Tugasan 4 : Penulisan Apresiasi  1.0 Pendahuluan         Fotografi adalah seni atau suatu process penghasilan gambar dan cahaya yang dipantulkan  oleh objek masuk ke lens kemudian diteruskan ke bidang film sehingga menghasilkan gambar  (Senin, 2014). Apresiasi adalah penghargaan atau penilaian yang positif terhadap suatu karya  tertentu. Sedangkan seni merupakan sesuatu yang dicipta manusia yang mempunyai nilai  keindahan atau estetika. Oleh itu, apresiasi seni merupakan suatu penilaian terhadap suatu karya  seni, baik mengenali, menilai dan menghargai nilai-nilai seni yang terkandung dalam karya seni  tersebut. Menurut Albert R. Candler pengertian apresiasi adalah proses memahami serta  menyedari sepenuhnya selok-belok karya seni serta menjadi sensitif mengenai gejala estetik dan  artistik sehingga dapat menikmati dan menilai karya tersebut secara professional. Antara jenis  apresiasi ialah empati, estetik dan ktitik. Tujuanna ialah untuk mengevalusi dan mengembangkan  nilai estetika karya seni dan kemampuan kreatif (Lester, P. M, 2006).    2.0 Penghasilan Karya Fotografi    Gambar 1 : Sebuah arca yang mempunyai cahaya (light sculpture) yang diambil                  menggunakan kamera Sony DSC- H300
Focal Length   4mm  White Balance  Auto  Aperture       f/3  Shutter Speed  1/60 sec.  ISO            200  Size           6.44 MB  Dimensions     5152 x 3864  Fail           JPEG  Flash          No flash  Tarikh         27/9/2019  Masa           7:13 PM  Tempat         Istana Bukit Serene,                 JB         Karya diatas (Gambar 1) diberi tajuk ‘Semangat membara’. Nampak sahaja arca itu membara  semangat, tetapi mempunyai banyak liku-liku. Hal ini boleh diakitkan dengan kehidupan kita ini  membunyai banyak liku yang kita perlu lalui dengan hati yang terbuka supaya dapat hidup dengan  aman dan damai. Pada karya ini mengambarkan suatu bentuk kepedulian lingkungan yang  mengandungi erti mendalam bagi siapa saja yang melihatnya, kerana melalui gambar ini, kita  boleh mengetahui maksud yang tersirat yang digambarkan tanpa harus lebih dijelaskan dengan  kata-kata. Saya telah menggunakan Sony DSC-H300 untuk merakam gambar tersebut. Saya  telah memanfaatkan efek kompresi perspektif lensa dan mengawal ukuran lingkaran bokeh pada  permulaan garisan tersebut. Saya telah mengenali sudut yang sesuai untuk mengambil gambar  ini dengan cuba melihat melalui viewfinder screen dari semua sudut. Antara tarikan gambar ini  ialah ia menunjukkan arca yang mempunyai cahaya dalam beberapa saiz serta menepati teknik  komposisi iaitu leading lines. Saya telah mengambil gambar ini pada pukul 19:13 malam yang  menjadikan gambar itu sangat cantik semasa merakam gambar tersebut.             Seterusnya, saya telah menggunakan Aperture yang besar pada waktu itu iaitu f/3. Oleh  itu, kita memerlukan kesabaran untuk menetapkan sudut bagi mendapat hasil seperti ini.  Seterusnya, saya juga telah mempertimbangkan jarak antara cahaya dan kamera sebelum  mengambil gambar kerana posisi ini juga akan memberi impak kepada lingkaran bokeh. Sewaktu  melihat melalui viewfinder screen, dekatkan lensa sedekat mungkin ke sumber cahaya. Dengan  melakukan sedemikian, kita akan mendapatkan lingkaran bokeh yang lebih besar, bahkan pada
aperture yang sama. Kontrol ukuran lingkaran bokeh dengan menyesuaikan pengaturan aperture  dan jarak pemotretan. Kalau kita dekat dengan sumber cahaya sambil memfokuskan pada latar  belakang, sumber cahaya di dekat akan berubah menjadi lingkaran bokeh yang bahkan lebih  besar. Akan tetapi, untuk mendapatkan hasil seperti ini, lensa kita perlu fokuskan bahagian lebih  jauh supaya dapat mefokuskan bahgian paling depan.              Saya tidak menggunakan perisian untuk menyunting gambar ini kerana ia tidak  memerlukan penyunting. Gambar asal saya cukup tajam dan berkualiti kerana ISO yang  digunakan ialah 200 jadi tahap kepakaaran sensor sesuai pada waktu malam. Tambahan pula,  komposisi asas gambar ini seperti tenik garisan. Kedudukan subjek utama iaitu arca cahaya,  penjagaan latar belakang dan keseimbangan juga boleh dikatakan tepat. Sebagai bukti, semasa  merakam gambar ini, secara automatik mata kita menuju ke ‘focal point’ kerana garisan memaksa  mata kita untuk menuju ke arah ‘focal point’ yang dipilih, iaitu hujung arca cahaya. Sebuah foto  dikatakan sempurna jika bahagian kiri dan kanan sama-sama menarik mata kita untuk melihat.  Caranya ialah dengan menggunakan grid line. Gambar ini tepat dari segi keseimbangan iaitu  objek diletakkan dalam grid line ialah 2/3.              Kesimpulannya, dengan mengambil subjek fotografi dapat menanam dan memupuk nilai-  nilai murni seperti faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni fotografi, sayang  kepada alam sekeliling, kebersihan, kesabaran dan sebagainya. Seterunya, fotografi dapat  mendokumentasikan hasil sejahrah ataupun aktiviti haarian kita supaaya dapat dimanfaatkan  kemudian hari.
                                
                                
                                Search
                            
                            Read the Text Version
- 1 - 3
 
Pages: