MANUAL PENGURUSAN 2017 BAHAGIAN 1 : DASAR KUALITI DASAR KUALITI SEKOLAH Dasar Kualiti Pengurusan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra merupakan asas dan rujukan kepada tindak kerja atau perkhidmatan kepada pelanggan ke arah merealisasikan visi dan misi serta pencapaian matlamat dan objektif sekolah. 1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1.1 DASAR KUALITI 1.1.1 Pentadbiran pejabat yang cekap dan memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan khususnya pelajar 1.2 MATLAMAT 1.2.1 Meningkat dan mengekalkan prestasi pengurusan dan pentadbiran sekolah pada setiap masa. 1.2.2 Membentuk pasukan kerja sekolah yang bersikap pro-aktif dalam menghadapi sebarang perubahan pendidikan atau cabaran keadaan. 1.2.3 Menggandakan usaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan. 1.2.4 Melestarikan dan melonjakkan kecemerlangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 1.3 STRATEGI 1.3.1 Edaran Pekeliling Pengetua (dalaman) mengenai sesuatu dasar sekolah. 1.3.2 Edaran Pekeliling Ikhtisas dan Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. 1.3.3 Kolokium untuk membincangkan hal berkaitan profesionalisme keguruan - Perjumpaan Profesional Pengetua-Guru. 1.3.4 Pendokumentasian aktiviti perancangan, pelaksanaan dan penilaian setiap program sekolah. 1.3.5 Taklimat mingguan pengurusan dan pentadbiran 1.3.6 Mesyuarat-mesyuarat Kawalan Mutu Kerja (Work Quality Control) I. Mesyuarat Mingguan Majlis Pengurusan Sekolah II. Mesyuarat Berkala Jawatankuasa Kewangan Sekolah 1 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 III. Mesyuarat Berkala Jawatankuasa Kurikulum IV. Mesyuarat Berkala Jawatankuasa Kokurikulum V. Mesyuarat Bulanan Warden VI. Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling VII. Mesyuarat pelaksanaan program-program SBT serta program-program sekolah 1.3.7 Post-Mortem pelaksanaan semua program sekolah 1.3.8 Latihan Dalam Perkhidmatan yang berfokus kepada pengurusan yang berkualiti 2. PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH 2.1 DASAR KUALITI 2.1.1 Pengurusan Kewangan yang cekap dan berkualiti . Semua penerimaan dan pembelian mematuhi peraturan, prosedur dan kawalan-kawalan yang ditetapkan. 2.2 MATLAMAT 2.2.1 Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut peruntukan yang ada secara berhemah. 2.2.2 Melaksanakan kutipan yuran pelajar secara efisien 2.2.3 Mengguna dan menyatakan Penyata Tahunan Sekolah berkomputer (PATSKOM) 2.2.4 Menjalankan kawalan dalaman melalui Juru Audit Dalam. 2.2.5 Memastikan Laporan Audit Tanpa Syarat dan berusaha mendapat laporan audit cemerlang. 2.2.6 Berusaha untuk memperolehi Anugerah Kualiti dalam Pengurusan Kewangan. 2.2.7 Pembayaran melalui e-SPKB dan Akaun Akruan 2.3 STRATEGI 2.3.1 Mesyuarat berkala kewangan. 2.3.2 Pengauditan dalaman secara bulanan 2.3.3 Mematuhi Prosedur pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah. 2.3.4 Perancangan pembelian aset dan peralatan. 2 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 2.3.5 Pengagihan belanjawan mengikut jabatan/ bidang. 2.3.6 Amalan perbelanjaan berhemah. 2.3.7 Pemantauan berterusan. 2.3.8 Perolehan mengikut prosedur kewangan yang sedia ada 3. PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 DASAR KUALITI Pengurusan Kurikulum yang berkualiti merangkumi pengurusan panitia yang kemas dan PdP yang berkesan berpusatkan pelajar serta pentaksiran yang sistematik dan berkualiti. Sasaran pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam adalah seperti berikut: Pentaksiran PT3: Berjaya melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Pencapaian 30% semua A dan GPS 1.27 Selaras sebagai salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), para pelajar sewajarnya berupaya mendapat penajaan pihak kerajaan atau swasta untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan IPTA 3.2 MATLAMAT 3.2.1 Meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa dengan penentuan tindakan susulan yang sesuai. 3.2.2 Memastikan kesesuaian isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan kepada para pelajar, selaras dengan penetapan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.2.3 Mengkaji dan menilai kesesuaian buku dan bahan rujukan tambahan bagi kegunaan pelajar. 3.2.4 Melahirkan pelajar cemerlang yang layak melanjutkan pelajaran ke luar negara dan IPTA / IPTS terbaik di dalam negara 3.2.5 Melahirkan para pelajar yang berilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan pasaran abad ke 21 3.2.6 Melahirkan individu yang menghayati pembelajaran sepanjang hayat. 3.2.7 Melonjak kecemerlangan SBT 3 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 3.3 STRATEGI 3.3.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian serta Unit Plan yang mantap 3.3.2 Penyeliaan proses PdP yang terancang dan sistematik. 3.3.3 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan Dialog Prestasi sebelum/selepas Peperiksaan di peringkat sekolah. 3.3.4 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran sekurang-kurangnya 4 kali setahun . 3.3.5 Pentaksiran/Penilaian Bulanan/Topikal 3.3.6 Mengaplikasikan pendekatan PdP abad ke-21 3.3.7 Program Kecemerlangan Menengah Rendah, Tingkatan 4 dan SPM Ceramah Motivasi dan Pembangunan Modal Insan Kelas-kelas Bimbingan,Tutorial dan Klinik Mata Pelajaran Melaksanakan pengurusan PdP secara ’Headcount” Aku janji Pelajar-IbuBapa, Pelajar-Guru Mata Pelajaran & Pelajar-Pengetua (Sekolah). Pengurusan Bilik Darjah yang berkesan. Pemeriksaan Buku Latihan/Rampaian Pelajar secara berkala. Program ‘Buddy Academic Support’ (BAS) Program Bicara Mutiara (Perjumpaan antara Pengetua, Penolong Kanan dan Kaunselor dengan Pelajar-pelajar yang berprestasi rendah) Majlis Konsultasi (Perjumpaan antara Ibu bapa/Penjaga Pelajar dengan Guru-guru Mata Pelajaran atau Mentor) Penganugerahan Anugerah Cemerlang Akademik Majlis Jejak Cemerlang SPM Program ”Principal’s List Award” 4 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 4. PENGURUSAN KOKURIKULUM 4.1 DASAR KUALITI Pengurusan Kokurikulum yang berkualiti dalam tiga bidang utama iaitu kelab & persatuan, pasukan beruniform dan sukan & permainan. Penekanan kepada perkembangan diri pelajar dalam kognitif, afektif dan psikomotor supaya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. 4.2 MATLAMAT 4.2.1 Kelab & Persatuan I. Melahirkan pelajar yang memahami hal-hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran organisasi persatuan & kelab. II. Membolehkan pelajar membina kemahiran insaniah dalam hubungan kemanusiaan III. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi dan memperkukuhkan segala pengetahuan yang dipelajari di bilik darjah. IV. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka/mencari maklumat bersama ahli-ahli kelab dan persatuan. V. Memupuk ciri-ciri kepimpinan pelajar. 4.2.2 Pasukan Beruniform I. Melahirkan anggota kumpulan yang bersatu dan mengamalkan semangat kekitaan. II. Membentuk pelajar yang berdisiplin dan taat kepada undang- undang dan peraturan III. Membentuk generasi yang boleh memberi khidmat sukarela kepada masyarakat. IV. Memupuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri para pelajar. V. Menerap nilai patriotisme dalam diri pelajar. VI. Meningkat daya ketahanan mental dan fizikal pelajar. 4.2.3 Sukan & Permainan I. Melahirkan pelajar yang cergas, berdisiplin serta sihat dari segi mental dan fizikal. II. Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran yang khusus dalam bidang sukan dan mampu bertanding di peringkat yang lebih tinggi 5 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 III Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan aktiviti sukan dan permainan IV. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.4.3 STRATEGI4.3.1 Mesyuarat berkala Jawatankuasa kokurikulum4.3.2 Kursus Kepemimpinan dan Pengurusan aktiviti kokurikulum4.3.3 Latihan sukan dan permainan yang berterusan sepanjang tahun selaras dengan dasar SATU MURID SATU SUKAN (1M1S).4.3.5 Penyertaan dalam pelbagai pertandingan di peringkat MSSD, MSSK, MSSM, SBP, kebangsaan dan antarabangsa4.3.6 Penyertaan Kem Bakat (anjuran MSSK, MSSM dan MSN dan4.3.7 lain-lain). Penganugerahan “Full Colours” Kokurikulum.4.3.8 Program Anugerah Kualiti Kecemerlangan Kokurikulum5. PENGURUSAN HAL-EHWAL MURID5.1 DASAR KUALITIPengurusan Hal-Ehwal Murid yang berkualiti adalah usaha berterusan bagimelahirkan para pelajar yang seimbang dari segi lntelek, emosi, jasmani,rohani dan sosial.5.2 MATLAMAT5.2.1 Membangun sahsiah dan kapasiti kepimpinan pelajar ke arah pembentukan modal insan bertaraf dunia5.2.2 Mewujudkan iklim sekolah yang merangsang peningkatan disiplin diri yang optimum dan pengamalan nilai-nilai murni yang unggul dalam kalangan pelajar.5.2.3 Menyediakan perkhidmatan bimbingan/rundingcara kepada para pelajar5.2.4 agar mereka sentiasa dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Memastikan segala keperluan dan kemudahan pelajar disediakan.5.2.5 Mengurangkan kes salah laku/disiplin pelajar dari semasa ke semasa5.2.6 sehingga ke tahap sifar Meningkatkan aspek keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah dan asrama ke tahap yang tinggi bagi menjamin keselesaan pelajar6 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 5.3 STRATEGI 5.3.1 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan. 5.3.2 Kursus kepimpinan pelajar 5.3.3 Program mentor mantee 5.3.4 Penyediaan kemudahan dan keperluan asas pelajar di sekolah dan di asrama. 5.3.5 Pemilikan Buku Undang-undang dan Peraturan Sekolah oleh setiap pelajar. 5.3.6 Pengendalian kes-kes disiplin pelajar dalam bentuk carta aliran tindakan berdasar MPK 5.3.7 Program Kebajikan/Suai Kenal pelajar-pelajar baru. 5.3.8 Program Orientasi Semula (re-orientation) pelajar-pelajar yang sedia ada. 5.3.9 Program-program Khas yang dikendalikan secara terancang dan berkala: I. Taklimat berkaitan undang-undang dan peraturan sekolah II. Kempen dan ceramah motivasi / pembangunan diri. III. Kempen dan ceramah penampilan diri IV. Majlis makan beradab ‘Hightable’ V. Kempen dan ceramah etika diri VI. Kempen-kempen Anti Dadah, Anti Merokok, Anti Buli dan Anti Jenayah VII. Taklimat kerjaya VIII. Hari ‘ASRAMA KU RUMAH KU’ 5.3.12 Perkhidmatan Kantin yang bersih dengan kepelbagaian makanan pada kadar harga yang dipersetujui. 5.3.13 Penyelenggaraan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang kemaskini. 5.3.14 Pemilihan Biasiswa dan projek khas kepada pelajar yang layak. 5.3.15 Inspection mingguan di asrama oleh pihak Warden. 5.3.16 Kad Kebenaran Keluar-Masuk sekolah. 7 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 5.3.17 Program Khidmat Sosial dan RIMUP (Rancangan Integrasi murid untuk perpaduan) 5.3.18 Majlis Sireh Pulang Ke Gagang (selepas selesai peperiksaan SPM). 6. PENGURUSAN PEMBANGUNAN SUMBER SEKOLAH 6.1 DASAR KUALITI Peningkatan profesionalisme staf (guru & kakitangan sokongan) dan pembangunan kemudahan fizikal serta sumber pengajaran-pembelajaran, pengurusan bahan-bahan, peralatan serta teknologi bagi menyokong program-program pendidikan di sekolah 6.2 MATLAMAT 6.2.1 Meningkatkan keupayaan sumber agar mencapai matlamat yang ditetapkan. 6.2.2 Memastikan setiap sumber menyumbang kepada perkembangan sekolah, masyarakat dan negara. 6.2.3 Meningkatkan tahap profesionalisme staf. 6.2.4 Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi proses PdP. 6.3 STRATEGI 6.3.1 Program Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia I. Kakitangan Akademik a. Latihan dalam perkhidmatan yang berterusan 7 hari setahun b. Kursus Ikhtisas Jangka Pendek (anjuran Bahagian Pendidikan Guru, SEAMEO, dan lain-lain persatuan/ pertubuhan pendidikan) c. Kursus Pengajian Peringkat Tinggi (Pengajian Jarak Jauh, Biasiswa Persekutuan atau Tajaan Bank Dunia) d. Kursus Peningkatan Profesionalisme (anjuran QIT, JPN, Unit BPSBPSK dan lain-lain) e. Kursus lanjutan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sekolah di Institut Aminuddin Baki. f. Kursus Dalaman Panitia Mata Pelajaran mengikut keperluan semasa subjek dan kursus-kursus berkaitan perkhidmatan. 8 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 g. Pelaksanaan Kajian Tindakan h. Lawatan Penandaarasan II. Anggota Kumpulan Pelaksana a. Kursus/Bengkel peningkatan pelbagai kemahiran yang berkaitan b. Kursus berkaitan perkhidmatan c. Lawatan Penandaarasan 6.3.2 Pengurusan sumber fizikal yang lebih sistematik. 6.3.3 Pengurusan sumber PdP secara teratur dan selamat serta maklumat penggunaan yang dikemaskini dari semasa ke semasa. 6.3.4 Pengurusan sumber kewangan yang efisien dan optimum. 7 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 7.1 DASAR KUALITI Pengurusan bimbingan dan kaunseling serta perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan 7.2 MATLAMAT 7.2.1 Menyediakan perkhidmatan perkembangan diri pelajar 7.2.2 Menyediakan khidmat pencegahan salahlaku. 7.2.3 Menyediakan perkhidmatan bersifat pemulihan. 7.2.4 Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar untuk melatih diri ke arah perkembangan diri yang lebih sihat 7.2.5 Memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya 7.2.6 Memberi latihan kepimpinan dan pengurusan organisasi 7.3 STRATEGI 7.3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Bimbingan dan Kaunseling 7.3.2 Melaksanakan program-program bimbingan a. Kemahiran belajar b. Kemahiran Pengurusan diri c. Kemahiran Pengurusan masa d. Strategi Menghadapi peperiksaan 9 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 e. Pendedahan laluan kerjaya 7.3.4 Program-program bidang pembinaan insan, Psikososial, kesihatan mental dan kemahiran insaniah 7.3.5 Kem Kepimpinan 8. PENGURUSAN HUBUNGAN LUAR 8.1 DASAR KUALITI Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan tahap kerjasama yang tinggi kepada komuniti setempat, agensi-agensi luar NGO, alumni dan organisasi yang mempunyai kepentingan dengan sekolah. 8.2 MATLAMAT 8.2.1 Menggiatkan hubungan kerja mahupun sosial dengan komuniti setempat dan agensi-agensi luar. 8.2.2 Meningkatkan keyakinan daripada pihak-pihak luar sebagai salah satu usaha menepati keperluan pelajar dan sekolah. 8.3 STRATEGI 8.3.1 Menyediakan brosur sekolah untuk memaparkan aktiviti/program sekolah serta menyatakan keperluan sekolah. 8.3.2 Perjumpaan permuafakatan dengan komuniti setempat dan PIBG; mengenal pasti kepakaran yang boleh disumbangkan kepada pelajar dan sekolah. 8.3.3 Mewujudkan hubungan permuafakatan yang baik dengan alumni. 8.3.4 Mewujud konsep PIBG sebagai rakan pengurusan sekolah 10 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017MIDDLE YEAR PROGRAMME INTERNATIONAL BACCALAUREATE WORLD CLASS EDUCATION FOR A BETTER WORLDVISIONSMSTMFP strives to produce Internationally-minded LeadersMISSIONSMSTMFP is committed to provide high quality, challenging and international education thatcrerate knowledgeable, caring and respectable individuals.AIM GOALTo attract, develop and is to make IB “a great andretain competent, motivated compelling” place to workand engaged peoplewith an international through our commitmentmindset driven byhigh professional to invest in talent andstandards. to create a the “thriving culture”.The International Baccalaureate (IB) Middle Year Programme addresses students’ intellectual, social, emotional and physical well-beimg enables students to understand and manage the complexities of our world and provides them with the skills and attitudes they need in order to take responsible action for the future ensures breadth and depth of knowledge and understanding through the study of eight subject areas requires the study of at least two languages to support students in understanding their own cultures and that of others provides the opportunity for students to under take an independent project into an area of interest. 11 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 AMALAN PROFESIONAL GURU SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terkandung dalam Perintah Am Kerajaan. 1.2 Guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi arahan Perintah Am tersebut 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesyen keguruan dan menjunjungnya sebagai profesyen dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata 1.4 Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang 1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Matlamat Pendidikan kebangsaan 1.6 Guru mesti meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah serta menjaga harta benda sekolah 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas 1.9 Kawasan sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok 1.10 Sebarang Jualan langsung adalah dilarang di sekolah 2. WAKTU BERTUGAS 2.1 Hari Ahad hingga Khamis, kecuali hari sabtu yang diarahkan 2.2 Masa 7.35 pagi hingga 2.05 petang. 3. KEDATANGAN 3.1 Menanda kedatangan dalam sistem perakam waktu atau buku kedatangan khas semasa hadir dan balik. 3.2 Kegagalan menanda kedatangan dianggap guru-guru tidak bertugas pada hari tersebut 3.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberitahu kepada pengetua/ wakilnya dengan kenyataan dan sebab yang wajar 3.4 Semua urusan peribadi hendaklah dibuat diluar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan 12 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 4. KELUAR KAMPUS 4.1 Guru tidak di benarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali atas arahan atau izin pengetua jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan 4.2 Sebelum meninggalkan sekolah guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar 5. CUTI SAKIT/ CUTI REHAT KHAS 5.1 Guru Sakit atau tidak dapat hadir bertugas hendaklah menghubungi pengetua sebelum masa pertama persekolahan 5.2 Sijil sakit hendaklah dihantar pada keesokan harinya 5.3 Semasa cuti sakit sepatutnya berada di rumah / hospital . 5.4 Cuti Rehat Khas (CRK) adalah satu keistimewaan yang diberi sebanyak 7 hari untuk kes-kes tertentu mengikut tempoh perkhidmatan. 6. GURU GANTI 6.1 Guru ganti harian hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan 6.2 Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah boleh dianggap sebagai engkar perintah 7. GURU BERTUGAS MINGGUAN 7.1 Bertugas 7.10 pagi hingga 5.00 petang 7.2 Bersedia setiap masa mengawasi disiplin pelajar, persekitaran sekolah, menyelia bilik khas seperti bilik guru dan sebagainya 7.3 Laporan bertugas hendaklah ditulis dalam BUKU LAPORAN BERTUGAS 7.4 Menyelaras perhimpunan mingguan / roll-call dan menjadi pengerusi majlis jika diperlukan8. PERHIMPUNAN MINGGUAN 8.1 Semua guru wajib hadir perhimpunan mingguan kecuali sakit 8.2 Perhimpunan setiap hari Ahad bermula 7.30 -8.20 pagi, kecuali ada perubahan khas akan ditunda kepada hari lain atas arahan pengetua 8.3 Roll-call akan diadakan setiap hari persekolahan jam 7.10 - 7.30 pagi di lapangan bendera yang diseliakan oleh guru bertugas mingguan. 13 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 9. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 9.1 Pastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan penuh amanah dan tanggungjawab. Berdiri semasa mengajar 9.2 Menyemak kerja-kerja pelajar dari semasa ke semasa 9.3 Free Period adalah masa bertugas bukan masa rehat 9.4 Masa mengajar mesti diimbangi dengan proses pembelajaran pelajar 10. KETEPATAN MASA BERTUGAS 10.1 Ketepatan masa melambangkan kewibawaan guru bagi profesyennya 10.2 Guru perlu tepat masa mula dan akhir pengajaran bagi sesuatu kelas dan sentiasa Melindungi Masa Instruksional (MMI). 11. DISIPLIN 11.1 Guru perlu unggul disiplin kerana ia adalah model bagi pelajar 11.2 Guru hendaklah sentiasa mengawal keadaan supaya pelajar sentiasa berdisiplin 11.3 Setiap guru adalah guru disiplin dan guru bimbingan 11.4 Masalah disiplin berat perlu dirujuk kepada setiausaha disiplin untuk tindakan/disampaikan kepada pengetua 12. AKTIVITI KOKURIKULUM 12.1 Semua guru wajib hadir aktiviti kokurikulum mengikut masa, jadual dan bidang yang telah ditetapkan 12.2 Menjalankan aktiviti di tempat / bilik yang di khaskan 12.3 Menyampaikan laporan aktiviti kepada penyelaras masing-masing 13. MAJLIS/ ACARA RASMI SEKOLAH 13.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah 14. TUGAS PROFESIONAL DAN TUGAS KHAS LAIN 14.1 Guru akan diberi tugas akademik dan pentadbiran. Mereka mestilah melaksanakan tugas-tugas dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab 14.2 Guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / wakilnya 14.3 Setiap guru tingkatan dikehendaki menanda kedatangan kehadiran pelajar pada waktu pertama persekolahan 14 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 14.4 Setiap guru mata pelajaran dikehendaki memastikan bilangan pelajar mencukupi sebelum pengajaran dimulakan15. PELAWAT15.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa Pengetua terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali kebenaran pengetua/wakilnya16 MESYUARAT GURU/PANITIA 16.1 Guru mesti hadir mesyuarat guru / panitia masing-masing17 TANDA NAMA 17.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, Majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah18. KEAHLIAN IKATAN GURU 18.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Ikatan Guru dan PIBG sekolah 18.2 Jumlah yuran Ikatan Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat19 PENGGUNAAN ALAT-ALAT 19.1 Mesti mendapat kebenaran ketua-ketua unit/penjaga stor 19.2 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik 19.3 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta20. PAKAIAN 20.1 Guru hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan profesyen keguruan 20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher 20.3 Guru perempuan mestilah berpakaian mengikut masyarakat timur dan sopan 20.4 Guru lelaki mempunyai potongan rambut yang sesuai21. TELEFON 21.1 Telefon sekolah hanya untuk urusan rasmi sekolah sahaja.15 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 22 KESELAMATAN 22.1 Guru bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar, bangunan, bilik-bilik dan peralatan sekolah 22.2 Menghubungi ibubapa (jika perlu) bagi kes kecemasan pelajar BIDANG DAN SENARAI TUGASGURU KANAN / KETUA BIDANG a. BIDANG TUGAS 1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kurikulum yang berkaitan dengan bidangnya. 3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. 4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. 5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya. 6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih maktab/universiti dan umpamanya. 7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu. b. SENARAI TUGAS 1. KURIKULUM 1.1 Memimpin guru menentukan dan merancang rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. 1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya 1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1.4 Membimbing guru terlatih, guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka. 1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan. 16 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 20171.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya.1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengkayaan.1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (Kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain-lain yang diarahkan oleh Pengetua.1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf.1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.1.13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum1.14 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah- langkah untuk mengatasinya.2. KOKURIKULUM 2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. 2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya 3. PENGURUSAN 3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya. 3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru. 3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya 3.4 Membantu merancang takwim sekolah. 3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.17 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 20173.6 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal3.7 perbelanjaan.3.83.9 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan3.10 audit tahunan.3.11 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya. Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah dan sekolah. Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas- tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya. Menyelia kerja-kerja kursus pelajar mempertingkatkan pelajar dengan program Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah Menengah (PKBSM) serta Peperiksaan Berasaskan Amali Sains (PBAS) sebagaimana yang dirancang4. TUGAS LAIN 4.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri tentang apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru. 4.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan. 4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil. 4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah. 4.5 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber 4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.KETUA PANITIAa. BIDANG TUGAS 1 Menjadi ketua dan bertanggungjawab dalam hal kurikulum panitianya. 2 Bertanggungjawab kepada Pengetua/Penolong Kanan/ Ketua Bidang/ wakilnya dalam perancangan dan pengurusan mata pelajaran. 3 Bertanggungjawab mengurus panitia. 18 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 b. SENARAI TUGAS 1 Mempengerusi dan mengadakan mesyuarat panitia. 2 Menyelaras dan menyediakan rancangan pelajaran. 3 Mencadangkan penggunaan buku teks/rujukan untuk guru dan pelajar. 4 Mencadang/menyenaraikan alat bantu mengajar. 5 Menjalankan kursus dalaman peringkat panitia. 6. Membincangkan dan mengambil tindakan terhadap masalah pelajar bersama guru mata pelajaran. 7 Menganalisa pencapaian pelajar setiap peperiksaan 8 Merancang program tahunan panitia/kecemerlangan mata pelajaran. 9. Menyelaras penyediaan soalan peperiksaan dalaman sekolah bagi mata pelajarannya. 10 Membantu Pengetua/Penolong Kanan/Ketua Bidang dalam pentadbiran mata pelajaran 11 Mengurus Bank Soalan Panitia. 12 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua/ Penolong Kanan/Ketua Bidang/Wakilnya. GURU MATA PELAJARAN a. SENARAI TUGAS 1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. 2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-Pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir setiap penggal bagi setiap tingkatan. 3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan. 4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun / sepenggal / seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan. 5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semua secepat mungkin. Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya pada masa yang dikehendaki 6. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar. 19 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan. 8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia. 9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan dan PPD 10. Memastikan keselamatan pelajaran di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan. 11. Menghadiri mesyuarat/ taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri / PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. 12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 13. Melaporkan kepada guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. 15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. 16. Membantu menguruskan Bank Soalan. BIDANG TUGAS YEAR LEADER 1. Memastikan keceriaan tingkatan yang diselia. 2. Menjadi perantara antara pihak pengurusan dengan guru-guru tingkatan. 3. Menyemak dan mengemaskini analisis kedatangan dan maklumat pelajar dalam jadual kedatangan pelajar pada setiap bulan bagi tingkatan yang diselia. 4. Menyelaras bersama program-program bagi tingkatan yang diselia. 5. Mempengerusikan mesyuarat guru tingkatan apabila perlu. 6. Menerima laporan kerosakan, masalah pelajar tingkatan daripada guru tingkatan dan lain-lain kepada Pengetua / Penolong Kanan. 7. Menyelaraskan hal-hal lain yang berkaitan dengan tingkatan yang diselia. 20 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN 1. MENTADBIR BILIK DARJAH 1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong Ketua kelas, setiausaha dan ahli jawatan kuasa kelas 1.2 Mengadakan mesyuarat kelas dari semasa ke semasa 1.3 Memastikan segala minit mesyuarat direkodkan dalam buku log khas dan di hantar kepada setiausaha organisasi kelas 1.4 Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria 1.5 Memastikan pelajar membuat jadual tugasan dan menjalankan tugas masing-masing 1.6 Memastikan perabot, peralatan dan keadaan fizikal kelas dalam keadaan selamat 1.7 Menerima laporan kerosakan dan mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak pengurusan 1.8 Memaparkan dengan jelas segala peraturan berkaitan dengan kelas di papan kenyataan kelas 1.9 Menentukan disiplin pelajar di dalam keadaan terkawal 1.10 Memastikan papan kenyataan kelas diuruskan teratur dan dapat memanfaatkan pelajar 2. MENGURUS JADUAL KEDATANGAN KELAS 2.1 Merekodkan dan memasukkan semua butiran pelajar ke dalam Jadual Kedatangan mengikut ruangan yang ditetapkan 2.2 Menandakan kedatangan pelajar setiap hari sewaktu perhimpunan pagi 2.3 Menghantar Jadual Kedatangan pelajar ke pejabat sekolah sebelum bermula waktu ketiga pada setiap hari persekolahan 2.4 Menutup jadual kedatangan pada akhir tiap-tiap bulan dan menyerahkannya kepada penyelaras tingkatan untuk disemak 2.5 Memastikan pelajar yang tidak hadir membawa surat ibu bapa / penjaga / doktor jika pelajar tidak dapat hadir ke sekolah 2.6 Memaklumkan ketidakhadiran pelajar ke sekolah yang melebihi tiga hari kepada pihak sekolah (PK HEM) dan ibu bapa 2.7 Mengambil tindakan tentang pertukaran pelajar 2.7.1 Mencatatkannya ke dalam jadual kedatangan 2.7.2 Menyediakan semua dokumen pertukaran seperti laporan keputusan peperiksaan, butiran biasiswa, markah ujian lisan dan seumpamanya kepada pejabat 21 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 2.8 Warna dakwat yang digunakan dalam jadual kedatangan hendaklah serupa dari awal hingga akhir 2.9 Pemadam cecair tidak boleh digunakan untuk memadam apa-apa catatan dalam jadual kedatangan. Sekiranya berlaku kesilapan potong sahaja dengan menggunakan dakwat yang serupa dan tandatangan ringkas 3. YURAN 3.1 Memasukkan butiran yuran ke dalam buku kedatangan kelas 3.2 Mengambil tindakan sewajarnya seperti memberikan peringatan terhadap pelajar yang masih belum menyelesaikan bayaran yuran sehingga bulan ogos 4. MEMBANTU JK SPBT SERTA BANTUAN DAN BIASISWA 4.1 Mengedarkan borang berkenaan kepada para pelajar 4.2 Mencadangkan pelajar-pelajar yang sesuai untuk menerima bantuan dengan mematuhi syarat yang ditetapkan 4.3 Membantu pelajar mengisi borang permohonan 4.4 Menguruskan penyerahan, pengambilan serta pemulangan buku-buku SPBT mengikut jadual yang ditetapkan 5. AKADEMIK 5.1 Mengumpul semua markah ujian/peperiksaan daripada guru mata pelajaran 5.2 Mengisi markah uijian/peperiksaan kedalam komputer 5.3 Memproses dan menganalisis data 5.4 Mencetak keputusan ujian/peperiksaan untuk setiap pelajar 5.5 Menulis dan memberikan ulasan sewajarnya serta menandatangani slip keputusan peperiksaan 5.6 Menghantar slip keputusan pelajar kepada Pengetua untuk ditandatangan lengkap dengan dokumen-dokumen lain berkaitan Laporan Adab Belajar 5.7 Mengenal pasti pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran dan mengambil langkah tertentu mengatasinya 22 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 6. KOKURIKULUM 6.1 Mengumpul dokumen berkaitan kokurikulum setiap individu dalam kelas 6.2 Semua dokumen disimpan dalam fail peribadi pelajar dalam Pusat Sumber Dokumentasi (Bilik Rekod) 6.3 Melengkapkan Laporan adab Belajar berkaitan Kokurikulum 7. LAIN-LAIN TUGAS 7.1 Mengedarkan borang serta membantu pelajar mengisi borang-borang surat akuan dan surat berhenti pelajar yang akan digunakan bagi keperluan mengeluarkan Sijil Berhenti dan Surat Akuan 7.2 Melaporkan pelajar-pelajar yang perlu bimbingan dan kaunseling kepada Bahagian Bimbingan dan Kaunseling serta memberikan kerjasama yang diperlukan 7.3 Bertanggungjawab tentang kebajikan pelajar dalam kelas 7.4 Menyediakan dan mengisi profil pelajar dalam komputer 7.5 Bertanggungjawab menyemai dan memupuk rasa kebanggaan terhadap sekolah serta semangat kekitaan dan semangat kekeluargaan di kalangan pelajar-pelajar di dalam kelasnya 7.6 Melaporkan kepada Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM tentang perkara-perkara yang tidak dapat diatasi sendiri misalnya masalah disiplin 7.7 Membantu penyelaras /penyelia Tingkatan / Setiausaha Peperiksaan melengkapkan butir-butir yang dikehendaki bagi peperiksaan PT3/SPM 7.8 Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pengetua dan Penolong-Penolong KananGURU BERTUGAS MINGGUAN DEFINISI * Merujuk kepada beberapa orang guru yang dilantik mengikut giliran untukmelaksanakan tugasan penyeliaan sekolah dan mengadakan satu rekod peristiwa untuk ingatan, panduan dan tindakan ke arah melahirkan suasana yang selesa, aman dan terkawal di sekolah. * Bertugas daripada hari Ahad hingga Khamis, mulai jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang 23 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 BIDANG TUGAS 1. Menyelaras perhimpunan mingguan sekolah. 1.1 Berbincang dengan Pengetua untuk menentukan sama ada pada minggu itu ada perhimpunan mingguan. 1.2 Berbincang dengan Pengetua tentang agenda perhimpunan mingguan. Cadangan Agenda i. Nyanyian lagu ‘Negaraku’, lagu ‘Selamat Sultan’dan lagu rasmi sekolah ii. Kata-kata aluan oleh juruacara majlis iii. Slot Percambahan Minda oleh wakil pelajar iv. Laporan Guru Bertugas minggu sebelumnya berkaitan dengan bidang penyeliaan dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang minggu itu v. Penyerahan Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan oleh wakil guru bertugas minggu sebelumnya kepada wakil guru bertugas minggu tersebut vi. Ucapan Pengetua vii. Bacaan doa oleh wakil pelajar 1.3 Memaklumkan kepada Badan Pengawas untuk mengenal pasti wakil pelajar bagi pengisian slot Percambahan Minda. 1.4 Melantik juruacara bertugas melalui Badan Pengawas dan maklumkan tentang agenda perhimpunan mingguan. 1.5 Memaklumkan kepada pekerja Dewan Besar untuk membuat persiapan dewan. 2. Mengawasi kebersihan dan keceriaan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, Dewan Besar dan sekitar kawasan sekolah. 3. Membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajar-pelajar berhubung aspek-aspek berikut:- 3.1 Ketepatan waktu ke perhimpunan mingguan dan ‘roll call’ 3.2 Perlakuan pelajar-pelajar sewaktu perhimpunan mingguan, roll call, waktu rehat dan waktu balik ke asrama/dewan makan. 3.3 Keluar/masuk kelas, ke tandas dan sebagainya. 3.4 Sebarang pelanggaran disiplin. 4. Membuat rondaan dan memastikan kelas prep petang berjalan dengan baik dan berkesan. 5. Hadir sewaktu roll call pagi. 6. Mengawasi pelajar-pelajar 24 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 20177. Memberi ucapan nasihat/teguran, sekiranya perlu8. Rujuk kepada Penolong Kanan (HEM) atau Warden Bertugas berkaitan dengan perkara-perkara berikut:-8.1 Pengurusan rawatan pelajar yang sakit, seperti penghantaran ke klinik/hospital.8.2 Kebenaran kepada mana-mana pelajar yang ingin pulang ke asrama atas urusan ketinggalan buku atau peralatan sekolah, atau yang ingin berehat di bilik sakit atas alasan sakit/uzur.9. Mendapatkan Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan di pejabat sekolah. Sediakan laporan harian dan kembalikan ke pejabat sekolah pada jam 2.00 petang setiap hari sepanjang minggu bertugas.10. Mengambil Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan dari pejabat sekolah pada pagi hari Ahad berikutnya untuk upacara penyerahan tugas sewaktu perhimpunan mingguan.11. Menulis aktiviti mingguan di papan kenyataan aktiviti.12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa13. Agihan bidang tugas :BIL TUGAS GURU BERTUGAS 12345 1 Guru Bertugas 1 1.1 Menjadi ketua guru bertugas mingguan K 1.2 Mengambil Buku Laporan Bertugas Mingguan 1.3 Membahagi tugasan kepada ahli K/ / 1.4 Merekod peristiwa penting sepanjang minggu 1.4 Membuat laporan guru bertugas semasa perhimpunan 2 Perhimpunan Mingguan 2.1 Berada di Dewan besar sebelum 7.15 pagi 2.2 Mengurus Perhimpunan Mingguan 2.3 Menetapkan agenda perhimpunan 2.4 Memastikan pelajar bersedia sebelum 7.30 pg 2.5 Mengawal disipin dan ketertiban pelajar 2.6 Mengambil kehadiran guru3 Perhimpunan Pagi/Roll Call K/ / 3.1 Mengurus Roll Call 3.2 Memastikan masa dipatuhi ( 7.15 – 7.35 pagi) 3.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas 3.4 Memastikan pelajar mematuhi etika rambut dan pakaian 3.5 Membantu inspection/spot check semasa roll call 3.6 Membuat pengumuman/hebahan jika ada 3.7 Digalakkan berucap untuk memberi nasihat/motIvasi25 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 20174 Asrama/Dewan Makan4.1 Berada di pintu pagar asrama bagi memastikan semuapelajar mengosongkan asrama/dewan makan sebelum /K/7.10 pagi4.2 Mengambil nama pelajar yang lewat4.3 Memastikan semua pelajar berada di tempat roll call5 Kebersihan dan Keceriaan Kelas/Bilik Khas/Tandas /K/ / / 5.1 Memastikan semua kelas dan bilik khas berada dalam keadaan bersih,kemas, ceria dan selamat 5.2 Mengambil markah dan membuat teguran 5.3 Mengambil tindakan segera jika ada kerosakan 5.4 Memastikan tandas bersih dan boleh guna6 Kantin / / /K/ 6.1 Memantau Kebersihan dan keceriaan kantin 6.2 Memantau harga dan kualiti makanan 6.3 Kawalan pelajar waktu rehat7 Disiplin Pelajar K/ / / / 7.1 Memastikan semua pelajar mematuhi etika rambut dan pakaian 7.2 Memastikan pelajar sentiasa menepati masa 7.3 Memastikan pelajar tidak membuang sampah merata-rata 7.4 Memastikan pelajar tiada membawa barangan Larangan8 Prep petang/Aktiviti Ko K/ 8.1 Berada di pintu pagar asrama pada pukul 2.45 petang untuk memastikan tiada pelajar di asrama dan masjid SEMESTA 8.2 Mengawal pelajar semasa prep petang atau semasa menjalankan aktiviti kelab, persatuan dan badan beruniform 8.3 Memantau kehadiran prep petang pelajar 8.4 Memastikan pelajar mematuhi etika pakaian waktu prep9 Bangunan/Kawasan sekolah / / / /K 9.1 Membuat pemantauan bangunan dan padang untuk memastikan keselamatan. 9.2 Membuat laporan kerosakan jika ada10 Tugas-tugas Khas / /K/ / 10.1 Mengurus rawatan pelajar sakit/kes-kes kecemasan 10.2 Membantu mengurus lawatan penandarasan/ tetamu luar 10.3 Memungut kutipan derma/sumbangan26 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 SENARAI TUGAS WARDEN 1. Menguruskan kemasukan penghuni baru ke asrama. 2. Menyediakan jadual waktu harian dan menentukan penghuni mematuhinya. 3. Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan peraturan asrama dan penghuni asrama mematuhinya. 4. Mengawasi keluar masuk penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa- masa tertentu. 5. Bertanggungjawab terhadap semua hal makanan, termasuk menu, kebersihan, kualiti, kuantiti dan spesifikasi sekiranya tidak ada Penyelia Asrama. 6. Mengawasi prestasi pelajaran penghuni asrama. 7. Merancang dan mengelolakan kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk perkembangan emosi, rohani, jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni asrama. 8. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni yang sakit. 9. Mengelolakan latihan kebakaran dan keselamatan barang-barang penghuni asrama. 10. Bertanggungjawab terhadap keselamatan bangunan dan alatan asrama. 11. Mengawasi penggunaan air dan elektrik oleh penghuni asrama supaya tidak berlaku pembaziran. 12. Mengawasi kerja kakitangan asrama yang berkaitan dengan tugas-tugas khas warden. 13. Mengawasi keluar masuk pelawat dan memastikan tidak ada pelawat yang tidak diingini berada di kawasan asrama. 14. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Pengetua pada setiap hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan hendaklah dimaklumkan segera. 15. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Wakil SENARAI TUGAS KAUNSELOR PELAJAR 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. 2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar. 3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar. 4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjukajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. 27 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika. 7. Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. 8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberi maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT. 9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol. 10. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. 11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah. 12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. 13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. 14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 15. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa yang memerlukannya. 18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. 19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. 20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah, Jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas Sekolah. 21. Menjadi penyelaras program mentor-mentee sekolah. 22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, dan kursus ketatanegaraan. 28 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017JAWATAN KUASA KOKURIKULUM 1. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum di peringkat sekolah. 2. Menyelaras program tahunan setiap unit kokurikulum. 3. Memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berterusan lancar dan berkesan 4. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 5. Menyelaras dengan pihak sekolah tentang peruntukan dan perbelanjaan kokurikulum. 6. Menyelia rekod pengurusan kewangan gerak kerja kokurikulum dari segi pungutan dan perbelanjaan wang.7. Membuat penilaian ke atas penglibatan dan pencapaian pelajar dalam penyertaan sesuatu aktiviti kokurikulum 8. Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerak kerja kokurikulum dengan penyelaras-penyelaras. 9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada penyelaras- penyelaras.10. Memilih pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum untuk diberikan anugerah kecemerlangan kokurikulum. GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/PASUKAN BERUNIFORM 1. Mengadakan Mesyuarat Agong Kelab/ persatuan/ pasukan beruniform pada minggu ke-3 bulan Januari untuk melantik AJK persatuan/Kelab/ Unit beruniform berkenaan. 2. Mengadakan peraturan /perlembagaan. 3. Merancang kegiatan untuk satu tahun 4. Menyerahkan perkara-perlara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum 4.1 Perlembagaan persatuan/kelab/pasukan beruniform 4.2 Senarai AJK 4.3 Senarai nama ahli 4.4 Rancangan / aktiviti tahunan 5. Memastikan setiap aktiviti berjalan lancar mengikut jadual. Guru penasihat hendaklah menghadiri setiap perjumpaan 29 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 6. Mengawal dan mengemaskini papan kenyataan. 7. Bertanggungjawab memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam menyediakan laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan selewat-lewatnya seminggu selepas setiap kegiatan diadakan. 8. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya 9. Memajukan kelab/persatuan dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai. 10. Sekiranya ada pungutan selain daripada yuran persatuan/kelab, guru penasihat hendaklah menyerahkan penyata kewangan kepada penyelaras Gerakerja Kokurikulum pada akhir tahun. 11. Semua kegiatan lawatan anjuran persatuan/kelab hendaklah mendapat kebenaran Pengetua. 12. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar yang menyertai kegiatan di luar kawasan sekolah kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan HEM. 13. Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan. PENYELARAS SUKAN/ PERSATUAN/ KELAB/ PASUKAN BERUNIFORM 1. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Unit Gerakerja Kokurikulum masing- masing sekurang-kurangnya sekali sepenggal. 2. Menyediakan anggaran perbelanjaan setahun. 3. Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Gerakerja Kokurikulum untuk penyelarasan. 4. Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh setiap unit dilaksanakan dengan sempurna. 5. Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Gerakerja untuk rekod sekolah. 6. Menyediakan dan mengedarkan borang bagi tujuan penilaian gerakerja kokurikulum kepada guru-guru penasihat unit gerakerja kokurikulum untuk diisi dan disahkan. Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dipungut dan diserahkan kepada Setiausaha Pengurusan Maklumat Pelajar. 7. Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit untuk diubahsuai jika perlu dan mengadakan mesyuarat sekali dalam sepenggal persekolahan. 30 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 KETUA GURU RUMAH 1. Menetapkan tugas guru-guru rumah. 2. Memastikan alat sukan mencukupi untuk permainan rumah, serta bertanggungjawab menjaga alat sukan dalam keadaan baik. 3. Menyerahkan laporan kegiatan pertandingan antara rumah kepada Setiausaha Sukan Sekolah. 4. Mencadangkan ahli-ahli rumah yang berpotensi dan layak diserapkan ke pasukan sekolah. 5. Mengagihkan pemain-pemain kepada jenis-jenis yang disediakan setiap petang. 6. Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan pada peringkat sekolah. 7. Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada peringkat sekolah. 8. Bekerjasama dengan Setiausaha/Penyelaras Sukan Sekolah dalam segala hal berkenaan dengan peningkatan mutu sukan sekolah. GURU RUMAH 1. Mematuhi arahan Ketua Rumah dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 2. Bertanggungjawab dalam membentuk pasukan rumah. 3. Mengawasi perjalanan permainan dan pertandingan antara rumah pada masa yang telah ditetapkan. 4. Menentukan keperluan peralatan seperti alat permainan, pakaian, minimum dan ubatan yang mencukupi. 5. Merekodkan keputusan-keputusan permainan antara rumah dan melaporkan kepada ketua guru rumah dan diserahkan kepada Setiausaha Sukan. 6. Mencadangkan kepada Ketua Guru Rumah peralatan-peralatan yang patut dibeli pada penghujung tahun untuk tindakan Setiausaha Sukan. 7. Mencadangkan pemain-pemain yang berpotensi kepada ketua rumah untuk perhatian guru permainan pasukan sekolah. 8. Mengambil kedatangan pemain-pemain rumah pada masa kegiatan rumah berjalan. 9. Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti rumah dan diserahkan kepada Ketua Guru Rumah pada penghujung tahun. PENGURUS PASUKAN PERMAINAN 1. Bertanggungjawab dalam membentuk pasukan permainan sekolah 2. Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing. 3. Menentukan peraturan-peraturan pertandingan yang disertai. 31 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 4. Menentukan keperluan seperti pakaian, minuman, kenderaan, perjalanan, ubatan, peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi. 5. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta beradadi tempat pertandingan. 6. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah kepada Setiausaha Sukan. 7. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pertandingan dan pengurusan pasukan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Kokurikulum. 8. Menilai prestasi pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk meningkatkan pencapaian. 9. Mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam pertandingan berkenaan untuk dijadikan asas dalam penyediaan laporan tahunan, penilaian kegiatan kokurikulum pelajar berkenaan. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. 10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Pengetua dari semasa ke semasa. 32 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017BAHAGIAN 2 : ASPIRASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN SEKOLAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN \"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara\" 33 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017MATLAMAT Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan Negara. Memberikan peluang Pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara SejahteraMISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara 34 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara. 35 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 MATLAMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020 36 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN VISI Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia MISI Menggerak dan memastikan perkhidmatan profesionalisme dan pengurusan pendidikan bertaraf dunia bagi memenuhi aspirasi negara 37 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 SEKOLAH BERPRESTASI TINGGISekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos,watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang denganmodal insan cemerlang yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampuberdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.MATLAMATMenyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif sertamenggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagipencapaian pelajar.OBJEKTIF Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik. Menghasilkan pelajar yang cemerlang Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem 38 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017] PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013 - 2025 GELOMBANG PERTAMA 2013-2015 Peningkatan dalam kemahiran guru Kualiti pengajaran Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah Mutu kepimpinan sekolah GELOMBANG KEDUA DARI 2016 HINGGA 2020 Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu. Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia. GELOMBANG KETIGA MULAI 2021 HINGGA 2025 Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. 39 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 11 ANJAKAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.2 Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.3 Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.4 Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.5 Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.6 Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.7 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.8 Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.9 Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.11 Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.40 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 MIDDLE YEARS PROGRAMME INTERNATIONAL BACCALAUREATTE (MYPIB)The Middle Years Programme (MYP) is designed for students aged 11 to 17. It provides aframework of learning that encourages students to become creative, critical and reflectivethinkers. The MYP emphasizes intellectual challenge, encouraging students to makeconnections between their studies in traditional subjects and the real world. It fosters thedevelopment of skills for communication, intercultural understanding and global engagement- essential qualities for young people who are becoming global leaders.1. MISSION STATEMENT The International Baccalaureate aims to develop inquiring, knowledgeable and caring young people who help to create a better and more peaceful world through intercultural understanding and respect.2. THE IB LEARNER PROFILE INQUIRERS. They develop their natural curiosity. They acquire the skills necessary to conduct inquiry and research and show independence in learning. They actively enjoy learning and this love of learning will be sustained throughout their lives. KNOWLEDGEABLE. They explore concepts, ideas and issues that have local and global significance. In so doing, they acquire in-depth knowledge and develop understanding across a broad and balanced range of disciplines. THINKERS. They exercise initiative in applying thinking skills critically and creatively to recognize and approach complex problems, and make reasoned, ethical decisions. 41 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 COMMUNICATORS. They understand and express ideas and information confidently and creatively in more than one language and in a variety of modes of communication. They work effectively and willingly in collaboration with others. PRINCIPLED. They act with integrity and honesty, with a strong sense of fairness, justice and respect for the dignity of the individual, groups and communities. They take responsibility for their own actions and the consequences that accompany them. OPEN-MINDED. They understand and appreciate their own cultures and personal histories, and are open to the perspectives, values and traditions of other individuals and communities. They are accustomed to seeking and evaluating a range of points of view, and are willing to grow from the experience. CARING. They show empathy, compassion and respect towards the needs and feelings of others. They have a personal commitment to service, and act to make a positive difference to the lives of others and to the environment. RISK-TAKERS. They approach unfamiliar situations and uncertainty with courage and forethought, and have the independence of spirit to explore new roles, ideas and strategies. They are brave and articulate in defending their beliefs. BALANCED. They understand the importance of intellectual, physical and emotional balance to achieve personal well-being for themselves and others. REFLECTIVE. They give thoughtful consideration to their own learning and experience. They are able to assess and understand their strengths and limitations in order to support their learning and personal development. 42 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA VISI Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Berusaha untuk melahirkan pemimpin bertaraf global MISI Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Menyediakan pendidikan bertaraf antarabangsa , berkualiti tinggi dan mencabar bagi membina individu yang berpengetahuan, penyayang dan saling menghormati 43 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 MATLAMAT Menyediakan pendidikan yang berkualiti bagi mencapai kecemerlangan ilmu sebagai persediaan pendidikan tinggi bertaraf dunia Melahirkan kesejagatan kepemimpinan pelajar yang cemerlang Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemapanan sahsiah yang unggul Melahirkan kejituan patriotisme dalam kalangan pelajar Melahirkan pelajar yang mempunyai mempunyai ”multiple soft skill” dan ”Emotional Quotient (EQ)” yang tinggi Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif dan harmoni Meningkatkan profesionalisme guru-guru dari semasa ke semasa Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kecemerlangan dalam kokurikulum Melahirkan pelajar yang berorientasikan Sains dan Teknologi serta mempunyai kemahiran Intergrasi Teknologi (IT) yang tinggi Mewujudkan kerjasama dan pemuafakatan sekolah dengan komuniti 44 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 OBJEKTIF Merancang , menyusun dan melaksanakan program ke arah pendidikan yang berkualiti Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah khasnya PMR dan SPM Meningkatkan penyertaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum Meningkatkan penguasaan dan penggunaan komputer oleh pelajar dengan mengikuti kelas komputer di sekolah Mewujudkan program-program yang boleh dianjurkan dan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Meningkatkan disiplin pelajar supaya sentiasa berada pada tahap 'zero defect' Membina iklim dan suasana keselamatan, keindahan dan kebersihan sekolah agar mewujudkan keadaan pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan Meningkatkan taraf profesionalisme guru-guru khasnaya dalam bidang pedagogi dan pengurusan personal pelajar Pengurusan dan pentadbiran sekolah dikendalikan dengan baik dan kemaskini Mewujudkan perhubungan yang harmoni dan saling berinteraksi di kalangan guru, pelajar dan staf sokongan Menjaga perhubungan baik dengan komuniti sekeliling. 45 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 LAGU SEKOLAH Di bawah satu bumbung Kita semua bernaung Sains Asas Kemajuan Yang kita perjuangkan Faris Petra kebanggaanku Membimbing anak watan Ayah bonda berkorban Penuh dengan harapan Para guru berjuang Menuju kecemerlangan Falsafah Ilmu bersopan santun Budaya yang cemerlang Akanku tabur jasa Dengan ilmu di dada Prinsip Rukun Negara Amalan kita semua Demi negaraku Malaysia tercinta Kupohon doa restu 46 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 PIAGAM PELANGGAN Bahawasanya kami warga Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk Memastikan bahawa semua pelajar disediakan keperluan asas di asrama Memastikan bahawa jadual waktu Pengajaran dan Pembelajaran diagihkan kepada semua kelas pada hari pertama persekolahan Memastikan semua Buku Teks (SPBT) diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak pada minggu pertama persekolahan bemula\ Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami Sentiasa bersedia memberi khidmat bimbingan dan Kaunseling kepada pelajar-pelajar dan staf Memastikan semua pelajar dapat menjadi ahli dalam unit-unit pasukan beruniform, persatuan dan kelab yang disediakan oleh pihak sekolah Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik dan non-akademik 47 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
MANUAL PENGURUSAN 2017 BAHAGIAN 3 48 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
3 : PROFIL SEKOLAHD FARIS PETRA
MANUAL PENGURUSAN 2017 49 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my
Search