Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore KERTAS DAUN PANDAN

KERTAS DAUN PANDAN

Published by KUHAN220611, 2017-06-18 11:32:48

Description: KERTAS DAUN PANDAN

Search

Read the Text Version

PROJECT-BASED LEARNING (KERTAS PROJEK) “KERTAS DAUN PANDAN” Disediakan oleh: SMK ST PAUL

KERTAS DAUN PANDAN ALFRED ALLAN A/L CHANMUGAM, CHEONG WY JOE, HEMARKESH A/L SATHIADEVA, KUHAN A/L VELLAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST PAULAbstrak. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan kertas dalamkalangan masyarakat terutamanya warga sekolah SMK St Paul. Selain itu, objektif kajian iniadalah bagi mengenal pasti keefektifan penghasilan kertas daripada daun pandan supaya dapatmencari alternatif baru untuk menghasilkan kertas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakanbeberapa kaedah seperti temu bual, pemerhatian dan penyelidikan. Hasil kajian menunjukkanwarga sekolah sememangnya menggunakan kertas dalam kuantiti yang besar dan kertasdaripada daun pandan dapat memberi pilihan kepada penggunaan kertas secara konvensional.Hal ini adalah untuk membuktikan bahawa penghasilan kertas daripada daun pandan dapatberfungsi sebagai alternatif baru yang dapat memenuhi keperluan kertas di dunia.Kata kunci: daun pandan, kertas, pokokPengenalanPembalakan pokok secara berleluasa telah menjadi isu global. Salah satu sebab pembalakanpokok dijalankan adalah untuk menghasilkan kertas bagi tujuan penulisan, penyimpanan danperekodan. Kajian ini adalah bagi menentukan sama ada penghasilan kertas daripada pandandapat menjadi sumber alternatif baru untuk membekalkan kertas kepada dunia dan secara tidaklangsung mengurangkan pembalakan yang tidak perlu.Persoalan KajianKajian ini dijalankan bagi disesuaikan dengan mata pelajaran Pendidikan Moral peringkatMenengah Rendah yang berkait langsung dengan isu pembalakan. Untuk mencapai objektifkajian, terdapat beberapa soalan yang dinyatakan untuk membolehkan pelajar menjalankanpenyelidikan ini.1. Apakah maksud pembalakan secara berleluasa?2. Apakah kesan pembalakan pokok terhadap alam sekeliling?3. Bagaimanakah kita dapat mengurangkan pembalakan yang dilakukan untuk memperoleh kertas?4. Adakah sumber alternatif baru mampu menampung permintaan tinggi terhadap kertas?5. Bolehkah daun pandan dapat menjadi alternatif baru untuk menghasilkan kertas?

6. Adakah kertas daripada daun pandan boleh menangani masalah pembalakan secara berleluasa?Tinjauan LiteraturPembalakanTahukah anda bahawa Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan kawasanhutan hujan tropika? Misalnya, Semenanjung Malaysia meliputi sebanyak 29% kawasan hutanhujan tropika, manakala Sabah dan Sarawak meliputi seluas 22% dan 49% kawasan hutan hujantropika masing-masing. Kawasan hutan hujan tropika ini banyak membekal kayu yang berharga,seperti cengal, meranti, keruing, dan merbau. Malangnya, walaupun kurniaan daripada Tuhan inisepatutnya dipelihara oleh rakyat Malaysia untuk jangka masa yang lama, supaya generasi-generasi yang akan datang juga berkebolehan menikmati faedah dan kemaslahatannya, namungolongan manusia kini telah mengambil peluang dengan menyalahgunakan komoditi yangbernilai serta bermanfaat tersebut bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka tanpamengamalkan nilai kesederhanaan. Penyalahgunaan sumber kayu ini dinamakan sebagaipembalakan, iaitu menurut Kamus Dewan, merupakan usaha-usaha menghasilkan batangpokok-pokok yang besar, yang telah dipotong dahan dan perdunya, dari kawasan-kawasantertentu. Meniti era penyejagatan ini yang penuh dengan onak dan duri, aktiviti pembalakan dinegara Malaysia semakin berleluasa saban hari, sehingga tidak dapat dikawal oleh pihak yangberkuasa. Berdasarkan berita Astro Awani pada 29 September 2016, Menteri Sumber Asli danAlam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pernah berkata bahawa pihak beliau hanyamelakukan kawal selia dan tidak boleh menghalang kerajaan pusat di setiap negeri daripadamempunyai kuasa untuk mengawal sumber asli, termasuk pembalakan di negeri-negeri. Olehyang demikian, terserlah bahawa kegiatan pembalakan secara berlebihan berpunca daripadapihak-pihak yang mementingkan kekayaan semata-mata, dengan menghasilkan keperluanmanusia yang primer daripada komoditi tersebut. Salah satu penciptaan krusial daripada sumberkayu ialah kertas, yang digunakan bagi menulis atau mencetak. Walaupun kertas memainkanperanan yang penting dalam kehidupan seharian manusia, namun penghasilan kertas jugamenyumbang kepada kadar pembalakan yang lebih tinggi, kerana bahan nipis tersebut dihasilkandaripada gentian atau serat kayu. Merujuk kepada hal tersebut, jikalau konsumsi kertas di negaraMalaysia semakin meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan, maka aktiviti pembalakanjuga harus dilaksanakan dengan lebih giat untuk memenuhi kebutuhan rakyat Malaysia.

Tambahan pula, pembalakan yang berleluasa membawa kepada pelbagai implikasi yang negatifterhadap manusia dan alam sekeliling.Kertas Menurut Kamus Dewan, kertas adalah satu benda tipis yang dibuat daripada kayu danlain-lain serta digunakan sebagai alat tulis,pembungkus barang dan sebagainya.\" Peningkatan populasi manusia serta kemajuan ekonomi dunia telah menyebabkanpermintaan terhadap kertas dan produk berkaitannya. Penghasilan kertas memerlukanpenggunaan kayu dalam kuantiti yang banyak. Hal ini menyebabkan pelbagai penyelidikan danpembangunan perlu dilaksanakan untuk mencari sumber alternatif bagi menggantikan sumberkayu. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Khiril Nizam Bin Husin (Fakulti Pendidikan UiTM,Jun 2013), mendapati sabut kelapa mengandungi serat selulosa dan cukup tinggi dan ia bolehdigunakan sebagai bahan dalam pembuatan pulpa. Sabut kelapa juga boleh digunakan dalampembuatan bahan komposit yang terdiri daripada gabunga coir serat pulpa dan pembentukanpulpa HVS. Menurut kajian beliau lagi, gentian pulpa serat sabut kelapa pula mempunyai tahaptertinggi selulosa alfa bercampur dengan pulpa daripada kertas buangan yang digunakan sebagaibahan mentah dalam pembuatan keras komposit. Ciri-ciri kertas komposit yang terhasil sepertitarikan yang kukuh, berkeupayaan untuk menyerap dakwat, berkeupayaan untuk menulis danketahanan telah diuji. Permintaan terhadap pulpa dan kertas semakin meningkat akibat pertambahan populasimanusia dan peningkatan teknologi yang pesat. Ini menyebabkan sumber bahan mentah sepertipokok kayu untuk menghasilkan kertas semakin berkurangan. Tumbuhan bukan kayu banyakdikaji untuk menghasilkan kertas sebagai sumber serat lain selain tumbuhan berkayu. Dalamkajian ini, keupayaan keladi bunting (Eichhornia crassipes sp.) untuk membuat pulpa dan kertastelah dikaji.

Kaedah KajianKajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan kertas di kalangan warga SMK St Paul.Reka bentuk kajian yang digunakan berbentuk deskriptif. Instrumen kajian ialah menggunakanboring soal selidik dengan aplikasi Google Form yang diisi sendiri oleh responden. Selain itu,kaedah temu bual, pemerhatian dan penyelidikan juga telah dijalankan. Tugasan telah diagihkanberdasarkan mingguan dengan menggunakan jadual.Minggu 1 1. Mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kajian ini. 2. Merancang cara menjalankan ‘project-based learning’. 3. Mengagihkan tugas dalam kalangan ahli kumpulan.Minggu 2 1. Pelajar mencari maklumat berkaitan alternatif baru untuk menghasilkan kertas dan kesesuaian daun pandan dalam menghasilkan kertas melalui Internet, suratkhabar, majalah dan material lain. 2. Pelajar menyediakan soal selidik.Minggu 3 1. Pelajar menghasilkan soal selidik melalui FROG VLE. 2. Pelajar mengetahui kekerapan penggunaan kertas di sekolah. 3. Pelajar menemu bual Puan Markhaiza, staf sekolah bagi mengetahui kepentingan kertas di sekolah dan cadangan bagi mencari alternatif baru untuk menghasilkan kertas.Minggu 4 1. Pelajar menganalisa hasil kajian dari penyelidikan, temu bual dan pemerhatian serta memindahkannya dalam bentuk jadual, carta dan graf. 2. Pelajar membuat kesimpulan dari hasil kajian. 3. Pelajar memberi cadangan bagi mencari alternatif baru untuk menghasilkan kertas.Minggu 5 Pelajar menjalankan eksperimen bagi menghasilkan kertas daripada pandan.Minggu 6 Pelajar memuat naik dokumentasi seperti gambar, video, teks dan grafik ke dalam FROG VLE.

Minggu 7 1. Pelajar membuat pemerhatian dan temu bual bagi mengetahui impak kertas daripada pandan kepada warga sekolah. 2. Pelajar membuat kesimpulan terhadap projek yang dijalankan. 3. Pelajar menghasilkan persembahan Multimedia menggunakan FROG VLE.Minggu 8 Pelajar mempersembah kajian mereka menggunakan FROG VLE.Kesimpulannya, inilah tugasan yang disiapkan oleh pelajar untuk kajian ini:a. Pelajar mencari bahan rujukan seperti artikel majalah, Internet, suratkhabar, buku dan bahan bacaan lain untuk tinjauan literatur yang telah dibantu oleh guru.b. Pelajar membuat pemerhatian untuk mengenal pasti penggunaan kertas dalam kalangan warga sekolah.c. Pelajar menjalankan penyelidikan untuk mengetahui kesesuian daun pandan untuk menghasilkan kertas.d. Pelajar menemu bual beberapa pelajar untuk mengetahui kekerapan mereka menggunakan kertas di sekolah.e. Pelajar menemu bual Puan Markhaiza, staf sekolah mengetahui kepentingan kertas di sekolah dan cadangan bagi mencari alternatif baru untuk menghasilkan kertas.f. Pelajar menghasilkan soal selidik menggunakan aplikasi Google Form dan memuat naiknya ke dalam FROG VLE untuk mendapatkan respons daripada warga sekolah.g. Pelajar membuat pemerhatian terhadap penggunaan kertas di sekolah oleh guru, pelajar dan staf.h. Pelajar menganalisa dan membuat kesimpulan untuk hasil kajian yang diperoleh daripada pemerhatian, penyelidikan dan temu bual.i. Pelajar menjalankan eksperimen bagi menghasilkan kertas daripada pandan.j. Pelajar mendokumentasikan kerja dengan memuat naik semua material ke dalam laman web yang disediakan oleh guru.k. Pelajar membuat persembahan tentang projek yang telah dijalankan.

Dapatan KajianHasil kajian dianalisa dengan menggunakan jadual dan carta pai. Rajah 1Rajah 1 menunjukkan jumlah responden yang menjawab soal selidik ini mengikut umur. Julatumur 13 hingga 17 tahun menunjukkan peratus responden yang paling banyak kerana pelajarbanyak menggunakan kertas untuk melakukan kerja rumah. Rajah 2Rajah 2 menunjukkan responden yang terdiri daripada pelajar, guru dan staf sekolah. Majoritiresponden yang menjawab soal selidik ini ialah pelajar.

Rajah 3Rajah 3 menunjukkan statistik penggunaan kertas dalam kalangan responden setiap hari.Sebanyak 91.6 % responden menyatakan bahawa mereka menggunakan kertas setiap haridalam kehidupan harian. Rajah 4Rajah 4 menunjukkan statistik penggunaan kertas lebih daripada 10 helai setiap hari. Sebanyak49.4 % responden menyatakan bahawa mereka menggunakan lebih daripada 10 helai kertassetiap hari.

Rajah 5Rajah 5 menunjukkan statistik penggunaan kertas selain daripada kegunaan sekolah dalamkalangan responden. Sebanyak 74.7 % responden menyatakan bahawa mereka menggunakankertas selain daripada kegunaan sekolah. Rajah 6Rajah 6 menunjukkan statistik pengitaran semula kertas yang telah digunakan dalam kalanganresponden. Sebanyak 65.1 % responden menyatakan bahawa mereka mengitar semula kertasyang telah digunakan.

Rajah 7Rajah 7 menunjukkan statistik pengetahuan responden bahawa bahan baku kertas ialah seratkayu. Sebanyak 91.6 % responden menyatakan bahawa mereka mengetahui bahan baku kertasdiperbuat daripada serat kayu. Rajah 8Rajah 8 menunjukkan statistik pengetahuan responden tentang jumlah pokok yang ditebangdalam setahun untuk memenuhi keperluan terhadap kertas. 49.4 % responden telah menyatakanbahawa mereka tahu tentang jumlah pokok yang ditebang dalam setahun untuk memenuhikeperluan terhadap kertas.

Rajah 9Rajah 9 menunjukkan statistik kesedaran responden akan kesan negatif terhadap ekosistem jikapokok ditebang secara berleluasa. Sebanyak 98.8 % responden menyatakan bahawa merekasedar akan kesan negatif terhadap ekosistem jika pokok ditebang secara berleluasa. Rajah 10Rajah 10 menunjukkan statistik responden yang sedih dan kecewa melihat kemusnahan hutan didunia. Sebanayak 95.2 % responden menyatakan bahawa mereka sedih dan kecewa apabilamelihat kemusnahan hutan di dunia.

Rajah 11Rajah 11 menunjukkan statistik responden yang berusaha untuk memperbaik keadaan alamsekitar. Sebanyak 83.1 % responden menyatakan bahawa mereka lebih berusaha untukmemperbaik keadaan alam sekitar. Rajah 12Rajah 12 menunjukkan statistik penggunaan kertas yang telah dikitar semula dalam kalanganresponden. Sebanyak 86.7 % responden menyatakan bahawa mereka menggunakan kertasyang telah dikitar semula.

Rajah 13Rajah 13 menunjukkan statistik pengetahuan responden tentang kertas yang diperbuat selaindaripada kayu. Sebanyak 50.6 % responden menyatakan bahawa mereka tahu tentang kertasyang diperbuat selain daripada kayu. Rajah 14Rajah 14 menunjukkan statistik responden yang pernah cuba menghasilkan kertas selaindaripada kayu. Sebanyak 18.1 % responden menyatakan bahawa mereka pernah cubamenghasilkan kertas selain daripada kayu.

Rajah 15Rajah 15 menunjukkan statistik responden yang pernah mencari maklumat tentang bahan bakualternatif bagi menghasilkan kertas. Sebanyak 31.3 % responden menyatakan bahawa merekapernah mencari maklumat tentang bahan baku alternatif bagi menghasilkan kertas. Rajah 16Rajah 16 menunjukkan statistik responden yang berpendapat bahawa kertas yang dihasilkanselain daripada kayu dapat menjamin keseimbangan ekosistem. Sebanyak 83.1 % respondenmenyatakan bahawa mereka berpendapat kertas yang dihasilkan selain daripada kayu dapatmenjamin keseimbangan ekosistem.

Rajah 17Rajah 17 menunjukkan statistik responden yang berpendapat mereka tidak dapat hidup secarabiasa jikalau tiada kertas di dunia. Sebanyak 68.7 % responden menyatakan bahawa merekatidak dapat hidup secara biasa jikalau tiada kertas di dunia.Cara PenyelesaianPelajar telah menjalankan eksperimen untuk menghasilkan kertas daripada pandan.Langkah-Langkah Menyediakan Kertas Daun Pandan:1. Daun pandan dituaikan.2. Daun pandan dibasuh. Bahagian keras daun pandan dipotong dan dibuang.3. Bahagian daun pandan yang dipotong direbus selama 3 jam.4. Daun pandan yang telah menjadi lembut dikisar sehingga menjadi pulpa.5. Pulpa daun pandan tersebut dituang dan disebarkan pada acuan yang telah disediakan.6. Sisa yang terkumpul pada acuan dikeluarkan dan diberi masa 2 hari untuk kering.7. Kertas tersebut dipotong kepada saiz yang dikehendaki dan sedia untuk digunakan.Langkah-Langkah Menyediakan Acuan:1. Dua bingkai gambar dengan bahagian yang lain dikeluarkan disedikan.2. Kain perca, jaring halus (window screening), pita saluran (duct tape) dan pita kalis cuaca (weatherstrip tape) juga disediakan.3. Kain perca dan jaring halus dipotong kepada saiz yang lebih besar daripada bingkai.4. Letakkan jaring halus di atas dan kain perca di bawahnya.

5. Gunakan pengokot untuk mencantumkannya pada bingkai gambar. Gunakan bahagian mendatar bingkai gambar tersebut.Melalui eksperimen ini, pelajar telah dapat berjaya menghasilkan kertas daripada pandan.Dengan itu, jelaslah daun pandan dapat menjadi alternatif untuk menghasilkan kertas serta bolehmengurangkan pembalakan pokok yang dilakukan untuk memperoleh kertas.ImpakMelalui penghasilan kertas daripada pandan ini, negara kita boleh memperoleh sumber alternatifbaru untuk menghasilkan kertas. Hal ini dapat mengurangkan pembalakan pokok secaraberleluasa untuk tujuan menghasilkan kertas. Justeru, kita juga dapat mengekalkankeseimbangan ekosistem kerana banyak pokok di dunia yang digunakan untuk menghasilkankertas dapat dielakkan daripada ditebang. Semasa kajian ini juga, kami berpendapat bahawasumber alternatif baru ini dapat mengurangkan kos kertas kerana daun pandan di negara kitaadalah dalam kuantiti besar terutamanya di kawasan luar bandar serta mudah membiak.Rujukanhttp://geografialamsekitar.blogspot.my/2010/07/pembalakan.htmlhttp://www.astroawani.com/berita-malaysia/kita-tiada-kuasa-kawal-sumber-asli-negeri-wan-junaidi-118029https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembalakanhttp://geografialamsekitar.blogspot.my/2010/07/kesan-pembalakan.htmlhttp://www.cikguhailmi.com/2013/05/5-haiwan-di-malaysia-yang-hampir-pupus.htmlhttp://lestarigaya.blogspot.my/2012/02/spesies-tumbuh-tumbuhan-yang-terancam.htmlhttps://en.wikipedia.org/wiki/Deforestation_in_Malaysia


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook