Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Buku Program "Melestarikan Komuniti Sejahtera FELDA"

Buku Program "Melestarikan Komuniti Sejahtera FELDA"

Published by KULLIYYAH OF NURSING, IIUM, 2022-01-26 02:40:43

Description: Majlis Pelancaran Projek Flagship Kulliyyah Kejururawatan UIAM

Search

Read the Text Version

MAJLIS PELANCARAN PROJEK FLAGSHIP KULLIYYAH KEJURURAWATAN UIAM (SEJAHTERA COMMUNITY : ESTABLISHING THE OLDER PEOPLE ACCESS TO HEALTH PROMOTION AND HEALTHCARE SERVICES IN IMPROVING QUALITY OF LIFE (QOL) OF FELDA SETTLERS) \"MELESTARIKAN KOMUNITI SEJAHTERA FELDA\" 28 JANUARI 2022 (25 JAMADIL AKHIR 1443H) FELDA SUNGAI PANCHING TIMUR, KUANTAN, PAHANG DIRASMIKAN OLEH Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak ANJURAN Flagship Sejahtera Komuniti, Kulliyyah Kejururawatan, UIAM Kuantan DENGAN KERJASAMA FELDA Wilayah Kuantan, Pahang

KATA-KATA ALUAN REKTOR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana diizinkan saya untuk hadir bersama-sama tuan- tuan dan puan-puan dalam program yang sangat bermakna pada hari ini. Majlis pelancaran projek \"Melestarikan Komuniti Sejahtera FELDA\" menjadi satu peristiwa penting sebagai satu tanda terjalinnya kerjasama yang utuh di antara pihak UIAM khususnya Kulliyyah Kejururawatan bersama komuniti FELDA wilayah Kuantan. Usaha murni untuk menjalinkan hubungan silaturrahim di antara warga UIAM dan masyarakat FELDA di sini turut memberi peluang kepada mereka memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan berkongsi kemahiran dan pengetahuan tentang aspek penjagaan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Ini akan membantu melahirkan masyarakat keluarga Malaysia yang lebih sihat dan penyayang dalam memacu keharmonian negara, insyaAllah. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini. Besar harapan saya agar kerjasama dalam program-program seperti ini dapat diteruskan, dan diharapkan lebih banyak program-program sebegini dapat dianjurkan di masa akan datang. Suasana kampung indah dan tenang, Saling muafakat hormat menghormati, Baik budi tuan akan kami kenang, Termetri di hati tersimpul mati. Sekian, saya akhiri ucapan saya hari ini dengan Wabillahitaufik walhidayah, Wassalamualikum waramatullahi wabarakatuh. Dzulkifli Abdul Razak, Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

KATA-KATA ALUAN PENGARAH KAMPUS KUANTAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, pogram majlis pelancaran projek kemasyarakatan \"Melestarikan Komuniti Sejahtera FELDA\" ini berjaya direalisasikan setelah perancangan rapi yang dibuat oleh seluruh ahli jawatankuasa dari Kulliyyah Kejururawatan UIAM dan komuniti FELDA Sungai Panching Timur. Seperti yang anda semua sedia maklum, majlis perasmian ini adalah simbolik kepada projek unggul Flagship Sejahtera Komuniti, Kulliyyah Kejururawatan, UIAM Kuantan dalam menyantuni komuniti FELDA terutamanya warga emas dan ahli keluarga mereka. Adalah diharapkan agar projek ini bakal memberi impak yang positif kepada komuniti FELDA di sini terutamanya daripada aspek kesihatan dan kesejahteraan hidup. Program seperti ini diyakini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Kakitangan dan para pelajar UIAM dapat berkongsi dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan mereka kepada penduduk setempat dalam memainkan peranan membentuk masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni. Para penduduk setempat juga berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dirangka untuk projek ini yang sudah pasti bakal memberikan manfaat kepada perkembangan kesihatan seharian mereka. Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran program ini terlaksana. Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Profesor Dr. Azmi bin Md. Nor Pengarah Kampus Kuantan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

KATA-KATA ALUAN DEKAN KULLIYYAH KEJURURAWATAN UIAM Ke hadrat Ilahi kami panjatkan kesyukuran kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberikan kesempatan untuk meneruskan kerja-kerja kebaikan di bumi ini, Alhamdulillah. Semoga perhimpunan Flagship Komuniti Sejahtera kita secara penjarakan fizikal ini mendapat taufik dan inayah serta mendapatkan mardhatillah-Nya. Agenda utama dalam program yang berteraskan jalinan kerjasama pihak universiti serta masyarakat FELDA ini, ingin menerapkan jagaan optimum pelbagai peringkat umur demi kesejahteraan bermasyarakat. Program yang dirancang seawal 2021 ini diharapkan dapat membantu masyarakat FELDA khususnya dalam menjaga kesihatan diri tanpa memandang enteng segala permasalahan kesihatan yang dihadapi. Moto kami yang merujuk kepada ‘tangan yang memudahkan, hati yang prihatin’ membawa mesej yang cukup mendalam dalam kehidupan bermasyarakat. Tangan yang dikurniakan diterjemahkan sebagai kudrat dalam membantu masyarakat memenuhi kehendak kehidupan seharian dengan niat suci bermula dari hati yang penuh rasa kebertanggungjawaban dalam memudahkan warga FELDA mendapat kesejahteraan hidup yang sewajarnya. Inisiatif serta perancangan yang telah dijalankan diharapkan dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada semua penduduk FELDA yang terpilih, malah dipanjangkan kepada masyarakat sekitar yang memerlukan. Jerayawara secara berjadual akan diadakan buat warga FELDA bagi menyampaikan ilmu berkaitan jagaan kesihatan. Kaedah yang berkesan mampu dilakukan dalam menerapkan unsur-unsur keilmuan melalui pelbagai pendekatan yang tersusun. Lanjutan kepada program ini, diharapkan agar wasilah yang terjalin antara kakitangan universiti, para pelajar serta warga FELDA terus dikekalkan serta dipertingkatkan dalam membentuk komuniti FELDA yang sejahtera secara berterusan. Dr. Muhammad Kamil Che Hasan Dekan Kulliyyah Kejururawatan UIAM Kuantan

KATA-KATA ALUAN KETUA PROJEK FLAGSHIP KOMUNITI SEJAHTERA Alhamdulillah. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang Maha Penyayang sehingga akhirnya terlaksana juga “Projek Melestarikan Komuniti Sejahtera FELDA” secara bersemuka bertemakan “Hands that ease, hearts that care” yang bertempat di FELDA Sungai Panching Timur. Penularan wabak virus Covid-19 merupakan satu fenomena yang bersifat jangka panjang dan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, kelangsungan hidup, keselamatan dan kesihatan perlu diteruskan disamping menitikberatkan pembudayaan norma baharu dalam masyarakat. Perlaksanaan projek ini mensasarkan kesihatan dan kesejahteraan warga emas dan keluarga di tanah rancangan FELDA. Perlaksanaan projek adalah melibatkan kerjasama utama daripada dua pihak iaitu IIUM dan FELDA. Ini termasuklah penglibatan kakitangan, pelajar dan penduduk FELDA. Tidak lupa juga rakan kolaborasi lain yang akan turut serta menjayakannya. Penglibatan pelajar dan kakitangan diharapkan akan dapat membina kesedaran berkaitan kepentingan menuntut ilmu dan menyumbangkannya semula untuk kepentingan masyarakat bersama. Nilai-nilai murni amalan hidup bermasyarakat seperti amanah, jujur, prihatin dan muafakat diharapkan akan dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Melalui perlaksanaan pelbagai aktiviti ini pastinya diharapkan akan memberi manfaat kepada masyarakat, khasnya di FELDA. Acara hari ini adalah istimewa kerana ia merupakan titik tanda permulaan dari rasa tanggungjawab terhadap tuntutan hidup bermasyarakat ke arah mencapai kesihatan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat. Sokongan teguh daripada pihak universiti, khasnya dari pihak pengurusan Kulliyyah Kejururawatan UIAM serta pihak FELDA Wilayah Kuantan amat kami hargai. Akhir kata, ribuan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua pasukan yang bertungkus lumus dalam merancang dan merealisasikan perlaksanaan aktiviti hari ini samada daripada UIAM, mahupun FELDA. Semoga ukhuwah yang lebih erat terbina melalui aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan selepas ini. Sekian, terima kasih. Dr. Patimah Abdul Wahab Ketua Projek Flagship Komuniti Sejahtera Kulliyyah Kejururawatan, UIAM Kuantan

KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH FELDA WILAYAH KUANTAN Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua, dapat kita berkumpul dalam Program CSR \"Melestarikan Komuniti Sejahtera FELDA\" dan Kulliyah Kejururawatan, UIAM. Pengurusan FELDA merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian UIAM memilih komuniti FELDA dalam memastikan kesejahteraan komuniti dengan mewujudkan akses warga emas kepada promosi kesihatan dan perkhidmatan kualiti hidup peneroka FELDA. Dalam memastikan kelestarian komuniti ini, paradigma pemikiran futuristik di ambil kira dengan keseimbangan persekitaran, ekonomi dan sosial dalam merancang pembangunan dan peningkatan kualiti hidup. Dengan kata yang mudah, ia merupakan satu konsep yang mendasari prinsip bahawa semua keperluan untuk hidup dan kesejahteraan bergantung secara langsung mahupun tidak langsung terhadap semula jadi. Keistimewaan penempatan kelompok FELDA ini dilihat dapat memenuhi tuntutan kelestarian dan daya huni melalui pembentukan komuniti yang mampan. Tanggungjawab untuk membentuk komuniti lestari ini tidak hanya digalas oleh pihak kerajaan semata- mata tetapi memerlukan usaha dan kerjasama pelbagai pihak. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UIAM yang telah sudi menjalankan tanggungjawab sosial korporat bersama FELDA khasnya FELDA Sungai Panching Timur bagi mempertingkatkan tahap kualiti kehidupan kumpulan sasar. Sekian, terima kasih. Puan Zainor Ikram Binti Omar Timbalan Pengarah FELDA Wilayah Kuantan

KATA-KATA ALUAN PENGURUS FELDA SUNGAI PANCHING TIMUR Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul bersama pada hari ini dalam satu majlis yang sangat baik ini. Selaku tuan rumah, saya sangat mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke rancangan FELDA Sungai Panching Timur ini bagi perlaksanaan program \"Melestarikan Komuniti Sejahtera FELDA\" dan sangat berterima kasih kerana sudi memilih rancangan ini untuk dijadikan tapak program tersebut. Hal ini memberi banyak peluang kebaikan kepada komuniti FELDA Sungai Panching Timur dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat. Tahniah juga saya ucapkan kepada pihak UIAM khususnya Kulliyyah Kejururawatan atas anjuran dan usaha bagi memastikan objektif program ini dicapai. Semoga dengan adanya program ini, komuniti di FELDA Sungai Panching Timur lebih peka dan cakna dengan kesihatan diri dari pelbagai aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan program ini, semoga ianya dapat diteruskan ke komuniti FELDA yang lain di masa akan datang. Sekian dari saya, Assalamualaikum WBT. Encik Mohd Heikal Hamsen Pengurus FELDA Sungai Panching Timur Kuantan, Pahang

PENGENALAN Projek \"Melestarikan Komuniti Sejahtera FELDA\" adalah sebuah projek kemasyarakatan anjuran Flagship Komuniti Sejahtera, Kulliyyah Kejururawatan, UIAM Kuantan. Aktiviti-aktiviti di bawah projek ini akan dikelola oleh kakitangan dan para pelajar kejururawatan UIAM yang merupakan ahli jawatankuasa Flagship Komuniti Sejahtera; dengan kerjasama komuniti FELDA. Projek ini bakal dijalankan dengan menjadikan golongan warga emas dan penjaga mereka sebagai golongan sasaran. Pada tahun 2021, projek ini bertumpu kepada usaha menjalinkan hubungan kerjasama di antara pihak UIAM dan FELDA dalam menilai tahap keperluan yang berkaitan kesihatan dan kesejahteraan golongan warga emas dan penjaga mereka. Bagi tahun 2022, projek ini bakal memberi fokus terhadap perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang untuk golongan sasaran ini. Pihak universiti bakal berkongsi kemahiran dan pengetahuan mereka dalam usaha murni ini demi memberikan faedah kepada masyarakat setempat di samping memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli jawatankuasa dan sukarelawan yang terlibat dalam projek ini. Justeru, majlis perasmian projek ini dilihat sebagai salah satu acara yang penting buat semua pihak sebagai satu simbolik bagi menyatukan semua lapisan masyarakat dalam memberi sumbangan kepada komuniti.

OBJEKTIF Objektif utama program ini adalah untuk merasmikan projek \"Melestarikan Komuniti Sejahtera FELDA\". Golongan yang disasarkan adalah warga emas dan ahli keluarga mereka. Fokus aktiviti projek ini memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan berunsur galakan penambahbaikan tahap kesihatan dan kesejahteraan para peneroka FELDA dan ahli keluarga mereka. Secara khususnya, projek ini bertujuan : i) Menilai keperluan golongan warga emas dan keluarga mereka dari aspek kesihatan dan kesejahteraan. ii) Menambahbaik pengetahuan, sikap, dan amalan dalam kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga emas dan keluarga mereka. iii) Meningkatkan kualiti hidup warga emas dan keluarga mereka melalui pencegahan dan perawatan untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan hidup. iv) Memupuk hubungan harmoni di antara generasi muda dan golongan yang lebih tua selaras dengan ajaran agama Islam. Berdasarkan objektif-objektif di atas, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan bermula dengan mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan aspek kesihatan dalam kumpulan sasaran dan bakal diperluaskan melalui bentuk program-program sokongan dan pemantauan.

TENTATIF PROGRAM PROGRAM PERKONGSIAN ILMU TERHADAP PENGURUSAN JANGKA PANJANG DALAM KALANGAN KOMUNITI SUKARELAWAN FELDA DI KUANTAN Jumaat, 28 Januari 2022 (25 Jamadil Akhir 1443H) 7.30 pagi Rombongan UIAM bertolak 8.00 pagi Pendaftaran dan sarapan 9.00 pagi Ucapan pembukaan dan bacaan doa 9.10 pagi Majlis Aluan: -Dr. Patimah Abdul Wahab, Ketua Projek -En. Abdullah Othman, Ketua JKKR 9.30 pagi Ceramah : \"Penjagaan Kudis Tekanan\" -Dr. Siti Nur Illiani Jaafar 10.30 pagi Rehat dan minum pagi 11.00 pagi Ceramah : \"Jagaan Tiub Nasogastrik\" -Dr. Siti Zuhaidah Shahadan 12.00 t/hari Makan tengahari dan Solat Zuhur/Jumaat

TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN \"MELESTARIKAN KOMUNITI SEJAHTERA FELDA\" Jumaat, 28 Januari 2022 (25 Jamadil Akhir 1443H) 2.30 ptg Ketibaan tetamu jemputan 3.00 ptg Ketibaan Jemputan Kehormat: YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 3.10 ptg Ucapan aluan 3.15 ptg Majlis perasmian: - Lagu \"Negaraku\" - Lagu UIAM: \"Leading the Way\" - Lagu FELDA: \"Semai Bakti\" - Bacaan doa 3.30 ptg Bacaan ayat-ayat suci al-Quran 3.40 ptg Ucapan pembukaan: Dr. Muhammad Kamil Che Hasan Dekan, Kulliyyah Kejururawatan UIAM Pn. Zainor Ikram Binti Omar Timbalan Pengarah, FELDA Wilayah Kuantan

TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN \"MELESTARIKAN KOMUNITI SEJAHTERA FELDA\" Jumaat, 28 Januari 2022 (25 Jamadil Akhir 1443H) 4.00 ptg Ucapan perasmian: YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 4.20 ptg Pertukaran cenderahati Sesi bergambar Ucapan penutup 4.40 ptg Lawatan ringkas ke tapak pameran 5.00 ptg Minum petang Bersurai

AHLI JAWATAN KUASA UNIVERSITI ISLAM KOMUNITI FELDA SUNGAI AHLI JAWATANKUASA ANTARABANGSA MALAYSIA PANCHING TIMUR PELAJAR (UIAM) (FSPT) PENASIHAT Dr. Muhammad Kamil En. Mohd Heikal Hamsen Dr. Patimah Abdul Wahab Che Hasan (Dekan, Kulliyyah Kejururawatan) (Pengarah, FSPT) (Ketua Projek) KETUA PROJEK Dr. Patimah Abdul Wahab TIMBALAN KETUA En. Norzan Othman Muhammad Mukmyn PROJEK Dr. Aniawanis Makhtar Mohamed Najib SETIAUSAHA 1 (Dokumentasi) En. Muhammad Farhan En. Abdullah Othman Nur Umairah El Afifah Al Mahmud Hisham Pn. Norshaira Khairul Anuar Nurul Zalilawati Abdullah SETIAUSAHA 2 Pn. Fazlina Othman Pn. Fadzilah Ahmad BENDAHARI 1 Dr. Norlinda Abd. Rashid En. Mohd Hairi Sulaiman Nurul Syafika Nawi Kahar BENDAHARI 2 Pn. Asmawati Che Ismail En. Ahmad Fuad Abd. Ghani AJK MEDIA & PROMOSI Dr. Shidqiyyah Abd Hamid En. Mahzwa Mamat Muhammad Fathurrahman Pn. Sumaiyah Jamaludin Pn. Salija Omar Norazmi Dr. Lee Siew Pien Pn. Norshaira Khairul Anuar Khairul Amri Kamaruddin Dr. Mohd Azri Abd Jalil Nur Hazirah Mohamad Hanim AJK JEMPUTAN & Dr. Siti Zuhaidah Shahadan Pn. Norshaira Khairul Anuar PENYERTAAN AP Dr. Salizar Mohamed Ludin Pn. Salija Omar Dr. Tengku Muhamad Faris Syafiq Tengku Zakaria

AHLI JAWATAN KUASA UNIVERSITI ISLAM KOMUNITI FELDA SUNGAI AHLI JAWATANKUASA ANTARABANGSA MALAYSIA PANCHING TIMUR PELAJAR (UIAM) (FSPT) AJK PROGRAM & Dr. Siti Nur Illiani Jaafar En. Mohd Hairi Fahmi Nur Umairah El Afifah AKTIVITI Dr. Nik Noor Kaussar Nik Sulaiman Kahar Nur Syafika bt Nawi Mohd Hatta Nur Nazifa Firzanah Dr. Noor Azizah Ali (2 Sukarelawan daripada Aisyah Wahidah Yuhasri 'Azan Pn. Nur Amirah Abdul Alam KOSPEN FSPT) Azzah Qurratuaini Awalludin Dr. Syamsul Ahmad Arifin Kaiyisah bt Johari Dr. Muzaitul Akma Mustapa Muhammad Syafiq b Mat Fiah Kamal Basha Nur Azizah Yahya bt Faridz Dr. Abdul Alif Abdul Hamid Nur Syuhada Ilmi bt Shaari Nursyarah Ilina bt Mahadi Engku Ellysa Ellyani Fhaihatul Akma Mohd Fauzi Nur Natasya bt Razali Siti Nur Fatihah bt Suhaimi Muhammad Aiman Fakhrullah Nurul Ezam Asri b Hasmat Nur Anisah Ashila bt Safari Amirah bt Irman Nor Aliah bt Mahyuddin Khayrin Qistina Kamaruzzaman AJK PROTOKOL, TEKNIKAL Dr. Redzuan Nul Hakim En. Amat Jusoh Protokol & TUGAS-TUGAS KHAS Abdul Razak En. Mohd Shahrul Akbar Nur Nazifa Firzanah Rohaizy En. Adam Ali Ahmad Teknikal AP Dr. Mohd Said Nurumal (4 sukarelawan daripada Muhammad Amirul Aiman Dr. Nurasikin Mohamad Persatuan Belia FSPT) Nurul Syafarana Mohd Sulam Shariff Siti Nazirah Asmah Mohd Jai En. Akmal bin Ibrahim Wan Nur Rafikha Tirani Dr. Siti Hazariah Abdul Hamid Kamila Alias Tugas-Tugas Khas Nur Fatihah Abdul Rahman Nurul Shafikah Mohd Nawi Nur Adlin Liyana Mohd Termizi

AHLI JAWATAN KUASA AJK MAKANAN & UNIVERSITI ISLAM KOMUNITI FELDA SUNGAI AHLI JAWATANKUASA MINUMAN ANTARABANGSA MALAYSIA PANCHING TIMUR PELAJAR (FSPT) (UIAM) Pn. Fadzilah Ahmad Muhammad Mukmyn AP Dr. Azlina Daud (4 sukarelawan daripada Mohamed Najib Pn. Fatma Haizuni Ahmad Gerakan Persatuan Wanita Nur Umairah El Afifah Al AJK PENAJAAN Dr. Hanida Hani Mohd FSPT) Hisham Mokhtar Nurul Syafika bt Nawi Dr. Sharifah Munirah Syed Elias Dr. Haliza Hasan En. Norzan Othman En. Ahmad Fuad Abd Ghani Dr. Mohd Khairul Zul Hasymi Firdaus Pn. Rusilawati Abd Rahman Prof. Dr. Ahmad Aidil Arafat JUMLAH Dzulkarnain Pn. Masmunaa Hassan KESELURUHAN Pn. Aida Ab Samad Dr. Nadzirah Ahmad Basri Dr. Siti Noorkhairina Sowtali Dr. Mohamad Firdaus Mohamad Ismail Pelajar UIAM 27 orang Pn. Normazatul Afieda Ahmad FSPT Zabik 20 orang Dr. Wan Hasliza Wan Mamat Staf UIAM 41 orang

\"HANDS THAT EASE, HEARTS THAT CARE\" MELESTARIKAN KOMUNITI SEJAHTERA FELDA FELDA Sungai Panching Timur, Kuantan, Pahang 28 JANUARI 2022 MAJLIS PERASMIAN oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM CERAMAH KESIHATAN 1. Pencegahan Kudis Tekanan 2. Jagaan Tiub Nasogastrik AKTIVITI-AKTIVITI LAIN 1. Pemeriksaan Kesihatan 2. Pameran dan Demonstrasi Kesihatan - Pemeriksaan Sendiri Payudara - Bantuan Kecemasan Tercekik - Simulasi Warga Emas - Patah Tulang - Vape 29 JANUARI 2022 CERAMAH & DEMONSTRASI KESIHATAN 1. Perspektif Islam Dalam Jagaan Jangka Panjang 2. Jagaan Stoma 3. Penjagaan Rohani AKTIVITI-AKTIVITI LAIN 1. Pemeriksaan Kesihatan 2. Pameran dan Demonstrasi Kesihatan 3. Acara Sukaneka Kanak-Kanak

Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia. Terima Kasih


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook