Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore INFO PENGURUSAN SKAS 2022-2023 ( 13 MAC 2022 )

INFO PENGURUSAN SKAS 2022-2023 ( 13 MAC 2022 )

Published by ZAMRI BIN SAID Moe, 2022-03-13 01:25:07

Description: INFO PENGURUSAN SKAS 2022-2023 ( 13 MAC 2022 )

Search

Read the Text Version

BUKU PENGURUSAN SK ALOR SETAR SESI 2022/23 0

DASAR PENGURUSAN KUALITI PENDAHULUAN Dasar Pengurusan Kualiti Sekolah Kebangsaan Alor Setar merupakan asas rujukan bagi meningkatkan kualiti pengurusan sekolah. Di sini terkandung dasar, matlamat dan strategi yang digariskan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. DASAR KUALITI Dalam menguruskan sekolah, Dasar Pengurusan Kualiti berfokus kepada konsep kepimpinan instruksional melibatkan: a) Menetapkan matlamat sekolah b) Memaklumkan matlamat sekolah c) Menyelia dan menilai pengajaran d) Mengkoordinasi program kurikulum e) Memantau pencapaian pelajar f) Mengawal masa pengajaran g) Sentiasa kelihatan (high visibility) h) Memberi Insentif kepada guru i) Menggalakkan perkembangan profesionalisma j) Memberi Insentif untuk pembelajaran DASAR KUALITI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pentadbiran dan pengurusan pejabat yang mesra, cekap dan cepat dengan memberikan keutamaan kepada kepuasan pelanggan serta mementingkan kualiti. MATLAMAT  Meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dalam semua bidang.  Mencapai mutu ‘kerja berpasukan’ yang lebih inovatif dan proaktif.  Sentiasa bekerja keras sambil melihat sesuatu cabaran dari sudut pandangan yang positif dan menganggap cabaran merupakan peluang keemasan untuk menonjolkan bakat dan kebolehan diri.  Berbelanja dengan berjimat dan berhemah serta mengikut tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah. STRATEGI  Edar Pekeliling Iktisas dan Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.  Edar Surat Siaran Guru Besar (Dalaman) mengenai sesuatu dasar, matlamat semasa KPM, JPN dan PPD.  Perjumpaan Profesional Guru Besar – Guru  Pendukumentasian perancangan, pelaksanaan aktiviti dan penilaian setiap program sekolah.  Mesyuarat Kawalan Mutu Kerja.  Mesyuarat Bulanan Majlis Pengurusan Sekolah  Mesyuarat J/K Kewangan  Mesyuarat Guru (J/K Kurikulum, HEM & Ko Kurikulum) 1

PANDUAN AM GURU DAN STAF Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Alor Setar perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan: 1. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS i. Guru dan kakitangan sokongan adalah wajib mematuhi peraturan pakaian yang di tetapkan KPM. (surat pekeliling Bil.6/1995) ii. Guru Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sukan, baju T berkolar dan berkasut sukan serta stoking. iii. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada sepanjang hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan. (7:45 pagi hingga 1:45 petang) - Bagi memastikan guru-guru dapat memenuhi Melindungi Masa Instruktional (MMI) waktu pdp, guru-guru dilarang berada di kantin sekolah selepas jam 7:30 pagi. Guru-guru boleh menggunakan waktu senggang untuk rehat dan makan selagi tidak melanggar MMI waktu pdp yang telah ditetapkan. - Semua guru mesti berada di kawasan sekolah sebelum 7.30 pagi dan pulang dari sekolah selepas pukul 2.00 petang. 3. MASA TIBA DAN PULANG DARI SEKOLAH Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum loceng pertama dibunyikan (7.30 pagi), dan balik 15 minit selepas waktu rasmi (2:00 petang). 4. KEHADIRAN GURU i. Semua Guru/Staf wajib mengetik kad perakam waktu (Punch Card) masa ketibaan dan balik sekolah. ii. Semua Guru/Staf dilarang mengetik ‘kad perakam waktu’ untuk orang lain. iii. Guru-guru yang hadir untuk kegiatan Kokurikulum dan Kelas Tambahan juga dikehendaki mengetik kad perakam waktu semasa tiba dan pulang. iv. Dokumen kehadiran penting bagi membantu Guru Besar membuat penilaian Prestasi Tahunan dan naik pangkat. v. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Wajib memberitahu Guru Besar dan Penolong Kanan dengan SEGERA. vi. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 5. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU BERTUGAS i. Guru/staf tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu bertugas kecuali mendapat kebenaran Guru Besar. ii. Guru/staf yang mendapat kebenaran daripada Guru Besar dikehendaki mengetip Punch card serta mencatatkan butiran serta mendapatkan tandatangan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. iii. Guru/staf yang mendapat arahan KPM/JPN/PPD/MSSK mestilah memaklumkan kepada Guru Besar terlebih dahulu. iv. Urusan yang melebihi 4 jam perlulah mengisi atau mendapat kelulusan CRK (Cuti Rehat Khas). 2

6. CUTI SAKIT Guru/staf yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan mengikut tatacara berikut: i. Menelefon segera kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan atau menghantar pesanan masej. ii. Sijil sakit (pesakit luar) yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.(Rujuk Pekeliling). iii. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari setahun. 7. SIJIL PERAKUAN DOKTOR Sijil perakuan doktor mesti diserahkan kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan apabila hadir semula bertugas ke sekolah dengan segera. 8. CUTI REHAT KHAS i. Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh khas untuk guru sahaja. ii. Cuti boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam setahun. iii. Untuk memohon cuti ini sila baca Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan. iv. Dapatkan borang permohonan di pejabat. v. Serahkan kepada Guru Besar borang yang telah lengkap diisi untuk kelulusan sekurang- kurangnya 2 hari sebelum cuti, kecuali kecemasan. vi. Sertakan pernyataan sebab memohon cuti bersama borang permohonan. 9. CUTI TANPA GAJI Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan. (Rujuk pekeliling Kementerian- Bab Cuti) 10. KELUAR NEGARA i. Permohonan ke luar negara hendaklah dipohon sebulan sebelum tarikh bercuti. ii. Semua pegawai yang akan bercuti ke luar negara atas urusan persendirian mesti mendapat kelulusan daripada PPD Kota Setar dan mengambil perlindungan insuran kesihatan sendiri. iii. Elakkan memohon keluar negara semasa dalam musim persekolahan kecuali mengerjakan Haji. 11. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR (RPH) i. Fail persediaan mengajar adalah dokumen rasmi dan Harta Kerajaan. ii. Fail ini mesti dilengkapkan dengan perkara-perkara berikut;  Sukatan Pelajaran  Rancangan Pelajaran  Jadual Waktu Kelas atau Persendirian  Biodata Diri  Senarai Nama Murid  Markah Ujian/Peperiksaan iii. Fail persediaan mengajar mesti dihantar ke pejabat pada setiap minggu (Hari Khamis) bagi tujuan pengurusan/semakkan oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. iv. Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan melekatkan slip jadual ganti di dalam fail/buku persediaan mengajar. (helaian pada tarikh yang sama). v. Format KSSR hendaklah digunakan untuk menyediakan buku/fail persediaan mengajar. vi. Fail persediaan mengajar adalah dokumen yang dapat membantu dalam menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). vii. Jika seseorang guru bercuti, Fail RPH hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan untuk tindakan seterusnya. viii. Fail RPH yang lengkap hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari akhir persekolahan. 3

12. WAKTU MENGAJAR i. Mesti mematuhi jadual waktu yang ditetapkan. ii. Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya kelas adalah seperti berikut:  Kelas dalam keadaan teratur dan kondusif  Bersih dan kemas  Bilangan murid akur dengan jadual kedatangan. iii. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar. 13. GURU GANTI i. Sila rujuk surat pekeliling Kementerian Pendidikan ii. Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang telah ditetapkan. 14. BUKU LATIHAN/BUKU KERJA/BUKU NOTA i. Buku latihan/buku kerja/buku nota murid hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti. ii. Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada murid. iii. Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh didalam buku/nota yang telah diperiksa. iv. Guru Besar/Penolong-Penolong Kanan akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. 15. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN BIMBINGAN i. Semua guru di SK Alor Setar adalah guru disiplin dan guru bimbingan. ii. Guru-guru adalah bertanggungjawab mengawal tingkahlaku murid pada setiap masa. iii. Guru-guru hendaklah sentiasa memberi bimbingan kepada murid dan mengamalkan budaya “Sekolah Penyayang”. iv. Peraturan sekolah menjadi panduan untuk mengurus murid-murid. 16. KESELAMATAN MURID i. Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam kawasan sekolah. ii. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, guru diminta segera memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong-penolong Kanan. iii. Peraturan keselamatan yang disediakan hendaklah dipatuhi. 17. KOKURIKULUM i. Semua guru terlibat dengan kegiatan Kokurikulum dan kehadiran adalah diwajibkan. ii. Guru-guru dikehendaki menandatangani kehadiran dalam buku Kehadiran Kokurikulum. iii. Guru penasihat dikehendaki mengemaskini buku PAJSK dan buku rekod penilaian aktiviti Kokurikulum. 18. PERHIMPUNAN MINGGUAN i. Semua guru diwajibkan hadir ditempat perhimpunan mingguan sekolah. Sebelum pukul 7.30 pagi (kerana perhimpunan ada dalam jadual waktu persekolahan) Perhimpunan mingguan akan tamat pada atau sebelum 8.15 pagi. ii. Guru bertugas bersama jawatankuasa perhimpunan mingguan perlu memastikan keadaan tempat perhimpunan teratur dan sempurna sebelum majlis dijalankan. iii. Ucapan dan pengumuman hendaklah ringkas dan padat. 19. MESYUARAT GURU i. Segala mesyuarat yang dirancangkan oleh sekolah adalah termasuk tugas rasmi yang mesti dipatuhi/dihadiri oleh semua guru/staf. ii. Semua mesyuarat mesti ada agenda minit. iii. Keputusan mesyuarat mesti disampaikan kepada pihak berkenaan. iv. Semua mesyuarat yang tidak tercatat dalam takwim persekolahan hendaklah diadakan pada luar waktu persekolahan. 4

20. PERKONGSIAN ILMU Perkongsian Ilmu atau penyampaian pekeliling/berita/peraturan terkini akan diadakan dari masa kesemasa mengikut kesesuaian waktu dan semua guru/staf wajib hadir. 21. KURSUS Kursus-kursus yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD/IAB adalah termasuk dalam bidang perkhidmatan dan wajib hadir. 22. PENGGUNAAN PERALATAN/HARTA SEKOLAH I. Segala peralatan sekolah adalah Harta Kerajaan, penggunaan untuk peribadi adalah dilarang. Pinjaman harta modal atau inventori perlu dicatat dalam buku pergerakan harta modal/inventori. II. Ketua Panitia dan guru yang bertanggungjawab terhadap bilik-bilik khas hendaklah memastikan ada peraturan dam alat-alat di bilik berkenaan dalam keadaan selamat dan terkawal. 23. PEMBELIAN PERALATAN Peraturan Kewangan Kementerian Pendidikan hendaklah dipatuhi. i. Isi nota minta ii. Mendapat pengesahan Ketua Panitia iii. Mendapat pengesahan Guru Besar 24. BILIK GURU/BILIK KHAS i. Keceriaan dan kebersihan bilik guru/bilik khas adalah tanggungjawab setiap guru. ii. Pelawat/tetamu luar tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk perbincangan dengan guru/staf. 25. SURAT RASMI SEKOLAH / FAIL RASMI SEKOLAH i. Surat rasmi sekolah tidak boleh digunakan untuk surat menyurat peribadi. ii. Kelab/persatuan/badan beruniform mesti mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu untuk menggunakan surat rasmi sekolah. iii. Guru-guru perlu mendapatkan kebenaran kerani terlebih dahulu untuk meminjam fail rasmi sekolah. iv. Fail rasmi sekolah setelah digunakan mesti diserahkan balik dengan kadar segera. 26. SURAT PEKELILING i. Surat Pekeliling Kementerian/Jabatan/PPD/Sekolah hendaklah dibaca dan difahami, kemudian sila tandatangan. ii. Segala surat yang diterima/diedarkan hendaklah disimpan dalam fail. 27. MENULIS SURAT RASMI i. Semua surat rasmi yang ada kaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar melalui Guru Besar. ii. Satu salinan mesti disimpan dalam fail sekolah. 28. BILIK GERAKAN / MAKMAL ICT / DAN BILIK-BILIK KHAS i. Penggunaan Bilik-bilik khas hendaklah dalam pengetahuan Penyelaras bilik berkenaan. ii. Catatkan dalam Buku rekod Penggunaan bilik setiap kali menggunakannya. 5

29. BUKU DAFTAR MURID i. Buku ini adalah dokumen Rasmi. ii. Buku ini tidak boleh dibawa balik ke rumah atau disimpan di bilik guru atau di tempat- tempat lain. iii. Guru kelas tahun satu hendaklah mengisi semua butiran maklumat murid yang dikehendaki. iv. Murid yang baru memasuki/mendaftar sekolah ini perlu juga diisi maklumat dalam buku daftar. 30. KEAHLIAN KELAB GURU DAN PIBG Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG. Jumlah yuran Kelab guru dan PIBG tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 31. KUNCI Semua kunci terutama bilik-bilik khas perlu diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir cuti persekolahan. 32. PERKARA-PERKARA LAIN Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan maklumat dan pengurusan sekolah adalah tertakluk kepada maklumat semasa yang akan disampaikan oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan dan perlu dijadikan panduan dan maklumat terkini yang diterima pakai. 6

CARTA ORGANISASI INDUK SK ALOR SETAR 2022/2023 GURU BESAR ZAMRI BIN SAID PENOLONG KANAN HEM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SKPMG2 / PBPPP SAJARATUN NAZRIAH SOFIAH BINTI MAT SALLEH MAHAMUD KIZZON BIN AHMAD RAHIMI BIN HARUN DATA SETIAUSAHA HEM SETIAUSAHA KURIKULUM SETIAUSAHA KOKURIKULUM MD. AZRI BIN SAAD ROSHIMA BINTI ROMLI ISMANIDA BINTI ISMAIL FADZILAH BINTI ISMAIL BIMBINGAN & KAUNSELING KBAT KURIKULUM KBAT KOKURIKULUM LADAP MOHAMMAD AMIR ABD RAHIM ISMANIDA BINTI ISMAIL FADZILAH BINTI ISMAIL FADZILAH BINTI ISMAIL DISIPLIN / SSDM PENYELARAS HIP SETIAUSAHA SUKAN PENYELARAS BESTARI / ROSHIMA BINTI ROMLI SHARONAKMA BIMTI SHUIB MOHAMAD AMIR ABD RAHIM DELIMA PENGAWAS PENYELARAS TAHAP 1/PBD MOHAMAD AMIR ABD RAHIM SHARONAKMA BINTI SHUIB SURIANI BINTI NAYAN PENYELARAS SUKAN&PERMAINAN ASET RMT / PSS PENYELARAS TAHAP 2/PBD MUHAMMAD AIZAT AB RAHIM SHARONAKMA BINTI SHUIB SITI AISHAH BINTI KHAMIS ISMANIDA BINTI ISMAIL PENYELARAS BADAN BERUNIFOM PEMBANTU TADBIR SPBT PANITIA BAHASA MELAYU SHARONAKMA BINTI SHUIB CIK ZAKIAH BINTI AWANG MUHAMMAD AIZAT AB RAHIM ISMANIDA BINTI ISMAIL PENYELARAS KELAB & JURU TEKNIK KOMPUTER KANTIN PANITIA BAHASA INGGERIS PERSATUAN MOHAMMAD IHSAN ARZIMI MD. AZRI BIN SAAD SHARONAKMA BINTI SHUIB SURIANI BINTI NAYAN PEMBANTU OPERASI APDM / DAFTAR MURID PANITIA MATEMATIK ROZALIA BINTI ZAINAL MOHAMAD FIKRI BIN AHMAD MD. AZRI BIN SAAD PENYELARAS KECERIAAN SEKOLAH BANTUAN & KEBAJIKAN PANITIA SAINS SOFIAH BINTI MAT SALLEH SITI AISHAH BINTI KHAMIS ROSHIMA BINTI ROMLI TING 1 /SBP/KRK/KAA/MRSM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM PENYELARAS BULETIN ISMANIDA BINTI ISMAIL MOHAMAD FIKRI AHMAD SEKOLAH KELAB PENCEGAHAN JENAYAH BAHASA ARAB MAHAYA BINTI SHAARI MD. AZRI BIN SAAD SOFIAH BINTI MAT SALLEH LAWATAN PPDa/ SURAU PANITIA PSV INTAN SHAFINAZ CHE HASAN FADZILAH BINTI ISMAIL SURIANI BINTI NAYAN SAMBUTAN DAN PERAYAAN PROGRAM 3K PANITIA MUZIK MOHAMAD FIKRI BIN AHMAD MAHAYA BINTI SHAARI SURIANI BINTI NAYAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KELAB PENCEGAHAN JENAYAH PANITIA RBT / TMK MAHAYA BINTI SHAARI MD. AZRI BIN SAAD MOHAMMAD AMIR ABD RAHIM NILAM E SARANA PIBK/PIBG SEKSITI PANITIA SEJARAH MAHAYA BINTI SHAARI SITI AISHAH BINTI KHAMIS ROSHIMA BINTI ROMLI PROFESIONAL LEARNING PROGRAM TRANSISI/TAHUN 1 PANITIA PJ / PK (PAJSK) COMMUNITY (PLC) SURIANI BINTI NAYAN MD. AZRI BIN SAAD FADZILAH BT. HJ ISMAIL SKUAD DENGGI PATROL PEMULIHAN KHAS INTAN SYAFINAZ CHE HASAN INTAN SYAFINAZ CHE HASAN ZIARAH CAKNA /LAWATAN REKREASI 7 SHARONAKMA BINTI SHUIB


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook