Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Garis panduan pertandingan KIKHB 2020

Garis panduan pertandingan KIKHB 2020

Published by Azira Kasim, 2020-08-26 04:54:37

Description: Garis panduan pertandingan KIKHB 2020

Search

Read the Text Version

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN PROJEK KIK HORIZON BAHARU 2020 1. PROSES PENILAIAN PROJEK Ringkasan rubrik penilaian dan pemarkahan projek adalah seperti di Jadual 1 BIL KATEGORI TEMPOH MARKAH KETERANGAN CATATAN PENILAIAN 60% Semua laporan yang Sebelum 1 Penilaian diterima akan dinilai Konvensyen melalui terlebih dahulu oleh Dokumentasi Panel Penilai Projek 2 Video 10 minit Penilaian ke atas Sesi Viva pembentangan keberkesanan Semasa 3 Sesi 15 minit pembuktian projek. Konvensyen pembentangan Panel penilai akan (slide) 30% memohon penjelasan 4 Sesi Soal 20 minit lanjut dan membuat Jawab pengesahan ke atas pematuhan kriteria yang ditetapkan. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad 5 Kreativiti - 10% Penilaian kreativiti di nilai untuk slide dan video yang telah peserta hasilkan.

2. DOKUMENTASI PROJEK 2.1 Dokumen projek perlu dilengkapkan dan perlu dimuat naik melalui website KIKHB 2020. 2.2 Formet Laporan Projek 2.2.1 Laporan Projek adalah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 2.2.2 Laporan mengikut susunan aturan kriteria penilaian projek. 2.2.3 Sediakan Laporan Projek tidak melebihi 15 muka surat, dengan font Arial bersaiz 12 dan 1.5 spacing. 2.2.4 Jumlah maksima perkataan ialah 3000 - 5000 perkataan. 2.2.5 Maklumat tambahan seperti surat penghargaan dan sebagainya dijadikan sebagai lampiran. 2.2.6 Laporan hendaklah dimuatnaik dalam bentuk PDF seperti yang dinyatakan dalam pautan laman web KIK sebelum 9 Oktober 2020 ( Jumaat) kegagalan memuatnaik dokumen projek akan menyebabkan penyertaan terbatal dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan. Pastikan laporan disimpan atas nama (rename) mengikut format berikut: -Bidang _namakumpulan.pdf -Cth: sosial_Geo.pdf 2.2.7 Laporan perlu dihantar dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘comb binding’ sebanyak 3 salinan bersama ringkasan projek, Lampiran A dan Lampiran B yang lengkap serta disahkan oleh Ketua Jabatan sebelum atau pada 19 Oktober 2020 (Isnin) jam 5.00 petang. URUSETIA KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HB 2020. No 87, Lorong Bertam Indah 1, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang No Tel : 04-575 2300/575 5930 No Faks : 04-575 9300 E-Mel : [email protected] Laman Web : https://kkkepalabatas.mypolycc.edu.my/kikhb2020

2.4 FORMAT VIDEO PEMBENTANGAN a) Kandungan utama video hendaklah mengandungi, ;- 1. Tajuk Projek 2. Cetusan Idea & Kronologi Projek 3. Penerangan berkaitan Projek Inovasi 4. Perlaksanaan & Pengembangan Projek b) Tempoh masa bagi video adalah 10 minit sahaja, sekiranya melebihi masa yang ditetapkan pemarkahan akan ditolak. c) Pastikan video dimuatnaik melalui website KIKHB 2020 sebelum 9 Oktober 2020 d) Pastikan video disimpan atas nama (rename) mengikut format berikut: - Bidang _namakumpulan.mp4 @avi - Cth: sosial_Geo.mp4 2.5 FORMAT PEMBENTANGAN POWER POINT a) Kandungan utama slide pembentangan hendaklah mengandungi, ;- 1. Tajuk Projek 2. Maklumat Penubuhan Kumpulan 3. Ahli Kumpulan & Penasihat (Jika ada) 4. Cetusan Idea & Kronologi Projek 5. Penerangan berkaitan Projek Inovasi 6. Signifikan Projek & Pembuktian 7. Pembangunan & Pengembangan Projek 8. Impak dan Pencapaian Projek 9. Pemasaran & Pengkomersialan 10. Penutup•

b) Tempoh masa bagi slide pembentangan adalah 15 minit sahaja, sekiranya melebihi masa yang ditetapkan pemarkahan akan ditolak. c) Pastikan video dimuatnaik melalui website KIKHB 2020 sebelum 9 Oktober 2020 d) Pastikan video disimpan atas nama (rename) mengikut format berikut: - Bidang_namakumpulan.ppt - Contoh: sosial_Geo.ppt 3. TAKLIMAT PESERTA Taklimat pertandingan akan diberikan kepada ketua kumpulan akan diberikan pada selewatnya 3 hari sebelum pertandingan dijalankan. 4.0 PROSEDUR VIVA SECARA ONLINE 4.1 Sesi viva pada 26 – 28 Oktober 2020 (Isnin-Rabu) bermula jam 8.30am setiap kumpulan dinasihatkan untuk bersedia 15 minit lebih awal sebelum masa giliran masing-masing. Adalah perlu setiap kumpulan peka terhadap sebarang perubahan masa penggiliran. 4.2 Ketetapan masa pembentangan projek KIK dibahagikan seperti berikut:- PERKARA MINIT LOCENG Persediaan kumpulan secara 15 minit Loceng dibunyikan menandakan online menggunakan Microsoft 25 minit masa persiapan bermula teams Pembentangan 20 minit Termasuk Persembahan Video dan slide  Loceng Pertama  Loceng Kedua  Minit Pertama (2 kali)  Loceng ketiga  Minit ke-10  Minit ke-25 (2 kali) Sesi soal jawab bersama panel Loceng dibunyikan menandakan penilai masa viva telah tamat

4.3 Kemudahan yang perlu disediakan semasa sesi viva adalah:- a) Web kamera b) Microfon c) Komputer d) Kemudahan internet yang pantas. e) Pencahayaan yang mencukupi. 4.4 Sesi soal jawab untuk setiap kumpulan adalah selama 15 minit untuk menjawab soalan-soalan daripada ahli panel penilai secara terperinci mengenai projek berdasarkan laporan yang telah dikemukakan. Semua ahli perlu ada sepanjang sesi soal jawab bersama panel berlangsung. PERTANYAAN Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi: Urusetia Pertandingan KIK No. Telefon e-mel Pn Azira binti Adnan 016-4110811 [email protected] Disediakan oleh: Jawatankuasa Pertandingan

Lampiran 1 FORMAT LAPORAN PROJEK KIK ISI KANDUNGAN BORANG PENYERTAAN (LAMPIRAN A & B) RINGKASAN PROJEK 1. LATAR BELAKANG PROJEK 2. SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK 2.1 Nyatakan justifikasi pemilihan projek dengan ringkas dan padat dengan merujuk kepada perkaitan dengan fungsi agensi, keperluan pemegang taruh dan bagaimana ia memenuhi agenda nasional. Matlamat keberhasilan projek seperti yang dinyatakan dalam Bab 2 Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1/2016 diambilkira iaitu: (a) meningkatkan kecekapan agensi sektor awam (b) meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi sektor awam; dan (c) memelihara kesejahteraan rakyat 2.2 Potensi pengembangan projek juga sesuai dinyatakan bagi menunjukkan kemampanan (sustainability) projek. 2.3 Penggunaan grafik, butiran poin berserta maklumat yang ringkas dan tajuk kecil boleh digunakan bagi memudahkan kefahaman. 3. TINDAKAN PENYELESAIAN 3.1.Nyatakan dengan ringkas dan padat strategi serta kaedah yang digunakan dalam menghasilkan projek yang kreatif dan inovatif serta tempoh penghasilan projek. 3.2. Sasaran outcome dan impak perlu dinyatakan dengan maklumat indikator- indikator pencapaian yang diwujudkan bagi menjalankan penilaian. 3.3. Pembuktian ditunjukkan dalam bentuk ringkasan rajah/ diagram/ gambar/ lampiran

. 4. KEBERHASILAN PROJEK – OUTCOME DAN IMPAK 4.1. Nyatakan hasil penilaian yang telah dibuat berdasarkan indikator- indikator pencapaian bagi outcome dan impak. Pencapaiannya diterangkan berdasarkan hasil kajian melalui analisa perolehan data. 4.2. Nyatakan juga faedah sampingan yang diperolehi hasil daripada pelaksanaan projek. Pembuktian ditunjukkan dalam bentuk ringkasan rajah/ diagram/ gambar/ lampiran. 5. POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK 5.1. Nyatakan tahap kesiapsiagaan (readiness)n hasil projek yang telah dilaksanakan dan usaha yang telah dilaksanakan bagi menyokong pengembangan projek. 5.2. Pembuktian ditunjukkan dalam bentuk ringkasan rajah/ diagram/ gambar/ lampiran. 6. LAMPIRAN Nota: Sediakan laporan 10 – 15 muka surat sahaja (3000 – 5000 patah perkataan) dengan font Arial bersaiz 12, Justify, dan 1.5 spacing.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook