PERATURAN DAN PANDUAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN KPTM & KUPTM NOTA : Maklumat yang dinyatakan dalam panduan ini adalah benar pada masa ia dicetak dan tertakluk kepada pindaan oleh pihak KPTM/KUPTM. Pihak KPTM/KUPTM berhak untuk membuat pindaan tanpa membuat pengumuman terlebih dahulu. Sila baca panduan ini dengan teliti. 1
BIL PERKARA 1 PENGENALAN 2 PANDUAN GRADUAN 3 PANDUAN IBU BAPA/TETAMU 4 YURAN MAJLIS KONVOKESYEN 6 KOD PAKAIAN 7 JUBAH KONVOKESYEN 8 GAMBAR KONVOKESYEN 9 SKROL DAN TRANSKRIP 10 TERTIB DALAM DEWAN 11 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TRACER STUDY) 12 PEGAWAI-PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI 13 CAWANGAN KOLEJ POLY-TECH MARA 14 LAMPIRAN I-VII 2
PENGENALAN Konvokesyen adalah majlis yang amat bererti kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian sekaligus akan menjadi memori yang bermakna bagi graduan- graduan terlibat. Oleh itu pihak kolej berharap graduan dapat bekerjasama sepenuhnya agar majlis konvokesyen akan berjalan dengan lancar. Dengan itu, mohon graduan meneliti dan memahami kandungan peraturan dan panduan ini agar dapat membantu menjayakan majlis ini dengan sebaiknya. Maklumat berkenaan Majlis Konvokesyen KPTM ke-33 & Majlis Konvokesyen KUPTM ke 1 boleh dilayari dilaman web rasmi Konvokesyen : http://convo.kptm.edu.my/2016 PANDUAN GRADUAN Raptai 1. Upacara Raptai untuk majlis ini akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 30 Oktober 2016 (Ahad) Tempat : Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC) Masa : 2.30 petang 2. Semua graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen DIWAJIBKAN menghadiri raptai supaya dapat memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi. 3. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek. 4. Graduan diminta memaklumkan kepada ibu bapa/tetamu supaya berpakaian kemas dan tertib yang bersesuaian untuk majlis rasmi. 3
Majlis Konvokesyen Majlis Konvokesyen akan diadakan seperti berikut : KPTM/KUPTM Sidang Tarikh Hari Masa Tempat KPTM Sidang 1 31 Oktober 2016 Isnin 8.00 pagi Sidang 2 31 Oktober 2016 Isnin 2.00 petang Dewan Plenari, Sidang 3 1 November 2016 Selasa 8.00 pagi Putrajaya Sidang 4 1 November 2016 Selasa 2.00 petang International Sidang 5 2 November 2016 Rabu 8.00 pagi Convention KUPTM Sidang 1 3 November 2016 Khamis 8.00 pagi Centre (PICC) Sidang 2 3 November 2016 Khamis 2.00 petang Pengesahan Graduan 1. Setiap graduan yang telah menerima undangan WAJIB membuat pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2016 melalui pengesahan secara online dengan melayari laman web melalui alamat berikut : - http ://graduan.kptm.edu.my/ 2. Graduan diminta untuk memuatnaik gambar ke dalam laman web konvokesyen dengan merujuk kepada lampiran III yang disertakan sekiranya belum berbuat demikian. 3. Kad Nama Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa raptai konvokesyen di Kaunter Semakan Yuran Tertunggak. Tanpa kad nama ini graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen. 4. Kad gambar akan diserahkan semasa pengambilan jubah. Kad tersebut hendaklah diisi dengan lengkap dan dibawa bersama semasa perarakan naik ke pentas bagi penganugerahan ijazah/diploma/sijil. Kad hendaklah diserahkan kepada jurugambar yang bertugas. Kegagalan membawa kad gambar boleh mengakibatkan kegagalan penghantaran gambar tersebut. 5. Graduan adalah dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain tetapi bilangannya dihadkan tidak melebihi 1 orang graduan sahaja dengan syarat semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan. 4
PANDUAN IBU BAPA/TETAMU Pas Masuk Tetamu Ke Majlis Konvokesyen 1. Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk. Untuk pas masuk pelajar dibenarkan membawa dua (2) orang tetamu sahaja. Pas yang hilang tidak akan diganti. Pas masuk hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri majlis konvokesyen dan disimpan oleh ibu bapa graduan untuk digunakan ketika memasuki dewan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Graduan dan tetamu juga dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung. Tempat Letak Kenderaan Graduan & Ibu bapa/Tetamu Graduan 1. Sila patuhi arahan keselamatan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan letak kereta graduan/tetamu graduan. Pakaian Ibu bapa/Tetamu Graduan 1. Pakaian Tetamu Lelaki Pakaian rasmi/batik/kebangsaan, lengkap dan sopan. ATAU “Lounge Suit” lengkap bertali leher. SELUAR JEANS DAN KEMEJA-T TANPA KOLAR TIDAK DIBENARKAN 2. Pakaian Tetamu Perempuan Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan. PAKAIAN “GAUN” ATAU “SKIRT”, “BLOUSE” TANPA LENGAN, KEMEJA-T DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN NOTA PENTING: IBU BAPA/TETAMU GRADUAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI PANDUAN BERPAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN Makanan/minuman Ibu bapa/Tetamu Graduan Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan jamuan makan/minum untuk para graduan dan ibu bapa/tetamu. Walau bagaimanapun, pihak Putrajaya International Convention Centre (PICC) ada menyediakan kemudahan kafeteria/kantin untuk para graduan dan ibu bapa/tetamu. 5
YURAN MAJLIS KONVOKESYEN 1. Bagi menjayakan majlis ini, pihak KPTM telah menetapkan kadar bayaran Pakej Graduasi yang perlu dijelaskan seperti jadual di bawah: BAYARAN TUNAI (RM65.00 / BAYARAN MELALUI BANK (RM200.00) RM60.00) Sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen, Graduan Ijazah Bacelor – RM65.00 graduan perlu membuat bayaran berjumlah Graduan Diploma / Sijil – RM60.00 RM200.00 di kaunter tunai Bank Simpanan Nasional (GIRO) dengan menggunakan borang Deposit/Bayaran/Tuntutan ke akaun : Bayaran ini diperlukan bagi tujuan : KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD- IBUPEJABAT No Akaun :1410041000204507 i. Penyewaan jubah (slip bank – in hendaklah dibawa semasa ii. Set gambar atas pentas raptai). Bayaran hendaklah dibuat secara (Bagi mengelakkan sebarang masalah dalam tunai semasa mengambil jubah mengenalpasti bayaran, kaedah bayaran pada hari raptai Majlis Konvokesyen melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau kepada pembekal jubah. secara online adalah TIDAK DIBENARKAN.) 2. Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran (Yuran Pengajian dan Yuran Majlis Konvokesyen) akan dibenarkan menghadiri majlis konvokesyen ini. Semua yuran tertunggak hendaklah dijelaskan di kolej masing-masing. 3. Sila buat semakan tentang status hutang melalui laman web alamat berikut:- http ://graduan.kptm.edu.my/ 6
KOD PAKAIAN Para graduan diminta mematuhi peraturan pakaian semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. 1. Pakaian Graduan Lelaki Baju Melayu berwarna Biru Gelap atau Hitam lengkap bersamping tenun / songket hitam ATAU Blazer Hitam lengkap berkemeja lengan panjang, seluar (Hitam) dan bertali leher berwarna Merah. Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress shoes), dan berstoking warna gelap; dan rambut didandan rapi dan tidak panjang melebihi paras bawah telinga. Memakai songkok diwajibkan bagi graduan Diploma Muslim dan tidak diwajibkan bagi graduan bukan Muslim. 2. Pakaian Graduan Perempuan Graduan Muslim berbaju Kurung atau Kebaya Labuh TANPA BELAH. Wajib memakai tudung polos (tidak bercorak atau berbunga). Graduan bukan Muslim berbaju kemeja (blouse) berlengan panjang dan berseluar (Hitam) atau long dress atau skirt labuh di bawah paras lutut TANPA BELAH. Graduan tidak diwajibkan bertudung. Kasut jenis tertutup (pump shoes) warna hitam dan bertumit tidak melebihi satu setengah inci. Selipar atau sandal atau lain-lain bentuk yang menampakkan jari kaki tidak dibenarkan. Pelajar program Ijazah dan Profesional dibenarkan memilih warna tudung mengikut warna baju yang dipakai. Graduan Diploma hendaklah memakai warna tudung mengikut ketetapan seperti Jadual 1. PENTING PERATURAN BERPAKAIAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN. GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI KOD PAKAIAN INI TIDAK AKAN DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MAJLIS INI. 7
JADUAL 1 (KPTM) KOD WARNA BIL FAKULTI BIL PROGRAM KURSUS TUDUNG Diploma in Computer Systems 1 CC103 & Networking Diploma Kemahiran Malaysia 2 CC132 (Tahap 4) Diploma in Business Info. 3 CT101 Technology Diploma in Information 4 CT102 Technology Diploma in Information 5 CT103 Technology FAKULTI BSc. (Hons) Business SAINS Information Technology with KOMPUTER 6 CU200 Accounting 3+0 in 1 DAN Collaboration with Coventry Merah Hati TEKNOLOGI University, UK (Maroon) MAKLUMAT BSc. (Hons) Business (FSKTM) Information Technology with 7 CU202 International Business 3+0 in Collaboration with Coventry University, UK BSc. (Hons) in Computer 8 CU203 Science 3+0 in Collaboration with Coventry University, UK BSc. (Hons) in Network and Mobile Computing 3+0 in 9 CU204 Collaboration with Coventry University, UK Diploma In Business 1 AB101 Management Diploma in Management with FAKULTI 2 AB103 Multimedia PENGURUSAN Biru 2 3 AB104 Diploma In Retail Management (Turquoise) PERNIAGAAN Diploma in Human Resource (FPP) 4 AB107 Management 5 AB108 Diploma in Entrepreneurship 6 AH101 Diploma in Tourism 1 AA101 Diploma in Accountancy FAKULTI 3 PERAKAUNAN BSc. of Arts (Hons) in Oren (FPA) Accounting and Finance 3+0 (Orange) 2 AA231 Collaboration with Dublin Business School 8
KOD WARNA BIL FAKULTI BIL PROGRAM KURSUS TUDUNG 1 AC110 Diploma Perakaunan UiTM 2 AS120 Diploma Sains UiTM 3 BE101 Diploma in TESL Diploma Pendidikan Awal 4 BE102 Kanak-kanak Diploma in Corporate 5 BK101 Communication Diploma Pengajian 6 BM111 Perniagaan UiTM FAKULTI SAINS 7 BM112 Diploma Perbankan UiTM SOSIAL DAN Diploma Analisa Pelaburan Ungu 4 8 BM114 KEMANUSIAAN UiTM (Purple) (FSSK) Diploma Pengajian 9 BM117 Perniagaan (Pengangkutan) UiTM Diploma Pengajian 10 BM119 Perbankan UiTM Diploma Sains Komputer 11 CS110 UiTM Diploma Pengurusan 12 HM111 Pelancongan UiTM OM114/ Diploma Pengurusan Dan 13 BM118 Teknologi Pejabat UiTM Diploma In Electrical 1 ET101 Engineering (Industrial Hijau Epal FAKULTI 5 Electronic) (Apple KEJURUTERAAN Diploma In Civil Engineering Green) 2 EV101 (Construction Safety) FAKULTI Diploma Kejururawatan Merah 6 BIO-INDUSTRI 1 DN101 Jambu & SAINS KESIHATAN 2 DS102 Diploma in Agro Technology (Pink) Diploma in Multimedia FAKULTI 1 CT104 Emas 7 MULTIMEDIA (Gold) KREATIF 2 CT108 Diploma in Computer Graphic Design * Contoh warna boleh dilihat pada laman web Konvokesyen KPTM 9
JADUAL 2 (KUPTM) KOD WARNA BIL FAKULTI BIL PROGRAM KURSUS TUDUNG Diploma in Accounting 1 AA102 And Finance Diploma in Business 2 AB101 Management FAKULTI 1 PERNIAGAAN & PERAKAUNAN Diploma in Human Kuning 3 AB107 Resource Management (Yellow) Diploma in 4 AB108 Entrepreneurship Diploma in Computer FAKULTI 1 CC101 Science PENGKOMPUTERAN Merah 2 & SAINS Diploma in Business Info. (Red) TEKNOLOGIKAL 2 CT101 Technology FAKULTI Coklat 3 PENGAJIAN 1 BE101 Diploma in TESL (Brown) BAHASA INGGERIS FAKULTI PENGAJIAN Diploma in Corporate Kelabu 4 1 BK101 KOMUNIKASI & Communication (Gray) MEDIA ACCA Certified Accounting 1 AA111/2 Tech. Professional Accountancy INSTITUT Hijau 5 PENGAJIAN 2 AA211 (ACCA) – KPTM Turqoise PROFESIONAL Institute Of Chartered Secretary and 3 AU201 Administration(ICSA) 10
JUBAH KONVOKESYEN (CADANGAN DESIGN BARU) 1. Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi : Jubah konvokesyen berwarna hitam Topi (Mortar Board) *Graduan peringkat Ijazah sahaja (Hood) 2. Pengambilan jubah konvokesyen akan dijalankan selama 3 hari iaitu; I. 27 & 28 Oktober 2016 [Khamis & Jumaat] - 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Pekarangan KUPTM Kuala Lumpur II. 30 Oktober 2016 [Ahad] – 9.00 pagi hingga 1.00 petang di PICC. 3. Bayaran sewaan jubah RM65.00 untuk graduan program Ijazah dan RM60.00 untuk graduan program Diploma dan Sijil. Bayaran tunai dibuat semasa pengambilan jubah. 4. Selain itu, semua bakal graduan juga diminta untuk mengisi dan melengkapkan satu (1) borang/resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/resit tersebut pada hari yang sama. Setiap graduan adalah dinasihatkan supaya menyimpan dan menjaga dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah. 5. Jubah hendaklah dikembalikan di Kaunter Jubah iaitu di PICC, sebaik sahaja graduan selesai upacara konvokesyen. Kaunter ini akan dibuka mulai jam 1.00 petang hingga jam 6.00 petang. Semasa mengembalikan jubah tersebut para graduan adalah dikehendaki membawa dan menyerahkan salinan borang/resit penyewaan jubah kepada pegawai petugas di kaunter. 6. Graduan juga diingatkan supaya mengisi Borang Semakan Proses Pengambilan Jubah Konvokesyen yang disertakan dan diserahkan pada hari pengambilan jubah. PERHATIAN Ketiadaan salah satu dari set jubah konvokesyen seperti perkara (1) di atas bermakna pakaian konvokesyen tidak lengkap dan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa. Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan dinasihatkan supaya membawa bersama jubah pada hari konvokesyen. 11
TIP PEMAKAIAN JUBAH KONVO Jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan kemas dan tertib seperti berikut: (*Hood) terletak di atas paras bahu kedua-dua bahu Topi (*Mortar board) dipakai dengan membiarkan rumbai (tassel) tergantung di hadapan sebelah kiri. (*Graduan peringkat Ijazah / Profesional (ACCA/ICSA) sahaja) GAMBAR KONVOKESYEN Jawatankuasa Jubah Konvokesyen akan menyediakan khidmat jurugambar profesional di pentas untuk mengambil gambar para graduan sepanjang upacara. Jurugambar peribadi tidak dibenarkan sama sekali. Semua gambar konvokesyen akan dihantar melalui pos ke alamat rumah masing-masing. SKROL DAN TRANSKRIP Semua graduan hendaklah mengambil skrol dan transkrip masing-masing selepas sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Dewan Perdana PICC. Graduan diberi masa selama satu (1) jam selepas majlis konvokesyen selesai mengikut sidang masing-masing untuk mendapatkan skrol dan transkrip. PERINGATAN : Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan kolej masing-masing (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis). Oleh itu graduan adalah dinasihatkan untuk menyelesaikan semua hutang kepada pihak kolej selewat-lewatnya satu minggu sebelum majlis berlangsung. TERTIB DALAM DEWAN Graduan akan diiringi oleh pepandu ke tempat duduk masing-masing di dalam dewan semasa perarakan masuk. Oleh itu para graduan diminta duduk di tempat masing- masing dengan tertib dan jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan sempurna sepanjang majlis. Graduan juga tidak dibenarkan keluar dari dewan semasa majlis berlangsung. 12
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TRACER STUDY) Sila rujuk lampiran yang disertakan. PEGAWAI-PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI En. Azram Affendi Bin Yazid : 03-91795660 Cik Nordiwana Bt Rohaizad : 03-91795612 Pn. Emmy Fatmawaty Binti Hamdan : 03-91795659 Pn. Zarina Binti Yahya : 03-91795659 Pn. Nur Afidah Farahin Binti Mustapa Kamal : 03-91795660 Pn. Rohaidah Binti Hussain (Urusan Jubah) : 03-91795712/667 Pn. Renny Fadzlina Mohamad Redzuan : 03-91795666/670 (Urusan Tracer Study) CAWANGAN KOLEJ POLY-TECH MARA KUPTM Kuala Lumpur : 03-92069700 KPTM Kuantan : 09-536 6701 ttttttttTel Tel Tel KPTM Bangi : 03-8925 9769/9776 KPTM Kota Bharu : 09-7462020 KPTM Batu Pahat : 07-4345685 KPTM Alor Star : 04-7309255 KPTM Ipoh : 05-2421003 KPTM Semporna : 089-782 801/802 KPTM Kesedar : 09-9122022/1929 kkkkkk 13
SEMAKAN TARIKH PENTING Tarikh Perkara Pembayaran yuran majlis konvokesyen sebanyak: I. RM200 (Bank in ke BSN) 27 Oktober 2016 II. RM65 untuk jubah ijazah ( Tunai ) III. RM60 untuk jubah diploma dan sijil ( Tunai ) – IV. Slip Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) 28 Oktober 2016 V. Slip Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) (Khamis - Jumaat) Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang Tempat: Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur Pembayaran yuran majlis konvokesyen sebanyak: I. RM200 (Bank in ke BSN) II. RM65 untuk jubah Ijazah ( Tunai ) III. RM60 untuk jubah Diploma dan Sijil ( Tunai ) IV. Slip Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) KPTM V. Slip Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) 30 Oktober 2016 Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) (Ahad) Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang Tempat : PICC Raptai: Dewan Plenari PICC jam 2.30 – 4.00 petang Semua graduan untuk sidang 1-5 (KPTM) & 1-2 (KUPTM) Majlis Konvokesyen KPTM 31 Oktober 2016 Dewan Plenari PICC (Isnin) Sidang 1 : jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari Sidang 2 : jam 2.00 petang – 5.30 petang Majlis Konvokesyen KPTM 1 November 2016 Dewan Plenari PICC Sidang 3 : jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari (Selasa) Sidang 4 : jam 2.00 petang – 5.30 petang 14
Tarikh Perkara Majlis Konvokesyen KPTM 2 November 2016 Dewan Plenari PICC (Rabu) Sidang 5 : jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari Majlis Konvokesyen KUPTM 3 November 2016 Dewan Plenari PICC Sidang 1 : jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari (Khamis) Sidang 2 : jam 2.00 petang – 5.30 petang Edaran skrol di Dewan Perdana PICC mengikut sidang masing- masing. 31 Oktober 2016 *Hanya pelajar yang telah menjelaskan yuran sepenuhnya/ - tiada yuran tertunggak layak untuk mendapatkan skrol. 3 November 2016 *Pelajar diberi masa selama sejam selepas sidang saudara/i tamat untuk mendapatkan skrol. 15
LAMPIRAN I SENARAI SEMAK Sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen pastikan (sila tanda √) perkara- perkara di bawah telah diambil tindakan. Bil Perkara √ 1 Telah mengesahkan kehadiran konvokesyen secara online. (Selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Oktober 2016) 2 Telah membuat bayaran yuran konvokesyen. Telah menjawab dan mencetak Slip Kajian Pengesanan Graduan. (Tracer Study) 3 i. Kajian Pengesanan Graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) ( http://graduan.kptm.edu.my ) ii. Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ( http://graduan.mohe.gov.my/v ) Telah mengambil Jubah Konvokesyen. 4 *Bagi pengambilan Jubah Konvokesyen , sila bawa bersama : - Resit pembayaran Yuran Konvokesyen - Slip Kajian Pengesanan Graduan Telah menyediakan pakaian untuk menghadiri Majlis Konvokesyen 5 sepertimana kod pakaian yang ditetapkan. Telah memaklumkan kepada ibu bapa/tetamu mengenai tatacara 6 pakaian rasmi yang ditetapkan semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. 7 Pas masuk ibu bapa/tetamu telah diserahkan kepada ibu bapa/tetamu sebelum mendaftar konvokesyen. 8 Telah menjelaskan segala hutang/tunggakan yuran kolej. 9 Telah memuatnaik gambar ke dalam sistem pengesahan kehadiran graduan.(rujuk lampiran III panduan muatnaik gambar) 16
LAMPIRAN II 1 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TRACER STUDY) Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) merupakan kaji selidik yang dijalankan oleh KPTM dan KPT dalam usaha meninjau tahap kebolehdapatan kerja terhadap graduan. Kajian ini bertujuan mengumpul data dan menyediakan maklumat berasaskan fakta mengenai pelbagai aspek berkaitan pekerjaan graduan baru dan pengalaman mereka semasa di IPT. Kajian ini turut meninjau tahap kebolehdapatan kerja, memahami dunia pekerjaan pembangunan kerjaya dalam kalangan para graduan dalam jangka waktu yang lebih panjang, iaitu dalam masa enam (6) bulan setelah tamat pengajian. Di samping itu, kajian ini mencakupi aspek lain yang berkaitan seperti meninjau cara graduan mendapatkan pekerjaan, kekerapan bertukar kerja, tahap kepuasan terhadap pekerjaan sekarang dan maklumat berkaitan pengajian lanjutan. Graduan DIWAJIBKAN menjawab dua (2) tahap soalan kajian pengesanan graduan iaitu :- 1.1 Kajian Pengesanan Graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) / Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Semua graduan WAJIB mengisi serta menjawab kesemua soalan kajian pengesanan ini secara online dengan graduan melayari laman web berikut : http ://graduan.kptm.edu.my/ Sila ikuti langkah berikut : 1. Masukkan no. kad pengenalan anda dan no. pengesahan seperti yang dipaparkan pada skrin. 2. Teliti arahan yang diberikan dan sila jawab semua soalan yang disediakan. 3. Setelah selesai menjawab soalan, pastikan anda memuatnaik gambar mengikut kriteria seperti yang telah ditetapkan sebelum membuat pengesahan kehadiran. 4. Sila cetak slip tersebut dengan menekan butang cetak dan serahkan salinan slip berkenaan semasa sesi pengambilan jubah masing-masing. 17
1.2 Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) Semua graduan WAJIB menjawab kesemua soalan kajian pengesanan graduan secara online dengan melayari portal berikut : http://graduan.mohe.gov.my/v Tarikh mengakses portal ini adalah mulai 10 Oktober 2016. Bagi graduan Program Ijazah dan Profesional, tarikh akses dibuka secara berperingkat. Anda dinasihatkan mengakses portal ini dari semasa ke semasa. Sila ikuti langkah-langkah berikut ; 1. Sila pilih menu log masuk graduan. Masukkan No.Kad Pengenalan anda untuk daftar masuk (log in). 2. Bagi graduan program Diploma Dalaman KPTM / KUPTM termasuk program Ijazah kerjasama dengan Coventry University / program profesional, sila klik Institusi Pengajian Tinggi Swasta di ruangan institusi dan seterusnya pilih Kolej Poly-Tech MARA di ruangan nama institusi pengajian. 3. Bagi graduan program usahasama UiTM, sila klik Universiti Awam di ruangan institusi seterusnya pilih Universiti Teknologi MARA di ruangan nama institusi pengajian. Sekiranya anda masih gagal untuk log in, sila log in semula dan klik Institusi Pengajian Tinggi Swasta di ruangan institusi dan seterusnya pilih Kolej Poly-Tech MARA di ruangan nama institusi pengajian. 4. Pastikan anda menjawab semua soalan yang disediakan. Setelah selesai, sila cetak slip tersebut. 5. Serahkan salinan slip cetakan tersebut semasa sesi pengambilan jubah masing- masing. 2 SERAHAN SLIP KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2.1 Bagi graduan yang MENGHADIRI konvokesyen, anda diberikan pilihan untuk mengambil jubah seperti butiran berikut : Perkara Tarikh Tempat Opsyen 1 27-28 Oktober 2016 KUPTM Kuala Lumpur Opsyen 2 30 Oktober 2016 PICC, Putrajaya Semasa pengambilan jubah tersebut, pastikan anda menyerahkan kedua-dua salinan slip berikut iaitu: (i) Slip kajian pengesanan graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)/ Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), dan (ii) Slip kajian pengesanan graduan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) 18
Kegagalan graduan mengemukakan slip ini menyebabkan anda tidak dibenarkan mengambil jubah serta tidak dibenarkan menyertai Konvokesyen. 2.2 Bagi graduan yang TIDAK MENGHADIRI konvokesyen, anda DIWAJIBKAN menghantar kedua-dua slip tersebut sama ada melalui emel/faks seperti butiran tersebut : Emel : [email protected] No. Faks : 03-92837173 Jika terdapat sebarang pertanyaan/kemusykilan, sila hubungi kakitangan berikut : Bil Nama Kakitangan No.Telefon Emel 1. Pn. Renny Fadzlina Binti 03-91795666/670 [email protected] Mohamad Redzuan 2. Pn. Rohaidah Binti Hussain 03-91795712/667 [email protected] 19
LAMPIRAN III PANDUAN MEMUATNAIK (UPLOAD) GAMBAR GRADUAN DI SISTEM PENGESAHAN GRADUAN MULA 1. Layari Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan di http://graduan.kptm.edu.my/ 2. Masukkan No Kad Pengenalan (tanpa `-`) pada ruangan Pengesahan Kehadiran Graduan 3. Lengkapkan dan kemaskini maklumat peribadi dan soalan kaji selidik Tracer Study (jika ada) TIDAK YA 3. Masih Ada 4. Sila buat pembayaran Hutang dengan segera di Kolej Tertunggak? Cawangan masing-masing 5. Muatnaik (upload) gambar mengikut kriteria gambar yang ditetapkan. Gambar graduan akan digunakan untuk cetakan kad graduan dan paparan semasa Majlis Konvokesyen KPTM Kriteria Gambar CONTOH GAMBAR UNTUK DI UPLOAD 1. Saiz tidak melebihi 3MB 2. Gambar Berukuran Passport 3. Latarbelakang Biru 4. Graduan Lelaki mestilah berpakaian formal (blazer warna gelap dan bertali leher). Rambut perlu disisir kemas. 5. Bagi graduan perempuan muslim, hendaklah memakai tudung polos (TIDAK BERBUNGA) 6. Bagi graduan perempuan bukan muslim, hendaklah berpakaian sopan dan tidak diwajibkan memakai tudung 5. Sahkan kehadiran ke Majlis Konvokesyen KPTM/Lengkapkan tracer study KPTM 6. Cetak Slip pengesahan Kehadiran dan serahkan ketika mengambil jubah TAMAT 20
Jika menghadapi sebarang masalah untuk memuatnaik gambar, sila berhubung dengan pegawai seperti senarai dibawah: Nama Pegawai No Telefon Sambungan Puan Nurul Syuhada Binti Abd Rahim 767 Puan Norsaliza Zainora Binti Salim 03 – 92069700 763 Cik Che Wan Nurul Hakimah Binti Che Wan 769 Mohd Puzi 21
LAMPIRAN IV 22
LAMPIRAN V 23
LAMPIRAN VI 24
LAMPIRAN VII CONTOH BORANG BSN YANG TELAH DILENGKAPKAN (BAYARAN DI KAUNTER TUNAI SAHAJA) 25
Search
Read the Text Version
- 1 - 25
Pages: