraf Penerima Gangguan saraf adalah sekumpulan gangguan yang mempengaruhi perkembangan sistem saraf Gangguan saraf penerima seperti pekak dan bisu Penerima tidak dapat memberi maklum balas secara berkesan dalam proses komunikasi. Namun, mereka perlu menggunakan isyarat mereka untuk menyampaikan sesuatu mesej Penghantar yang tidak mengetahui isyarat mereka akan mendapat kegagalan dalam menerima maklum balas Komunikasi tidak terjadi kerana gangguan saraf penerima yang menyebabkan penghantar tidak akan menyampaikan mesej kepada penerima yang pekak atau bisu.
Penyampaian Menerusi Saluran Kedua Penghantar akan menyampaikan mesej dengan perkataan yang mungkin menukarkan maknanya. Penerima akan mendapat mesej yang tidak betul lalu menyampaikan mesej yang salah kepada orang lain. Penghantar akan menggunakan bahasa sendiri seperti bahasa rojak untuk menyampaikan mesej. Penerima akan menghadapi masalah seperti kesalahfahaman dalam menerima mesej yang disampaikan dan tidak akan memberi maklum balas secara berkesan.
Halangan Gangguan Emosi Emosi bersifat lebih intens dibandingkan perasaan sehingga perubahan fizikal yang ditimbulkan oleh emosi lebih jelas dibandingkan perasaan (Chaplin,1999). Gangguan emosi dalam komunikasi akan menyebabkan proses komunikasi secara kurang efektif. Emosi boleh timbul terutamanya berkait dengan penghantaran maklumat dan proses penyaluran informasi hingga penerimaan informasi. Gangguan emosi juga menyebabkan proses komunikasi terganggu sehingga sukar difahami.
Contoh Marah yang merupakan salah satu gangguan emosi telah menjadi halangan komunikasi. Kekecewaan yang berkumpul dengan membentuk kemarahan adalah gangguan emosi yang mengakibatkan berlakunya konflik. Reaksi marah berlaku apabila seseorang tidak puas hati dengan pandangan atau penyampaian seseorang. Sebagai contoh, seseorang akan menggunakan bahasa yang tidak sopan dalam komunikasi semasa tidak dapat mengawal emosinya. Konflik yang berlaku boleh menyentuh sensitif seseorang. Seseorang itu mungkin cenderung untuk memberikan sikap menolak kerana menghadapi konflik. Oleh hal yang demikian, proses komunikasi tidak akan lancar kerana halangan emosi dalam komunikasi. Konflik adalah halangan komunikasi yang boleh berlaku antara penghantar dan penerima.
Halangan Gangguan Luaran Gangguan luaran ialah gangguan yang didapati secara fizikal seperti bunyi yang terlalu bising akan menghalang penerima daripada mendengar dengan jelas. Mesej yang disampaikan tidak diterima dengan baik oleh pendengar dalam suasana yang bising. Gangguan luaran seperti bergurau-senda dengan orang lain, berjalan-jalan ke sesuatu tempat dan membuat perbincangan yang tidak berkaitan telah menjadi halangan dalam komunikasi. Hal ini kerana penghantar mungkin tidak berkomunikasi dengan suara yang besar mengakibatkan mesej disampaikan secara gagal. Suasana yang bising dari luar persekitaran juga boleh menyumbang kepada halangan dan gangguan komunikasi. Sebagai contoh, bunyi kenderaan, aktiviti pembinaan yang berdekatan, dan suara orang yang lalu- lalang.
Keterampilan Bahasa Terampil adalah cekap dalam menyelesaikan tugas, berkebolehan dan kecekapan Keterampilan adalah kecekapan untuk menyelesaikan tugas atau kompetensi yang diperlukan Cekap dan mahir menggunakan bahasa secara lisan mahupun tulisan Menguasai bahasa yang dituturkan Bahasa berperanan penting dalam komunikasi kerana bahasa digunakan sebagai alat pewakilan Ketepatan bahasa dapat menentukan proses penyampaian dan penerimaan mesej dengan berkesan
Isu Keterampilan Berbahasa Isu Bahasa Isu Budaya Isu Media Sosial
Isu Bahasa Penggunaan Bahasa Inggeris 1.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi salah satu identiti bagi rakyat Malaysia. 2.Namun, rakyat Malaysia selalu menggunakan bahasa yang kedua serta bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris dalam pertuturan harian. 3.Hal ini kerana mereka merasakan bahasa Inggeris lebih profesional daripada bahasa Melayu dan membantu mereka menghubungkan dengan dunia global. 4.Bahasa kebangsaan dianggap bahasa yang berkelas rendah dalam sosial masyarakat Malaysia masa kini. Kesalahan Tatabahasa 1.Kesalahan tatabahasa dalam komunikasi juga merupakan salah satu daripada isu bahasa. 2.Hal ini kerana rakyat Malaysia kurang ilmu pengetahuan dalam mempelajari tatabahasa bahasa Melayu di negara kita. 3.Misalnya, penghantar tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan menyampaikan mesej secara berkesan.
Isu Budaya Budaya merupakan satu bentuk ketamadunan dalam sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Penggunaan bahasa yang tidak sopan telah menjadi satu fenomena yang tidak terkawal lagi. Bahasa kurang sopan seperti bahasa kasar mengubah cara komunikasi manusia kini. Hal ini kerana penggunaan ayat-ayat dan perkataan yang kurang sopan dan tidak berhemah ini semakin berleluasa menjadi perbualan santai dalam kalangan masyarakat. Komunikasi santai yang menggunakan bahasa tidak sopan dan mencarut ini boleh diterima oleh rakan- rakan mereka selain ianya sebagai satu cara komunikasi menjalin persahabatan yang lebih erat. Ahli masyarakat yang kurang sopan dan bermoral diwujudkan dan menjejaskan keharmonian masyarakat.
Isu Media Sosial Penggunaan bahasa rojak Media sosial digunakan sebagai platform untuk berinteraksi dalam kalangan masyarakat. Konsep bahasa rojak adalah melibatkan dua jenis percakapan yang mencampurkan pelbagai gaya bahasa dalam suatu pertuturan. Penggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial sehingga mempengaruhi cara berbahasa di alam realiti Penerima akan gagal dalam memahami dan salah faham maklumat yang diterima kerana pengirim yang mencampurkan pelbagai bahasa dalam suatu pertuturan. Penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa terutama di laman akaun sosial media.
Misalnya, stesen televisyen dan penerbitan berhak menggunakan bahasa Melayu rojak untuk menarik orang ramai menonton drama atau filem yang diterbitkan. Anggota pentadbiran kerajaan juga cenderung menggunakan bahasa rojak termasuk dalam ucapan di majlis rasmi dan sidang akhbar. Kewujudan bahasa rojak adalah disebabkan sikap segelintir masyarakat yang tidak peka bahawapenggunaan bahasa kebangsaan Tegasnya, bahasa rojak ini akan menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat serta menimbulkan salah faham.
Rujukan
TERIMA KASIH
Search
Read the Text Version
- 1 - 20
Pages: