Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore LAMAN APRESIASI SENI VISUAL

LAMAN APRESIASI SENI VISUAL

Published by rahimah idris, 2022-12-06 04:45:04

Description: PROGRAM SUDUT PANITIA PSV
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU

Search

Read the Text Version

PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2022 SUDUT PANITIA DAN PAMERAN HASIL KARYA MURID DISEDIAKAN OLEH : RAHIMAH BINTI IDRIS

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL JULAI 2022 ANJURAN

1.0 PENDAHULUAN Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan Laman Apresiasi Seni bagi menghargai hasil karya seni murid-murid serta memberi info tentang Pendidikan Seni Visual. Semua hasil karya murid akan dikumpulkan dan dipamerkan di sudut pameran Laman Apresiasi Seni. Projek ini bertujuan menghargai hasil karya murid disamping mempamerkan hasil karya yang boleh dijadikan contoh supaya semua murid lebih bersemangat menghasilkan karya seni yang lebih baik. Laman ini juga diwujudkan untuk memperkenalkan kepada murid-murid tentang bahasa seni visual, prinsip rekaan dan pelbagai info tentang Pendidikan Seni Visual. Pertandingan kuiz juga akan diadakan untuk menguji tahap kefahaman murid-murid tentang Pendidikan Seni Visual. 2.0 MATLAMAT Program ini dijalankan bagi menimbulkan minat, menambah ilmu pengetahuan dan mengcungkil bakat dan kreativiti murid-murid terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Program ini juga akan memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari aktiviti yang dijalankan. 3.0 OBJEKTIF i. Murid-murid dapat meningkatkan minat dan pengetahuan serta kemahiran tentang subjek Pendidikan Seni Visual. ii. Murid-murid dapat mengetahui tentang Bahasa Seni Visual, Prinsip Rekaan dan bidang- bidang dalam subjek Pendidikan Seni Visual. iii. Menyediakan ruang kepada murid untuk mencungkil bakat dan membentuk budaya kreatif dan inovatif dalam diri. 4.0 TARIKH Sepanjang tahun 2022 5.0 WAKTU PELAKSANAAN Bermula pada bulan Ogos.

6.0 AKTIVITI 6.1 CADANGAN AKTIVITI LAMAN APRESIASI SENI Bil Aktiviti Tempat Perincian Cadangan 1. Penyediaan Ruang sebelah  Proses baik pulih Tarikh tempat tangga ke pejabat.  Pemasangan banner Julai – Ogos (Laman Apresiasi  Hiasan 2022 2. Penyediaan info- Seni) info pendidikan Laman Apresiasi  Menyediakan info-info Sepanjang Seni berkaitan pendidikan tahun seni visual seni visual di Laman 3. Pameran hasil Laman Apresiasi Apresiasi Seni.  Mengumpul hasil karya Sepanjang karya murid Seni murid yang menarik tahun dan terbaik.  Mempamerkan hasil karya murid di Laman 4. Pertandingan Kuiz Laman Apresiasi Apresiasi Seni. Akan Pendidikan Seni Seni  Terbuka kepada semua dimaklumkan Visual murid.  Soalan kuiz akan diletakkan di Laman Apresiasi Seni. 5. Penyampaian Tapak Kategori hadiah hadiah Perhimpunan  Hasil karya terbaik  Pemenang kuiz 7.0 SASARAN Semua murid SK Sungai Baru.

8.0 AHLI JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL PENGERUSI : EN ISHAK BIN HASHIM Guru Besar NAIB PENGERUSI 1 : PN ANITA BT CHEE NEE MD P.K. Pentadbiran KETUA PANITIA : PN RAHIMAH BT IDRIS KP P. Seni Visual SETIAUSAHA : EN MOHD NOOR BIN ZAINUL ABIDIN AJK : EN MOHAMMAD NIZAM BIN SHUIB RM 100.00 PN SITI RODZOH BINTI ALI 30.00 PN NORAINI BT HUZIN 30.00 30.00 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Kuantiti 50.00 30.00 9.1 PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2 2 rim RM270.00 Bil. Perkara 2 dozen 2 dozen 18.00 1. Banner 1 rim 18.00 2. Kertas A4 Warna 2 dozen 18.00 3. Reben kain pelbagai saiz 18.00 4. Reben plastik pebagai warna RM6.00 X 3 18.00 5. Plastik liminate RM6.00 X 3 18.00 6. Pinggan dan cawan kertas RM6.00 X 3 RM108.00 RM6.00 X 3 1. Hadiah hasil karya terbaik RM6.00 X 3 48.00  Tahun 1 RM6.00 X 3 36.00  Tahun 2 24.00  Tahun 3 RM8.00 X 6 12.00  Tahun 4 RM6.00 X 6 RM120.00  Tahun 5 RM4.00 X 6  Tahun 6 RM2.00 X 6 RM498.00 2. Pertandingan Kuiz  Tempat pertama  Tempat Kedua  Tempat Ketiga  Saguhati JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN

12.0 PENUTUP DAN RUMUSAN Semoga perjalanan Projek Laman Apresiasi Seni yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat memberi impak yang positif kepada semua murid. Dengan tercapainya objektif program ini nanti diharapkan akan dapat memupuk minat dan menambah kreativiti terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual dalam kalangan murid-murid.

GALERI FOTO

SUDUT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL





PAMERAN HASIL KARYA MURID







PAMERAN KESENIAN (16.11.2022)





HASIL KARYA MURID (DIORAMA)



SEKIAN… TERIMA KASIH


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook