SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU, 05150 ALOR SETAR, KEDAH. KERTAS KERJA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2021 / 1442 HIJRAH TARIKH : 14/ 03/ 2021 HARI : AHAD MASA : 7.45 PAGI HINGGA 8.45 PAGI ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU
PENDAHULUAN ISRAK ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat inilah, maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT. MATLAMAT Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid tentang sirah Rasulullah SAW yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj. RASIONAL Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Israk dan Mikraj supaya semua warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. OBJEKTIF 1. Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah Taala 2. Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah 3. Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan Rejab 4. Mengetahui dan menghayati peristiwa disebalik ibadat penting bagi umat Islam iaitu solat. SASARAN Semua murid Tahun 1-6 dan semua guru dan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Baru.
JANGKA MASA/ TEMPAT Tarikh : 14/ 03/ 2021 Hari : Ahad Masa : 7.45 pagi – 8.45 pagi Tempat : Kelas masing-masing (Tahun 1-6) *Mohon Guru Mata Pelajaran pertama berada di dalam kelas masing- masing. KAEDAH/ METODOLOGI Ceramah TENTATIF PROGRAM 7.35 pagi : Bacaan doa 7.45 - 8.45 pagi : Ceramah Israk dan Mikraj oleh Ustaz Rosidi Bin Hassan DOKUMENTASI PN. FADZILAH BT PADIL CENDERAMATA PENCERAMAH PN. SITI SARAH BINTI LAIDIN / CIK ASILAH BT SHUIB BANNER PN. NOR AZILA BT ABU BAKAR JURUGAMBAR PN. AMALINA BT AHMAD / CIK HANISAH BINTI IDRIS DISIPLIN SEMUA GURU KELAS
JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA Jawatankuasa Program Israk dan Mikraj 2021 PENGERUSI : EN. ISHAK BIN HASHIM (GURU BESAR) TIMB. PENGERUSI : PN. NORLIZA BT BADRON (PK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI : PN. ANITA BT CHE NEE MD (PK HEM) EN. MOHAMAD NIZAM BIN SHUIB (PK KOKURIKULUM) SETIAUSAHA : PN. FADZILAH BT PADIL JURU ACARA : EN ZULKIFLI BIN SHAARI (GURU BERTUGAS) SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan diperoleh daripada Panitia Pendidikan Islam mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. PERBELANJAAN Perkara Kuantiti Harga 1. Banner 1 RM 30.00 2. Cenderahati 1 RM 20.00 penceramah RM 50.00 Jumlah PENUTUP Harapan daripada Panitia Pendidikan Islam, murid-murid didedahkan dengan peristiwa-peristiwa dalam sirah Nabi dan mudah-mudahan dapat menambahkan ilmu, keimanan dan ketaqwaan semua warga SKSB, InsyaAllah.
Disediakan oleh, Disemak oleh, ............................................... .............................................. PN. FADZILAH BT PADIL MOHD ROSIDI BIN HASSAN (PENYELARAS ISRAK MIKRAJ) (KETUA PANITIA PEN. ISLAM) Disahkan oleh, .................................................. EN. ISHAK BIN HASHIM (GURU BESAR SKSB)
Search
Read the Text Version
- 1 - 9
Pages: