Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Responden 3

Responden 3

Published by Amanda Chan Mun Varne, 2021-03-18 11:27:58

Description: Responden 3

Search

Read the Text Version

LAMPIRAN TRANSKRIPSI TEMU BUAL PESERTA KAJIAN 3 (PK TB3) NO PELAKU TRANSKRIP TEMU BUAL CATATAN 1 P Cikgu, dah makan ke? 2 PK Dah, baru siap makan tadi. 3 P Okay. Bagus bagus. Alright, pada mulanya saya ucapkan terima kasih dahulu kepada cikgu kerana sudi menjadi responden saya serta merakamkan video ini. 4 PK Okay. 5 P Alright untuk tujuan kajian saya lah. Maka, pada hari ini aa tujuan tajuk temu bual kita adalah berdasarkan tentang tajuk kajian saya iaitu aplikasi pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah (CTPS) dalam pementasan drama Hikayat Si Ikan Kering serta tujuan temu bual ini aa adalah mengenal pastilah masalah yang dihadapi dalam penghasilan pementasan aa kita kata Hikayat Si Ikan Kering ini dan bagaimana cara menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh cikgu lah. Alright, maka, untuk pengetahuan cikgu, saya telah serta satu borang iaitu borang profil responden di mana cikgu boleh isilah tentang borang tersebut aa iaitu borang tentang latar belakang cikgu, kepakaran cikgu, aa akademik cikgu berada dekat mana, lepas tu dengan latar belakang cikgu dari sudut jawatan dengan cikgu kerja berada di mana starting bila berapa lah. Nanti cikgu isi sahaja. 6 Okay. 7 Alright. Boleh.. 8 Jadi borang tu melalui apa ye? 9 Melalui Telegram saya dah letak. Tak pe nanti saya forward kan balik sekali lagi borang tu. 10 O borang tu dah hantar sebelum ini? 11 Aaah dah. Dia serta dalam soalan tersebut. 12 Okay okay. Nanti saya hantar balik lah. 13 Aa ataupun nanti saya forward atau up balik sahaja lah.

14 Okay okay. 15 Untuk memudahkan … 16 (Pertuturan yang kurang jelas) 17 Sorry? 18 Nak kena print out ya? 19 Oo tak perlu tak perlu. Cikgu hanya type soft copy aaa nanti kita hantar balik dalam soft copy je lah. Kita pun tahu musim pandemik ini aahh. Cikgu just buat santai je dalam soft copy nanti hantar balik. 20 Okay. 21 Kita pun guna soft copy sekarang ini. (gelak) 22 Okay. 23 Okay baik. Maka, kita mulakan dengan Bahagian B ini iaitu penglibatan teater. Alright, sebelum ini, cikgu pernah terlibat ke dalam bidang teater? 24 Aa sebelum ni aaa secara tak formal atau secara dalam skala yang besarlah pernah ikut, pernah tengok tapi bukan dalam bentuk pementasan besarlah. Yang first dengan Cikgu Hashimi hari tu, saya kira yang tu macam aaa untuk apa aaa untuk pementasan besarlah hari tu. Sebelum ini saya terlibat dengan sebelum sebelum jadi guru, saya terlibat dalam bahagian aa backdrop. Backdrop ini macam display artist ya di area hotel. So macam kalau ada function apa-apa, saya akan decorate untuk function tersebut lah. Contoh macam, ada function wedding, function sambutan hari- hari perayaan ke apa semua, kita kena decorate benda tulah. So saya dah tahu apa benda yang kena decorate yang kena create nak kena deco apa benda kan. 25 Wow 26 Macam pemilihan bahan-bahan yang bahan-bahan yang sedia ada lah. Lepas tu, bila Cikgu Hashimi ajak ikut sekali tu, saya macam nampak kita boleh apa benda dia nak aa dari segi backdrop apa benda, barang-barang yang di nak. Jadi kita macam kita boleh hasilkan benda tu lah.

27 Wah, hebatnya cikgu! 28 Tidak. 29 Boleh ambil pengalaman yang lepas tu bawa ke teater. Memang hebat! 30 Dia macam kebetulan lah sebab teater set ini diperlukan bahan-bahan set dia kan. Contoh dia buat rumah, pokok, perigi hari tu kan? 31 Ya betul. 32 So kita macam dapat imagine saiz besar mana, kita nak matchkan susnan dia macam mana ataupun dia nak kena dia panggil dia pun scale dia, scale macam mana kita nak bagi tu besar tapi kita nak dalam skala kecil kan? Contoh macam rumah kan? Tak perlu lah kita buat ikut saiz besar itu semua kan? Tapi susunan itu kita kena tahu lah, okay, susun atur kita pun kena tahu jugak. 33 Ooo. Faham faham. Rupanya benda belajar dalam pementasan props ni sebenarnya. 34 Aa untuk penghasilan props lah. 35 Emmm, tapi nasib baik hari tu pun aa saya berada dekat sana dapat belajar daripada bagaimana cikgu buat atap, saya pun nampak hari tu memang firstly kita buat atap pun saya, lepas tu kena buka balik (gelak). 36 Iyalah 37 Terbalik (gelak). 38 Macam mana nak pasang dinding rumah kan? 39 Ya betul betul. 40 Cantum. Sebenarnya benda tu simple je tapi bila kita lihat dari jarak jauh dalam pementasan teater, dia macam lengkap, macam perfect. Kalau kita tengok dekat, dia macam lain lah. Dia panggil macam scale untuk bagi kita nampak audiens tu nampak tak perasan apa semua kan? Dia macam lebih kepada real lah. 41 Faham faham. Alright, aa cikgu tahu tak kenapa pementasan teater di teater kanak-kanak di mana kita

panggil Hikayat Si Ikan Kering ini dilaksanakan sebagai projek akhir tahun aa di sekolah cikgu? 42 Dia sebenarnya gabungan hari tu antara gabung 5;45 antara aa PIBG, murid dan juga kita panggil yang aa komuniti setempat ditambah pulak dengan apa dengan kumpulan-kumpulan kamu yang tolong hari tu kan? 43 Yes, IPG. 44 So ada kolaborasi yang bagus lah saya rasa. 45 Aaaaa… 46 Melibatkan murid ada sekali dan ibu bapa pun ikut sekali. Kalau tidak tengok malam pementasan hari tu kan, ibu parent pun ramai datang kan? 47 Yes betul 48 Kat auditorium hari tu. So dia secara tak langsung, benda macam kita panggil, aktiviti yang baguslah antara sekolah, komuniti, ibu bapa dan murid sekali. 49 Aaa.. faham faham. Cikgu, … 50 Kita nampak parent pun macam bersemangat tolong ehh. Bawa ada yang bantu saya dalam penjualan tiket hari tu, ada yang datang awal semua, persiapan dia memang kita panggil bagi betul betul bagi komimten lah. 51 Emmm faham faham. 52 So kita bukan memandang dari segi aa dari segi kokurikulum dan akademik sahaja kan? 53 Emmm 54 So dia part of pembelajaran lah, so kita panggil penglibatan macam penglibatan luar lah. Sebab benda ini melibatkan aa kita buat malam, kita buat kat auditorium luar bukan di kawasan sekolah, cuma latihan je kita buat kat sekolah. So benda tu kita panggil gabungan yang bagus lah. 55 Emmm faham faham. Cikgu rasanya aa bagi murid lah, apa objektif pementasan teater ini kepada murid? 56 Sebenarnya dia memberi pendedahan aa dari segi pembelajaran ataupun dari kesenian ataupun

kebudayaan. So sebelum ini jika dia belajar contoh, untuk murid tahun tahap kita ambil Tahap 1 atau Tahap 2 kan. So dia belajar akademik aa berkaitan dengan pementasan dan juga budaya, tapi diorang just just baca ataupun diorang macam tengok by buku, tengok video, so bila terlibat secara langsung dia tengok kita panggil keseluruhanlah dari awal aa latihan tu dan juga pementasan. So banyak yang diorang boleh belajar di situ lah. Macam dalam pembelajaran kelas dan pembelajaran luar kelas. Contoh, kita nampak dalam latihan tu kan, bukan senang nak hafal skrip, dia kena ada pergerakan tarian so benda tu melibatkan semua sekali lah. Mental, fizikal semua sekali lah. So dia mungkin lebih macam memberi dia pada memberi dia benda baru dan rasa excited benda tu kan. Kita tengok hari tu pun dia semangat budak-budak, murid semua nak awal-awal dia dah pergi dah, pasti itu semua kan. Kepada seharian kita training itu semua sekali so dia mungkin dia dapat ilmu segi pembelajaran luar dan dia juga tengok aa luar dalam skop kelas. Faham tak? Bukan dalam setakat kita tengok dalam kelas biasalah, enviroment kelas kan. 57 Emmm. 58 Whiteboard kelas, suasana kelas. So bila dia dibawa ke suasana luar, mungkin satu benda baru yang dia dapat lah. 59 Emmm. 60 So kita buat pementasan teater tu sekali lah. 61 Bagaimana yang dari seni pulak, cikgu kerana saya pun difahamkan cikgu ni pakar dalam bidang seni. Bagaimana cikgu seni ini dibawa ke dalam teater yang memberi satu kesan yang amat besar kita boleh kata kepada murid? 62 Sebenarnya saya tak ada lah pakar sangat dalam bidang seni. Dari kesenian kita boleh tengok aa bila pementasan teater, teater kanak-kanak especially, dia

berlainan dengan kita tengok drama kan. Pementasan teater ini biasanya melibatkan tarian secara langsung kan, so dia punya skrip dia nak kena dia nak kena apa dia nak kena berlakon akan memegang watak tu, dan bila ada part nyanyian, dia kena terus nyanyi secara langsung dan bila part tarian dia kena buat tarian secara langsung. So tiga sekali dia gabung so kata situ kita nampak betul, betul seorang murid yang seperti yang berbakat lah. Ah bukan senang-senang sebab dia kita panggil yang talented lah. Dia macam satu kena hafal skrip, satu dia kena secara langsung aaa bercerita ataupun berdialog dia, lepas tu dia menyanyi pada masa yang sama dan dalam masa yang sama juga dia ada tarian. So kita tengok di situ dari kesenian, tarian tu kita panggil satu cabang seni juga lah kan, kena buat tarian kanak-kanak, tarian yang tradisional, so itu pecahan seni jugalah, tarian kan. Lepas tu penjiwaan, penjiwaan watak yang dibawa oleh murid tersebut so saya rasa bukan satu benda yang senang lah. Seo cabang-cabang seni tu, dengan situ kita nampak, ada satu character, character kena berjiwa seni, kemudian dari segi nyanyian so cabang seni juga so tarian, lepas tu apa ni, dari keseluruhan tu aa saya kira mungkin aa banyak pendedahan yang murid dapat sekiranya dia ikuti pementasan teater ini. 63 P Emmm faham faham. Bagaimana seni pula aa bagaimana kita kata pementasan teater ini kesan kepada guru-guru juga kerana pada hari itu, terlibat juga banyak guru bukan sahaja Cikgu Ali, Cikgu Nizam, Cikgu Hashimi of course lah tapi saya nampak lagi cikgu-cikgu dekat sekolah cikgu membantu bersama. Bagaimana itu memberi kesan cikgu tersebut? 64 PK Kesan dari segi apa tu? 65 P Kesan dari mungkin aa pem aa kita kata profesional keguruan cikgu-cikgu lain aa dari sudut tu.

66 PK Sebab benda ini satu projek. Satu big projek lah. Projek yang besar lah kan untuk pementasan melibatkan aa kita buat dekat luar, jadi kita kena buat persediaan yang betul betul kita panggil persediaan yang mantap lah untuk persembahan ini. Jadi, penglibatan cikgu tu dari segi persediaan, persediaan dari segi aa bahan- bahan, dari segi tempat. So kita nampak hari tu cikgu sebagai runner, pergi ke bahagian sana pergi ke sini kan, ada cikgu lain yang tolong setting untuk set kita nak record, pergi ke bahagian set dan bahan-bahan lain, jadi aa kita dibawa satu bumbung dengan kita bersama dengan Cikgu Hashimi, jadi dah arahkan cikgu-cikgu yang terlibat ni, kita kena terpaksa ikut sekali lah. Itu je lah. 67 P Emmm faham faham. Alright cikgu, selain itu, rasanya dalam aa sepanjang pementasan yang cikgu lakukan pada hari tiga hari tiga ma tiga hari tersebut serta sebelum pementasan apakah cabaran cikgu sebab semasa menjalankan aa tugas cikgu ataupun selain daripada tugas cikgu iaitu saya difahamkan cikgu pun buat props dan juga bantu juga dalam bahagian- bahagian yang diperlukan misalnya jual tiket seperti cikgu kata aa. Apakah masalah yang cikgu hadapi ataupun cabaran yang cikgu hadapi? 68 PK Hmm. Kalau ikutkan, tak ada cabaran yang besar sangat lah kalau setakat … itu je. Hari tu pun kita dah ada plan B ataupun backup plan sebab benda ni kita secara langsung so kita kena stand up lah. So sekiranya sebelum kita set mula set pentas, so kita dah sedia bahan-bahan, kita check semua tengok dulu, kalau benda tu dah kita rasa benda tu dah macam contoh ya, contoh benda yang kita guna tu macam apa tak rosak, tak cepak tak cepat patah, so benda tu kita rasa kita tak perlu nak standby kecuali bahan-bahan yang macam cepat cepat apa, cepat rosak di situ kita kena siapkan awal awal standby lah. Tapi saya rasa

hari tu tak ada masalah cuma tak ada masalah cuma kita angkut angkut barang tu kita tak ada masalah sangat. Lepas itu, kita sampai dah kita tengok kalau ada nampak tak perfect kita dah sedia kita sapu cat balik kita just finishing je lah benda-benda macam tu. 69 P Emmm faham faham. 70 PK Tapi sepanjang hari tu, saya rasa tak ada apa pun sebab kita dah siap buat awal-awal kita dah benda tu macam aaa boleh pakai tak ada kena ganti baru tak ada masalah. 71 P Emmm. 72 PK Kita macam tengok kalau benda tu bahan-bahan yang agak lama bahan-bahan agak jarang dipakai kita just polish je benda tu lah. Finishing je. 73 Emmm faham faham. Cikgu hari tu kenapa aa apa kita kata cantum atap lepas tu kita buka balik? 74 Okay. Dia dari segi teknikal, 75 Emmm 76 Dari segi teknikal sebenarmya bahan-bahan yang kita buat tu sebenarnya saya kata yang tu kreativiti untuk apa untuk membina backdrop ini sebenarnya. Sebab baru kita tengok benda yang kita contoh, benda tu kita kena angkut, nak kena bawak naik turun pentas kan. So kita nak kena fikir macam mana kita benda tu nak kita just cantum sahaja kan. Pasang siap kita panggil macam plug in lah. So macam kalau kita tak habis buka-buka simpan balik. So benda tu kita kena tahu cara macam mana. Contoh macam kita buat rumah hari tu kan. Kalau ikutkan kita tak ada pun kita buat seketul yang macam tak siap semua sekali kan. Kita just nak pasang-pasang macam tu lah. Aa cara tu kita nak kena tahu sebenarnya aa teknik-teknik macam mana contoh, macam kita tengok perigi hari tu kan. 77 Aah ya betul. 78 Okay, cara susunan dia, sebab kita kira benda tu macam senang kita angkut, bawa naik turun pentas

macam tu lah. So macam masa kita nak buat tu, kita dah fikir macam mana, cara dia sebab apa kita tahu benda tu aa kita tahu macam malam ini buka pasang siap, kita buka balik kan. Untuk malam esok kita buka sekali lagi atau kita (kurang jelas) ataupun untuk satu tempat ke satu tempat kita nak kena bawa benda tu. So kita kena fikir macam mana kita nak selesaikan masalah tu. Sesuai dengan cara kita untuk cantumkan ke atau kita apa kita buat teknik-teknik yang kita rasa mudah untuk pasang dan kita nak mudah. 79 Emmm faham faham. 80 Okay. 81 Faham faham. 82 Pasal untuk apa untuk buat prop ni dia nak kena kreativiti sebenarnya 83 Oo. 84 Lebih kreativiti. Okay contoh eh, kalau kita buat kata kita nak bina rumah, contoh eh. Props sebagai rumah. Macam mana kita nak imagine benda tu kan. Tak kan kita nak buat keseluruhan ataupun apa satu rumah yang prefect. Sebenarnya kita lebih pilih bahagian angle angle kita nak tahu jugak. Susunan macam mana nak letak supaya audiens nampak perfect. Sebenarnya belakangnya nampak kosong kan kita nampak hari tu kan? 85 Ya. 86 Maksudnya di samping kita buat bina benda tu, kita nak tahu susun atur itu sebenarnya supaya dia terlindung kita boleh apa supaya orang tak perasan macam tu lah cara dia. Yang tu pun kira penting juga hasilkan prop ni. 87 Ooo.. faham faham. Cikgu rasanya yang pembinaan props ni penting tak untuk murid tahu tentang kerana kita pun tahu kita ajar murid dalam bentuk 2D tapi apabila kita nak buat 3D tu macam cikgu kata kita kena pandai pilih aa angle dia, kita kena cari tempat yang

terlindunglah aa. Bagaimana kita aplikasi benda tu untuk murid pula? 88 Aaa. Sebenarnya saya untuk murid. Kalau aa khususnya untuk sekolah rendah ya, 89 Aahh betul. 90 Dia tidak mencapai tahap yang lebih tinggi lah. Dia just macam imagine kena tengok pokok, macam mana pokok dari segi pokok berdiri tegak macam tu ataupun kata rumah, dia tengok satu rumah yang dah siap. Dia tak ada lah fikir macam, macam mana nak cantum? Macam mana nak buka balik? Macam mana kita nak angle tu? saya rasa level tu dia mungkin tak ada lah. Cuma dia boleh tahu susunan dia ini perigi, ini pokok, ini rumah. Dia just tahu macam tu je. Susunan kita panggil, susunan ringkas teknikal, dari segi teknikal dia mungkin dia tak tahu sangat lah dari segi teknikal. 91 Faham faham tapi, 92 Tapi, susunan susun atur ataupun warna dia tahu lah kan. Okay contoh, murid nak belajar sekali, cikgu macam mana saya nak juga ikut cikgu buat pokok? Contoh kan. Okay kalau nak tolong cikgu, so masa tu dia akan tengok macam mana kita buat dia just macam okay, cikgu kalau saya cat warna hijau ni untuk daun ni, so dia tahu macam tu je lah. Just basic kita panggil. Warna pokok dia tahu warna hijau, dia cat warna hijau. Dari segi teknikal lain, saya rasa dia mungkin tak tahu sangat lah. 93 Tapi saya yakin pada hari pun aa ada anak-anak murid yang pergi nak pentas, so dia macam teruja juga lah eh, rupanya perigi ni separuh sahaja tapi bila lihat di depan, dia oo memang betul punya perigi kerana dari depan kita nampak sangat besar. 94 Yang itu kita cakap tadi, dari segi teknikal dia tak tahu keseluruhan lah. 95 Ahah.

96 PK Dia boleh kalau macam level level yang besar-besar ni, dia tahulah macam mana lah. So dia macam tahu tu perigi dekat situ. Tapi bila pergi dekat, tengok eh bukat sepenuhnya lah. 97 P Ah betul betul kerana dia ada angle angle dia. 98 PK Yes. 99 P Alright. Okay. Aa tadi pun cikgu dah sebutkan bagaimana cikgu mengatasi cabaran cikgu melalui kemahiran seni aa mencari angle dia, kita kena kreatif, lepas tu kita kena aa mudah pengangkutan kita sendiri sebenarnya aa dan kita boleh gunakan benda tu kalau benda tu dah rosak, kita hanya polish balik semua tu.. 100 PK Emm. 111 P Alright. Maka kita pergi ke bahagian last lah. 112 PK Okay. 113 P Di mana mengatakan alright aa apakah harapan cikgu melalui bidang seni dimaksudkan dalam teater terhadap pembangunan modal insan? Terutamanya pada murid dengan cikgu-cikgu lah. 114 PK Macam mana sekali lagi. 115 P Aaa apakah harapan cikgu aa mengenai aa kemahiran seni ini yang digabungkan dalam bidang teater terhadap pembangunan modal insan khususnya kepada murid serta guru? 116 PK Okay dari segi kita panggil aa penglibatan secara langsung dan kerjasama sebenarnya kita nampak kan situ. Jadi kerjasama aa gabungan antara murid dan cikgu kita tengok siang hari kita dekat sekolah sepanjang hari kan, 117 P Ya betul 118 PK Siang sampai petang. So bila kita tengok pementasan malam dia dah siap awal-awal datang so maksudnya penglibatan tu boleh kata sepanjang masa lah untuk kita buat apa buat pementasan hari tu. so dengan ibu bapa ikut sekali, dia belikan makanan untuk kita-kita semua kan. So kita nampak kata situ macam

kolaborasi yang sangat bagus antara ibu bapa, guru dan juga murid lah. Memang kita panggil bersatu hati lah sama-sama untuk pementasan teater. Sekiranya kalau macam kita ambil contoh lah kan, saya rasa tak ada lah sampai macam tu sekali kan, contoh kita mabil gotong-royong. Gotong royong kita just pergi waktu pagi sahaja kan. Ini bila melibatkan pagi, petang dan malam so kita panggil aa lagi rapat lah hubungan antara murid dengan cikgu ni. 119 P Faham faham. Aa maka, rasanya sekali lagi lah, kalau ada pementasan di sekolah cikgu, aa cikgu nak nak tak apa kita kata melibatkan diri sekali lagi untuk dalam apa kita kata menyumbangkan kepakaran kita? 120 PK Maksudnya? 121 P Maksudnya kalau ada pementasan sekali lagi alright, cikgu nak tak join sekali libatkan sekali? 122 PK Okay. Saya tak ada masalah. Boleh je. Aa di samping kita saya pun nak belajar juga kan. 123 P Ya. 124 PK Cuma membantu lah. Saya apa yang boleh saya bantu saya bantu lah. Saya team aje kalau ada pelawaan ke, ada jemputan ke ataupun nak join sekali ke teater sekolah, kita orang ini pun boleh tak ada masalah. 125 P Alright. Cikgu, rasanya belajar banyak tak melalui pementasan teater? 126 PK Okay. Banyak juga lah. Sebab teater ini kita nampak di macam senang, tapi dia satu kerja yang rumit sebenarnya. Sebab saya tak bincang sangat sebab saya kerja dengan Cikgu Hashimi selaku director, pengarah kan? 127 P Ehmm. Ya. 128 PK Saya bahagian part untuk dekorasi untuk apa aa 129 P Props.. 130 PK Bahagian props kan. 131 P Ehmm.

132 PK So belum lagi melibatkan hal skrip, jalan cerita semua kan. 133 P Ehmmm. 134 PK Saya rasa itu memang satu benda yang kompleks lah sebab dia nak gabungkan dijalankan secara selangsung. Berbeza kalau kita tengok shooting drama atau filem kan. 135 P Ehmm 136 PK Dia ada ulang-ulang benda ini dia sekali on je so benda tu kena perispan betul-betul rapi dari awal sampai habis. Kita nampak hari tu kan persediaan di macam mana dari awal kita nampak dia betul-betul disiplin kan. Gigih betul-betul macam serious lah. Sebab dia apa benda tu melibatkan hafalan kita pun character, nak kena jalan pada masa yang sama, nyanyian pada masa yang sama, tarian kan. So saya benda saya rasa sangat kompleks lah dan saya tengok hari tu bila kita nak run hari tu, kita sebelum kita nak mulakan macam mana pada awal sampai habis tu. So audiens yang tengok, dia tengok macam just dia just datang dan menghayati apa benda yang dipersembahkan kan. 137 P Ya. Betul. PK Kita sebagai belakang tadbir ni, kita selaku sebagai belakang tadbir kan, kita nampak satu-satunya benda tu satu tapi nak kena gabung gabung gabung gabung sehingga selesaikan. So bagi saya bukan satu benda yang mudahlah. Sebab saya bincang dengan Encik Hashimi pun, dia cakap macam tu lah. Buat teater ni bukan perkara yang senang lagi-lagi melibatkan kanak-kanak kan? 138 P Ya. Betul. 139 PK Kita tengok pementasan yang jenis pementasan yang dewasa tu lain sikit lah. Kalau tengok yang artist apa semua kan dekat Istana Budaya so dia pun disiplin jugak benda-benda macam tu. sebab saya ada tengok lah sebelum ni, macam mana director dia betul-betul

nak kena lebih berdisiplin lagi lah so kita ambil murid yang betul-betul terpilih sahaja yang betul komimten. So kita yang komimten ni biasanya murid-murid yang kita panggil akademiknya yang bagus lah kan. 140 P Ya. 141 PK Dia kena hafal, dia kena ingat lirik, dia nak kena steps, nak ingat dia pun aa apa tarian semua sekali so benda tu bukan satu benda yang mudah lah. 142 P Ehmm faham faham alright. Cikgu rasanya aa wajar tak pementasan teater dimasukkan dalam proses PdP? 143 PK Untuk PdP ke atau untuk kurikulum? 144 P Aa PdP lah, maksudnya secara langsung kita mengajar tapi kita masukkan aa teater. Aa misalnya kita mengajar mungkin contoh seni misalnya. Alright, seni kan kita ada apa aa apa yang main patung tu bayang-bayang tu panggil 145 PK Bayang-bayang? 146 P Yang guna 147 PK Wayang kulit? 148 P Ahh wayang kulit. 149 PK Wayang kulit. 150 P Yes wayang kulit. Kan wayang kulit pun boleh jadikan teater juga. 151 PK Sebab dia ada pementasan dan jalan ceritanya kan. Watak yang dilakonkan. 152 P Yes. 153 PK Okay, saya rasa untuk PdP, subjek seni lah, kita panggil ya kesenian. Saya rasa pendedahan awal mungkin kepada murid-murid yang kita panggil sekolah rendah kan. Kita bagi pendedahan supaya dia tahu apa itu tok dalang, apa itu tok selampit kan aa apa itu aa apa bahagian mak yong apa semua kan. So dia orang kena dulu basic sebelum tu, sebelum dia into ataupun dia dalami kita panggil terlibat secara langsung seperti pementasan teater kan. So saya rasa benda tu kena

tahu ataupun kena kajian dulu, kajian sejarah, kajian tentang Dikri Barat, kajian tentang Mak Yong, kajian tentang aa apa tadi Wayang Kulit kan? 154 P Yes betul. 155 PK Sebab saya ingat sekarang ni kalau kita tengok ya, level sekolah rendah ni, dia macam kadang-kadang kita sebut dia mak yong, dia tak tahu apa tu Mak Yong kan. 156 P Yes betul. 157 PK So kita bagi dulu kat dia di samping kita akan contoh ya, contoh bila dia dah tahun 4, 5 dia belajar apa itu seni kebudayaan kan. Untuk hujung tahun okay kalau, Cikgu Hashimi contoh ya, guru besar ataupun cikgu Seni sendiri buat penglibatan murid secara langsung. Tak kisahlah tu apa untuk teater ke, teater kanak- kanak ke, pementasan ke, bercerita kan. Selepas dia faham tentang sejarah kesenian apa itu jenis-jenis kebudayaan so dia libatkan diri terus. So saya rasa itu sangat bagus. Dan saya rasa jugak saya merupakan guru Dikri Barat untuk sekolah saya. 158 P Ooo wow! 159 PK Aa saya ada kumpulan Dikri Barat. 160 P Wow cikgu ajar kumpulan sekolah rendah ke atau sekolah menengah? 161 PK Sekolah saya lah, sekolah rendah. 162 P Wah, sekolah rendah! Wah!! 163 PK Dan pertandingan lah. 164 P Ooo. Saya teringin sangat nak tengok dah. 165 PK Memandang kan sekarang pun, sekolah kita tak pergi kan? 166 P Ya, betul betul. 167 PK So ada acara tahunan lah dia pun acara tahunan. 168 P Aaa alright. Cikgu rasa yang tadi pun katanya Dikri Barat. Kalau ada pementasan teater, aa cikgu nak tak kalau ada pementasan teater, cikgu nak tak gabungkan Dikri Barat tu?

169 PK Boleh boleh boleh. 170 P Ooo. 171 PK Nak buat apa persembahan kolaborasi lah, 172 P Aah. 173 PK Main gendang 174 P Aah. 175 PK Boleh melibatkan Cikgu Hashimi dan cikgu-cikgu USJ 12 lah, kita akan jemputan buat persembahan dekat saya ingat dekat Shah Alam hari tu. Dua tempat ah atupun dua tempat kita buat satu dekat Politeknik Shah Alam, satu lagi jemputan dari dekat MPSU Kojel. Tahu ke? MPSU Shah Alam tu. 176 P Aahh. 177 PK So dia under under jabatan jugak lah sekolah kita lah. Itu penglibatan guru lah, murid tu untuk pertandingan jemputan jugak. 178 P Oo. hebatlah cikgu. 179 PK Ehh tak hebat sangat.. 180 P (gelak) Cikgu dekat sekolah pun ajar Pendidikan Seni ada tak ajar macam lagi kebudayaan lain lagi? Macam misalnya tarian atau yang tu dalam bidang koko je? 181 PK Ookay ya. Saya sebagai Guru Seni dan Cikgu Guru Panita lah untuk Seni. 182 P Ooo. 183 PK Dan bawah saya ada ajar budak-budak Dikri Barat aa apa ni kita ada tarian sekolah jugak. Tapi saya tak terlibat secara langsung lah. 184 P Ehmmm. 185 PK Tarian sekolah sebab dia guna jurulatih luar dan untuk tolong sikit-sikit saya ada lah, cikgu-cikgu lain merujuk kepada saya. Lepas itu, dia kata nak create kumpulan tarian, cikgu boleh tak bagi nama kumpulan apa dia, bila dia nak pilih pakaian pun dia akan merujuk kepada saya lah. Kita akan pilih. Saya bantu macam tu lah. Dari segi kreografi tu dia jemputan luar lah. Saya pun

tak tak pandai sangat pasal tarian cuma saya tahu susun atur macam tu lah. 186 P Aahh faham faham. Then hari tu pementasan teater hari tu, cikgu terlibat jugak ke dalam bidang tarian atau dalam bidang busana mereka, pakaian mereka? 187 PK Tak tak sebab dia dah ada apa dah ada tugas masing- masing lah. 188 P Oo. 189 PK Saya bawah Cikgu Hashimi pun ni. 190 P Okay. Faham faham. Saya ingat cikgu pun terlibat juga (gelak). 191 PK Saya cuma diberitahu untuk bahagian prop lah. 192 P Emm betul betul. Faham faham. Okay. Saya rasa itu sahaja daripada saya. Aa cikgu ada apa-apa untuk tambah ke? 193 PK Sebenarnya, nak tambah berkaitan dengan soalan- soalan sebab kita benda ni sekarang kita sangkut dengan pandemik kan? 194 P Ya betul. 195 PK Kita macam tak tahu nak utarkan apa bentuk. Sebenarnya, kita tak terlibat dalam pandemik ini, mungkin banyak lagi lah mungkin kita nak nak apa nak berkolaborasi lagi ke, nak buat jemputan datang ke apa semua, tapi sekarang ni susah lah kita nak cerita sekolah ini pun tak boleh pergi sekolah kan. 196 P (gelak) ya betul. Saya pun tak tahu bila kita akan buka sekolah. (gelak) 197 PK Ini subjek apa? 198 P Sorry? Oo ni ya? Aa untuk penyelidikan adalah untuk subjek Bahasa Melayu Major aa. 199 PK O okay. Tapi melibatkan dengan seni ya? 200 P Tapi dalam Bahasa Melayu kan besar, so saya ambil skop aspek seni bahasa iaitu bahagian teater lah. So teater dia kan masuk dalam seni, masuk dalam ICT.. 201 PK Okay okay. 202 P Semua tu dia gabungkan.

203 PK So kalau dalam aspek seni bahasa, apa yang relate dengan seni bahasa tu? Apa kamu detail pasal pengkhususan dengan seni bahasa tu? Bagaimana kamu boleh detailkan lagi? Faham tak maksud saya? 204 P Aaa. 205 PK Maksudnya dalam seni dan bahasa kan? So ambil skop apa pementasan apa yang kamu kata skop seni bahasa tu? 206 P Alright untuk saya ambil dari sudut pedagogi. 207 PK O pedagogi. Yes. 208 P Aah, yes keran macam drama ni adalah salah satu teknik untuk mengajar murid-murid lah. Aa kita pun tahu 209 PK Yes. 210 P Tadi cikgu pun beritahu kepada saya di mana pementasan ini kita berikan pendedahan yang baru kepada murid-murid secara tidak langsung kita boleh nampak. 211 PK Yes, dia satu media yang paling bagus untuk sampaikan. Contoh kita persembahan kepada audiens, 212 P Yes. 213 PK Bila kita di atas pentas, kita sebagai guru dan audiens kita sebagai murid kan, apa kaedah kita guna supaya benda tu sampai atau jelas kepada murid. Faham? 214 P Yes faham. 215 PK Okay. Untuk pementasan teater bila kamu cakap itu, saya faham lah untuk relate kan sebab dari segi pedagogi kita macam nak sampaikan contoh kita kat kelas, sebagai guru kan, macam mana kita nak present? Kita nak sampaikan kan kepada murid kita kan supaya murid tu mudah menerima. Saya bayangkan macam itu lah. Bila kita berada di pementasan teater ini, kita berada atas pentas macam mana kita nak apa nak persembahkan benda tu supaya audiens boleh grab benda tu. Faham?

217 P Faham. Betul kerana kita pun tahu dalam sudut pementasan teater bukan sahaja menyampaikan isi maklumat tersebut tapi dia juga menyampaikan segalanya misalnya dari sudut budaya 218 PK Yes. 219 P Kita boleh menyampaikan kerana budaya dalam bidang aa kita boleh kata teater ini merupakan aa benda zaman dahulu. Rasanya kanak-kanak semua tak tahu huh teater? Teater kanak-kanak ini? 220 PK yes 221 P Kita biasanya tengok teater filem aa. Dia tak ada macam wow live. 222 PK Lagi satu, bila melibatkan seni dia secara langsung akan melibatkan kreativiti kan. Kreativiti kita macam mana kita nak hasilkan sesuatu yang kreatif supaya mudah diterima. Contoh macam kita kat hadapan kan ataupun kita semasa mengajar kita kena guna segala kepakaran kita, kreativiti kita supaya dapat menarik murid attraction murid supaya dapat memberi perhatian. Faham? 223 P Yes betul. 224 PK Jelas ya. Ini atas kreativiti yang kita ada. Sama jugak dengan pementasan teater ni. 225 P Betul. 226 PK Bila kamu relate macam tu kiranya macam okay lah saya rasa. 227 P Alright (senyum) 228 PK Jelas ya? 229 P Terima kasih cikgu. Jelas. Terima kasih cikgu kerana banyak memberi informasi serta berkongsi maklumat kepada saya dalam masa 20 minit ini. Sebenarnya saya dapat banyak sangat daripada cikgu dan saya juga bersyukur kerana saya dapat responden tiga orang cikgu yang sangat memberi bantuan serta banyak kongsi maklumat dengan saya dari sudut bidang seni, Cikgu Ali, Cikgu Nizam pula dari segi

kepakaran ICT dan Cikgu Hashimi dari sudut bidang teater secara langsung. Saya dapat banyak sangat. 230 PK Okay okay. 231 P Okay. Terima kasih cikgu. Alright. Maka, itu sahaja lah daripada saya serta saya ucapkan sekali lagi terima kasih serta sudi berkongsi masa selama 20 minit bersama saya dalam temu bual ini. Terima kasih cikgu. 232 PK Sama-sama 233 P Terima kasih 234 PK Okay.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook