Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore EVOLUTION OF THE SABAH ETHNIC TRADITIONAL COSTUMES VOL. 1

EVOLUTION OF THE SABAH ETHNIC TRADITIONAL COSTUMES VOL. 1

Published by bluedalepublishing123, 2022-11-16 06:40:48

Description: EVOLUTION OF THE SABAH ETHNIC TRADITIONAL COSTUMES VOL. 1

Search

Read the Text Version

Gambar 3.17: Motif Tinukang yang telah digubah EVOLUSI BUSANA PINONGKOLO H MURUT TAHOL Sumber: Kajian Kerja Lapangan Penyelidik, 2016 DARI SEGI MOTIF DAN REKA BENTUK BUSANA vi) Motif Flora Transformasi motif dapat dilihat pada tiga proses transformasi iaitu figuratif, abstrak dan stylized. Transformasi motif dimulakan dengan pengaplikasian daripada sesuatu figura kepada motif. Seterusnya penyulam menggunakan motif figura kepada motif mudah iaitu berbentuk abstrak. Pembentukkan motif berbentuk abstrak memerlukan proses yang lama untuk menjadi suatu motif yang menjadi identiti budaya Murut. Pada masa kini, motif-motif Murut semakin berubah dan perkembangan motif dapat dilihat melalui pengubahsuaian motif-motif daripada bentuk mudah kepada motif yang berbentuk kontemporari dan lebih mempunyai gaya tersendiri seperti yang ditunjukan pada gambar motif vusak dan motif padi di bawah. v) Motif Vusak Gambar 3.18: Lakaran motif Tinukang Sumber: Kajian Kerja Lapangan Penyelidik, 2016 Tahun 1960-an Tahun1990-an Tahun 2000 sehingga kini Gambar 3.19: Gambar evolusi motif Vusak (Sumber: Kajian Kerja Lapangan Penyelidik, 2016) 131

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 vi) Motif Padi Gambar 3.20: Lakaran motif padi Sumber: Kajian Kerja Lapangan Penyelidik, 2016 Gambar 3.21: Gambar evolusi motif padi (Sumber: Kajian Kerja Lapangan Penyelidik, 2016) 132

KESIMPULAN EVOLUSI BUSANA PINONGKOLO H MURUT TAHOL DARI SEGI MOTIF DAN REKA BENTUK BUSANA Kepentingan transformasi adalah memberi nafas baru kepada budaya dan warisan untuk menjadi sesuatu budaya dan warisan yang dapat digunakan oleh generasi muda. Apabila generasi muda dapat menerima budaya dan warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang dapat menjadi satu langkah yang paling berkesan untuk mengekalkan budaya dan warisan dari ditenggelamkan oleh globalisasi. Dengan itu, langkah yang berkesan adalah budaya dan warisan diteruskan menjadi budaya yang diamalkan dan warisan yang masih digunakan oleh generasi muda dan generasi seterusnya. Pendedahan mengenai warisan busana tradisional kepada masyarakat luar adalah penting sebagai langkah memelihara budaya warisan. Dengan itu transformasi adalah penting sebagai langkah pendedahan dan promosi budaya warisan kepada masyarakat luar. RUJUKAN Harris, A.S. (1990). The Tagal Murut. In S.G. Lingenfelter (ed.), Social Organization of Sabah Socie ties. Studies from six societies: Bonggi, Ida’an, Lotud, Makiang, Tagal, Timugon, pp. 39-61. (Ulang cetak 1991.) Kota Kinabalu: Muzium Sabah and Jabatan Arkib Negeri. Ismail Ibrahim. (2009). Warisan Motif dan Corak Etnik Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah Spitzack, J.A. (1984). The Murutic Language Family. In J.K. King & J.W. King (eds.), Languages of Sabah: A Survey Report. Pacific Linguistics Series C – No. 78, pp. 155-223. Canberra: The Australian National University. Whitehead, J. (1893). The Exploration of Kina Balu, North Borneo. London: Gurney & Jackson. 133

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Pakaian Tradisi Etnik Dusun Tanggara-Kuijou Membakut oleh Joselay bin Onong Membakut, Sabah BAB 4 PENGENALAN Keunikan pakaian tradisi yang terdapat di setiap Daerah Negeri Sabah, mencerminkan identiti bangsa dan budaya yang berbilang masyarakat meskipun berlainan anutan agama. Lazimnya, masyarakat ni dapat dikenalpasti melalui pemakaian pakaian tradisional mereka. Setiap pakaian tradisi yang dikenakan oleh pelbagai etnik di Sabah mempunyai makna, maksud dan fungsi tertentu sejak turun temurun. Rekabentuk dan aksesori pakaian yang dihasilkan mempunyai nilai keindahan, etika dan tertib kepada masyarakat yang mendukungnya. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkembangan kewujudan asal usul rekabentuk dan aksesori pakaian tradisi etnik Dusun Tanggara-Kuijou di Daerah Membakut, Sabah. Etnik Dusun Tanggara-Kuijou dipercayai berasal daripada masyarakat Dusun Kuruyou atau Kuijau di kawasan Bingkor, Keningau. Tetapi banyak generasi yang lalu mereka berhijrah kepada Membakut (Ku 2019). Etnik Dusun Tanggara-Kuijou di Membakut terletak di kawasan Pendalaman Bawah Negeri Sabah yang kaya dengan flora dan fauna. Keluasan dan topografi Daerah Membakut dianggarkan sekitar 138 km persegi (KM2). Daerah Membakut mempunyai topografi lokasi kawasan yang rendah dan mempunyai ketinggian 20 kaki dari paras laut dimana didapati 80% adalah tanah rata dan 20% tanah berbukit. Kawasan Daerah Membakut ini berada di kawasan berhampiran Pantai dan kawasan berbukit-bukau (Urusetia Pejabat Daerah Kecil Membakut). Dusun Tanggara-Kuijou daripada Daerah Membakut memaparkan kepelbagaian warisan budaya yang diamalkan sehingga kini seperti pakaian tradisional, tarian tradisional, muzik tradisional, kraftangan dan makanan tradisional. Pakaian Tradisi merupakan warisan budaya yang paling menonjol, namun semakin dilupakan oleh generasi muda pada masa kini. Bertarikh pada 13hb Mac 2017, pihak Mahkamah Anak Negeri (MAN) Daerah Kecil Membakut, yang diketuai dan dipengerusikan oleh Ketua Daerah OKK Tay Jock Liang telah berjaya menganjurkan dan mengadakan satu Seminar dan Bengkel Pemurnian Pakaian Tradisi Dusun Membakut bagi mengangkat kesedaran dan mengetengahkan semua jenis pakaian yang mercerminkan etnik bangsa Dusun Tanggara-Kuijou Membakut agar tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang. 134

Seminar ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Puan Joanna Datuk Kitingan (Setiausaha PAKAIAN TRADISI ETNIK DUSUN Eksekutif Majlis Warisan Negeri, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar NegeriTANGGARA-KUIJOU MEMBAKUT Sabah) bersama dengan ahli-ahli Mahkamah Anak Negeri (MAN) Daerah Kecil Membakut, Badan- Badan NGO (KDCA & Persatuan Sino KDM), Jurugambar Profesional dan pereka fesyen setempat telah sama-sama bekerjasama dan belajar mengenali Pakaian Tradisional Membakut seterusnya mengangkat, memurnikan dan mematarbatkan pakaian Tradisi Daerah ini supaya lebih dikenali di Negeri Sabah, Malaysia dan peringkat dunia amnya. Gambar 4.1: Seminar dan Bengkel Pemurnian Pakaian Tradisi Dusun Membakut, 13 Mac 2017 (Sumber: George Pansiol @ Pansiul, Magic Shutter Photography) 135

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 PAKAIAN TRADISI DUSUN TANGGARA-KUIJOU MEMBAKUT Pakaian Tradisi etnik Dusun Tanggara-Kuijou Membakut terdiri daripada dua kategori pakaian wanita iaitu pakaian tradisi untuk upacara beradat dan upacara kesyukuran, dan satu (Gambar 4.2, 4.3 dan 4.4). Dua kategori pakaian tradisi wanita tersebut adalah sia ambung dan sia pinukung. Kedua-dua pakaian ini pemakainya adalah wanita. Manakala, pakaian bagi kaum lelaki dikenali sebagai sia inangkit ngakusai (maklumat daripada informan WKAN Jawin Aji, 72 tahun). Sia ambung adalah pakaian tradisi yang seringkali digunakan semasa upacara beradat yang mana ianya adalah pakaian khas bal’barizan atau pakar ritual wanita Dusun Tanggara- Kuijou Membakut. Mereka ini adalah orang yang terpilih yang boleh berhubung dengan alam ghaib atau alam roh. Sia pinukung pula adalah pakaian yang digunakan dalam upacara kesyukuran kepada Tuhan selepas mendapat kurniaan nikmat yang diberikan, seperti hasil Tuaian Padi yang banyak dan lumayan. Pakaian ini digunakan untuk upacara mamai’na di mana tarian paina diiringi dengan bunyi paluan kumpulan gong tersendiri bagi masyarakat Dusun Tanggara-Kuijou Membakut. Sia inangkit ngakusai pula adalah pakaian lengkap bagi kaum lelaki yang digunakan semasa acara kesyukuran yang akan digunakan dalam upacara mamai’na (Gambar 4.5). Gambar 4.2: Set lengkap sia ambung (Sumber: George Pansiol @ Pansiul, Magic Shutter Photography) Gambar 4.4: Baju sia inangkit ngakusai, pandangan depan (kiri) Gambar 4.3: dan pandangan belakang dengan Set lengkap sia pinukung (Sumber: George Pansiol @ Pan- jahitan inangkit tenunan jarum siul, Magic Shutter Photography) tangan (kanan) (Sumber: George Pansiol @ Pansiul, Magic Shutter Photography) 136

Gambar 4.5: Dua pandangan persembahan tarian paina di Membakut pada 1960an PAKAIAN TRADISI ETNIK DUSUN (Sumber: OKK Tay Jock Liang, Siaran Facebook pada 15hb Julai 2017) TANGGARA-KUIJOU MEMBAKUT EVOLUSI MOTIF SIA PINUKUNG DAN SIA INANGKIT Sia pinukung mempunyai keunikan dan keindahan yang tersendiri melalui sulaman dan juga inangkit tenunan dengan jarum yang membentuk motif, corak dan ragam hias pada pakaian ini. Pakaian ini biasanya dipakai untuk mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Tuhan yang Esa atas kurniaan nikmat kehidupan yang diberikan, seperti hasil tuaian padi yang banyak oleh petani. Antara acara kesyukuran yang disambut adalah Pesta Menuai atau lebih dikenali sebagai Upacara Mamai’na bagi masyarakat Dusun Tanggara-Kuijou Membakut pada masa lalu. Sia pinukung asalnya adalah pakaian yang direka yang mengandungi motif dan corak yang melambangkan kepercayaan dan cara hidup masyarakat Dusun Tanggara-Kuijou Membakut pada waktu lampau. Cara untuk menghasilkan sia pinukung adalah sangat rumit dan memerlukan ketelitian menganyam jarum tangan, menyulam, kesabaran yang tinggi, bahan-bahan dan peralatan yang mahal. Terdapat beberapa corak dan motif yang akan dikenakan pada sia pinukung yang mana antara lainnya akan dihuraikan secara terperinci. Corak dan motif berdasarkan corak alam semulajadi, flora dan fauna, dan alam semesta menjadikan elemen yang dipilih dalam membentuk corak dan motif pada pakaian tradisional ini. Sia pinukung dan sia inangkit ngakusai mempunyai keunikan dan keindahan yang tersendiri melalui teknik tenunan tangan dengan jarum dan menyalam yang membentuk motif dan corak pada urutan hias atas pakaian tersebut. Kemahiran tenunan tangan inangkit dan menyulam yang dimiliki oleh pembuat pakaian tradisional etnik Dusun-Kuijou Membakut menyiapkan sia pinukung dan sia inangkit ngakusai sebagai pakaian yang perlu diperkenalkan di Negeri Sabah. 137

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Set yang ditunjukkan dalam Rajah 4.6 dimiliki oleh Puan Lucian Mudim (54 tahun). Beliau menyukai warisan budaya pakaian tradisional dan telah menyumbangkan koleksinya untuk dipamerkan dan mempromosikan pakaian Dusun Tanggara-Kuijou Membakut. Gambar 4.6: Dua pandangan sia pinukung dan sia inangkit ngakusai yang dimiliki oleh Mdm. Lucian Mudim dan dipakai oleh pasangan pengantin (Sumber: Puan Lucian Mudim, 54 Tahun) Anyaman jarum inangkit dan sulaman pada pakaian ini dilakukan oleh Cik Juati Lomog (35 tahun) dari masyarakat Tobilung Dusun Kg. Tempasuk 2, di Daerah Kota Belud. Dia mulai membuat anyaman jarum tangan atau linangkit pada tahun 2008 sebagai hobi, tetapi kini dijemput untuk mengadakan demonstrasi oleh Muzium Sabah dan bengkel oleh pelbagai persatuan kebudayaan. REKA BENTUK DAN MOTIF PADA SIA PINUKUNG DAN SIA INANGKIT NGAKUSAI Reka bentuk dan motif sia pinukung dan sia inangkit ngakusai yang direka mengandungi motif-motif yang melambangkan kepercayaan dan cara hidup Dusun Tanggara-Kuijou Membakut pada masa lampau. Corak latar pada pakaian ini bermotifkan flora dan fauna. Terdapat lapan jenis corak dan motif yang digunakan untuk dijadikan hiasan pada sia pinukung dan lima jenis corak dan motif pada pakaian sia inangkit ngakusai. 138

Jadual 4.1: Motif dalam inangkit tenunan jarum dan sulaman Dusun Tanggara-Kuijou PAKAIAN TRADISI ETNIK DUSUN di Membakut (Sumber: Informan WKAN Jawin Bin Aji, 72 tahun) TANGGARA-KUIJOU MEMBAKUT NO CORAK ATAU MOTIF MAKSUD TERDAPAT PADA i). Sunggu Ka’abau Tanduk kerbau Pakaian Wanita & Lelaki ii). Tutungau Sejenis tumbuhan seperti pakis Pakaian Wanita & Lelaki iii). Paai’ maniraw Padi yang sedang masak Pakaian Wanita & Lelaki iv). Sarinatad Sejenis rumput Pakaian Wanita & Lelaki v). Inantilung Pagar bambu yang bersilang Pakaian Wanita Sahaja vi). Kanda’vai Burung bangau Pakaian Wanita Sahaja Pakaian Wanita Sahaja vii). Hu’ubus Habung Pucuk rebung Pakaian Wanita Sahaja viii). Pinuutu’ Uvai Potongan rotan 139

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Corak dan motif inangkit dan sulaman pada sia pinukung dan sia inangkit ngakusai melambangkan status seseorang melalui penggunaan warna yang disulam. Pada kebiasaannya, semakin banyak penggunaan warna pada motif yang ditenun dengan jarum dan motif yang disulam, semakin tinggi status si pemakainya dari segi status perkahwinan dan usia. Pada masa sekarang, warna yang menjadi pilihan untuk ditenun dan disulam pada kedua-dua pakaian wanita dan lelaki ini adalah warna kuning, hijau, merah dan putih. Gambar 4.7 menunjuk jenis, motif dan corak inangkit dan sulaman yang digunakan atas sia pinukung. Jahitan inangkit merupakan sejenis tenunan tangan yang dibuat dengan jarum dan benang berwarna. Ini berfungsi sebagai jahitan untuk menyambung bahagian belakang ke hadapan pakaian, dan untuk menyambung lengan ke blaus. Ia juga membentuk jahitan untuk menyambung bahagian skirt yang berbeza. Walaupun inangkit dan sulaman adalah dua teknik yang sangat berbeza, mereka boleh menggunakan motif reka bentuk yang serupa untuk membentuk corak hiasan pada pakaian. Dalam inangkit, satu motif kecil diulang berkali-kali untuk membentuk corak digabungkan supaya membentukan jahitan yang panjang yang kuat. Walau bagaimanapun dalam sulaman, motif kecil boleh juga berfungsi sebagai hiasan tunggal atas baju. Seperti yang ditunjuk dalam Jadual 4.1, reka bentuk motif diambil daripada alam sekitar masyarakat, termasuk tanduk kerbau, burung bangau, padi dan tumbuhan lain, dan pagar bambu. Gambar 4.7: Jenis, motif dan corak inangkit dan sulaman atas sia pinukung 140

Jadual 4.2 menunjukkan pola lengkap pakaian dan aksesori sia pinukung wanita Dusun PAKAIAN TRADISI ETNIK DUSUN Tanggara-Kuijou Membakut. Pemakaian sia pinukung didasari daripada sepasang baju dan TANGGARA-KUIJOU MEMBAKUT skirt yang dipanggil pinukung dan gonob. Aksesori hiasan yang wajib pada pemakaian bersama sia pinukung adalah tiga jenis rantai tali pinggang yang diperbuat daripada duit syiling perak yang disebut sebagai inggit adalah perhiasan yang melengkapi sia pinukung pada pemakai wanita. Jadual 4.2: : Pola lengkap pakaian sia pinukung dan aksesori wanita (Sumber gambar: George Pansiol @ Pansiul, Magic Shutter Photography) i) Pinukung Baju baldu yang berlengan pendek. ii) Gonob Lengan pendek yang dikelar melepasi paras bahu dan disambungkan ke baju dengan jahitan inangkit. Bahagian kain yang dikelar ini dihiasi dengan motif dan corak inangkit serta sulaman yang terdiri daripada corak dan motif iaitu Sunggu Ka’bau, Kanda’vai, Tutungau, Inantilung, Pa’ai Maniraw, Hu’ubus Habung, Pinuutu’ Uvai, dan Sarinatad. Skirt panjang daripada kain baldu yang bewarna hitam separas buku lali kaki si pemakai. Dengan sedikit kelaran dan belahan di bahagian tepi gonob ini disusuli dengan inangkit atau tenunan tangan dengan jarum dan benang dari paras pinggang hingga ke paras buku lali. Sulaman bermotifkan corak Pinuutu’ Uvai, Hu’ubus Habung. iii) Aksesori “Inggit” Tali pinggang yang diperbuat daripada duit syiling perak (Dollar Hong Kong, Dollar Borneo lama dan Gambar Ratu Belanda Wilhemia Guilders). Dipakai wajib tiga lapis/jenis inggit diparas pinggang si pemakai sia pinukung untuk memegang gonob. 141

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Gambar 4.8 menunjukkan blaus pinukung lama yang merupakan sebahagian daripada set sia pinukung yang dimiliki oleh Puan Nova LLoyd, yang kini berusia 83 tahun dan menetap di Kampung Bandau, Membakut. Menurut Puan Nova, pakaian ini berusia lebih 65 tahun dan dijahit tangan pada tahun 1957 oleh mendiang Inai (Mak Cik) Lupita dari Kampung Pamparingan, Membakut. Inai Lupita telah meninggal dunia pada tahun 1970-an pada usia 80 tahun. Gambar 4.8: Blaus pinakung daripada set sia pinakung yang dimiliki oleh Mdm. Nova Lloyd (Sumber: OKK Tay Jock Liang, 61 Tahun) Kostum ini diperbuat daripada baldu hitam dan mempunyai motif merah, kuning, hijau dan putih. Membandingkan Gambar 4.8 dengan Gambar 4.6, ia seolah-olah bahawa tidak banyak perubahan dalam reka bentuk dan warna sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Walau bagaimanapun gaya pakaian ini sangat berbeza dengan sia pinukung yang kurang berhias dan dipakai oleh penari dalam Gambar 4.5. Oleh itu, nampaknya kostum dari tahun 1957 ini adalah inovasi dengan blaus ketat dan lengan pendek. Selain itu, motif berwarna-warni yang rumit menunjukkan status senior Inai Lupita yang membuatnya. Hari ini wanita yang lebih muda, seperti pengantin perempuan dalam Gambar 4.6, telah berusaha untuk mengekalkan gaya ini sebagai sebahagian daripada budaya material mereka. Mungkin inggit atau tiga tali pinggang syiling perak yang dipakai dengan kostum ini dan ditunjukkan dalam Gambar 4.9 nampaknya adalah pusaka yang lebih tua. Tiga tali pinggang syiling ini dipakai dengan dua tali pinggang gegelung tembaga lama. 142

PAKAIAN TRADISI ETNIK DUSUN TANGGARA-KUIJOU MEMBAKUT Gambar 4.9: Tiga tali pinggang syiling perak pusaka dan dua tali pinggang gegelung tembaga dipakai dengan sia pinakung yang dimiliki oleh Puan Nova Lloyd (Sumber: George Pansiol @ Pansiul, Magic Shutter Photography) KESIMPULAN Pakaian tradisi etnik Dusun Tanggara-Kuijou Membakut terutamanya sia pinukung untuk wanita dan juga sia inangkit ngakusai untuk lelaki, sememangnya telah mengalami evolusi dari segi bahan dan reka bentuk hiasannya. Walaupun pada asalnya reka corak pakaian sia pinukung ini adalah ringkas tetapi telah dikembangkan menjadi lebih kemas dan menarik. Sia pinukung wanita yang ringkas telah berkembang sejak pertengahan abad ke-20 melalui inovasi, seperti penggunaan kain baldu hitam, rekaan blaus yang sempit, penambahan lengan pendek, dan penggunaan jahitan tenunan jarum inangkit yang semakin berwarna dan sulaman cerah. Dulu dikhaskan untuk pakaian wanita warga emas, motif dan corak hiasan berwarna-warni kini menghiasi sia pinukung wanita muda. Selain itu, keunikan dan keindahan yang tersendiri juga dipaparkan melalui rekabentuk, rekacorak dan aksesorinya terutamanya inggit atau tali pinggang syiling perak. Motif yang digunakan untuk membentuk corak pada jahitan inangkit dan sulaman mencerminkan kehidupan tradisional Dusun Tanggara-Kuijou Membakut. Motif yang berasaskan tanduk kerbau, kren terbang, pokok padi, pucuk rebung, batang rotan, pelepah pakis, dan pagar buluh semuanya mengimbau kehidupan tradisional di kampung Membakut pada zaman dahulu. Oleh itu, pakaian tradisional ini perlu dipelihara, dijaga dan dipakai agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Pakaian Tradisi sia pinukung, sia ambung dan inangkit ngakusai etnik Dusun Tanggara- Kuijou di Membakut adalah warisan pusaka dan hasil seni tradisi yang menjadi kebanggaan masyarakatnya. Pusaka ini harus diketengahkan agar lebih dikenali dari generasi ke generasi yang akan datang. 143

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 GLOSARI balbarizan - pakar ritual wanita Dusun Tanggara-Kuijou Membakut inangkit – tenunan tangan yang ada motif dan corak berwarna; dibuat dengan jarum dan benang Mamai’na – upacara kesyukuran bagi Etnik Dusun Tanggara-Kuijou Membakut; tarian paina dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran kepada hasil Tuaian padi yang banyak dan lumayan. sia – bermaksud pakaian dalam Bahasa Dusun Tanggara-Kuijou Membakut sia ambung – busana ritual yang dipakai oleh balbarizan sia pinukung – busana wanita yang dipakai semasa Mamai’na sia inangkit ngakusai – busana lelaki yang dipakai semasa Mamai’na RUJUKAN Data di Urusetia Pejabat Daerah Kecil Membakut, Sabah. Ku C.M.A. (2019). Cultural Convergence in the Music and Oral Traditions of the Kadazan Dusun of Membakut. Tesis Doktor Falsafah, Faculti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. OT Onong Bin Basintar. (1995). Catatan Nota tentang Etnik Dusun Tanggara-Kuijou Memba kut. Unpublished manuscript. INFORMAN KD OKK Tay Jock Liang, 61 Tahun, Kampung Gapu Membakut, Mantan Ketua Daerah Membakut dari Tahun 2016 hingga Tahun 2018. KD OKK Banjimin Ondoi, 55 Tahun, Kampung Labak Membakut, Ketua Daerah Membakut dari 2020 sehingga sekarang. KAN Robit Bin Awong, 64 Tahun, Kampung Gana Membakut, Mantan Ketua Anak Negeri (KAN) Daerah Membakut dari Tahun 1994 hingga Tahun 2018. 144 KAN Julius Bin Maran, 60 Tahun, Kampung Paung Maragang Membakut, Mantan Ketua Anak Negeri (KAN) Daerah Membakut, dari Tahun 2016 hingga Tahun 2018.

INFORMAN PAKAIAN TRADISI ETNIK DUSUN TANGGARA-KUIJOU MEMBAKUT WKAN Jawin Bin Aji, 72 Tahun, Kampung Piasau Membakut, Mantan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Daerah Membakut, dari Tahun 1987 hingga Tahun 2018. WKAN Noni Binti Pansiul, 63 Tahun, Kampung Takapan Membakut, Mantan Wakil Ketua Anak Neg- eri (WKAN) Daerah Membakut, dari Tahun 2007 hingga Tahun 2018. Puan Lucian Mudim, 54 Tahun, Kampung Gapu Membakut, pemilik set sia pinukung dan sia inangkit ngakusai yang disumbangkan. Puan Juati Lomog, 35 Tahun, Kampung Tempasuk 2, Kota Belud, Sabah. pembuat inangkit dan peny- ulam atas sia pinukung dan sia inangkit ngakusai. Puan Nova Llyod, 83 Tahun, Kampung Bandau Membakut, pemilik asal sia pinukung yang dibuat pada tahun 1957. Puan Ku Ling @ Saudah Binti Amok - 74 Tahun, Kampung Takapan Membakut. Juara Unduk Ngadau Beaufort pada Tahun 1967, pernah memperagakan sia pinukung (Gambar 4.10) Puan Kuimah Binti Jinau - 71 Tahun, Kampung Takapan Membakut. Tempat Kedua Unduk Ngadau Beaufort 1967, pernah memperagakan sia pinukung (Gambar 4.11). 145

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Gambar 4.13: Puan Ku Ling @ Saudah Binti Amok (Sumber: George Pansiol @ Pansiul (Magic Shutter Photography) Gambar 4.11: Puan Kuimah Binti Jinau (Sumber: George Pansiol @ Pansiul (Magic Shutter Photography) 146

Membangunkan Pakaian Tradisi MEMBANGUNKAN PAKAIAN TRADISI RITUAL Ritual Masyarakat Tatana MASYARAKAT TATANA DI DAERAH KUALA PENYU Di Daerah Kuala Penyu oleh Rosaline Oliver Lidadun Pengasas Sira Lambung Tatana BAB 5 PENGENALAN Masyarakat Tatana di daerah Kuala Penyu masih lagi mengekalkan warisan tradisional nenek moyang mereka. Upacara tradisional moginum dan barasik (atau borasik) masih lagi dijalankan sehingga kini dalam kalangan masyarakat Tatana yang beragama tradisi mereka. Semasa menjalankan upacara ini, seorang wanita pakar ritual yang dipanggil ponyupi dan seorang lelaki pakar ritual yang dipanggil bobolian yang dipercayai mempunyai kuasa supernatural akan menjalankan ritual moginum dan barasik mengikut lunas-lunas sistem kepercayaan yang hanya dapat difahami di antara pakar itu dengan semangat atau roh-roh nenek moyang mereka. Sebelum ini, etnik Tatana mempunyai pakaian tradisi mereka tersendiri yang dibuat daripada kain kapas untuk wanita dan lelaki. Walau bagaimanapun busana istimewa sira lambung untuk ponyupi (wanita) dan sira dambia untuk bobolian (lelaki) tidak boleh dipakai oleh orang kebanyakan atau sesiapa sahaja melainkan pakar ritual yang menjalankan upacara adat. Sehubungan dengan itu, pada 13 Oktober 2005 satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memelihara baju tradisi etnik Tatana agar tidak luput ditelan zaman dan telah menghasilkan sira lambung dan sira dambia yang dapat dipakai oleh semua masyarakat Tatana yang dahulunya hanya boleh dipakai mereka yang bergelar ponyupi dan bobolian sahaja. Justeru itu, sira lambung serta sira dambia dapat memberikan identiti kepada etnik Tatana kepada dunia luar. SIRA LAMBUNG (BAJU LAMBUNG) PAKAIAN WANITA MASYARAKAT TATANA Sira Lambung Asli Sira lambung wanita asli yang dipakai oleh ponyupi atau pakar ritual wanita dipilih oleh etnik Tatana untuk diketengahkan menjadi baju tradisi etnik Tatana Kuala Penyu. Gambar 5.1: Sira lambung asli wanita yang dipilih oleh jawatankuasa untuk diketengahkan menjadi baju tradisi etnik Tatana di Kuala Penyu 147

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Gambar 5.2: Engoh Nuritim pemilik sira lambung asli Pada zaman dahulu pemakaian sira lambung oleh pakar ritual adalah tidak seragam ianya berbeza-beza mengikut tempat ataupun kampung yang didiami oleh wanita tersebut. Berikut adalah salah satu sira lambung yang dipakai oleh ponyupi lain dari kampung yang berbeza. Gambar 5.3: Koleksi sira lambung yang dipakai oleh bobolian ponyupi pada zaman dahulu Bahagian leher baju ini adalah berbentuk bulat dan menutupi sedikit paras leher. Bahagian ini dihiasi dengan renda emas yang pada masa dahulu dibuat dengan tangan oleh nenek moyang dan sulaman jenis tinapik. Di setiap bahagian tepi renda juga dipadankan dengan tenunan tangan jenis langkit. Sepuluh biji butang digunakan, lima biji di bahagian kiri dan lima biji lagi di bahagian kanan. Bahagian bawah baju ini juga dihiasi dengan sulaman jenis punsak rabung dan tinapik dengan menggunakan pelbagai warna benang. Baju ini dijahit dengan menggunakan jahitan tangan. Gambar 5.4: Bahagian leher dan hadapan sira lambung 148

Pirawis MEMBANGUNKAN PAKAIAN TRADISI RITUAL Baju sira lambung mempunyai lengan baju yang panjang menutupi paras pergelangan MASYARAKAT TATANA DI DAERAH KUALA PENYU tangan. Lengan baju ini kedua-duanya dibelah secara selanting bermula dari siku. Pada belahan kain di sebelah bawah dipasangkan dengan kain yang dijahit sebanyak enam warna iaitu warna merah, sederhana biru, putih, biru muda, oren dan biru tua yang dinamakan pirawis. Di setiap bahagian tepi tangan juga dihiasi dengan tenunan langkit dan sulaman tinapik. Gambar 5.5: Pirawis yang asli pada sira lambung pada zaman dahulu. Warna kain yang digunakan pada baju asal di belakang pirawis ini berwarna biru muda semuanya adalah hasil tangan bobolian ponyupi itu sendiri dijahit dengan jahitan tangan. Butang Kubamban Butang yang dipasangkan pada sira lambung pada zaman dahulu dinamakan butang kubamban. Ianya berwarna putih dan diperbuat daripada logam perak (Gambar 5.5). Gambar 5.6: Butang kubamban asli 149

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 GONOB (SARUNG WANITA) ASLI Pada zaman dahulu nenek moyang akan memadankan baju lambung dengan sarung (gonob) yang diperbuat daripada fabrik biasa berwarna hitam. Disamping itu, baju ini juga boleh dipadankan dengan kain batik sebagai gonob atau gonob konoon morinjon (Gambar 5.7). Cara pemakaian gonob dimasukkan ke badan dan dililit dibahagian pinggang. Gambar 5.7: Gonob (sarung biasa) yang mempunyai corak PENGHASILAN SIRA LAMBUNG KONTEMPORARI Cetusan idea menghasilkan pakaian tradisi khas yang dapat dipakai oleh etnik Tatana datangnya dari saya sendiri. Cetusan idea ini terhasil apabila timbul kesedaran pada diri saya semasa menjadi Pengerusi Unduk Ngadau ratu cantik sejak tahun 1997 kerana saya melihat semua peserta unduk ngadau dari setiap daerah di negeri Sabah mempunyai baju tradisi mereka tersendiri. Di samping itu, baju tradisi juga menggambarkan identiti etnik berkenaan di serata dunia. Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu jawatankuasa agar baju tradisi khas untuk etnik Tatana dapat dihasilkan. Jawatankuasa ini diketuai oleh saya sendiri, bagi melancarkan lagi penghasilan baju tradisi etnik Tatana saya mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kadazan Dusun Cultural Association KDCA Kuala Penyu yang diketuai oleh Tindarama Sebastian Dirih Anjim. Jawatankuasa ini berperanan untuk memastikan baju tradisi yang bakal dihasilkan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dan masih mengekalkan keaslian baju tradisi etnik Tatana iaitu sira lambung. Justeru itu, jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadakan pertandingan menghasilkan sira lambung yang penyertaannya terbuka kepada semua etnik Tatana Kuala Penyu. Pada 14 Oktober 2005 borang-borang penyertaan telah diedarkan kepada penduduk Kuala Penyu yang berminat untuk menyertainya. 150

Peragaan Sira Lambung MEMBANGUNKAN PAKAIAN TRADISI RITUAL Pada 31 Januari 2006, peragaan baju Tatana diadakan di Dewan Gereja St. Peter Bundu, MASYARAKAT TATANA DI DAERAH KUALA PENYU Kuala Penyu sebanyak 21 orang peserta yang telah menyertai pertandingan dengan rekaan baju tradisi etnik Tatana. Pengadilan adalah berdasarkan komen dan pilihan daripada masyarakat Tatana sendiri yang turut hadir pada hari berkenaan yang terdiri daripada golongan muda dan dewasa yang serba tahu tentang pakaian tradisi ini. Gambar 5.8: Majlis peragaan Sira Lambung di Dewan Gereja St.Peter Bundu pada 31 Januari, 2006 Pada 18 februari 2006, semua ahli jawatankuasa mengadakan perbincangan selepas melihat sendiri baju-baju yang telah direka semasa hari peragaan baju tatana. Pada 20 Februari, 2006 jawatankuasa telah membuat laporan keputusan pemilihan baju tradisi Tatana daerah Kuala Penyu ke peringkat Induk Penyelaras KDCA Daerah. Gambar 5.9: Pemenang Pertandingan Sira Lambung yang dipilih oleh hakim semasa Pameran Sira Lambung pada 31 Januari 2006 151

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Pelancaran Sira Lambung Baru Setelah melalui proses yang agak panjang dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, pada 13 Mei 2006 bersempena dengan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kuala Penyu, sira lambung dilancarkan sebagai baju tradisi Etnik Tatana secara rasminya. Pelancaran ini diadakan di Balai Raya, Kampung Bundu Tarah, Kuala Penyu dan pada tarikh ini juga untuk pertama kalinya para peserta Unduk Ngadau Daerah Kuala Penyu memakai sira lambung semasa pertandingan diadakan. Setelah itu mulai tahun 2006 sehingga kini wakil Unduk Ngadau Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok memakai Baju Lambung untuk kepertandingan Unduk Ngadau Negeri yang diadakan di Hongkod Koisaan di Penampang setiap penghujung bulan Mei. Sehingga ke hari ini Sira Lambung sering dipakai oleh Etnik Tatana di luar negara bagi memartabatkan lagi baju tradisi etnik Tatana Daerah Kuala Penyu di mata dunia (Gambar 5.10 dan 5.11). Gambar 5.10: Ahli masyarakat Tatana memakai sira lambung baru di Paris Gambar 5.11: Julung-julung kalinya peserta memakai sira lambung pada Sabah Fest 2012. 152

SIRA LAMBUNG BAHARU MEMBANGUNKAN PAKAIAN TRADISI RITUAL Bahagian leher, hadapan dan bawah Baju Lambung baharu MASYARAKAT TATANA DI DAERAH KUALA PENYU Bahagian leher, hadapan dan bawah baju lambung semuanya direka seperti baju asal. Ianya meliputi sulaman, kedudukan butang dan jenis leher baju. Butang kubamban adalah butang asli baju lambung dan hanya terdapat pada masa dahulu dan pada masa sekarang butang jenis ini sukar didapati. Oleh yang demikian, jawatan kuasa telah bersetuju untuk menggunakan butang berbentuk bulat yang berwarna putih atau kuning. Penambahan jumlah butang daripada sepuluh biji butang kepada empat belas biji butang di mana, tujuh biji butang dipasang di sebelah kanan dan tujuh biji lagi di sebelah kiri. Kedudukan butang adalah ditengah-tengah belahan baju seperti yang terdapat di dalam gambar dan bukannya dipasang mengelilingi leher. Walau bagaimanapun, sekiranya butang kubamban boleh didapati ianya adalah digalakkan untuk dipakai. Baju ini juga selalunya dipadankan dengan kain batik sebagai sarung (gonob). Baju yang terdapat dalam Gambar 5.12 Baju lambung baharu. Gambar 5.12: Baju lambung baharu Bajuinidihiasdenganpelbagaijahitandaribenangyangberwarna-warni. Memandangkan sulaman pada baju lambung zaman dahulu terlalu halus, apabila ianya diperbaharui sulaman atau jahitan tangan ini mengunakan benang sulam dan dijahit tidak terlalu halus agar corak jahitannya senang untuk dilihat. Ianya dijahit bermula dikeliling leher, dada, pergelangan tangan dan keliling baju. Sulaman tersebut juga mempunyai nama yang tersendiri seperti tinapik, binurinsi, inamboi dan punsak rabung. Anyaman jarum langkit juga digunakan untuk kelim. 153

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Semua ciri ini perlu diambil kira untuk mengekalkan warisan nenek moyang kita. Warna boleh memberikan makna ritual untuk pakaian yang dipakai pada masa lalu oleh ponyupi. Gambar 5.13: Sira lambung baharu Gambar 5.14: Bahagian leher, depan dan kelim pada blaus sira lambung baharu 154

Jadual 5.1: Sulaman pada Sira Lambung Gambar Sulaman MEMBANGUNKAN PAKAIAN TRADISI RITUAL Jenis Sulaman MASYARAKAT TATANA DI DAERAH KUALA PENYU i). Tinapik ii). Binurinsi iii). Inamboi iv). Punsak Rabung v). Langkit 155

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Lengan Baju Piwaris Istilah piwaris merujuk kepada panel jalur berwarna yang dijahitkan di belakang lengan baju. Pirawis mempunyai enam warna seperti jalur merah, biru tua, biru muda, putih dan biru sederhana dan dijahit pada pada pergelangan tangan Sira Lambung yang terdapat pada baju asal. Individu yang memakai baju lambung boleh membutangkan pirawis tersebut atau tidak perlu membutangkan pirawis semasa memakai baju ini (Gambar 5.15). Seperti yang dinyatakan di atas, butang kubamban sangat sukar untuk didapati pada masa kini, dan boleh digantikan dengan butang lain. Gambar 5.15: Pirawis (bahagian tangan baju yang tidak dibutang dan yang dibutangkan) Warna kain yang digunakan pada baju asal di belakang pirawis adalah biru muda. Namun, dengan kelulusan jawatankuasa, agar nampak lebih menyerlah apabila dipakai, ia digantikan dengan warna merah (Gambar 5.16). Gambar 5.16: Gambar pirawis untuk baju lambung yang baharu 156

Bahagian lengan baju adalah identiti yang amat jelas pada sira lambung. Pirawis MEMBANGUNKAN PAKAIAN TRADISI RITUAL merupakan elemen yang membezakan baju tradisi etnik Tatana dengan etnik yang lain, MASYARAKAT TATANA DI DAERAH KUALA PENYU ianya hanya ada pada pakaian etnik Tatana dan ia juga merupakan landasan kepada revolusi pakaian tradisi Tatana yang lain. Pirawis mempunyai enam warna seperti yang terdapat pada baju asal. Individu yang memakai baju lambung boleh membutangkan pirawis tersebut atau tidak perlu membutangkan pirawis semasa memakai baju ini. Kedudukan pirawis adalah dipasangkan di bahagian belakang belahan tangan baju dan bukannya di bahagian hadapan. Pirawis hanya dipasangkan dengan butang dan bukannya menggunakan zip. Kedudukan warna biru tua pirawis mestilah berada di bahagian bawah di tepi butang dipasang. Kebanyakan warna Pirawis yang digunakan banyak bersangkut paut dengan adat tradisi etnik Tatana yang menganut agama tradisional sewaktu ketika dahulu, dipercayai mereka boleh berkomunikasi dengan alam ghaib melalui pemberitahuan mengikut warna- warna ini seperti contoh untuk mendapatkan herba yang dijadikan ubat juga apabila mengalami kesusahan. Butang Kubamban Butang tersebut pada masa ini sukar didapati dan generasi kini hanya memakai butang berwarna kuning ataupun putih daripada besi biasa (Gambar 5.15). Walau bagaimanapun sekiranya masih boleh didapati butang kubamban tulin masih boleh digunakan. Pada masa dahulu butang yang digunakan diperbuat daripada perak putih dan butang ini dinamakan butang kubamban. Gambar 5.17: Butang kubamban yang baharu 157

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Gonob (Sarung Wanita) Sekarang Bagi etnik Tatana cara pemakaian sarung (gonob) hendaklah dipakai melebihi paras lutut atau pun hingga ke buku lali. Sarung wanita (gonob) bagi sira lambung, tidak dipasangkan pinggang bagi mengekalkan keaslian bentuk sarung. Bagaimanapun bagi memudahkan si pemakai ada juga diantara mereka memasangkan pinggang yang berzip dan menpunyai cangkuk. Selain daripada itu, penggunaan labuci dan manik digalakkan untuk mencantikkan lagi kain sarung dan permukaan kain sarung ini boleh dihias dengan pelbagai corak yang berunsurkan alam semulajadi flora dan fauna. Corak yang berunsurkan keganasan dan tidak bermoral (unsur lucah) adalah dilarang sama sekali. Di hujung sarung disulam dengan sulaman tinapik dan dibawah sarung dikelilingi dengan renda keemasan. Selain itu, lapan biji loceng akan digantung di keliling hujung sarung yang disebut koriing (Gambar 5.18 dan 5.19). Gambar 5.18: Gonob baru dengan lapan biji lonceng kecil Gambar 5.19: Koriing 158 Gambar 5.20: Wanita Tatana memakai gonob baru yang dihias dengan labuci

Menurut Encik Kamloi Tanim, seorang pakar budaya Tatana, “lambung dalam bahasa MEMBANGUNKAN PAKAIAN TRADISI RITUAL Tatana bererti dilambung atau diangkat tinggi. Oleh itu, ianya menjadikan baju ini akan diangkat MASYARAKAT TATANA DI DAERAH KUALA PENYU tarafnya sampai bila-bila dan tidak mudah dilupakan oleh generasi yang akan datang” (Gambar 5.17). Gambar 5.21: Encik Kamloi Tanim bersama penulis Tentang mengapa manik-manik di pasang pada sarung wanita baju lambung masa kini, beliau menerangkan terdapat tiga sebab utama: “Dahulunya tidak terdapat sebarang manik pada baju lambung, tetapi setelah ianya diperbaharui Jawatankuasa bersetuju untuk menambah sedikit manik-manik di tempat yang difikirkan sesuai untuk menambahkan lagi seri baju ini. Hiasan manik-manik pada sarung adalah berikutan keputusan Jawatankuasa di mana corak- corak daripada sarung biasa boleh dipindah kepada kain sarung yang berwarna hitam dengan menggunakan manik-manik tetapi tidak semestinya terserah kepada si pemakai untuk menyerikan lagi sarung berkenaan apabila dipakai oleh si pemakai terutamanya apabila dipakai mengikuti pertandingan Unduk Ngadau, Pesta Kaamatan dan dipakai pada hari pertunangan atau perkahwinan. Kita juga sedia maklum bagi masyarakat di Daerah Kuala Penyu apabila seseorang itu memakai pakaian serba hitam dan sarung serba hitam menandakan sesuatu yang tidak baik berlaku atau berkabung. Sebab itulah mengapa baju lambung ditambah baik ataupun diperbaharui daripada yang asal.” (Kamloi Tanim, March 2018) 159

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 PAKAIAN LELAKI ETNIK TATANA SIRA DAMBIA (BAJU DAMBIA) Bab ini tidak akan lengkap tanpa perbincangan mengenai pakaian lelaki Tatana. Ini juga telah dibangunkan daripada pakaian ritual lelaki oleh Jawatankuasa. Pakaian baju lelaki etnik Tatana dinamakan sira dambia. Pakaian ini diadaptasi daripada baju bobolian iaitu pakar ritual lelaki yang akan mengenakan baju khas yang dipanggil sira dambia. Baju ini direka bentuk Tindarama Sebastian Dirih Anjim penyelaras Kadazan Dusun Culture Association (KDCA) dan Drs. Monih Epin Setiausaha Kehormat Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah. Baju ini direka berdasarkan daripada pakaian bobolian barasik lelaki etnik Tatana dengan kombinasi baju suku kaum Cina. Fabrik yang digunakan untuk membuat baju adalah bebas. Namun, fabrik yang digunakan mestilah berwarna hitam. Leher baju pula adalah kolar mandarin dan di keliling leher, pergelangan tangan dipasangkan renda emas yang berwarna merah bercorak warna kuning. Rasional pemilihan renda berwarna merah melambangkan kekuatan dan warna kuning melambangkan warna padi. Baju ini mempunyai ciri-ciri baju masyarakat Cina kerana sejak abad yang lalu orang Tatana telah dipengaruhi oleh beberapa unsur budaya Cina, walaupun kebanyakannya adalah orang asal Austronesian. Ikatan butang seperti butang pakaian Cina, jumlah butang di dada sebanyak 7 butang berpasangan dan butang pada lengan sebanyak 3 biji. Baju dambia yang diiktiraf adalah berlengan panjang. Bagaimanapun terdapat juga individu yang memakai baju dambia berlengan pendek bertujuan untuk keselesaan pemakaian dan belum diiktiraf sepenuhnya. Baju dambia berkolar mandarin dan mempunyai sapu tangan berwarna merah di bahagian poket kiri baju. Baju dambia dipadankan dengan seluar panjang berwarna hitam yang mempunyai jalur berwarna keemasan pada tepi seluar. Renda merah bercorak benang serta butang berwarna emas banyak digunakan dalam pembuatan baju ini kerana ianya menurut kepercayaan orang-orang tua yang mengamalkan adat lama melambangkan kekayaan. Pakaian lelaki etnik Tatana dibahagi kepada empat bahagian penting iaitu bahagian baju, bahagian seluar, penggunaan sigar dan juga penggunaan sandai. 160

Gambar 5.22: Sira dambia boleh dipakai oleh orang lelaki dengan MEMBANGUNKAN PAKAIAN TRADISI RITUAL mengenakan sigar dan sandai MASYARAKAT TATANA DI DAERAH KUALA PENYU Sigar Sigar dipakai di bahagian kepala dan ianya menunjukkan semangat seseorang lelaki. Gambar 5.23: Sigar Kain Merah Kain merah adalah kain biasa yang berwarna merah yang dilipat berbentuk segitiga dan diselitkan di bahagian poket sira dambia. 161

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Sandai Sandai merupakan selendang yang dipakai oleh lelaki ketika membuat persembahan tarian. Sandai dipakai secara bersilang dibahagian bahu hingga ke paras pinggang. Penggunaan sandai pula biasanya dipakai semasa menjalankan upacara keagamaan seperti upacara moginum. Gambar 5.24: Sandai Bahagian Seluar Seluar pada pakaian ini juga adalah berwarna hitam bahagian kiri dan kanan seluar dipasangkan renda yang sama renda seperti baju. Gambar 5.25: Seorang lelaki memakai sira dambia menunjukkan renda seluar 162

Gambar 5.26: Sira dambia yang dipakai oleh salah seorang bobolian MEMBANGUNKAN PAKAIAN TRADISI RITUAL mengadakan ritual mikajang sewaktu ketika dulu MASYARAKAT TATANA DI DAERAH KUALA PENYU Gambar 5.27: Sira dambia juga dipakai ketika mengadakan tarian bakanjar 163

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 KESIMPULAN Bab ini telah mengetengahkan usaha Tatana, sebuah masyarakat asal daripada Daerah Kuala Penyu, untuk membangunkan busana tradisional pakar ritual mereka menjadi pakaian moden yang boleh dipakai oleh mana-mana ahli masyarakat pada majlis-majlis khas. Masyarakat Tatana mengambil sira lambung yang telah dipakai oleh bobolian ponyupi, atau pakar ritual wanita, dan sira dambia yang telah dipakai oleh bobolian dambia atau pakar ritual lelaki, dan mengembangkannya masing-masing menjadi baju lambung dan baju dambia. Mereka menggunakan tekstil baharu, seperti baldu hitam, dan bahan teknik hiasan termasuk renda emas, labuci, manik dan loceng kecil, untuk menghasilkan pakaian baharu. Pakaian baharu ini telah diluluskan secara rasmi oleh pakar budaya dan pemimpin dalam masyarakat. Kostum baharu mencerminkan reka bentuk keseluruhan pakaian tradisional etnik Tatana, dengan pengubahsuaian tersendiri dan elemen hiasan yang menunjukkan keutamaan pemakai individu. Dengan cara ini, masyarakat Tatana berharap unsur-unsur pakaian tradisional dan budaya material mereka akan terus berkembang sebagai ekspresi tersendiri identiti Tatana untuk generasi akan datang. INFORMAN Dr. Sining Unchi, Ahli Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah Drs Monih Epin, Setiausaha Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah Mr Kamloi Tanim, Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah dan Ketua Kampung kampung Kayul (tahun 2022) Mdm Secolastica Oliver Lidadun Kg. Kiambor, Kuala Penyu Mdm Mathilda Sungkin Kg. Kiambor, Kuala Penyu Mdm Inik Suram, Kg. Kasakatan, Kuala Penyu The late Mdm Paulina Madayang (Pengamal adat dahulu) The late Mdm Julin Ahyung (Penyimpan Sira Lambung) Titus Tuin - Kg. Rimbaan, Kuala Penyu 164

EDITOR BIODATA/BIODATA PENYUNTING CONTRIBUTORS Email: [email protected] Tindarama Joanna Datuk Kitingan is currently the Chairperson of the Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Women Council, and is also Chairperson of the Unduk Ngadau Cultural Pageant Committee of the State Level Pesta Kaamatan (Harvest Festival). She has a Master of Arts in Library Studies and Information Science, from Loughborough University, Leicestershire, United Kingdom (1986), and has worked in various capacities over her 41 years in the Sabah State Civil Service. These include as Deputy Director of Sabah Museum and State Archives (1987-1992), Director of the Sabah State Archives (1993-1995), Senior Administration Officer of the Ministry of Tourism, Science, Technology and Environment (1995-2003), Deputy Director of Sabah State Library (2003-2011), Director of Sabah Museum (2011-2015), Executive Secretary of the Cultural Heritage Council under Sabah’s Ministry of Tourism, Culture and Environment (2016-2018), and following her retirement in 2018, she was appointed to the National Heritage Council of the Malaysian Ministry of Tourism, Arts and Culture (2018-2021). Over the years, she has worked to develop collections of Sabah’s material and intangible cultural heritage, including setting up the Sabah State Archives Oral History Committee, developing homestay tourism under the State Tourism Ministry, enriching the State Library collections with indigenous music recordings, and reviving the lost weaving and beadwork traditions of her own culture—the Kadazan Dusun of Tambunan District. While chairing the Unduk Ngadau Committee and the KDCA Women Council, she has set up the Unduk Ngadau Gallery in recognition of the contribution of indigenous women to Sabah’s historical development and to preserve examples of indigenous costumes. 165

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 EDITOR BIODATA/BIODATA PENYUNTING Tindarama Joanna Datuk Kitingan kini merupakan Pengerusi Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pageant Kebudayaan Unduk Ngadau bagi Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) Peringkat Negeri Sabah. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pengajian Perpustakaan dan Sains Maklumat dari Universiti Loughborough, Leicestershire, United Kingdom (1986), dan beliau telah bekerja dalam pelbagai kapasiti sepanjang 41 tahun beliau dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Jawatan ini termasuk sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Muzium dan Arkib Negeri Sabah (1987-1992), Pengarah Arkib Negeri Sabah (1993-1995), Pegawai Pentadbiran Kanan Kementerian Pelancongan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (1995-2003), Timbalan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah (2003-2011), Pengarah Muzium Sabah (2011-2015), Setiausaha Eksekutif Majlis Warisan Budaya di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (2016-2018), dan selepas bersara pada 2018, beliau dilantik ke Majlis Warisan Kebangsaan di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (2018- 2021). Selama bertahun-tahun, beliau telah berusaha untuk membangunkan koleksi kebudayaan kebendaan dan warisan budaya tidak ketara Sabah, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Sejarah Lisan Arkib Negeri Sabah, membangunkan pelancongan homestay di bawah Kementerian Pelancongan Negeri, memperkaya koleksi Perpustakaan Negeri dengan rakaman muzik asli Sabah, dan menghidupkan semula tradisi tenunan dan manik yang hilang dari budayanya sendiri—masyarakat Kadazan Dusun daripada Daerah Tambunan. Semasa mempengerusikan Jawatankuasa Unduk Ngadau dan Majlis Wanita KDCA, beliau telah menubuhkan Galeri Unduk Ngadau sebagai mengiktiraf sumbangan wanita orang asal kepada pembangunan sejarah Sabah dan untuk mengekalkan contoh pakaian orang asal Sabah 166

AUTHOR BIODATA/BIODATA PENULIS CONTRIBUTORS Email: [email protected] Dr. Salbiah Kindoyop is currently a part-time lecturer in Visual Arts at the Academy of Arts and Creative Technology, Universiti Malaysia Sabah (UMS), and also teaches at Open University Malaysia (OUM). She obtained her Bachelor of Arts with Honours in Visual Arts Technology (2009-2012) and her Master of Arts in Visual Arts (2013-2015) from UMS, and her Doctor of Philosophy in Arts Management from Universiti Malaysia Sarawak (2016- 2019). Her PhD thesis focused on traditional crafts management among the Dusun Tindal. Her expertise is in the field of arts management, visual arts and ethnic arts. As a researcher, she is very interested in the field of arts and research in ethnic cultures, especially in the research of crafts as cultural objects in Sabah. Dr. Salbiah merupakan pensyarah sambilan dalam bidang Seni Visual di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga mengajar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Teknologi Seni Visual (2009-2012) dan Sarjana Sastera dalam Seni Visual (2013-2015) daripada UMS, dan Doktor Falsafah dalam Pengurusan Seni daripada Universiti Malaysia Sarawak (2016-2019). Tesis PhD beliau memberi tumpuan kepada pengurusan kraf tradisional dalam kalangan masyarakat Dusun Tindal. Kepakaran penulis adalah dalam bidang pengurusan seni, seni visual dan kesenian etnik. Sebagai pensyarah, penulis sangat meminati bidang penyelidikan seni dan budaya etnik terutamanya dalam penyelidikan objek budaya kraf di Sabah. 167

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 CO-AUTHOR BIODATA/ BIODATA PENULIS BERSAMA Assoc. Prof. Dr. Humin Jusilin has served for many years as a lecturer, then senior lecturer and more recently as an Associate Professor in Visual Arts at Universiti Malaysia Sabah (UMS). He holds a Bachelor of Arts in Fine Arts from Universiti Putra Malaysia (1998), a Master of Arts (2005) and Doctor of Philosophy (2012) in Visual Arts, focusing on Ethnic Arts, from UMS. His PhD thesis examined patterns and designes in traditional arts among the Iranun of Sabah, and his research interests focus on ethnic arts and cultures. Prof. Madya Dr. Humin Jusilin telah berkhidmat selama bertahun-tahun sebagai pensyarah, kemudian pensyarah kanan dan baru-baru ini sebagai Profesor Madya dalam Seni Visual di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Seni Halus dari Universiti Putra Malaysia (1998), Ijazah Sarjana Sastera (2005) dan Ijazah Doktor Falsafah (2012) dalam Seni Visual yang memfokuskan kepada Seni Etnik daripada UMS. Tesis PhD beliau mengkaji corak dan reka bentuk dalam seni tradisional dalam kalangan masyarakat Iranun di Sabah, dan minat penyelidikannya tertumpu pada seni dan budaya etnik. 168

AUTHOR BIODATA/BIODATA PENULIS CONTRIBUTORS Email: [email protected] Madam Shelly Ann Saiwat comes from Kampung Biah Tengah, Keningau. She has a Bachelor of Applied Arts with Honours in Arts Management (2011-2014) and a Master of Applied Arts in Arts Management (2015-2018) from Universiti Malaysia Sarawak. She also has a particular interest in the crafts of Sabah’s Murutic peoples. Puan Shelly Ann Saiwat berasal daripada Kampung Biah Tengah, Keningau. Beliau mempunyai Ijazah Muda Kehormat Seni Gunaan dalam Pengerusan Seni (2011-2014) dan Ijazah Sarjana Seni Gunaan dalam Pengerusan Seni (2015-2018). Beliau juga berminat khusus dalam kraf masyarakat Murutik di Sabah. 169

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 AUTHOR BIODATA/BIODATA PENULIS Email: [email protected] Mr. Joselay Onong comes from Kampung Bawan, Membakut. He has a Diploma in Physiotherapy from the Allied Health Science College (2003-2007), and a Bachelor of Science with Honours in Applied Rehabilitation from the University of Teeside, United Kingdom. His main interest, however, lies in his culture, particularly the oral literature of the Dusun Tanggara-Kuijou of Membakut. He has also won many awards for his poetry, novels and drama scripts, and other works published in Kadazan Dusun. Encik Joselay Bin Onong berasal dari Kampung Bawan, Membakut. Beliau berkelulusan Diploma dalam Fisioterapi dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (2003- 2007), dan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Applied Rehabilitation dari University of Teeside, United Kingdom. Walau bagaimanapun, minat utamanya adalah budayanya, terutamanya pakaian sastera lisan tradisional Dusun Tanggara- Kuijou Membakut. Beliau juga menerima banyank anugerah untuk penulisannya dalam Bahasa Kadazan Dusun termasuk puisi, novel dan skrip drama. 170

AUTHOR BIODATA/BIODATA PENULIS CONTRIBUTORS Email: [email protected] Madam Rosaline Oliver Lidadun is the founder of the movement among the Tatana ethnic group to revive and develop the ritual costumes sira lambung and sira dambia as attire that can be worn by anyone, and no longer only by ritual specialists. She has also seen the development of these costumes into fashionable outfits decorated with beaded embroidery. PuanRosalineOliverLidadun adalahpengasasgerakandalamkalanganmasyarakat Tatana untuk menghidupkan dan mengembangkan kostum ritual sira lambung dan sira dambia sebagai pakaian yang boleh dipakai oleh sesiapa sahaja, dan bukan lagi hanya oleh pakar ritual. Dia juga melihat perkembangan kostum ini menjadi pakaian bergaya yang dihiasi dengan hiasan sulaman manik. 171

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 Index D A dambia 76, 157 Dusunic languages 2, 3 Dusunik 103 abstract 49 Dusun Tindal 1, 21, 22, 23, 24, 25, 28, 29, 31, 34, 35, abstrak 129 aksesori 103, 104, 109 101, 102, 103, 104, 105, 107, 108, 109, 110 aragang 30, 110 Dusun Tobilung 103 Austronesian 157 Austronesians 76 E B embroidery 22, 23, 30, 41, 44, 66, 71, 74 evolution 1, 44 babagas 25, 27, 105 Babagas 107 F badu sampit 108 Bajau 21, 28, 101, 108 fabrics 43 Bajau badu sampit 28 figuratif 129 baju dambia 160 figurative 49 baju lambung 152, 154, 160 bakanjar dance xv, 78 G Bamboo shoots 57 barasik 65, 145, 157 giring 28 baratina 25, 26, 27, 105, 107 gonob 7, 9, 13, 14, 22, 25, 26, 28, 31, 32, 33, 34, 68, Barating 106 beads 42 71, 74, 75, 87, 88, 92, 94, 96, 102, 105, 106, 108, benang emas 95 110, 148, 152, 155 betawi 24, 26, 28, 103, 104, 106, 108 gonob konoon morinjon 148 Betawi 23 gonob linangkit 9, 13, 14, 89, 93, 94 binadang 32 Gonob Linangkit 12 binandus 15, 18, 19, 95, 99 gonob of konoon morinjon 68 Binandus 16, 96, 98 gonob sinugitan 7, 9, 12, 13, 14, 87, 88, 89, 93, 94 binidang 22, 30, 31, 33, 34, 102, 110 Gonob Sinugitan 92 binurinsi 71, 152 bobolian xv, 28, 35, 65, 76, 77, 108, 145, 157, 158 H bobolian dambia 145, 160 bobolian ponyupi 160 haboi 13, 19, 93, 98, 99 Bobolian ponyupi 145, 146 Haboi 12, 16, 18, 89, 92, 96 bone motif 46 Harvest Festival 6, 35 borasik 65, 145 Heart Organs 57 Botungkat 9, 12, 16, 18, 89, 92, 96, 98 hiasan kepala 89 Bubu tulan 16, 96, 98 holong 39 Bubu Tulan 18 holong kalawan 39 Buffalo Horn 57 holong kalayan 119 busana 120, 125, 126 Hu’ubus Habung 59 C I Chinese 76 I.H.N. Evans 23, 103 Cooked rice 57 inamboi 71, 74, 152 Inangkit 59 172 Inantilung 57, 59 Iranun 15, 17, 21, 28, 95, 101, 106, 108 Ismail Ibrahim 44

K M INDEX Kaamatan Festival 70, 75 magarau 35 Kadamaian 23 magunatip 41 Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) 68, 76 manarapoh 6, 7, 86, 87 Kadazan Dusun Cultural Association KDCA 149 Mandapun 9, 11, 89, 91 Kadazan Dusun Culture Association KDCA 157 manik 95, 96, 97, 102, 103, 104, 105, 106, 108, 110, kalung 89, 97 Kanda’vai 57, 59 122, 126, 127 karoh 14, 17, 22, 31, 32, 34, 94, 97, 102 Manik 107 Karoh 9, 10, 16, 89, 90, 96 mansalud 35 Karoh kecil 10, 17, 90, 97 mikajang ceremony xv, 77 kokotuan 35 moga 15, 95 koring 74, 155 moginum 65, 77, 145, 158 Kota Belud 21, 22, 23, 101, 103 momolian 87 Kuala Penyu 65, 145 momurinait 35 Kuala Penyu District 68, 69, 75 mongigol 109 kuapu 25, 26, 105, 107 mongulansai 35 Kuapu 106 motif 97, 99, 102, 103, 108, 118, 120, 122, 125, 127, kuapuare 26 kubamban 67, 71, 73, 148, 152, 154 128, 129 kuluwu 14, 94 motif geometri 92 Kuluwu 9, 11, 89, 91 motifs 23, 42, 44, 47, 71 mugah 15, 18, 19, 95, 99 L Mugah 16, 96, 98 mugah tubular 19 lalaku 39, 119 Murut 120, 124, 126, 129 lambung 67, 68, 70, 71 Murutic 2 langkit 66, 71, 146, 147 Murut Tahol 118, 124 Langkit 71 Musa textilis 24, 104 lapis xvii, 45, 46, 126 magarau 35 Lapis 125 magunatip 41 Lasung 9, 12, 89, 92 manarapoh 6, 7, 86, 87 lilimbo 14, 92, 94 Mandapun 9, 11, 89, 91 Lilimbo 9, 11, 89 manik 95, 96, 97, 102, 103, 104, 105, 106, 108, 110, limburuh 45 Limburuh 125 122, 126, 127 linangkit 1, 2, 7, 9, 11, 12, 15, 17, 22, 23, 24, 25, 26, 28, 87, N 88, 91, 95, 102, 104, 105, 106, 108 Linangkit 89 Nabawan 2 lolopot 23, 25, 26, 103, 105, 107 needle-weaving 22, 23, 66, 71 Lolopot 106 loti 92 P Lotud xv, 1, 6, 14, 15, 16, 17, 18, 20, 86, 87, 88, 89, 93, 94, Pa ‘ ai Maniraw 59 95, 96, 97, 98, 100 Pa’ai Maniraw 57 Lotud Sarayoh 6 padi 50, 129 lumpirot 39, 119 Padi 130 lungkaki 25, 27, 105 pakaian tradisional 101, 103, 109 Lungkaki 107 paraphernalia 14 pengamal ritual 94 Pesta Kaamatan 35, 68, 150, 156 pinis xvii, 45, 46, 126 Pinis 125 173

EVOLUSI PAKAIAN TRADISI ETNIK SABAH JILID 1 P S pinongkoloh xvi, 2, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, Sinipak 106 118, 119, 120, 121, 122, 123, 124, 125, 126, 127, 128 sinulatan 32, 33 sinuli 45 Pinukung 59, 139 Sinuli 125 Pinuutu ‘Uvai 59 sinusuh xvii, 45, 47, 48, 128 Pinuutu’ Uvai 57 Sinusuh 125, 127 Pirak 17, 97 sipak 24, 104 pirawis 67, 73, 74, 147, 154 Sipitang 2 pisang lanut 24, 104 sira dambia xv, 4, 65, 76, 77, 145, 157, 158, 159, 160 piwaris 153 sira lambung xv, 4, 65, 66, 67, 68, 70, 71, 72, 73, 74, 75, 145, ponyupi 65, 66, 71 punsak rabung 66, 71, 146 146, 147, 148, 149, 150, 151, 154, 155, 160 sisik ikan 98 R siwot 7, 87 Siwot 9, 10, 89, 90 ragam hias 93, 94, 103, 105, 120 sogit 13, 93 ragang 30, 110 solindang 25, 26, 107 rinagang 2, 21, 22, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 101, 102, 109, Solindang 106 solindung 105 110, 111 stylized 49, 129 rinagangan 30, 110 Suang Lotud 1, 92 rinait 6 sukob 7, 10, 11, 14, 15, 17, 19, 87, 94, 95, 97, 99 rinangkai 71, 152 Sukob 9, 16, 89, 91, 96 ritual mikajang 158 sukob kopio 7, 10, 13, 14, 87, 89, 90, 93 rorongkol 39, 119 Sukob Kopio 9, 89 rotan 89, 94, 110 sukob linangkit 13, 93 rumangkai 35 sulaman 102, 103, 104, 105, 106, 108, 122, 124, 125 sulaman benang 95 S sumayau 7, 8, 14, 15, 86, 87, 88, 93, 95 Sundi 16, 17, 96, 97 Sabah 1, 6, 21, 38, 52, 68, 101, 103 sunduk 26, 29, 34, 109 salupai 39, 119 Sunduk 106 sampayau 39, 40, 119 sundukor surunduk 22, 102 sandai 76, 77, 157, 158 Sunggu Ka’abau 57 Sandai 9, 11, 89, 91 supernatural 14, 93, 145 Sandai sinugitan 11, 17, 97 supuh 18 Sandai sinugitana 91 Supuh 16, 96, 98 sapulu 39, 119 surunduk 30, 31, 32, 34, 110 Sarinatad 59 saring pirok 25, 27, 105, 107 Saring pirok 107 sarong 68 sia ambung 3 sia inangkit ngakusai 3 sia pinukung 3 sigar 7, 23, 76, 87, 103, 157, 158 Sigar 9, 10, 89, 90 Simpai 9, 12, 16, 18, 89, 92, 96, 98 sinikot 39 Sinikot 119 sinimpana 22, 31, 32, 34, 102 sinipak 2, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 28, 29, 35, 101, 102, 103, 104, 105, 107, 108, 109 174

T INDEX Tagal 38 Tahol 49 Tahol Murut 1, 2, 38, 40, 41, 44, 45 tahum 31 tangkal 98 tantagas 6, 7, 8, 14, 87, 88, 92, 93, 94 tapi 39 tarian bakanjar 159 Tatana 1, 4, 65, 68, 70, 74, 76, 145, 149 Tatarapan 16, 17, 96, 98 Tenom 2 tenunan 102, 106, 108 textiles 22 tinapik 66, 67, 71, 146, 147, 152, 155 tinggot 23, 25, 27, 103, 105 Tinggot 107 tinobugi 10, 90 tinobungi 19, 99 tinukang 45, 48 Tinukang 125, 128 Tobilung 23 Tobilung Dusun 23 Toburon 23 traditional costumes 1 tubular 15 tulambu 71, 152 Tutungau 59, 137 U ukop 17,95, 97 Unduk Ngadau 33, 66, 68, 147, 148, 149, 154 V vusak xvi, 48,121,127 175






Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook