Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2022

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2022

Published by rahimah idris, 2022-03-17 23:44:06

Description: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU

Search

Read the Text Version

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU 05150 ALOR SETAR KEDAH PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 2022 DISEDIAKAN OLEH: RAHIMAH BINTI IDRIS PENYELARAS PROGRAM TRANSISI

PENGENALAN Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) dirangka dengan memberi penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah rendah. Antara hala tuju program transisi adalah sebagai persediaan murid secara holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi asas. Program transisi ini bukanlah satu program yang baharu tetapi telah dilaksanakan selama tiga bulan mulai tahun 2001. Namun mulai 2007, tempoh program telah disingkatkan kepada tiga minggu. Pada tahun 2021, tempoh program ini dilaksanakan semula selama tiga bulan atas keperluan semasa. PTTS 2.0 dilaksanakan mulai kalendar akademik 2022/2023 bagi memastikan semua murid bersedia melangkah ke Tahun 1. Program ini diorganisasi dalam dua fasa iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Tempoh masa untuk Fasa Penyesuaian ditetapkan selama dua minggu dan bagi Fasa Kesediaan juga adalah selama dua minggu. Pelaksanaan kedua-dua fasa ini memerlukan usaha dan pelibatan semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa/penjaga serta disokong dengan persekitaran yang kondusif.

OBJEKTIF Objektif Program Transisi Tahun Satu 2022 ialah: 1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal. 2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah. 3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru. 4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran. 5. Membantu murid mengurus diri sendiri. 6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

FASA PELAKSANAAN

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.0) PTTS 2.0 dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada pelbagai latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan proses pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep PTTS 2.0 dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu. Kejayaan pelaksanaan PTTS 2.0 bergantung kepada kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru. Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga amat penting dalam proses pembelajaran murid. Kerangka konsep PTTS 2.0 seperti dalam Rajah 1. PTTS 2.0 amat menekankan kepada persediaan dan penguasaan murid dalam kelima-lima aspek di atas bagi mengupayakan mereka untuk melangkah ke pembelajaran seterusnya di Tahun 1. Bagi merealisasikan hasrat tersebut cadangan aktiviti dalam Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1. Namun begitu, jika terdapat murid yang masih berada di bawah tahap kesediaan dan penguasaan terutamanya dalam literasi dan numerasi asas, guru boleh merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK Semakan 2017) bagi merancang aktiviti yang sesuai.

PERANAN PENTADBIR i. Memahami konsep. ii. Merancang dan menyelaras pelaksanaan. iii. Mengenal pasti guru. iv. Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)/Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). v. Mengadakan taklimat kepada guru dan ibu bapa. vi. Merancang, melaksanakan pemantauan dan penilaian program di peringkat sekolah. vii. Memastikan kelancaran program. viii. Memberi sokongan dan bimbingan kepada guru. ix. Memastikan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) semasa sentiasa dipatuhi.

PERANAN GURU i. Memahami konsep dan pelaksanaan program. ii. Mengadakan perbincangan dan merancang pelaksanaan program dengan guru lain yang terlibat. iii. Melaksanakan fasa penyesuaian selama dua minggu. iv. Melaksanakan fasa kesediaan selama dua minggu juga. v. Mengetahui tahap perkembangan dan kepelbagaian murid bagi membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya. vi. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan senarai semak kesediaan murid semasa fasa penyesuaian. vii. Melaksanakan pentaksiran bilik darjah semasa fasa kesediaan. viii. Menyediakan pelbagai aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. ix. Memastikan murid dapat menguasai literasi dan numerasi asas. x. Memastikan SOP semasa sentiasa dipatuhi.

PERANAN IBU BAPA/PENJAGA i. Menyediakan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal. ii. Menghubungi guru untuk mengetahui perkembangan anak mereka. iii. Memastikan kelengkapan pembelajaran. iv. Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak. v. Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.

GARIS PANDUAN PERSEDIAAN Ibu Bapa/Penjaga Ibu bapa/penjaga merupakan orang yang paling dekat dengan murid. Justeru, pelibatan ibu bapa adalah sangat penting dalam persediaan anak ke Tahun Satu. Persediaan ibu bapa/penjaga adalah seperti berikut:  Persediaan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal  Persediaan kelengkapan pembelajaran seperti alat tulis, buku dan pakaian  Bersedia menyokong pembelajaran anak  Penglibatan dalam aktiviti dan perkembangan sekolah

GARIS PANDUAN PERSEDIAAN Murid Kesediaan murid untuk pembelajaran di tahun satu adalah faktor penentu kepada pembelajaran murid seterusnya. Murid perlu bersedia dari aspek penyesuaian diri dan sikap terhadap pembelajaran serta penguasaan literasi dan numerasi awal sebelum hadir ke Tahun Satu. Perincian adalah seperti berikut:  Berupaya mengurus diri  Minat ke sekolah  Berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, rakan sebaya dan guru  Bersikap positif untuk mengikuti pembelajaran  Mempunyai kemahiran asas seperti pratulis, prabaca dan pranombor

PERSEDIAAN MURID DI RUMAH  Berupaya mengurus diri seperti memakai baju dan kasut, mengemas beg sekolah, menggunakan tandas dan boleh buat permintaan (kebenaran ke tandas, minum air dan sebagainya).  Menunjukkan minat hadir ke sekolah  Berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru dan rakan baharu.  Menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran seperti fokus semasa melaksanakan aktiviti, bertanggungjawab, berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberi dan sebagainya.  Mempunyai kemahiran asas prabaca, pratulis dan pranombor.



AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2022 EN KUMAR A/L SUBRAMANIAM PN SHAHARBANUN BT AHMAD PN ROSMALIZA BT IBRAHIM PN TAHIROH BT AHMAD PN NOR AZILA BT ABU BAKAR PN AMALINA BT AHMAD CIK HANISAH BT IDRIS PN HAMISHAH BT AHMAD EN MUHAMAD ROSIDI BIN HASSAN

SENARAI GURU-GURU TAHUN 1 BIL NAMA GURU MATA PELAJARAN KELAS 1 PN. RAHIMAH BINTI IDRIS BAHASA MELAYU 1 IBNU SINA 2 CIK HANISAH BINTI IDRIS 3 EN. KUMAR A/L SUBRAMANIAM 1 AL-FARABI 4 PN. TAHIROH BINTI AHMAD 5 PN. ROSMALIZA BT IBRAHIM PENDIDIKAN SENI VISUAL 1 IBNU SINA 6 PN. HAMISHAH BINTI AHMAD 7 PN. SHAHARBANUN BINTI AHMAD 1 AL-FARABI 8 PN. NOR AZILA BINTI ABU BAKAR BAHASA ARAB 1 IBNU SINA 9 PN. AMALINA BINTI AHMAD 10 EN MUHAMAD ROSIDI BIN HASSAN 1 AL-FARABI BAHASA INGGERIS 1 IBNU SINA 1 ALFARABI SAINS 1 IBNU SINA SAINS 1 AL-FARABI PENDIDIKAN JASMANI 1 IBNU SINA DAN KESIHATAN 1 AL-FARABI MATEMATIK 1 IBNU SINA 1 AL-FARABI MUZIK 1 IBNU SINA 1 AL-FARABI PENDIDIKAN ISLAM 1 IBNU SINA 1 AL-FARABI TASMIK 1 IBNU SINA 1 AL-FARABI

SENARAI NAMA MURID TAHUN 1 IBNU SINA 2022 BIL NAMA MURID NO MYKID CATATAN 1 AIDIN ZAFRI BIN ZULLKEFFLE 151012020737 2 AIMAN ZAFRI BIN ZULLKEFFLE 151012020729 3 MUHAMMAD AFIF ZIQRI BIN MUHAMMAD FAKHRUL ANWAR 151005021459 4 MUHAMMAD AIMAN FAKHRULLAH BIN MUHAMAD FIRDAUS 150517020949 5 MUHAMMAD AMIN QAYYIM BIN AHMAD 150505020925 6 MUHAMMAD FAQEH BIN MOHD HAFIZRUL ZAIM 150509090103 7 MUHAMMAD HADI MUHAIMIN BIN MOHD ASHIQ KAMARIL 150221020691 8 MUHAMMAD HAZIQ ISKANDAR BIN ABDULLAH 150828021121 9 MUHAMMAD SUFI RAYYAN BIN MOHD SHUKRI 150130020231 10 AISYAH HUMAIRA BINTI ISMA-AL 150623020926 11 AZALEA SAJEEDA BINTI SHAARI 150221020878 12 ENGKU NAJLA HUMAIRA BINTI ENGKU AFIZAN 150915131134 13 KHAYRA NURAISHA BINTI KHOIRUL NAZMI 150407020024 14 NUR ADLINA SAFIYYAH BINTI MOHD ZAIFULNIZAM 151006021362 15 NUR FATHIA QASRINA BINTI MOHD NAZERI 150727020568 16 NUR NAJLAA' SAFIYYA BINTI HAMDAN 150927020810 17 NUR QAISARA ALISYA BINTI MOHAMMAD AZIZAKI 150407070232 18 NUR ZARA MEDINA BINTI HAZRIL IZNI 150825020772 19 PUTERI NUR NASUHA SAFIYA BINTI MUHAMMAD ZUKHOIRI 151208020552 20 RANIA NUR HUMAIRA BINTI MOHAMAD HAIZAL @ HAZRIN 150804021186 21 TYARA MAHSURI BINTI SYAMSI ZULFADLY 150613020260

SENARAI NAMA MURID TAHUN 1 AL-FARABI 2022 BIL NAMA MURID NO MYKID CATATAN 1 AHMAD AQIL FIKRI BIN SAHARUDIN 150309020661 2 HAZIQ FITRI BIN KHAIRUL ASHRAFF 150713020487 3 MUHAMMAD ADIB BIN MOHAMMAD FOUZI 151108020651 4 MUHAMMAD AMIN BIN JOHARI 150415020569 5 MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD AZIZI 151107020465 6 MUHAMMAD FARHAN AKIF BIN MOHD FIRDAUS 150505021389 7 MUHAMMAD HAZIQ DANISH BIN MUHAMMAD DANIEL 150526021249 WILLIAM 150818020571 8 MUHAMMAD HUZAIFAH AL FATH BIN MOHD FAIZAL 9 MUHAMMAD DZAHIN HASIF BIN ZUL AZMAL 151107020254 10 ANNUR SAFIYYA BINTI MOHAMMED ASRUL 151111020564 11 DHIA FARHANA BINTI HAIRIE 150627020296 12 JANNATUL ADNI BINTI MOHD SHAFRAN 150630020334 13 NOURIN ELZAHRA BINTI MOHAMAD NAZIR 151117021138 14 NUR ALISYA ZAHRA BINTI MOHAMAD ZAHIR 150421021066 15 NUR FATIN IZZATI BINTI KHUAIRUL ANUAR 150429020092 16 NUR PUTERI HUMAIRAH BINTI FAUZI 150905020756 17 NUR RAIHANAH AMANI BINTI MOHD RIZAL 151227020646 18 NURHANA HUMAIRA BINTI ABDULLAH SOHIMI 19 PUTRI NOURATUL HAYAT BINTI MUHAMMAD KHAIRUL 150904020244 150128020996 IKHWAN 150413020266 20 RAUDHATUL TASNIM BINTI MOHD ROSLAN 21 WAN AUNI HUMAIRA BINTI WAN MOHAMAD HAFIZ

SEKIAN TERIMA KASIH


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook