Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Laporan : Program Bantuan Pek Lockdown 3.0

Laporan : Program Bantuan Pek Lockdown 3.0

Published by beyond.dunia, 2021-07-18 02:39:00

Description: Data yang dilaporkan adalah sehingga 18 Julai 2021.

Search

Read the Text Version

LAPORAN PROGRAM BANTUAN PEK LOCKDOWN 3.0 JUMLTAEHRKSUUMMPBUALNGAN Sehingga 13 Julai 2021 RM 5836.34 TARIKH: 28 JUN HINGGA 10 JULAI 2021 PROGRAM DIKELOLAKAN OLEH IG: BEYOND.DUNIA Layari laman sesawang beyonddunia.weebly.com

Laporan penuh boleh diakses & dimuat turun di laman sesawang ISI beyonddunia.weebly.com KANDUNGAN 01 Pendahuluan 0 2 Kerangka Operasi 03 Statistik 04 Gambar 0 5 Senarai Kedai Online 06 Maklum Balas Tarikh laporan disediakan: 18 Julai 2021

PROGRAM BANTUAN 1.0 01 PENDAHULUAN ‫اﻟﺮﱠا ِﺣ ُﻤﻮ َن ﻳﺮ َﺣ ُﻤ ُﻬ ُﻢ اﻟﺮﱠ ْﺣ َﻤ ُﻦ ِإ ْر َﺣ ْﻢ َﻣﻦ ِﻓﻰ اﻻرض ﻳﺮ َﺣ ْﻤﻜُﻢ َﻣﻦ ِﻓﻰ اﻟ َﺴ َﻤﺎ ِء‬ Riwayat At-Thabrani & Hakim ‫ﺑِ ْﺴ ِﻢ ٱﻟ ﱣﻠ ِﻪ ٱﻟ ﱠﺮ ْﺣ ٰﻤ ِﻦ ٱﻟ ﱠﺮ ِﺣﻴ ِﻢ‬ Segala puji bagi Allah, dengan izinNya, kami dapat menjayakan Program Bantuan Pek Lockdown 3.0 bermula 28 Jun 2021 hingga 10 Julai 2021. Program ini merupakan inisiatif PERTAMA kami bagi membantu golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Bantuan berfokus di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan. Selain itu, bantuan turut diberikan di kawasan-kawasan lain seperti Terengganu, Pahang, dan Kelantan. Penerima-penerima bantuan merupakan dalam kalangan individu berkeluarga yang kehilangan kerja (pengurangan kakitangan/syarikat bankrap) dan peniaga kecil yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan mereka/putus mata pencarian. Antara pek-pek bantuan yang disalurkan termasuklah pek bantuan makanan, pek bantuan bayi, dan pek bantuan kesihatan. Lebih dari 50 pek bantuan makanan tidak termasuk pek-pek bantuan yang lain telah diedarkan kepada yang memerlukan hasil daripada sumbangan yang dikumpul. Jumlah sumbangan terkumpul sehingga 13 Julai 2021 ialah sebanyak RM 5836.34. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara/i yang telah memberi sumbangan untuk program ini. Semoga Allah melipat gandakan rezeki saudara/i kerana membantu golongan yang memerlukan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Muslim, \"Orang yang menanggung keperluan janda dan golongan miskin adalah seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang bangun malam dan berpuasa pada waktu siang\" Semoga Allah menerima ikhtiar kita dan redha dengan usaha ini, Allahumma aamiin.

OPERASI 02 MATLAMAT & OBJEKTIF Memupuk kesedaran tanggungjawab sosial, saling membantu, menghargai, dan menghormati sesama manusia Mengumpul sumbangan dari pelbagai pihak terutamanya orang awam Menyalurkan bantuan terutamanya ke atas golongan miskin, wanita, anak yatim, dan orang awam yang memerlukan Membantu menjana pendapatan peniaga-peniaga atas talian Mengeratkan silaturrahim sesama muslim

OPERASI 03 KERANGKA OPERASI 4P 28 Jun - Permohonan 10 Julai Pemohon Mengisi \"Google Form\" 3 - 4 hari Pengesahan selepas Perincian Maklumat Pemohon permohonan dibuat Penelitian Bantuan Tambahan, Jika Perlu 24 Jam Pembelian Pek Bantuan selepas Memanfaatkan Sepenuhnya Pembelian Atas Talian Penghantaran Mengambil Masa 3 - 7 hari pengesahan permohonan dibuat Selepas Penerimaan Pek Bantuan 3 - 7 hari Maklum Balas Penerima Direkod pembelian pek bantuan atas talian

DATA ANALISIS 04 STATISTIK PENERIMA PEK 1.0 Selangor mencatatkan permohonan pek bantuan tertinggi sebanyak 70.5% diikuti oleh Kuala Lumpur (18%), Negeri Sembilan (3.3%), Kelantan (3.3%), Terengganu (3.33%), Pahang (1.6%) 2.0 Peratusan pemohon mengikut umur dibahagikan kepada 5 kategori iaitu; <30 thn, 30-40 thn, 41-50 thn, 51-60 thn, dan 61 thn ke atas. Analisis menunjukkan lebih dari 50% pemohon berumur 41 tahun dan ke atas. Manakala, selebihnya adalah kurang daripada 41 tahun. Peratusan tertinggi dicatatkan pada kategori umur 41-50 tahun manakala peratusan terendah dalam lingkungan 61 tahun ke atas. 3.0 Perincian analisis terhadap kategori pemohon mengikut bilangan tanggungan mendapati bahawa pemohon dengan bilangan tanggungan 4 dan 5 mencatatakan peratusan tertinggi berbanding kategori lain. 50% pemohon mempunyai bilangan tanggungan melebihi 3 manakala 41% pemohon memiliki 1-3 bilangan tanggungan, dan hanya 8% pemohon tiada tanggungan.

DATA ANALISIS 05 STATISTIK KATEGORI & STATUS PEK 4.0 Kategori bantuan terbahagi kepada 3 iaitu, pek makanan, pek bayi, dan pek kesihatan. Pek makanan mencatatkan peratusan bantuan tertinggi sebanyak 73.5% diikuti pek bayi sebanyak 24.1%, dan pek kesihatan sebanyak 2.4%. Pek makanan asas terdiri daripada: keperluan beras, minyak, susu, gula, garam, biskut kering, makanan tin, milo, teh, kopi, dlln. Pek bayi terdiri daripada: susu formula dan pampers. Pek kesihatan terdiri daripada: tuala wanita, ubat gigi, barang mandian, dan cucian. 5.0 Secara umum, proses penghantaran pek bantuan memakan masa lebih kurang 3-7 hari dari tarikh pembelian. Sehingga 18 Julai 2021, 100% pek bantuan telah dibeli dan berada dalam fasa penghantaran manakala 88.6% sudah diterima oleh para pemohon.. 6.0 Rajah di sebelah kiri menunjukkan perincian analisis untuk operasi penerimaan pek mengikut kategori. Operasi menyalurkan bantuan pek kesihatan telah mencapai sasaran 100%, manakala pek makanan sebanyak 91.8% dan pek bayi sebanyak 68% sehingga 18 Julai 2021.

KEDAI ONLINE 06 SENARAI KEDAI ONLINE MAKANAN . BAYI . KESIHATAN ASY ENTERPRISE SYAZWANI FAUZI LEGASI SG PENE THE GROCERY SHOP 887 DEA218 NUR SHOP 89 EINTAN SHOPEE RDE MART ST SUPERMART SHOP PRODUK HALAL KITE KIJANG GOLD KERANA ALLAH TOP BABY EXPO JOM SHOP 66 OH MART MK ENTERPRISE 88 PUTRINIA SHOP NAFAIZZEMPIREENTERPRISE ARBAIAHARHSAD

GAMBAR 07 MAKLUM BALAS PENERIMA KL . SELANGOR . N.SEMBILAN TERENGGANU . KELANTAN . PAHANG Disclamer: Tangkap layar di atas merupakan sebahagian kecil maklum balas para pemohon. Kami tidak menyiarkan tangkap layar ini untuk tujuan publisiti, melainkan hanya sebagai bukti bahawa sumbangan telahpun diterima oleh para pemohon. Terima kasih kepada para penyumbang. Kami telah salurkan sumbangan-sumbangan anda kepada mereka.

GAMBAR 08 Disclamer: Tangkap layar di atas merupakan sebahagian kecil maklum balas para pemohon. Kami tidak menyiarkan tangkap layar ini untuk tujuan publisiti, melainkan hanya sebagai bukti bahawa sumbangan telahpun diterima oleh para pemohon. Terima kasih kepada para penyumbang. Kami telah salurkan sumbangan-sumbangan anda kepada mereka.

GAMBAR 09 Disclamer: Tangkap layar di atas merupakan sebahagian kecil maklum balas para pemohon. Kami tidak menyiarkan tangkap layar ini untuk tujuan publisiti, melainkan hanya sebagai bukti bahawa sumbangan telahpun diterima oleh para pemohon. Terima kasih kepada para penyumbang. Kami telah salurkan sumbangan-sumbangan anda kepada mereka.

PERANCANGAN 2022 10 INFAQ 2.0 RUMAH PERLINDUNGAN WANITA PERSENDIRIAN Feb 2022 / Rejab 1443 H SUMBANGAN DIBUKA MULAI DIS 2021 INFAQ 3.0 RUMAH ANAK-ANAK YATIM PERSENDIRIAN April - Mei 2022 / Ramadhan - Syawal 1443 H SUMBANGAN DIBUKA MULAI DIS 2021 INFAQ 4.0 INFAQ MUHARRAM Ogos 2022 / Muharram 1444 H SUMBANGAN DIBUKA MULAI JAN 2022 SUMBANGAN SEIKHLAS HATI BOLEH DISALURKAN KE AKAUN BANK ISLAM 11013025811651 REFERENCE: SILA NYATAKAN KATEGORI INFAQ BEYOND DUNIA CHANNEL beyonddunia.weebly.com Cerita Padaku Tentang Syurga LIKE . SUBSCRIBE . SHARE Sebarang pertanyaan hubungi [email protected]

LAMPIRAN 11 Risalah Bantuan Pek Tangkap Layar Bagi Pemohon Borang Permohonan Risalah Bantuan Soalan Lazim Sumbangan

TAZKIRAH 12 FADHILAT SEDEKAH Dengan kurnianNya kita mempunyai lebihan rezeki yang kita boleh infaqkan kepada saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan kelaparan, kekurangan harta, dan makanan. Ingatlah di dalam rezeki kita, terdapatnya hak untuk orang yang memerlukan. Ujian bagi mereka juga ujian untuk kita dalam memilih samada menahan rezeki yang sediada, atau berkongsi dengan saudara yang memerlukan; kerana di dalam alQuran telah dinyatakan: \"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil\" (QS. Al-Ma’arij: 19) Dengan kurniaanNya hati kita dibimbing untuk melakukan amal soleh, seperti lafaz syukur penghuni syurga di dalam alQuran; \"Alhamdulillah bagi Allah SWT yang memberi hidayah petunjuk untuk mendapat nikmat) ini, pada hal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah SWT tidak memimpin kami..” (QS al-A’raaf,43)

TAZKIRAH 13 Harta yang kita infaqkan tidak akan pernah Segala infaq yang kita lakukan mengurangkan rezeki di sebenarnya adalah perniagaan dunia. dengan Allah, jual beli yang tidak akan mengalami Berpegang teguhlah dengan firman Allah; \"Sesungguhnya kerugian, seperti firman Allah; orang-orang yang “Sesungguhnya Allah telah membenarkan (Allah dan membeli dari orang-orang Rasul-Nya) baik laki-laki beriman diri dan harta benda mahupun perempuan, dan mereka dengan (balasan) meminjamkan kepada Allah mereka akan beroleh syurga. pinjaman yang baik, niscaya mereka berjuang pada jalan Allah; maka ada mereka akan dilipatgandakan membunuh atau terbunuh. (pembayarannya) kepada Sebagai janji yang benar dari mereka” (QS alHadid,18) Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang Ini dikuatkan lagi dengan lebih menepati janjinya sabda Nabi saw; \"Tidak akan daripada Allah? Oleh itu, pernah berkurang harta bergembiralah dengan jual yang disedekahkan, kecuali beli yang telah kamu lakukan, ia bertambah, bertambah dan itulah kemenangan yang dan bertambah\" besar” (QS At-Taubah, 111) (HR. Tirmidzi) Semoga dengan infaq kita, kita selangkah lebih dekat kepada syurga yang mana \"Tidak pernah mata melihat, tidak pernah telinga mendengar bunyinya dan tidak pernah ada perasaan merasakannya.\" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook