Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore TUGASAN 1-PENULISAN AKADEMIK EDUP3023 (NUR AISHAH BINTI NIZAR)

TUGASAN 1-PENULISAN AKADEMIK EDUP3023 (NUR AISHAH BINTI NIZAR)

Published by aishah09-551, 2020-11-03 14:57:52

Description: TUGASAN 1-PENULISAN AKADEMIK EDUP3023 (NUR AISHAH BINTI NIZAR)

Search

Read the Text Version

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDUP3023) NAMA NUR AISHAH BINTI NIZAR ANGKA GILIRAN 2020192340251 NO. KAD PENGENALAN 010808-11-0210 KUMPULAN PISMP F13 KOD KURSUS EDUP3023 NAMA KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH PUAN SHARIZAN BINTI ABD. HAMID TARIKH HANTAR 4 NOVEMBER 2020 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH

ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKASURAT 1 PENGHARGAAN 3 4 2 1.0 PENGENALAN 5–6 3 2.0 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK JEAN PIAGET 7–8 4 3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERKEMBANGAN 9 KANAK-KANAK 10 5 4.0 RUMUSAN 6 RUJUKAN 2

PENGHARGAAN Pertamanya-tamanya dan selama-lamanya, bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, saya masih lagi dapat menyiapkan tugasan esei kerja kursus EDUP3023 (Perkembangan Kanak-Kanak) dengan jayanya dalam waktu yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Sharizan binti Abd. Hamid kerana telah banyak membimbing saya dengan penuh sabar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya tanpa rasa letih dan jemu sehingga tugasan ini berjaya disiapkan. Selain itu, saya amat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya atas doa, dorongan dan semangat yang tidak putus-putus diberikan kepada saya. Mereka juga turut memberi saya nasihat-nasihat yang memberangsangkan sehingga kerja kursus ini siap dengan suksesnya. Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang turut memberikan pertolongan dan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini sehingga saya dapat menyiapkannya dengan baik. Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus saya. 3

1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkembangan didefinisikan sebagai keadaan atau hal yang berkembang. Santrock (2008) pula menafsirkan bahawa perkembangan ini adalah perubahan dalam corak kognitif, biologi dan sosioemosi seseorang individu yang bermula daripada peringkat pertumbuhan sehinggalah ke akhir ayat. Kanak- kanak pula adalah anak yang masih kecil. Perkembangan kanak-kanak yang baik merupakan salah satu perkara yang paling penting untuk memastikan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak ini dapat berkembang dan sebati dengan sempurna dalam diri mereka. Berdasarkan Wikipedia, Paul Eggan dan Don Kauchak (1957) mengatakan bahawa perkembangan kanak-kanak ini adalah “the concept of development, the orderly, durable in changes in a learner resulting from a combination of maturation, learning and experience”, manakala menurut Wong Keit Wah et.al., (2016), perkembangan kanak-kanak merupakan peningkatan penampilan dan potensi mereka untuk penghasilan peningkatan kemampuan untuk berfungsi pada tahap-tahap yang tertentu. Antara ciri-ciri perkembangan kanak-kanak yang dapat dikenal pasti adalah perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualitatif dan memperlihatkan sifat-sifat yang berlainan. Perkembangan ini berlainan dengan pertumbuhan yang bersifat kuantitatif dan perubahannya dapat diukur dengan nyata. Hal ini berlawanan dengan perkembangan yang tidak dapat diukur dengan kuantiti. Seseorang individu dapat melihat perkembangan kanak-kanak ini dengan perubahan dari segi penggunaan bahasa dan penambahan perkataan dalam percakapan mereka. Perkara ini berlaku semasa kanak-kanak mengalami proses kematangan, pengalaman, latihan dan pembelajaran. Selain itu, ciri-ciri perkembangan adalah perubahan yang berlaku secara berterusan. Perkembangan ini akan berlaku kepada orang dewasa juga dan bukannya kepada kanak-kanak sahaja. Proses perkembangan ini juga akan terus berterusan dan tidak akan berhenti sehinggalah seseorang itu telah sampai ke akhir hayatnya. Seterusnya, perkembangan ini berbeza kepada setiap individu. Ianya bergantung kepada faktor-faktor yang dekat kepada seseorang individu tersebut. Sebagai contoh, faktor genetik, persekitaran, kematangan, pemakanan, kebersihan dan tahap kecergasan dan kesihatan seseorang. Tidak semua kanak-kanak akan mengalami tahap perkembangan yang sama walaupun berada dalam peringkat umur yang sama disebabkan oleh faktor-faktor di sekeliling mereka. Selain itu, berlakunya perkembangan ini mengikut urutan dan mempunyai pola. Perkembangan yang melibatkan fizikal, bahasa, pemikiran, sosioemosi dan psikososial adalah berdasarkan pola dan urutan yang tertentu mengikut peringkat umur dan kematangan seseorang individu. 4

2.0 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK JEAN PIAGET Jean Piaget adalah seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang perkembangan kanak-kanak Beliau berasal dari Switzerland dan banyak mengeluarkan teori mengenai kanak-kanak ini. Antaranya adalah perkembangan pembelajaran dan kognitif kanak-kanak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Jean Piaget, beliau menyimpulkan bahawa kanak-kanak ini akan sentiasa aktif dalam meneroka dunia mereka untuk mendapatkan kefahaman tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Menurut Wong Kiet Wah et.al. (2016), Piaget telah mengeluarkan teori mengenai peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak ini berkembang secara berperingkat terutamanya pada tahap pemikiran mereka. Piaget menyenaraikan empat tahap perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu peringkat sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan formal. Peringkat sensori motor berlaku kepada kanak- kanak bermula dari lahir sehinggalah berumur 2 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak bergantung kepada penggunaan deria dan kemahiran motor yang sedia ada seperti mendengar, melihat, merasa dan menyentuh. Bayi lebih tertarik kepada sesuatu objek yang berwana-warni dan mempunyai bunyi. Mereka akan cuba untuk menyentuh objek tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut untuk merasa. Pada peringkat ini juga, bayi pada awalnya belum mempunyai pengekalan objek. Mereka tidak faham bahawa sesuatu yang hilang dari penglihatannya masih wujud. Sebagai contoh, bayi akan menangis apabila tidak dapat melihat ibunya. Apabila bayi itu mula membesar, mereka sudah mempunyai pengekalan objek. Mereka tidak menangis apabila tidak melihat ibunya tetapi mereka mula mencari keberadaan ibunya. Seterusnya, peringkat praoperasi yang berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan menggunakan bahasa dan simbol yang mewakili sesuatu yang diinginkannya. Sebagai contoh, mereka akan menyebut perkataan “sejuk” sebagai wakil kepada “ais-krim” mengikut kefahaman mereka. Pada peringkat ini juga daya imaginasi mereka mencapai kemuncak. Mereka suka untuk melakarkan sesuatu berdasarkan imaginasi mereka di atas kertas atau di dinding-dinding yang kosong. Pada waktu ini, mereka mempunyai pemikiran yang intuitif iaitu menganggap diri mereka mengetahui semua perkara, mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan suka bercakap. Oleh itu, ibu bapa dan guru mestilah memberikan jawapan yang bijak dan bernas supaya mereka dapat mengumpulkan pengetahuan dan dapat berpindah ke peringkat kognitif yang seterusnya. Mereka juga tidak dapat membezakan di antara keadaan semasa dengan keinginan dan pandangan mereka. Peringkat operasi konkrit pula berlaku kepada kanak- kanak yang berusia 7 hingga 11 tahun. Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini mula 5

fleksibel dan dapat mengikut peraturan-peraturan yang konkrit. Kanak-kanak akan mengalami kesukaran dalam pemahaman sekiranya sesuatu peraturan itu adalah abstrak. Oleh itu, pihak sekolah mestilah menyediakan bahan bantu mengajar yang konkrit supaya pelajar dapat memahami sesuatu perkara dengan mudah. Peringkat yang terakhir adalah operasi formal yang berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 12 hinggalah dewasa. Pada peringkat ini, mereka dapat berfikir secara logik dan dapat memahami perkara yang abstrak. Selain itu, pada waktu ini juga mereka mampu menyelesaikan masalah atau sesuatu perkara yang kompleks. Namun menurut Sund (1976), beliau berpendapat bahawa tidak semua dewasa yang mengalami operasi formal ini dan Piaget (1974) pula berpendapat bahawa operasi formal ini dicapai oleh kebanyakan orang dalam bidang kepakaran mereka sahaja. (Mohamad Isa Azis, 2016). 6

3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Teori yang diperkenalkan oleh Piaget ini mempunyai peranan dan impak yang besar dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana kanak-kanak amat berkait rapat dengan pendidikan. Untuk memastikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan kepada kanak-kanak, guru mestilah bersedia dalam segala hal dan perlu menguasai peringkat- peringkat perkembangan kanak-kanak supaya PdP yang dijalankan berkesan kepada mereka. Antara kepentingan guru dalam menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak adalah mereka dapat merancang pembelajaran yang lebih baik dan dapat membantu dalam meningkatkan tahap kemahiran kanak-kanak. Mereka boleh menyediakan pelbagai permainan yang dapat menjadikan pemikiran kanak-kanak ini sentiasa berhubung dan berkembang. Sebagai contoh, mereka boleh menyediakan permainan seperti menyambung blok-blok mainan dan boleh membentuk pelbagai bentuk yang menarik. Mereka juga dapat menyediakan permainan yang melibatkan penglihatan dan pergerakan seperti menari dan meniru gaya-gaya haiwan dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan lagi tahap sensori motor kanak-kanak dan menjadikan PdP lebih menarik terutamanya untuk kanak-kanak yang berada di tadika atau taska. Selain itu, guru juga dapat merancang pengalaman pembelajaran dengan lebih berkesan kepada para pelajar. Contohnya, mereka boleh membawa para pelajar meneroka dunia pembelajaran dengan lebih mendalam. Menurut Piaget (1974), peringkat praoperasi dan operasi konkrit adalah peringkat di mana kanak-kanak banyak melakukan operasi. Pada masa ini, mereka sudah mempunyai pemikiran intuitif dan membuat penaakulan yang logik tetapi masih lagi terikat dengan perkara atau objek yang konkrit dan bukan abstrak. PdP akan lebih menyeronokkan apabila kanak-kanak dapat merasai pengalaman belajar dengan sesuatu objek yang dapat disentuh. Sebagai contoh, guru yang mengajar matapelajaran Sains boleh membawa pelajar-pelajarnya untuk melakukan eksperimen tentang kehidupan mikroorganisma dan sebagainya. Melalui eksperimen tersebut, pelajar dapat merasai pengalaman dan melihat sendiri bagaimana bentuk-bentuk mikroorganisma yang dilihat melalui mikroskop. Oleh itu, pembelajaran yang dilakukan ini akan memberi kefahaman kepada para pelajar berbanding guru yang hanya menerangkan secara abstrak tentang mikroorganisma tersebut. Dengan menguasai perkembangan kanak-kanak ini, kreativiti dan inovasi pemikiran para guru akan meningkat. Guru dapat mencipta bahan bantu mengajar yang menarik dan menyeronokkan untuk para pelajar. Melalui kaedah ini, pelajar dapat bermain dan pada masa yang sama mereka juga menjalani pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan Piaget (1962), bermain sambil belajar ini diperlukan oleh kanak-kanak kerana ianya dapat memberikan 7

peluang kepada kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat, idea dan emosi masing-masing. Selain itu, aktiviti yang dilakukan dalam pembelajaran juga dapat menjadikan pemikiran kanak-kanak itu terus berhubung dan berkembang kerana mereka perlu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pemikiran, memerlukan pergerakan fizikal, interaksi dan dapat memupuk kerjasama di antara mereka. Guru pula dapat menilai tahap kecerdasan dan kecergasan para pelajar mereka melalui aktiviti yang dilakukan sambil belajar ini. Kepentingan yang seterusnya adalah guru juga dapat menjalankan PdP dengan sistematik. Teori perkembangan kanak-kanak Jean Piaget (1896–1980) menjelaskan bahawa pembelajaran memerlukan proses dan peringkat yang sesuai dengan pemikiran kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, guru perlu merancang PdP dengan teratur supaya para pelajar dapat belajar dengan sistematik. Sebagai contoh, guru perlu mengajar pelajar mereka dengan perkara yang senang dahulu dan kemudian berpindah ke tahap yang lebih susah. PdP yang dijalankan oleh guru mestilah mengikut tahap-tahap pemikiran yang sesuai dengan pelajar dan mereka tidak boleh melangkau topik-topik yang senang terus kepada topik yang susah kerana setiap perkara hendaklah bermula dengan asas yang mudah terlebih dahulu. Seterusnya, kepentingan dalam menguasai perkembangan kanak-kanak kepada guru adalah dapat menjadikan guru lebih dekat dengan para pelajar. Pada perkembangan kognitif terakhir yang dinyatakan oleh Piaget, peringkat operasi formal merupakan peringkat di mana mereka dapat berfikir dengan baik, saintifik, logikal dan berminat dengan isu-isu semasa dan sosial dan juga identiti diri sendiri. Guru dapat mengadakan perbincangan dengan para pelajar untuk mengetahui idea-idea atau corak pemikiran mereka mengenai isu- isu semasa atau sosial yang berlaku di sekeliling mereka. Guru juga perlu bijak dalam bergaul dengan para pelajar pada peringkat ini kerana kanak-kanak yang menginjak ke alam remaja ini memerlukan interaksi yang baik dan berlakunya komunikasi dua hala. Melalui kaedah ini, guru dapat mengetahui masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar mereka dan berusaha bersama-sama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, hubungan guru dan pelajar menjadi dekat dan pelajar juga akan lebih selesa dengan guru tersebut. 8

4.0 RUMUSAN Kebanyakan sekolah menggunakan teori-teori pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak yang dinyatakan oleh psikologis-psikologis yang terkenal terutamanya dalam bidang pendidikan kanak-kanak seperti Jean Piaget, Lev Vygotsky dan sebagainya. Hal ini kerana kajian-kajian yang dilakukan mengenai kanak-kanak ini dapat dijadikan contoh kepada pihak sekolah dalam merancang proses pembelajaran yang berkesan kepada para pelajar. Pihak sekolah juga dapat berfikir dan berpandangan jauh mengenai perkara-perkara yang ingin dilakukan kepada pelajar serta dapat menjangkakan kesan positif yang berlaku kepada para pelajar berdasarkan teori-teori perkembangan kanak-kanak yang telah disimpulkan oleh para ahli psikologi. Perkembangan kanak-kanak ini penting untuk diketahui dan dikuasai oleh para guru. Apabila guru menguasai perkembangan kanak-kanak, mereka dapat meramal tingkah laku dan memahami mereka dengan baik. Hal ini akan menjadikan para pelajar lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah dan belajar kerana mereka mempunyai guru-guru yang dapat memahami serta dapat menjalani proses pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Teori-teori perkembangan kanak-kanak yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi dapat membantu guru dalam merancang dan menjalankan sesuatu proses PdP dengan lebih tersusun. Kesannya, pendidikan akan menjadi lebih berkualiti dan dapat meningkatkan lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang mahir dalam sesuatu kemahiran seperti kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Oleh itu, kualiti bidang pendidikan di Malaysia akan bertambah baik dan lebih maju serta dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. 9

RUJUKAN Azizi Yahya & Zainuddin Abu Bakar. (2010). Psikologi Pendidikan : Teori-teori Perkembangan. Universiti Malaysia Sabah. Faridah Nazir. (2014). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok, S. S. (1998). Pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman. Santrock, J. (2008). Child Development : An Introduction. McGraw-Hill Companies. Wong, K. W., Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhaini. (2016). Perkembangan Kanak-Kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Amira Azmi, Lee, E. & Nurul Syifaa’ Abdullah. (2016, June 20). Banding Beza Pemikiran Vygotsky Dan Piaget Mengenai Cara Kanak Kanak Berfikir. https://www.slideshare.net/nurulsyifaa4/banding-beza-pemikiran-vygotsky-dan- piaget-mengenai-cara-kanak-kanak-berfikir Muhammad Al-Afzan Ali Hussin. (2018, January 21). Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Kepada Guru. https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/01/kepentingan-menguasai-teori.html Muhammad Najmi, Muhammad Syaifulruddin & Mohd Hakim. (2016, July 24). Teori Jean Piaget (Perkembangan Kanak-Kanak). https://www.slideshare.net/miemasjuri/teori- jean-piagetperkembangan-kanakkanak 10


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook