APARTMENT TAMAN PINGGIRAN PUTRA, DEKAT JUSCO EQUIN DAN PASAR BORONG. BLOK 1, TINGKAT 6, 752 sq ft www.RahsiaSaham.com
H/P:013-3620874 ( SMS ) E-MAIL: [email protected] FACEBOOK: www.facebook.com/hamdimutalib www.RahsiaSaham.com
SURAH AL- HUJURAT:AYAT 13 HIKMAT ALLAH MENJADIKAN BERBAGAI-BAGAI BANGSA
SURAH AL-HUJURAT:AYAT 13 HIKMAT ALLAH MENJADIKAN BERBAGAI-BAGAI BANGSA FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku- suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi ALLAH S.W.T ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya ALLAH MAHA mengetahui lagi MAHA mengenali”
SURAH AL-HUJURAT:AYAT 13 HIKMAT ALLAH MENJADIKAN BERBAGAI-BAGAI BANGSA ( SAMBUNG…) HURAIAN AYAT: • Semua manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam A.S. dan Hawa, Nabi Adam dijadikan daripada tanah, kemudian ALLAH S.W.T. meniupkan Roh pada Jasad tersebut. • ALLAH S.W.T menjadikan manusia berlainan keturunan, bangsa dan warna kulit untuk bekerjasama bagi mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan di kalangan hamba-hamba Nya. • Umat manusia dilarang berbangga dengan keturunan, bangsa, bahasa dan warna kulit kerana perbuatan tersebut membawa kesan yang buruk. • ALLAH S.W.T tidak memandang rupa paras, pangkat, harta dan keturunan seseorang itu tetapi memandang hati dan amalan yang mereka lakukan.
SURAH AL-AN’AM:AYAT 125 & AL-BAQARAH:AYAT 257 ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA
SURAH AL-AN’AM:AYAT 125 ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA (SURAH AL-AN’AM): “Maka sesiapa yang dikehendaki ALLAH S.W.T untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya, nescaya ALLAH melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima ISLAM….”
SURAH : AL-BAQARAH:AYAT 257 ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA(AL- BAQARAH): “ALLAH S.W.T adalah pemimpin orang yang beriman, mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya keimanan dan orang-orang kafir, pelindung mereka ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan….”
SURAH AL-AN’AM:AYAT 125 & AL-BAQARAH:AYAT 257 ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA HURAIAN AYAT: • Hidayat ialah cahaya petunjuk yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepada manusia pilihan-Nya bagi mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. • Ilmu adalah penyinar hidup. Ilmu wajib dituntut oleh setiap orang Islam untuk meningkatkan keimanan kepada ALLAH S.W.T. • Ilmu yang dituntut dengan ikhlas kerana ALLAH S.W.T akan menjadikan seseorang itu lebih beriman dan bertakwa kepada Tuhannya. • Ilmu yang dituntut dengan berhajatkan nama atau pangkat akan menjadikan seseorang itu bersifat mengikut HAWA NAFSU dan mementingkan diri sendiri.
Search