Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore FULL STORY (AQQILLAH-EMILIZA-AKMAL-SUFIANA)

FULL STORY (AQQILLAH-EMILIZA-AKMAL-SUFIANA)

Published by aqilahabdullah98.aa, 2021-06-16 15:59:33

Description: FULL STORY (AQQILLAH-EMILIZA-AKMAL-SUFIANA)

Search

Read the Text Version

LAGENDA YANG DILUPAKAN NUUR SYAIEDZATUL AQQILLAH * EMILIZA LIAS * MOHAMAD AKMAL * SUFIANA JUMIT

ISI KANDUNGAN 1.CIK SITI WAN KEMBANG........................................................3 2.LAGENDA HUMINODUN.......................................................15 3.KISAH LAGENDA MA.T. CHINCHANG DAN MAT RAYA...............................................27 4.LAGENDA BUJANG SENANG.................................................37

CIK SITI WAN KEMBANG

Cik Siti Wan Kembang merupakan puteri kepada Sultan Ahmad dan Che Bainun Puteri Seri Nara D’Raja. Baginda seorang puteri yang sangat jelita. Seawal usia 4 tahun, ayahanda baginda, Sultan Ahmad telah mangkat dan tahta pemerintahan diturunkan kepada anak baginda. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai. 4

Namun, disebabkan baginda masih lagi kecil, Raja Hussien telah diamanahkan untuk menjaga tahta pemerintahan agar dapat diteruskan oleh Cik Siti Wan Kembang kelak. Raja Hussien berasal dari Kerajaan Johor dan dilantik menjadi pemangku Raja Pemerintah Kelantan. 5

Pada tahun 1610, baginda ditabalkan sebagai pemerintah ke-6 di Wilayah Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan setelah Raja Hussien mangkat pada tahun yang sama. Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang terkenal. 6

Gelaran 'Siti' diberikan oleh pedagang-pedagang dari Tanah Arab yang bermaksud seorang wanita yang unggul. Malah, gelaran Paduka Cik Siti turut diberikan. Raja-raja dari kerajaan lain datang melamar baginda untuk dijadikan isteri. Namun dengan penuh budi bicara baginda menolak setiap lamaran dengan baik. Baginda risau sekiranya baginda menerima salah satu lamaran, maka akan berlaku peperangan di antara pemerintah kerajaan yang lain. 7

Kebijakan baginda menyedari bahawa kemasyhuran negeri pemerintahannya berkemungkinan akan diserang pihak musuh memandangkan baginda pemerintah wanita pertama. Oleh itu, baginda membina sebuah kerajaan yang baru dan memindahkan pusat pemerintahannya dari Gunung Chinta Wangsa ke Cerang Tegayung. Maka baginda pun mengarahkan semua hulu balang dan rakyatnya untuk membuka kota di situ. Terbinalah Kota Tegayung dengan megah dan dihiasi taman yang indah, lalu diberikan nama Taman Serendah Sekebun Bunga. 8

Kedudukan yang strategik sebagai pusat pelabuhan yang pesat membuatkan para pedagang tempatan mahupun luar negeri datang berdagang. Baginda juga dihadiahkan seekor anak Kijang yang sangat jinak dari salah seorang pembesar di negerinya. Cik Siti Wan Kembang sentiasa bersama kijang itu dan menjadi tempat untuk mengisi kesunyian baginda. Oleh itu, kijang dipilih sebagai ikon pemerintahan Cik Siti Wan Kembang. 9

Tatkala sibuk menguruskan pemerintahan, terdapat sebuah kerajaan di timur laut Kelantan yang sedang pesat membangun iaitu Kerajaan Jembal. Raja Loyor ditabalkan menjadi raja bagi kerajaan Kota Jembal setelah kemangkatan ayahanda baginda, Raja Sakti. Baginda dianugerahkan sepasang cahaya mata, namun putera lelakinya mangkat sejak usia kecil, maka tinggalkan puteri sulungnya iaitu Puteri Saadong. 10

Hubungan baik antara kerajaan Raja Loyor dan Cik Siti Wan Kembang telah terjalin sebagai dua pemerintahan. Apabila Cik Siti Wan Kembang melihat Puteri Saadong, baginda menyatakan hasrat kepada Raja Loyor untuk mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat baginda. Maka, Raja Loyor pun menunaikan hasrat Cik Siti Wan Kembang kerana baginda tidak berkahwin. Apabila tiba masa yang sesuai, Puteri Saadong bakal mewarisi pemerintahan Cik Siti Wan Kembang kelak. 11

Setelah 67 tahun pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, baginda menyerahkan pemerintahan baginda kepada Puteri Saadong dan kembali ke Gunung Ayam untuk menjadi ahli sufi serta menghabiskan sisa hidupnya beribadat kepada Allah SWT. 12

Nilai & Pengajaran Melalui pemerintahan Cik Siti Wan Kembang telah membuktikan bahawa wanita mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan berjaya. 13

biodata Nama asal Cik Wan Kembang. Kematian ayah sejak usia empat 14 tahun. Raja Kelantan ke-6 dari keturunan Sultan Iskandar Shah. Menjadi raja ketika usia muda pada tahun 1610M. Pemerintah wanita pertama yang memerintah selama 67 tahun. Pusat pemerintahan baginda di Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong. Tidak pernah berkahwin dan mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat. Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri Kelantan.

LAGENDA HUMINODUN

Menurut kepercayaan masyarakat orang Kadazandusun, di sebuah kampung pedalaman Sabah tinggal sepasang suami isteri yang bernama Kinorohingan dan Suminundu yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Huminodun 16

Huminodun merupakan seorang puteri yang cantik, mempunyai sifat lemah lembut, penyayang dan pemurah hati. 17

Pada suatu hari, satu musibah melanda perkampungan itu bumi mulai kemarau dan segala jenis tanaman tidak menjadi dan penduduk mulai kebuluran 18

Penduduk yang kebuluran datang kepada Kinorohingan yang dianggap Tuhan untuk meminta tolong 19

Pada malam tersebut, Kinorohingan sedang tidur, dia didatangi suara yang berkata \" Hominodun harus dikorbankan kepada Dewa bumi untuk menyelamtkan 20 kaum mereka\"

Keesokan harinya Kinorohingan memberi tahu isterinya mengenai bisikan tersebut dan meminta merahsiakan dari Huminodun. Namun perbualan mereka telah didengari oleh Huminodun 21

Huminodun sayang kaum bangsanya, dan tidak mau mereka kebuluran. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya. Keputusannya itu dihalang oleh ibubapanya dan penduduk kampung. Namun tiada yang mampu menghalang semangat Huminodun 22

Pada hari Huminodun dikorbankan ibunya sangat sedih. Dikatakan beras ketika itu datangnya daripada isi gadis yang putih melepak, darahnya bertukar menjadi lada, kepalanya bertukar menjadi kelapa serta jari-jemarinya menjadi halia 23

Setelah dikorbankan bumi yang selama ini kering mulai dibasahi hujan dan tanaman mulai menghijau. Sejak itu, masyarakat Kadazandusun tidak pernah lagi mengalami masalah kebuluran hingga kini 24

Sejarah kisah Hominodun telah membawa kisah Perayaan Kaamatan yang disambut pada 30/31 Mei setiap tahun bagi memperingati pengorbanan Huminodun. Acara yang sering menjadi tumpuan adalah pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu Cantik sebagai memperingati Hominudun 25

Nilai dan Pengajaran KITA MESTILAH SANGGUP BERKORBAN DENGAN HATI YANG IKHLAS TANPA MENGHARAPKAN BALASAN AGAR DISAYANGI DAN DIKENANG KERANA SETIAP PENGORBANAN PASTI MEMBAWA KEBAIKAN 26

KISAH LAGENDA MAT CHINCHANG DAN MAT RAYA Lagenda Pulau Langkawi

Beberapa ratus tahun yang lalu, terdapat sebuah kampung di Langkawi yang di huni oleh keluarga gergasi. Mat Chinchang dan Mat Raya adalah antara keluarga gergasi yang tinggal di situ. Disebabkan saiz mereka yang besar serta mempunyai kekuatan tenaga luar biasa, bentuk muka bumi Pulau Langkawi telah berubah dengan dramatiknya. Mereka berdua adalah kawan baik. 28

Mat Raya mempunyai anak perempuan, manakala Mat Chinchang mempunyai anak lelaki dan mereka bercadang untuk menyatukan anak mereka. Pergaduhan mereka bermula dari pertikaian antara mereka berdua yang dikatakan bahawa anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang anak dara lain. 29

Pergaduhan itu menjadi menjadi lebih parah ketika tibanya hari kenduri dilangsungkan. Kedua-dua sahabat baik itu, Mat ChinChang dan Mat Raya dikatakan telah bergaduh sehingga bertumbuk, tendang menendang dan menampar antara satu sama lain. 30

Pergaduhan antara kedua-dua buah keluarga ini dikatakan telah mengubah kawasan utama di pulau itu. Cincin pertunangan anak kedua-dua gergasi itu telah dicampakkan dan jatuh di tempat yang kini dikenali sebagai Tanjung Cincin. 31

Ketika pergaduhan itu, peralatan- peralatan yang digunakan untuk memasak ketika majlis pertunangan itu juga habis berterbangan akibat dibaling ke arah satu sama lain. Sebuah belanga besar yang dibaling telah pecah dan tempat jatuhnya belanga itu kini dinamakan sebagai Kampung Belanga Pechah. Kuah gulai yag mengalir disebabkan pecahnya belanga itu pula kini dinamakan sebagai pekan Kuah yang merupakan bandar utama di Langkawi. 32

Pergaduhan antara Mat Chinchang dan Mat Raya yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar. Akhirnya, datang pula gergasi yang ketiga bernama Mat Sawar sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan mereka berdua. 33

Menyedari kerosakan yang berlaku dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan mereka, Mat Chinchang dan Mat Raya akhirnya bersetuju untuk bertukar menjadi gunung. Mereka telah bertukar menjadi gunung sekelip mata ketika pergaduhan berada pada waktu puncaknya. 34

Akhir sekali, Mat Raya telah bertukar menjadi Gunung Raya manakala Mat Chinchang pula bertukar menjadi Gunung Chinchang. Mat Sawar yang menjadi orang tengah kepada pergaduhan itu pula bertukar menjadi Bukit Sawar yang terletak di antara kedua-dua buah gunung itu. Ia kekal berada di tengah mereka untuk tahun-tahun yang mendatang agar keadaan sentiasa menjadi aman. 35

NILAI DAN PENGAJARAN Kita janganlah Kita hendaklah bermusuhan antara menjaga maruah satu sama lain. keluarga agar Sebaiknya tidak berbincang dengan mendatangkan cara yang baik masalah di untuk menyelesaikan kemudian hari. masalah. 36

LAGENDA BUJANG SENANG

Lungu ialah seorang pahlawan Iban yang terkenal di sekitar Sungai Skrang, Sarawak. Kehebatan beliau sewaktu mengayau musuhnya digeruni dan bukan sedikit yang terkorban di tangannya. 38

Kehebatan Lungu dikaitkan dengan ilmu kebal dimilikinya menyebabkan badannya tidak lut ditetak senjata. Oleh itu, musuh-musuh Lungu menculik isterinya untuk membalas dendam dan memaksa wanita itu membocor rahsia kekebalan suaminya. 39

Lungu kemudian bersemuka dengan musuh untuk menyelamatkan isterinya. Namun isterinya telah mati ditombak. Ketika itulah, rahsia kesaktian Lungu dihidu musuh apabila mendapati Lungu tidak kebal apabila berada dalam air. 40

Walaupun bertarung bermati-matian, pahlawan Iban itu maut dibunuh musuhnya dan mayat beliau bersama isterinya dibiarkan tenggelam dalam air Sungai Batang Lupar. 41

Mengikut mitos, mayat Lungu dan isterinya kemudian disumpah menjadi buaya besar. Salah seekor buaya besar ini mempunyai tanda belang putih dibelakangnya dan inilah yang dikenali sebagai Bujang Senang. 42

Bujang Senang terus mengganas dan antara 43 1982 hingga 1991, dipercayai 13 orang menjadi mangsa buaya raksasa itu. Kemuncak keganasan Bujang Senang berlaku pada Mei 1992 apabila haiwan itu menyambar seorang gadis Iban bernama Dayang, ketika gadis Iban itu menyeberangi Sungai Pelaban bersama ibunya.

Berang dengan kejadian itu, puluhan penduduk Iban dan polis memburu buaya itu. Cubaan membunuhnya menggunakan lembing dan peluru biasa gagal. Atas nasihat seorang dukun, kira-kira 40 das tembakan menggunakan paku sepanjang 10 sentimeter dilepaskan 44 ke arah Bujang Senang.

Akhirnya, riwayat haiwan berkenaan berakhir pada hari itu. Sehingga sekarang, masyarakat setempat di sekitar Sungai Batang Lupar masih lagi mempercayai bahawa buaya Bujang Senang itu tidak mati kerana dia adalah buaya keramat penghuni Sungai Batang Lupar. 45

INFO Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak. Bujang Senang buaya ketiga terbesar di dunia 46

SEKIAN


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook