Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Pelan Pembangunan diri dan Kerjaya - CHAN MUN VARNE

Pelan Pembangunan diri dan Kerjaya - CHAN MUN VARNE

Published by Amanda Chan Mun Varne, 2021-03-19 07:39:50

Description: Pelan Pembangunan diri dan Kerjaya - CHAN MUN VARNE

Search

Read the Text Version

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 ) ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083) NAMA: DISEDIAKAN OLEH: CHAN MUN VARNE NO. KAD 980410-08-5980 PENGENALAN: 2017192340171 ANGKA GILIRAN: PISMP C10 AMBILAN JUN 2017 KUMPULAN: BAHASA MELAYU (SK) NAMA PENSYARAH ENCIK RAYMOND MOHANRAJ PAUL DAVID AKADEMIK: TAJUK TUGASAN PENULISAN ESEI PROJEK: 20 MAC 2021 TARIKH SERAHAN: TARIKH SERAHAN MAKLUM BALAS:

ISI KANDUNGAN i 3 Isi Kandungan 3 1.0. Pengenalan 2.0. Pelan Pembangunan Diri Dan Kerjaya Saya Sebagai 9 10 Guru Profesional Berpandukan Peringkat-Peringkat Perkembangan Guru Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 3.0. Kesimpulan Rujukan

1.0. PENGENALAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah merakamkan matlamat mengenai lima aspirasi sistem seperti akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan serta enam aspirasi murid di mana setiap murid perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran mempimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional yang menjadi indikator menentukan kejayaan sistem pendidikan dalam persaingan dunia. Seiring dengan kedua-dua matlamat lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid, maka, profesional keguruan memainkan peranan yang penting dalam membentuk pembangunan modal insan yang mencapai hasrat PPPM 2013-2025 sekali gus hasrat Wawasan Kesemakmuran Bersama 2030 dalam strategi strategi transformasi modal insan yang menfokuskan kepada penyediaan sumber tenaga yang lebih produktif, efektif, berkemahiran, berteknologi dan bernilai tinggi (Jabatan Penerangan Malaysia, 2019). Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Guru Malaysia. Tujuan penubuhan ini adalah untuk memastikan setiap guru didaftarkan dalam Sistem Guru Malaysia (SGMy) dan diberi Sijil Guru Malaysia bagi melayakkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas sebagai pendidik di mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana guru yang berkualiti merupakan nadi teras kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara dalam keberhasilan murid secara holistik sejajar dengan Falasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan wawasan itu, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof (2016) dalam ucapan beliau mengatakan PPP seharusnya sentiasa meningkatkan kualti perkhidmatan dan sentiasa peka dengan kemahiran pendidikan abad ke- 21 untuk mengoptimumkan keberhasilan murid yang menepati kualiti global (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Oleh itu, Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) telah dibangunkan oleh KPM serta menjadi asas kepada PPP untuk merancang pembangunan kendiri dan kerjaya berterusan pada tahap gred jawatan masing-masing. 2.0. PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA SAYA SEBAGAI GURU PROFESIONAL BERPANDUKAN PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 berkenaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam menetapkan bahawa setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapi diri dengan keterampilan sahsial yang unggul, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan (Wong Kiet Wah et. al., 2018).

Sejajar dengan itu, Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) telah menjadi asas kepada pembangunan Model PPB yang menggariskan enam peringkat peranan, tugas dan tanggungjawab utama PPP bermula daripada gred DG41 hingga Gred Khas seperti Rajah 1.1 yang berikut: Rajah 1.1 Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) Berdasarkan Rajah 1.1 Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) dan selari dengan konsep ‘guru sebagai agen perubahan, saya akan menyediakan satu pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya saya secara terperinci berpandukan dengan peringkat-peringkat perkembangan guru oleh KPM bagi membantu membangunkan imej sekolah saya sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa. Berikut merupakan Jadual 1.1 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya seperti yang berikut: Jadual 1.1 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Tahap Kategori Usaha DG 41 Pelaksana mengamalkan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional atau dikenali sebagai Profesional Learning Communities

(PLC) dengan rakan sejawat saya, Persatuan Ibu Bapa (PIBG) dan komuniti luar - memaksimumkan strategi Pembelajaran Abad ke-21 DG 44 Penggerak - memohon untuk mendapat Guru Cemerlang semasa DG 48 DG 52 perkhidmatan saya di sekolah DG 54 JUSA - menjadi mentor kepada guru-guru baharu ke sekolah dengan memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat kepada Pembimbing dan guru-guru dalam melaksanakan proses Pd Mentor - menghadiri kursus Latihan Pementoran Guru Mentor Bagi Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) anjuran Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) - melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Ijazah Sarjana Peneraju - memerhati masalah yang dihadapi oleh murid dalam proses Perubahan PdP - mengkaji masalah dan mencetuskan inovasi - mengambil peluang untuk menyertai pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh KPM Pemikir Strategi - menjadi satu inspirasi kepada rakan sejawat saya untuk meningkatkan diri dalam profesional keguruan - menjadi perunding cara model pembelajaran yang berkaitan dengan penggunaan strategi PdP yang mampu Pemikiran Holistik menjadi inspirasi kepada murid di pelbagai profil, peringkat umur dan pembelajaran - mempratikkan amalan penyelidikan dalam kebitaraan PdP Berdasarkan Jadual 1.1 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya yang telah saya rancang, pada peringkat permulaan iaitu saya berada pada tahap gred DG41 sebagai pelaksana pengajaran berkesan dan fasilitator pembelajaran murid, saya akan mengamalkan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional atau dikenali sebagai Profesional Learning Communities (PLC) dengan rakan sejawat saya, Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) dan komuniti luar bagi meningkatkan etika profesional keguruan saya di sekolah baharu saya . Hal ini dikatakan demikian kerana melalui amalan kolaboratif ini, saya mampu mendapat idea dan cadangan baharu untuk melakukan sesuatu pembaharuan dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekali gus dapat merealisasikan matlmat budaya kerja kelas pertama dalam kalangan PPP seterusnya dapat meningkatkan kualiti pencapaian murid di sekolah baharu saya. Ini dapat dibuktikan oleh Hord (1997) yang menjelaskan bahawa

amalan PLC antara komuniti warga sekolah dan luar sekolah mampu meningkatkan pencapaian murid sekali gus mampu meningkatkan ilmu baharu antara guru dalam melaksanakan proses PdP dengan sistematik dan efektif (Chong Chee Keong et. al., 2016). DuFour, R. & Marzano, R. (2011) juga mengatakan bahawa amalan kolaborasi memainkan peranan yang penting di mana pemimpin sekolah atau guru yang lebih mahir mesti membantu individu guru menjadi lebih berkesan dan dapat mengelakkan sesebuah kelas menjadi kelas isolasi (Chong Chee Keong et. al., 2016). Hal ini kerana budaya kolaboratif adalah berdasarkan saling bergantung, berkongsi tanggungjawab dan akauntabiliti bersama untuk meningkatkan proses PdP yang berkesan di samping membangunkan modal insan sejajar dengan realisasi FPK, Enam Aspirasi Murid dan WBK 2030 dalam strategi strategi transformasi modal insan. Oleh itu, saya wajar mengamalkan amalan berkolaboratif dalam sekolah saya kerana melalui amalan ini, saya mampu meningkatkan proses PdP yang dilaksanakan dengan menggunakan pedagogi yang terkini sekali gus dapat membuat refleksi yang kritikal terhadap proses PdP dan membuat modifikasi yang bersesuaian untuk penambahbaikan. Seterusnya, pada tahap DG44 di mana saya merupakan penggerak kualiti PdP. Maka, saya akan melaksanakan proses PdP yang telah dirancang dengan memaksimumkan strategi Pembelajaran Abad ke-21 sejajar dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah digubal oleh KPM serta seiring dengan refleksi kritikal terhadap proses PdP pada tahap pelaksana. Misalnya, saya akan menggunakan teknik round table, Think-Pair-Share dan Three Stray, One Stay dalam mengendalikan proses perbincangan dan pembentangan kumpulan dalam kelas saya. Dengan cara ini, murid dapat meningkatkan teknik dan kemahiran berkomunikasi yang berkesan untuk menyampaikan idea serta fakta yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Pada waktu yang sama, murid juga bergiat aktif serta seronok semasa proses PdP dijalankan. Penggunaan teknik ini telah disokong dengan kajian Masyuniza Yunos et. al (tnp tahun) telah mencatat min yang paling tinggi iaitu 3.69 dalam elemen ‘saya selalu mendengar dan menerima pandangan ahli kumpulan’ dan ‘saya yakin bahawa kerja berkumpulan adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan’. Melalui pedagogi abad ke-21 ini, murid bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran interpersonal malah dapat memupuk ciri-ciri keterbukaan, empati dan sikap positif. Justeru, pada tahap ini, saya akan membuat modifikasi untuk penambahbaikan terhadap proses PdP yang dirancang dengan memaksimunkan strategi Pembelajaran Abad ke-21 bagi mengoptimumkan pembelajaran murid sekali gus melahirkan insan yang seimbang dan hormonis segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) di sekolah baharu saya. Pada tahap ini juga, saya juga akan memohon untuk mendapat Guru Cemerlang semasa perkhidmatan saya di sekolah. Melalui cara ini, saya mampu menginspirasikan lebih ramai

rakan sejawatan saya di sekolah untuk bertindak yang terbaik untuk kemenjadian murid secara holistik seperti yang disarankan oleh KPM dalam FPK dan Enam Aspirasi Murid. Selanjutnya, pada tahap DG48, saya merupakan pembimbing dan mentor dalam pelaksanaan proses PdP. Pementoran merujuk kepada guru baharu menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah. Proses pementoran penting kerana melibatkan aktiviti perhubungan, perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu dan kemahiran serta pembinaan sahsiah guru dalam jangka masa yang ditetapkan (Zahanim Ahmad & Qurratu’ Aini Syamimi Rahman Hadzari, 2018). Dengan ini, saya akan mengambil cabaran untuk menjadi mentor kepada guru-guru baharu ke sekolah dengan memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat kepada guru-guru dalam melaksanakan proses PdP. Sebagai inisiatif, saya akan menghadiri Latihan Pementoran Guru Mentor Bagi Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) anjuran Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) bagi meningkatkan kemahiran dan melancarkan proses pementoran saya. Dengan ini, saya yakin dengan pengalaman saya yang telah mendapat gelaran sebagai Guru Cemerlang mampu membimbing guru-guru baharu di sekolah saya. Melalui pementoran, saya juga dapat berbincang dan menjalankan pemerhatian terhadap guru-guru baharu di sekolah saya agar proses pelaksanaan PdP di dalam kelas mahupun di luar kelas dijalankan secara efektif dan berkesan kepada perkembangan potensi setiap murid di sekolah sekali gus mampu melahirkan murid yang berkompetensi 6K iaitu pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, komunikasi, pewatakan dan kenegaraan. Saya dapat mengenal pasti, memupuk dan membangunkan kebolehan dan kepakaran yang tertentu dalam guru-guru baharu seterusnya mendorong guru-guru baharu mengembangkan bakat dan potensi dalam diri murid. Sebagai contoh, guru baharu yang mempunyai bakat dalam bidang tarian tradisional, saya akan mendorong guru tersebut untuk melatih murid-murid di sekolah untuk melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan. Melalui cara ini, murid dapat membina kemahiran dan keyakinan diri sekali gus memberi impak positif kepada kejayaan cemerlang dan bidang kokurikulum di sekolah saya. Pada tahap DG52, saya merupakan peneraju dan penggerak perubahan berkaitan dengan PdP. Saya akan melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Ijazah Sarjana. Maka, saya akan memerhati masalah yang dihadapi oleh murid dalam proses PdP, mengkaji masalah tersebut dan mencetuskan satu inovasi untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah tersebut sekali gus menarik minat murid-murid untuk mempelajari isi pengajaran yang diajarkan di sekolah saya semasa menjalankan kajian Ijazah Sarjana. Ini dapat dibuktikan oleh ucapan Menteri Muda Kejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis mengatakan bahawa guru harus sentiasa berkreatif dan inovatif dalam proses PdP supaya dapat menarik minat murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran (Kelvin Lambai, 2019).

Semasa mencetuskan inovasi untuk menyelesaikan masalah, saya juga akan menyerapkan pelbagai strategi PdP dan penilaian yang merentas kurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana penyerapan ini mampu memenuhi profil dan kebolehan murid berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983) di mana menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan tahap kecerdasan yang merangkumi kecerdasan visual-linguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Ismail Saiman et. Al., 2014). Pada tahap DG54, saya merupakan suri teladan dalam proses PdP kepada guru-guru baharu di sekolah saya. Maka, saya akan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh KPM agar kit inovasi yang telah dicetuskan dalam kajian saya dapat memberi manfaat kepada penambahbaikan dan penyelesaian masalah yang dihadapi dalam proses PdP di sekolah saya mahupun sekolah-sekolah lain seterusnya dapat mendorong rakan sejawatan saya untuk menyertai pertandingan inovasi. Melalui kit inovasi yang dihasilkan berdasarkan masalah yang dikaji dalam kajian saya, saya mampu membentuk strategi penilaian merentas kurikulum yang berkesan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan profil murid yang berbeza. Ini dapat dilihat dengan kejayaan yang dicapai oleh Cikgu Louis Pulong di mana beliau mencipta inovasi simulasi arkeologi dalam proses PdP berjaya menyelesaikan masalah murid dalam mengingati topik Zaman Prasejarah. Cikgu Louis Pulong mengaplikasikan teknik belajar serta penilaian murid yang efektif seterusnya dapat memenuhi setiap profil dan kebolehan murid. Dengan itu, inovasi beliau merupakan amalan yang terbaik sehingga muncul sebagai penerima Anugerah Adiwara PAK21 Peringkat Kebangsaan Sempena Kempen Guru PAK21 (Sarina Mohd Som, 2020). Maka, saya akan menjadikan Cikgu Louis Pulong sebagai contoh dan inspirasi saya dalam membangunkan keterampilan dan kemenjadian murid sekali gus dapat menyumbangkan peningkatan prestasi kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum di sekolah saya. Akhir sekali, pada tahap Gred Khas di mana seseorang guru merupakan pemikir holistik dan diperakui sebagai perunding cara dan ikon yang berautoriti dalam profesionnya. Pada tahap ini, saya menjadi perunding cara model pembelajaran yang berkaitan dengan penggunaan strategi PdP yang mampu menjadi inspirasi kepada murid di pelbagai profil, peringkat umur dan pembelajaran. Maka, saya akan mempratikkan amalan penyelidikan dalam kebitaraan PdP untuk menyumbang kepada pembinaan budaya dan amalan penyelidikan. Hal ini kerana melalui penyelidikan, saya dapat mengetahui masalah yang telah timbul di sekolah saya dan akan merangka strategi yang berkesan untuk mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah saya. Misalnya, saya akan sentiasa memerhati setiap masalah yang berlaku di persekitaran sekolah saya dan berusaha untuk membuat modifikasi pembaharuan

tersebut. Ini dapat dibuktikan oleh Cikgu Sam yang mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada anak Orang Asli di SK Ruchang, Pahang. Beliau memerhati setiap budaya dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid sehingga beliau berjaya melaksanakan Projek Crowdfund untuk melengkapkan darjah sekolahnya dengan alat teknologi seperti tablet dan komputer. Selain itu, beliau juga mampu mendekati murid-murid dengan pembelajaran Abad ke-21. Usaha beliau telah berjaya dinobatkan sebagai Anugerah Hadiah Guru Global (Farahani, 2020). Berdasarkan usaha Cikgu Sam, saya dapat merumuskan bahawa amalan penyelidikian yang dipraktikkan seperti mana Cikgu Sam tersebut bukan sahaja mampu membentuk kemenjadian murid yang holistik dalam pembangunan potensi intelek, rohani, emosi dfan jasmani malah juga membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam mahupun di luar sekolah pedalaman yang ditempatkan. Oleh itu, saya wajar mempraktikkan amalan penyelidikan dalam meningkatkan keberhasilan keprofesionalisme keguruan sekali gus mampu menyampaikan idea dan cadangan baharu melalui penulisan untuk disebarkan luas kepada rakan sejawatan di sekolah saya mahupun di sekolah-sekolah lain. 3.0. KESIMPULAN Kesimpulannya, Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang telah dibangunkan oleh KPM serta menjadi domain utama kepada PPP untuk merancang pembangunan kendiri dan kerjaya berterusan pada tahap gred jawatan masing-masing. Kompetensi profesional yang perlu ditonjolkan oleh seseorang guru pada setiap peringkat perkembangan mengikut gred adalah berasaskan enam Model Kerangka Latihan dan Pembangunan berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007). Dengan ini, seseorang guru mengetahui serta memahami setiap pelaksanaan tugas yang diamanahkan dan dapat melaksanakan dengan baik bagi membentuk kemenjadian modal insan seperti yang dihasratkan oleh FPK, Enam Apsirasi Murid sekali gus strategi pembangunan modal insan dalam WBK 2030.

RUJUKAN Chong Chee Keong, Muhammad Faizal A. Ghani &Zuraidah Abdullah. (2016). Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Malaysia: sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak. Jurnal Kempimpinan Pendidikan, 3(1), 43-70. Farahani. (2020). Cikgu Samuel Isaiah, guru dari Malaysia menjadi Finalis Anugerah Antarabangsa. Orangkata.my. https://orangkata.my/tokoh/cikgu-samuel-isaiah-guru- dari-malaysia-yang-menjadi-finalis-anugerah-antarabangsa/. Ismail Saiman, Johar Jonid, Manan Sarbini, Mohd.Jamel Hj Ismail, Mohd. Taslim Hj. Abd. Rahim, Zahidi Khamis, Zaliza Nasir & Zulkifli Yaakob. (2014). Seni dalam Pendidikan. Freemind Horizons Sdn. Bhd. Jabatan Penerangan Malaysia. (2019). Ucapan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri sempena Pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kelvin Lambai. Guru Kreatif, inovatif lahir pelajar cemerlang. Utusan Borneo Online. https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/15/guru-kreatif-inovatif-lahir-pelajar- cemerlang. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Khair Mohamad Yusof. (2007). Latihan berorientasikan pertumbuhan untuk pemimpin pendidikan. Institut Aminuddin Baki. Masyuniza Yunos, Zamri Mahamod, Syahida Nadia Zakaria, Noor Syazwani Roni & Vivi Norhaffizah Muhamad. (tnp tahun). Penyepaduan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. http://www.academia.edu/14996659/PENYEPADUAN_KEMAHIRAN_ABAD_KE- 21_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_BAHASA_MELAYU Sarina Mohd Som. (2020). Cikgu Louis buat simulasi arkeologi tarik murid minat Sejarah sehingga mereka tak sabar tunggu kelas. GPS Bestari. https://www.gpsbestari.com/artikel/personaliti/cikgu-louis-buat-simulasi-arkeologi- tarik-murid-minat-sejarah-hingga-mereka-tak-sabar-tunggu-kelas-1.927828 Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying. (2018). Asas kepemimpinan dan pembangunan profesionalisme guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zahanim Ahmad & Qurratu ‘Aini Syamimi Rahmaz Hadzari. (2018). Konsep mentoring dalam kalangan guru: satu penelitian awal. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK3) 2018. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook