BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK DISEDIAKAN OLEH: NUR AIN INSYIRAH BINTI ISMAIL 1
PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan mengadakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan untuk saya mendapatkan bahan rujukan berkaitan tajuk kerja kursus ini Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Ros Anita Kartini Mohamed yang merupakan pensyarah kursus ini. Hal ini kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar serta pandangan dan bantuan yang sempurna dari awal lagi sejak tugasan kerja kursus ini diedarkan, semasa proses penyiapan tugasan dan sehingga titik akhir penghantaran tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang sangat banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan daripada ibu bapa, mungkin tidak dapat saya selesaikan tugasan ini dengan sempurna. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yangsentiasa bergerak secara berkumpulan dan bertukar pendapat demi menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang dihasilkan dapat menambah ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu, saya juga berharap agar hasil tugasan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain terutama kepada pembaca agar sama-sama memperoleh ilmu yang baharu. 2
1.0 PENGENALAN Kesusasteraan Melayu merupakan karya-karya seni yang dihasilkan dalam kalangan masyarakat melalui bentuk tulisan dan bahasa. Bidang sastera tidak pernah hilang ditelan arus pemodenan dan peredaran zaman malah semakin berkembang dan maju. Hal ini kerana, keunikan dan keindahannya yang mempunyai kelainan berbanding bidang-bidang lain dimana masyarakat Melayu bebas untuk berkarya dan menyampaikan kata-kata indah, mengekspresikan perasaan dan pengalaman sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat. Menurut Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan pelbagai perkataan. Dalam konteks Pendidikan pula, kesusasteraan Melayu merupakan karya asal dalam Bahasa Melayu yang indah-indah dan mempunyai pelbagai jenis bentuk seperti novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional dan puisi tradisional. Bentuk kesusasteraan masing-masing mempunyai unsur-unsur khusus yang berbeza untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan bentuknya boleh dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden. 3
2.0 PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi melayu tradisional merupakan puisi rakyat yang telah wujud sejak dahulu kala lagi dan telah pun muncul sebelum masyarakat melayu mengenali bentuk tulisan kerana ianya disampaikan melalui lisan. Puisi Melayu Tradisional merupakan satu genre sastera yang paling awal dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Hal ini kerana penghasilan puisi Melayu berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat Melayu lama. Masyarakat Melayu lama menyampaikan kisah pengalaman atau nasihat melalui karya sastera seperti puisi dalam bahasa yang puitis dan kreatif. Penyampaian puisi pada peringkat awal adalah secara lisan tetapi pada masa kini, puisi-puisi telah dijadikan sebagai karya tulisan supaya tidak hilang ditelan zaman. Menurut Ismail Hamid, para pengkaji kebudayaan mendapati bahawa mantera merupakan puisi yang terawal lahir dalam masyarakat Melayu dan seterusnya berkembang menjadi bentuk puisi lain seperti pantun. Menurut Siti Zaleha Hashim (2016) puisi tradisional terbahagi kepada 12 genre iaitu pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun (atau sesomba), prosa berirama, mantera dan dikir. 2.1 TAKRIF PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi Melayu Tradisional adalah salah satu karya kesusasteraan yang mempunyai nilai-nilai seni yang dapat memenuhi ciri-ciri sebuah karya sastera yang menggunakan bahasa sebagai media untuk menyampaikannya. Bahasanya yang tersusun indah dan pemilihan kata yang mengikut rentak dan irama menjadikan puisi Melayu tradisional lebih menarik. Kewujudannya bukan sekadar untuk hiburan, pengajaran dan alat komunikasi secara umum, malah diserapkan dalam amalan kehidupan bermasyarakat, ritual dan upacara serta adat dan perundangan. (Mutiara Sastera Melayu tradisional, 2010). 4
2.2 JENIS, BENTUK DAN CIRI PUISI MELAYU TRADISIONAL Secara umumnya, Puisi Melayu tradisional terbahagi kepada beberapa jenis seperti pantun, syair, gurindam dan seloka. Bentuk puisi tradisional pula terdiri daripada bentuk yang berkerat-kerat dan berturutan. Kebiasannya, puisi Melayu tradisional mempunyai beberapa baris kalimat, berangkap atau tidak berangkap, jumlah perkataan dan suku kata sebaris, persamaan dan pertentangan rima dan ritma antara baris. Puisi tradisional Melayu mempunyai pembagai ciri-ciri seperti penggunaan bahasa yang lebih gramatis yang dapat menimbulkan rangsangan perasaan, ungkapan bahasa yang mengandungi unsur muzik, mempunyai pembahagian unit dalam menyatakan idea seperti dua baris serangkap. 2.2.1 Pantun Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan pembagai perasaan. Rangkap pantun terdiri daripada baris atau kerat yang berpasangan seperti pantun dua kerat atau empat kerat. Selain itu, setiap baris mempunyai jumlah perkataan yang sama dalam anggaran tiga hingga lima perkataan. Struktur pembinaan pantun terdiri daripada pembayang yang merupakan kiasan dan maksud yang merupakan inti persoalan. Rima pantun adalah berselang seli iaitu ab:ab 2.2.2 Syair Syair merupakan salah satu jenis puisi tradisional yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Bentuk syair terdiri daripada empat baris serangkap dan mempunyai tiga hingga lima perkataan setiap baris. Rima dihujung setiap baris hendaklah sama iaitu aa:aa. Kebiasaannya, syair menyampaikan kisah cerita seperti percintaan, keagamaan dan pengajaran. 2.2.3 Gurindam Gurindam telah diperkenalkan melalui ‘Gurindam Dua Belas’ pada tahun 1846. Gurindam mempunyai dua bentuk iaitu terikat dan tidak terikat. Bentuk terikat terdiri daripada dua baris serangkap dan mempunyai rima aa manakala bentuk tidak terikat mempunyai rima tidak tetap. 2.2.4 Seloka Seloka merupakan puisi bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama mengandungi unsur jenaka atau sindiran. Walaubagaimanapun, intipati jenaka tersebut masih lagi membawa kepada pengajaran. Pembinaan seloka mirip dengan pembinaan pantun atau syair. 5
3.0 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL Sastera dihasilkan oleh keinginan pengarang itu sendiri kerana ingin berkongsi maklumat atau kehidupannya. Oleh itu, mereka menggunakan sumber persekitaran, pengalaman, pemerhatian sebagai isi untuk berkongsi perkara yang menarik. Menurut Mohamad Mokhtar hassan (2005), sesebuah karya sastera dihasilkan kerana mempunyai sebab-sebab tertentu. Segala yang dinukilkan dalam karya mempunyai tujuan dan fungsinya tersendiri. Antara fungsi puisi melayu tradisional ialah sebagai hiburan, Pendidikan, dakwah, kritikan social dan sebagainya. 3.1 Hiburan Karya sastera yang dihasilkan bertujuan untuk menghiburkan kerana ia membawa kepada keseronokan. Pemilihan kata-kata, irama dan rentak yang tersusun dapat membelai emosi pembaca atau pendengar sebagai satu hiburan. Kepentingan fungsi hiburan telah menjadikan karya sastera diterima oleh masyarakat sebagai karya yang digilai dahulu. Sebagai contoh, pantun iaitu salah satu jenis puisi tradisional yang terkenal kerana keupayannya untuk menghiburkan masyarakat. Contoh yang dapat dilihat adalah seperti pantun lama berikut : Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Terdapat banyak kualiti yang menghiburkan dalam pantun tersebut. Pantun boleh disampaikan melalui pelbagai variasi supaya dapat menghiburkan lagi seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan dan lirik lagu popular. 3.2 Pendidikan Fungsi lain karya puisi melayu tradisional adalah untuk memberi nilai, pengajaran dan nasihat kepada masyarakat. Unsur-unsur dan pemilihan kata-kata yang dimasukkan dalam puisi tradisional boleh membawa kepada kesedaran, mengubah pemikiran dan memberi ruang kepada masyarakat untuk mengambil iktibar dan nilai murni yang tersirat dalam karya sastera. Contohnya, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam gurindam dua belas yang merupakan gurindam yang cukup terkenal dalam kesusasteraan Melayu. 6
Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. Rangkap ketiga dan ketujuh gurindam ini mempunyai nilai dan pengajaran yang sangat berguna kepada masyarakat. Seseorang itu hendaklah menjaga tutur kata untuk mendapatkan banyak manfaat dan menjaga kaki supaya tidak pergi ke tempat-tempat maksiat. Secara tersiratnya, gurindam tersebut mengajar kita untuk menjaga anggota tubuh badan agar tidak melakukan perkara yang tidak baik. 3.3 Dakwah Puisi melayu tradisional juga menjadi sebuah medium untuk menyampaikan dakwah iaitu melalui bahasa. Bahasa kesusasteraan dalam dakwah telah menyembunyikan mesej yang ingin disampaikan kepada khalayak pembaca melalui aneka bentuk dan ragam estetika, metafora, symbol, tema dan objek dalam kehidupan. Contoh yang dapat dilihat ialah melalui syair perahu karya Hamzah Fansuri iaitu : Hendaklah anakanda mengaji selalu, dari yang lain lebihkan dulu, had syarak janganlah dilalu, tidaklah anakanda beroleh malu. Rangkap ketujuh syair ini merupakan nasihat ayah kepada anaknya agar rajin mengaji dan larangan melanggar hukum syarak supaya tidak malu di kemudian hari. 3.4 Kritikan sosial Menurut Herman (1987), kritikan social merupakan suatu tindakan untuk membanding, mengamati dan menilai sesuatu perkembangan secara cermat tentang kesan buruk dan baik dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, berfungsi sebagai penyampai mesej, teguran dan pengajaran kepada kita. Contohnya, kritikan social yang terdapat dalam cerita Pak Kaduk. Kritikan disampaikan secara tersurat dan tersirat tetapi mempunyai nilai dan pengajaran yang baik untuk masyarakat. 7
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI MELAYU TRADISIONAL Akal bermaksud kemampuan berfikir yang menjadi pelengkap kepada manusia untuk berfikir terhadap semua perkara dan idea serta persekitaran. Budi pula bermaksud keikhlasan yang lahir daripada hati akibat rasa luluh dan rasa simpati yang terkandung dalam hati. Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Ia juga membawa maksud dengan bijak dalam menyampaikan pemikiran dan idea. 4.1 Akal Budi dalam Syair Syair merupakan karya sastera lisan genre puisi tradisional yang pada awalnya digunakan di Nusantarabertujuan menyampaikan ajaran tasawuf dan bercerita. Rahman kaeh yang merupakan pengkaji kesusasteraan Melayu tradisional di Malaysia telah menghasilkan sebuah syair iaitu Syair Burung Nuri yang menceritakan tentang adab dalam kehidupan seseorang. Contohnya ialah : Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista Dalam aspek akal budi, penyair ingin memberitahu bahawa seseorang itu dianggap hina sekiranya dia tidak berakal atau tidak menggunakan akalnya dengan sebaik mungkin. Selain itu, sikap yang kurang sopan, kurang beradab dan berakhlak rendah juga akan menjadikan seseorang itu dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Kemiskinan yang melanda kehidupan seseorang itu akibat daripada sikap malasnya sendiri juga merupakan ciri-ciri orang yang hina. Masyarakat diingatkan agar janganlah mempunyai ciri-ciri seperti berikut kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada diri sendiri. Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ Dalam rangkap ketujuh syair Burung Nuri ini pula, penyair ingin memberitahu bahawa tiada gunanya sekiranya seseorang itu menjalani kehidupannya dalam keadaan yang 8
sangat kecewa sehingga boleh menyebabkan kehidupannya musnah. Hal ini kerana, penyair beranggapan bahawa selagi kita masih bernyawa, kita masih lagi berpeluang untuk bangkit dan muhasabah diri serta memikirkan kembali perbuatan kita dan belajar daripada kesilapan yang lalu. Jadikan setiap perkara yang membuatkan kita kecewa sebagai suatu cabaran dalam proses kematangan hidup kea rah yang lebih baik. Kita yang memilih cara berfikir yang tepat sama ada terus berfikiran negatif atau berfikiran positif. 5.0 RUMUSAN Jelaslah bidang sastera seperti puisi Melayu tradisional mempunyai keunikan dan keindahannya yang tersendiri berbanding bidang lain. Hal ini dapat dilihat di Malaysia apabila lebih banyak para pengarang menghasilkan karya sastera dalam pelbagai bentuk untuk menyampaikan mesej-mesej mereka. Maka disini kita dapat lihat bahawa kesusasteraan Melayu tidak hilang ditelan zaman malah semakin meluas bidangnya. Oleh hal yang demikian, semua lapisan masyarakat hendaklah bersama-sama menaikkan lagi kesusastearaan Melayu di persada dunia. 9
6.0 BIBLIOGRAFI Azman Rahmat, Mohd Nazri, Shamsuddin, Haji Abdul Rani, Hasnah Awang (2022) PENGENALAN KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU syeril patrisia. (2021, July 12). PUISI MELAYU TRADISIONAL - Membalik Buku Halaman 1-20 | AnyFlip. Anyflip.com. https://anyflip.com/udlsj/cgoq/basic Hasri, M. (2012). KESUSASTERAAN MELAYU. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU Shafiqa Aqila. (2021, January 22). BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU (Tutorial Minggu 1) - Membalik Buku Halaman 1-10 | FlipHTML5. Fliphtml5.com. https://fliphtml5.com/iuffi/mhud/basic M. Hashim, S. Z. (2016). Kenali Puisi Tradisional Melayu : Klik Web DBP. Klik Web DBP. http://klikweb.dbp.my/?p=17839 Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1–13. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227/2212 IPG. (2022, November 23). 2. Fungsi Sastera Melayu.pptx. https://www.slideshare.net/aswiza/2-fungsi-sastera-melayupptx pubhtml5.com. (n.d.). TUGASAN 1 LUCY LAU YING YING BMMB 1104. Pubhtml5. Retrieved February 12, 2023, from https://pubhtml5.com/wolf/hjdp/ 10
ctafizah. (n.d.). PUISI TRADISIONAL. Dokumen.tips. https://dokumen.tips/documents/puisi-tradisional-56d6c602060af.html Online, S. G. (2015, December 21). DEFINISI PUISI MELAYU TRADISIONAL. Www.sistemguruonline.my. Syair Burung Nuri : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai. (2022, August 19). IRujukan.my. https://www.irujukan.my/syair-burung-nuri/ 11
Search
Read the Text Version
- 1 - 11
Pages: