Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore TUGASAN 4

TUGASAN 4

Published by brandonwong970326, 2019-10-05 20:04:54

Description: TUGASAN 4

Search

Read the Text Version

TUGASAN 4 LEE PUI XIN 7 PISMP PML 1

PENULISAN ASPRESIASI SENI 1.0 KARYA FOTO (Gambar 1: Hubungan antara manusia dengan binatang)

2.0 TEMA FOTO DAN HAL BENDA Gambar 1 yang ditunjuki adalah bertema hubungan antara manusia dengan binatang. Subjek utama dalam gambar ini adalah seorang manusia dengan binatang anjing yang bernama Shcnauzer. Anjing Shcnauzer merupakan jenis anjing yang paling popular sabagai binatang peliharaan kerana ia merupakan anjing yang pintar dan mudah dilatih. Dengan itu, ia sesuai dijadikan penjaga atau teman yang baik. Malangnya, anjing Shcnauzer dalam gambar ini mengalami masalah tulang belakang akibat daripada kejadian yang tidak diingini. Oleh kerana masalah kesihatannya, dia dibuang oleh pemiliknya. Ia merupakan seekor anjing yang amat memerlukan kesayangan dan pelukan daripada manusia. Kawan saya pula merupakan seorang yang amat suka anjing. Dia amat prihatin terhadap anjing tersebut dan berasa simpati terhadap kemalangan yang dialami oleh anjing tersebut. 3.0 UNSUR NILAI DAN ESTETIKA Menurut (Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir, 2015), pertalian atau hubungan antara manusia dengan binatang adalah hubungan saling berfaedah dan bermanfaat antara satu dengan satu yang lain demi meneruskan kehidupan. Dengan kata lain, binatang merupakan makhluk yang diciptakan yang memberikan faedah kepada manusia untuk memperbaiki mutu kehidupan. Berdasarkan kajian Persatuan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat (AMVA), anjing merupakan sahabat setia manusia. Berdasarkan gambar 1, hubungan yang erat dan harmoni antara manusia dengan anjing telah digambarkan. Sebagaimana manusia, anjing juga mempunyai perasaan dan kehendak hidupnya. Melalui posisi badan dan eye-contact subjek utama dalam gambar tersebut, nilai saling menyayangi telah ditunjuki dan suasana yang harmoni juga dapat diwujud dalam gambar yang diambil ini. Menurut pakar perilaku anjing Cesar Millan, anjing berkomunikasi dengan manusia melalui bahasa tubuh dan tindakan (Antara Kalbar, 2015). Terdapat beberapa cara anjing menunjukkan kasih sayang kepada manusia. Antaranya adalah melihat wajah anda, tersenyum kepada anda, menyentuh anda serta membuat eye-contact dengan anda. Tegasnya, gambar 1 ini telah mengambarkan anjing itu telah menggunakan cara-cara yang dikatakan untuk menunjukkan kasih sayangnya terhadap orang yang memeluknya.

Melalui gambar tersebut, kita mendapati bahawa binatang-binatang juga memerlukan kasih sayang seperti manusia. Oleh itu, kita harus menyayangi binatang-binatang dan menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap mereka. 4.0 TEKNIK FOTOGRAFI DAN SENI KOMPOSISI POI dalam gambar ini adalah seorang manusia sedang memeluk seekor anjing. Dalam gambar ini, aspek komposisi rule of thirds telah digunakan. Berdasarkan konsep dari Rule of Thirds, subjek atau Point of Interest (POI) yang diletakkan pada bahagian titik persimpangan dapat mengarah mata viewer ke arah titik POI secara alami. Oleh itu, fotografer meletakkan POI pada kedua-dua titik simpang garis bahagian kiri dan membentuk ruang kosong di bahagian kanan supaya mata viewer tidak dapat diganggu dan memberi fokus kepada POI. Selain daripada itu, fotografer meletakkan subjek di sebelah kiri adalah disebakan posisi tubuh badan, tangan dan kepala model lebih berhadap ke bahagian kiri. Oleh itu, ruang di sebelah kiri dikosongkan sedikit demi mewujudkan ruang aktif dalam gambar ini. Seterusnya, fotografer juga menggunakan teknik Depth of Field (DOF) semasa mengambil gambar ini. Aperture yang digunakan dalam gambar tersebut adalah f/5.6. Fotografer menggunakan aperture f/5.6 adalah demi menjadikan subjek di belakang focus point atau subjek utama akan kelihatan kabur atau out-of focus. Untuk memastikan subjek utama akan kekal dalam keadaan “sharp” atau berada di dalam fokus, jarak subjek (subject distance) telah diambil kira supaya rang DOF dapat bertambah. Oleh itu, fotografer mendekati lensanya dengan subjek supaya kesan DOF akan ditambah agar gambar yang menonjol dan menarik dapat dihasil. 5.0 RUMUSAN Secara rumusnya, karya gambar yang bermakna dapat dijadikan bahan hiburan atau inspirasi hidup kerana ia dapat menyampaikan sesuatu fenomena atau mesej yang penting. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap karya gambar yang bermakna mampu mempengaruhi perasaan orang yang melihat. Oleh itu, kita haruslah menghargai setiap karya gambar kerana setiap gambar yang fotogenik dan bermutu merupakan usaha seseorang fotografer.

Rujukan Antara Kalbar. (2015, Mei 27). Pakar Perilaku Anjing Cesar Millan Batal ke Jakarta. Didapatkan dari Antara Kalbar: https://kalbar.antaranews.com/berita/333532/pakar-perilaku-anjing- cesar-millan-batal-ke-jakarta Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir. (2015, Mac 10). Mengasihi binatang. Didapatkan dari Utusan Online: https://www.utusan.com.my/mega/agama/mengasihi-binatang-1.67902


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook