Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PEMIMPIN_NOVIS_FA1

PEMIMPIN_NOVIS_FA1

Published by rdhdan0, 2023-02-17 01:54:09

Description: PEMIMPIN_NOVIS_FA1

Search

Read the Text Version

Rajah 2: Peratus kehadiran keseluruhan PdPR murid pada bulan Mei 2020 Berdasarkan data yang diperoleh seperti Rajah 2 yang menunjukkan peratus kehadiran keseluruhan PdPR murid pada bulan Mei 2020. Peratus kehadiran pada 27 April 2020 ialah 84 peratus. Peratus kehadiran pada 27 April 2020 telah meningkatkan 5 peratus berbanding dengan kehadiran pada 20April 2020. Terdapat 90 peratus kehadiran pada 4 Mei 2020 yang telah meningkatkan 6 peratus berbanding dengan minggu yang lepas. Peratus kehadiran semakin meningkat pada tiga minggu berikut. Peratus kehadiran keseluruhan PdPR menunjukkan peningkatan yang ketara kerana pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah mengatasi masalah yang dikenal pasti. Di samping itu, pihak sekolah juga telah menyediakan latihan secara atas talian yang dapat membantu guru-guru untuk menjalankan proses PdPR dengan lancar. Antara kursus yang dijalankan adalah seperti kursus membuat slides yang dapat menarik perhatian murid, kursus menggunakan pelbagai aplikasi yang terdapat dalam internet yang dapat membantu guru-guru menggunakannya dalam kelas secara maya. Guru boleh menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan sesuai, sama ada dalam bentuk video, lembaran kerja, animasi dan sebagainya. Kandungan pelajaran yang banyak juga boleh dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memudahkan murid memproses maklumat dan mengurangkan masa pembelajaran mereka. Aktiviti permainan dalam talian juga dapat meningkatkan tumpuan murid dan pemberian ganjaran bagi setiap aktiviti atau soalan yang dapat dijawab oleh murid berupaya meningkatkan motivasi kepada murid untuk belajar. Antara program yang disertai oleh guru-guru ialah “Cara Penggunaan Google Meet dan Microsoft Teams Untuk Pembelajaran Segerak” pada 12 Mei 2020 yang disampaikan oleh Dr. Suhazlan bin Suhaimi dari Pusat Pembangunan Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Bengkel Tugasan Atas Talian Melalui Aplikasi Google Classroom dan Bengkel webinar digital learning pengenalan aplikasi google classroom dalam Pendidikan digital yang disampaikan oleh Task Force Klang, Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Saya juga membuat sesi dialog bersama ibu bapa agar dapat mencari solusi yang memuaskan kedua-dua pihak serta memberikan taklimat yang jelas kepada ibu bapa tentang bagaimana proses PdPR yang dijalankan oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga tidak terkecuali memainkan peranan penting dalam menyokong pembelajaran anak dengan menyediakan kemudahan asas untuk mereka belajar di rumah seperti talian internet, komputer atau telefon pintar dan ruang pembelajaran yang selesa. Di samping kemudahan fizikal, ibu bapa juga perlu bersedia memainkan peranan sebagai fasilitator serta memberi galakan dan motivasi kepada anak-anak, mewujudkan jadual pembelajaran yang khusus di rumah, juga membantu anak mengurus aktiviti pembelajaran mereka. Seterusnya meningkatkan kehadiran murid dalam PdPR kepada tahap yang optimum. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 151

Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah dapat memastikan pelantar pembelajaran digital ini terus digunakan oleh guru dan murid. Anugerah khas galakan kepada guru yang terampil dalam pembelajaran dalam talian diadakan pada setiap hujung bulan sebagai satu galakan. Anugerah ini dapat meningkatkan minat dan usaha guru-guru untuk menarik minat murid menyertai kelas PdPR. Rajah 3 Peratus kehadiran keseluruhan murid Sepanjang PdPR 2020 – 2021 Dengan segala usaha yang diambil oleh saya dan barisan kepimpinan sekolah, telah mendapat hasil yang memuaskan. Daripada 65 peratus murid yang menghadiri PdPR pada bulan Mac 2020 telah meningkat lagi sebanyak 35 peratus pada akhir PdPR dijalankan. Justeru, 100 peratus murid telah menghadiri PdPR secara online pada bulan November 2020, Disember 2020, Januari 2021 dan Februari 2021. PdPR dijalankan dengan begitu berjaya dibawah kepimpinan berwawasan yang jelas mengenai objektif dan hala tuju. Kualiti dan gaya kepimpinan yang menentukan tanggungjawab dapat memajukan organisasi sekolah. Selain itu, pemimpin memainkan peranan yang penting untuk menentukan kejayaan organisasi. Pemimpin yang mempunyai pengaruh yang besar, akan melaksanakan amanah dengan penuh disiplin dan bukan hanya mencari kesalahan orang lain akan berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Justeru, semua pihak perlu bersama-sama berusaha untuk menjayakan PdPR agar anak-anak pada masa kini mendapat pendidikan terbaik yang akan menjadi bekalan buat mereka pada masa akan datang. RUJUKAN Barney, J., & Hesterly, W. (2012). Strategic management and competitive advantage: Concepts and cases (4th ed.). New Jersey: Pearson Bush, T., & Glover, D. (2012). Distributed leadership in action: Leading high performing leadership teams in english schools. School Leadership & Management, 32 (1): 21–36. doi:10.1080/1363 2434.2011.642354. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya, Malaysia. Rosnah Ishak, Muhammad Faizal Abd. Ghani & Saedah Siraj. (2014). Amalan kepimpinan organisasi pembelajaran di sekolah berprestasi tinggi Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(2), 1-12. Walker, A.D., Hu, R. K., & Qian, H. (2012). Principal leadership in China: An initial review. School Effectiveness and School Improvement, 23(4), 369-399. 152 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

PERKASA PAK 21 SEMINDA Hajah Aziah Bt Yahaya Pengetua SMK Permai Indah Bukit Minyak, Pulau Pinang



PENGENALAN Sekolah Menengah Kebangsaan Permai Indah (SKMPI) atau lebih dikenali dengan akronim SEMINDA merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan GRED B yang terletak di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sekolah ini telah beroperasi pada tahun 2002 di bawah kepimpinan Tuan Haji Mohd Munir bin Md Ramli. Pada tahun 2021, tampuk kepimpinan diterajui oleh Puan Hajah Aziah binti Yahaya. Sekolah Menengah Kebangsaan Permai Indah kini memiliki 468 murid lelaki dan 441 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 909 orang. SEMINDA mempunyai seramai 67 orang guru dan 10 orang staff AKP. Infografik Profil Sekolah INOVASI DAN AMALAN TERBAIK Profesion tertua di dunia, iaitu keguruan kini memasuki satu lagi era baru. Dahulu, peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah insan yang banyak bercakap dan menyoal. Namun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka menguasai dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu diasuh dan digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid diharap dapat menyoal guru dalam bentuk soalan aras tinggi serta membantu guru memastikan aktiviti pembelajaran berjalan lancar. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing murid membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Satu lagi peranan penting guru ialah sebagai seorang pembangun negara. Justeru, fokus guru adalah melebihi daripada pembelajaran sebaliknya melibatkan pendidikan meliputi segala aspek meliputi pembangunan mental, fizikal, emosi, sosial dan psikologi. Kompetensi pengajaran guru dalam bilik darjah bermula dengan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Pengurusan berkualiti ditunjukkan oleh SLT dengan melaksanakan analisis persekitaran dan menemui beberapa isu yang perlu diberikan perhatian dalam memacu kemenjadian murid. Hasil kajian mendapati banyak kesilapan dalam menentukan aktiviti PdPc yang berpusatkan murid. Kelemahan juga dapat dikesan dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dan pedagogi dalam penulisan RPH. Penulisan RPH lebih menggambarkan pengajaran konvensional, tidak mencirikan aktiviti pembelajaran kolaboratif seperti yang dikehendaki dalam pembelajaran abad ke-21(PAK21). KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 155

Ringkasan isu yang perlu diberikan perhatian ialah : 1. Pengajaran berpusatkan guru dan tidak yakin dengan potensi murid sebagai pembelajar aktif. 2. Tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang perkaitan antara RPH dan SKPMg2 yang sebenarnya dapat memantapkan pdpc guru. 3. Murid pasif kerana pdpc guru yang statik. 4. Tahap pengetahuan guru tentang CCL (Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif) sebagai elemen PAK-21 juga terhad. 5. Guru mampu menentukan Objektif Pembelajaran tetapi tidak arif dalam menentukan Kriteria Kejayaan berteraskan kepelbagaian aras kecerdasan murid Para guru tidak mempunyai masalah besar dalam menguasai Dokumen Standard Kandungan Kurikulum. Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan guru ialah proses penyampaian Standard Kandungan, Standard Pembelajaran secara bermakna sehingga mampu menggalakkan murid menjadi pembelajar aktif. Guru perlu menguasai aspek-aspek dalam SKPMg2 Standard 4, yang berfokuskan peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang pada akhirnya membuatkan guru dapat memastikan setiap murid menguasai kemahiran yang diajarkan. Pemimpin Berkualiti, Guru Berintegriti, Murid Menjadi. Sebagai Pengetua, saya perlu memastikan guru-guru mempunyai tahap kefahaman yang jelas tentang merancang RPH berkualiti supaya hasil daripada proses PdPc itu dapat meningkatkan kualiti murid. Saya juga berperanan memastikan setiap guru mempunyai integriti dalam menterjemahkan aspek SKPMG2 Standard 2. Proses pdpc yang menarik sudah semestinya disulam dengan aktiviti kolaboratif yang mampu menjadikan bilik darjah sebagai pusat pembelajaran yang menyeronokkan. Guru perlu diperkukuhkan dengan pengetahuan melaksanakan pembelajaran agar semua murid diberikan hak yang sama rata dalam aktiviti PdPc. ♦ Penyediaan RPH Bertonggakkan PAK-21 Penulisan RPH yang ringkas memang menjadi amalan guru SEMINDA setelah sekian lama. Budaya ini perlu diubah agar selari dengan kehendak hala tuju TS25. Tindakan yang diambil untuk menangani masalah ini adalah dengan memastikan guru-guru menganalisis sendiri kerangka RPH yang dikenali 3PL yang telah diedarkan untuk kajian. Langkah ini dapat membantu guru-guru menyedari kelemahan dalam amalan biasa menulis RPH. Dalam 3PL, aspek objektif bukanlah satu masalah besar kerana dapat dikaitkan dengan Standard Pembelajaran yang telah dikuasai oleh para guru. Template 3PL yang saya edarkan kepada semua guru memfokuskan kepada Kriteria Kejayaan yang perlu diberikan perhatian. Kriteria kejayaan ini perlu berpaksikan kepada pembelajaran terbeza kerana perbezaan keupayaan pelanggan di dalam kelas. Keterbezaan ini pula boleh diukur melalui pelbagai bentuk. Guru- guru telah diajar menentukan pendekatan pembelajaran terbeza semasa menulis RPH. Selepas mengkaji dan membandingkan 3PL dengan RPH sedia ada, setiap guru dikehendaki membina draf 3PL untuk tujuan pencerapan. Draf 3PL tersebut ditunjukkan kepada Mentor untuk tujuan Coaching dan Mentoring. Pemurnian 3PL dilakukan agar pedagogi yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran dirancang dengan baik. Aktiviti dan alat pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang sesuai dirancang bagi memastikan wujudnya pembelajaran terbeza dalam bilik darjah sehingga murid menjadikan kelas guru sebagai kayu ukur PdPc bermakna. Guru dan pencerap berkongsi idea, mencadangkan aktiviti-aktiviti pengajaran yang bersesuaian bagi mencapai objektif pengajaran. Guru juga boleh memberikan pendapat dan meminta pendapat bagi mengukuhkan pengajarannya supaya bersesuaian dengan tindakan untuk mencapai standard (TUMS) dalam SKPMg2 Standard 4. 156 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Dalam proses membina 3PL, guru perlu menitikberatkan aktiviti berpusatkan murid dengan memilih Strategi CCL yang tepat, bentuk pembelajaran terbeza yang sesuai dengan Objektif Pembelajaran, dan Bahan Bantu Mengajar yang menarik. Kaedah Penilaian dan Pentaksiran yang tepat juga menjadi elemen utama yang perlu ditentukan oleh guru selain menitikberatkan pendekatan penilaian dan pentaksiran sama ada Pendekatan Guru-Murid, Murid-Murid atau Murid–Bahan. Bagi guru yang masih tidak menguasai penulisan RPH PAK21, aktiviti bimbingan dilaksanakan pada minggu berikutnya dengan bantuan Mentor berbeza. ♦ Pencerapan Klinikal melalui SKPMG2 Standard 4 Dokumen Standard Kandungan Pembelajaran merupakan inti pati panduan kepada kejayaan guru dalam bilik darjah semasa aktiviti pencerapan dilakukan. Pencerapan klinikal mempunyai kekuatan dalam mentransformasikan PdPc guru kerana setiap bahagian mencatatkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijadikan landasan ke arah memperkukuh pengajaran guru dalam bilik darjah. Bermula dengan proses prapencerapan, 3PL yang lengkap seterusnya akan digunakan untuk proses pencerapan. Guru juga perlu bersedia dengan bahan bantu mengajar dan alat penilaian. Pengetahuan guru dalam teknologi digital juga telah ditingkatkan melalui pelbagai bengkel kendalian empat orang IKON GURU SEMINDA. Kemahiran teknologi digital ini membuatkan guru-guru mampu membina BBM yang menarik. Sebelum proses pencerapan dilakukan, guru perlu didedahkan dengan aspek SKPMg2 Standard 4. Guru perlu menandakan Tahap Tindakan Aspek SKPMg2 Standard 4 dalam 3PL yang disediakan. Contohnya bagi setiap aktiviti yang dirancang, guru akan menandakan aspek seperti guru sebagai pembimbing, guru sebagai pendorong minda dan emosi dan aktiviti yang menentukan guru sebagai penilai. Guru sebagai pengawal dapat diperhatikan secara keseluruhan melalui penglibatan murid dalam PdPc yang menyeronokkan. Jika guru mempunyai tahap kefahaman yang tinggi tentang perkara ini, sudah pasti aktiviti pencerapan bukanlah sesuatu yang membebankan. Guru juga telah didedahkan dengan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif iaitu Domino, Share and Turn, Mine and Combine, dan Roam or Remain. Pengetahuan ini dapat membuka minda guru bahawa PAK-21 tidak terhad dalam lingkungan penggunaan alat-alat digital dan ICT semata-mata. Seterusnya ialah proses pemerhatian pengajaran dalam bilik darjah. Satu amalan murni yang sedang diterapkan ialah Open Classroom semasa proses pencerapan. Guru-guru lain dijemput hadir untuk melihat proses PdPc dan melengkapkan borang Learning Walk. Sebagai Pengetua yang mencerap PdPc guru, saya bertindak mengesan kekuatan PdPc dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh guru. Selepas selesai pengajaran, guru yang dicerap akan bersemuka dengan saya semula. Dalam proses pasca pencerapan, saya meminta guru menentukan kekuatan yang telah dilaksanakan dalam proses PdPc. Saya juga perlu meraikan kekuatan lain yang ada dalam PdPc guru yang dicerap. Selain itu, guru juga perlu menentukan tindakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan pdpc seterusnya lebih mendatangkan impak positif. Kuasa ganjaran SLT dapat diperlihatkan melalui penghargaan terhadap guru yang menguasai PdPc berkesan PAK- 21 dan berjaya mencetus penglibatan aktif murid yang mencapai objektif pembelajaran. Tindakan terakhir dalam pencerapan klinikal ialah mengumpul data dan maklumat berdasarkan aspek 4.1 sehingga 4.6 penilaian Standard 4 SKPMG2. Skala yang diperoleh dimaklumkan secara profesional kepada setiap guru. Guru yang masih di bawah standard minimum yang ditetapkan akan meneruskan sesi coaching dan mentoring di bawah penyelia masing-masing. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 157

Skor yang diberikan dan diwarawarakan ini dapat mewujudkan pelbagai persepsi dalam kalangan guru. Guru yang memperoleh markah cemerlang akan menjadi sumber rujukan guru lain. Sebaliknya guru yang mendapat skor yang tidak memberangsangkan, akan berusaha memperbaiki kelemahan pengajaran melalui pencerapan seterusnya atau pembimbing rakan sekerja. Sesi Coaching dan Mentoring juga diteruskan bersama penyelia masing-masing. 3PL yang bermutu dikongsikan bersama-sama ahli panitia yang lain. Tindakan ini dapat memudahkan ahli panitia untuk melaksanakan Lesson Study, memurnikan lagi 3PL yang dihasilkan untuk disesuaikan dengan murid di dalam kelas masing-masing. Pencapaian pencerapan juga dibincangkan pada peringkat panitia subjek masing-masing dengan tujuan membaiki kelemahan guru subjek berkenaan. Rajah 1: Skor SKPMg2 CABARAN DAN KAEDAH PENYELESAIAN Pada peringkat awal, kajian secara lisan mendapati guru mempunyai tanggapan yang salah tentang pelaksaan pdpc berteraskan PAK-21. Tanpa makmal komputer sebagai pusat untuk melangsungkan proses PdPc, PAK-21 tidak dapat dijalankan. Selaku Pengetua, saya telah mengadakan sesi taklimat untuk membetulkan tanggapan tersebut dan menekankan penggunaan CCL dalam aktiviti PdPc yang merupakan elemen penting PAK-21 yang menggalakkan aktiviti pembelajaran murid secara bermakna. Guru juga masih kurang mahir dalam menguasai 7 TUMS dalam 6 aspek SKPMg 2 Standard 4 disebabkan sikap tidak cakna terhadap kepentingan menguasainya. Guru didapati bersedia untuk berubah tetapi tindakan proaktif untuk perubahan tidak begitu ketara kerana kekangan masa dan tiada panduan yang jelas. Namun sikap positif guru amat memberangsangkan. Saya telah mengambil tindakan proaktif (PGB Sebagai Pembimbing) dengan memberi pendedahan kepada guru-guru tentang aspek SKPMg2 Standard 4 agar guru lebih jelas dengan Tindakan untuk Mencapai Standard PdPc yang bermakna. Selain itu, penguasaan kebanyakan guru dalam kemahiran digital juga berada pada tahap sederhana. Penguasaan ini penting dalam proses menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik selain penting untuk pilihan melaksanakan Flipped Classroom atau kelas secara atas talian. Alternatif yang diambil ialah, empat orang Ikon Guru yang pakar dalam kemahiran digital telah mengadakan banyak bengkel seperti penggunaan Streamyard, reka bentuk menggunakan Canva, MS Power Point dan Pengurusan Google Classroom. Bengkel-bengkel ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut permintaan guru. Pasukan SLT dan MLT juga kurang pendedahan tentang teknik mentoring dan coaching yang perlu dikuasai untuk membimbing pembinaan 3 Parts Lesson kepada guru di bawah seliaan masing-masing. Sekolah telah mendapatkan khidmat bantu daripada seorang mantan pegawai Leap-Ed yang juga sebagai pemegang taruh untuk mengajarkan teknik Coaching and Mentoring kepada SLT dan MLT. 158 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

IMPAK AMALAN Pendedahan PAK21 menyebabkan guru memahami konsep dengan lebih jelas dan tidak lagi terikat dengan kefahaman yang salah sehingga menolak terus PAK-21. Pencerapan klinikal yang dilaksanakan telah merubah gaya pengajaran guru yang tidak lagi bersifat satu hala. Pemantauan melalui Learning Walk ibarat satu isyarat kepada semua guru untuk sentiasa peka dengan perubahan dan kehendak organisasi yang inginkan seluruh sekolah mengamalkan konsep PdPc berpusatkan murid. Penulisan RPH yang meliputi 3 bahagian juga bukan lagi satu masalah untuk dipraktikkan oleh para guru. Pendedahan tentang konsep Collaborative Creativity Learning (CCL) dalam kalangan guru membuatkan mereka lebih bersemangat untuk meneroka pelbagai alat berfikir murid dalam bilik darjah. Perubahan ini dapat dibuktikan dalam peningkatan skor SKPMG2 Standard 4 organisasi April–Julai (84.68) dan Ogos-Nov (90.55). Peningkatan skor yang ketara bagi Aspek (4.1) hingga aspek (4.5) dalam pencerapan baru-baru ini. Kesan amalan ini kepada murid jelas apabila murid lebih aktif dan lebih berani menonjolkan diri dalam aktiviti PdPc walaupun ada sesetengah murid bersikap pasif pada awalnya kerana guru digalakkan untuk melaksanakan pembelajaran terbeza dalam PdPc. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Dalam usaha memastikan pengurusan berkualiti, pasukan MLT perlu menguasai tujuan sebenar pencerapan sebagai proses bimbingan bukannya mengesan kesalahan guru untuk melahirkan pendidik berintegriti. Pasukan MLT juga perlu menambah ilmu untuk menguasai kaedah penyeliaan klinikal dengan cekap secara berkala. Proses ini kemudiannya perlu disebarluaskan kepada ahli panitia mata pelajaran. Panitia pula perlu merancang program simulasi pencerapan secara berpasangan yang melibatkan ahli panitia pula berperanan sebagai pencerap. Ibarat serampang dua mata, kumpulan ini dapat meningkatkan kemahiran pencerapan klinikal di samping memenuhi aspek PBPPP dari segi nilai tambah budaya kerja berpasukan dan peningkatan profesionalisme dalam bidang yang sama. Kemampuan menterjemahkan instrument SKPMg2 dan aspek Fungsional PdPc dalam PBPPP perlu juga menjadi satu kewajipan bagi setiap warga pendidik termasuk barisan SLT. Memahami dan mampu mempraktikkannya dengan sebaik mungkin menjadi kunci utama kemenjadian murid dalam bilik darjah. RUMUSAN SMK Permai Indah sedang menuju ke arah Memperkasakan PAK-21. Masih banyak elemen yang perlu disentuh, diperbaiki dan diperhalusi untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Learning Walk secara berkala untuk memantau aspek-aspek kecil dalam pelaksanaan PdPc seperti penulisan Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan (OPKK) di papan putih, pelaksanaan aktiviti berpusatkan murid dalam PdPc akan diteruskan dan menjadi budaya warga SEMINDA. Setiap guru perlu menguasai dan memiliki pengetahuan yang mantap dalam OPKK, Strategi CCL, pendekatan pembelajaran terbeza, teknik penyoalan dan kaedah penilaian dan pentaksiran. Kemenjadian murid bakal terserlah apabila kedua-dua pihak iaitu guru yang mengajar dan murid yang belajar serta pentadbir yang memantau memahami keperluan transformasi ke arah mencapai apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 159

PEMBUDAYAAN CPD DAN PLC 160 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

PEMBELAJARAN AKTIF KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 161

RUJUKAN IAB, 2016. Asas Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan : IAB Enstek James Ang Jit Eng, Lim Siew Ngen , 2020. Guru Sebagai Pakar, PTS Media Group Sdn Bhd Kementerian Pendidikan Malaysia, Mengurus Perubahan dan Inovasi. Institut Aminuddin Baki. 162 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

SEDERAP MELANGKAH, MELAKAR SEJARAH Suzzana Binti Md.Saad Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja, Kulim, Kedah.



PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja terletak di tepi jalan raya antara Kampung Tebuan, Sedim dengan Kampung Lindungan Raja dan kedudukannya 30 kilometer dari bandar Kulim. Sekolah ini pada awalnya diberikan nama Sekolah Kebangsaan Sedim dan telah didirikan pada 1 Januari 1958 di atas tanah seorang penduduk kampung iaitu Pak Teh Hamid. Tanah tersebut telah dibeli oleh pihak kerajaan untuk membina sekolah tersebut. Nama sekolah ini diambil bersempena dengan mukim kampung ini iaitu Mukim Sedim. PROFIL SEKOLAH Infografik Profil Sekolah Pada ketika itu, cuma ada satu bangunan sahaja yang diperbuat daripada kayu- kayan dari hutan dan hanya beratapkan bertam. Dalam bangunan tersebut hanya dilengkapi dengan kerusi panjang, meja panjang dan meja guru sahaja. Kelas dijalankan dalam dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang kerana tidak dapat menampung pelajar seramai 40 orang. Pada masa tersebut murid-murid menggunakan papan batu untuk menulis memandangkan buku belum diperkenalkan lagi dengan bantuan tiga orang guru sebagai tenaga pengajar. LATAR BELAKANG SEKOLAH Pada tahun 1966, bilangan murid bertambah kepada 100 orang. Jumlah tenaga pengajar juga bertambah kepada 7 orang di bawah pimpinan seorang Guru Besar iaitu Encik Hamid. Pada masa itu sekolah mempunyai seorang tukang kebun dan seorang kerani pejabat. Pada tahun 1991, infrastruktur dan kemudahan sekolah dilengkapi dengan kantin, surau, bilik darjah, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, pejabat, tandas dan lain-lain. Jumlah murid pada masa itu meningkat kepada 300 orang dan kakitangan sekolah 30 orang termasuk guru dan bukan guru. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 165

Pada tahun 2002, pembinaan dua blok bangunan sekolah yang baru dijalankan. Pemindahan dari blok bangunan lama ke bangunan baru tersebut telah dijalankan pada bulan Disember 2002 dan dapat digunapakai sepenuhnya pada awal Januari 2003. Namun demikian bilik darjah Prasekolah, Pendidikan Khas, Pemulihan dan bilik Bimbingan dan Kaunseling kekal di bangunan lama. Pada tanggal 6 Mei 2003, Sekolah Kebangsaan Sedim telah ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja dengan suara majoriti hasil cadangan usul Cikgu Junid bin Mahamood dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 yang diadakan pada 25 Mei 2002. Ketika itu jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja dipangku oleh Tuan Haji Md. Fuzi bin Hashim Penolong Kanan Pentadbiran. Nama sekolah yang baru ini diambil bersempena dengan sejarah persembunyian Kesultanan Melayu Kedah daripada keganasan tentera Jepun di Kampung Lindungan Raja iaitu bersebelahan dengan sekolah ini. Logo lama sekolah ini telah ditukarkan dengan logo baru yang telah direkacipta oleh Cikgu Mohd Za’in bin Dahaman dan En.Mohd Anwar bin Ariffin. Pertukaran nama sekolah ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Saad, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim, Bandar Baharu pada tanggal 10 Oktober 2004. Pada tahun 2004, satu blok daripada tiga blok bangunan lama diambil oleh Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Kedah untuk dijadikan sebagai Pusat Kokurikulum di daerah Kulim/Bandar Baharu. Ini memandangkaan kedudukan strategik sekolah ini berdekatan dengan Lata Arus Deras Sedim yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. STATUS QUO SEKOLAH SEMASA Pada 16 Oktober 2015, seorang guru besar lepasan NPQEL yang baharu telah hadir melaporkan diri sebagai guru besar yang ke-16 untuk menerajui SK Seri Lindungan Raja. Beliau mula melaksanakan perubahan selepas 44 hari berada di sekolah ini. Sekolah ini berada di kedudukan yang sederhana dalam pencapaian UPSR di peringkat daerah Kulim Bandar Baharu pada tiga tahun yang kebelakang . Melalui helicopter view, guru besar telah membuat analisis data berkaitan pencapaian akademik murid- murid di sekolah ini. Perjumpaan bersama-sama guru-guru penolong kanan dan Ketua Panitia Mata Pelajaran telah diadakan secara agresif. Dengan menggunakan analisis SWOT, pihak jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh guru besar telah melaksanakan beberapa program untuk peningkatan akademik khususnya untuk murid-murid Tahun 6. Namun begitu murid-murid daripada prasekolah sehingga ke Tahun Lima juga tidak ketinggalan dalam gerakan peningkatan akademik bukannya hanya bergelut untuk murid-murid di Tahun Enam tetapi mestilah bermula di prasekolah lagi. Semua pihak perlu melangkah sederap dan tiada sesiapapun tertinggal di belakang. Nobody will be left behind. 166 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Jadual 1 : Analisa Pencapaian UPSR 2013-2015 ANALISA PENCAPAIAN UPSR 2013-2015 (SKSLR) Nama Sekolah : SK SERI Kod Sekolah : KBA 5019 LINDUNGAN RAJA Gred Purata 2014 2015 ETR 2015 Sekolah (SKSLR) 2.55 2.49 2.03 2013 58.33 72.58 83.87 Peratus Lulus ( % ) 1.4 1.6 19.35 Peratus Straight A 2.76 (%) 52.94 Peratus Gagal 1.2 Semua ( % ) 8.2 1.4 3.22 1.6 Subjek GP % GP % GP % GP % BM ( Penulisan ) LULUS LULUS LULUS LULUS BM ( Pemahaman ) 2.44 77.65 1.77 92.96 2 88.7 1.34 98.39 Bahasa Inggeris Sains 2.2 85.88 2.15 88.73 2.13 93.5 1.48 98.39 Matematik 3.39 55.29 2.97 64.79 3.08 80.6 2.53 85.48 3.09 64.71 3.17 66.2 2.81 85.5 2.61 91.94 2.71 77.65 2.69 77.46 2.45 88.7 2.19 85.48 Jadual 2 :Analisis SWOT (SKSLR) ANALISIS SWOT (SKSLR) KEKUATAN KELEMAHAN 1. Pemimpin sekolah adalah peserta NPQEL 1. > 50% guru amal pengajaran berfokus guru 2. Dua orang guru cemerlang 2. 65% guru tidak praktik KBAT dalam kelas 3. Semua GPK membuat pemantauan berterusan 3. 10% guru mencapai tahap memuaskan dalam PdP pencerapan 4. 100% guru komited 4. 60% guru dalam zon selesa 5. Sekolah menjalankan pelbagai program PLC dan 5. Sekolah mempunyai kelengkapan CT yang LDP sederhana. 6. Guru opsyen mata pelajaran BI Matematik dan 6. Data internet yang perlahan Sains CABARAN 1. 90% ibu bapa dalam golongan berpendapatan PELUANG sederhana 1. lbu bapa menyokong segala aktiviti di sekolah 2. Kawasan yang disebut sebagai black area (isu 2. SIP dan SISC+ membantu meningkatkan prestasi penagihan dadah dalam kalangan remaja) sekolah 3. Komuniti setempat membantu pihak sekolah seperti polis, bomba dan masjid berhampiran. 4. PIBG memberi sokongan kuat kepada pihak sekolah PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKSANAKAN Beberapa pembaharuan program peningkatan akademik dan sahsiah yang dicetuskan oleh guru besar pada tahun 2016. Di antaranya ialah melaksanakan Projek Sinar Pagi. Projek kelas tambahan awal pagi bermula pada pukul 7.15 pagi hingga 7.45 pagi (30 minit). Projek ini melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara berfokus dan berjadual. Dijalankan pada setiap hari Ahad, Selasa, Rabu dan Khamis (Hari Isnin dikecualikan kerana Perhimpunan Rasmi Sekolah. Dua buah kelas Tahun 6 terlibat sebagai perintis. Projek ini dilihat mampu melatih disiplin murid tahun KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 167

6 supaya datang awal ke sekolah. Di samping menyediakan mental dan emosi murid untuk belajar sebelum bermula PdPc rasmi pada pukul 7.45 pagi. Masa ini juga memberi peluang kepada guru menghabiskan silibus dan menggunakan ruang dan peluang sesi tersebut sebagai medium ulang kaji disamping menyediakan suasana belajar yang kondusif pada awal pagi. Mendapat sambutan yang menggalakkan di mana kehadiran lebih 80% murid menghadiri Kelas Sinar Pagi. 20% murid menghadapi kekangan untuk datang awal kerana tempat tinggal yang agak jauh dari sekolah(10%) dan murid yang mengikuti ibu bapa keluar bekerja semasa datang sekolah.(10%). Guru besar dan guru penolong kanan juga dilihat melaksanakan pemantauan pelaksanaan projek ini dan guru besar turut turun padang dengan mengajar kelompok murid-murid yang masih lemah dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Melayu. Projek Sinar Pagi merupakan projek yang tidak pernah diadakan di SKSLR dan banyak memberi impak terhadap peningkatan keputusan UPSR 2016. Pembentukan sahsiah murid juga tidak diabaikan begitu sahaja. Sebelum memulakan Kelas Intensif Kecemerlangan UPSR pada sesi petang bermula pukul 2.00 hingga 3.00 petang pada hari Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis dan pada hari Rabu, murid-murid mengikuti aktiviti kokurikulum seperti rutin. semua murid Tahun 6 diwajibkan sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah yang diimamkan oleh guru daripada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Guru besar dilihat kerap mengadakan majlis Majlis Konferensi Waris (Siri 1, 2 dan 3). Dalam Majlis Konferensi Waris (siri 1) yang diadakan pada bulan Januari 2016. Beliau menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab sekolah menyebarkan hala tuju sekolah berkaitan pendidikan anak- anak mereka. Sebagai guru besar yang baharu di sekolah ini adalah wajar pihak waris mengenali barisan kepimpinan dan peneraju sekolah di mana anak-anak mereka belajar agar wujud kejelekitan antara dua belah pihak. Guru-guru Tahun Enam juga diberi peluang untuk berbicara secara terbuka dengan ibu bapa bagi mengenal pasti kesediaan murid-murid yang mereka didik. Peluang sedemikian dilihat sebagai satu bentuk kepercayaan ibu bapa terhadap organisasi. Perbincangan dua hala telah berlaku dan ini menjadi satu titik tolak kepada kesungguhan guru-guru untuk mengajar dengan lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi anak murid mereka. Ada satu anugerah yang disebut anugerah ALEPPS diperkenalkan pada tahun tersebut. Penganugerahan ini merupakan penyampaian Anugerah Lencana Emas, Perak dan Peningkatan Saujana. Murid-murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang ataupun terdapat peningkatan dalam keputusan dalam setiap kali peperiksaan diberikan hadiah berupa wang tunai sumbangan PIBG dan ibu bapa akan menyematkan lencana istimewa tersebut di dada baju sekolah anak mereka sendiri. Simboliknya ialah satu bentuk sokongan ibu bapa secara peribadi terhadap kejayaan anak-anak mereka serta rangsangan PIBG dalam menyokong program sekolah dalam bidang akademik. Murid- murid dan ibu bapa dilihat sangat berpuashati dengan idea untuk memberi penghargaan untuk anak mereka. Ini menjadi satu motivasi kepada mereka untuk terus bersemangat untuk memastikan anak mereka berjaya. Guru besar juga mempunyai jalinan dan jaringan dengan beberapa sekolah di daerah ini dan juga dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) dan Advanced Technology Training Center (ADTEC) Mahang. Beberapa seminar kecemerlangan dilaksanakan dengan melibatkan lima buah sekolah di daerah Kulim dan Bandar Baharu. Program ini mendapat sokongan dari segi kepakaran dan sokongan penuh oleh IPGKTB di mana Pengarah IPGKTB pada masa itu Dr. Sazali Yusoff turut turun padang bagi merealisasikan kejayaan program untuk anak-anak kampung SK Seri Lindungan Raja, Sedim yang terletak jauh di luar bandar. Sumbangan Suplimen Minda-Kismis Doa oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu, Dato’ Norsabrina binti Mohd Noor juga menjadi inisiatif Guru Besar untuk memastikan murid-murid terus cerdas minda mereka. Projek sokongan kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR iaitu bacaan Yasin pada setiap pagi sebulan sebelum UPSR oleh semua murid 168 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

di sekolah tersebut. Semua pihak dilihat memberi kerjasama penuh terhadap semua program yang dirancang. Guru besar boleh dilihat berada di mana-mana sahaja dalam semua aktiviti yang dijalankan. Segala perancangan beliau sentiasa disambut baik oleh guru-guru. Beliau dilihat selalu mengadakan perbincangan dengan guru-guru di bilik guru, kadang-kadang di padang sekolah, di makmal Sains, di kantin dan di serata kawasan sekolah. Beliau dilihat tidak terlalu berprotokol kecuali di dalam majlis- majlis rasmi sekolah. Setiap guru sering diingatkan agar menjaga ketrampilan diri sebagai seorang guru dan penjawat awam. Cara berkomunikasi beliau tidak menyakitkan hati guru-guru, staf mahupun waris yang datang berurusan di sekolah. ♦ Pencapaian Luar Biasa UPSR 2016 Buat kali pertama dalam sejarah UPSR SKSLR, satu-satunya mata pelajaran yang mendapat 100 % ialah mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Antara program yang telah digerakkan oleh Panitia Bahasa Melayu hasil pandangan guru besar ialah mengadakan projek khas kepada murid-murid yang gagal semua mata pelajaran. Sebanyak tujuh orang murid terlibat dalam projek khas tersebut di mana murid-murid tersebut dibimbing dalam subjek Bahasa Melayu selama satu bulan secara intensif. Impaknya, kesemua mereka yang sebelum ini gagal telah lulus dalam UPSR sebenar. Guru besar juga memberi perhatian besar kepada murid-murid di Kelas Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran. Beliau telah mengubah sebuah rumah guru yang sudah usang menjadi Rumah Cendawan. Rumah ini dibaikpulih dan menjadi satu projek pertanian yang mendatangkan hasil kepada murid-murid aliran pendidikan khas. Selain mendapat keuntungan, anak-anak istimewa ini mendapat peluang meningkatkan kemahiran dalam penjagaan tanaman cendawan, penyediaan dan penjualan cendawan goreng. Murid-murid prasekolah di sini telah berjaya menguasai 3M sebelum memasuki alam persekolahan sebenar. Guru besar bersama-sama guru-guru dan pembantu pengurusan murid telah berkerjasama menghasilkan Modul Penguasaan Bacaan untuk murid-murid di prasekolah. Ini menjadi satu contoh amalan terbaik di SK Seri Lindungan Raja, Sedim. ♦ Penambahbaikan Ciri-Ciri Sekolah Berkesan Kejayaan sesebuah sekolah mencapai status sekolah berkesan atau sekolah cemerlang pasti akan dirujuk kepada kebolehan kepemimpinan guru besar sekolah berkenaan. Model kepemimpinan sekolah yang tradisional berdasarkan struktur berhierarki di mana kuasa dan kawalan dalam organisasi bertumpu kepada pucuk kepemimpinan semata-mata. Dalam era globalisasi, perubahan teknologi yang pesat serta keutamaan kepada pembangunan modal insan, kepemimpinan transformasi mula memperlihatkan pengaruhnya dalam organisasi sekolah. Sistem pendidikan yang semakin kompleks menuntut perubahan radikal kepada cara sesebuah sekolah menyediakan perkhidmatan pendidikan. Desentralisasi, budaya sekolah cemerlang dan prinsip amalan terbaik merupakan cabaran baharu dalam kepemimpinan sesebuah sekolah pada masa kini. Dalam sesebuah sekolah yang terdiri daripada kumpulan guru yang profesional, struktur hierarki organisasi sekolah semakin berbentuk mendatar. Kepemimpinan sekolah dilihat sebagai usaha kolaboratif, menjalin keakraban rakan sejawat sebagai cara meningkatkan amalan profesional. Kepemimpinan guru dapat dilihat dalam konteks pengurusan aktiviti sekolah, kepemimpinan pengajaran dan juga kepemimpinan dalam konteks masyarakat luar. Pada hari ini, konsep guru sebagai pemimpin semakin berpengaruh kepada perubahan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 169

♦ Visi dan Misi Dikongsi Bersama-sama Fullan (1993) menyatakan, guru melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral (moral purpose) yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Mengikut Fullen (1993), terdapat empat bidang utama bagi membina keupayaan moral untuk menghadapi perubahan, iaitu: ǰ Membina visi peribadi (personal vision building) ǰ Inkuiri ǰ Masteri ǰ Kolaborasi Membina visi peribadi bermakna menyiasat dan mengenal pasti hasrat diri kita menjadi seorang guru dengan bertanyakan soalan seperti, ‘Apakah sumbangan dan jasa yang dapat saya hulurkan untuk mengubah kualiti hidup anak murid saya?’ Kemudian membuat inkuiri dengan mengamalkan penilaian kendiri atau refleksi tentang hasrat peribadi supaya dapat membentuk tabiat dan norma seorang yang sanggup belajar sepanjang hayat. Masteri bermaksud mencapai kefahaman yang mendalam tentang bidang yang diceburi agar keberkesanan dapat dipertingkatkan. Hal ini termasuklah keperluan untuk menghadiri latihan pembangunan staf supaya mendapat pendedahan kepada idea dan kemahiran yang terkini. Keupayaan untuk berkolaborasi akan dapat menggandakan keberkesanan terhadap sesuatu yang diusahakan. Sokongan dan usaha bersama-sama rakan sekerja serta pihak lain bukan sahaja dapat memperkaya pengalaman, malah dapat mewujudkan sinergi dan motivasi untuk menghadapi perubahan. Penentuan pelaksanaan setiap bidang yang dibincangkan di atas mempunyai perkaitan dengan peranan institusi pendidikan itu sendiri, terdapat atau tidak tujuan membina visi bersama (shared vision-building), struktur organisasi (teragih atau birokratik), norma, amalan inkuiri, pembangunan organisasi yang berorientasikan modal insan serta budaya kerja (kolaborasi dan keakraban antara rakan sekerja). Sebagai agen perubahan, guru besar itu sendiri mesti mengamalkan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Perubahan harus bersifat generatif, iaitu satu idea baharu dapat menjanakan idea-idea dan inovasi secara berterusan atau progresif. Ringkasnya, peranan guru besar sebagai agen perubahan dikaitkan pegangan peranan moralnya. Tanpa tujuan moral, apa jua perubahan atau inovasi yang diperkenalkan kepada sekolah dilaksanakan hanya sekadar memenuhi arah dan peraturan pihak atasan sahaja. Dalam organisasi yang mengamalkan kepemimpinan teragih, aktiviti kepemimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan ahli-ahli di dalamnya. Kepemimpinan teragih dapat menimbulkan semangat kerjasama dan keakraban dengan surbodinat. Kepemimpinan teragih dianggap sebagai gaya kepemimpinan yang paling sesuai untuk organisasi sekolah dan institusi pendidikan di mana sebilangan besar ahli-ahli terdiri daripada golongan profesional. Guru besar yang profesional mempunyai autoriti dalam bidang kepakaran beliau. Melalui kolaborasi dan amalan taulan sekerja (collegiality), mereka dapat manfaat daripada sokongan dan kepelbagaian kepakaran rakan sekerja (Brown, Boyle & Boyle, 1989). Keputusan yang dibuat merupakan keputusan bersama berdasarkan maklumat yang lebih menyeluruh dan situasi ini akan membawa kepada peningkatan keberkesanan pelaksanaannya. Visi bersama (shared vision) merupakan asas kepada hasil keputusan bersama. Kepemimpinan teragih berkait rapat dengan konsep sekolah berkesan dan kemajuan sekolah (school improvement). Kepemimpinan bercorak demikian juga boleh digolongkan di bawah jenis kepemimpinan demokratik dan kepemimpinan participative. 170 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

♦ Tumpuan Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Keberkesanan pengajaran (Instructional effectiveness) Guru besar menjadi teladan yang amat berkesan dengan mempamerkan keupayaan mengajar dengan tidak hanya mengikut satu cara sahaja tetapi mempunyai pelbagai teknik, tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar yang bergantung kepada keperluan murid, bentuk mata pelajaran dan kompleksiti hasil pembelajaran. Antara komponen dalam keberkesanan pengajaran termasuklah kebolehan berkomunikasi dan kemahiran mengajar yang perlu seperti kemahiran merancang dan menyediakan pelajaran, menerangkan dengan jelas, mewujudkan persekitaran kondusif, mengurus bilik darjah dengan menggunakan masa secara optimum, menangani konflik dan menilai prestasi mengajar sendiri. Manakala Model Slavin (1989) menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bahan bantuan mengajar), kesesuaian aras pengajaran (pengemas kinian kandungan dan sistem penilaian serta mengikut aras kebolehan pelajar), insentif (perancangan isi pengajaran serta memberikan motivasi sama ada ganjaran atau dendaan) dan masa (engaged time dan time on task). Pada masa yang sama guru besar dapat membuat pentafsiran dan penilaian seterusnya memberi pengiktirafan. PEMANTAUAN BERTERUSAN Konsep dan definisi pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat bagi memastikan pelaksanaan PdP dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Pemantauan berterusan oleh guru besar dapat memastikan pelaksanaan PdP secara berterusan dan sistematik dapat dilaksanakan. Tiada berlakunya defisit dan liabeliti terhimpun dalam pembelajaran murid. Aktiviti pemantauan dapat dilakukan secara memerhati, memeriksa dan membimbing. Tujuan pemantauan dijalankan untuk mengawal, menyelia, mencegah dan memperbaiki. Mekanisme pemantauan dilakukan secara terancang, berterusan, direkodkan, dianalisis, penilaian, penambahbaikan dan peneguhan. Kajian oleh Voulalas dan Sharpe (2005) mendapati kepimpinan memainkan peranan paling penting dalam proses transformasi organisasi untuk menjadi sebuah komuniti pembelajaran. Antara peranan utama kepimpinan dalam proses transformasi ini ialah menjana dan mengurus perubahan (Lakomski, 2001; Phillips, 2003). Seorang pemimpin diharapkan dapat memenuhi tanggungjawab sebagai pengurus perubahan seperti memberi sokongan dan nasihat semasa krisis, membina pasukan yang saling menyokong, berkongsi visi dan sentiasa menghidupkan visi tersebut walaupun dalam waktu sukar. Guru besar mesti menjadi pemimpin yang jujur, tulus dan berintegriti serta bersedia mengakui kekurangan kepakaran dan kebijaksanaan mereka walaupun ianya tidak mudah (Lakomski, 2001). Antara amalan yang paling banyak ditemui dalam penulisan berkaitan kepimpinan organisasi pembelajaran ialah memberikan penghargaan dan pengiktirafan (Abd Rahman Ahmad, 2011; Griego, Geroy & Wright, 2000; Phillips, 2003). Sebuah model kepimpinan sekolah yang dibina Yap (2006) berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau dalam memimpin dan mengurus sekolah menunjukkan eleman penghargaan dan pengiktirafan adalah pendekatan pengurusan dan kepimpinan yang sangat berkesan. Pernyataan penghargaan dan pengiktirafan sama ada dalam bentuk pemberian hadiah, sijil dan imbalan kewangan atau sekadar ucapan terima kasih adalah amat bermakna dalam konteks membina hubungan antara pemimpin dan orang yang dipimpinnya. Selain itu, perhargaan tersebut boleh dianggap satu kaedah memotivasikan kakitangan. Kajian oleh Fuziah Mat Yakop dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2011) juga menyokong amalan tersebut. Mereka mendapati amalan kepimpinan KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 171

yang paling kerap diamalkan dalam organisasi pembelajaran adalah menggalakkan pengaruh yang ideal, memberikan motivasi dan inspirasi serta membina stimulasi intelektual kepada guru. Dapatan ini adalah selaras dengan pandangan Printy (2008) iaitu peranan penting kepimpinan dalam organisasi pembelajaran adalah untuk menggalakkan guru dan kakitangan terus meningkatkan ilmu profesional. Justeru, pemimpin perlu merancang dan menyediakan latihan yang bersesuaian kepada kakitangan (Griego et al., 2000). Pengaruh kepimpinan yang ideal adalah berkait rapat dengan penguasaan peribadi (salah satu prinsip teras dalam organisasi pembelajaran). Kajian Retna (2011) mendapati guru besar yang memiliki penguasaan peribadi mempunyai pengaruh yang positif ke atas keupayaan mereka untuk mengurus sekolah dengan lebih berkesan. Penguasaan peribadi adalah keupayaan dan kemahiran memimpin dan mengurus yang diperoleh melalui pengalaman dan pembelajaran bermakna yang berterusan. Senge (1990) percaya bahawa indiviu yang memiliki penguasaan peribadi berkeupayaan untuk menyedari dan mengenal pasti perkara penting dalam tugas mereka. Disiplin pembelajaran secara berterusan akan memperjelaskan dan memperincikan visi individu, memfokuskan tenaga, membina kesabaran dan memperlihatkan realiti secara objektif. Penguasaan peribadi sebenarnya adalah asas spiritual kepada organisasi pembelajaran. Pemimpin yang berupaya mengambil manfaat untuk belajar daripada tugas kepimpinannya akan memiliki penguasaan peribadi. Hasil pembelajaran ini membantu pemimpin sekolah untuk mentadbir, mengurus dan memimpin sekolah dengan lebih cekap dan berkesan. Retna dan Ng (2006) dalam kajian tentang sebuah sekolah yang mengadaptasi falsafah organisasi pembelajaran di Singapura mendapati bahawa peranan utama pemimpin sekolah adalah untuk memberi kefahaman kepada guru untuk menerima falsafah pembelajaran dalam organisasi. Justeru, pemimpin sekolah perlu memenuhi tuntutan tersebut dengan menjadi model pembelajaran di sekolah (Ellinger & Bostrom, 2002). Aktiviti pembelajaran yang berteraskan kepada kepimpinan melalui teladan ini adalah contoh pembelajaran terbaik dalam organisasi. Pengetua atau guru besar menjadi contoh kepada guru untuk belajar dan guru menjadi contoh kepada murid untuk belajar. Selain pembelajaran kendiri, pemimpin juga mesti berupaya memimpin dan menyokong aktiviti pembelajaran secara kolaboratif di sekolah (Hord, 2009). Pembelajaran secara kolaboratif dapat menjana inspirasi dan memberi motivasi kepada guru dalam pasukan untuk saling membantu dan memberikan khidmat terbaik dalam melunaskan tanggungjawab di sekolah. ♦ Sekolah Sebagai Organisasi Pembelajaran Pembelajaran Profesional Guru Di sebalik teori pembelajaran dewasa, telah muncul pandangan yang konsisten terhadap pembelajaran di tempat kerja (Jarvis, 1987; Marsick & Watkins, 1990; Smylie, 1995). Smylie (1995) bagi menyemak semula teori pembelajaran dewasa untuk memahami pembelajaran profesional guru, penambahbaikan dan reformasi sekolah. Dirumuskan bahawa dalam kebanyakan teori pembelajaran dewasa, pembelajaran di tempat kerja didapati aktif dan proses kontruktif yang berorientasikan masalah, berlandaskan persekitaran sosial, dan berlaku sepanjang kehidupan orang dewasa. Berinspirasikan pandangan ini serta selaras dengan pembelajaran berasaskan perspektif ‘situated cognitive’ (Anderson, Greeno, Reder, & Simon, 2000; Clarke & Hollingsworth, 2002; Kwakman, 2003; Putnam & Borko, 2000), pembelajaran guru dilihat sebagai proses konstruktif, melibatkan budaya dan sosial setempat. Daripada perspektif ini, fokus pembelajaran guru adalah aktiviti profesional di sekolah dan menjadi peserta dalam komuniti pembelajaran (Sfard, 1988). Melalui perspektif ini, Guru besar bertanggungjawab terhadap fungsi profesional dan meraih pengetahuan yang diperlukan serta ‘repenoire of activities’ untuk terlibat secara kritikal dalam amalan sosial dan budaya berkaitan pendidikan. Penglibatan guru besar bersama-sama guru-guru dalam pelbagai aktiviti profesional di sekolah akan merangsang pembangunan profesional mereka dan penambaikan sekolah sekaligus meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). 172 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Menjadikan sekolah sebagai tempat pembelajaran guru, adalah penting untuk guru besar mengiktiraf bahawa bukan semua pembelajaran guru mempromosikan pembangunan profesional dan penambaikan sekolah. Persoalan penting yang timbul ialah mengenal pasti aktiviti profesional yang boleh meningkatkan penglibatan guru dan jenis pembelajaran guru yang perlu dipromosikan. Berdasarkan teori pembelajaran dewasa dan konsep pengajaran, Smylie (1995) telah mengenal pasti empat hasil pembelajaran yang penting untuk membolehkan guru menangani perubahan yang pesat berlaku: perubahan konseptual, pemikiran reflektif, eksperimentasi. dan inovasi. Sementara Kwakman (2003) mendapati jenis-jenis aktiviti pembelajaran yang selari dengan saranan Smylie iaitu eskperimentasi dan refleksi sebagai aktiviti penting untuk meningkatkan amalan pengajaran dan mempromosi pembelajaran murid. Selanjutnya guru besar perlu menyarankan supaya guru mengemaskini pengetahuan melalui pembacaan literatur profesional dan mengikuti pelbagai jenis latihan dengan memperoleh pengalaman dan perkembangan baharu seperti kaedah pengajaran, kurikulum, pendidikan dan pengajaran secara umum. Berdasarkan konsep pembelajaran melalui penglibatan, pembelajaran profesional guru perlu memberi fokus terhadap aktiviti pembelajaran profesional iaitu mengikuti perkembangan terkini, eksperimentasi, amalan reflektif dan inovasi berdasarkan taksonomi pembelajaran dewasa (Jarvis, 1987). ♦ Kepentingan Pembelajaran Profesional (PP) Professional learning (PL) “enables teachers to work regularly together to improve their practice and implement strategies to meet the needs of their students”. (Wei et al., 2010, p. ii).Terdapat dua perbezaan yang implisit antara Pembelajaran Profesional (PP) dengan Pembangunan Profesional (PD) iaitu amalan kolaborasi berterusan dan ciri kitaran terhadap penambahbaikan amalan pengajaran. Kedua-duanya akan menunjangi kefahaman mendalam terhadap kepentingan pembelajaran profesional di sekolah. Kepentingan PP semakin meningkat apabila berlakunya perkembangan pesat pengetahuan dalam semua disiplin dan subjek (Schulman, 1986). Semua pendidik perlu terus belajar untuk mengemaskini pengetahuan dan kemahiran masing-masing supaya pengajaran mereka berasaskan kajian terkini dalam profesion keguruan. Pelaksanaan kurikulum standard memerlukan guru besar untuk bersama-sama guru-guru melakukan perubahan dalam amalan PdPc di bilik darjah. Perancangan PP yang mantap dapat memacu para pentadbir dan guru di sekolah ini melaksanakannya dengan jayanya. ♦ Apakah budaya persekitaran pembelajaran profesional? Pembelajaran profesional (PP) boleh meningkatkan kualiti guru dan sekolah. la akan membugarkan budaya kolaborasi, saling menghormati, dan pertanggungjawaban bersama budaya yang peduli terhadap ‘suara’ guru, Guru besar dan guru-guru terlibat dalam membuat keputusan sekaligus meningkatkan rasa sepunya (ownership) terhadap pencapaian murid. Keberkesanan pembelajaran profesional bergantung kepada tahap sokongan terhadap budaya / persekitaran. “School culture must be conducive to critical enquiry, and provide opportunities for professional dialogue”. (Darling-Hammond & McLaughlin, M W., 1995) Amanah merupakan aspek penting dalam budaya persekitaran pembelajaran (Learning Forward, 2014). Amanah sangat penting terutamanya dalam tempoh transformasi yang sedang dilalui oleh pihak sekolah dengan memupuk kolaborasi untuk membugarkan pembelajaran profesional. Semua guru saling berkolaborasi dan membantu ke arah perkembangan profesional secara kolektif. Ini menjadikan urusan pengajaran sebagai urusan kolaboratif bukan lagi urusan peribadi atau individu. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 173

Rajah 1: Teras Pembelajaran Profesional (Adaptasi daripada Learning Forward, (2014) ♦ Hubungan Sekolah Dengan Ibu Bapa / Komuniti Guru besar sebagai peneraju organisasi berperanan menjadikan sekolah sebagai tempat yang memberikan peluang kepada murid-murid untuk memperoleh pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk kemajuan dan pembangunan negara. Beliau juga perlu membentuk sekolah sebagai satu institusi kemasyarakatan dengan menekankan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid berasaskan nilai, norma dan keperluan masyarakat. Guru besar mesti meningkatkan keupayaan guru-guru di bawah kepimpinan beliau supaya guru-guru berperanan menyampaikan ilmu kepada murid-murid di samping membentuk sikap, nilai dan personaliti yang cemerlang selaras dengan keperluan individu dan jangkaan masyarakat. Sebagai agen sosialisasi, guru besar berperanan membentuk para pentadbir dan guru-guru agar mampu bersosialisasi dan memiliki kecerdasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang serba rencam ini. Guru besar perlu memahami perasaan diri dan orang lain serta mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu guru dan murid membentuk emosi yang sihat. Dari segi hubungan sosial, guru besar harus mudah menyesuaikan diri, bersifat penyayang dan menghormati perbezaan individu. Dengan itu, guru-guru dan murid-muridnya dapat membentuk konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka. Dalam memainkan peranan sebagai agen sosialisasi, guru besar harus menggerakkan guru-guru agar turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh komuniti setempat seperti karnival keluarga, ekspedisi mendaki bukit, aktiviti-aktiviti kebudayaan, gotong royong, kelas bimbingan dan seumpamanya. Guru mungkin diundang untuk menjadi jurulatih, pengadil, penceramah, pemerhati ataupun tetamu khas dalam majlis tertentu dalam komuniti setempat. Guru besar perlu memberi dorongan dan sokongan kepada semua guru-guru di bawah kepimpinan beliau dalam menghulurkan khidmat bantuan dari segi sumbangan bidang kepakaran, tenaga, masa dan kewangan untuk menjayakan aktiviti- aktiviti tersebut. Pada masa yang sama, guru-guru tersebut berpeluang bersosialisasi dengan ibu bapa, penduduk dan pemimpin setempat, bergaul mesra serta mengenali amalan dan budaya komuniti setempat dengan lebih dekat dan mendalam. Jangkaan masyarakat terhadap guru besar dan para guru untuk memainkan peranan meningkatkan kualiti corak kehidupan, memelihara dan mengekalkan budaya dan norma yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Oleh itu, amalan-amalan nilai murni seperti berbudi 174 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

bahasa, bersopan santun, prihatin, penyayang, nilai-nilai kemanusiaan dan menghormati hak asasi orang lain wajar dipamerkan dalam diri seorang guru besar. Corak dan nilai hidup guru besar, pertuturan dan penggunaan bahasa, menghormati peraturan dan undang-undang serta respons guru kepada golongan yang kurang bernasib baik merupakan alat sosialisasi yang penting dalam pembentukan dan perkembangan kualiti sahsiah sosial murid. Guru besar sebagai agen sosialisasi dapat diperkukuh jika mempamerkan kesanggupan belajar dan menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi baharu dalam berkomunikasi seperti penggunaan laman web, emel, chat group, mewujudkan blog dan seumpamanya agar saluran maklumat dapat dicapai dengan lebih cepat dan efisien. PENILAIAN / IMPAK KEJAYAAN Amalan kepimpinan organisasi pembelajaran memberi lebih penekanan kepada peranan kepimpinan sekolah untuk menyediakan ruang dan peluang yang dapat menyokong pembelajaran guru, menjadi model pembelajaran, menggalakkan inovasi, memberikan penghargaan dan pengiktirafan sepenuh hati serta membangunkan potensi warga sekolah secara berterusan. Kepimpinan organisasi pembelajaran ialah satu bentuk kepimpinan baru yang merangkumi banyak bentuk kepimpinan sedia ada seperti contoh, kepimpinan instruksional, kepimpinan bersama (distributed leadership), kepimpinan transformasi, kepimpinan karismatik, kepimpinan situasi, dan kepimpinan delegasi. Adalah dicadangkan kepimpinan sekolah dilatih untuk menginstitusikan amalan kepimpinan organisasi pembelajaran dengan pemantauan pihak berkenaan. Dari sudut amalan, kepimpinan sekolah perlu mengaplikasikan amalan tersebut berdasarkan konteks sekolah masing- masing. Oleh sebab kepimpinan organisasi pembelajaran bersifat luwes, ia mudah diaplikasikan dalam pelbagai keadaan dan konteks sekolah. Namun, pembangunan modal insan guru besar perlu diberi perhatian sewajarnya dalam melaksanakan amalan kepimpinan tersebut memandangkan selama ini kepimpinan sekolah lebih memberi tumpuan kepada keceriaan sekolah dan pencapaian murid sahaja. Pembangunan diri dan profesionalisme guru adalah strategi yang dapat menjamin kemenjadian murid peningkatan pencapaian dan keberkesanan sekolah secara keseluruhannya. Rajah 2: Kepimpinan Organisasi Pembelajaran. 175 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL

RUMUSAN Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu, adalah mustahak bagi setiap individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani. Walau bagaimanapun, sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan kepimpinan tertinggi sesebuah organisasi pendidikan sebagai satu profesion bergantung pada tanggapan masyarakat. Adakah peranan guru besar semakin hilang kewibawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai profesional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?. Oleh itu guru besar sebagai peneraju pemimpin pendidikan masa ini harus bersikap responsif kepada arus-arus perubahan yang dibawa oleh ledakan maklumat dan teknologi Revolusi Industri 4.0 agar dapat menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dengan menggunakan kemahiran-kemahiran abad ke-21 bagi menghasilkan guru berkualiti , pembelajaran yang berimpak dan pembentukan sahsiah dan nilai murid yang mulia. RUJUKAN Abd. Rahman bin Ahmad. (2011). Building Learning Organization: Malaysian Organizations Context. Dicapai pada 7 September 2011 daripada http://wb.uum. edu.my/amgbe/files/019F Abd.Rahman bin Ahmad.pdf. Anderson R. et.al (2000). Perspectives on Learning, Thinking and activity. https: // doi- org/10.3102/0013189x029004011 Brown M., Boyle B., & Boyle T., (1989). The Effect of Decentralisation on the Shared Management Role of the Head of Department in Secondary Schools in England. Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association (San Diego, CA, April 13-17, 1998). Clarke D.,& Hollingsworth H., (2002). Elaborating a model of teacher professional growth. Teaching and Teacher 18(2002) 947-967. Ocean Park Boulevard, Santa Monica CA. Darling-Hammond L., & McLaughlin, M.W., (1995). Policies that support professional Development in an Era of Reform. National College for School Leadership. Phi Delta Kappan. 1995, 76 (8) pp 597-604. Ellinger, A. D., & Bostrom, R. P. (2002). An examination of managers’ beliefs about their roles as facilitators of learning. Management Learning, 33(2), 147-179. Fullan, M. (1993), ‘Why Teachers Must Become Change Agents’, Educational Leadership, 50, Hal. 12-17. Fuziah Mat Yakop & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). A Study of reationship Between Leadership Practices and Learning Organization Practices in Cluster Secondary Schools. dicapai pada 7 September 2011 daripada www.mara.gov.my/c/document_ library/get_file? 176 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Hord, S. M. (2009). Professional learning communities. Journal of Staff Development, 30(1), 40-43. Dicapai pada 15 Ogos 2010 daripada www.nsdc.org. Jarvis, P. (1987). Meaningful and Meaningless Experience: Towards an Analysis of Learning From Life. Adult Education Quarterly Volume 37, Number 3, Spring, 1987, 164-172. Kwakman, K. (2003). Factors Affecting Teachers’ Participation in Professional Learning Activities. Teaching andTeacher Education, 19, 149-170. http://dx.doi.org/10.1016/S0742-051X(02)00101-4 Lakomski, G. (2001). Organizational change, leadership and learning: culture as cognitive process. The International Journal of Educational Management, 15(2), 68-77. Marsick V.J., & Watkins K. (1990). Informal and Incidental Learning in the Workplace. London: Routledge. Phillips, B. T. (2003). A four-level learning organization benchmark implementation model. The Learning Organization, 10(2), 98-105. Putnam R.T., Borko Source H., (2000). What Do New Views of Knowledge and Thinking Have to Say about Research on Teacher Learning? Educational Researcher, Vol. 29, No. 1 (Jan. - Feb., 2000), pp. 4-15. American Educational Research Association Stable URL: http://www.jstor.org/ stable/1176586 Printy, S. M. (2008). Leadership for teacher learning: A community of practice perspective. Educational administration Quarterly, 44(2), 187-226. Retna, K. S. (2011). The relevance of personal mastery to leadership: The case of school principals in Singapore. School Leadership and Management, 31(5), 451-470. Retna, K. S., & Ng, P. T. (2006). The challenges of adopting the learning organization philosophy in a Singapore school. International Journal of Educational Management, 20(2), 140-152. Senge, P. M. (1990). The Fifth Discipline: The Art and Practices of the Learning Organization. New York: Doubleday. Sfard, A. (1988). Teaching theory of algorithms in high school. Unpublished Ph.D. dissertation. The Hebrew University of Jerusalem. Shulman, L. S. (1986), ‘Those Who Understand: Knowledge Growth in Teaching’, Educational Researcher, 15(2), Hal. 4-14. Slavin, R.(1989), ‘A Theory of School and Classroom Organization’, dalam Slavin, R. (ed.), School and Classroom Organization, Hillsdale, New Jersey: Erlbaum. Smylie, M. A. (1995). Teacher learning in the work place: Implications for school reform. In T. R. Guskey, & M. Huberman (Eds.), Professional development in education: New paradigms and practices (pp. 92-113). New York: Teachers College Press. Voulalas Z. D., & Sharpe, F. G. (2005). Creating schools as learning communities: obstacles and processes. Journal of Educational Administration, 43(2), 187-208. Yap, M. K. C. (2006). Visi ke Realiti: Pengalaman Sekolah Menengah Teknik Tawau Menjadi Sebuah Sekolah Cemerlang. Petaling Jaya: Kreatif Kembara Sdn. Bhd. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 177



INOVASI RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH Sopinar Binti Bakar SMK St. Theresa, Sungai Petani, Kedah.



PENGENALAN Dalam inonasi rancangan pemajuan sekolah saya memperkenalkan beberapa program antaranya ialah iCRiST. Program iCRiST bertujuan meningkatkan sistem pengurusan pelaporan minit curai dengan lebih pantas, padat, tepat, mesra pengguna dan sistematik bagi guru-guru SMK St Theresa secara atas talian. Selain itu The Power of 10 cents juga diperkenalkan bagi menyemai sikap suka menderma di kalangan para murid dan guru walaupun dengan hanya 10 sen dan sumbangan ini digunakan untuk kebersihan dan keceriaan kelas supaya lebih ceria dan kondusif. Selain itu Program Junior Teacher bertujuan meningkatkan pencapaian layak sijil SPM dalam kalangan murid India dan Cina di sekolah SMK St Theresa. PROFIL SEKOLAH SMK St. Theresa merupakan antara sekolah yang terawal ditubuhkan di Sungai Petani Kedah sejak tahun 1929 iaitu 92 tahun yang lalu. Sekolah ini merupakan Sekolah Mubaligh dan Sekolah Bantuan Modal. Diasaskan sejak 13 Januari 1929 oleh Rev. Father Louis Riboud dengan nama St. Theresa English School. Sekolah ini telah berkembang kepada sekolah yang mempunyai murid Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6. Lokasinya terletak di tengah-tengah bandar Sungai Petani dengan kapasiti murid seramai 578 orang dan 66 orang guru. Infografik Profil Sekolah 181 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL

LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang terlibat dengan Program Transformasi Sekolah TS25. Sememangnya tidak dapat disangkal lagi kehadiran pengetua baharu ke sekolah ini telah dapat menarik keluar sebilangan guru daripada zon selesa yang dicipta sendiri sejak sekian lama. Sifat pesimis harus dihapuskan kerana sifat ini hanya akan membantutkan usaha dan cita-cita. Sikap pengetua yang bertindak sebagai pendorong, pembimbing serta peneraju sentiasa membangkitkan semangat guru dan murid warga SMK St. Theresa. Pengetua sentiasa mencipta suasana yang fleksibel tetapi tegas dengan bawahannya. Suasana fleksibel tersebut bercirikan semangat kerja yang mengetepikan sikap membebankan guru. “Beat the Time” & “Rising to the Challenge: Strive to thrive” menjadi slogan sekolah dan disebut dalam setiap kali perjumpaan murid dan guru. Dalam setiap tindakan pengetua berharapkan bawahannya mengamalkan sikap bersegera dalam setiap tindakan kerana gerakan yang pantas seiring dengan kejayaan. Kajian persekitaran telah dibuat oleh pengetua pihak pengurusan sekolah menunjukkan banyak perkara yang boleh dilaksanakan untuk melonjak kedudukan sekolah sebagai sekolah berkualiti dan meningkatkan kemenjadiaan murid. Pebagai program intervensi kecemerlangan akademik, HEM dan kokurikulum telah difikirkan secara kreatif dalam menyelesaikan pelbagai isu di sekolah ini. Antara yang akan diketengahkan dalam penulisan ini ialah beberapa inovasi amalan terbaik sistem pengurusan minit curai eCRiST, The power of ten cents, dan program Layak Sijil “Junior Teachers”. MENGENAL PASTI ISU ♦ Isu 1: Pengurusan Sistem Selama pengetua berkhidmat di sekolah ini didapati pihak sekolah menghadapi masalah(lewat, lupa hantar) dalam mendapatkan minit curai daripada guru-guru yang menghadiri bengkel, mesyuarat, kursus dan taklimat. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan untuk mengatasi masalah pengumpulan minit curai dari guru-guru dan staf pejabat. Antara kaedah yang digunakan ialah: a) Mengisi minit curai dalam borang minit curai yang diletakkan di pejabat dan memulangkan kepada Penolong Kanan atau pengetua. b) Pemakluman secara peribadi untuk menghantar minit curai kepada guru dan staf pejabat. c) Memberi Borang minit Curai dalam bentuk ‘Soft Copy’ untuk memudahkan guru menaip laporan Disebabkan penyediaan minit curai dilaksanakan secara manual iaitu mengisi borang dalam bentuk ‘hard copy’ atau ‘soft copy’ menyebabkan guru sering terlupa dan lambat menghantar minit curai. Jadual 1: Analisis penghantaran minit curai sepanjang tempoh 4 tahun (2016 -2019) TAHUN BILANGAN PERATUS PENGHANTARAN 2016 23 24.2 % 2017 26 27.4% 2018 39 41.0% 2019 29 30.5% 182 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

♦ Isu 2: Keceriaan bilik darjah Bangunan sekolah yang lama dibina hampir 100 tahun memerlukan penambahbaikan dari segi keceriaan. Bilik Kelas yang sama ini juga diguna oleh murid sesi pagi dan petang kerana ketidakcukupan bilik darjah. Setelah pemerhatian didapati sekolah amat memerlukan suasana yang lebih ceria dan kondusif untuk memastikan PdPc lebih berkesan. Di samping itu murid dan guru juga memerlukan nilai semangat kekitaan dan sayangkan sekolah, sekaligus menyuntik keinginan untuk memastikan kelas sentiasa bersih dan teratur. ♦ Isu 3: Layak sijil SPM Sekolah ini mempunyai enrolmen murid yang pelbagai bangsa, iaitu 60% murid India, 40% murid Cina dan 20% murid Melayu dan lain-lain bangsa. Cabarannya, Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kurang digunakan sebagai bahasa pertuturan dan perbualan sesama rakan di sekolah kerana terbiasa dengan bahasa ibunda masing-masing. Murid memahami percakapan rakan dan guru tetapi agak sukar mengarang dan menulis dalam Bahasa Melayu.Penguasaan kosa kata dalam Bahasa Melayu juga perlu diberi perhatian penting. Sedia maklum mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan matapelajaran layak sijil SPM dan memerlukan semua murid menguasainya. PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKSANAKAN ♦ eCRiST (e Curai SMKST) Minit Curai merupakan laporan ringkas bagi mengumpul maklumat kehadiran kursus, bengkel, mesyuarat, taklimat yang dihadiri oleh guru. Laporan yang disediakan dapat membantu pihak pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan dengan kadar segera. SMK St. Theresa yang merupakan Sekolah Bantuan Modal yang mempunyai 66 orang guru dan 6 orang staf sokongan, namun begitu, didapati hanya 29% hingga 41% sahaja dapatan laporan minit curai diperoleh antara tahun 2016 hingga 2019. Oleh yang demikian, sistem eCRiST ini dilaksanakan untuk mengenalpasti kelemahan penghantaran laporan minit curai dan seterusnya meningkatkan pengurusan pelaporan minit curai secara berkesan dan sistematik dalam kalangan 72 orang guru dan staf sokongan sekolah ini. Sebagai langkah intervensi pihak pengurusan SMK St. Theresa telah mewujudkan satu sistem iaitu eCRiST yang berkonsepkan mesra pengguna yang pantas, padat, tepat bagi menyampai laporan secara atas talian ketika kursus, bengkel, mesyuarat dan taklimat berlangsung dengan menggunakan hujung jari dengan gajet masing-masing berbanding sistem pengisian borang minit curai secara manual. Dapatan mendapati 100% guru yang menghadiri kursus,telah menghantar minit curai dengan lebih cepat dan sistematik. Pihak sekolah berharap sistem ini secara tidak langsung dapat memperkasakan budaya “work smart” dalam kalangan warga SMK St Theresa. Objektif : Sistem pengurusan ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut: a) Meningkatkan peratus pengisian minit curai kepada 100% melalui sistem eCRiST (e- CuRai SMKST ) b) Meningkatkan peratus kesedaran guru tentang kepentingan mengisi laporan minit curai, berdasarlan Surat pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 2/1991. c) Menyediakan satu sistem mesra pengguna untuk menarik minat guru dalam pengisian minit curai KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 183

♦ Program The Power of 10 Cents Melalui program ini diharapkan para murid dapat melihat dan mengambil cakna bahawa suatu perkara akan dapat dicapai walaupun secara perlahan-lahan, seperti pepatah ‘sikit-sikit lama- lama menjadi bukit’.Oleh itu, Program ‘The Power of 10 Cents’ dilancarkan untuk mengumpul dana bagi meningkatkan keceriaan bilik darjah di SMK St. Theresa. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak PIBG SMKST. Objektif : a) Mengumpul dana untuk kebersihan dan keceriaan kelas supaya lebih ceria dan kondusif b) Memupuk semangat sayangkan sekolah di mana para murid dan guru secara sukarela menderma untuk mengumpulkan dana c) Menyemai sikap suka menderma di kalangan para murid dan guru walaupun dengan hanya 10 sen ♦ Program layak sijil (Junior Teacher) Matlamat program Junior Teachers adalah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah SPM 2020 seterusnya meningkatkan kualiti pencapaian calon layak sijil SPM. Disamping itu program ini juga dapat melahirkan murid yang berkebolehan dan mempunyai keyakinan diri dengan amalan mengajar sambil belajar. Dimana potensi mereka digilap apabila membantu guru mengatasi masalah pembelajaran murid lain melalui bimbingan rakan sebaya. Melalui program ini, Impaknya telah berjaya membantu mengatasi kelemahan bertutur bahasa kebangsaan dalam kalangan murid India dan Cina kerana mereka secara paksarela harus berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Objektif : a) Meningkatkan peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah b) Meningkatkan peratus murid layak mendapat sijil SPM ♦ Penambahbaikan yang dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri sekolah berkesan Pentadbir dan pengurus organisasi pendidikan harus melaksanakan amalan terbaik dan Inovasi e-CRiST untuk memperbaiki dan menambahbaik sistem atau proses pentadbiran dan pengurusan supaya lebih mantap dan berkesan. Salah satu sistem penyampaian maklumat dan tindakan ialah melalui penyediaan minit curai. Membudayakan sistem penyediaan minit curai yang pantas, padat, tepat , mesra pengguna dan lebih sistematik dalam kalangan guru dan staf adalah perlu supaya segala maklumat yang disampaikan melalui kursus, bengkel, mesyuarat dan taklimat dapat dicakna dan dibentang kepada pihak pentadbir dengan lebih jelas dan berkesan. Selain itu,pentadbir juga wajar menyelidik dengan lebih lanjut tentang maklumat yang di sampaikan oleh guru yang berkursus, supaya tindakan yang diambil tepat dan memenuhi kehendak PPD, JPN, KPM dan komuniti lain. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid berkait rapat dengan keceriaan, iklim dan suasana di dalam kelas , oleh itu untuk mencapai kemenjadian murid, pihak sekolah perlu memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif, ceria dan bersih. Program The Power of 10 cents telah berjaja memberi impak kepada keceriaan kelas kerana program ini ialah dari warga untuk warga. Program ini berjaya meningkatkan kemenjadiaan murid dari segi sikap kerjasama antara semua murid dan semua guru. Walaupun ianya kecil tetapi amat siknifiken. 184 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Kemenjadian murid dari segi akademik adalah core business semua guru dalam meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan, justeru itu isu-isu pembelajaran murid telah dirancang program intervensinya secara berfokus kepada kumpulan pelajar. Pihak pengurusan sekolah amat bijak merancang program Junior Teacher dimana menggunakan peluang murid yang cemerlang membantu rakan yang sederhana dan galus. Program ini telah berjaya memberi impak kepada pencapaian Peperiksaan Percubaan 2020 untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dimana berlaku peningkatan gred kepada mentor dan lonjakan saujana beberapa pelajar sederhana dan galus. PENILAIAN/IMPAK KEJAYAAN ♦ eCRiST (e Curai SMKST) Amalan terbaik ini telah mengubah sikap guru dan staf dalam beberapa aspek berikut : a) Meningkatkan kepekaan dan kesedaran guru untuk mengisi minit curai selepas menghadiri sesuatu kursus,taklimat, bengkel dan mesyuarat. b) Pihak pentadbir juga merasakan kepentingan penyediaan minit curai adalah amat penting kerana pihak pentadbir perlu mengetahui perkara-perkara yang didedahkan kepada pegawai yang hadir serta mengambil tindakan terhadap apa yang telah diputuskan dalam kursus, bengkel dan taklimat. c) Tindakan awal guru yang menyerahkan minit curai akan membawa impak yang besar kerana pihak pentadbir dapat mengambil tindakan awal terhadap segala yang tercatat dalam minit curai. d) Mengelakkan berlakunya “miss communication” antara pihak penganjur dan pihak pelaksana jika tindakan tidak diambil di sebabkan laporan tidak sampai kepada pihak sekolah. e) Guru dan staf semakin mempunyai rasa tanggungjawab mematuhi arahan Hasil dapatan ini diperolehi melalui data yang dijalankan kepada 72 orang responden sepanjang tempoh 12 bulan (Mac 2020 hingga Februari 2021) Graf 1 : Perbezaan sebelum dan selepas pelaksanaan eCRiST 185 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL

♦ Pelaksanaan Program The Power of 10 Cents Tarikh pelaksanaan: TARIKH AKTIVITI 19.7.2020 Mesyuarat AJK kali pertama 22.7.2020 Hebahan melalui Mesyuarat Guru 26.7.2020 3.8.2020 Hebahan kepada waris 3.8.2020 – 8.11.2020 Majlis Perasmian dan Pelancaran ‘The Power of 10 Cents’ Kutipan 10 sen daripada warga sekolah SMKST ► Kutipan ini dijalankan pada setiap hari oleh para pengawas selepas perhimpunan sesi pagi dari sesi petang ► Sumbangan adalah secara sukarela daripada para murid dan guru ► Jumlah kutipan yang berjaya diperolehi sepanjang tempoh tersebut ialah sebanyak ► RM 2567.70 iaitu suatu jumlah yang membanggakan. ► Perbelanjaan dana : BIL PERKARA KOS 1. Tempahan dan pembelian langsir untuk tingkat 2 blok A–5 kelas RM 680.00 2. Tempahan dan pembelian langsir untuk tingkat 1 blok A–5 kelas RM 670.00 3. Mengecat bilik-bilik kelas RM 1,093.3 ► Sehubungan dengan itu, didapati program ini berjaya mencapai sasaran dan objektifnya. ► Program ini masih diteruskan hingga kini setelah pembukaan sekolah pada 4 April 2021. Kekuatan: ► Para pengawas membantu membuat kutipan setiap hari ► Para murid terus menderma dengan jumlah yang boleh dibanggakan setiap bulan ► Para guru yang tidak lokek menderma setiap kali tabung dana dihulurkan Diharapkan program ini akan terus dijalankan supaya penambahbaikan dalam kebersihan dan keceriaan kelas dapat diteruskan. Secara tidak langsung, objektif yang lain juga akan tercapai. Foto 1 : Aktiviti Power of 10 cents 186 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

♦ Program Layak sijil (Junior Teachers) Junior Teachers adalah satu program yang dirangka khas bagi membantu murid-murid lemah dalam mata pelajaran melalui rakan sebaya. Mereka yang berprestasi baik bertindak sebagai Junior Teacher untuk membimbing. Junior Teacher akan diberi Sijil Penghargaan dan akan menerima hadiah dan sijil sekiranya mentee (pelajar yang dibimbing) mencapai lonjakan saujana dalam keputusan peperiksaan. RUMUSAN Bukan mudah untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa tanpa ada kesungguhan, komitmen yang seikhlas hati. Sebagai pengetua novis langkah demi langkah harus di teruskan dengan minda yang positif. Sesungguhnya pengetua memainkan peranan sebagai pendorong, peneraju dan pembimbing dimana orang bawahan bersandar harapan untuk menyelesaikan masalah pengurusan , akademik, sahsiah dan kokurikulum. Pengetua harus mengamalkan kepimpinan efisien, agar bakat kepimpinan terserlah dan digilap dari semasa ke semasa, agar orang yang dipimpin berasa selesa dan selamat dibawah kepimpinannya. Menurut Zainuddin Zakaria dalam bukunya Kemahiran Memimpin (2006:3) menyenaraikan kriteria pengetua sebagai pemimpin yang efisien iaitu : i. Mahir dalam aspek teknikal tugas yang dipertanggungjawabkan ii. Dapat menyusun atur tugas dengan baik iii. Mengetahui misi,visi dan halatuju organisasi dan meyakin pengikut apa yang perlu dilaksanakan iv. Anda sendiri adalah orang yang produktif v. Mempunyai satu kaedah yang baik dan objektif bagi menilai prestasi pengikut vi. Dapat menjadi contoh teladan kepada orang lain vii. Menggalakkan orang bawahan memberi idea dan pendapat demi kebaikan semua viii. Sentiasa mencari kaedah baharu bagi melaksana tugas dengan lebih efisien ix. Sentiasa membantu orang lain menjadi lebih efisien dengan menjangkakan keperluan orang lain x. Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Akhir kalam “Sudah terang lagikan bersuluh”, Pengetua berjaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran yang diperolehi ketika mengikuti kursus kepengetuaan benar-benar bermanfaat bagi membangunkan sekolah pertama beliau. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 187

RUJUKAN Ahmad Fadzli Yusof, 2007, Mengurus Kerja Berpasukan .Kuala Lumpur : PTS Profesional. Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom , 2006, Kepimpinan Instructional, Peranan Pengetua Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah : Jemaah Nazir Malaysia. Zainuddin bin Zakaria, 2006 , Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur : PTS Profesional. 188 INSTITUT AMINUDDIN BAKI


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook