10.7.2 surau/bilik/ruang untuk solat Zohor bagi semua 10.7.3 calon. Calon dikehendaki menunaikan solat Asar di 10.7.4 rumah/asrama selepas tamat peperiksaan. Pihak sekolah/Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan penjarakan fizikal satu (1) meter dipatuhi di surau/bilik/ruang solat. Pihak sekolah/Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menggunakan kaedah penggiliran di surau/bilik/ruang solat untuk mengelakkan kesesakan. Calon hendaklah membawa kelengkapan solat sendiri seperti sejadah, telekung, songkok, kopiah dan selipar untuk kegunaan semasa di surau/bilik/ruang solat. 10.8 Pengurusan Makan dan Minum Calon Peperiksaan 10.8.1 Pengurusan makan dan minum bagi calon sekolah 10.8.2 adalah merujuk kepada garis panduan ini. Pengurusan makan dan minum bagi calon persendirian adalah seperti yang berikut: a. Calon persendirian yang ingin makan pada waktu rehat di antara sesi pagi dan petang hendaklah membuat tempahan makanan berbungkus dari kantin sekolah melalui Pengawas Peperiksaan yang bertugas; b. Calon dikehendaki makan di tempat yang telah ditetapkan; dan 95
10.8.3 c. Kantin sekolah hendaklah menyediakan makanan dan minuman yang berbungkus. Calon dikehendaki mencuci tangan menggunakan air botol/singki dengan kawalan penjarakan fizikal. 10.9 Pengurusan Pengisytiharan Kesihatan 10.9.1 Calon sekolah dan calon persendirian hendaklah 10.9.2 membuat pengisytiharan kesihatan pada setiap hari melalui salah satu kaedah seperti yang berikut: a. Calon boleh mendapatkan Borang Deklarasi Saringan COVID-19 seperti di Lampiran 6, yang disediakan oleh pihak sekolah/Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN). Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan; atau b. Calon boleh memuat turun Borang Deklarasi Saringan COVID-19 dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan melalui pautan lp.moe.gov.my atau Majlis Peperiksaan Malaysia melalui pautan mpm.edu.my. Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan. Saringan imbasan suhu badan hendaklah dilakukan pada setiap hari di pintu masuk sekolah/pusat peperiksaan sebelum sesi peperiksaan bermula. 96
10.9.3 Calon yang mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke 10.9.4 bawah serta tidak bergejala dibenarkan masuk ke dewan/bilik peperiksaan. Calon yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan hendaklah mendapatkan rawatan di klinik/hospital untuk mendapatkan surat/dokumen pengesahan tahap kesihatan diri. Sekiranya pengesahan perubatan mendapati bahawa: a. Calon sakit dan disahkan boleh menduduki peperiksaan. Calon dibenarkan untuk menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan atau klinik/hospital yang dibenarkan; b. Calon sakit dan disahkan perlu menjalani kuarantin/menerima rawatan lanjut. Calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Calon hendaklah menyerahkan surat/dokumen pengesahan tahap kesihatan diri/arahan kuarantin kepada pihak sekolah bagi proses permohonan menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula; dan c. Sekiranya tempoh mendapatkan rawatan di klinik/hospital telah melewati tempoh menjawab bagi sesuatu kertas peperiksaan, calon akan dipertimbangkan untuk menduduki peperiksaan pada hari yang sama atau dibenarkan menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula. 97
10.10 Pengurusan Calon Bergejala 10.10.1 Sebelum Tempoh Peperiksaan Bermula Bagi calon yang menunjukkan gejala COVID-19 sama ada mengalami demam (suhu badan melebihi 37.5°C), batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas, tindakan adalah seperti yang berikut: a. Calon Sekolah: Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak sekolah. Calon mendapatkan rawatan awal di klinik/hospital untuk mendapatkan surat/dokumen pengesahan tahap kesihatan diri bagi menduduki peperiksaan. b. Calon Persendirian: Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak SPP, JPN tempat calon mendaftar. Calon mendapatkan rawatan awal di klinik/hospital untuk mendapatkan surat/dokumen pengesahan tahap kesihatan diri bagi menduduki peperiksaan. c. Sekiranya calon disahkan bebas gejala COVID-19 dan boleh menduduki peperiksaan, calon dibenarkan untuk menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan. d. Setelah mendapatkan rawatan di klinik/hospital dan calon hadir di pusat 98
peperiksaan tidak melepasi 30 minit daripada waktu mula peperiksaan, calon akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan pada hari yang sama di pusat peperiksaan dan diberi gantian masa menjawab. e. Sekiranya setelah mendapatkan rawatan di klinik/hospital dan calon hadir di pusat peperiksaan melepasi 30 minit daripada waktu mula peperiksaan, calon tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan pada hari yang sama tetapi dibenarkan untuk menduduki peperiksaan yang dijadualkan semula. f. Calon yang disahkan mempunyai gejala COVID-19 hendaklah menyerahkan surat/dokumen pengesahan tahap kesihatan diri/arahan kuarantin kepada pihak sekolah bagi proses permohonan menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula. 10.10.2 Semasa Tempoh Peperiksaan Bagi calon yang menunjukkan gejala COVID-19 sama ada mengalami demam (suhu badan melebihi 37.5°C), batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas, tindakan adalah seperti yang berikut: a. Ketua Pengawas Peperiksaan perlu menghubungi PKD bagi mendapatkan 99
nasihat dan tindakan selanjutnya; b. Calon perlu ditempatkan di bilik peperiksaan khas; c. Calon hendaklah dipastikan tidak ada kontak dengan mana-mana calon/warga sekolah sehingga PKD tiba di pusat peperiksaan; d. Calon sekolah: Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga; e. Calon persendirian: Ketua Pengawas Peperiksaan perlu memaklumkan kepada SPP, JPN; f. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan Pengawas Peperiksaan memakai pelitup separuh muka dan sarung tangan pakai buang serta menggunakan pensanitasi tangan; g. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan pergerakan calon di antara selang masa peperiksaan, waktu makan dan rehat adalah tidak bertembung dengan calon yang sihat; h. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan ruang solat berasingan dari calon yang sihat disediakan; i. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan SJP dimasukkan ke dalam sampul lut sinar yang dibekalkan dan proses sanitasi dilaksanakan sebelum dibungkus; dan 100
j. Bungkusan SJP hendaklah dibawa ke dewan/bilik peperiksaan utama dan diletakkan dalam kotak berasingan untuk proses penghantaran ke bilik kebal. 10.11 Pengurusan Calon Diarahkan Kuarantin 10.11.1 Sebelum Tempoh Peperiksaan Bermula a. Bagi calon yang diarahkan untuk menjalani kuarantin, tindakan adalah seperti yang berikut: i. Calon Sekolah: Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak sekolah dan mengemukakan maklumat mengenai kuarantin berserta dokumen berkaitan. ii. Calon Persendirian: Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak SPP, JPN tempat calon mendaftar dan mengemukakan maklumat mengenai kuarantin berserta dokumen berkaitan. b. Calon perlu menjalani kuarantin dan dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas peperiksaan yang masih berlangsung selepas tempoh kuarantin. c. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat, calon dibenarkan menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula. 101
10.11.2 Semasa Tempoh Peperiksaan a. Bagi calon yang diarahkan untuk menjalani kuarantin, tindakan adalah seperti yang berikut: i. Calon Sekolah: Sekiranya mendapat arahan kuarantin semasa berada di rumah/asrama, calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak sekolah. ii. Calon Sekolah: Sekiranya mendapat arahan kuarantin semasa berada di pusat peperiksaan: Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menempatkan calon di bilik peperiksaan khas; Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa/penjaga; dan Akur kepada arahan PKD untuk tindakan selanjutnya. iii. Calon Persendirian: Sekiranya mendapat arahan kuarantin semasa berada di rumah, calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak SPP, JPN tempat calon mendaftar. iv. Calon Persendirian: Sekiranya mendapat arahan kuarantin semasa berada di pusat peperiksaan: Ketua Pengawas Peperiksaan menempatkan calon di bilik 102
peperiksaan khas; Ketua Pengawas Peperiksaan perlu menghubungi SPP, JPN; dan Akur kepada arahan PKD untuk tindakan selanjutnya. b. Calon perlu menjalani kuarantin dan dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas peperiksaan yang masih berlangsung selepas tempoh kuarantin. c. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat, calon dibenarkan menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula. 10.12 Pengurusan Calon Disahkan Positif COVID-19 10.12.1 Sebelum Tempoh Peperiksaan Bermula a. Bagi calon yang disahkan positif COVID-19, tindakan adalah seperti yang berikut: i. Calon Sekolah: Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak sekolah dan mengemukakan maklumat mengenai kuarantin berserta dokumen berkaitan. ii. Calon Persendirian: Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak SPP, JPN tempat calon mendaftar dan mengemukakan 103
maklumat mengenai kuarantin berserta dokumen berkaitan. b. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas peperiksaan yang masih berlangsung selepas tempoh kuarantin dan disahkan sihat. c. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat, calon dibenarkan menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula. 10.12.2 Semasa Tempoh Peperiksaan a. Bagi calon yang disahkan positif COVID-19, tindakan adalah seperti yang berikut: i. Calon Sekolah: Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak sekolah. ii. Calon Persendirian: Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah menghubungi pihak SPP, JPN tempat calon mendaftar. b. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan dengan kadar segera status calon sekolah yang disahkan positif COVID-19 kepada JPN. c. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas peperiksaan yang masih berlangsung selepas tempoh kuarantin dan disahkan sihat. d. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat, calon dibenarkan menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula. 104
e. Bagi calon yang sedang menjawab kertas peperiksaan dan menerima pemakluman pengesahan keputusan positif COVID-19, tindakan yang perlu diambil adalah seperti yang berikut: i. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memindahkan calon yang disahkan positif COVID-19 ke bilik isolasi; ii. Calon dibenar untuk meneruskan peperiksaan bagi kertas peperiksaan yang sedang dijawab; dan iii. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah melaporkan kepada PKD dan akur arahan selanjutnya. 10.12.3 Calon lain yang berada di dewan/bilik peperiksaan di mana terdapat kes positif COVID-19 hendaklah ditempatkan di bilik peperiksaan khas atau bilik peperiksaan alternatif untuk meneruskan peperiksaan sementara proses sanitasi dilakukan. 10.12.4 Bagi calon sekolah dan calon persendirian yang disahkan positif COVID-19, calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan sehingga tamat tempoh kuarantin dan disahkan sihat. 105
10.13 Pengurusan Calon Lain Yang Tidak Dijangkiti COVID-19 10.13.1 Calon yang duduk berhampiran dengan tempat duduk calon yang disahkan positif COVID-19 hendaklah dipindahkan ke bilik peperiksaan khas untuk meneruskan peperiksaan. 10.13.2 Calon yang berada pada kedudukan yang jauh dari tempat duduk calon yang disahkan positif COVID-19 hendaklah dipindahkan ke bilik peperiksaan alternatif untuk meneruskan peperiksaan. 10.13.3 Semua calon yang terlibat dengan perpindahan dari dewan/bilik peperiksaan akan diberikan gantian masa menjawab. 10.13.4 Dewan/bilik peperiksaan yang telah digunakan oleh calon positif COVID-19 hendaklah disanitasi oleh pihak sekolah atau mengikut ketetapan PKD. 10.13.5 Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memberi kerjasama kepada pihak PKD dalam membuat pengesanan kontak rapat dan akur arahan selanjutnya. 106
PELAKSANAAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) 107
11. Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) 11.1 Pendahuluan 11.1.1 Panduan Pelaksanaan Standard Kecergasan 11.1.2 Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada pentadbir serta guru di sekolah rendah dan menengah di bawah KPM untuk melaksanakan ujian SEGAK. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa. 11.2 Peranan dan Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti berikut: 11.2.1 Pentadbir Sekolah a. memaklumkan kepada guru bahawa ujian SEGAK dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan; 108
11.2.2 b. mengadakan sesi taklimat prosedur pelaksanaan ujian SEGAK kepada guru serta warga sekolah; c. menyebarluaskan prosedur dan panduan pelaksanaan ujian supaya mudah dirujuk oleh guru serta murid; d. mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga dan memaklumkan jadual pelaksanaan ujian SEGAK kepada mereka; e. memastikan murid yang bergejala tidak dibenarkan mengikuti ujian SEGAK; f. memastikan murid mempunyai imuniti badan yang rendah telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sebelum menjalani ujian SEGAK; g. memastikan ujian SEGAK yang dijalankan oleh guru mematuhi prosedur ujian yang telah ditetapkan; h. memastikan ujian SEGAK dilaksanakan berdasarkan SOP yang sedang berkuat kuasa dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan; dan i. memberi penekanan kepada aspek kebersihan sebelum, semasa dan selepas ujian dijalankan. Guru Pendidikan Jasmani a. merancang ujian SEGAK mengikut bilangan murid yang boleh menjalani ujian pada satu- satu sesi dan mengikut kesesuaian saiz 109
ruang ujian dalam kawasan sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal; b. menyediakan pelan susun atur dengan mengoptimumkan penggunaan ruang yang bersesuaian seperti kawasan lapang berbumbung, gelanggang atau dewan dengan pintu dan tingkap dibuka untuk pengudaraan; c. menyediakan laluan terarah dan sehala di kawasan ujian bagi mengawal pergerakan murid pada satu-satu masa dan mengelakkan kesesakan ruang; dan d. melakukan sanitasi pada setiap permukaan peralatan setiap kali sebelum dan selepas digunakan oleh murid. 11.3 Pelaksanaan Ujian SEGAK Pihak sekolah hendaklah memastikan perkara yang berikut dilaksanakan: 11.3.1 Sebelum a. kehadiran guru dan murid berdasarkan kepada jadual dan penggiliran pelaksanaan ujian SEGAK; b. guru dan murid perlu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan; c. murid yang mempunyai suhu badan melebihi 110
11.3.2 37.5°C tidak dibenarkan menjalani ujian SEGAK; d. murid yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas dan tidak sihat, tidak dibenarkan menjalani ujian SEGAK sehingga sembuh; e. melakukan sanitasi pada tapak kasut murid dan guru sebelum masuk dan keluar dari kawasan pelaksanaan ujian; f. peralatan berada dalam keadaan bersih, selamat dan disanitasikan; g. peralatan disusun dengan mematuhi penjarakan fizikal satu (1) hingga lima (5) meter; h. bilik mandi/persalinan/tandas berada dalam keadaan bersih; dan i. bilangan murid yang menggunakan bilik mandi/ persalinan/tandas dihadkan mengikut kapasiti bilik. Semasa a. penjarakan fizikal tiga (3) hingga lima (5) meter dan prosedur ujian perlu dipatuhi: i. aktiviti memanaskan badan, regangan, Pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI), ujian Naik Turun Bangku, Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai, Ringkuk Tubi Separa dan Jangkauan Melunjur; dan ii. semasa murid menunggu giliran untuk 111
melakukan ujian SEGAK. b. maklumat disampaikan secara lisan tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Sekiranya penjarakan fizikal tidak dapat dilaksanakan atau sentuhan tidak dapat dielakkan, pemakaian pelitup separuh muka dan mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan perlu diamalkan; c. guru hendaklah sentiasa membasuh tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan semasa dan selepas mengendalikan setiap murid; d. murid hendaklah membawa air minuman, pakaian, tuala muka, peralatan peribadi sendiri dan alat tulis serta tidak dibenarkan berkongsi dengan murid lain; e. Murid hendaklah menulis sendiri skor dapatan SEGAK setiap ujian pada borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM); f. guru dan pembantu hendaklah memakai pelitup separuh muka semasa pelaksanaan SEGAK. Murid yang sedang menjalani ujian SEGAK tidak perlu memakai pelitup separuh muka; g. tilam senaman ditutup dengan bahan kalis air yang boleh disanitasi berulang kali atau lapik pakai buang; h. span bagi ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi 112
11.3.3 Ubah Suai hendaklah dibalut dengan bahan kalis air agar mudah disanitasi setiap kali selepas digunakan; i. memastikan murid memakai stoking dan kasut yang bersih bagi ujian Naik Turun Bangku, Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai dan Ringkuk Tubi Separa; dan j. memastikan murid memakai stoking bagi Pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI) dan ujian Jangkauan Melunjur. Selepas a. peralatan dibersihkan/disanitasi dan disimpan dengan baik selepas digunakan; b. ruang/tempat yang digunakan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan; c. murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman selepas tamat aktiviti; d. murid dan guru perlu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan selepas tamat aktiviti; dan e. murid dan guru perlu meninggalkan kawasan aktiviti dengan kadar segera selepas tamat aktiviti. 11.4 Penyesuaian Prosedur Ujian SEGAK Berdasarkan Buku Panduan SEGAK 2016 Jawatankuasa hendaklah memastikan prosedur berikut dilaksanakan: 113
11.4.1 Pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI): 11.4.2 Guru sahaja dibenarkan untuk mengukur tinggi dan menimbang berat badan murid. 11.4.3 Ujian Naik Turun Bangku 3 Minit: 11.4.4 Seorang pelaku sahaja dibenarkan pada satu 11.4.5 bangku dan pembantu berdiri satu (1) hingga tiga (3) meter di hadapan pelaku. Ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai: Pembantu berada satu (1) hingga tiga (3) meter di hadapan pelaku. Ujian Ringkuk Tubi Separa: Pembantu berada satu (1) hingga tiga (3) meter di hadapan pelaku. Ujian Jangkauan Melunjur: a. guru sebagai pembantu untuk membaca jarak yang dicapai murid; dan b. guru tidak perlu menyentuh lutut murid semasa murid melakukan ujian. 114
Penutup Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 ini diharap dapat memastikan pengurusan dan pengoperasian sekolah serta proses PdP berjalan dengan lancar. JPN dan PPD hendaklah memantau pelaksanaan pengurusan sekolah di negeri dan daerah masing-masing bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan ini. Pihak sekolah dinasihatkan untuk menghubungi PKD bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan jangkitan COVID-19 di daerah masing-masing. Sekiranya kerajaan mengisytiharkan sekolah ditutup semula kerana PKP, maka JPN dan PPD perlu memastikan pihak sekolah melaksanakan PdPR sepanjang tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, setelah tamat tempoh PKP, pengurusan dan pengoperasian semula sekolah masih tertakluk kepada garis panduan ini. 115
LAMPIRAN 116
Lampiran 1 Pengurusan Asrama Sekolah CARA PEMASANGAN PENGHADANG FABRIK Penghadang fabrik dipasang dari tiang bahagian kepala katil. satu (1) meter Nota: 1. Penghadang fabrik selebar satu (1) meter dipasang bermula dari tiang di bahagian kepala katil di sisi kiri dan kanan dari lapik tilam tingkat atas ke lapik tilam tingkat bawah katil dua tingkat. 2. Penghadang fabrik mesti disanitasi sekurang-kurangnya sekali sehari. 117
Lampiran 2 LETTERHEAD SEKOLAH BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN Nama Penuh Murid: Tingkatan: No Kad Pengenalan: Nama Ibu bapa/Penjaga: No Tel: 1. Adakah anak tuan/puan mengalami gejala-gejala berikut: Ya Tidak Ya Tidak Demam (Suhu badan: …………) Ya Tidak Batuk Ya Tidak Selesema Ya Tidak Sakit Tekak Ya Tidak Sesak Nafas Ya Tidak Sakit Dada Ya Tidak Menggigil Hilang Deria Rasa Lain lain: ………………………… 2. Adakah anak tuan/puan pernah disahkan positif COVID-19? Ya Tidak Ya Tidak 3. Adakah anak tuan/puan mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19? 4. Adakah anak tuan/puan mempunyai kontak rapat kepada Ya Tidak individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah? 5. Adakah anak tuan/puan sedang menjalani Perintah Kawalan Ya Tidak Kuarantin di rumah seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia? 6. Adakah anak tuan/puan mempunyai ahli keluarga yang tinggal Ya Tidak serumah dengan Patient Under Investigation (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS)? 7. Adakah anak tuan/puan melancong ke kawasan yang berisiko Ya Tidak dalam tempoh 14 hari? Jika YA, nyatakan tempat dilawati: Tarikh : 8. Adakah anak tuan/puan pernah menghadiri majlis/perjumpaan Ya Tidak yang dikaitkan dengan kes positif COVID-19? Dengan ini saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar. Tandatangan Ibu bapa/Penjaga: Tarikh: Nota: Borang ini hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah semasa pendaftaran masuk ke asrama 118
Lampiran 3 BORANG AKUAN PENGISYTIHARAN KESIHATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS A. MAKLUMAT DIRI MURID : 1. Nama Murid 2. No. Kad Pengenalan/No. MyKid : 3. Nama Ibu bapa/Penjaga : 4. No. Telefon Ibu bapa/Penjaga : 5. Murid tinggal di asrama (bulatkan) : YA / TIDAK 6. Jika menaiki VAN/BAS SEKOLAH sila nyatakan nombor pendaftaran kenderaan: B. KEADAAN KESIHATAN TERKINI MURID DAN GEJALA BERKAITAN COVID-19 Anak/Anak jagaan saya mempunyai gejala seperti di bawah: YA TIDAK 1. Demam (suhu badan melebihi 37.5 ˚C). 2. Gejala Selesema 3. Gejala pernafasan akut seperti batuk/sakit tekak/sesak nafas. 4. Melakukan perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari bergejala. 5. Mempunyai kontak rapat kepada kes COVID-19 dalam tempoh 14 hari bergejala. 6. Menghadiri majlis/perjumpaan yang mempunyai kaitan dengan wabak COVID-19. C. MAKLUMAT KESIHATAN MURID MBK yang mempunyai masalah perubatan berisiko terhadap komplikasi COVID-19 yang serius. Maklumat masalah perubatan MBK akan membantu guru membuat keputusan kehadiran ke sekolah bagi mengurangkan risiko MBK mendapat jangkitan COVID-19. Anak/Anak jagaan saya mempunyai masalah perubatan seperti berikut: YA TIDAK 1. Penyakit paru-paru yang kronik. 2. Penyakit asma yang sederhana teruk dan teruk. 3. Penyakit jantung yang serius. 4. Penyakit kencing manis. 5. Penyakit buah pinggang yang menjalani dialisis. 6. Penyakit hati. 7. Mengalami kekurangan zat makanan serius. 119
8. Mempunyai imuniti yang rendah (immunocompromised) termasuk: YA TIDAK i. di bawah rawatan steroid. ii. mempunyai kanser dan sedang dalam rawatan kanser. iii. mempunyai penyakit HIV/AIDS yang tidak terkawal. iv. menjalani pemindahan organ dalam masa terdekat (1 hingga 2 tahun). v. sedang dalam pengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan imuniti badan yang rendah. D. KESEDARAN MURID MENGENAI COVID-19 DAN PENJAGAAN KEBERSIHAN KENDIRI Kesedaran dan kefahaman mengenai COVID-19 serta keupayaan MBK untuk YA TIDAK melaksanakan langkah kebersihan adalah penting bagi mencegah jangkitan COVID-19. i. Mencuci tangan dengan kerap dengan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan. ii. Memakai pelitup separuh muka. iii. Mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter. iv. Mengelak daripada menyentuh bahagian muka dengan kerap. v. Mengelak daripada berkongsi cawan, perkakas makanan, makanan dan minuman dengan orang lain. vi. Menjaga kebersihan diri tanpa bantuan (mengelap air liur meleleh, boleh berdikari pergi ke tandas, mengelap hingus dan lain-lain yang melibatkan kontak rapat). E. PERAKUAN IBU BAPA/PENJAGA Saya memperaku dan mengisytiharkan bahawa maklumat kesihatan yang diberikan berkenaan anak/anak jagaan saya adalah BENAR bagi melindungi serta menjamin keselamatan anak/anak jagaan saya atau orang lain daripada risiko jangkitan COVID-19 semasa berada di kawasan sekolah. Diperakukan oleh, Disahkan oleh, Tandatangan: Tandatangan dan cop rasmi: Nama: Nama: (Ibu bapa/Penjaga) (Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/ Tarikh: Penyelaras Pendidikan Khas) Tarikh: 120
Lampiran 4 PELAN TEMPAT DUDUK PUSAT PEPERIKSAAN AWAM MENGIKUT KESESUAIAN KELUASAN DEWAN ATAU BILIK PEPERIKSAAN Meja Ketua 1.5 meter Meja Ketua Pengawas Pengawas Peperiksaan Peperiksaan 1.5 meter 1.5 meter Meja 1.5 meter Meja 1.5 meter calon calon 1.5 meter Nota: 1. Meja tidak boleh disusun rapat ke dinding. 2. Bilangan meja disusun mengikut kapasiti bilik. 121
Lampiran 5 PELAN TEMPAT DUDUK BILIK PEPERIKSAAN KHAS Meja Pengawas Peperiksaan dua (2) meter atau lebih Meja dua (2) meter atau calon lebih dua (2) meter atau lebih 122
Lampiran 6 BORANG DEKLARASI SARINGAN COVID-19 PEPERIKSAAN: __________________________ TAHUN: ___________ Nama: No.Kad Pengenalan: Angka Giliran: No. Telefon: No. Telefon Waris: Panduan: Sila lengkapkan semua bahagian. RISIKO (TANDAKAN ) YA TIDAK 1. Adakah anda baru balik dari melawat LUAR NEGARA dalam tempoh 14 hari yang lepas? Jika YA, nyatakan negara yang dilawati: 2. Adakah anda pernah menghadiri acara atau mengunjungi mana-mana tempat yang melibatkan kes yang disyaki atau positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas? 3. Adakah anda ada KONTAK RAPAT dengan individu disahkan positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas? a. Bekerja/bersemuka dalam ruang tertutup yang sama, dalam jarak kurang dari 1 meter melebihi 15 minit? b. Menaiki kenderaan yang sama melebihi 2 jam dalam jarak 2 kerusi (2 meter) dari individu positif COVID-19? c. Tinggal serumah dengan individu yang disahkan positif COVID-19? d. Berada bersama di dalam bilik tertutup yang menggunakan pendingin hawa lebih dari 2 jam? e. Memberi rawatan atau melawat pesakit positif COVID-19 tanpa menggunakan alat perlindungan diri yang sesuai? 4. Adakah anda melakukan Ujian Calitan (Swab Test)? Jika Ya, nyatakan: Tarikh Ujian Calitan:______________ Keputusan Ujian Calitan:_________ 5. Adakah anda menjalani kuarantin? Jika Ya, nyatakan tarikh tamat tempoh kuarantin? ____________ 6. Adakah anda mempunyai gejala-gejala berikut? a. Demam b. Batuk c. Selesema d. Sakit tekak e. Sesak nafas Tandatangan Calon: _______________________________ Tarikh: __________________________________________ Sila serahkan borang ini kepada Ketua Pengawas Peperiksaan pada setiap hari anda hadir di pusat peperiksaan. Terima kasih atas kerjasama dan kejujuran anda melengkapkan borang dengan maklumat yang tepat. 123
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130