Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore KKIK2020 KEMELUT EMOSI IBU BAPA, SATU TEKANAN JIWA KEPADA ANAK (Halim)

KKIK2020 KEMELUT EMOSI IBU BAPA, SATU TEKANAN JIWA KEPADA ANAK (Halim)

Published by abdhalimtahir82, 2020-12-05 17:14:53

Description: KKIK2020 KEMELUT EMOSI IBU BAPA, SATU TEKANAN JIWA KEPADA ANAK (Halim)

Keywords: kemelut emosi KKIK

Search

Read the Text Version

KEMELUT EMOSI IBU BAPA, SATU TEKANAN JIWA KEPADA ANAK: SUATU PERKONGSIAN KAJIAN KES KAUNSELING Abd Halim bin Tahir [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu, Sabah 1.0 DISKRIPSI DEMOGRAFI KLIEN Klien merupakan seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru di Sabah. Klien merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Klien berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan belajar di Institut Pendidikan Guru dalam bidang Teaching English as a Second Language (TESL). Pada awalnya, klien adalah guru pelatih yang ditempatkan di IPG kampus Semenanjung Malaysia tetapi telah berpindah disebabkan faktor kesihatan ibunya klien telah berjaya memohon pertukaran institusi ke Kota Kinabalu Sabah. Secara ringkasnya, klien bermula di IPGK Gaya di semester ke lima dalam bidang yang sama iaitu TESL. Dari aspek akademik, Klien mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dengan keputusan 7A dan ditawarkan tempat di Institut Pendidikan Guru di negeri Kedah. Dari segi latar belakang keluarga pula, Klien hidup dalam keluarga yang sederhana. Bapa klien tidak lagi bekerja disebabkan meletak jawatan di sebuah sebuah syarikat Pelabuhan di Kota Kinabalu. Manaka ibunya pula berkerja sebagai Pembantu Tadbir di sebuah jabatan kerajaan persekutuan. Klien mempunyai tiga orang adik beradik. Klien merupakan anak perempuan sulung dan mempunyai dua orang adik lelaki. Adik kedua baru sahaja selesai mengambil peperiksaan STPM dan adik bongsu pula masih lagi bersekolah di tingkatan tiga sebuah sekolah menengah harian di Kota Kinabalu. Klien merupakan harapan dalam keluarga berbanding adik- beradik yang lain masih belum berjaya dan masih bersekolah. Klien adalah seorang pendiam dan kurang bergaul dengan rakan-rakan dalam kelas. Hubungan dengan pensyarah juga adakah sederhana malah dan perkembangan akademik klien sepanjang berada di IPG juga adalah pada tahap sederhana. Walaupun klien dibelenggu dengan isu kesihatan mental, tapi klien sentiasa menunjukkan komitmen yang baik dalam akademik. Kini, klien baru sahaja menamatkan pengajiannya dan 1

telah mengharung pelbagai cabaran dalam hidup sepanjang lima tahun berada di dua buah IPG. Klien bercita-cita menjadi seorang guru yang berjaya dan mahu merubah nasib keluarganya ke arah yang lebih baik dan selesa pada masa akan datang. 1.1 Pemeriksaan Mental Status Examination (MSE) Sepanjang proses kaunseling dijalankan, Kaunselor telah menggunakan senarai semak Mental Status Examination (MSE). Pemeriksaan Status Mental digunakan untuk menjelaskan tahap kefungsian dan penampilan diri klien. Sungguhpun Pemeriksaan Status Mental adalah instrumen psikometri yang kurang lengkap. Namun, kaunselor telah menggunakannya dalam pelbagai ‘seting' yang boleh membantu ke arah pemeriksaan kesihatan mental secara umum. Menurut Susan C. Whiston, (2009). Pemeriksaan Status Mental (MSE) adalah suatu pernyataan yang memberikan penjelasan kepada penampilan diri seseorang, perasaan dan tingkah laku. Maklumat yang diperoleh dikumpulkan untuk tujuan diagnostik. Menurut Trzepack dan Baker, (1993). Pemeriksaan Status Mental (MSE) terdiri daripada enam seksyen utama. Berikut dapat dirumuskan beberapa psikologi klien sepanjang proses kaunseling dijalankan Bersama klien. a. Penampilan diri, sikap dan aktiviti Secara keseluruhannya, klien mempunyai penampilan berpakaian yang sederhana dan teratur. Ini dapat diperhatikan sepanjang pertemuan sesi mahupun temu janji bersama doktor. klien sentiasa berpenampilan kemas dengan sentiasa mengenakan tanda namanya setiapa kali berjumpa kaunselor. Walaupun klien merupakan guru pelatih yang berpindah daripada IPG lain tetapi klien boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dari semasa ke semasa. Pada masa lapang klien lebih gemar membaca novel dan menonton teleyisyen. Pada waktu cuti semester, klien lebih banyak menghabiskan masa dengan membantu ibunya di dapur selain membantu mengajar adik-adiknya dalam pelajaran mereka. b. Mood dan perasaan Dari aspek mood, klien selalunya akan mempamerkan emosi yang kurang stabil terutamanya apabila balik ke rumah terutamnya apabila bapa klien berada di rumah. Kehadiran bapanya di rumah menyebabkan klien rasa kurang selesa. Hal ini 2

disebabkan sifatnya yang panas baran dan sering bertengkar dengan ibunya menyebabkan klien mudah tertekan. Pada awal pertemuan bersama kaunselor, klien sering kali mengadu mengalami isu kekecewaan terhadap diri dan keluarga. Klien merasa seolah-olah lemas dan tidak mampu mengawal emosi negatif dan pemikiran tidak rasionalnya. Menurut klien keadaan dirinya adalah sangat perit dan tidak selesa. Klien juga sering kali menangis kerana bimbang akan keadaan yang menimpa dirinya dan keluarganya yang sering menjadi mangsa pertelingkahan kedua orang tuanya. c. Bahasa dan Percakapan Sepanjang sesi kaunseling dan rawatan, klien menunjukkan komunikasi dan percakapan yang baik. Walaupun klien adalah agak pendiam namun komunikasi dua hala sentiasa dapat diwujudkan dengan baik. Sesekali perbincangan kurang lancar disebabkan gangguan dari aspek mood dan perasaan klien kurang stabil pada masa itu. Keadaan ini pernah berlaku semasa di awal sesi kaunseling bermula. Di mana klien menangis sehinggakan percakapan klien tidak berapa lancar. Tambahan lagi, apabila rasa tertekan, klien merasa teramat sedih, rasa bersalah dan akan hilang konsentrasi. Keadaan ini menyebabkan klien rasa kurang selesa dan sering kali dibelenggu dengan keadaan yang meinimpa dirinya. Sungguhpun demikian, keseluruhan sesi kaunseling adalah baik dan terkawal. d. Proses berfikir, kandungan pemikiran dan persepsi Pemerhatian kaunselor sepanjang sesi kaunseling dijalankan, dapat diperhatikan dengan jelas beberapa bentuk skema pemikiran negatif ataupun bentuk pemikiran yang tidak rasional dalam diri klien. Ellis telah mengemukakan 11 pemikiran tidak rasional yang menggangu sistem kepercayaan manusia (Sabariah Siron, 2005). dan daripada 11 bentuk pemkiran itu, beberapa senarai semak yang tidak rasional semasa pemerhatian dan perbincangan kaunselor bersama klien. I. Adalah sangat perlu seseorang itu dikasihi dan disayangi oleh orang yang signifikan. II. Sesetengah orang adalah jahat dan kejam. Orang sebegini seharusnya dihukum dan dipersalahkan yang setimpal dengan kesalahannya. III. Adalah lebih senang lari daripada kesulitan dan tanggungjawab daripada menghadapinya. 3

IV. Manusia tidak berupaya untuk mengawal diri kerana kesengsaraan yang berlaku disebabkan oleh faktor-faktor luaran atau di luar kawalan individu. V. Seseorang itu sepatutnya mengambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain. Klien sangat berpegang terhadap kepercaayan bahawa dengan melakukan kecederaan terhadap dirinya akan menyebabkan rasa tenang dan kelegaan pada dirinya. Situasi ini berlaku beberapa kali dengan mencederakan pergelangan tangan dengan menggunakan pisau cukur. Keadaan ini menyebabkan proses berfikir dan kognitif klien adalah tidak rasional dan segala tindak tanduk yang dihasilkan melalui tingkah laku juga terkait secara langsung dengan corak pemikiran yang dicetuskan klien. e. Kognisi Sepanjang pertemuan kaunselor dengan klien, dapat diperhatikan beberapa pernyataan dan corak pemikiran yang salah yang mempengaruhi tingkah laku klien. Bentuk pemikiran ini kelihatannya sangat mempengaruhi diri klien. Menurut Beck (2011), kesalahan berfikir seseorang individu kerana elemen `Negative Automatic Thoughts (NATs)’ yang terdapat dalam pemikiran klien. Secara umumnya terdapat tiga `core belief’ yang terdapat dalam diri seseorang individu iaitu, merasakan diri mereka: (i) tidak berdaya atau mampu, (ii) tidak dicintai dan dikasihi, dan (iii) tidak berguna dan tidak berharga. Justeru, berasaskan kepada aspek kognisi ini, jelaslah bahawa pernyataan dan corak pemikiran yang salah ini dapat dipulihkan sekiranya teknik yang digunakan adalah secara sistematik di mana dapat mengubah ‘core belief’ mereka dan pada masa yang sama dapat mengubah `Negative Automatic Thoughts (NATs) klien. f. Celik akal dan penilaian Secara umumnya, celik akal merupakan satu aktiviti kognitif. Celik akal merupakan kebolehan seseorang mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang relevan ataupun positif di dalamnya. Sepanjang pemerhatian kaunselor menguruskan kes ini, klien mempunyai kesedaran dan keinginan tinggi untuk berubah dan sembuh sepenuhnya. 4

Sungguhpun klien mempunyai tanggapan dan corak pemikiran yang tidak rasional dalam masalah yang dihadapinya. Tetapi tekad dan iltizamnya cukup kuat dan boleh dibanggakan. Hal ini secara tidak langsung membantu proses pemulihan gangguan psikologi yang dialaminya. 1.2 Ujian Psikologi/Senarai Semak Beck Depression inventory (BDI) 21 Pada pertemuan pertama bersama klien, kaunselor telah menggunakan Beck Depression Inventoly (BDI) 21) untuk melihat sejauh mana tahap kemurungan, stres dan kebimbingan yang dialami klien. Berikut adalah analisis ringkas keputusan (BDI) 21 yang telah klien. Secara keseluruhannya, dapat dinyatakan bahawa sememangnya klien berhadapan dengan isu psikologi yang mencabar. Hal ini dapat dilihat melalui keputusan (BDI) 21 seperti berikut; Makna Depression Anxiety Stress Normal 0-9 0-7 0-14 Ringan 8-9 15-18 Sederhana 10-13 19-25 Teruk 14-20 10-14 26-33 Sangat teruk 21-27 15-19 34+ 28+ 20+ Dimensi Jumlah skor Tahap Depression 28 Sangat teruk Anxiety 17 Teruk Stress 37 Sangat teruk Jadual 1: Keputusan ujian DASS-21 klien semasa sesi pertama dijalankan. 2.0 ISU YANG DINYATAKAN Klien telah di diagnosis sebagai Major Depressive Disorder (MDD) oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Abdul Halim, Kedah. Ini bermaksud isu dan kecelaruan yang dialami oleh klien telah jelas berdasarkan kepada surat diagnosis yang telah dikeluarkan. Seperti yang diketahui umum, klien yang mengalami Major Depressive Disorder (MDD) akan menunjukkan beberapa perubahan psikologi yang ketara. Hal ini berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditonjolkan klien seperti perubahan emosi seperti murung dan sedih. Rasa 5

tidak termotivasi dan kurang minat terhadap kegiatan sosial, kurang berinteraksi dengan rakan. Klien juga mendakwa menghadapi perubahan pola atau kebiasaan tidur. Selain itu, perubahan pada kognitif pula adalah berfikiran negatif tentang diri sendiri dan masa depannya, selalu merasa bersalah, harga diri rendah, berfikir untuk mencederakan diri. Sejarah klien bermula di Unit Psikologi dan Kaunseling adalah apabila pensyarah pembimbing ataupun dikenali sebagai mentor berbincang dengan Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan mereka telah membuat satu janji temu untuk perbincangan bersama dengan kaunselor. Daripada perbicangan yang telah dilakukan berserta aspek pemerhatian yang telah dibuat oleh pensyarah pembimbinganya. Kaunselor memohon agar klien berkenaan segera berjumpa dengan kaunselor seberapa segera. Maka, bertitik tolak daripada itu, janji temu Bersama klien dilakukan. Isu awal yang dinyatakan oleh klien adalah berkaitan dengan aspek perhubungan dengan keluarganya khususnya bapanya yang sering membuat hal dalam keluarga. Klien mendakwa bahawa bapanya sering bertengkar dengan ibunya disebabkan tekanan yang dialami oleh bapanya yang sudah tidak berkerja. Tambahan lagi, bapanya sering bertindak di luar kawalan dan panas baran. Klien hanya mampu menahan marah, kecewa dan sedih apabila melihat ibu dan bapanya bertengkar. Tambahan lagi, klien mendakwa dia dan adik beradiknya sering kali menjadi mangsa herdikan dan cercaan bapanya. Hal ini mula membuatkan klien rasa tertekan dan berfikiran negatif. Umum mengetahui bahawa tidak kira sama ada faktor luaran atau dalaman yang merangsang seseorang untuk marah, kesan 'angin tajam panas baran' dek kemarahan itu yang sentiasa menjadi masalah besar dalam mana-mana keluarga, organisasi dan komuniti. Seterusnya, Isu yang sering menjadi topik perbincangan bersama kaunselor juga adalah berkaitan dengan perubahan persekitaran baru di IPG dan aspek hubungan sosial yang turut menjadi penyumbang kepada isu klien. Namun demikian, berdasarkan pengalaman kaunselor bersama klien, klien dapat mengatasi cabaran ini dengan baik. Ringkasnya, klien menunjukan komitmen yang baik dalam aspek perhubungan dengan rakan dan cuba berasimilasi dengan perubahan yang sedang dihadapi. 6

3.0 MATLAMAT INTERVENSI Matlamat yang ditetapkan dan ingin dicapai dalam proses kaunseling adalah seperti berikut;  Membantu klien memahami dan celik akal  Membantu klien membina tingkah laku, pemikiran dan perasaan menggalakkan tindakan yang baru dalam hidupnya.  Membina keyakinan diri dan menyedarkan klien tentang kekuatan dirinya.  Menggalakkan klien membina tingkah laku positif dalam kehidupannya. 4.0 PELAN INTERVENSI  Rawatan perubatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Queen Kota Kinabalu, Sabah.  Menjalani sesi kaunseling individu dan bimbingan/konsultasi  Menyediakan jaringan sosial yang selamat kepada klien Sesi kaunseling ini dijalankan secara berkala berdasarkan keadaan yang sesuai untuk melakukan kaunseling. Secara keseluruhannya, sesi kaunseling ini telah dijalankan sebanyak enam kali dan juga empat sesi bimbingan/konsultasi. 4.1 KONSEP UTAMA TEORI DAN TEKNIK Terapi kognitif tingkah laku merupakan terapi psikososial berorientasi tindakan yang mengandaikan bahawa pemikiran yang salah menyebabkan tingkah laku salah dan emosi negatif. Ia merupakan satu bentuk psikoterapi yang menyasarkan untuk menukar bagaimana manusia berfikir (kognitif) dan bertingkah laku dengan tujuan menjadikan manusia merasa lebih baik. Teori ini berasaskan model bahawa perasaan dan tindakan kita dipengaruhi oleh gaya kita berfikir, bukan faktor luaran semata-mata. Oleh itu rawatan yang diberikan memberi penekanan ke atas sistem pemikiran (kognitif) dalam usaha untuk mengubah tingkah laku dan keadaan 7

emosi. Teori ini juga memberi fokus ke atas menggantikan bentuk pemikiran dan tingkah laku negatif dengan bentuk pemikiran dan tingkah laku positif. Stallard (2002) pula menyatakan bahawa tujuan keseluruhan dari terapi kognitif tingkah laku adalah untuk meningkatkan kesedaran diri, membantu pemahaman diri ke arah yang lebih baik, dan untuk meningkatkan kawalan diri dengan mengembangkan keterampilan kognitif dan perilaku yang tepat. Terapi kognitif tingkah laku membantu untuk mengenal pasti pemikiran dan kepercayaan yang negatif, bias dan kritik diri. Dalam kajian kes ini strategi Terapi Kognitif Tingkah laku seperti yang disebutkan adalah psiko pendidikan, latihan relaksasi, dan penstrukturan kognitif. Berikut adalah beberapa penjelasan mengenai strategi yang disebutkan. I. Psiko pendidikan Psiko pendidikan merupakan komponen rawatan dalam terapi kognitif tingkah laku. Komponen ini merupakan satu perkongsian maklumat antara kaunselor dengan klien tentang gangguan yang dialami klien. Bagaimana masalah tersebut terbentuk, kesan dan implikasi sekiranya tidak dibendung serta cara kaunselor boleh membantu klien mengatasi masalah ini. Oleh yang demikian, psiko pendidikan dapat dilihat juga sebagai proses pembelajaran yang dikongsi bersama klien dan kaunselor. Di samping itu, klien diberikan kefahaman tentang masalah yang dihadapinya dan cara merawatnya. Dalam erti kata lain klien dilibatkan secara aktif agar klien lebih rasa bertanggungjawab dan penting menghadapi permasalahan ini. Hal ini akan menyebabkan klien merasakan peranan mereka dalam rawatan adalah penting, maka mereka akan lebih bermotivasi untuk bersama-sama menangani masalah yang dihadapi. Dalam aspek Psiko pendidikan ini ruang perbincangan antara klien dan kaunselor diberikan sesuai dengan masa klien. Di mana kaunselor berbincang bagaimana masalah yang dihadapi klien mengganggu kefungsian kehidupannya. Hal Ini dapat mengukuhkan hubungan antara klien dengan kaunselor kerana klien akan merasakan kaunselor memahaminya. Dengan hubungan secara profesional ini, ia akan membantu klien melihat kehidupan dan keadaaan yang perlu diimpikan. Kaunselor memainkan peranan penting membantu memotivasikan klien yang masih ragu-ragu untuk menjalani rawatan. Ringkasnya, pendekatan ini sangat membantu dalam proses pemulihan klien. 8

II. Penstrukturan Kognitif Penstrukturan semula kognitif merupakan satu set prosedur yang membolehkan seseorang itu mencabar pemikiran yang tidak berfungsi dengan menganalisis perkara yang seseorang itu katakan kepada diri sendiri secara sistematik apabila berada dalam keadaan tekanan. Melalui penstrukturan semula kognitif, seseorang itu dapat belajar untuk menilai sesuatu situasi yang mengancam secara lebih realistik yang akhirnya akan dapat membantu mengurangi simptom fizikal. Umumnya, diketahui bahawa penstrukturan semula kognitif merupakan satu proses untuk mengenal pasti dan menilai pemikiran seseorang, memahami impak pemikiran tertentu terhadap pembentukan tingkah laku negatif serta belajar mengubah pemikiran tersebut kepada yang lebih realistik dan bersesuaian. Berdasarkan beberapa aktiviti dan tugasan sepanjang sesi dijalankan bersama klien ke arah penstrukturan kognitf yang boleh dilakukan untuk membantu isu tekanan yang dihadapi klien. III. Latihan Relaksasi Terapi kognitif tingkah laku terdiri daripada pelbagai kaedah yang boleh dijalankan untuk berbagai masalah, Froggatt (2006) menyatakan bahawa ada beberapa teknik dalam pendekatan terapi kognitif tingkah laku iaitu: Pendedahan, pencegahan reaksi, dan relaksasi. Dalam kes ini kaunselor telah mengaplikasikan penggunaan teknik relaksasi. Froggatt (2006) menjelaskan bahawa relaksasi adalah teknik mengatasi kembimbangan atau stres melalui pengenduran otot-otot dan saraf, itu terjadi atau bersumber pada objek-objek tertentu. Latihan relaksasi merupakan latihan pernafasan untuk mengurangkan kebimbangan dan tekanan. Pernafasan mendalam dan perlahan daripada diafragma merangsang keadaan relaks dan kesan fisiologi apabila seseorang itu mengalami kebimbangan. Melatih sistem pernafasan merupakan satu daripada strategi umum untuk mengurangkan kebimbangan. Latihan ini, dicadangkan untuk dijalankan selama kira- kira 20 hingga 25 minit setiap kali perjumpaan Bersama klien. Menurut Mohamed Sharif Mustaffa & Mohd Fadzli Abu Bakar, (2009). Latihan ini dilakukan secara 9

berulang kali agar klien benar-benar mahir dan mendapat ketenangan. Tujuan latihan ini adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa rasa ketenangan boleh dirasai melalui pelonggaran setiap kumpulan otot. Klien perlu diberikan banyak peluang berlatih untuk mendapatkan relaksasi yang lebih banyak. 5.0 KERANGKA TEORITIKAL Empat langkah untuk kenal pasti permasalahan klien (Schwitzer, 1996) seperti dihuraikan dalam rajah 1. Rajah 1: Aplikasi langkah piramid formulasi kes klien 6.0 KESIMPULAN Sesi kaunseling ini telah dapat dijalankan sebanyak enam sesi kaunseling dan empat sesi bimbingan. Sepanjang tempoh bersama klien selama beberapa 10

bulan, kaunselor tidak berhadapan dengan isu besar yang mencabar, Hal ini kerana persediaan dari segi psikologikal kaunselor adalah cukup bersedia. Tambahan lagi, dari aspek klien pula adalah sentiasa memberikan kerjasasama sepanjang sesi dan rawatan di hospital. Dengan erti kata lain, pada tahap ini, kaunselor cukup persediaan dari segi psikologi untuk membantu menguruskan klien ini. Selain itu, perancangan pada peringkat permulaan sesi ini telah dilakukan dengan sepenuh perhatian bagi mendapatkan impak yang positif terhadap cabaran yang dihadapi klien. 7.0 REFLEKSI KAUNSELOR Antara cabaran kaunselor dalam proses membantu klien melalui intervensi kaunseling yang telah dilaksanakan khususnya mengendalikan kes ini adalah seperti berikut; Sebelum klien berpindah ke IPG di Sabah klien telah lama tidak membuat rawatan susulan atas isu kesihatan mental yang dialaminya. Ubat-ubatan yang diberikan oleh psikiatri kepada klien juga tidak dimanfaatkan sepenuhnya ekoran kesan ubat seperti yang didakwanya. Oleh yang demikian, menjadi isu kepada kaunselor untuk menguruskan semula rawatan klien ke Hospital berdekatan IPG di Sabah. Cabaran utama kaunselor adalah bukan disebabkan isu klien semata-mata. Tetapi menghadapi cabaran untuk mendapatkan surat rujukan daripada Hospital terdahulu. Walaupun kaunselor dan klien telah membawa surat diagnosi terdahulu dahulu tetapi kurang diperakui dan tidak kesinambungan terhadap kes klien. Tambahan lagi, pihak psikitari berpendapat bahawa laporan status kesihatannya yang dahulu adalah kes yang perlu dilihat semula sekiranya perlu didaftarkan semula sebagai kes baru. Melainkan terdapat surat susulan terkini daripada hospital terdahulu kepada pihak mereka. Pihak psikiatri meminta saya supaya memaklumkan kepada ibu bapa klien dan mendapatkan laporan kes dan surat rujukan klien ke Hospital terkini disebabkan perpidahan klien ke Sabah. Akhirnya isu ini dapat diselesaikan apabila kaunselor membuat janji temu dengan Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental berkenaan dengan membawa surat diagnosis terdahulu berserta ubat-ubatan yang masih dimiliki oleh klien. Pertemuan itu telah membuahkan hasil yang positif dan pihak jabatan psikiatri dan kesihatan mental 11

telah secara suka rela menguruskan semula kes ini melalui ketua jabatan psikiatri itu sendiri. Pada peringkat awalnya, klien dirujuk oleh pensyarah pembimbing kepada kaunselor adalah berkaitan isu stres dan klien kelihatan begitu senyap serta kurang berinteraksi dengan rakan sekelas. Disebabkan hal itu, kaunselor telah bersetuju berjumpa dengan klien untuk melihat keadaan yang dihadapi. Pensyarah pembimbing juga tidak mengesyaki sebarang isu yang dihadapi klien adalah berkaitan dengan kesihatan mental pelajar tetapi lebih kepada tekanan disebabkan perubahan persekitaran. Perpindah klien ke IPG di Sabah juga bukan disebabkan isu kesihatan mental yang dihadapinya tetapi lebih kepada kesihatan ibunya menghadap penyakit kronik yang mendesak klien untuk membuat permohonan pindah. Semakan yang dibuat oleh kaunselor di Jabatan Hal Ehwal Pelajar berkaitan rekod perpindahan klien tidak menemukan sebarang surat berkaitan rawatan kesihatan mental. Hanya surat kelulusan perpindahan dan surat sokongan tentang tahap kesihatan ibunya sebagai lampiran pada surat berkenaan. Ironya, semasa pertemuan kaunselor dan klien di sesi yang kedua, barulah klien membawa dan menyerahkan surat diagnosi kepada kaunselor. Sesi kedua ini semuanya berkisar kepada perjalanan hidup klien sehinggalah bagaimana klien menerima rawatan kesihatan mental di hospital terdahulu. Selepas perbincangan dalam sesi in, kaunselor terus bertindak berjumpa dengan pensyarah pembimbing dan Ketua Jabatan HEP untuk membawa kes ini kepada pengetahuan Pengarah sebelum tindakan susulan lain yang perlu dibuat ke atas klien. Pertemuan pada sesi kedua melalui hubungan terapeutik kaunseling telah memberi kesan positif dengan memberi kepercayaan kepada kaunselor untuk membantu klien terhadapi isu yang dihadapinya. Daripada dua cabaran yang dijelaskan ini telah membantu kaunselor meningkatkan pengalaman professional dan pengalaman peribadi yang cukup bermakna sebagai kaunselor yang berkesan dalam profesion menolong. Sebagai cadangan untuk proses membantu yang lebih berkesan adalah pada masa akan datang adalah sebagai seorang kaunselor, perlulah meletakkan aspek keprihatinan dan kesungguhan membantu klien mengahadapi cabaran yang dilalui klien. Dengan dua spek ini kaunselor berpandangan ianya akan membuka minda dan menimbulkan kepercayan diri klien. Tanpa aspek ini, adalah sukar untuk 12

memahami dan menyelami isu yang dibawakan klien. Bahkan adalah jauh sama sekali membuat perancangan rawatan terhadap isu klien. Tambahan lagi, kaunselor perlulah bersedia dari segi kemahiran profesionalimse kaunselor dan pengalaman bermakna berhadapan dengan isu agar apa jua cabaran mendatang akan dapat ditangani dengan berkesan. 13

8.0 RUJUKAN Beck, J. S. (2011). Cognitive behavior therapy: Basics and beyond (2nd ed.). Guilford Press. Abstract. Mohamed Sharif Mustaffa, Mohd. Fadli Abu Bakar. (2009). Kes Kaunseling: Proses dan Rawatan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press. Schwitzer, Alan. (1996). Using the Inverted Pyramid Heuristic in Counselor Education and Supervision. Journal of Counselor Education and Supervision American Counseling Association. Volume 35, Issue 4 (258–267). Stallard, P. (2002). Cognitive behaviour therapy with children and young people: a selective review of key issues ', Behavioural and Cognitive Psychotherapy, vol. 30, no. 3, pp. 297-309. Sabariah Siron. (2005). Teori Kaunseling. Selangor: Terbitan Pearson Malaysia Sdn. Bhd Susan C. Whiston. (2009). Principles and Application Of Assessment In Counseling/-3rd ed. Belmont, CA: Brooks/Cole, Cengage Learning. P. T. Trzepacz and R. W. Baker (1993). The psychiatric mental status examination. Oxford University Press. Oxford. Wayne Froggatt (2005). A Brief Introduction to Rational Emotive Behaviour Therapy. Third Ed. 14


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook