Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore malaikat tahun 2

malaikat tahun 2

Published by Nurul Atikah Idris, 2021-06-28 00:48:13

Description: malaikat tahun 2

Search

Read the Text Version

BIDANG AKIDAH MALAIKAT YANG SETIA Pendidikan Islam Tahun 2

2 OBJEKTIF 1. Menyatakan pengertian Malaikat 2. Membaca Dalil Naqli kewajipan beriman kepada Malaikat. 3. Menyenaraikan nama-nama Malaikat. 4. Menganalisis tugas-tugas Malaikat. 5. Membuktikan keimanan terhadap Malaikat melalui tindakan dalam kehidupan seharian.

1. Pengertian Malaikat

4 “ Makhluk yang diciptakan daripada CAHAYA, tidak berjantina, mempunyai tugasan yang pelbagai, sentiasa taat dan patuh perintah Allah.”

5 2. DALIL NAQLI Maksudnya : Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat- malaikatNya, dan kitab-kitabNya dan para rasulNya. (2:285)

6 Info: Bilangan malaikat terlalu banyak. Malaikat yang wajib diketahui ada sepuluh.

7 3. Nama-nama Malaikat yang wajib diketahui

8 Nama Malaikat dan Tugas-tugasnya: 1. Jibrail 4. Izrail Menyampaikan Wahyu. Mencabut nyawa. 2. Mikail 5. Raqib Menurunkan hujan dan Mencatat amalan baik. rezeki. 6. Atid 3. Israfil Mencatat amalan buruk. Meniup sangkakala.

9 Sambungan Nama Malaikat dan Tugas-tugasnya: 7. Riduan 9. Munkar Menjaga syurga. Menyoal orang mati di alam kubur. 8. Malik 10. Nakir Menjaga neraka. Menyoal orang mati di alam kubur.

4. Tindakan yang membuktikan keimanan terhadap Malaikat.

11 1 Jibrail Sentiasa membaca Al-Quran. 2 Mikail 3 Israfil Sentiasa bersyukur, bersedekah 4 Iz rail dan membantu orang lain. 5 R aqib Bersikap sederhana dalam kehidupan. Menziarahi orang sakit. Sentiasa melakukan kebaikan.

12 6 Atid Menjauhi dosa dan maksiat. 7 R iduan 8 Malik Berusaha untuk menjadi ahli 9 Munkar syurga. 10 Nakir Menghidari perbuatan ahli neraka. Menziarahi kubur. Menziarahi kubur.

13 Rumusan : Beriman kepada Malaikat adalah dengan mengenali nama dan tugas mereka.

14 Asah Minda: Basri rajin membaca Al-Quran. Dia juga selalu bersedekah dan menolong kawan-kawannya. Dia juga tidak suka bercakap bohong. ✘ Berdasarkan situasi di atas, apakah yang mendorong Basri melakukannya? ✘ Kaitkan dengan tajuk pelajaran.

15 ������ Sekian. Terima kasih. Malaikat yang setia Juwairiah AZ


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook