Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Pengurusan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengurusan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

Published by Nur Ain Yusoff, 2021-02-19 05:26:53

Description: Ebook

Search

Read the Text Version

KPK 2223 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN DALAM PAKK Tajuk : Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

NAMA AHLI KUMPULAN ● Nur Husnina binti Hazimi (19140260) ● Nik Nur Atiqah binti Nik Zamli (19140267) ● Nur Ain binti Mohd Yusoff (19140276) ● Rohadatul Aisy binti Mohd Nasir (19140283)

Pengenalan ● Pada era globalisasi, pengguna teknologi semakin meluas dan berkembang dengan pesatnya dalam kalangan di seluruh dunia tanpa mengira peringkat usia. Ia termasuklah kanak- kanak yang sedang meneroka benda-benda baru di persekitarannya. Penggunaan teknologi sangat penting dalam kehidupan masa kini. 1

◈ Tanpa teknologi, sesuatu pekerjaan menjadi sukar, memenatkan dan mengambil masa yang lama untuk memperoleh hasil. Begitu juga dalam bidang pendidikan di mana, sekolah-sekolah mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi supaya ianya berjalan dengan lancar dan berkesan. 2

 Bagi pengajaran dan  Kajian Clements (1987) pembelajaran kanak-kanak serta Hough dan Ellis di prasekolah, ICT perlu (1997) mendapati ICT diintegrasikan supaya boleh membantu kanak- proses pengajaran dapat kanak menghasilkan berjalan dengan berkesan, sesuatu yang kreatif. menarik, mencabar dan interaktif. 3

Matlamat penggunaan teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran ● Mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat. ● Memperkenalkan, mengukuhkan dan menambah kemahiran kanak-kanak terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran. 4

● Peranti tambahan seperti cakera padat (CD), teknologi video dan digital dapat menyediakan persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan guru dan kanak-kanak. ● Membantu kanak-kanak mengembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. 5

Konsep penggunaan teknologi dalam P&P ● Menggunakan teknologi secara terancang, bersesuaian dan berfitrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 6

Jenis-jenis teknologi dalam pendidikan Laptop LCD Projektor 7

8

9

CIRI-CIRI INTEGRASI ICT DALAM P&P ● Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Prasekolah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. 10

● Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Oleh itu, ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak. 11

KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P ● Penggunaan ICT pada era kini amatlah penting kerana ICT tidak lagi asing penggunaannya dalam bidang kerjaya mahupun bidang pendidikan. Kita tidak menginginkan anak- anak muda ini ketinggalan zaman sekiranya langsung tidak didedahkan dengan teknologi dalam pendidikan sejak awal lagi. 12

KEBAIKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ● Penggunaan ICT ini mampu memaksimakan kesan pendidikan 13 dalam proses pembelajaran kerana semua deria akan tergolong dalam penglibatan ICT ini. Apabila pembelajaran dimulakan, murid tidaklah terlalu bosan kerana penggunaan ICT ini akan menarik minat mereka dalam mencuba benda baru, malah ia juga dapat menjimatkan masa pelajar dalam proses pembelajaran

● Hal ini kerana, jika dibandingkan dengan era yang lebih lama, murid terpaksa memikul bag yang berisi buku-buku pelbagai subjek dengan berat. Apabila hendak memulakan pembelajaran, murid akan mengambil masa untuk mencari muka surat dalam buku teks malah, ada juga segelintir murid yang lupa membawa buku teks bagi subjek yang ingin dipelajari pada hari tersebut dan sebagainya menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. 14

● Seterusnya ICT ini juga akan melicinkan lagi proses pengajaran. Sebagai contoh, jika dibandingkan dengan pengajaran yang berasaskan buku teks dan percakapan guru, semestinya akan ada sedikit gangguan yang tidak diingini seperti bersin, batuk ataupun lupa sementara yang akan mengganggu proses pembelajaran dan juga kadangkala akan memakan masa yang lebih lama melebihi masa yang diberikan. 15

● Maka, dengan penggunaan ICT ini dapat menjamin masa yang cukup dan proses pembelajaran yang lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini. Tambahan pula, sebarang kesulitan pengajaran seperti murid tidak fokus tidak lagi menjadi masalah kerana mereka akan memberikan sepenuhnya tumpuan kepada kaedah pembelajaran menggunakan ICT yang lebih menarik. 16

● Penggunaan ICT ini jga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru justeru, murid akan memperoleh pelbagai pengalaman dalam pembelajaran menggunakan ICT ini. 17

KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ● Keburukan kepada guru dan sekolah :  Guru terpaksa mengambil masa untuk memasang peralatan- peralatan yang ingin digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh demikian, guru akan mengorbankan masa mereka dengan terpaksa datang lebih awal ke sekolah untuk memasang peralatan ICT ini. Namun begitu, hal ini akan menjadi masalah besar sekiranya guru cetek pengetahuan dalam bidang ICT. 18

● Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai peruntukan yang banyak, mereka terpaksa memilih barangan kelengkapan ICT yang second-hand. Keputusan ini akan membawa kepada beberapa kesan buruk apabila kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami kerosakan menyebabkan banyak masa terbuang apabila kemudahan tersebut terpaksa dibaiki berulang kali. 19

● Penggunaan teknologi juga tidak dapat membantu dalam sesetengah 20 tajuk. Antara yang tidak dapat menggunakan penggunaan ICT sepenuhnya adalah seperti tajuk yang memerlukan penerangan yang mendalam dan tajuk yang melibatkan proses penyelesaian masalah yang mana lebih mudah pemahamannya jika kaedah chalk and talk diaplikasikan. Manakala bagi sebjek-subjek tertentu seperti sains dan matematik yang memerlukan bahan uji kaji dan perlu dijalankan sendiri oleh murid maka, ICT ini tidaklah membantu kerana subjek-subjek ini lebih memerlukan kemahiran kreatif dan aktiviti hands-on agar murid dapat memahami dan mengalami sendiri pengalaman-pengalaman yang berkaitan pembelajaran ini.

● Penyediaan bahan ICT ini pula akan memakan banyak masa untuk disiapkan. Hal ini kerana, penyediaan bahan ini memakan banyak masa apabila bahan yang ingin digunakan agak sukar untuk dicari dan disediakan. Berkait dengan pencarian bahan pula, guru amat tertekan sekiranya rangkaian internet tidak berjalan dengan lancar. 21

Keburukan kepada murid : ● Murid akan lebih mengharapkan penggunan ICT sepenuhnya berbanding dengan latihan-latihan amali. Akibatnya, murid akan menjadi malas sekiranya aktiviti berpusatkan murid dijalankan. Dan apa yang lebih dirisaukan adalah apabila murid diberikan penggunaan ICT ini tanpa had dan kawalan yang akan menyebabkan kepada murid terlalu obses dengan gadjet-gadjet ini. 22

● Jika hal ini berlaku, pelbagai lagi masalah akan terus menerus datang tanpa henti sama ada dari segi aspek kesihatan ataupun emosi sendiri. Sebagai contoh, kesihatan murid akan terjejas apabila mereka terlalu leka dan lupa untuk makan dan minum. Di samping itu, pendedahan kepada teknologi yang terlalu banyak boleh membawa kepada masalah rabun, sakit mata dan sakit kepala akibat terlalu kerap melihat skrin gadjet-gadjet tersebut. 23

PERANAN GURU DALAM PENGGUNAAN ICT ● Dalam perkembangan teknologi maklumat ini, para guru perlu memahirkan diri dengan teknologi ini agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengn lancar dan kanak-kanak dapat menerima ilmu daripada guru dengan mudah. Ia juga secara tidak langsung untuk melahirkan guru-guru yang menggunakan pelbagai alat berasaskan teknologi lebih canggih dan menarik kepada kanak-kanak. Daya menarik melalui animasi dan multimedia interaktif boleh menarik minat kanak-kanak dan memikat mereka untuk kekal dan memberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran. 24

● Oleh itu, guru hendaklah merancang aktiviti dan menyediakan bahan bantu mengajar mengikut panduan KSPK sebelum pengajaran dilakukan. Sebagai pembina perisian bahan bantu mengajar menggunakan teknologi terkini sehingga mampu membina perisian yang akan membantu semasa pengajaran dan pembelajaran. 25

● Selain itu, mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT, guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu objek. 26

● Contohnya, penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan kanak-kanak mendapat maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu masa yang lama. Seterusnya, dapat menggunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini, kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan. 27

● Seterusnya, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua kanak-kanak yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas, tidak semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu, melalui penggunaan ICT kanak-kanak dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. 28

● Contohnya, melalui penggunan alat seperti audio, video dan sebagainya maka kanak-kanak akan lebih memahami setiap apa yang diajar kerana diberi gambaran yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang biasa. 29

KESIMPULAN ● Kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam dunia pendidikan masa kini di mana, kanak-kanak lebih berminat untuk melihat benda-benda yang boleh bergerak dan berwarna-warni. Ia juga dapat membantu membentuk kanak- kanak lebih kreatif, inovatif dan memberi banyak pengetahuan tentang pembelajaran yang lebih berkesan kepada mereka. 30

● Oleh itu, ibu bapa juga haruslah sentiasa memberi galakan kepada kanak-kanak untuk mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi maklumat. Guru juga haruslah mempunyai kemahiran dan memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi. Tidak dapat dinafikan lagi, penggunaan teknologi dapat mengintegrasikan pendidikan yang lebih menarik minat dan pengetahuan kanak-kanak terhadap pembelajaran masa kini yang semakin maju bersesuaian dengan peredaran zaman. 31

RUJUKAN ● https://www.researchgate.net/publication/279197893_Integrasi _Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_dalam_Pendidikan 32

THANK YOU


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook