Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Garis Panduan untuk Komuniti - Pengurusan Covid-19 di Selangor Darul Ehsan

Garis Panduan untuk Komuniti - Pengurusan Covid-19 di Selangor Darul Ehsan

Published by Ong Ling Cui, 2021-03-25 03:48:03

Description: Garis Panduan untuk Komuniti - Pengurusan Covid-19 di Selangor Darul Ehsan

Search

Read the Text Version

Pada ketika ini, pihak berkuasa kesihatan telah mengenal pasti 3 saluran penularan Covid-19: I. Titisan kecil dari bercakap atau batuk, yang boleh terkena di mata, mulut atau hidung orang yang berdiri berdekatan. II. Permukaan tercemar. III. Penularan melalui aerosol - penyedutan zarah-zarah (seperti habuk) berjangkit yang tidak kelihatan dihembuskan oleh orang yang dijangkiti, setelah keluar dari mulut orang yang dijangkiti, berkelakuan seperti dengan asap rokok. Tanpa pengudaraan yang sempurna, aerosol tetap boleh terapung di udara dan akan menjadi semakin padat. Oleh itu, kurangkan pergerakan harian dan patuhi segala SOP Covid-19 dengan menjaga empat (4) perkara ini amat digalakkan. Mengambil kira SOP sedia ada daripada KKM, semua pihak diminta juga: 1. Menjaga penjarakan sekurangnya satu (1) meter 2. Sentiasa memastikan tangan disanitasi Bernafas, Bercakap dan Menjerit Pada awal pandemik, diyakini bahawa titisan yang kita keluarkan ketika seseorang itu batuk atau bersin adalah cara penyebaran utama. Tetapi menurut kajian yang sama, didapati bahawa menjerit dan bernyanyi di dalam satu ruangan yang kurang pengudaraan yang sempurna dalam satu jangkamasa yang lama juga meningkatkan risiko jangkitan. Ini kerana dengan suara kuat, ia dapat melepaskan 50 kali lebih banyak zarah virus berbanding ketika kita tidak bercakap. Aerosol ini, jika tidak terbebas melalui pengudaraan yang baik, akan menjadi semakin pekat, dan akan meningkatkan risiko jangkitan. Para saintis juga telah mengatakan bahawa zarah-zarah jangkitan ini - yang kita lepaskan ke atmosfera ketika bernafas dapat melepaskan diri dari pelitup muka yang tidak dipakai dengan betul. Ini boleh menjangkiti orang yang berada dalam persekitaran lima meter dari orang yang dijangkiti, bergantung pada jangka masa dan sifat interaksi. Dalam contoh berikut, digariskan keadaan apa yang meningkatkan risiko penularan dalam keadaan ini: Jaga jarak | Perkasakan pengesanan kontak 98

Setiap dot oren mewakili dos partikel pernafasan yang mampu menjangkiti orang lain jika masuk salur pernafasan Senyap 2 minit 15 minit 1 jam Bercakap Menjerit Kita membebaskan 10 kali partikel ketika bercakap berbanding ketika senyap. atau menyanyi Kita membebaskan 50 kali partikel lebih banyak ketika menjerit. Videos: Luis Almodóvar Dalam senario terburuk - menjerit atau bernyanyi di tempat tertutup selama satu jam - seseorang dengan Covid-19 dibebaskan dos jangkitan sebanyak 1500. Gambar: Perbezaan jumlah titisan terhasil ketika senyap, bercakap dan menjerit atau menyanyi Semakin lama suatu pertemuan, semakin tinggi suara orang di sekeliling, semakin rendah pengudaraan satu tempat, akan meningkatkan proses penyebaran virus. Oleh itu, garis panduan Covid-19 adalah sangat penting untuk dipatuhi. Ia akan membantu untuk mengurangkan penularan wabak ini dan akan membantu untuk menghentikan rangkaian jangkitan. Jaga jarak | Perkasakan pengesanan kontak 99

Definisi Proses a. Nyahcemar: Nyahcemar adalah proses membasmi kuman daripada permukaan yang berpotensi tercemar. b. Pembersihan: Pembersihan adalah proses membuang segala kekotoran yang terdapat pada permukaan yang hendak dilakukan disinfeksi. Fasa a. PKP bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan. b. PKPB pula ialah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. c. PKPP pula ialah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Ketika PKPP, beberapa aktiviti ekonomi dibenarkan berjalan seperti biasa, termasuk pelancongan domestik, sukan dan rekreasi, perjalanan merentas negeri dan aktiviti persekolahan dibuka secara berperingkat. d. PKPD ialah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Ia hanya melibatkan beberapa kawasan di Malaysia dan hanya dilaksanakan jika satu kumpulan besar dikesan dijangkiti Covid-19, maka penyaringan Covid-19 yang dilaksanakan yang seluruh kawasan tersebut (targeted massive testing). Ketika PKPD, beberapa sekatan dilakukan, termasuk: i. Semua penduduk dan pelawat di dalam kawasan dilarang keluar dari rumah mereka semasa perintah itu. ii. Bukan penduduk dan pelawat dari luar kawasan tidak dibenarkan masuk ke kawasan yang tertakluk kepada perintah itu. iii. Semua perniagaan ditutup. Bekalan makanan yang mencukupi akan diberikan oleh iv. pihak berkuasa semasa 14 hari untuk semua penduduk. v. Pangkalan perubatan akan ditubuhkan di kawasan itu. vi. Semua jalan masuk dan keluar ke kawasan itu disekat. Jaga jarak | Perkasakan pengesanan kontak 100

RUJUKAN 1. Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 30 Januari 2021 2. Seperti dilaporkan di akhbar: https://www.nst.com.my/news/nation/2020/01/559563/breaking -3-coronavirus-cases-confirmed-johor-baru. 3. Dapatan ini dikongsi oleh JKM di mana disebabkan para kaunselor atau pekerja sosial dalam jabatan mereka diperlukan untuk urusan bakul makanan, mereka tidak mampu untuk menguruskan pesakit mereka yang sepatutnya melalui proses terapi seperti telah dijadualkan. Ini menyebabkan mereka tertinggal terapi. 4. New Straits Time, 4 April 2020. Talian Kasih KPWKM, sehingga Mac 2020, mencatatkan peningkatan 57% (1,893) panggilan daripada wanita yang memerlukan bantuan akibat keganasan rumah tangga, semenjak pandemik Covid-19 melanda. 5. Contohnya, lori yang membawa sayur-sayuran dari Cameron Highlands terjejas kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke bandar, seperti dalam laporan akhbar: https://www.malaysiakini.com/news/516627 6. Menurut Garis Panduan Kebangsaan untuk Kesihatan Mental dan Respon Psikososial terhadap Bencana (2013), kategori respon semasa Covid-19 adalah di tahap 2 atau 3 disebabkan potensi penyebarannya dan cakupannya yang lebih luas serta mengakibatkan kehilangan nyawa. 7. Dipetik daripada rencana kajian di https://english.elpais.com/society/2020-10-28/a-room-a-bar-and -a-class-how-the-coronavirus-is-spread-through-the-air.html Jaga jarak | Perkasakan pengesanan kontak 101



03-7772 5931 [email protected] www.mariachinabdullah.org Pejabat Parlimen P105 Petaling Jaya 60-1 (First Floor) , Jalan PJS 1/50, Petaling Utama Avenue, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. https://www.facebook.com/ therealmariachin ISBN 978-967-19221-0-1 9789671922101


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook